"Unit number?" Tanya pengawal keselamatan itu.
Ashraf telan liur.
"Erm... Unit number saya tak tahu. Tapi kalau saya nak parking dan tunggu dia dekat lobi boleh?"
"Abang call-lah dia, tanya unit number." Kata pengawal keselamatan itu lagi.
"Err... Tak dapat. Dah banyak kali call tapi tak dapat."
Lelaki India itu terdiam dan mengalihkan pandangannya. Seolah-olah berfikir sama ada melepaskan Ashraf masuk atau tidak.
"Please... Saya nak tunggu dia dekat lobi je tapi mungkin agak lama sebab saya tak dapat contact dia. Kalau saya jumpa dia nanti, saya bagi unit number. Please?" Rayu Ashraf. Dia baru sahaja tiba di Sri Mahligai Condominium tanpa mengetahui yang Lara sudah seminggu berpindah keluar daripada situ!
Selama Ashraf mengambil dan menghantar Lara, pihak keselamatan Sri Mahligai tidak pernah meminta nombor unit penyewa tetapi jika hendak masuk dan memakir kereta, Ashraf perlu memberikan nombor unit sebelum dia diberikan pas pelawat oleh pengawal keselamatan yang bertugas.
"Bro... Saya nak duduk dekat lobi je. Tepi tu ada CCTV. Saya tak kan buat apa-apa. Kalau saya buat benda tak betul, CCTV boleh capture. Saya nak tunggu orang je, dekat lobi. Please, bro?"
Ashraf rasa seumur hidupnya inilah kali pertama dia merayu kepada orang yang tak dikenali. Pemuda India itu dilihat serba salah lantas berkata sesuatu kepada seorang lagi rakannya.
"Okay-lah, bang. Boleh. Tapi abang tak boleh naik atas tau. Tunggu di bawah saja."
"Yes, yes. Saya tak naik, janji! Saya duduk dekat lobi je." Barulah wajah Ashraf berseri.
"Abang parking dekat tepi sana ye."
"Okay, cun. Thank you, bro!"
"Welcome."
Lantas Ashraf mengemudi kereta sport RX8 merahnya ke tempat yang ditunjukkan oleh pengawal keselamatan itu.
Sebaik sahaja memakir kereta, brek tangan ditarik. Mata Ashraf memandang ke arah ruang lobi yang betul-betul berhadapan dengan tempat parkir pelawat. Kalau Lara lalu di situ pasti Ashraf dapat melihatnya.
'Ada ke Lara dekat rumah dia?' Bisik hati Ashraf. Dia melihat jam tangannya.
9.46 pagi
Hampir ke pukul sepuluh. Harap-harap Lara ada dan akan turun ke bawah. Tapi sampai bila Ashraf akan menunggu di sini? Sampai petang? Atau malam?
Ah, Lantaklah! Misinya ke situ adalah untuk menunggu dan mencari Lara. Tekad.
Di tempat duduk penumpang belakang terdapat komputer riba dan beberapa keping VCD filem kegemaran Ashraf, PlayStation Portable (PSP), dan buku manual Boeing 747 yang dibawa Ashraf untuk menghilangkan rasa bosan jika terpaksa menunggu lama.Â
"Ahh..." Ashraf menyandarkan badan sambil matanya menyorot ke ruang lobi. Banyak juga kenangan di situ dan salah satu yang paling dia ingati ialah sewaktu mengambil Lara untuk melihat bintang di Genting Sempah. Sebuah senyuman terukir di bibir Ashraf. Rindu.
"Lara... Please turun, please... I'm here baby." Bisik Ashraf sendirian...
Matahari sudah tegak di atas kepala. Tiga jam akhirnya berlalu begitu sahaja dan Ashraf masih lagi setia menunggu. Apabila matanya seakan ingin terlena, dia segera keluar daripada kereta, ambil angin. Kadang-kala apabila bosan bermain permainan video dan menonton filem, Ashraf mundar-mandir sendirian di hadapan lobi, menunggu-nunggu saat terpaculnya batang tubuh si cinta hati. Setiap kali ada bayang yang lalu-lalang, pasti Ashraf cepat-cepat meninjau tetapi setakat ini semuanya hampa.
Di pondok pengawal pula, kedua-dua pengawal keselamatan tadi ralit memerhatikan gelagat Ashraf dan sekali-sekala berkata sesuatu sesama mereka...
Pada masa yang sama, kurang daripada satu kilometer radius daripada Sri Mahligai Condominium ketika ini, sosok tubuh Lara dilihat keluar daripada teksi dan berjalan dengan langkah yang laju memasuki Hotel Concorde Shah Alam!
Gelagat Lara itu diperhatikan oleh Pak Samad daripada jauh dengan perasaan yang sayu. Pasti hati gadis itu sedang dihimpit seribu kedukaan namun Pak Samad berasa lega kerana tugasnya untuk mendedahkan perkara yang sebenar kepada Lara sudah selesai. Mungkin selepas ini dia sudah tidak berpeluang lagi untuk bersua dengan Lara melainkan Huzaimi berjaya memujuk Lara untuk kembali bersama. Jauh di sudut hati Pak Samad tertanya-tanya, apa agaknya kesudahan pertemuan antara dua hati itu...Â
Dalam keadaan yang panas terik, Ashraf berjalan ke arah pondok pengawal sebaik sahaja budak penghantar Domino's Pizza beredar daripada pintu gerbang Sri Mahligai. Di tangannya terdapat satu beg plastik yang agak besar berisi makanan dan minuman. Dia memutuskan untuk memesan pizza sahaja untuk makan tengahari kerana risau kalau-kalau terlepaskan Lara ketika keluar membeli makanan.
Bau pizza dan chicken wings daripada plastik itu terlintas di hidung Ashraf menyebabkan perutnya terasa dicarik-carik akibat kelaparan.Â
"Err... Saya ada beli pizza extra. You guys ambiklah, makan." Kata Ashraf kepada dua pengawal keselamatan tersebut. Kotak pizza bertukar tangan dan mereka mengucapkan terima kasih dengan wajah yang girang. Oleh kerana mereka tahu yang Ashraf hanya duduk di dalam kereta, mereka menjemput Ashraf makan di meja yang ada di situ.
Ashraf makan dengan lahap sekali. Mana tidaknya, sarapan pun tidak sempat pagi tadi, hanya minum air Milo tin sepanjang perjalanan daripada Johor Bahru ke Shah Alam.Â
Sesekali sewaktu Ashraf sedang makan, matanya meninjau-ninjau ke arah lobi menyebabkan kedua-dua pengawal keselamatan itu pandang-memandang sesama sendiri.Â
"Abang, boleh kami tumpang tanya tak?" Tanya seorang pengawal keselamatan yang memakai tanda nama 'Thinesh'.Â
Ashraf tersentak sedikit. "Aha?" Jawabnya ringkas.Â
"Abang gaduh dengan girlfriend ya?"Â
Mkkhht!
Pizza yang sedang dimakan Ashraf bagai tersangkut pada batang lehernya!
"Err... Sorry, abang. Saya tanya saja... Hehe!" Ujar Thinesh lagi sambil mengunyah pizza. Dia memerhatikan saja Ashraf meneguk air Pepsi.Â
"Tak lah, bukan gaduh... Saya tak dapat contact dia dah berhari-hari. Rasa-rasanya telefon dia hilang kot, so dia guna nombor telefon baru."Â
"Oh..." Kedua-dua pengawal keselamatan itu mengangguk kepala namun saat itu juga Ashraf mula terfikir sesuatu.Â
"Erm... You all tahu tak nama setiap penghuni rumah? Ada list tak?" Hati Ashraf penuh pengharapan. Â
"Kalau owner, management office tahu. Tapi kalau penyewa, kita tak tahu, abang."Â
"Oh..." Ashraf mengangguk perlahan. "Erm... You all biasa tengok tak budak perempuan tinggi-tinggi, kurus tinggal dekat sini...? Rambut panjang... Muka cantik macam model, tapi dia memang model pun."Â
Serentak itu juga kedua-dua pengawal keselamatan itu berpandangan sesama sendiri.Â
"Itu yang muka macam Aishwarya Rai, pelakon Bollywood itu ya? Dia selalu jalan depan sini kalau naik teksi."Â
Ashraf tersenyum lebar! "Ha, yes yes...! Orang cakap muka dia macam 'Aishrawya'..."Â
Entah, Ashraf tak reti menyebutnya lagipun dia sendiri tidak tahu mana rupa si Aishwarya Rai itu, cuma mendengar daripada mulut si Fara saja!Â
"Oh, kalau budak perempuan yang itu... Dia sudah pindahlah, abang..."Â
"Hah?!" Ashraf terlopong. Pizza di tangan jatuh ke dalam kotak yang dipegang. "Ye ke?" Keningnya mencerun kurang percaya.Â
"Betul, abang... Last week dia pindah. Dia duduk sini sama sorang lagi kawan dia, kan? Badan 'kicik-kicik', kurus... Kulit putih, drives Kancil."Â
'Zieta.' Getus hati Ashraf. "Aha..."Â
"Sudah pindah, abang... Minggu lepas diorang angkat barang dekat sini lobi jugak. Saya nampak. Lepas semua sudah angkat, mereka terus pergi!"Â
Wajah Ashraf semakin berkerut. "Erm... You tahu dia pindah mana?"Â
Kedua-duanya menggeleng. Â
'Aduh!' Makin pening kepala Ashraf! Mengapa agaknya Lara dan Zieta berpindah? Tetapi waktu itu juga Ashraf terfikir, mungkin kerana Lara sudah memulakan semester baru di UiTM.
"Okay, takpelah kalau macam tu... Thanks sebab bagi tahu..." Ujar Ashraf. Betullah kata mamanya, tak rugi kalau kita berbaik-baik dengan orang. Kalau tidak sia-sia sahaja dia tunggu sampai ke malam!Â
Sambil menghabiskan pizzanya, fikiran Ashraf sudah melayang memikirkan rancangan seterusnya...Â
"Lara, I'm so sorry... I tahu I dah buat silap besar tapi I nak patch up everything again with you, dear! Please, give me a chance!"
Wajah Lara mencuka memandang Huzaimi. Kalau bukan kerana mereka berada di tempat awam, Lara rasa hendak tengking saja lelaki di hadapannya ini.Â
"You nak chance apa? Chance nak suruh I jadi bini nombor dua you?"Â
"Okay, I janji I akan-"Â
"Hei, I datang sini bukan nak bagi chance pada you tau! Tolong sedar sikit! I datang ni sebab nak bagi tahu you, secara face to face, yang I nak putus dengan you! Faham? Tolonglah! Jangan kacau I lagi-"
"Tapi I sayangkan you!"
"Sayang apa kalau you menipu I selama ni? Menipu tu tanda you sayang ke? Sebab tu you tipu bini you jugak, kan?! Hah?!" Pandangan Lara tajam umpama mata helang.Â
Huzaimi terdiam sebentar.Â
"Lara, sebenarnya I takde niat pun nak menipu. Cuma... I tahu, kalau you tahu I ni suami orang, mesti you dah reject I awal-awal-"
"So? Apa bezanya reject awal-awal dengan reject sekarang?! Sekurang-kurangnya, kalau you berterus-terang dulu, I cuma fikir you ni lelaki gatal, bukan lelaki penipu!" Nada Lara tinggi sedikit menyebabkan salah seorang pelayan restoran Melting Pot CafĂ© itu menoleh ke arah mereka.Â
Kedengaran Huzaimi mengeluh panjang.Â
"Okay, now you tell me. You nak apa daripada I, asalkan kita boleh bersama. Rumah? Kereta? Duit? I boleh bagi apa saja yang you nak-"Â
"Eh, I tak gilakan semua tu lah. I cuma nak you lepaskan I, kita putus! Itu je!"Â
"Tak boleh, mintak putus tak boleh...! We can manage the situation first, dear. Dengar sini!"
"No! Kita putus! I nak balik!"
"No, dengar dulu cakap I." Huzaimi segera menyambar dan menggenggam kuat pergelangan tangan Lara saat Lara bangun daripada kerusinya.Â
"Ish, apa ni?! Sakitlah!"Â
"Dengar sini, Lara!" Suara Huzaimi meninggi sedikit menyebab Lara terpempan. "Bagi I discuss dulu dengan wife I lepas tu I akan masuk meminang you, okay?" Tangannya masih memegang pergelangan tangan Lara.Â
"Huh?! Meminang?! You gila!"Â
"I tak gila! I cuma nak buktikan pada you yang I serius! I sanggup tanggung you dan keluarga you, Lara! You jangan jadi bodoh, you fikir peluang ni baik-baik...!"Â
Splash!Â
Lara mencurahkan air minumannya ke muka Huzaimi!
"Dengar sini...!" Lara menyentap tangannya. "You jangan ingat semua benda you boleh beli dengan duit tau! I dengan ibu tak takut hidup susahlah! Dan walaupun hidup kami susah, kami tak pernah melarat! Ibu tu walaupun gaji dia sikit tapi dia tahu cari duit! Dan I pun tahu macam mana untuk I cari duit! I tak 'hingin'lah kemewahan daripada lelaki macam you! Dan ingat, Huzaimi! Yang paling penting, I tak mahu jadi perosak rumah tangga orang!"Â
"You bukan perosak, sayang! You tak tahu cerita sebenar-"Â
"Enough! Hmmph!" Lara melemparkan kain napkin ke muka Huzaimi yang sudah basah dan terus berlalu dengan pantas. Â
"Lara!" Huzaimi bingkas bangun ingin mengejar Lara tetapi dia teringat yang dia perlu membayar bil terlebih dahulu...Â
*Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â
"Yang, apa kata you pujuk Ash untuk ikut kita bercuti ke Melbourne?"Â
Kapten Zamani yang sedang menonton televisyen pada petang itu tertawa kecil.Â
"Sejak bila pulak I ada tugas untuk pujuk si Ashraf?"Â Â
"Kenapa tak boleh pulak? Dia pun anak you juga, kan?" Wajah Zelda mencuka. Â
"Hmm, bukan tak boleh... Tapi I tahu rancangan you nak bawak dia ke Melbourne. I tak nak masuk campur sebab dia dah buat keputusan dia sendiri. Lagipun, betullah apa yang dia fikir tu. Kalau dia tak jadi dengan anak si Eid tu nanti, kan ke mengacau professionalism dia dengan Eid? You ni, anak you tu dah besar tau. You should respect his decision."Â Â
Zelda menjeling dengan wajah yang masam mencuka. Geram betul dia mendengarkan kata-kata suaminya! Ingatkan boleh ajak berbincang, dia pula yang kena tazkirah.Â
Namun dalam waktu yang sama, Kapten Zamani pula tertanya-tanya mengapa si Ashraf Zildan masih belum memberitahu mamanya tentang budak perempuan yang dia jumpa di Changi Airport beberapa bulan yang lalu.Â
'Apa masalah mereka? Apa yang menghalang Ashraf daripada kenalkan Lara kepada family semua?' Mata Kapten Zamani menatap ke arah televisyen di hadapannya namun fikirannya melayang jauh.Â
'Lembab!' Dia mendengus dengan sikap Ashraf dalam hati...Â
*Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *
Malam itu, sesudah saja Lara mandi dan menunaikan solat, dia duduk di meja belajarnya di Kolej Kediaman Mawar. Rambutnya yang masih basah dibungkus dengan tuala dan dia membuka aplikasi SMS di telefon bimbitnya.Â
'Nope, sorry wrong number.' - 012 2204 7074
"Hhah..." Satu keluhan panjang dilepaskan lantas Lara mengeluarkan sebuah buku nota daripada laci meja.Â
Dia menandakan X pada nombor yang sama tertera di dalam buku nota tersebut. Di bawah nombor itu, terdapat banyak lagi nombor yang telah dipangkah.
012 2204 7700 X
012 2240 7047 XX
012 2204 7200 X
012 2240 7070 X
012 2240 7074 X
012 2204 7704 X
012 2204 7007 XX
012 2240 0474 X
012 2204 7400 X
012 2240 7400 X
Setiap hari, Lara akan menghantar satu SMS ke satu nombor yang dia teka nombor Ashraf secara rawak. Dia tekad, selagi dia tidak menjumpai nombor Ashraf selagi itulah dia akan lakukan perkara ini! Â
Tapi berapa lama agaknya sehingga dia akhirnya menjumpai nombor telefon Ashraf? Dia rindu, sungguh rindu! Berapa lama lagi dia harus tanggung rindu ini?Â
Lara bangun menuju ke katil dan mengambil sesuatu di bawah bantal...Â
Kamera digital Ashraf!Â
Lalu jarinya menekan butang 'ON' dan galeri gambar yang menyimpan kenangan mereka sewaktu di Amsterdam terpapar satu demi satu. Saat ini, satu per satu keletah Ashraf juga seakan terimbas di mata Lara namun semakin lama, pandangannya semakin kabur dan dadanya terasa perit terhimpit.Â
"Ash.... Isk, isk... Ash sayang..."Â Â
Skrin paparan kamera itu tiba-tiba basah dihujani dengan titis airmata...Â
"Lara... Please turun, please... I'm here baby." Bisik Ashraf sendirian...
Share this novel