'I baru nak breakfast, princess. My mom masak nasi lemak with sambal sotong, my favourite. Maybe I dapat special treatment ni sebab kapal terbakar semalam kot. Haha.'
'Send'.
Selepas membalas SMS Lara, Ashraf terus memulakan sarapannya dengan penuh berselera. Tambah pula dia sudah berhubung semula dengan Lara. Bukan setakat makan saja berselera, tidurnya pun sudah nyenyak!
"Bila incident meeting you tu?" Tanya Zelda sambil memakan sambal sotong bersama roti wholemeal. Pagi itu mereka hanya bersarapan dua beranak sahaja.
"Lusa. SQ dengan GE nak review report dulu." Kata Ashraf. GE Engine adalah pengeluar enjin pesawat Boeing 747 tersebut. Kelihatan Zelda hanya mengangguk.
"Mama terjaga pukul tiga pagi semalam... Lepas tu sampai ke subuh tak boleh tidur. Gerak hati seorang mak agaknya, bila anak dekat atas awan dalam bahaya."
Ashraf tertawa kecil. "Tak ada apa-apalah ma, orang selamat. Semua orang selamat." Ujarnya.
"Yelah. Tapi waktu nasib you tengah fifty-fifty dekat atas sana, mama tak boleh tidur walaupun mama tak tahu apa yang sedang terjadi!" Suara Zelda kedengaran tegas dan kali ini Ashraf ketawa sambil menggelengkan kepala.
Keadaan menjadi sepi seketika.
"Oh... Hari tu sebelum you balik daripada Hawaii, Uncle Eid datang sini." Zelda memandang wajah Ashraf daripada hujung matanya.
"Oh, okay." Itu saja balasan Ashraf. Dia terus menyuap nasi dengan berselera sekali.
Diam.
Zelda ternanti-nanti juga pertanyaan daripada Ashraf tentang kedatangan Uncle Eidnya itu, tetapi kelihatan anaknya itu tidak ambil pusing.
"Hmm... Dia datang sini sebab nak bersaudara dengan kita." Kata Zelda.
"Hah??" Ashraf memandang ibunya dengan wajah yang berkerut. Dia rasa sungguh pelik dengan ayat tersebut tetapi ibunya itu kelihatan senyum tersipu-sipu.
Ashraf terus sambung makan. "Kenapa nak bersaudara pulak? Selama ni kita treat dia memang macam saudara apa?" Kening Ashraf mencerun sambil mengaup nasi.
"Nak rapat lagilah." Zelda senyum lagi.
"Nak rapat macam mana lagi??"
"Dia nak jadikan you menantu dia."
"WHAT?!!" Hampir-hampir sahaja Ashraf tercekik. Wajahnya tercengang memandang Zelda.
Terdiam.
"Hish! Mengarutlah, ma." Ashraf terus sambung makan manakala wajah Zelda terus berubah.
"Apa pulak mengarut? Betullah...!"
Ashraf ketawa.
"Siapa...? Anak dia yang mana satu ni?" Tanya Ashraf lantas ketiga-tiga wajah anak perempuan Kapten Idris terimbas di fikirannya seorang demi seorang. Masakan dia tidak kenal, semenjak daripada sekolah rendah lagi dia biasa melihat anak-anak kaptennya itu. Malah Sofie juga agak rapat dengan kakak yang sulung.
"Anak dia yang bongsu tu lah."
"Hah?? Yang pakai braces tu??"
"Itu masa sekolah dulu! Sekarang dah besar panjang, dah cantik dah."
"Ye, orang tau dia pakai braces masa sekolah. Cuma nak ingatkan balik yang mana satu."
Keadaan terdiam semula.
"Si Noree tu study dekat Melbourne... You cubalah berkawan-kawan dengan dia."
"Ma... Jatuh maruah orang sebagai lelaki paling macho dalam JB dan Singapore kena lamar macam ni ma! Orang tak naklah!" Ashraf bergurau sambil ketawa.
"Bukannya lamaran pun! Kitorang nak bagi tau you je dulu untuk nak connect-kan korang berdua! Nanti lepas dah kenal-kenal, dah bercinta apa semua nanti, you lamarlah dia...!"
Ashraf ketawa makin besar sehinggakan Zelda terpinga-pinga.
"Ma rasa orang nak ke ma??" Anak mata Ashraf menangkap anak mata ibunya.
Entah bagaimana, bayang Kapten Zamani yang baru pulang daripada penerbangannya pada pagi itu muncul di ruang makan tersebut.
"Ashraf! Did you skip the 'fuel leak checklist' yesterday?!" Suara Kapten Zamani kedengaran tegas menyebabkan Ashraf dan Zelda terpinga-pinga memandang lelaki tersebut. Ashraf pasti ayahnya telah membaca email laporan insiden kecelakaan semalam.
"Yes."
"Why?"
"Because obviously there was no leakage."
"No leakage because?!"
"Because we had 650 KG more fuel than expected...!"
"From the last five hours journey?!"
Apabila suara Kapten Zamani makin meninggi, Zelda segera bangun, datang berdiri di hadapan suaminya dan membelakangkan Ashraf. Dia memegang lembut lengan suaminya itu dan berbisik, "Janganlah marah dia sangat, dia tengah makan..." Zelda terus berlalu ke dapur tetapi Kapten Zamani tidak peduli.
"So you REALLY think it would be the same trend even after five hours from your last calculation?!"
"Because we thought there was no leakage-"
"You THOUGHT?!"
"I mean at that time we were sure there was no leakage, pa." Kelihatan ayahnya terdiam sementara Ashraf merenung ke dalam anak mata ayahnya. Sebagai seorang juruterbang, Ashraf tahu mereka tidak boleh 'agak-agak' atau 'rasa-rasa'. Semuanya harus pasti dan yakin, itulah yang diajar oleh ayahnya.
"I have a PC (press conference) this afternoon to issue apology statement on behalf of SQ and the pilots-"
"Apology statement for what?! You wanted to say sorry on behalf of me and Kapten Luth that everyone in that aircraft SURVIVED?!" Kali ini pandangan mata Ashraf tajam menusuk. Dia faham, kapasiti Kapten Zamani sebagai seorang Pengarah Operasi Penerbangan, ayahnya harus menjadi 'wajah hadapan' mewakili semua juruterbang di dalam syarikat itu. Lantas Ashraf menyambung lagi, "Should be grateful the pilots landed them on the runway safely, that's already as good as apology!"Â
Dengan hati yang panas, Ashraf terus berlalu meninggalkan nasi lemak yang belum lagi dia habiskan. Dia tahu, ini sudah tentu arahan daripada orang atasan tetapi apa yang mengecewakan Ashraf ialah ayahnya tunduk sahaja dengan arahan tersebut seolah-olah insiden itu berpunca daripada salah juruterbang! Setelah mencuci tangan, Ashraf menyambar kunci kereta di atas meja konsol dan terus meluru keluar...
Apabila tiba di hadapan sebuah kedai mamak yang bernama Restoran Habib, Ashraf mematikan enjin keretanya. Di tingkat atas kedai mamak itulah terletaknya Karjis Studio, studio jamming tempat Necromancers bermain muzik. Fikiran Ashraf semak memikirkan apa yang diperkatakan oleh ayahnya sebentar tadi, jadi lebih baik dia jamming bersama rakan-rakan di sini.
Sebelum keluar daripada kereta, Ashraf memeriksa SMS yang masuk sewaktu sedang memandu tadi.
'Oh my God, Ash! I dah tengok footage aircraft you terbakar dekat MHI tadi! :-O Rasa macam tak percaya je you dekat dalam tu! - Princess
*MHI: Malaysia Hari Ini
Ashraf tersenyum.
'Yes, princess. That was me inside the aircraft :) Malam tadi pun keluar berita.'
'Send'.
Ashraf terus menyimpan telefonnya ke dalam poket lalu keluar daripada kereta dan naik ke studio...
Trrr... Trrr... Terrrr... CING!!
"Abang playboy besar dah sampai!!"
Wajah Ashraf tercengang sebaik sahaja dia melangkah masuk. Bunyi drum yang tersangkut-sangkut dan 'pengumuman' oleh Danny itu membuatkan tawa mereka berlima meletus di dalam studio tersebut. Ashraf ketawa sambil menggeleng dan memegang dahi. 'Abang playboy besar?!' Terasa geli hati dengan panggilan tersebut.
"Apa buruk sangat bunyi drum roll?!" Kata Ashraf sambil dia memberi 'high five' kepada rakan-rakannya.
"Ah, sombonglah lu sekarang! Mentang-mentang dah jadi playboy!" Ujar Eddie masih lagi dalam tawanya. Tak guna! Ini pasti Danny yang memberitahu kepada budak-budak Necromancers tentang Lara menggelarkan dia 'playboy' semalam, fikir Ashraf...
"Huiyo, power jugak kau mengayat awek tu sampai dia fikir kau ni playboy. Kau ayat apa? Aku ingatkan selama ni kau reti mencarut je." Jijoy berkata sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung di kedai mamak itu. Tawa mereka gamat.
"Mau minum apa??" Tanya seorang pelayan restoran. Hampir kesemua pekerja-pekerja di situ kenal dengan mereka berlima dan begitu juga sebaliknya.
"Teh ais." Jawab Ashraf.
"Saya punya bagi... Samalah, neh! Teh ais jugak!" Kata Eddie.
"Abang??" Pelayan restoran itu bertanya kepada Ejam pula.
"Hmm... Milo ais satu...! Ah, anneh! You tengok berita tak malam tadi??" Ejam mula memegang dan menepuk-nepuk bahu Ashraf.
"Apa birita??"
"Berita itu kapal terbang terbakar, dekat Changi Airport sana!"
"Ooo... Ada... Itu kuluar birita tadi malam!"
"Haa, tengok! Anneh pun tahu! Famous kau sekarang, bro! Neh, inilah pilot dia! Dia punya kapal tu neh-"
"Hish, kau ni! Kecohlah." Potong Ashraf.
"Hah? Ya ka abang...??" Pekerja itu memandang Ashraf. Ashraf tersengih lalu mengangguk menyebabkan mata lelaki itu terbeliak!
"Wah...! Saya ingat, awak sini muzik punya orang juga! Boleh bawa itu kapal terbang ka??" Mereka semua ketawa.
"Dia ni talented punya orang, neh! Main muzik dia, bawak kapal terbang pun dia! Playboy pun dia! Anneh tengok muka dia! Ada rupa playboy tak??"
"Ooo... Ada, ada... Perempuan banyak suka..." Serentak itu, suasana semakin gamat dengan gelak tawa mereka semua...
"Pergh...! Hebat lu bro!!" Kedengaran Jijoy memuji saat Ashraf bercerita tentang bagaimana dia mengawal keadaan pesawatnya semalam.
"Kau memang hafal semua benda dalam manual tu ke, bro?"
"Hehe! A'ah."
"Uish, dahsyatnya bro! Dah macam komputer otak kau ni!" Sampuk Ejam pula. Tetapi Danny tidak hairan. Dia memang tahu yang rakannya itu otak geliga sejak zaman sekolah lagi.
Ashraf hanya tersenyum. "Entahlah... Aku rasa aku kena mandi bunga sejak balik daripada Hawaii ni."
"Laa? Kenapa??" Tanya mereka semua hampir serentak.
"Mana tak nya. Yang pelik-pelik je jadi dekat aku sejak balik sini. Kapal terbakarlah, si Lara pulak tiba-tiba tuduh aku 'playboy', padahal aku ni masa nak telefon dia siap mintak tunjuk ajar daripada 'love guru' lagi..." Bahu Danny Ashraf tepuk-tepuk lantas mereka semua ketawa.
"Lepas tu..." Ayat Ashraf terhenti di situ. Dia lihat semua mata memandangnya. "Pagi tadi mak gua bagi tahu ada sorang kapten ni nak buat gua jadi menantu pulak..." Suara Ashraf seolah-olah kemurungan membuatkan rakan-rakannya terus ketawa dan bersorak!
"Fuhh, gilalah! Dah terbukti, bro! Lu bukan setakat playboy besar, tapi dengan title 'Jejaka Idaman Malaya dan Singapura' pun lu kebas sekali!" Kata Ejam lantas sekali lagi tawa mereka meletus. Keadaan menjadi semakin gamat.
Entah bagaimana, tiba-tiba sahaja pekerja restoran tadi meletakkan semangkuk ABC Special di atas meja menyebabkan mereka terpinga-pinga.
"Ini 'tokey' belanja abang... Saya bagi tau awak punya kapal terbakar simalam, sana airport Changi!" Semua budak-budak Necromancers tertawa girang.
"Laa...! Haha! Thank you neh, thank you!" Kata Ashraf lantas dia menjenguk bayang 'tokey' kedai di kaunter bayaran.
"Boss! Thank you, boss!" Suara Ashraf ditinggikan sambil dia membuat isyarat ibu jari. Kelihatan lelaki itu tersenyum sambil menggoyangkan kepala.
Ashraf berkongsi ABC Special itu bersama rakan-rakannya dan meneruskan perbualan mereka dengan rancak sekali. Jauh di sudut hati, walaupun dihujani dengan pujian dan kekaguman daripada orang sekeliling, tetapi dalam pada masa yang sama dia dan Kapten Luth bakal dipersalahkan kerana mengabaikan 'fuel leak checklist' ketika membuat prosedur 'Fuel Disagree' semalam...
*Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *
"Nah!" Zieta tersengih sambil meletak ice blended Java Chip Frappuccino itu di hadapan Lara.
"Suka?? Aku dengan Ash dah ber-SMS balik??" Tanya Lara tersenyum dan menjeling. Zieta dia lihat makin lebar menyengih.
"Ye...! Kali ni kau kawan je dulu dengan dia. Go with the flow, jangan reject. Aku rasa he's a keeper-lah!"
Kelihatan Lara hanya menjeling lalu menyedut air minuman.
"Lepas tu Ash balas apa bila kau cakap dia playboy?" Zieta menyambung semula perbualan mereka tadi.
Lara tertawa lalu cepat-cepat mengeluarkan telefon bimbitnya untuk membaca perbualan SMS dia bersama Ashraf semalam.
"Ini Ash balas, 'Playboy?? Kenapa you cakap I playboy pulak?'" Mata Lara memandang ke Zieta. Zieta hanya tersenyum lebar dan menunggu ayat selanjutnya daripada Lara. Lara terus membaca...
"Sebab you tu sweet talker!" Lantas tawa mereka berderai!
"Oh my god! Straight to the point je kau shoot dia! Hahaha! Bagus! Lepas tu? Lepas tu??" Suara Zieta kedengaran girang.
"Lepas tu dia cakap, 'I cuma luahkan apa yang I rasa je. I ikhlas cakap dari hati... Maybe because it's a beautiful feeling, so when I let it out, it sounds beautiful either. Bukan sebab I nak sweet talking.'" Lara lihat Zieta beriya-iya mengangguk seolah-olah bersetuju dengan Ashraf.
Lara terus menyambung,
"Then aku tulis dekat Ash lagi, 'So dah berapa ramai perempuan yang bagi 'beautiful feeling' macam ni pada you??' And then dia jawab... 'Berapa ramai??! Haha! You memang fikir I ni playboy ke?'"
Sekali lagi mata Lara dan Zieta bertembung. Masing-masing tersenyum.
"Lepas tu kau balas apa?" Tanya Zieta.
"Aku tak balas apa-apa dah, aku terus tanya pasal kapal dia yang terbakar tu."
"Oh, okay..." Zieta mengangguk dan menyedut minumannya. "Sweet-lah Ashraf ni... Aku rasa maybe dia bukan playboy kot, tapi kau hati-hati je lah. Orang handsome macam tu... Jangan percaya sangat." Kata Zieta lagi.
Lara hanya mengangguk sambil menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam tas tangan.
"So, Zie... Kau dah dapat offer letter dari UiTM maknanya kau masuk next semesterlah, kan? Congrats!" Kata Lara sambil tersenyum. Mereka membuat 'cheers' dengan melagakan minuman di tangan masing-masing.
"Thanks! A'ah, aku tengah prepare barang-barang semua, dah tak lama dah, kan?" Lara mengangguk dengan kata-kata Zieta itu. Sekarang sedang dalam 'study week' dan kertas peperiksaan yang terakhir Lara adalah minggu hadapan.
"Erm... Zie. Aku ada satu bendalah nak share dengan kau..."
Kelihatan Zieta mengerutkan kening. "Apa dia? Macam suspense je."
"Takdelah suspense pun. Cuma... Aku ingat, aku nak extend next semesterlah."
"Hah?! Extend?? Kenapa?!" Wajah Zieta kehairanan tetapi dia lihat Lara tersenyum.
"Modeling agency aku contact aku minggu lepas... Aku terpilih untuk jadi model Roxy untuk pasaran Asia."
"Oh my god, Ra!! Awesome-nya!!" Zieta hampir menjerit sambil bertepuk tangan. Dia turut berasa teruja!
"So, kenapa kau nak kena extend study pulak??"
"Sebab aku kena buat a few campaign untuk Roxy... Catwalk, photoshoot untuk print ads, website, dengan video ads... Aku kena commit a few months jugaklah, tapi bukanlah sepanjang bulan. Bila diorang panggil untuk job, aku kenalah pergi. Ada model daripada Philippines jugak, so rasanya nanti ada photoshoot yang aku kena pergi sana."
"Wah, best-nya Ra! Eh, berapa Roxy bayar kau? Mesti mahal, kan?? Roxy tu, bukan brand cap ayam!"
Lara tersengih lebar. "Sebab tu lah yang aku tak sanggup nak tolak tu!" Lantas mereka berdua ketawa.
"Berapa?!" Gesa Zieta.
"Erm... Roxy HQ nak bayar almost USD7,000 - USD8,000... So dekat-dekat RM30,000 jugaklah."
"What...?!! Gila!" Mulut Zieta ternganga.
"Ada satu benda yang lagi gila, aku nak bagi tahu kau."
"Apa dia?"
"Erm... Aku sekarang sebenarnya bikini model. So, photoshoot tu nanti selain daripada apparels, untuk Roxy punya bikini jugak."
"Tak, itu tak gila sebab aku tahu kau memang gila pun." Serentak kata-kata Zieta itu, mereka ketawa lagi.
"Tapi kau jangan bagi tahu sesiapa kecuali Khyra, okay?!"
"Habis tu ibu macam mana?"
"Ibu langsung tak tahu pasal bikini model ni. Mampus aku kalau dia tahu! Tapi pasal extend semester ni, pandai-pandailah aku nak adjust dengan dia. Cuma, aku tengah cari rumah atau bilik dekat Shah Alam sekarang. Nanti kalau aku dah dapat, bolehlah kau datang lepak... Atau kita tinggal satu rumah nak??"
Serentak itu, tawa riang daripada kedua-duanya mula kedengaran...
"Apology statement for what?! You wanted to say sorry on behalf of me and Kapten Luth that everyone in that aircraft SURVIVED?!"
Share this novel