Bab 62

Romance Completed 159812

Sebaik sahaja Lara menerima baki duit di kedai cenderamata tersebut, dia dan Ashraf segera melangkah keluar.

Langit malam kelihatan gelap tanpa cahaya bulan tetapi keadaan di Red Light District tidak kurang sibuk, malah semakin meriah. Bangunan dan lorong-lorong berlampu merah nampak semakin ketara pada waktu malam. Keadaan di pub dan cafe juga penuh dengan pengunjung apatah lagi di tempat-tempat pertunjukan seks dan kabaret. 

Lara dan Ashraf jalan melenggang menyusuri lorong-lorong yang penuh nista itu sambil berpimpin tangan. Sesekali mereka tertawa melihat gelagat-gelagat manusia yang bermacam ragam. Namun jauh di hati Lara dia bersyukur kerana dapat merasai pengalaman mengembara ke negara-negara yang tidak pernah dia terfikir untuk sampai. 

Sewaktu merentasi lorong terakhir untuk keluar daripada kawasan Red Light District tersebut, Lara dan Ashraf terlihat sekumpulan pemuda sedang bersorak-sorak dengan penuh keterujaan dan berkata sesuatu sesama sendiri. Salah seorang daripada mereka sudah pun berdiri di pintu yang bersebelahan dengan 'tingkap merah'. Gamat sungguh suasana di situ.

Lara memerhatikan saja gelagat mereka semua dengan wajah yang penasaran. Selepas itu, dia memandang pula ke wajah Ashraf dan kelihatan Ashraf tersenyum nipis sambil tunduk berjalan.

"Kenapa diorang tu sayang? Kenapa you senyum?" Tanya Lara, busy body.

"Diorang tengah push kawan yang berdiri dekat pintu tu untuk masuk dan langgan pelacur dalam tingkap tu... Tak tau sama ada mamat tu virgin atau diorang tengah buat bachelor party, tapi lebih kurang macam tu lah kalau dengar daripada cara percakapan diorang."

"What?! Urgh! Jahanam punya kawan-kawan!" Kata-kata Lara itu menyebabkan Ashraf tertawa gelihati.

Tiba-tiba Lara teringat sesuatu. Dia lantas mengeluarkan gula-gula lolipop berwarna hijau yang dibeli di kedai cenderamata tadi.

CANNABIS FLAVOURED CANDY

Begitulah yang tertulis di plastik pembungkus tersebut. Lara dan Ashraf berpandangan sesama sendiri dan bibir Lara mengukirkan senyuman.

"Sayang, kalau I jadi high lepas makan lolipop ni macam mana?" Sengih.

"I pergi sue kedai souvenir tu."

Serentak itu juga mereka tertawa.
'Nerd! Patutnya join-lah sekali!' Ejek Lara dalam hati.

Sememangnya gula-gula berperisa ganja itu tidak akan memberi apa-apa kesan kepada pemakannya kerana ia tidak mengandungi sebarang campuran ganja langsung. Tambahan pula kata Ashraf, ada rakan-rakan krunya yang membawa balik lolipop tersebut untuk diberikan kepada rakan-rakan mereka di tanahair. Oleh itu, Lara membelinya untuk Zieta dan Korie.

Sebaik sahaja Lara menghisap gula-gula tersebut, dia berdecip beberapa kali.

"Hmm... Rasa macam tumbuhan... Manis. You pernah rasa?"

"Tak."

"You nak rasa?" Lara mengacu gula-gula tersebut ke mulut Ashraf tetapi lelaki itu seakan mengelak.

"Tak nak."

"Kenapa...?" Mata Lara membulat memandang ke wajah Ashraf yang beriya mengelak manakala lelaki itu pula tertawa.

"Entah, tak pernah terfikir pun nak rasa. Lagipun rasa dia manis je kan? Nothing special pun."

"Kalau nak yang special you belilah space cake!" Ujar Lara dan mereka sekali lagi ketawa...

Selepas makan malam di restoran Arab sebentar tadi, Lara dan Ashraf bersetuju untuk menghabiskan malam terakhir mereka hari itu di Vondelpark, iaitu sebuah taman yang terletak betul-betul di sebelah Mariott Hotel Amsterdam.

"Ah... Best-nya dapat duduk!" Kata Lara sebaik sahaja dia dan Ashraf melabuhkan punggung di atas rumput yang sedikit berembun pada malam itu. Mereka duduk menghadap tasik yang agak besar.

Selain Red Light District, keadaan di Vondelpark ini juga 'hidup' pada waktu malam. Ketika Lara dan Ashraf berjalan menyusuri taman itu untuk sampai di tasik tersebut, kelihatan para pengunjung melepak di atas padang-padang rumput yang luas di sepanjang jalan. Sesekali dia dan Ashraf terhidu bau kanabis di udara. Kata Ashraf memang menjadi kebiasaan para pengunjung taman itu datang ke situ untuk menghisap ganja. 

Lamunannya terhenti apabila terdengar sekumpulan anak muda yang melepak tidak berapa jauh daripada situ ketawa dan bersorak dengan gembira sekali. Suara mereka berselang-seli dengan bunyi irama lagu daripada radio 'mini compo' klasik yang mereka bawa. Radio yang bersaiz besar dan menggunakan kaset untuk memutarkan lagu! Ketika Lara dan Ashraf tiba di situ sebentar tadi, lagu berbahasa Perancis baru sahaja tamat. Kini kedengaran pula lagu 'First Love' nyanyian Hikaru Utada berkumandang agak jelas walaupun bunyinya tidak berapa kuat.

Lara dan Ashraf terleka sebentar memerhatikan gelagat mereka semua. Gaya masing-masing macam sedang 'high' bersembang dan ketawa-ketawa sesama sendiri. 

Kerja apalah agaknya masing-masing? Atau adakah mereka semua students? Hidup nampak macam tiada masalah, fikir Lara. 

"Ahh... Best-nya dapat baring." Kata Ashraf yang telahpun rebah. 

"Tak basah ke jacket you?" 

"Entah, sikit je kot. Baringlah, kita tengok bintang. Tapi ada awan sikit malam ni."

Dengar saja perkataan 'bintang' disebut, Lara terus tersengih dan baring di sebelah Ashraf. Dia cuba mencari planet Marikh - kerdipan cahaya merah yang paling senang sekali untuk dijejak. 

Keadaan menjadi sepi seketika. Yang kedengaran hanyalah lagu 'First Love' yang membuai perasaan bersama suara pemuda-pemuda itu bercakap-cakap dalam bahasa Belanda. 

"Princess."

Lara menoleh tanpa menyahut. Kelihatan mata Ashraf masih tertancap di dada langit.

"Banyak mana you cintakan I?" Lantas Ashraf memandang Lara dan mata mereka bertaut.

Lara tersenyum sumbing. "Kenapa you tanya macam tu?" 

"Sebab I nak tahulah." Ashraf kembali menatap kerdipan bintang.

"Sebab lagu 'First Love' ni eh?"

Mereka berdua tertawa.

"Tak, I memang nak tahu." Balas Ashraf.

Lara telan liur dan fikirannya berputar laju. "Erm... I don't know how to measure but I love you no matter what. Macam yang I bagi tahu pada you siang tadi." Dia menatap wajah Ashraf dan melihat lelaki itu tersenyum. Entahlah, dia bukannya pandai hendak cakap berbunga-bunga macam Ashraf. Lara harap Ashraf puas hati dengan jawapannya.

'No matter what'. Walau apa pun.

Sungguh dalam pengertian ayat itu buat Lara.

Bahawa dia tetap cintakan Ashraf, walau apa pun yang terjadi. Dan walau apa pun yang mendatang, tidak akan mengubah cintanya terhadap Ashraf. Tetapi sejauh mana dia mampu mengubah takdir, Lara kurang pasti. Dia menghadapi situasinya sendiri bersama ibu dan Huzaimi, dan kini dia dapat tahu pula tentang situasi Ashraf. Hatinya bertambah resah. 

"Ash..." Lara tiba-tiba bersuara. 

"Hmm?"

"You rapat ke dengan childhood friend you tu?"

"Aww, princess..."

"No, seriously I nak tahu."

Mereka saling pandang-memandang tetapi wajah Lara tampak serius. 

"Tak. I tak rapat dengan dia langsung, malah kitorang tak pernah bersembang pun. Kakak I je yang rapat dengan kakak dia."

"You cakap ni sebab nak jaga hati I ke?"

"Tak, bukan. Kitorang memang daripada kecik tak pernah berkawan. Tapi sebab biasa jumpa waktu family gathering atau hari raya, so I gelarlah dia 'childhood friend'."

"Dia okay pulak dengan family arrangement ni? Dia takde boyfriend ke?"

Ashraf tersenyum dan terdiam.

"I baru dapat tahu yang dia dah lama sukakan I."

"Oh?! Wow...! So that means she has a crush on you-lah? Sebab tu dia seronok betul dapat peluk you! Memang masa yang ditunggu-tunggulah, kan? Seronoknya!" Suara Lara kedengaran sungguh cemburu.

"Honey, you ni marah ke?" Tanya Ashraf dalam tawa kecilnya.

"Oh, tak lah. I suka!" Lara bingkas bangun daripada pembaringannya dan duduk bersila. Wajahnya mencuka.

"Hun... Sudahlah, tak nak cakap pasal dia lagi. Buat spoil mood je kita nak relax-relax dekat garden ni. Dah lah, baringlah balik." Ashraf tarik tangan Lara tetapi Lara mengelak.

Mereka terdiam semula. Kali ini kedengaran lagu First Love itu sudah hampir sampai ke penghujung.

"So, emak you memang nak you kahwin dengan dia?"

Ashraf mengeluh kecil sambil mengherotkan bibir.

"Sweetheart, yang itu you jangan risau okay? Dalam hal-hal berkaitan jodoh ni, takde sesiapa pun yang boleh ubah keputusan I. Trust me."

"Kenapa you tak nak dekat perempuan tu?"

"Sebab I nak dekat you-lah! Lagipun kan siang tadi I ada bagi tahu, I tak suka perangai dia."

Oh. Lupa! Getus hati Lara tapi wajahnya masih mencuka. 

"Hmm, apa lagi yang Natasha bagi tahu pada you? You bagi tahu semuanya dekat I, I will explain one by one to you." 

Lara segera memandang wajah Ashraf. "Mana you tahu Natasha?" 

"I tak bodohlah, hun. Siapa lagi yang kisah sangat pasal hal kita?" Kata Ashraf sambil tertawa sinis. 

Hmm. Betul juga, bisik Lara. "Okay, sayang. Last question."

"Okay."

"Childhood friend you tu cantik tak?"

Tiba-tiba sahaja tawa Ashraf berderai!

"Ashraf! Janganlah gelak!" Lara tarik muka.

"I hairan. Kenapa you tiba-tiba tanya soalan pelik-pelik ni? Natasha cakap perempuan tu cantik ke?" Tanya Ashraf dalam dekah tawanya.

"Bukan sebab Natashalah."

"Habis tu?" 

"Sebab I sendiri nak tahulah."

"Ye lah, tapi mesti ada sebab you nak tahu. Mungkin cara Natasha bercerita tu, indirectly kata perempuan tu cantik ke, hot ke..."

"Oh, perempuan tu hot ke?"

"Tak, I andaikan aje...!" Ashraf lantas bangun dan duduk menghadap Lara. "Honey... You macam tak senang hati je daripada siang tadi." Tangan Lara digenggam dan wajah Lara ditatap. "Cuba bagi tahu pada I, apa yang mengganggu fikiran you? Apa sebab you tak senang duduk macam ni?"

"Sebab I rasa insecure...!" Lara menekup muka dan mula menangis!

"Eh?? Laa, kenapa menangis pulak ni...?" Ashraf segera memeluk Lara. "Princess, apa Natasha cakap pada you ni? You bagi tahu I-"

"Bukan Natashalah! Kali ni I je yang rasa insecure sorang-sorang!" Menangis lagi. 

"Hun, apa yang you rasa insecure?? You are way better in every aspect compared to that girl, honey! You shouldn't feel this way! Syhh..." Belakang badan Lara digosok-gosok Ashraf bagi menenangkan perasaan Lara. 

"I selalu rasa diri I tak cantik, lepas tu-"

"Tak cantik??! You are a model, hun! Kalau you kata diri you tak cantik, you buat perempuan-perempuan lain rasa offended tau!"

"I tak tau kenapa, I selalu rasa diri I tak cantik! Sudahlah background family I pun huru-hara, mesti tak macam family dia, kan? I fikir kalau you dengan dia mesti you dapat family mentua dan ipar yang best-best... I ni apa yang ada? Dengan ayah pun selalu bergaduh, mak tiri pulak macam setan. I cuma ada ibu je, itupun..." Lara tidak meneruskan kata. Hampir-hampir saja mulutnya terpacul mengatakan bahawa ibunya tidak merestui hubungan mereka berdua! 

"I rasa I tak layak untuk you, Ash... Huu..." Sambung Lara dalam esak tangisnya. Itulah sebenarnya yang mengganggu perasaannya. Ibu tidak mahu merestui hubungannya dengan Ashraf manakala ibu Ashraf pula sudah ada pilihan sendiri. Jadi, bagaimana? Fikiran dan perasaan Lara berkecamuk. 

"Kenapa pulak you rasa you tak layak? I yang lebih tahu siapa yang layak untuk diri I sendiri, kan? You are so special, hun! Takde apa pun yang perlu you risaukan. Trust me." Ashraf membelai-belai rambut Lara dalam pada esakan gadis itu yang tersedu-sedan.

"Sudahlah, you overthinking je ni... Sebab tu you fikir yang bukan-bukan... Dah, stop crying please? I tak sukalah tengok you menangis..." Pelukan dieratkan dan Lara mula menenangkan dirinya. Namun sekali-sekala terbit bunyi esak yang masih tersisa.  

Suasana terdiam seketika. Entah bagaimana tiba-tiba sahaja gelak tawa daripada kumpulan pemuda itu berderai lantas menarik perhatian Lara dan Ashraf. 

"Ha, you tengok budak-budak 'hippies' tu. Happy je diorang! You dekat sini nangis-nangis pulak." Ujar Ashraf lalu tersenyum.

"Hmmph! Dah layan 'benda' tu, memanglah happy!"Serentak itu Lara dan Ashraf tertawa.

Tiba-tiba, telinga mereka berdua menangkap rentak muzik yang agak biasa mereka dengari. Namun masing-masing tidak dapat meneka lagu yang berentak R&B tersebut. Mariah Carey? Rasanya bukan. KC & Jojo? Entah-

'Keringkanlah pipimu ratnaku, cubalah senyum...'

"Eh?!" Lara dan Ashraf terus pandang-memandang. 

"Lagu ni! Oh my God! Macam mana ada lagu Melayu pulak dalam playlist diorang?!" Suara Lara meninggi. Ashraf ketawa sambil menggeleng kepala tanda tidak tahu.

'Kerna tangisanmu akan hanya, menambah dukaku...'

"Pergh, legend ni... Roy! Ex-vocalist Lefthanded dulu!" Ujar Ashraf.

"Ada budak Melayu ke dalam group tu sayang?" Lara pula terkebil-kebil memerhatikan bayang pemuda-pemuda tersebut. 

"Entah. Tapi daripada tadi lagu Jepun, Sepanyol semua diorang main... Tak hairanlah lagu Melayu pun ada." Jawab Ashraf. 

'Duka di dalam hati... Dan luka diperlakukan... Lakonan mereka berpura-pura...'

Lagu itu terus berkumandang.

"Last kita menari dekat Zouk, kan?" Ashraf tersenyum memandang Lara. 

"Yeah, the first and the last." Saat itu juga, Lara lihat Ashraf menghulurkan tangannya. 

"Bila lagi ada chance nak menari lagu Ratnaku dekat Vondelpark?" Lantas mereka berdua tertawa dan Lara segera menyambut tangan Ashraf. 

Lara memeluk tubuh sasa itu sambil mata dipejam dalam tarian. Segala resah hatinya dilupakan. 'Live in the moment', saat berdakapan erat dengan Ashraf. Mereka menari perlahan-lahan menikmati irama lagu dengan penuh asyik. 

"Oh... Aku patrikan, sumpah... Cinta setia, di atas kaca... Jiwaku..." Kedengaran Ashraf ikut menyanyi perlahan. 

"Amboi! Hafal!"

"Hei, mestilah! Ini lagu zaman I teenager dulu tau." Ashraf tersengih dan kemudian dia menyanyi semula mengikut lagu tersebut, "Pada malam pabila bintang terang, menerangkan kenyataan, ohh... Kenyataan..." 

Lara tertawa sendirian dan merebahkan kepala di bahu Ashraf. Dalam kekusutan minda dan jiwanya, dia merasa bahagia. Bagaimanalah dia tidak jatuh cinta pada sosok ini? Sosok yang sering membuatkan dia bahagia.

Mereka terus menari berpelukan di bawah cahaya bulan dan bintang yang berserakan... 

Sedang Ashraf dan Lara berbaring di atas rumput itu, jam tangan Ashraf tiba-tiba berdetik menandakan sudah tengah malam. Lara memandang Ashraf yang kelihatan tidak ambil kisah. 

"Bila kita nak balik bilik, sayang?" 

"Hmm... Kejap lagi. Lagi setengah jam ke. You dah mengantuk ke?" Tanya Ashraf. "I kalau mengantuk tak kisah, esok dalam flight pun boleh tidur. You tu lah." Lara menjeling Ashraf tetapi Ashraf mencelah, "I pun boleh tidur lepas take off. I kan Team B, second half." 

Oh, baru Lara tersedar. Esok Ashraf akan menyempurnakan pendaratan pesawat sekali lagi. Bibirnya tersenyum. 

Tiba-tiba, entah bagaimana mata Lara menangkap segaris cahaya melintas di kaki langit sebelah kirinya. 

"Eh?! Ada cahaya lalu!" Lara terus terduduk.

"Cahaya?" Ashraf yang sedang berbaring mengerutkan muka memandang Lara.

"Iye, sayang! Dia melintas macam ni tadi!" Lara menggerakkan jari telunjuknya.

"Ha, shooting star lah tu."

"Wah, betul ke sayang?! I nampak shooting star ke?!" Suara Lara kedengaran makin teruja.

"Should be. Dia jalur panjang, kan?" 

Lara mengangguk.

"Ha, betullah tu." Kata Ashraf dalam senyuman.

"Wah...! I nampak shooting star dekat Amsterdam! Dekat Malaysia tak pernah nampak pun!" Dia tertawa riang.

"Make a wish. Cepat...!" 

Waktu itu Lara terpaku sebentar apabila mendengar kata-kata Ashraf. Dia seolah-olah memikirkan sesuatu lantas terus tunduk mencium bibir Ashraf!

Ashraf tergamam. Tidak percaya dengan apa yang berlaku. Tetapi kemudian dia membalas ciuman Lara dan waktu itu, hatinya terasa seperti bom randik yang hendak meletup.

"I wish for you, sayang..." Bisik Lara dan bibir bertaut lagi.

'ARGHH!' Kala ini seluruh jiwa raga Ashraf terbang melayang...

"Make a wish. Cepat!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience