Get the app for full experience
Seorang gadis bernama Lara. Ironinya nama itu dengan senyuman yang dia miliki. Senyuman yang mencairkan hati ramai lelaki dan bagi Ashraf, ketika pertama kali melihatkan senyuman itu, terasa umpama ada tiupan angin yang mendamaikan hati lelakinya.Â
           Lara Rizman, seorang pelajar pintar di universiti tempatan dan juga merupakan seorang ‘freelance’ model. Terpaksa mencari duit poket sendiri akibat daripada konflik keluarga yang bercerai-berai. Pendek kata, kehidupan Lara dipenuhi dengan konflik keluarga dan cinta sekaligus mengajarnya menjadi seorang gadis yang kuat dan tabah. Namun begitu, di sebalik kejadian-kejadian pedih dalam hidupnya, Lara dilihat sebagai seorang gadis yang periang dan sentiasa ceria, mencuri hati Ashraf.Â
Kehadiran Ashraf secara tiba-tiba dalam hidup Lara sering menjadi titik tolak dalam diri gadis itu, sama ada untuk mempertahankan atau mengorbankan hubungan cintanya bersama sang kekasih hati. Kadang-kala, Lara lemas dalam keterujaannya terhadap cara dan layanan Ashraf yang menggoncang jiwa perempuannya. Tetapi… Entahlah. Setiap kali bila dia ingin memberi peluang kepada Ashraf untuk bertapak di ruang hatinya, setiap kali itulah juga lelaki tu tanpa sengaja akan merosakkan peluang tersebut. Ada sesuatu tentang Ashraf yang Lara tidak suka dan tidak boleh terima kerana ia termasuk dalam kepantangan terbesar Lara! Dan dalam pada masa yang sama, cara layanan Ashraf membuatkan Lara tertanya-tanya… Adakah Ashraf seorang ‘playboy’?!
           Namun, apabila terjadinya perpisahan yang tidak dia duga, sedikit demi sedikit Lara mula sedar perasaannya yang sebenar terhadap Ashraf dan betapa berharganya lelaki itu dalam hidupnya. Lara bertekad untuk menjejaki semula Ashraf dan membawa lelaki itu kembali dalam hidupnya.Â
           Novel MWB (Mr Wing Badge) ini adalah sebuah novel yang akan menghidupkan kembali nostalgia zaman pembangunan teknologi secara pesat melalui revolusi komunikasi seperti telefon bimbit, media sosial dan ruang sembang, serta penggunaan internet di pertengahan tahun 2000.Â
Di sebalik pendedahan kisah-kisah hidup anak muda di kota, terselit beberapa mesej dan pengajaran yang berkait rapat dengan pergelutan hidup oleh setiap insan dalam hidup yang fana ini. Novel ini juga memaparkan gambaran sebenar rutin kehidupan dan kerjaya sebagai juruterbang syarikat penerbangan yang sering dianggap glamor oleh masyarakat umum.
Novel MWB (Mr Wing Badge) ini adalah sebuah novel yang akan menghidupkan kembali nostalgia zaman pembangunan teknologi secara pesat melalui revolusi komunikasi seperti telefon bimbit, media sosial dan ruang sembang, serta penggunaan internet di pertengahan tahun 2000.