Bab 4

Romance Completed 159812

ASHRAF menutup permainan video 'Call of Duty' di telefon bimbit Nokia N-Gage QD miliknya, iaitu model telefon yang diciptakan khas untuk menyokong applikasi permainan video. Dia meneguk laju air kopi yang sudah sejuk yang dia ambil sebaik sahaja melangkah masuk ke Malaysia Airlines Domestic Golden Lounge di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu. Hampir dua jam setengah selepas mendarat daripada Singapura, Ashraf melepak di situ sementara menunggu penerbangannya ke Tawau pula dan sekarang, dia sudah boleh membuat daftar masuk di kaunter. Ashraf bergegas keluar daripada lounge tersebut dan terus menuju ke Aras Pelepasan di tingkat lima.

          Sambil berjalan, dia tersenyum nipis. Hatinya berasa sungguh teruja dan sudah tidak sabar-sabar lagi untuk memiliki papan luncur air idamannya. Gambaran surfboard seperti yang dia lihat dalam MMS yang di hantar oleh Ako, pemilik kedai barang-barang luncur air di Sabah itu terbayang-bayang di fikirannya. Dia sudah dapat bayangkan reaksi rakan-rakan surfing-nya nanti di saat melihat tandatangan Kelly Slater pada badan surfboard miliknya itu! Hati Ashraf kembang dan bangga!

"Thank you, sir! Have a pleasant journey with Malaysia Airlines..."

          Tiket bertukar tangan di kaunter daftar masuk. Ashraf hanya senyum nipis sambil mengangguk kepala. Dia perasan. Petugas wanita yang memakai tanda nama 'Wati' itu memandangnya dengan mata yang tidak berkelip! Ashraf sebenarnya sudah biasa dengan keadaan seperti itu.

          Kadang-kala Ashraf fikir mungkin betul kata ibunya yang dia itu sememangnya handsome. Tetapi Ashraf rasa itu hanyalah ketika dia di dalam pakaian seragam kerjanya. Di luar waktu kerjanya pula, Ashraf seorang yang sangat simple! Fesyennya hanya sekadar T-shirt dan seluar three quarter atau 'boardshort' iaitu seluar kalis air setakat lutut yang sering dipakai oleh pemain-pemain papan luncur. Manakala di kakinya pula cuma tersarung sandal atau selipar Quicksilver. Jadi Ashraf kadang-kadang tidak faham apa yang membuatkan pandangan mata orang menyorot ke arahnya ketika dia berimej santai sebegitu. Dia rasa hairan dan kelakar.

          Sambil berjalan meninggalkan kaunter, mata Ashraf sibuk membaca butir-butir yang tertera pada tiket di tangannya. Langkah Ashraf terhenti sebentar. Kelihatan kod penerbangannya tertulis...

MH2660.

          Kening Ashraf terangkat. Waktu pelepasan pula adalah pukul 2.20 petang manakala gate akan dibuka pada pukul 2.00 petang. Seimbas lalu, Ashraf melihat jam di tangannya.

'Thirteen fifteen hours... Okay, cun...'

          Ashraf segera menyimpan tiket untuk bergegas keluar daripada kawasan daftar masuk tersebut. Tetapi entah bagaimana saat dia ingin melangkah, diri Ashraf terkaku dan kakinya membeku. Pandangan matanya seolah-olah ditarik oleh satu kuasa magnet dan saat itu juga, dunia sekeliling Ashraf bagaikan terhenti...

'Whoa...'

          Bisik hati Ashraf. Matanya menyorot ke sosok tubuh seorang perempuan tinggi lampai tidak jauh dari tempat dia berdiri. Perempuan itu Ashraf perhatikan jalan terkedek-kedek sambil menarik luggage. Sundress kain kapas setakat lutut dengan potongan off-shoulder di bahagian atas mendedahkan sebahagian besar bahu gadis tersebut dan menampakkan warna tanned keemasan kulitnya. Seksi! Ashraf telan liur...

'Macam princess... Model ke perempuan ni...?' Matanya terus memerhati.

          Rambut yang hitam lebat itu Ashraf lihat disanggul tinggi ke atas bersama oversized sunglass yang terselit di kepala. Di tangan perempuan itu pula, terdapat topi jerami berwarna coklat dan beriben hitam dipegang kemas bersama beg luggage berwarna merah.

'Ke... MAS stewardess nak pergi holiday...??' Dia terus tertanya-tanya sendiri.

          Gadis 'fashionista' itu dilihat menuju ke arah kaunter daftar masuk yang terletak bersebelahan dengan kaunter Ashraf tadi. Setibanya di situ, gadis itu tersenyum lebar sambil berkata 'hai' kepada petugas kaunter tersebut. Saat terpandangkan senyuman itu, hati Ashraf serta-merta terasa nyaman dan damai!

'Aduh...' Hatinya cair!

          Mata Ashraf cepat-cepat membaca kod penerbangan yang tertulis pada skrin paparan di atas kaunter daftar masuk berkenaan...

MH2660

'Eh...??' Ashraf mengeluarkan tiketnya bagi memeriksa kod penerbangannya sekali lagi...

Sama!

          Ashraf terus senyum meleret! Dia pasti sebentar lagi dia akan berjumpa semula dengan gadis misteri ini di pintu perlepasan dan akan terbang bersama dalam satu penerbangan. Akhirnya, Ashraf melepaskan gadis itu daripada pandangan matanya sambil mula mengorak langkah. Hati Ashraf bernyanyi girang!

          Lara berjalan seorang diri sambil matanya ligat mencari Pintu M1. Dia mengeluarkan telefon bimbit Nokia 3200 miliknya lantas menaip sesuatu... 'Cepatlah, aku dah check-in ni. Aku tunggu korang dekat waiting area Gate M1 okay. Jangan silap gate tau! Cepat datang!' Dan selepas itu, jarinya menekan butang 'Send'.

          Tidak lama kemudian, Lara terpandang papan tanda yang bertulis M1 beberapa meter di hadapannya. Dia tersenyum riang sambil masuk ke dalam kawasan waiting lounge tersebut. Sudah lama dia tidak pergi bercuti apatah lagi naik kapal terbang! Lara tidak sedar yang sebaik sahaja kakinya melangkah masuk, ada sepasang mata sedang memerhatikan gerak-gerinya...

          Apabila tiba di salah sebuah kerusi di ruangan menunggu tersebut, Lara meletakkan tote bag Roxy dan topi jeraminya itu di kerusi sebelah. Kemudian, dia mengeluarkan kembali telefon bimbitnya dan terus menaip sesuatu...  

'Hi sayang! Thanks sebab hantar I ke airport tadi. I'm so happy to start the journey tapi bila dah dekat atas awan nanti mesti I rindukan you... :('

          Lara tekan butang 'Send' dan tidak sampai beberapa minit  kemudian, notifikasi SMS-nya berbunyi semula menyebabkan dia cepat-cepat membaca mesej tersebut.

'I'll miss you too :( Tapi hari ni you boleh jadi bidadari I yang sebenar... Terbang di atas awan... ;)' – Abg Huzaimi

'Hehe... Mengadalah sayang ni! Mmuah! :-*' – Lara

'Muah! Love you, my angel. Take care okay... Hati-hati diving. Kalau nak tambah duit shopping, let me know.' – Abg Huzaimi

          Ketika Lara ingin membalas lagi mesej Huzaimi, satu SMS masuk ke dalam Inbox telefonnya. Lara pasti mesej itu datang dari Zieta atau Khyra.

'Ramainya orang! Mana kau? Aku dengan Zie dah sampai dekat M1.' – Khyra OM114

          Lara segera mengangkat kepalanya sambil melihat sekeliling untuk mencari bayang kedua-dua rakannya. Sebaik sahaja terpandangkan Zieta dan Khyra, Lara dengan girangnya melambai-lambaikan tangan...

          Dada Ashraf tiba-tiba tersentap dan terasa seperti semua darah dalam tubuhnya memecut naik ke kepala! Ketika dia sedang leka memerhatikan keletah gadis misteri itu, tiba-tiba sahaja tuan empunya badan yang duduk selang empat kerusi di hadapannya memalingkan muka sambil tersenyum lebar dan melambaikan tangan ke arahnya! Muka Ashraf pucat lesi!

          Sedang dia terkaku, tidak tahu apa yang harus dia lakukan untuk membalas reaksi gadis tersebut, tiba-tiba Ashraf lihat muncul dua orang gadis dari arah belakang Ashraf menerpa ke arah gadis tersebut. Mereka dilihat menyapa sesama sendiri dengan mesra sekali. Ashraf pejam mata dan tarik nafas lega! Dan sesaat kemudian, dia terus merenggut beg sandangnya dan bergegas bangun meninggalkan lounge tersebut!

         

Air di sinki tandas mencurah-curah laju, keluar daripada kepala paip. Ashraf membasuh mukanya berkali-kali sehingga percikan air itu membasahi lantai tandas. Selepas itu, dia menutup pili tersebut lantas memandang imej wajahnya yang basah kuyup di cermin...

'Shit... Apa kena aku ni??' Bisik hati Ashraf.

          Dia mengingat kembali momen yang baru saja berlaku sebentar tadi. Momen di mana dia seolah-olah 'bertentang mata' dengan gadis misteri tersebut... Senyuman itu... 'Arghh!!'  Wajah gadis misteri dengan senyuman manisnya terbayang jelas di minda Ashraf. Senyuman yang sungguh menawan hati tetapi mampu membuat dirinya panik dan tidak tentu arah sebentar tadi. Ashraf sendiri tidak tahu mengapa! Dia mengeluh panjang...

          'Apasal aku menggelabah tak tentu pasal ni?? Perempuan ni witch ke apa?!' Ujar Ashraf dalam hati. Dia mengeluarkan sapu tangan dari poket seluar lantas mengelap wajahnya yang basah.

'Ah, kalau dia witch... Aku necromancer! Apa ada hal!'

          Ashraf tertawa kecil dalam tekupan mukanya pada kain sapu tangan tersebut. Setelah itu, dia mengangkat muka dan memandang imej wajahnya semula di cermin. 'Oh, come on man! Relax-lah! Kata tadi handsome!' Getus Ashraf lagi. Dia tersengih sendirian. Nasib baik tiada orang di situ.

'Nak kena tukar baju ke hah?'

          Mata Ashraf memandang sosok tubuhnya di cermin. Buat pertama kali dalam hidupnya dia khuatir dengan imej dan penampilannya!

"Kepada penumpang-penumpang pesawat MH2660, diulangi, pesawat MH2660, sila beratur di pintu M1 untuk pelepasan segera. Terima kasih.'

          Ashraf cepat-cepat keluar daripada kubikel tandas. Di badannya sudah tersarung seluar jeans dengan t-shirt Quicksilver kegemarannya yang Ashraf rasa elok sedikit daripada t-shirt yang dia pakai sebentar tadi. Dia membelek-belek rambutnya di cermin sebelum bergegas keluar untuk kembali ke pintu M1.

          Suasana di pintu M1 sungguh hingar-bingar ketika Ashraf tiba. Penumpang-penumpang semua sudah bangun dari bangku yang mereka duduki dan membuat satu barisan yang panjang. Ashraf menyertai barisan tersebut sambil matanya liar mencari bayangan gadis witch sebentar tadi...

          Nun jauh di hadapan, gadis itu Ashraf lihat sedang seronok bersembang bersama dua rakannya sambil tertawa riang. Ashraf tersenyum seorang diri dan hatinya terasa kembang kuncup...

'I really like this girl! Maybe I should hit her up, shouldn't I...??'

          Bisik hati Ashraf. Entah kenapa setiap gerak-geri gadis yang dia panggil 'witch' itu menawan hati lelakinya. Cara gadis itu tertawa, gaya dan lenggok bahasa tubuhnya... Semuanya memikat hati Ashraf!

'Tapi... Macam mana aku nak approach dia...??' Fikiran Ashraf mula bercelaru. Hatinya terasa gundah gulana.

          Oleh kerana Ashraf adalah penumpang kelas perniagaan, dia mendapat 'boarding priority' iaitu keutamaan untuk menaiki pesawat sebelum penumpang-penumpang kelas ekonomi yang lain. Sewaktu dia sedang mara ke hadapan, dia sengaja lalu betul-betul di sebelah gadis witch tersebut. Tanpa memandang, Ashraf perasan yang gadis itu seolah-olah menganjak sedikit untuk memberi laluan kepada Ashraf sementara Ashraf pula terus jalan menonong!


"Aku tak pernah diving! Masa dekat Perhentian dulu snorkelling je..." Ashraf curi-curi dengar sambil melintas lalu.

          'Aww... Tak pernah diving yea...' Ashraf mengejek namun dia berasa sangat gembira apabila alunan suara itu singgah di telinganya! Ashraf tersenyum sendirian sambil berjalan masuk ke dalam perut pesawat.

           Sebaik sahaja tiba di tempat duduk bernombor 3A, Ashraf meletakkan beg sandangnya lalu melabuhkan punggung. Penumpang-penumpang kelas perniagaan yang lain juga sudah mula memenuhi ruangan yang sedikit eksklusif itu. Tempat duduk mereka seperti sofa dan sangat selesa dan empuk. Tidak lama kemudian, barulah penumpang kelas ekonomi mula masuk seorang demi seorang. Ashraf hanya memerhatikan sahaja sambil menunggu kemunculan bayang gadis misteri tadi...

"Hey, bro!"


Tiba-tiba, kedengaran satu suara menyapa. Ashraf menoleh ke arah suara tersebut.

          "Yo, capt!" Ashraf bangun dari tempat duduk sambil tersenyum lebar. Tangannya perlahan-lahan dilayangkan ke arah seorang lelaki yang memakai pilot uniform serba lengkap. Lelaki itu menangkap tangan Ashraf dan mereka terus bersalaman erat. Juruterbang MAS yang berketurunan India itu kelihatan sangat segak. Rupa boleh tahan, cuma perutnya sedikit boroi.

          "Fulamak... Look who's onboard man! Gua kena buat special announcement hari ni!" Kata-kata juruterbang itu membuatkan Ashraf tertawa. "Special announcement apa! Lu jangan buat pasal Vikash..." Serentak itu, mereka berdua ketawa.

          "Lu tau tak bro... Tadi masa dekat airlines office aku check nama pax (passenger) for business class hari ni. Sajalah tengok kot-kot ada VIP Sultan ke, Raja ke, atau Maya Karin ke..." Mereka sekali lagi ketawa apabila nama Maya Karin disebut. Lalu, lelaki yang dipanggil Vikash itu menyambung, "Sekali tengok-tengok... Eh, Ashraf Zildan?! Macam kenal je nama mamat sorang ni!" Mendengarkan kata-kata juruterbang itu, Ashraf ketawa sambil menepuk-nepuk bahu Vikash. "Yeah, I'm on your flight to Tawau, bro! Tak sangka pulak aku naik flight kau hari ni!" Katanya. Kedua-dua pemuda itu tersenyum antara satu sama lain.

"How's life man?" Tanya Ashraf.

          "Never been better..." Vikash menjawab sambil tersenyum dan mendepakan tangannya lalu menyambung, "Flying for food, man!" Ashraf tertawa kecil apabila terdengarkan ayat tersebut.

          "Yeah right. Flying for food – that's the mantra!" Ashraf mengangguk kecil. Sesekali, matanya memandang ke setiap penumpang yang masuk ke dalam perut pesawat tersebut.

          "Okay-lah bro. I've got things to do. Nak tengok FO aku buat walk around kejap. Kau duduk, relax, and enjoy your flight okay! Enjoy Malaysian Hospitality!" Kelihatan Vikash tersenyum bangga sambil menepuk bahu Ashraf. "Sure, bro. Thanks!" Balas Ashraf sambil membuat isyarat tabik dengan telapak tangannya.

"Eh, capt!"

          Vikash menoleh semula apabila terdengar panggilan Ashraf. "Lu pilot-in-command, lu jugak buat walk around ke?" Ashraf mengusik sambil tersenyum nakal. Kelihatan Vikash tertawa kecil sambil menggelengkan kepala. "To err on the side of caution bro! I've got SIA 'taiko' onboard today!"

          "Banyaklah lu punya SIA taiko!" Potong Ashraf. Serentak itu, kedua-dua lelaki itu tertawa. Ashraf tahu 'SIA taiko' yang Vikash maksudkan itu adalah dirinya!

"Bro!"

Kali ini, Ashraf pula menoleh memandang Vikash.

"Smart kau sekarang??"

          Ashraf tersengih lebar! Hatinya berbunga-bunga mengingatkan kisah di sebalik penampilannya pada hari itu.

"Takdelah, biasa je bro!" Balas Ashraf.

          Selepas itu kelihatan Vikash membuat isyarat tabik dengan senyuman di bibirnya sebelum berlalu pergi. Ashraf kembali memerhatikan seorang demi seorang penumpang yang masuk ke dalam perut pesawat.

          'Cina... Cina... Melayu... Singh... India... Mela... Eh, macam cina je apek ni... India... Melayu...' Hampir setiap penumpang yang muncul di pintu pesawat Ashraf perhatikan.

          'Eh, mana minah ni? Kenapa lambat sangat?' Ashraf tertanya-tanya sendiri. Dia terus menunggu bayang si gadis misteri. 'Hmm...' Jari telunjuknya diketuk-ketuk perlahan pada armrest di sisi tempat duduknya. Dia hairan, apa yang membuatkan gadis itu lambat masuk ke dalam pesawat?

'Ish, lembab betul si witch–'

          Tiba-tiba Ashraf termati kata. Dia segera melarikan pandangan matanya saat terpandangkan wajah si gadis muncul di pintu. Dia jadi takut kalau-kalau si witch itu nanti membalas panahan matanya. Entahlah, dia sendiri tidak tahu kenapa tetapi mungkin benarlah katanya yang perempuan itu memang witch! And he must have fallen under her spells!

          Ashraf terasa pergerakan gadis itu melintasi tempat duduknya. Ashraf buat selamba sahaja seraya melontarkan pandangannya ke luar tingkap. Dalam diam, dia tersenyum nipis dan mengangkat kening... 'Macam mana aku nak 'approach' minah ni?' Fikir Ashraf sambil melihat jam di tangannya... Dia ada tiga jam sahaja untuk bertindak!

"Cabin crew, please be seated for take-off."

          Kedengaran suara Kapten Vikash bergema memberi arahan kepada semua anak kapal melalui corong intercom. Selepas beberapa minit pesawat Boeing 737 itu melakukan 'taxiing' daripada petak parkir tadi, kini pesawat itu berhenti di tengah-tengah landasan 14L/32R yang terbentang luas.

          Mata Ashraf ralit memerhatikan pemandangan di luar tingkap. Dia menggigit kuku. Bermacam-macam benda sedang bermain di fikirannya ketika ini.

'Patut ke aku approach dia?' Dahi Ashraf berkerut.

          Dia tidak tahu adakah tindakannya itu sebenarnya salah? Tapi kalau salah, salah dari segi apa? Mengganggu privasi?? Ashraf sejujurnya tidak tahu. Apa yang dia tahu, hari ini dia akan buat kerja gila! Benda yang tak pernah dibuat olehnya seumur hidup. Ashraf menghela nafas panjang...

          Tiba-tiba kedengaran bunyi enjin turbin memuncak. Ashraf terasa pesawat yang dia naiki itu perlahan-lahan mula bergerak, semakin lama semakin laju mara ke hadapan menongkah angin. Selang beberapa saat kemudian kapal terbang itu akhirnya terapung naik ke udara. Dari kejauhan, kelihatan landing gear kapal tersebut perlahan-lahan terlipat masuk ke dalam perut pesawat...

          Ashraf masih lagi membeku sambil memandang gumpalan awan di luar tingkap. Semakin lama gumpalan itu semakin menebal sehinggalah terhampar di depan matanya sebuah padang kapas yang amat cantik dan luas.

          'Ah, lantaklah! Pergi jelah tegur minah tu! Nothing to lose pun! Kalau dia tak layan pun lantaklah, peduli apa!' Getus hati Ashraf lantas menyambung lagi, 'Lagipun dia nampak macam friendly... Okay kot...' Ashraf tak sudah-sudah berbicara sendiri dalam hati.

        "Hi, sir! Any drinks for you? We have coffee, tea, and orange juice today." Lamunan Ashraf terhenti apabila seorang pramugari tiba-tiba menegurnya sambil tersenyum ramah.

          "No, thanks. I'm okay." Ashraf berkata sambil membuat isyarat 'tidak mengapa' dengan tangannya. "How about bottled water and peanuts?" Tanya pramugari itu lagi. "Nope, I'll be fine." Jawab Ashraf pendek. "Okay, just let us know if you need anything later yea... Happy to serve you onboard!" Ujar pramugari itu sambil tersenyum dan berlalu. Ashraf hanya menarik nafas panjang sambil melihat jam tangannya. 'Tiga jam dari sekarang!' Bisik Ashraf dalam hati...

          "Selamat tengahari tuan-tuan dan puan-puan. Selamat datang ke penerbangan MH2660. Saya, Kapten Vikash bersama First Officer Ahmad Naszrin, juruterbang anda pada hari ini... Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kerana telah memilih Malaysia Airlines sebagai penerbangan pilihan tuan-tuan dan puan-puan. Kita sekarang sedang terbang pada ketinggian tiga puluh lima ribu kaki dengan kelajuan empat ratus batu sejam. Waktu sekarang menunjukkan pukul tiga lima minit petang dan cuaca di luar kelihatan baik. Kita dijangkakan akan mendarat di Tawau lebih kurang sepuluh minit lebih awal dari jadual. Cuaca di Tawau kelihatan cerah dengan suhu tiga puluh tiga darjah Celsius pada petang ini. Sehingga itu, tuan-tuan dan puan-puan dinasihatkan untuk terus berada di tempat duduk, pasangkan tali pinggang keselamatan dan nikmati penerbangan ini bersama krew-krew kapal Malaysia Airlines, Penerbangan Terbaik Dunia Tahun 2004. Terima kasih."

          Ashraf membungkam sepi di tempat duduknya sambil menggigit kuku. Sedikit pun dia tidak mengendahkan pengumuman yang dibuat oleh bekas rakan sekolahnya, Kapten Vikash Adityavardhan sebentar tadi. Satu jam telah berlalu selepas dia membuat keputusan nekad untuk menegur gadis witch itu tetapi kini ada pula satu persoalan yang berlegar-legar di mindanya...

'Nak tegur macam mana? Nak cakap apa??'

          Ashraf semakin resah. Dia melirik ke arah jam di tangannya... 'Dua jam lagi...!' Getus Ashraf. Hatinya kacau-bilau dan fikirannya tak tentu arah!

          Ashraf terfikir, kalaulah dia berperangai selamba dan gila-gila seperti abangnya Azril, sudah tentu dia boleh mendekati gadis tersebut dengan gaya yang bersahaja! Terus-terang Ashraf katakan, semenjak daripada bangku sekolah menengah lagi, dia digelar sebagai 'introvert freak' oleh rakan-rakan sekelilingnya manakala abangnya pula dianggap seperti 'superstar' sekolah! Abangnya itu digilai oleh guru-guru dan pelajar-pelajar perempuan kerana berperwatakan menarik (dan semestinya handsome – Ashraf rasa!), aktif dalam sukan serta menyandang jawatan-jawatan yang penting di sekolah.

          Ashraf pula hanya selesa di 'belakang tabir' – melepak di makmal fizik sekolah untuk membuat eksperimen atau memerap di studio muzik di dalam bilik kebal rumah mereka yang terletak di basement untuk bermain gitar, keyboard atau drum. Ada juga tersinggah di telinga Ashraf dahulu tentang sesetengah pelajar yang mengatakan dia seorang penyombong. Penyombong? Ashraf rasa perkataan yang lebih tepat lagi adalah pendiam. Entahlah! Apa yang Ashraf tahu, personaliti dia dan abangnya amat berbeza umpama langit dengan bumi. Dan Ashraf akui, sebagai seorang introvert, dia sangat-sangat kekok untuk memulakan perbualan apatah lagi untuk memulakan satu perkenalan!

          Lamunan Ashraf terhenti apabila terdengar tapak kaki dua orang pramugari melintas di kabin kelas perniagaan tersebut. Ashraf tiba-tiba terasa rimas dengan fikirannya yang bercelaru lantas dia bangun dari tempat duduk dan terus berjalan menyelusuri lorong yang diapit oleh seat penumpang kiri dan kanan!


'Ah, pergi mampuslah semua! Biasalah, lelaki nak mengorat perempuan! Apa ada hal?!' Ashraf sudah tekad! Namun begitu, dia masih tidak tahu apa yang harus dia katakan kepada perempuan itu nanti dan pada saat ini, Ashraf sudahpun memasuki kabin kelas ekonomi...

          Sambil berjalan, mata Ashraf liar mencari bayang gadis witch kesukaannya. Kiri dan kanan, kiri dan kanan... Terdapat berbagai rupa dan kerenah penumpang di situ. Ada yang sedang membaca, ada yang sedang tidur, dan ada yang sedang makan. Masing-masing leka membuat hal sendiri.

          Ashraf meneruskan langkahnya. Dadanya terasa semakin kencang dan nafasnya turun naik semakin laju. Dia tahu, semakin dia mara semakin dekatlah untuk dia bertemu dengan gadis tersebut. 'Hi! I'm Ashraf. You all semua nak pergi mana?' Bluerkh!! Hati Ashraf terasa seperti hendak termuntah keluar saat dia mempraktis bait perbualan tersebut dalam hati! Semua perkataan itu dia rasakan tersangat janggal tetapi apa lagi pilihan lain yang dia ada?! Muka Ashraf berkerut...

'Oh, there you are!'

Akhirnya wajah yang dicari sudah kelihatan. Jantungnya terasa hendak luruh!

          Ashraf mengamati wajah perempuan yang diapit oleh dua rakannya itu sedang leka bersembang dan bergelak ketawa. Wajah itu sungguh ceria dan senyumannya lebar bersama gigi yang tersusun rapi. Alis matanya lentik dan bermata bulat seperti anak patung! Ashraf perlahan-lahan semakin menghampiri. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum melontarkan suaranya...

"Yes, sir? Anything I can help you??"

          Kedengaran seorang pramugara menegur Ashraf membuatkan dia terkejut! Mereka bertentang mata buat seketika!

"No! Umm, I... I just wanna go to washroom."

"Oh, sure. Just walk straight up before the galley... On your right side." Pramugara itu menunjuk arah tandas dengan tangannya sambil tersenyum.

"Thanks." Jawab Ashraf pendek.

          "You're welcome, sir." Pramugara itu masih tersenyum memandangnya. Ashraf segera berlalu dan apabila dia mara tiga langkah ke hadapan, dia sudah pun melepasi tempat duduk si gadis witch yang misteri...

          'Damn...!' Muka Ashraf masam mencuka sambil langkahnya diteruskan ke arah tandas yang pramugara itu maksudkan tadi...

          Sebaik sahaja Ashraf masuk ke dalam tandas, dia tersandar di pintu sambil meraup mukanya dengan telapak tangan. Dan terus mengusap rambut... Dia terkaku sebentar sambil menutup mata. 'Urgh!' Ashraf menjerit dalam hati. Dia stres! Kini dia terpaksa mengumpul kekuatan semula dan mencuba sekali lagi untuk mendekati gadis tersebut! 'Kacau daun betullah mamat tu! Rosak plan aku!' Getus Ashraf dalam hati. Dia duduk di atas penutup mangkuk tandas sambil termenung seolah-olah sedang berfikir sesuatu. Otaknya umpama hard drive komputer yang sedang laju memproses data...

'Hmm...'

          Tiba-tiba Ashraf melirikkan satu senyuman sinis. Dia mendapat satu akal dan harap-harap, rancangannya kali ini akan berjaya!

          Ashraf keluar dari tandas lantas menutup pintu dengan perlahan. Dia berjalan dengan tenang sambil matanya memandang ke arah gadis yang duduk tidak jauh di hadapannya.

          'Locked on target, captain.' Hati kecil Ashraf seakan mengajuk dialog permainannya di dalam game 'Call of Duty'.

          Ketika dia melintasi tempat duduk gadis tersebut, mata Ashraf segera menangkap nombor seat yang tertera di ruang tempat penyimpanan beg.

'22B, copy!' Getus hatinya.

Ashraf buat selamba dan terus melangkah untuk kembali ke tempatnya...

          Setibanya sahaja Ashraf di tempat duduknya, dia segera mengambil 'Air Sickness Bag' yang berada di dalam saku tempat duduk di hadapannya lalu mengoyakkan kertas itu menjadi cebisan yang kecil. Selepas itu, Ashraf mengeluarkan sebatang pen daripada beg sandangnya dan menulis sesuatu di atas kertas tersebut...

'Hi! Ashraf – 012 2747 400'

          'Eh kejap.' Ashraf merenung tulisannya itu. 'Nak bagi nombor Malaysia ke atau nombor Singapore ye?' Ashraf termangu seketika. Sebenarnya dia ada dua nombor telefon bimbit tetapi yang lebih aktif adalah nombor Malaysianya. Telefon yang mengandungi kad sim Singapura itu pula sering Ashraf tinggalkan di kondo abangnya dan hanya akan dibawa ketika dia terbang bekerja sahaja. Ashraf mengetap bibir...

Nombor Malaysia? Nombor Singapore?? Malaysia? Atau Singapore??

        'Urgh... Apa-apalah setan! Dah tulis nombor ni, bagi jelah nombor ni, apa susah sangat!' Kata Ashraf sambil melipat kertas terbabit. Dia sudah malas hendak melayan semua kegusaran yang timbul. Ashraf tahu, dia sebenarnya gementar dan kerana itulah semua benda yang dia buat sekarang ini serba tak kena! Ashraf terus merapikan lipatan kertas di tangannya...

        Kini, Ashraf menunggu pula kalau-kalau ada krew yang akan lalu di kabin itu nanti. Dia akan minta krew itu menyerahkan kertas kecil tersebut kepada gadis di tempat duduk 22B!

          'Hmm... Nampak sangat macam pengecut, kan...' Ujar hati Ashraf. Dia menggenggam penumbuk kuat-kuat. 'Tapi memang kecut pun... Malu pun ada! Mesti krew tu tau aku nak mengorat pax 22B! Siot betul!' Ashraf mula menggigit kukunya sambil melontarkan pandangan ke luar tingkap.

          'Ataupun... Baik aku mintak tolong daripada krew lelaki tadi. Kalau dengan lelaki takdelah malu sangat!' Ashraf berkira-kira sendiri. Dia menarik nafas panjang sambil merenung kertas yang dipegangnya itu. 'Tapi kalau dia bukak dan baca kertas ni, macam mana...?? Malu jugak!' Dengan tak semena-mena, Ashraf terasa cuak hingga ke hulu hati. Tetapi kalau bukan dengan cara begini, apa lagi alternatif yang dia ada?! 'Aduh...' Seksanya Ashraf rasa! 'Gila betullah!'

          Tiba-tiba Ashraf terasa seperti ada seorang krew melintas di tepi tempat duduknya dengan langkah yang deras.

"Excuse me!" Ashraf cepat-cepat melontarkan suaranya memanggil krew tersebut.

"Yes, sir?" Kelihatan seorang pramugari tersenyum sambil memandang tepat ke muka Ashraf. Ashraf terkedu!

          'Shit! Stewardess-lah pulak! Aku nak steward!' Getus hati Ashraf. Dia menelan liur dan kerongkongnya pada saat itu bagaikan tersekat. Untuk beberapa ketika, mereka saling pandang-memandang menyebabkan Ashraf berasa serba salah, lalu dia mengalihkan pandangannya ke arah tag nama pramugari tersebut...

'Lisa'

          "Err, Lisa... Get me some water." Akhirnya! Pramugari yang bernama Lisa itu tersipu-sipu dengan senyuman yang melebar. "Sure, sir. Is that all? Because your meal is still–" "Nope, plain water." Potong Ashraf lantas mengalihkan pandangannya ke luar tingkap.

"Okay." Lisa terus berlalu dengan senyuman yang manis...

          Ashraf memejamkan mata. Dia menggenggam kedua-dua tapak tangannya. Kertas kecil yang tertulis nombor telefonnya itu turut konyok!

          'Adoii...!!' Ashraf menjerit dalam hati. 'Ma... Tengoklah anakmu ini...' Sempat lagi Ashraf membuat jenaka lalu dia senyum sendirian sambil menyeka rambut. Hari ini memang hari yang paling gila buatnya!

          Sementara itu, di sudut paling belakang dalam pesawat Boeing 737 tersebut, kedengaran suara gelak tawa kecil daripada anak-anak kapal memenuhi ruang galley. Semuanya sedang bergosip berkenaan dengan 'pax' handsome!

          "So, dia terus tergamamlah bila tengok kau, Lisa?" Tanya seorang lagi pramugari dengan nada yang perlahan. Dia tidak mahu perbualan itu didengari oleh penumpang lain terutamanya yang duduk berdekatan dengan galley tersebut!

          "Iya... Masa aku hantar air dekat dia tadi pun dia still macam tu. Macam nak cakap something. We can tell it, right? Like, when someone got to say something to us, we can tell it right... Gerak-geri dia..." Kata Lisa sambil memasukkan lebihan pek makanan ke dalam peti laci. Raut wajahnya tersenyum ceria.

          "Eleh... Cik Lisa oi! Kau nak cakap yang dia tengok kau tu macam dia terpandang Adriana Lima, lah... Gitu??" Pramugara yang baru sahaja muncul di galley tersebut menyampuk perbualan mereka.

          "Eii... Sibuk je si octopus ni tau!" Lisa memukul bahu pramugara tersebut. "Eh, mestilah aku nak sibuk-sibuk. Aku pun nak bergosip jugak! Hei Lisa, mamat tu memang mata buntang macam tulah! Tadi masa dia nak pergi tandas pun dia pandang aku macam tu... Bukan dengan kau seorang je! Nasib baik dia tak ajak aku masuk ke tandas sekali... Kalau tak, auww! Tak sanggup mak!" Mereka semua cepat-cepat menekup mulut masing-masing supaya gelak tawa mereka tidak terhambur keluar!

          "Eleh, Fiq... Kau jealous-lah tu! Kau tak tengok gelagat dia dengan aku tadi..." Lisa saja mengusik, tak mahu mengalah!

          "Alahai... Perasan! Adriana Lima-lah konon! Adriana Lima my ass! Kau tu pakai 'mak esah' je lebih!" Kata Fiq sambil tangannya memasukkan sesuatu ke dalam microwave. Buat kesekian kalinya, mereka cepat-cepat menekup mulut supaya dapat menahan tawa yang hampir terhambur...  

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience