Sinopsis - Ashraf

Romance Completed 159812

Sinopsis: MWB (Mr Wing Badge)
*Wing badge: Pilot’s badge. A pilot’s pride.
 
            Stereotaip dunia.  Lelaki tampan selalunya bermulut manis manakala yang kaya-raya pula teman wanita keliling pinggang.  Maka adakah juga benar bahawa lelaki yang berprofesion juruterbang itu semuanya ‘playboy’?  Buaya darat yang terbang di udara!

            Ashraf Zildan Zamani, seorang juruterbang di negara seberang.  Ashraf sering dilihat sebagai seorang lelaki yang sempurna.  Begitu juga dengan keluarganya.  Ibunya seorang bekas pramugari manakala ayahnya pula kapten si burung besi.  Walaupun latar belakang keluarganya sangat moden dan kedengaran agak glamor, tetapi sewaktu di sekolah dahulu rakan-rakan Ashraf menggelarkan dia si ‘introvert freak’.  Ini kerana Ashraf mendominasi keempat-empat jenis  introvert tersebut lengkap dalam dirinya. Namun begitu bila tiba pada satu titik dalam garis masa hidupnya, dinding introvert itu akhirnya Ashraf pecahkan demi seorang gadis.  Dan ketika itu, Ashraf telah membuat sesuatu yang dia fikir paling gila pernah dia lakukan seumur hidupnya!

            Sebelum Lara, Ashraf tidak pernah memikirkan tentang cinta secara serius.  Beratus-ratus suis dan butang yang bersepah pada panel kokpitnya itu, lebih senang bagi Ashraf daripada mengenali seorang perempuan.  Ditambah pula dengan sikap sinisnya yang tipikal, jangka hayat percintaan Ashraf sebelum ini tidak pernah lama.  Tetapi Ashraf tidak ambil peduli.  Baginya, hidupnya hanya untuk kapal terbang, enjin kapal terbang, sayap kapal terbang, dan segala-galanya tentang kapal terbang.  Manual kapal terbang?  Bak kata abangnya yang juga seorang juruterbang, kalau manual itu diibaratkan seperti Al-Quran, si Ashraf ini sudah seperti tahap al-hafiz!  Prosedur apa di bab yang ke berapa, semuanya ada dalam kepala Ashraf.  Itulah minat yang dia tanam sejak dari kecil walaupun ayahnya, Kapten Zamani tidak pernah berkehendakkan dia menjadi juruterbang.

            Sejak kecil, Ashraf amat manja dan rapat dengan ibunya.  Bukan sahaja dia menjadi saksi kepada pengorbanan dan kasih sayang seorang wanita terhadap suami dan keluarga, malah Ashraf juga menyimpan sejarah konflik keluarga mereka yang kekal menjadi rahsia sehingga ke hari ini.  Dan daripada situasi itulah tanpa Ashraf sedar telah mendidik dia untuk menghargai perempuan-perempuan yang dia sayangi.  Dan untuk pertama kali dalam hidup Ashraf, gadis bernama Lara itu adalah salah seorang daripadanya. 

            Namun seperti namanya, Lara itu seringkali menjadi lara di hati Ashraf.  Kadang-kala bukan kehendak atau niat gadis itu sendiri tetapi masa dan takdir yang tidak menyebelahi.  Ashraf berkali-kali kecewa tetapi perkataan ‘mengalah’ itu tidak pernah wujud dalam ‘manual’ hidupnya.  Sikap semulajadi seorang juruterbang, memang tidak akan pernah mengalah walaupun nyawa sudah di hujung tanduk.  Dan sikap seorang juruterbang akan terus bergelut hingga ke hujung nyawa, walau pesawat sedang jatuh menjunam.  Begitulah sinonimnya keadaan tersebut dengan cinta si juruterbang yang bernama Ashraf Zildan.  Tetapi…  Mampukah Ashraf memacu impiannya untuk bersama Lara? 

Share this novel

Sharifah_Efa
2022-03-14 14:28:14 

ff


NovelPlus Premium

The best ads free experience