Bab 50

Romance Completed 159812

"Ash..."

"Yes, hun?"

Lara terdiam seketika sambil memerhatikan Ashraf membuka plastik pembalut roti croissant dan bagel bijan hitam untuk sarapan mereka. Air coklat panas ditiup lalu dihirup perlahan oleh Lara.

Suasana di kafe Starbucks pada pagi itu masih belum sesak lantaran jam baru menunjukkan pukul 6.30 pagi. Namun begitu, waktu matahari terbit di Los Angeles agak awal menyebabkan keadaan di luar sudah agak terang benderang.

Hari terakhir Ashraf dan Lara di kotaraya metropolitan itu, mereka bersetuju untuk memulakan hari lebih awal. Tambahan pula Ashraf akan mula berehat tengahari nanti sebagai persediaan untuk bekerja pada sebelah malam.

"Ada apa?" Tanya Ashraf.

"Erm... You biasa ke bawak someone ikut flight you macam ni?"

Ashraf tertawa kecil. Dia memandang ke wajah Lara yang kelihatan menunggu jawapan.

"Tak pernahlah."

"Oh..." Getus Lara. Entah kenapa balasan Ashraf itu melegakan hati. Dia merenung wajah lelaki yang kini memberi seribu erti buatnya di tengah-tengah kekalutan hidup.

"Kenapa you tanya?" Soal Ashraf pula.

Lara tersenyum nipis sambil menggeleng. "Takde apa. Terfikir je." Dia lihat Ashraf mengangguk.

Mereka terus sarapan bersama dan bersembang kecil, menikmati pagi terakhir di Los Angeles sambil melihat orang lalu-lalang di jalanan...

Ketika berjalan pulang ke hotel, Ashraf dan Lara perlahan-lahan menyusuri suasana bandar yang sebenarnya tidaklah jauh beza dengan Kuala Lumpur ataupun Singapura. Cuma di situ terdapat bangunan-bangunan yang mempunyai pengaruh binaan  bangunan Eropah.

Sambil berjalan, Lara memeluk lengan Ashraf seerat-eratnya. Hati terasa sungguh berat. Hanya ada beberapa jam sahaja lagi dia di bumi Los Angeles. Fikirannya memutarkan kembali saat pertama kali dia menjejakkan kaki ke sini bersama Ashraf.

Dia ingin kembali ke saat itu dan dia ingin pergi sekali lagi ke Walk of Fame, Griffith Observatory, Santa Monica dan yang lain-lain. Tetapi yang paling penting, dia ingin bersama Ashraf lagi dan belum bersedia untuk mengakhiri mimpi indah ini...

Sepanjang perjalanan, tiada kata yang keluar daripada mulut mereka. Masing-masing seolah-olah hanyut dalam fikiran sendiri. Mereka memerhatikan gelagat warga kota yang berpusu-pusu pergi bekerja. Ada yang sedang menunggu bas, ada yang tergesa-gesa melintas jalan, dan ada juga yang berbasikal.

Dapatkah Lara merasai peluang seperti ini lagi? Fikirnya. Dan ketika itu juga, bangunan Biltmore Hotel sudah kelihatan dari kejauhan. Lara rasa ingin lari. Menuju ke Santa Monica Pier yang sentiasa meriah atau di Griffith Observatory yang terletak di cerun pergunungan Hollywood yang sentiasa tenang. Dia ingin mencerukkan diri daripada kesibukan dunia. Dia tidak mahu pulang ke Malaysia. Dia rasa gembira di sini.

Tetapi... Gembirakah dia di sini tanpa Ashraf? Soalan itu tiba-tiba terlintas di fikiran. Lantas lengan Ashraf dipeluk lebih erat...

Ting tong!

Jam menunjukkan pukul dua petang ketika loceng bilik Ashraf berbunyi. Disebabkan Ashraf sedang tidur, maka Lara segera membukakan pintu.

“Good afternoon ma'am… I’m Jerome from valet section. I would like to deliver your well-pressed clothes. Would you like to check them first, ma'am?”

"Yes, sure." Baju dan seluar kerja Ashraf bertukar tangan lantas Lara memeriksanya. Memang sebelum Ashraf masuk tidur tadi dia ada berpesan kepada Lara tentang perkara ini.

“They're all good… Are you going to include this in the hotel bill or how much I must pay?”

"No ma'am, it's complimentary service for airlines staff." Pemuda itu tersenyum ramah.

"Oh, okay. Great. Thanks Jerome!" Ujar Lara sambil membalas senyuman dan setelah pemuda itu berlalu, dia menutup pintu.

Pakaian seragam Ashraf disangkutkan ke dalam almari dan kemudian, Lara berjalan dan bersandar di sofa di dalam bilik Ashraf. Matanya memerhatikan setiap lekukan pada badan lelaki yang sedang nyenyak tidur di atas katil.

Dia tersenyum sendirian.

Kalau turutkan hati, mahu sahaja dia berbaring di sebelah Ashraf dan memeluk tubuh sasa itu.

Tipulah kalau perasaannya tidak bergelora setiap kali lelaki ini memeluk tubuhnya atau mencium tangannya. Apatah lagi kadang-kala Lara perhatikan Ashraf seolah-olah sengaja cuba mencucuh api asmaranya. Dan juga setiap kali Lara memandang tubuh maskulin itu tanpa berbaju, hatinya pasti cair. Kadang-kala terlintas juga imaginasi liar di fikiran tetapi Lara tahu, dia perlu simpan harga diri ini. Setidak-tidaknya untuk Huzaimi. Pemergian dia ke Los Angeles ini pun sudah mengkhianati Huzaimi, Lara tidak mahu melakukan pengkhianatan yang lebih dahsyat lagi. Tetapi Lara akui semakin lama, Ashraf semakin menenggelamkan perasaan cintanya buat Huzaimi. Jadi di manakah sebenarnya kedudukan Huzaimi dalam hatinya sekarang? Lara tidak mahu mencari jawapan.

Dia tarik nafas panjang dan menghembuskan perlahan sambil memejam mata... 'Hhah...'

Lelah.

Senja sudah berakhir dan malam pula melabuhkan tirainya seperti yang dilihat melalui tingkap hotel. Akhirnya, satu jam terakhir Lara dan Ashraf di Hotel Biltmore itu tiba juga.

Lara menarik beg bagasi lalu dibawa ke bilik Ashraf. Dia sudah selesai mengemas semua barang-barang miliknya. Waktu itu, Ashraf dia lihat sedang mundar-mandir bersiap. Di tubuhnya sudah tersarung kemas kemeja dan seluar kerjanya.

"Sayang, you ada apa-apa nak I tolong packing?" Tanya Lara.

"Erm... Tolong pack I punya toiletries dalam bathroom, boleh?"

Lara mengangguk dan terus meluru ke bilik mandi. Tidak lama kemudian, dia keluar dengan membawa toiletries bag lalu memasukkannya ke dalam beg bagasi Ashraf yang terbuka luas di atas katil.

Lara duduk di birai katil tersebut sambil memperhatikan Ashraf. Kelihatan lelaki itu menyisir rambut dan saat itu juga mata mereka bertembung melalui pantulan imej di cermin. Ashraf tersenyum.

"Kenapa muka macam monyok je?" Tanya Ashraf. Lara hanya diam tidak menjawab sepatah. Ah, dia pasti Ashraf sendiri tahu mengapa.

Selepas merapikan rambut, Ashraf mengenakan epaulet pula pada kedua-dua bahunya. Lara hanya memandang. Memang lelaki ini sungguh segak, getusnya dalam diam.

"Hun..."

Ashraf menghulurkan lencana sayap besi ke arahnya.

"Tolong pakaikan." Ujar Ashraf lalu membuatkan Lara tersenyum.

Lencana besi itu bertukar tangan dan Lara segera datang menghampiri Ashraf. Dia membuka butang pencangkuk lalu diselitkan pada baju di dada kiri Ashraf.

"Wing badge... This is our pride, honey. So being a Mr Wing Badge to you, I hope I AM your pride." Kata Ashraf sewaktu Lara sedang mengenakan lencana.

Mata mereka bertaut dan kemudian tersenyum bersama.

"Of course you are, sayang." Lara merapikan kedudukan lencana supaya tampak kemas di dada yang bidang itu.

Saat itu juga Ashraf menahan gelora perasaan yang seakan-akan menghempas dada...

Keadaan di Los Angeles International Airport atau yang sering dipanggil sebagai LAX kelihatan sibuk seperti selalu. Ashraf membawa Lara untuk mendaftar masuk dan dalam pada masa yang sama mendaftar masuk beg bagasinya sekali. Kelihatan kru-kru Singapore Airlines yang lain juga ada bersama.

"Monyok je... Sedih ye dah nak balik?" Tegur Fara kepada Lara. Natasha yang mendengar hanya menjeling dan terus berlalu.

"Takpe, next time suruh Ashraf bawak you lagi... Pergilah ke destination yang best sikit, Rome ke, Paris ke-"

"Hish, Paris hancinglah." Potong Ashraf lantas mereka bertiga ketawa.

"Hancing??" Kening Lara berkerut memandang Ashraf.

"Yups, I tak tahu macam mana orang boleh gelarkan 'Paris the city of love'. Bullshit. Memang kena kencinglah siapa yang percaya, sebab tu Paris hancing." Serentak dengan kata-kata Ashraf itu, tawa mereka meletus tetapi Fara bersetuju dengan Ashraf.

"Kenapa hancing?!"

"Tak tau. Sebab ramai yang kena kencinglah kot-"

"Ashraf...?!" Getus Lara dan sekali lagi mereka tertawa.

Akhirnya mereka berpisah apabila Ashraf, Fara dan kru-kru Singapore Airlines yang lain harus ke pejabat penerbangan untuk taklimat manakala Lara pula akan masuk ke dalam bangunan terminal. Namun Ashraf berjanji akan berjumpa Lara semula di pintu perlepasan sebaik sahaja tamat taklimat nanti...

*          *          *          *          *

"Hari tu dok beriya sangat nak kita 'tolong' dia... La ni dah teghuih senyap pulak." Kata Puan Hajjah Sufiah dalam loghat utara kepada suaminya, Tuan Haji Ariffin.

"Si Jemi tu kan busy. Tambah lagi sejak ada projek dekat Jakarta tu. Macamlah awak tak tau anak awak yang soghang tu."

"Bukan setakat dia soghang yang busy Paknya. Budak pompuan tu pun naik busy sama... Tak tau lah, tak paham. Tak serik-serik ka dia dengan oghang-oghang busy ni. Tak pahamlah aih!"

"Dah dia berkenan nak buat macam mana... Kalu tak mo busy, sughuhlah budak pompuan tu dok ghumah ja lepaih kahwin nanti."

"Nak ka oghang pompuan sekaghang dok ghumah? Paknya tak kan tak paham-paham lagi."

Tuan Haji Ariffin terdiam. Jauh dalam hati dia mengiyakan kata-kata isterinya.

"Bang."

Tuan Haji Ariffin memandang isterinya. 

"Dengaq ceghita budak pompuan tu model bang oi..."

Tuan Haji Ariffin tertawa! "Habih tu?" Tanyanya.

"Awak okay ka?"

Kedua-dua suami isteri itu pandang memandang.

"Eh, awak tanya saya, yang awak tu okay ka?"

"Hmm... Tak taulah. Tapi kalau baik budi bahasa dia... Okay-lah kot. Kita oghang tua, kenalah ingatkan anak kita apa tanggungjawab dia nanti. Membimbing."

"Hmm, ya. Betuilah tu. Tapi jangan nanti yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran sudahlah." Jawab Tuan Haji Ariffin.

"Hmm, itulah. Itu yang saya dok risau tu. Haih, Jemi, Jemi..." Keluh Puan Hajjah Sufiah...

*          *          *          *          *

"Sayang... Lepas habis shift you terus datang dekat I, okay baby...?" Bibir mungil Lara mencebik. Dia memegang dan mengusap pipi Ashraf membuatkan Ashraf terpana. Mengada-ngada sungguh tetapi hati lelakinya cair!

"Yeah of course, honey."

"Peluk!"

Ashraf tertawa sambil memeluk Lara sambil lewa kerana dia ingin bergegas ke kokpit. Waktu itu mereka sudah tiba di pintu masuk pesawat.

"Baby?! Nak polar bear hug-lah!"

HUH?! Dia tidak pernah mendengar istilah itu sebelum ini tetapi Ashraf yakin istilah itu sama dengan 'bear hug' maka dia memeluk Lara dengan lebih erat dan ketika itu juga dia lihat Natasha melintas di tepi mereka.

"Oh, patutlah you mengada-ngada ye?" Bisik Ashraf di telinga Lara dan mereka tertawa kecil.

Sebaik saja melintasi pasangan bercinta itu hati Natasha panas! Belum pun pembakaran gas keempat-empat enjin di sayap luar sana terjadi (apabila si 'FO Monyet' itu hidupkan sebentar lagi), hatinya sudah terbakar lebih awal. Dia melirikkan mata pada Ashraf dan Lara dan kelihatan mereka sedang berbisik-bisik mesra sambil tertawa. URGH! Meluat.

"Deb. Waktu meal nanti kau layanlah monyet betina tu. Kalau aku buat meal dia nanti, mau kopi tapak kasut aku bagi dekat dia." Kata Natasha dengan suara yang mencerun. Dia dan Debbie dapat bertugas di satu seksyen yang sama hari ini dan kebetulan pula di seksyen tempat duduk si Lara. Debbie hanya tersenyum senget mendengarnya...

Lara sedang menonton filem 'Legally Blonde' ketika Fara datang dan memberikannya sesuatu yang berbalut kemas dengan serviette.

"Lara. Ashraf baru habis makan dalam kokpit tadi. Dia mintak tolong pass benda ni pada you." Kata Fara dalam senyuman.

"Oh... Thank you..." Kata Lara dengan wajah yang terpinga-pinga. Sebaik sahaja Fara berlalu, Lara membuka lipatan serviette tersebut.

Sebuah senyuman terukir tatkala melihat benda yang berbalut tadi adalah coklat mini bar 'Mars'. Dan di serviette tersebut terdapat tulisan tangan Ashraf yang kemas.

'Hun, my meal today came with this choc as our snack. It's MARS. I terus teringatkan you :) Missing you :( Can't wait to join you at the back there and be in your arm ;) Rest well and get some sleep okay, don't wait for me.

P.S. Buckle up, we've got some bumpy weather coming. Love you.'

Senyuman Lara makin lebar. Dia membayangkan kalaulah dia boleh meluru ke dalam kokpit sekarang dan memeluk Ashraf serta memberikan satu ciuman di pipi lelaki itu!

Lara merapikan tali pinggang keselamatannya seperti yang disuruh Ashraf. Dia mencium serviette tersebut dan meletakkannya di dada sambil menyambung kembali filem 'Legally Blonde' tadi...

Ding. Dong.

"Ladies and gentlemen, keep your seatbelts fastened. We are flying through a turbulent area." Suara Ashraf kedengaran di seluruh pelusuk pesawat.

Lara tersenyum lagi. Ya, bumpy weather is coming! Tetapi dia tahu, Mr Wing Badge-nya itu cukup cekap untuk melalui sebarang keadaan.

'My Mr Wing Badge...' Ujar Lara dalam hati sambil memejam mata. Keadaan di dalam kabin sudah malap dan matanya pun sudah berat.

Ashraf berjalan di sepanjang lorong pesawat. Keadaan kabin malap, hanya lampu-lampu di ruangan galley sahaja silih berganti di antara satu kabin dengan kabin yang lain.

"Oit. Nak jumpa buah hati ke?" Kedengaran suara yang tidak asing lagi sewaktu Ashraf melintas di galley di tengah-tengah perut pesawat.

Ashraf hanya mengangkat tangannya kepada Fara sambil terus berlalu. 

"Hei. Tunggulah kejap." Ujar Fara lantas menyebabkan Ashraf mengundur semula ke galley.

"Hah. Ada apa?" Ashraf lihat Fara segera terjenguk-jenguk ke ruangan kabin depan dan belakang, seolah-olah sedang memeriksa sesuatu. Atau mungkin seseorang.

"Hei, kau tau tak? 'Minah senget' tu panas hati gila tengok kau dengan awek kau." Bisik Fara lantas mereka berdua tertawa perlahan.

"Mana kau tahu?" Tanya Ashraf.

"Hei... Ini Faralah... Pintu, dinding aircraft ni semua boleh bercakap dengan aku, kau tahu?"

"Ye ke? Toilet boleh bercakap dengan kau?"

"Eh, babi-"

Mereka ketawa sambil menahan suara.

"Erm... Aku tengok awek kau tu pun sayang gila-gila dekat kau. Kau hati-hati je lah dengan 'minah senget' tu. Dia tu bukannya boleh percaya. Kau pun tahu, kan?"

Kening Ashraf berkerut dan dia mengetap bibir.

"Kejap. Apa maksud kau awek aku sayang gila-gila dekat aku?" Ashraf lihat senyuman Fara sinis.

"Alahai, kau ni buat-buat tanya pulak... Cara dia pandang kau tu, aku tahulah."

"Cara dia pandang aku? Pandang macam mana?"

"Ish, kau ni kata bercinta tapi kenapa bengap sangat?" Lantas mereka berdua cepat-cepat menahan tawa daripada meletus. Selepas itu Fara menyambung, "Aku perempuan, aku tahulah pandangan kasih sayang seorang perempuan tu macam mana. Akukan makan garam dulu daripada kau. Kau budak-budak, apa tahu?!"

Ashraf hanya tersenyum. Ya, Fara sebenarnya hampir sepuluh tahun lebih tua daripadanya tetapi jika dilihat daripada paras rupa dan penampilannya, mereka kelihatan sebaya!

"Ye ke? Hmm... I hope you're right." Kata-kata Ashraf itu menyebabkan dahi Fara berkerut.

"Kenapa kau cakap macam tu? Kau rasa dia tak cintakan kau ke?"

Ashraf tergamam! "Err... Bukanlah macam tu. Cuma, aku rasa aku lebih sayang dia daripada dia sayangkan aku."

"Alor lor... Geli aku dengar FO Beku cakap berbunga cinta macam ni! Wekk!" Dan sekali lagi mereka tertawa perlahan supaya tidak mengganggu penumpang-penumpang yang sedang tidur dan berehat...

Ketika Ashraf tiba di tempat duduk Lara, gadis itu sedang nyenyak tidur. Ashraf perlahan-lahan duduk di sebelah dan membetulkan selimut yang menutupi tubuh Lara. Wajah itu ditenung buat seketika.

Benarkah Fara katakan tadi bahawa gadis ini benar-benar mencintainya?

Ashraf mengeluh perlahan.

Dia terus melaraskan tempat duduk dalam suasana malap dan kemudian melingkarkan tangannya pada pinggang Lara. Seolah-olah memeluk tubuh yang langsing itu.

Tiba-tiba, Lara berkalih sedikit ke arahnya dan memegang tangan Ashraf.

Pergerakan itu membuatkan Ashraf segera mematungkan diri. Dia tidak mahu mengejutkan Lara yang sedang enak dibuai lena. Setelah gadis itu dilihat nyenyak, barulah dia menyandarkan pipi di kepala Lara. Pandangannya dilontarkan ke luar tingkap.

Cantik... Sungguh cantik sekali cahaya bulan selepas dia dan Kapten Luth membuat lencongan bagi mengelak daripada cuaca buruk di timur laut Hawaii sebelum mengakhiri tugas tadi.

Ashraf mempereratkan pelukan.

"I love you, baby... I don't want these precious moments to come to an end but eventually, everything in life must reach to an end, right honey?" Bisik Ashraf dalam suara yang sangat perlahan. Kepala Lara dicium dengan mata yang terpejam. Kenangan terindah selama empat hari di Los Angeles terimbas di kotak fikiran.

Ashraf menutup mata untuk tidur. Hati terasa sungguh berat menantikan penerbangan itu tiba di Changi.

Dan dalam suasana yang malap itu, tanpa Ashraf ketahui, setitis air jernih jatuh dalam pejaman mata Lara...

Bye Los Angeles! :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience