"Sayang!"
Ashraf yang sudah berbaju seragam lengkap menoleh ke belakang apabila terdengar suara Lara memanggilnya di lobi hotel.
Lara berlari anak sambil membawa beg kertas berwarna putih.
"Princess?" Sapa Ashraf sambil tersenyum.
"Sayang, I ada beli ni... Untuk your mom."
"Oh!" Ashraf sedikit terkejut dan mukanya girang. Beg kertas bertukar tangan.
"Apa ni...?" Tanya Ashraf menjenguk. Kelihatan sehelai pashmina yang sungguh halus buatannya terlipat kemas bersama sebuah kotak yang cantik dan eksklusif.
"Dalam kotak tu ada kurma Ajwa, untuk family you. Tapi selendang pashmina tu special untuk your mom."
"Wah... Hadiah perkenalan dengan bakal mak mentua ek?"
Lantas mereka berdua bertukar senyuman.
"Tak sabarnya nak bagi hadiah you ni pada mama. Thanks princess!"
"My pleasure, sayang."
Saat itu mereka lihat kesemua kru Singapore Airlines bangkit daripada sofa di lobi tersebut dan bergegas mendapatkan beg bagasi masing-masing.
"Oh, bas dah sampai. Okay princess, I pergi dulu. Jangan nangis pulak bila I takde." Usik Ashraf lalu membuatkan Lara senyum tersipu-sipu.
"Tapi memang tak best-lah you takde..." Cebik.
"Takpe, ibu dengan Najmi ada, bawaklah diorang jalan-jalan. Jangan lupa pergi ke Sharjah astronomy centre tu. Best!" Ashraf menyambung dan mereka berdua berpelukan sebentar.
"Bye sayang. Safe flight."
"Okay. Remember, whatever happened, I will always love you."
Lara senyum, mengangguk kepala. "Love you too, Zildan."
Lantas Ashraf menarik beg bagasinya dan mula mengorak langkah.
Lara memerhatikan sahaja sosok tubuh yang dicintai itu berjalan menuju ke bas perantaraan yang sedang menunggu di hadapan pintu masuk hotel.
Kelihatan Ashraf menoleh ke belakang dan mereka bertukar senyuman sebelum lelaki itu melangkah keluar.
Nun di luar sana, suasana masih gelap. Ketika ini jam baru menunjukkan pukul lima pagi waktu tempatan...
Ting!
Pintu lif terbuka. Beberapa orang mat saleh melangkah keluar. Lara, Zuraidah dan Najmi memberi laluan sebelum melangkah masuk dan selepas itu Lara menekan butang lif nombor enam.
"Urgh, kenyangnya...! Sendat perut!" Ujar Lara. Mereka semua baru sahaja selesai bersarapan bersama.
"Kita nak keluar pergi cruise tu pukul berapa, akak?"
"Sepuluh pagi."
Lantas Najmi melihat jamnya.
"Okay-lah, sekarang baru pukul lapan setengah. Pukul sembilan setengah nanti Mi bersiap ye, bu?"
Mendengarkan pertanyaan itu Zuraidah mengangguk.
"Tapi kalau akak, kena siap sekarang sebab akak selalu siap lambat." Najmi tersengih memandang Lara yang sudah menjeling...
Apabila tiba di bilik hotel, Lara terus mengambil alat kawalan jauh lalu menghidupkan televisyen.
Zuraidah menggesa Lara supaya bersiap untuk aktiviti 'river cruise' mereka pada pukul sepuluh nanti tetapi Lara berdegil. Katanya dia hendak membaca suratkhabar dan menyuruh Zuraidah pergi bersiap dahulu. Sambil berlalu, Zuraidah hanya menyengetkan bibir dan terus ke bilik mandi.
Dua puluh minit telah berlalu tatkala Lara sedang membaca suratkhabar, tiba-tiba dia terdengar nama Singapore Airlines disebut dalam berita di televisyen. Segera dia mengalihkan pandangan.
Kelihatan pembaca berita saluran BBC itu sedang melaporkan sesuatu dan gambar pada kotak grafik di sebelahnya menunjukkan gambar sebuah kapal terbang Singapore Airlines berserta tulisan:
Singapore Airlines crash incident: Singapore passenger plane from Sharjah crashes with 375 people onboard.
Darah Lara berderau!
"Bu...!" Nada suaranya seolah-olah tersekat dengan wajah yang berkerut. Fikirannya cuba memproses apa yang sedang dia baca dan lihat di kaca televisyen sekarang ini.
SINGAPORE AIRLINES CRASH INCIDENT.
'Flight daripada Sharjah?!' Kini perasaan Lara mula cuak dan wajahnya bertukar pucat.
"Bu!! Ibu!!" Jerit Lara.
Bayang Zuraidah muncul daripada bilik tidur nampak tergesa-gesa.
"Eh, kenapa ni akak?" Dia lihat pandangan mata Lara melekat di kaca televisyen seperti digam dan anaknya itu seakan terkaku.
"Hei, akak...! Kenapa...??" Terus sahaja Zuraidah menghampiri Lara.
"The plane had departed Sharjah International Airport this morning with flight code SQ 495, was on a seven hours flight. It lost contact with air traffic control one hour after departure and crashed into Arabian Sea." Lapor pembaca berita berkenaan.
Lara rasa seluruh isi langit menghempapnya!
"Bu... SQ 495! Itu flight Ash, bu! Ya Allah! Bu, itu flight Ash...!" Lara mula panik.
"Hah? Betul ke? Akak pasti ke?"
"Ye! Ash ada sebut flight code ni semalam pada akak!" Kini raut wajah Lara semakin pucat lesi!
"Okay princess, I pergi dulu. Jangan nangis pulak bila I takde."
Suara garau Ashraf pada pagi tadi terngiang-ngiang. Lara terdengar ibunya berkata sesuatu namun fikirannya sudah tidak di situ. Kini dia teringat pula kata-kata Ashraf yang lain.
"Remember, whatever happened, I will always love you."
Perasaan Lara membeku. Mencengkam... Membungkam!
"Tak sabarnya nak bagi hadiah you ni pada mama. Thanks princess!"
Alunan suara itu terus bergema di gegendang telinga Lara dan saat ini juga dunia di sekelilingnya mula gelap...
Lara kerut dahi.
Adakah ini benar? Adakah itu pesawat Ashraf? Adakah Ashraf telah terkorban dalam kecelakaan itu? Atau lelaki itu ditakdirkan terselamat? Bagaimana hendak menghubungi keluarga Ashraf? Apa yang harus dia buat sekarang?
Dalam pada kegelapan itu bermacam-macam soalan muncul di benak Lara yang terasa kecut.
Benarkah dia telah kehilangan Ashraf?
Airmata mula merembes keluar. Dia tidak dapat menerima kenyataan yang sangat menyakitkan ini. Sungguh, dia tidak mampu! Lara menangis semahu-mahunya.
"Akak...? Akak...!"
Suara ibu kedengaran dalam dunianya yang gelap.
"Akak? Hei, akak... Akak okay tak ni? Akak...?"
Terasa bahu digoncang lembut lantas Lara terus membuka mata, mencari wajah ibunya.
"Ibu...!"
Teriak Lara lantas bangkit daripada pembaringan dan memeluk Zuraidah yang duduk dibirai katil. Dia terasa pelukan ibunya sungguh erat, seolah-olah hendak memberi semangat dan kekuatan untuk menghadapi situasi terburuk ini.
"Akak...? Akak mimpi ke? Akak okay?" Zuraidah tergamam tetapi terus memeluk erat.
Kening Lara mencerun dan pelukan dilepaskan.
"Hah?! Mimpi?!" Lara meraba-raba wajahnya. Terasa basah airmata.
"Akak mimpi ke, bu?! Mana Ash?!" Tanya Lara lagi bertubi-tubi.
"Eh. Ash kan dah fly balik Singapore. Akak yang hantar dia dekat lobi awal pagi tadi, kan?"
Lara terkedu.
"Jadi... Berita dekat TV tu takdelah?"
"Berita apa?"
"Kapal Ash terhempas."
"Hish, mana ada?! Akak mimpilah! Janganlah cakap macam tu!"
Saat ini juga Lara terus menangis dan memeluk Zuraidah sekali lagi.
"Ya Allah... Alhamdulillah..." Getar nada suara Lara sungguh hiba. "Akak mimpi kapal Ash terhempas, bu! Akak ingatkan betul-betul! Akak terkejut! Akak rasa takut sangat! Huu..."
"Laa... Sudahlah, mimpi je tu... Takde apa-apalah..." Zuraidah mengerlus perlahan bahu Lara dengan harapan perasaan anaknya boleh menjadi lebih tenang.
"Bu... Akak nak cakap sesuatu..."
"Hmm, apa dia...?"
Diam. Namun Zuraidah sabar menunggu bait kata daripada Lara dan gadis itu melepaskan pelukan.
"Bu... Akak betul-betul sayangkan Ash. Akak rasa... Akak perlukan Ash dalam hidup akak."
Mendengarkan kata-kata itu, Zuraidah ketap bibir dan mengangguk perlahan.
"Ash sumber kekuatan akak sekarang, bu... Lepas kes akak masuk hospital tu, akak betul-betul takut kehilangan Ash... Walau dalam mimpi sekalipun, akak tak sanggup kehilangan Ash..." Tangisan Lara berderai pilu.
"Syhh... Sudahlah... Ibu tahu." Kepala Lara diusap sambil gadis itu menangis.
"Bu... Akak harap... Ibu dapat terima Ash..."
"Eh, memang ibu dah terima dia. Ibu terima je setiap pilihan akak-"
"Tak, bukan macam tu...!" Potong Lara.
Mata mereka bertembung.
"Akak nak restu ibu...! Bukan sebab ibu terpaksa ikut pilihan akak...!"
Zuraidah mengherotkan mulut dan tarik nafas panjang.
"Lara."
Tangan Zuraidah memegang bahu Lara.
"Ye, ibu restu akak dengan Ash. Dan sekarang ni ibu dah nampak, Ash tu lelaki yang macam mana. Akak janganlah risau."
Lara merenung wajah Zuraidah untuk mencari kepastian.
"Kalau ibu tak restu, tak kan lah ibu boleh benarkan dia bawak akak jumpa mak dia dekat JB nanti." Tambah Zuraidah lagi.
Perlahan-lahan Lara menundukkan wajah sambil mengangguk kepala.
"Sudahlah tu... Pergi siap, kita nak turun sarapan dah ni. Kalau lambat-lambat karang, takut dah tak banyak makanan pulak." Ujar Zuraidah lalu mereka berpandangan dan bertukar senyuman...
* * * * *
Petang itu, kereta sport Ashraf memasuki halaman rumah di Taman Serene lalu dia mematikan enjin.
'Sayang, you dah sampai?? I mimpi buruk pasal you :'(((( Sampai I menangis dalam tidur. I risau dan takut... Text me when you reach yea.' - Princess
Kening Ashraf berkerut membaca SMS yang baru menerjah masuk saat dia menghidupkan telefon bimbit.
Mimpi buruk? Apa yang gadis itu maksudkan dengan mimpi buruk? Ashraf penasaran dan terus mendail nombor Lara.
"Hello sayang."
"Hey princess. You free to talk?" Ashraf tersenyum.
Lara mengiyakan dan mereka terus bercakap mengenai mimpi buruk Lara namun, Ashraf hanya tertawa sahaja mendengarnya.
"Abaikan je lah mimpi you tu. I dah selamat sampai pun, sweetheart."
Ketika ini Ashraf sudah tiba di pintu masuk rumah banglo tersebut tetapi dia tidak memulas tombol pintu kerana ingin menghabiskan perbualannya dahulu.
"Don't worry... Selama ni tak ada apa-apa pun." Sambung Ashraf lagi.
"Takde apa-apa you cakap? Dulu yang enjin kapal you terbakar tu!"
Kedengaran Ashraf tertawa lagi.
"Princess, you tahu tak... Kapal terbang sebenarnya boleh fly dengan menggunakan satu enjin dengan stabil dan takde masalah. Kapal I ada empat enjin. Kalau satu terbakar, ada tiga lagi enjin yang lain. So don't worry, okay?"
"Tapi Ash, I betul-betul ingat you dah takde pagi tadi... I rasa terkejut sangat dan rasa macam kena anxiety dalam tidur tu... Uuhuuu..."
"Aww, baby girl... Syhh... Calm down, okay? Tak ada apa-apa pun, mimpi je. I masih ada, kan?"
Saat itu Lara mengiyakan dalam tangis yang teresak-esak...
"Assalamualaikum..."
Selepas menamatkan talian, Ashraf memberi salam tatkala dia melangkah masuk ke dalam rumah. Kelihatan ruang tamu itu sepi seperti selalu.
Rasa-rasanya Kapten Zamani sedang off day, fikir Ashraf tetapi bayang papanya pun tidak kelihatan.
Sebelum membawa beg bagasi ke laundry area di belakang rumah, Ashraf baringkan beg tersebut di atas lantai.
Bunyi zip dibuka kedengaran dan apabila beg itu terkuak luas, Ashraf mengeluarkan beg kertas putih yang diberi Lara pagi tadi semasa di hotel...
"Hi, ma..."
Zelda yang sedang mengacau adunan kek di dalam mangkuk pengadun menoleh ke arah Ashraf sekilas lalu.
"Hi..." Ujarnya.
Ketika Ashraf melintas lalu bersama beg bagasinya, Zelda memerhatikan sosok tubuh Ashraf daripada atas ke bawah.
"Where you from?" Tanya Zelda.
"Sharjah." Jawapan pendek diberikan tetapi Ashraf sengih sampai ke telinga. Semua kenangan di Sharjah beberapa hari ini terbayang di fikiran.
Setelah memasukkan kesemua baju kotor ke dalam mesin basuh, Ashraf berjalan masuk ke ruang dapur kering semula lalu duduk menghadap mamanya.
"Mama buat kek apa ni?" Ashraf memulakan perbualan. Kalau ikutkan kebiasaan, dia sudah naik berehat di dalam bilik.
"Marble."
Pendek saja jawapan mamanya lantas raut wajah itu ditenung.
"Mama okay ke lepas kena snatch theft hari tu? Ada buat report polis tak?"
Zelda mengangguk lalu menceritakan dengan lebih terperinci tentang kejadian malam tersebut. Namun, perkara yang paling menyedihkan adalah kehilangan beg tangan Aigner dan dompet jenama Chanel miliknya. Mana tidaknya, harga kedua-dua barang itu sahaja sudah mencecah tiga belas ribu ringgit!
"Hmm... Kalau macam tu, lain kali mama parking je lah dekat dalam kawasan masjid. Walaupun jauh sikit daripada tempat solat orang perempuan, tapi lebih selamat daripada parking tepi jalan macam tu."
Dia lihat Zelda hanya mengangguk.
Keadaan terdiam seketika.
"Ma..." Bibir Ashraf menguntumkan senyum lantas dia meletakkan beg kertas putih di atas kaunter kabinet.
"Apa tu?" Zelda menjenguk isi beg tersebut sambil tangan mengacau laju adunan kek.
"Ni ada souvenir sikit untuk mama. Tapi yang dalam kotak tu kurma Ajwa, untuk semua orang."
"Oh okay, thanks!" Zelda tersenyum girang lalu menyambung, "Kejap lagi mama tengok." Hati mula tersentuh dengan sikap anaknya yang seorang ini. Setiap kali bersedih, ada saja hadiah yang dibelikan oleh Ashraf apabila pulang daripada penerbangan, getus Zelda dalam hati.
"Erm, ma... Ash nak tanya. Mama masih contact lagi dengan Noree?"
Mata mereka segera bertembung.
"Yups." Jawab Zelda. Dia memerhatikan Ashraf daripada hujung mata. Kelihatan anaknya itu tersengih macam kerang busuk.
"Hehe! Sebenarnya orang ada berita surprise nak bagi tahu mama."
Saat ini mata Zelda membulat.
"Berita surprise?! Pasal you dengan Noree??"
"Eh, bukan."
"Ha, habis tu?"
"Heh!"
Zelda lihat Ashraf sekali lagi tersengih.
"Sebenarnya, orang dah ada kawan. Err, I mean... Girlfriend."
Kening Zelda mencerun sambil dia tersenyum memandang Ashraf.
"Another girlfriend?" Nada suaranya seakan memerli membuatkan Ashraf tertawa dan mengangguk.
"Hah, kali ni you nak sampai berapa bulan pulak? Empat bulan? Enam bulan?"
Lantas Ashraf tertawa. Zelda tersenyum sumbing sambil menjeling.
"Tak ma, kali ni orang betul-betul! Takde bulan-bulan dah."
"Eleh! You tu!"
Kedua-dua beranak itu tertawa. Zelda memasukkan adunan tadi ke dalam dulang pembakar.
"Ma, Ash serius kali ni. Ash nak text Noree sebab nak suruh dia stop contact mama."
"La, kenapa pulak? Biarlah... Nanti kalau you TERputus dengan budak baru ni-"
"Tak ma, kali ni tak kan putus."
"Eh eh, confident-nya dia...!"
"Yes, ma. Kali ni Ash tak main-main. Nanti Ash nak bawak dia datang sini jumpa mama. Ash nak kahwin."
Zelda terlopong!
"What...?!" Ujarnya seakan tidak percaya.
Ashraf senyum dan mengangguk.
"Yeah... I nak kahwin dengan dia."
Reaksi Zelda masih lagi sama dan kini seolah terkaku.
"Err... Sebenarnya... Souvenir ni daripada dia... Nah, mama tengoklah."
Zelda menyelak tangkai pemegang beg kertas itu. Kelihatan sehelai kain yang berwarna hijau, biru dan kuning keperangan terlipat kemas dengan reben.
"Her name is Lara, ma." Senyum.
"Lara??"
"Yups, Lara binti Rizman... And, um... I really love her, ma."
Tiba-tiba, muncul sosok tubuh Kapten Zamani masuk ke ruangan dapur kering itu.
"Hah, Zildan. Good you're home." Ujar Kapten Zamani.
"Darling, tengoklah anak bujang you ni..." Sampuk Zelda dengan riak wajah yang masih terkejut namun bibirnya menguntum senyum.
"Ha, kenapa?"
"Dia nak kahwin..."
Kelihatan Kapten Zamani terkaku. Mereka bertiga berpandangan sesama sendiri.
"I need to talk to you, now." Ujar lelaki itu.
"Huh? About getting married...?" Soal Ashraf dalam nada yang sedikit terperanjat.
"No, it's about your job...!" Kapten Zamani terus berlalu ke ruang tamu diikuti oleh Ashraf.
"Oh... Is it about the case? Or the letter? Which one?" Soal Ashraf lagi.
"Both."
Daripada ruang dapur kering itu, kedengaran Ashraf melepaskan satu keluhan panjang sambil langkah kaki kedua-dua beranak itu di perhatikan oleh Zelda...
Kadang-kadang mimpi terasa real sangat, sampai boleh tersenyum atau menangis dalam tidur. Semoga malam ni semua readers MWB mimpi yg indah-indah! Night :)
Share this novel