Bab 66

Romance Completed 159812

Satu minggu telah berlalu dengan pantas, mencambahkan benih-benih rindu pada hati mereka yang bercinta.

'Princess, hope I won't wake you up. I'm about to pushback. But I'm really missing you :(' - My MWB

Dalam pada mamai, mata Lara membaca mesej tersebut bersama ukiran senyuman di bibir. Tertera waktu mesej itu dihantar pukul 2 pagi tadi manakala waktu ketika ini sudah hampir pukul 10 pagi. Lara mencium skrin telefon bimbit itu lalu dibawa ke dada, seolah-olah memeluknya. Seolah-olah mencium dan memeluk Ashraf. Mata ditutup rapat dan wajah lelaki itu muncul di kanvas fikirannya.

Saat ini rindunya terhadap lelaki itu juga membuak-buak tetapi Lara tahu, Ashraf masih berada di atas awan. Jarinya menekan butang untuk membalas SMS Ashraf dengan harapan lelaki itu akan terus membacanya sebaik sahaja mendarat nanti.

'I miss you too... Mmuah. You fly pergi mana?'

'Sent'.

Lantas Lara bangun daripada katil dan membuka laci meja.

Sewaktu dia berbaring kembali di atas katil, tangannya memegang kamera digital Sony milik Ashraf. Kamera yang menyimpan gambar-gambar mereka di Amsterdam. Ashraf menyuruh Lara menyimpan dahulu kamera itu supaya dapat menyalin kesemua gambar-gambar mereka ke dalam komputer riba Lara.

Apabila kamera tersebut dihidupkan, terpampang gambar Ashraf yang sedang berdiri dan tersenyum nipis, kaku memandang kamera.

Lara tertawa sendirian. Memang Ashraf camera shy seperti dia katakan kepada Lara. Jari Lara menekan lagi ke gambar yang lain. Kelihatan pula gambar Ashraf seakan canggung memandang kamera ketika mereka sedang makan pizza. Sekali lagi Lara ketawa. Dia teringat Ashraf memarahinya kerana asyik mengambil gambar tetapi Lara tidak peduli! Dia suka mengambil gambar Ashraf walaupun semuanya nampak kaku. Lara rasa comel! Bibir Lara tersenyum lagi...

Tittt!

Bunyi SMS masuk mematikan lamunannya. Eh? Adakah balasan SMS Ashraf? Atau... Mungkin juga SMS daripada Huzaimi. Lara membuka SMS tersebut.

'Hi you. Good morning! How are you today?' - Fahd YM

Bibir Lara menyenget. 'Ah, sibuk ajelah!' Getus hati Lara lantas telefon itu dicampak perlahan ke tepi. Dia menatap kembali gambar-gambar di dalam kamera.

Jarinya terhenti pada satu gambar yang mereka ambil bersama. Kelihatan kepala mereka dirapatkan sebelah menyebelah. Lara tersenyum lebar manakala Ashraf pula hanya dengan senyuman nipis.

"Kenapa you susah sangat nak senyum bila tangkap gambar?!"

"Tak tau. Kenapa pulak nak kena senyum pada kamera?"

"Pfft! Ashraf! You senyumlah jugak, janganlah bagi I nampak excited sorang-sorang! Jom kita ambik sekali lagi."

Teringat perbualan mereka mengenai gambar tersebut dan apabila Lara menyingkap ke gambar sebelah, kelihatan gambar yang sama tetapi kali ini senyum Ashraf sudah lebar, cuma gambar itu senget sedikit ke tepi. Lara tertawa sendirian. 'Handsome je! Tapi kekok gila nak ambik gambar! Patutlah tak boleh jadi model!' Getus hatinya. Terasa kelakar dengan keletah si cinta hati.

Ting tong!

Loceng rumah berbunyi mematikan sorotan memori di Amsterdam bulan lepas. Lara berdecip sambil bangun menuju ke pintu rumah dan apabila dibuka, seorang lelaki penghantar bunga memegang sejambak bunga matahari yang segar dan sungguh cantik!

Setelah menandatangani invois penerimaan, Lara menutup kembali pintu rumah.

'You are my sunshine.'

Itulah ayat yang tertera pada kad kecil di celahan bunga. Serentak itu juga, Lara terdengar bunyi deringan telefon bimbit daripada bilik tidur. Dia segera berlari anak untuk mendapatkannya.

"Hello." Ujar Lara.

"Hello, sunshine."

Bibir Lara senyum senget.

"You dah dapat bunga?" Tanya Huzaimi.

"Yeah, dah. Thanks."

"You're welcome, my dear. Hari ni kita lunch sama-sama, ye?"

"Eh, malam tadikan kita dah dinner." Lara sengaja buat-buat tak faham.

"So? Apa salahnya kalau kita lunch pulak hari ni? I nak spend time dengan you dicelah-celah kesibukan jadual harian I..."

Urgh! Desis hati Lara.

Begitulah keletah Huzaimi semenjak Lara minta putus pada minggu lalu dan apabila mereka berjumpa semula untuk membincangkan perkara tersebut, Huzaimi tetap teguh untuk bersama Lara walaupun Lara berkeras! Lelaki itu masih enggan melepaskan Lara dan katanya lagi, dia akan memperbetulkan segala kesilapannya selama ini. Kini setelah hampir seminggu pertemuan mereka, hampir setiap hari Lara menerima jambangan bunga!

"Erm... Nope. I tak boleh lunch dengan you hari ni." Kata Lara sambil tangannya meletakkan jambangan bunga ke atas tilam.

"Ala... Kenapa?"

"Kenapa you beria-ia nak jumpa I? Sebelum ni you tak kisah pun."

"My love... Kan I dah janji, I nak betulkan kesilapan I dulu."

Lara mengerlingkan mata ke atas.

"So apa salahnya kalau I spend lebih masa dengan you?"

"Lebih masa? Tak! Still twelve to one, or twelve to two..."

"Sayang... Memanglah the same length tapi lebih kerap, kan? Jadi, lebih lagilah masa yang I luangkan untuk you..." Cara Huzaimi bercakap itu seakan boleh terdengar bersama senyumannya.

Lara melepaskan satu keluhan. Kalau dah namanya orang bisnes, tahap 'persistent' mereka memang tinggi!

"Tak bolehlah. Tengahari ni I kena pergi fakulti. Nak register subject untuk semester depan, lepas tu kena settle-kan something untuk bilik kolej pulak. I'll be busy today." Bunyi macam jual mahal tetapi memang betul pun, Lara harus menyelesaikan semua perkara tersebut pada hari ini. Tempoh honeymoon sudah hampir tamat. Penggambaran dan peragaan untuk kempen Roxy pun sudah habis. Bayaran penuh juga sudah diterima. Bulan depan, Lara akan masuk ke fakulti semula untuk semester baru.

Huzaimi tersenyum tawar. Terasa seolah-olah diperli.

"Okay-lah dear. Kalau macam tu kita tengok esok macam mana pulak ye?"

"Yes, okay. Let's see tomorrow."

"Okay... Bye sunshine."

"Bye."

Lantas talian diputuskan.

Lara mengeluh panjang sekali lagi. Dia merebahkan badan ke atas tilam dengan mata yang tertutup.

Pening! Huzaimi memang banyak berubah semenjak pertemuan mereka minggu lalu. Perubahan yang pernah dia inginkan satu ketika dahulu, iaitu sebelum kehadiran Ashraf. Tetapi kini, Lara terperangkap sendiri. Dia masih memikirkan cara bagaimana untuk menamatkan perhubungan mereka berdua tetapi... Lara rasa perubahan Huzaimi ini tidak akan kekal lama. Apabila lelaki itu sudah berada di zon selesa semula, pasti dia akan mengabaikan dirinya semula. Rasa-rasanyalah... Fikir Lara.

Pintu bilik mandi terbuka dan berkuap wangi. Lara melangkah keluar dan selepas itu menyarungkan sepasang baju kurung di tubuh. Nak masuk ke fakulti dan kolej kediaman, rasanya lebih selamat jika dia pakai baju kurung. Sekurang-kurangnya tak adalah pak guard banyak songeh nanti!

Sewaktu Lara sedang mengeringkan rambut, kedengaran bunyi notifikasi SMS masuk ke telefon bimbit dan Lara dapati ada dua SMS tertera di skrin telefon. Mungkin yang satu lagi masuk ketika dia sedang mandi sebentar tadi.

'Hai you. Dah lunch ke?' - Fahd YM

'Adui! Okay, kali ni kena balas sebab pagi tadi aku tak balas SMS mamat ni.' Desis hati Lara. Dia menekan butang 'Reply'. 'Dah lah dia nak tolong recommend-kan tempat praktikal.' Sambungnya lagi sambil gigit lidah. Haih, inilah jadinya bila berhutang budi. Payah! Jari meluncur laju.

'Hai Fahd! I belum lunch lagi. Kejap lagi kot. You dah lunch ke?'

Hmph... Takde modal nak menyembang. Ah, lantaklah.

Lara menekan butang 'Send' seraya membuka SMS yang satu lagi.

'Told you we don't fly to Melbourne. Have you heard your dad ever flown there before?' - My MWB

Kening Lara berkerut. Pada mulanya dia tidak memahami apa yang dikatakan oleh Ashraf. Tetapi perkataan 'Melbourne' itu menyingkap sesuatu.

Perasaan Lara tiba-tiba terbakar dan meletup bagaikan gas yang termampat dicucuh api! Jarinya tergesa-gesa membalas.

'Amboi. Excited sangat ke nak balas SMS perempuan tu sampai tersalah hantar mesej pada I?! Kenapa you cakap macam tu?? You nak pergi Melbourne ke jumpa dia?? Bila??'

Butang 'Send' ditekan dengan perasaan amarah yang makin membara. Meluap-luap dan marak apinya. Dada terasa sempit tetapi Lara menyambung kembali mengeringkan rambut. Hati rasa terkoyak. Tidak lama kemudian, telefon bimbitnya berdering dan nama 'My MWB' tertera di skrin.

Lara menatap dengan rasa sakit hati. Jarinya menekan butang 'Reject'.

'I hate you!!'

Belum sempat dia menghantar mesej tersebut, panggilan Ashraf masuk sekali lagi. Lara menekan lagi butang 'Reject' dan selepas itu, dia cepat-cepat menghantar SMS yang sudah ditaip.

Telefon bimbit dibaling ke atas tilam. Kali ini dia menyisir rambut pula sebelum merias muka.

Titt! Bunyi SMS masuk.

'Baby! I'm so sorry! I bukan excited nak balas SMS dia. I excited nak balas SMS you tapi I tersalah hantar. Please answer my call.' - My MWB

'So you guys have been like texting each other lah? Selalulah you balas-balas SMS dengan dia?' - Princess

'Yes, kitorang memang texting tapi I cuma reply biasa-biasa je. I tak pernah text dia dulu. Selalunya dia yang SMS, I cuma reply je.' - My MWB

'So you are planning to go to-'

Belum habis Lara menaip, panggilan Ashraf masuk sekali lagi. Tetapi kali ini Lara terus menjawabnya.

"So you tengah plan nak pergi Melbourne ke??" Lara terus berkata dengan suara yang tegas.

"Baby, please. Janganlah marah-marah macam ni-"

"Then answer me...!" Potong Lara.

Kedengaran Ashraf mengeluh bersama bunyi pengumuman penerbangan di belakangnya. Lara pasti Ashraf masih berada di lapangan terbang dan baru sahaja mendarat sebentar tadi.

"My mom nak pergi Melbourne dengan kakak I. Diorang nak I pergi sama-"

"What?! Wow! Kenapa diorang nak you pergi jugak??"

Ashraf terdiam.

"Kenapa you kena pergi sama?? Sebab you nak jumpa dia, kan? Kenapa you kena jumpa dia? Sebab dia-"

"Baby, listen first! I tak nak ikut and I told them I can't take leave, simply because I don't want to meet her. Jadi, dia suggest mama dengan kakak I datang masa I ada flight to Melbourne. Tapi I bagi tahu dia, I tak fly ke sana. I dengan ayah dia kan colleagues, and we've never flown MEL before."

Dada Lara sebak. Betapa tersisihnya dia rasakan bila mama dan kakak Ashraf bekerjasama untuk menggandingkan Ashraf dengan perempuan itu.

"Baguslah! Emak you, kakak you, semua nak you dengan dia! Pergilah dengan dia!" Suara Lara kedengaran mencemik dan dia terus memutuskan talian.

Airmata bergenang. Lara mencapai kembali sikat di atas meja solek dan saat dia menyisir rambut, airmatanya berjurai jatuh.

Isk... Isk...

Esak tangis mula kedengaran bersama bunyi deringan telefon, tetapi kali ini Lara tidak menjawab...

Suasana di pejabat Kolej Mawar penuh dengan para pelajar menguruskan hal masing-masing. Ada yang datang untuk memohon bilik, ada yang datang untuk rayuan penempatan, dan lain-lain.

Lara berdiri di satu sudut bersama beberapa helai borang di tangan. Sebelah lagi tangannya sedang menaip SMS kepada Zieta, menanyakan sesuatu tentang kolej kediaman yang ingin mereka mohon untuk semester depan.

Sementara menunggu balasan daripada Zieta, Lara membaca semua SMS yang masuk sepanjang dia di fakulti tadi.

'Baby, janganlah macam ni. Please, let's talk.' - My MWB

'Please answer my call.' - My MWB

'Baby...' - My MWB

'Kenapa you marah ni? I tak pergi Melbourne lah.' - My MWB

Kenapa marah?! Tak fahamkah lelaki ini yang dia sedang cemburu?! Lara ketap gigi. Geram.

Dia buka SMS satu lagi.

'Lara, I rindu sangat pada you. I tak nak gaduh macam ni, please. I wanna talk to you.' My MWB

'Baby, I dah sampai hotel. Please let me know if I can call you.' - My MWB

'I love you.' - My MWB

Itu SMS Ashraf yang terakhir, dihantar  dua puluh minit selepas SMS sebelumnya. Kalau ikutkan rutin, Lara pasti Ashraf sudah mandi membersihkan diri dan sekarang dia sedang tidur dan berehat.

'Huh. Macam couple tapi belum couple lagi. Yang mamat sorang lagi pulak tak nak lepaskan aku! Argh, peninglah!!' Lara menjerit dalam hati, fikirannya rasa serabut...

*          *          *          *          *

"Hang sure ka ni?" Bazli memandang abangnya, Huzaimi di bilik pejabat Ketua Pegawai Eksekutif, Anjakan Paradigma.

"Ha, lah." Jawab Huzaimi ringkas.

"Mana mai budak perempuan ni tetiba ja muncui? Awat selama ni aku tak tau pun?"

"Ala, aku dah habaq pada mak dengan bapak. Hang ja yang tertinggai ketapi. Lagipun tak kan lah semua benda dalam rumah tu nak kena get through hang-"

"Ya lah. Tapi sekarang kena get through akulah jugak sebelum Board members yang lain."

Mata mereka pandang-memandang.

"Hmm." Jawab Huzaimi ringkas dan terus menaip sesuatu di komputer. Bazli termenung sebentar sambil kepalanya ligat berfikir.

"Nanti aku nak dia buat practical training dekat Quest Synergy. Daripada situ, kau bolehlah buat pre-induction untuk dia. Suruh HR sediakan module. Aku nak dia belajar tentang selok-belok company."

Bazli terpempan. "Ish! Hang ni buat kerja gilalah!"

"Kau jangan bimbang. Budaknya bijak dan cerdik. Put your trust in her. She won't let us down. Aku kenallah dia tu macam mana, diakan bakal bini aku. Yang penting, module yang HR kena sediakan tu kena menyeluruh setiap aspek. Aerial view daripada setiap department."

Bazli mencebik.

Memang tindakan berani mati betul abangnya buat kali ini.

"Hang perasan dak yang budak pompuan ni tengah gunakan hang sekarang sebagai syarat hang nak kawin dengan dia?"

Huzaimi ketawa besar mendengar tuduhan tersebut. Bazli hanya merenung wajah abangnya dalam-dalam. Belum pernah lagi abangnya dipermainkan sebegini. Dahulu, abangnya yang mempermainkan wanita. Mungkin kifarah, fikir Bazli.

"Karutlah! Ini keputusan aku sendiri! Takda kena-mengena satu apa pun dengan dia!"

Bazli masih merenung. Mengamati kepastian kata-kata abangnya. Dia lihat Huzaimi mendail sesuatu di telefon pejabat.

"Ye, bos?" Kedengaran suara Khairul daripada loudspeaker.

"Ambik dokumen HR ni. Tolong pass dekat Yati."

"Okay, bos."

Talian diputuskan.

"Jadi dia akan buat latihan praktikal dekat Quest Synergy, tapi lepas tu apa kita nak cakap dengan staf-staf lain bila dia masuk semula as one of Board of Directors? Hang gila!"

Klik!

Tombol pintu dipulas Khairul untuk mengambil dokumen yang dikatakan Huzaimi sebentar tadi.

"Aih. Dia masuk kerja lepas habis intern nanti sebagai bini aku. Depa nak kata apa?!"

Khairul memasang telinga sementara tangannya menyambut huluran fail daripada bosnya.

"Eh, Rul. Make sure HR proceed benda tu hari ni ye. Gaji you all tu, kalau depa lambat, I tak tau. Bukan salah I..." Seloroh Huzaimi.

"Okay, bos. Beres!" Khairul tersengih. Kebelakangan ini bosnya ini angin lain macam. Kalau mood dia baik, baik sangat. Kalau mood dia tengah taufan, memang satu pejabat dilanggar Garuda!

Khairul terus keluar daripada bilik tersebut dengan seribu satu persoalan di kepala mengenai apa yang dia dengar sebentar tadi. Tetapi tak mengapa, rancangan dia dan Pak Samad sudah semakin menghampiri, hanya menunggu hari yang telah ditetapkan...

Kepada semua readers, miss akan pergi bercuti sekejap sampai minggu depan. Maaf sbb tiada chapter update utk weekend ni dan Rabu depan. Bab 67 akan publish pada 10 December. Dlm tempoh ni, miss cuma akan post #throwbackMWB di Insta/FB story. Sorry for the delay yea dan terima kasih jgk atas kesabaran you all menunggu.. Miss sgt hargai :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience