Bab 36

Romance Completed 159812

(Be aware of explicit content)

Suasana di Honolulu International Airport pada petang itu agak tenang berbanding dengan lapangan terbang Los Angeles yang mereka singgah untuk pertukaran penerbangan tadi. Kelihatan Ashraf dan Bobby sedang menunggu kedatangan seseorang di luar bangunan terbabit. Cuaca tropika di pulau Hawaii itu membuatkan peluh mula merembes di dahi mereka dengan bahang yang kian terasa. 

"Gue capek..."

Ashraf tertawa kecil memandang Bobby yang sedang duduk di bangku konkrit sambil memeluk papan luncur setinggi enam kaki. Pipinya ditempelkan pada badan papan luncur tersebut dan wajahnya monyok akibat keletihan yang teramat sangat.

Dalam genggaman Ashraf terdapat satu tin minuman yang bertulis 'Coconut Hiwa Porter' iaitu bir keluaran tempatan. Ashraf meneguk air itu untuk kesekian kali tanpa mengetahui itulah salah satu sebab cintanya ditolak Lara...

"Ash... Kapan kita mau berangkat ke resort?" Bobby melirik ke arah Ashraf yang sedang berdiri.

"Sabarlah, Steve ada hal. Kejap lagi sampailah dia."

"Waduh... Kapan dong? Gedeg nih lama-lama nungguin, nggak kelar-kelar juga dia... Kapan sih, Ash??" Bobby lihat wajah Ashraf berubah dek kerana rimas dengan omelannya.

"Kau jangan nak kapan-kapan sangat, aku kapankan kau karang terus masuk bawah tanah!" Serentak itu tawa mereka meletus. Setelah sekian lama berkawan dengan Ashraf dan beberapa rakan surfer daripada Malaysia, Bobby faham makna 'kapan' yang Ashraf katakan itu. 

"Yo homies!" 

Tiba-tiba kelihatan seorang mat saleh keluar daripada sebuah kereta lalu berjalan menghampiri mereka.

"Hey, Steve...!" Wajah Ashraf ceria melihat kedatangan rakan seuniversitinya dahulu. Mereka berjabat tangan sambil berpelukan erat.

"How ya doin', man!" Tegur Ashraf dalam senyuman.

"Good! How's it goin'?"

"Pretty fair for a square!" Jawab Ashraf lantas mereka berdua tertawa kecil.

"Yo Steve, what's up!"

"Bobby ma' homie!! Thrilled to have you, man!" Lantas Steve menerjah dan memeluk Bobby pula. Keadaan di situ menjadi semakin riuh dengan suara mereka bertukar khabar berita sambil bergelak sakan.

Tiba-tiba Ashraf terperasan satu sosok pemuda kulit hitam keluar daripada kereta yang dipandu Steve dan apabila Ashraf memandang ke arah sosok itu, wajahnya berubah.

'Tyresse George Franklin!' Nama itu segera tergetus di hati Ashraf. Kenangan tujuh tahun lalu sewaktu di Embry Riddle Aeronautical University atau ERAU terimbau semula di kotak ingatan. Mata Ashraf mengecil. Dia tidak tahu bagaimana dia harus mereaksi pada pertemuan ini.

"Hey! Lookie here... My day is made! This 'punk' is still around!" Ujar lelaki itu. Badannya berotot sasa dan air wajahnya tampak ganas dengan seinci bekas parut di pipi.  

"He's with us??" Ashraf memandang Steve. Dia merasakan 'vibe' yang tidak enak apabila lelaki itu memanggilnya dengan perkataan 'punk'. "On this trip?!" Ashraf bertanya lagi tetapi Steve hanya tersenyum dan mengangkat bahu.

Ashraf, Steve dan Tyresse belajar di universiti yang sama satu ketika dahulu tetapi Tyresse dan Steve mengambil jurusan kejuruteraan aeronautikal.

Tyresse menghampiri Ashraf dengan wajah yang riak. "I didn't even had lunch but now I get to see this 'small lamb' back in here! Perfect for 'roasting'! Haha!"

Telinga Ashraf berdesing. Dia tertawa sinis bila mendengarkan kata-kata ejekan tersebut. Tyresse masih lagi seperti dahulu pada fikiran Ashraf.

"Well nigga, your scar is still visible after all these years. I hope your PTSD is curable." Ashraf pula 'membakar' Tyresse dengan pertembungan mata mereka yang tajam umpama helang. Bobby yang tidak tahu-menahu itu hampir terlopong melihat lagak kedua-duanya!

Ashraf dahulu terkenal di kalangan pelajar ERAU dengan nama ejekan 'small lamb' yang diberikan oleh Tyresse. Selain itu, Ashraf juga sering dibuli oleh Tyresse dan rakan-rakannya sehinggalah mereka berdua bergaduh besar di dalam tandas lelaki 'Academic Complex 1', salah sebuah bangunan fasiliti di kampus. Dalam pergelutan itu, Tyresse menghentak muka Ashraf ke cermin dinding menyebabkan cermin itu retak serta melukakan kening Ashraf dan setelah itu, Ashraf pula menumbuk Tyresse menyebabkan lelaki kulit hitam itu tersungkur lalu terkena serpihan marmar sinki yang telah pecah di lantai! Akibatnya, mereka berdua menerima jahitan. Ashraf mendapat dua jahitan di kening manakala Tyresse pula mendapat lima jahitan di pipi kiri yang sehingga kini masih jelas kelihatan. Selain daripada itu, mereka berdua juga digantung satu semester oleh fakulti masing-masing. 

"Why don't you shut your mouth before I close it for good?" Ujar Tyresse kasar.

"Oh yeah?? This is MY trip and you stay out of my way, bitch. I own you!"

"What the fuck! I will slap the taste out your mouth-" 

"Hey guys!" 

"Yeah, bring it nigga! I dare you!" Ashraf mara menghampiri Tyresse tetapi lelaki itu menolak Ashraf menyebabkan Ashraf sekali lagi mara dan menolak Tyresse sambil kedua-duanya mengeluarkan kata-kata kesat. Bobby segera menarik Ashraf manakala Steve pula menghalang Tyresse.

"Knock it off!!" Steve bertempik lantas membuatkan Ashraf dan Tyresse terdiam. 

"What the hell are you doin', y'all?! Ty, stop that shit! Ashraf, enough, please! You know what... Urgh! I'm sick of you two, man!" Steve terus berlalu masuk ke dalam kereta manakala Ashraf dan Tyresse pandang-memandang dengan wajah yang ketat. 

"C'mon, let's move! I'm starving!" Kedengaran suara Steve sambil enjin kereta dihidupkan. Tyresse meludah dan segera berlalu meninggalkan Ashraf dan Bobby di situ.

"Lo sama dia kenapa sih?" Kening Bobby mencerun. Dia melihat satu senyuman senget terukir di bibir Ashraf. "Ada kisah lampau." Jawab Ashraf pendek dan terus berlalu...

Steve menyusuri jalan raya 'Veteran Memorial' itu dengan berhati-hati. Keadaan di dalam kereta sudah tidak setegang tadi. Kedengaran lagu 'The Man Who Sold The World' nyanyian kumpulan rock Nirvana dimainkan dan mereka semua menyanyi bersama-sama kecuali Tyresse yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan. Lelaki itu hanya membatukan diri dengan riak wajah yang ketat.

Ashraf tiba-tiba teringatkan sesuatu. Dia menyeluk poket seluar dan mengeluarkan telefon bimbit untuk memeriksa SMS.

Keningnya berkerut.

Terdapat dua SMS sahaja yang dia terima sepanjang dua puluh empat jam perjalanan. Satu daripada mama, dan satu lagi daripada Lara. Ashraf membuka SMS daripada mamanya dahulu...

'Are you hiding something from me?' - Mama

Kening Ashraf sekali lagi berkerut lalu dia segera membalas...

'Huh?? Hiding apa??' - Ash

'You ada ENAM saman speed trap waktu ulang-alik ke KL. You buat apa pergi sana banyak kali?' - Mama

'Oh... Takde apa. Orang ada hal waktu tu, now dah settle. Dah tak payah ke KL dah lepas ni.' - Ash

Perasaannya seolah-olah terkoyak apabila menaip ayat itu. Jauh di sudut hati, Ashraf berharap yang dia masih boleh berulang-alik ke KL atau Shah Alam. Dia tarik nafas dalam-dalam sambil memejam mata. Kemudian, mesej Lara pula dibuka dengan perasaan yang sarat dengan rindu.

'Ash, please take care wherever you are...' - Princess

Kening Ashraf mencerun lagi. Mesej itu kedengaran seperti muram, tidak ceria seperti selalu. Mengapa? Getus hati Ashraf. Dan mengapa hanya ada satu mesej sahaja daripada Lara sepanjang dua puluh empat jam ini?? Ashraf ketap bibir. 'Hmm... Maybe dia busy kot.' Bisik Ashraf sendirian. Jarinya menekan butang 'Reply'.

'Hey, I will princess! My princess tahu I pergi surfing? ;) You take care too!'

Dan setelah itu, seperti biasa dia menekan butang 'Save'...

*          *          *          *          *

Lara duduk sendirian di McDonald's Seksyen 3 dengan aiskrim McFlurry di tangan. Lebih tepat lagi, dia duduk di tempat dan meja yang sama sewaktu kali terakhir dia datang di situ bersama Ashraf. Hatinya berat mengenangkan lelaki itu tetapi dia sedar, ini adalah pilihan dan keputusannya sendiri. 

Kalaulah dia ada mesin masa, Lara mahu melihat semula gelagatnya bersama Ashraf atau mengulang kembali saat Ashraf menyuap aiskrim buatnya di meja ini. Hati Lara pilu.

Haruskah dia melepaskan Ashraf setelah sebulan lamanya lelaki itu menyepikan diri? 

Ya, itulah yang sedang dia lakukan sebenarnya. Semenjak semalam, dia hanya menghantar satu SMS sahaja buat Ashraf. Dia ingin perlahan-lahan pergi daripada hidup Ashraf. 

Dalam masa satu atau dua bulan yang akan datang, mungkin dia dan Ashraf masing-masing sudah membawa haluan sendiri. Segalanya akan terlerai dan menghilang begitu saja. Dia dan Ashraf akhirnya akan tinggal memori.

Mengenangkan perkara tersebut, mata Lara berkaca lantas setitis bebola kristal jatuh masuk ke dalam aiskrim McFlurry di hadapannya... 

*          *          *          *          *

Bunyi ombak di Ehukai Beach Park berdesau ganas. Ketinggian ombak yang melebihi enam kaki di pantai ini membuatkan ia menjadi tempat kegemaran untuk peluncur-peluncur mahir.

Di tengah laut, kelihatan Ashraf sedang ligat menyusuri arus dengan papan luncur kesayangannya. Dia kelihatan sungguh licik bermain dengan ombak. Sekali-sekala dia menyelusup masuk ke dalam gulungan ombak yang besar dan berjaya keluar daripada gulungan tersebut.

Rakan-rakan Ashraf yang lain juga sedang asyik bermain. Bobbylah yang paling handal. Maklumlah, 'cikgu surfing'. Kadang-kala mereka semua mengelak daripada bertembung sesama sendiri diikuti dengan suara yang bersorak riang, sungguh gembira sekali.

Inilah waktu yang Ashraf tunggu-tunggu. Saat dia boleh melempiaskan segala ketegangan perasaan, duka dan nestapanya. Malah, saat dia tersungkur jatuh daripada papan luncur dan tenggelam, dia berasa puas. Dia berasa seolah-olah segala penderitaan yang bermaharajalela dalam hatinya juga turut tenggelam sama...

"Hei Ash." Kata Bobby sambil duduk di sebelah Ashraf. Mereka sedang berehat sebentar sebelum menyambung permainan sebentar lagi.

"Cewek itu say hi buat lo."

Air yang sedang diteguk Ashraf bagaikan tercekik di batang lehernya.

"Apa?!" Tanya Ashraf terus memandang ke wajah Bobby.

"Itu sana... Cewek itu admire sama lo!" Bobby tersengih sambil menunjuk ke arah gadis yang dia maksudkan. Kelihatan dari kejauhan, seorang minah saleh tersenyum mesra memandang Ashraf.

"Oh..." Kata Ashraf sambil membalas senyuman dan membuat isyarat tangan 'hang loose'. Di Hawaii, isyarat itu bermaksud seperti sapaan 'hai'. Mata Ashraf kemudian menangkap wajah Bobby.

"Dia cakap apa dengan kau?"

"Dia nanya, minta nomor ponsel lo ke gue."

"Hah?! Nombor handphone?! Habis tu kau bagi ke?!" Tanya Ashraf kaget.

"Nggak! Gila kali masa gue ngasih tanpa izin lo?!"

"Ah... Okay." Ashraf tarik nafas lega.

"Apa lagi, Ash... Cewek 'cun' tu, bro!" Kata Bobby dalam slanga bahasa Melayu pasar. Ashraf hanya tertawa kecil.

"Bro, lu tak tengok lagi 'dia' macam mana, bro... Lagi cun bro! Senyuman dia bro... Urgh! Cair aku!" Senyum Ashraf melebar. Wajah anggun Lara terimbas di kotak ingatannya. Rindu!

"Maksud lo, cewek yang lo patah hati itu?"

"Iya!" Balas Ashraf pula dalam dialek Indonesia lantas mereka berdua tertawa.

"Lo jangan mikirin sangat deh. Nanti lo lagi patah hati!"

Ashraf menghela nafas panjang. Matanya menyorot ke arah desiran ombak yang menghempas pantai.

"Hmm... Actually aku tengah curious-lah, Bob."

"Karna apa?"

"Sejak kita sampai sini, sehari sekali je dia SMS aku. Selalunya dua-tiga kali." Mata Ashraf dan Bobby bertembung. Kelihatan wajah Bobby berkerut.

"Lo masih ngarep sama dia?? Gue sangka lo mau move on? Malah lo sekarang lagi ngelakuin semua ini karna lo mau move on bukan?"

Ashraf terdiam. Otaknya berfikir laju...

Adakah dia benar-benar bersedia untuk melepaskan Lara? Walaupun sebulan kebelakangan ini dia mengelak daripada berkomunikasi dengan gadis itu tetapi tak bermakna yang dia bersedia untuk kehilangan Lara. Malah setiap hantaran SMS Lara umpama api yang mencucuh ego lelakinya tetapi dalam pada masa yang sama, sebagai pengubat rindu. Semakin lama keegoannya semakin marak dan gadis itu juga seolah-olah menginginkan dirinya. Lantas, ke mana sebenarnya hala tuju mereka dengan semua ini??

Ashraf memejam mata sambil mendongak kepala untuk beberapa ketika. Bobby di sebelah tercengang-cengang memandang gelagat Ashraf.

"Bob! Kau nampak ni?" Ashraf tiba-tiba bertanya sambil menunjukkan sebiji cangkerang siput yang sangat cantik.

"Aha??"

"Kalau ini umpama hati 'dia', aku nak tinggalkan hati dia jauhh... Ke dalam laut sana." Kata-kata Ashraf itu membuatkan air wajah Bobby seolah-olah teruja.

"Whoa, bro...! Ini kalo dibikin cerita kayaknya seru nih! Hahaha!"

Ashraf tersenyum tawar dengan perasaan yang semakin memberat.

"Terus gimana lo mau-" Tidak sempat Bobby menghabiskan pertanyaannya, dia lihat Ashraf sudah berlari menuju ke laut!

"Ehh?!! Ash!! Ash?!! Lo lupa sama papan luncurnya!! Eh, Ash?! Lo gila apa?!! Ombaknya kayak berantem gitu!! ASH!!" Dia lihat Ashraf tidak mempedulikan kata-katanya dan terus memecut semakin laju. Saat ini, Bobby hanya mampu berdoa agar rakannya itu tidak tertewas dengan sang ombak!

Ashraf melompat dan menujahkan badannya sekuat hati masuk ke dalam air. Tangan kanannya menggenggam kuat cangkerang siput yang ingin dia letak ke dasar laut. Dia menggunakan seluruh kekuatan yang datang daripada kekecewaan hatinya untuk melawan arus yang deras. Dia ingin mengusir rasa kecewa itu keluar dari dalam dirinya. Cukuplah semuanya! Dia tidak mahu dibelenggu dengan rasa itu lagi. Ashraf terus menyelam sejauh mungkin.

Malap... Keadaan di bawah itu agak malap walaupun ada celoreng cahaya matahari memancar masuk.

'I love you, princess. But... Ugh, maybe it has to be like this.' Ujar Ashraf dalam hati sambil terus menyelam. Dasar laut itu sudah semakin kelihatan di pandangan matanya.

'Princess, I tinggalkan 'you' dekat sini, okay? Maybe it wasn't you, princess. Maybe it was my fault. I went in too deep... With my feelings for you...' Ashraf meletakkan cangkerang siput yang cantik itu di lantai laut.

'I love you, Lara. I really do... Goodbye, princess...' Selepas itu, Ashraf menujahkan badannya untuk menuju ke atas semula...

Begitulah diumpamakan dirinya. Lemas dalam lautan kekecewaan yang disebabkan oleh gadis pujaan. Kini, dia harus bergelut dengan kekecewaan itu untuk berenang ke atas semula, menghirup kembali udara kehidupan lama yang dia tinggalkan dahulu.

Jika lautan ini adalah hatinya, biarlah Lara tinggal jauh di dasar. Mungkin gadis itu si puteri duyung. 'My princess mermaid', fikirnya. Ashraf tidak betah dengan kedalaman ini yang semakin lama membuatkan dia semakin lemas terseksa. Dia harus kembali ke dunianya tanpa Lara. Kehidupannya seperti yang dulu...

"Hhahhkhhh!!" Ashraf terpacul di permukaan air sambil menghirup udara sebanyak yang mungkin. Dia hampir-hampir kehabisan oksigen sebentar tadi!

Saat Ashraf berjalan menuju ke Bobby, dia lihat Steve dan Tyresse ada bersama dan pandangan mereka ke arahnya lain macam. Masing-masing tampak mencuka tetapi Ashraf tersengih seperti kerang busuk!

"Oii, begok!! Lo kalo mau bikin kerja gila jangan libatin nyawa!! Ngerti lo?!!"

Ashraf tersengih lagi sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"What the heck are you doing, man??" Tanya Steve.

"Well, umm... I just-" Ashraf berkata sambil memandang ke arah laut tetapi sebaik sahaja dia mengalihkan pandangannya ke arah rakan-rakannya semula, tiba-tiba sahaja terasa satu tumbukan tepat mengenai pipi kanannya! Sudahlah dia keletihan melawan arus sebentar tadi, tumbukan curi itu terus membuatkan Ashraf pitam dan rebah...

Sesiapa yg nak jenguk/follow trip Ashraf, boleh tengok dekat ig miss (misstery_author) dalam story folder 'Surfing Trip'. Miss buat khas sbg tanda penghargaan buat semua readers MWB <3 Semoga terhibur!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience