“OH, YES!!”
Dalam kegelapan kamar tidurnya, Ashraf tiba-tiba melompat bangun daripada katil dan tergesa-gesa membuka lampu.
“I have her email address!”
Wajahnya girang. Pandangan mula melilau dan menyorot ke setiap sudut biliknya di kondo Azril pada malam itu.
Sebaik sahaja Ashraf melelapkan mata sebentar tadi, tiba-tiba bayangan kertas yang dia tulis semua butir peribadi Lara yang diperoleh daripada Vikash dahulu terlintas di fikirannya!
Ashraf masih ingat, Vikash menelefonnya sewaktu dia di hotel Sheraton San Francisco dan ketika itu juga Ashraf segera mengoyakkan sehelai kertas daripada buku memo yang terdapat di dalam bilik tersebut. Kini dia harus cari kertas itu! Ashraf yakin dia tidak membuangnya.
Satu demi satu laci meja tulis dibuka dan kesemua buku diperiksa rapi malah ruang sudut laci juga tidak terlepas, habis Ashraf periksa.
Kertas bersaiz A5 yang mempunyai lambang Sheraton terbayang di fikiran. Pada kertas itu terdapat nama penumpang iaitu nama Lara dan maklumat penerbangan, beserta nombor kad pengenalan, nombor telefon bimbit, dan ‘emergency contact number’ yang tertera nama dan nombor telefon ibu Lara!
‘Oh, yes! Nombor telefon Pn Zuraidah!' Getus Ashraf dalam hati sambil tangan terus meraba-raba laci. 'Seems like I have another contact point!' Sambungnya lagi. Harapan semakin menggunung dan dia semakin bersemangat. Alang-alang sudah ada nombor telefon ibu Lara, lebih baik dia terus hubungi Puan Zuraidah sahaja. Lagi cepat dan senang!
Ashraf memeriksa laci yang terakhir namun kertas itu masih tidak kelihatan.
'Mana lagi nak check ni?' Bibir diketap. Mata liar memandang sana-sini. Betapa berharganya sekeping kertas yang menyimpan seribu harapan. Ashraf yakin kertas itu masih ada biarpun sudah hampir dua tahun berlalu.
Dua tahun.
‘How time flies…’ Bisik hatinya lantas dia menutup kembali laci-laci yang terbuka.
Selepas itu dia beralih pula ke meja di sisi katil yang berlaci satu.
Laci ini sajalah harapan yang terakhir. Kalau tidak ada juga kertas Sheraton itu, Ashraf akan selongkar seluruh pelusuk rumah esok. Dia tekad!
Tangan sasanya cepat-cepat menarik laci yang berwarna perang bersama debaran di dada dan ketika itu juga matanya menangkap sehelai kertas berlambang 'S' beserta tulisan tangannya di dada kertas!
“OH YES!! YES!! YEARGHH!! WOHOO!!!”
Jeritan bergema kuat dan kertas dijulang tinggi ke udara!
Name: Lara binti Rizman
MH2664 @ 1420HRS, Seat 22B
I/C: 8*0922 – 14 – 57**
Contact number: +6017 3454 6694
Email address:
Emergency contact: Pn Zuraidah (mom)
Emergency contact number: +6013 3571 2131
Kertas itu dicium sambil raut wajahnya tersenyum puas. Ashraf dapat merasakan yang peluang untuk berhubung kembali dengan Lara semakin cerah.
Dia menatap lagi tulisannya yang seperti cakar ayam akibat hendak cepat menyalin semua maklumat daripada Vikash.
'Pinkyrara', alamat email si Lara. Ashraf tertawa sendirian. Comel sungguh nama itu.
Masih terbayang lagi suasana riuh dengan gelak tawa dia dan Vikash sambil rakannya itu menyakat tentang dia dan Lara. Malam ini, keterujaan yang sama Ashraf rasakan sekali lagi!
Ashraf capai telefon bimbit dan menghantar SMS kepada Danny untuk memberitahu tentang penemuan kertas tersebut. Dalam SMS itu, Ashraf berkata yang dia akan menelefon ibu Lara keesokan hari. Sambil menaip, hatinya sudah berlagu girang.
'Message sent'.
Bibir belum putus menguntumkan senyum.
Ashraf memasang lampu tidur dan menutup lampu bilik. Badan dibaringkan ke katil bersama hati yang sudah terasa lapang.
‘Pn Zuraidah’.
Bagaimanalah agaknya Pn Zuraidah ini? Garangkah? Atau peramah seperti ibunya? Apa reaksi wanita tersebut apabila menerima panggilan telefonnya nanti? Bermacam-macam perkara singgah di fikiran Ashraf waktu ini tetapi dia tidak peduli. Esok, dia akan cuba sebaik mungkin untuk bercakap dan meminta nombor telefon Lara daripada Pn Zuraidah. Ashraf tutup mata dalam senyuman dan hati yang berbunga…
* * * * *
Keesokan harinya.
Kedengaran bunyi papan kekunci komputer ditekan laju.
"Lara, bos takde ke hari ni?" Tanya seorang pemuda yang segak berbaju kemeja biru dan bertali leher.
"Bos ada meeting dengan Technip. Sampai petang kot. Kenapa?"
Mata mereka bertembung. Pemuda yang bernama Hafiz itu tersengih macam kerang busuk.
"Kitorang nak pergi lunch best sikit hari ni. You nak ikut tak?"
"Lunch best tu dekat mana?" Lara ikut senyum. Fahd sudah balik ke Paka, senang sedikit dia hendak lunch dengan rakan-rakan yang lain.
"Ikan bakar dekat Damai. Jomlah!"
"Erm... Balik lambat tak?" Bibir diketap dan kening Lara diangkat sebelah.
"Tak kot..."
"'Kot'?! 'Kot' tu yang I ta-KOT dengar tu!" Lara buat lawak lantas dia dan lelaki itu ketawa. Saat itu datang pula seorang lagi pemuda, badannya gempal-gempal dan kulit hitam manis. Abang 'senior engineer' yang dipanggil 'Yeop'.
"You nak takut apa?" Yeop sengih.
"Ye lah, manalah tahu bos balik ke office lepas lunch pukul 2 tepat, nanti kita tak balik lagi. Naya I, dah lah I ni budak praktikal je."
"Ala, bos kan sayang you-"
"Pandai-pandai je abang Yeop ni!" Potong Lara, menjeling.
"Siapa yang tak sayang Lara dekat department ni? Kitorang semua sayang you." Sampuk Hafiz dan waktu itu mereka semua ketawa!
"Kak Mas! Tengok diorang ni!" Lara mencebik tetapi masih ada sisa tawa.
"Hei, hei... Korang ni! Yang boleh sayang dia si Fahd sorang je tau!"
"Ala, kak Mas ni! Ke situ pulak!"
Sekali lagi tawa mereka berderai.
Akhirnya Lara bersetuju mengikut Yeop, Hafiz, Kak Mas dan dua orang staf lagi untuk makan tengahari di gerai ikan bakar.
Tidak lama selepas mereka bersurai untuk menyambung kerja masing-masing, telefon bimbit Lara berbunyi dan nama Zieta muncul di skrin telefon.
"Hello Zie."
"Hello Ra! Alamak, aku kena cancel-lah nak shopping dekat KLCC petang ni... Aku dengan Korie ni, ada hal sikit. Sorry, Ra!"
"Oh... Ha, takpelah kalau macam tu. Aku terus balik Mawarlah lepas habis kerja. Jumpa kau dekat bilik malam nanti ye."
"Okay. Eh, Ra! Aku saja tanya Korie tadi kot-kot dia ada exchanged phone number dengan Ash masa diorang jumpa dekat Zouk dulu... Tapi Korie kata tak ada pulak..."
"Oh, ye ke... Hmm, takpelah..." Nada Lara berbaur kecewa dan selepas itu mereka memutuskan talian.
Lara berdecip. Kenapalah Ash dan Korie tidak bertukar-tukar nombor?! Rungutnya. Dia terus teringatkan waktu dia dan Ashraf menari dan berpelukan di Zouk. Namun sepantas kilat, otaknya teringat akan sesuatu... ASHRAF MABUK DAN DIA IKUT ASHRAF PULANG KE UKAY HEIGHTS!
Lara seakan ingin menjerit kegembiraan tapi ditahan dalam hati!
"Kak Mas!"
Lara senyum lebar. Kelihatan wanita yang berusia awal 30-an yang duduk di sebelah kubikelnya memandang.
"Kak Mas, saya ada hal pulak lunch ni. Saya tak jadi ikut pergi makan ikan bakarlah."
"Ala, ye ke. Okay-lah kalau macam tu. Next time kitorang bawak Lara ye."
Lara mengangguk girang. "Thanks, kak Mas!"
Dia tekad. Tengahari ini dia akan menaiki teksi untuk ke Ukay Heights. Walaupun dia tidak ingat jalan dan lorong untuk ke rumah banglo tersebut, tidak mengapa. Dia boleh pusing-pusing di kawasan itu dahulu. Mana tahu boleh jumpa?
Lara sudah tidak sabar menunggukan pukul satu!
* * * * *
Pada tengahari itu, Ashraf menghantar Azril ke Changi Airport untuk penerbangan Azril ke Narita, Jepun.
Selepas Azril keluar sahaja daripada kereta nanti, Ashraf akan menelefon Puan Zuraidah. Dia rasa lebih baik dia telefon ketika wanita itu sedang rehat untuk makan tengahari, tak adalah mengacau sangat. Debaran di dada sudah terasa. Ashraf tidak pasti bagaimanakah reaksi Puan Zuraidah apabila menerima panggilannya nanti.
Suasana di jalanraya pada hari itu agak sesak daripada kebiasaan. Ashraf memandu kereta Audi Q7 milik abangnya itu dengan penuh berhati-hati.
“Bila kau fly?” Tanya Azril.
“Lusa, midnight departure to AMS. Fly dengan papa. Aku ingat nak balik JB lepas ni.”
“Oh wow… Fly dengan Kapten Zamani!” Suara Azril seakan mengejek sambil menyengih. Dia juga sebenarnya pernah terbang beberapa kali dengan bapanya.
Tidak lama selepas itu, kereta yang dipandu Ashraf mula memasuki simpang utama ke Changi Airport. Azril mula mengenakan epaulet di kedua-dua belah bahunya, kelihatan amat segak dalam pakaian seragam itu.
“Makasih ya pak supir kerna udah ngantarin aku.” Seloroh Azril. Dia menyarungkan topi pilot ke kepala. Ashraf hanya tersenyum sinis dan kelihatan dahinya berkerut.
“Ini kau dapat girlfriend budak Indonesia ke apa ni?” Tanya Ashraf lantas menyebabkan Azril ketawa.
“Bukan girlfriend! Masa balik daripada SFO hari tu, aku nampak crew Garuda ramai-ramai keluar dari gate sebelah… Ada sorang tu, pergh…! Muka dia cun-melecun macam Mariana Renata siot!” Cerita Azril dengan ghairah sekali tetapi Ashraf tarik muka bosan. Bukan dia tidak tahu perangai abangnya yang mata keranjang semenjak daripada zaman sekolah lagi!
“Muka macam siapa?” Kening Ashraf mencerun.
Waktu ini mereka telah pun tiba di laluan menurunkan penumpang di aras ‘Perlepasan’. Ashraf perlahan-lahan memberhentikan kereta ke tepi.
“Mariana Renata. Kau tak tahu?”
Ashraf geleng kepala.
“Kau balik nanti, kau cari CD ‘Janji Joni’ dekat dalam bakul sebelah DVD player tu.”
“Hah…?! Sejak bila pulak kau layan cerita jiwang Indo ni?”
Sekali lagi Azril ketawa. “Bukan nak layan cerita tu sangat pun! Saja nak tengok Mariana Renata je sebenarnya!”
Buat kesekian kali Ashraf tarik muka bosan.
Sebaik sahaja Azril keluar daripada perut kereta, dia terus menyarungkan kot berwarna biru gelap ke tubuh. Saat itu, mata Ashraf terpandangkan sesuatu yang terselit di celah compartment tempat duduk penumpang.
“Oi…!”
Azril di luar memandang Ashraf di dalam kereta.
“Ini kau tak nak ke?” Ashraf menunjukkan tag nama yang berwarna emas dengan nama ‘Zubeen’ tertera di permukaannya. Ashraf juga ada tag nama yang sama tetapi tertulis nama keduanya, ‘Zildan’.
Azril senyum senget lalu mengambil benda itu daripada tangan Ashraf.
“Yeah, thanks… This one should go together with my wing badge.” Kata Azril sambil mengenakan tag namanya di bawah lencana sayap. “Because you know why? What’s the meaning of Zubeen?”
Ashraf buat lagi muka bosan! “A short spear.” Jawabnya yang membawa maksud lembing pendek!
“No, not that one!” Azril tertawa lalu menyambung, “Zubeen means ‘the man who touched the sky’, and that’s literally me!”
Ashraf lihat wajah abangnya tersenyum bangga.
“Well… Short spear still one of it. Suits you better, good-for-nothing.” Kutukan Ashraf itu tidak didengari oleh Azril. Ya, Ashraf sudah bosan mendengarnya. Sudah berpuluh kali maksud nama Zubeen itu diulang-ulang Azril dengan perasaan yang bangga!
'Hmm... The man who touch the sky... That's actually Skyler!' Bisik hati Ashraf. Fikiran terus terkenangkan Lara.
Bap!
Azril menutup pintu selepas mengambil beg bagasinya di tempat duduk belakang dan mereka akhirnya berpisah di situ...
Ashraf terus mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula mendail nombor ibu Lara...
Trut trut... Trut trut...
Hati berdebar-debar namun dia cuba bernafas dengan tenang…
“Hello…” Kedengaran suara seorang perempuan menjawab panggilannya.
“Hello... Err, assalamualaikum. Ini Puan Zuraidah?” Soal Ashraf dengan lembut.
“Ah, hello? Ini Cina punya number! Bukan Puan Zulaidah ah...”
Ashraf segera menekup muka dan saat ini juga harapannya hancur berkecai!
“Oh, I salah number ke? Sorry, aunty… Thank you ah.” Ashraf juga turut terikut-ikut dengan loghat perempuan Cina tersebut.
“Tak apa, tak apa… Dulu pun ada olang mau cakap sama itu Zulaidah. Dia kata dia kawan lama Zulaidah wor… Saya bagi tau ini Cina punya nombor!” Balas perempuan itu sambil ketawa. Ashraf hanya menguntumkan senyuman.
“Oh, I see... Tak apalah, aunty. Thank you…” Dan selepas perempuan itu berkata ‘welcome’, mereka berdua pun mematikan talian.
“Argh…!” Ashraf memejam mata dan menyandarkan kepala di headrest kereta. Telefon digenggam sekuat hati. Mungkin nombor itu adalah nombor lama ibu Lara yang kini telah dipakai oleh orang lain. Hampa sungguh rasanya! Ingatkan hari ini segala pencarian akan berakhir. Kini, tinggalah satu-satunya jalan yang terakhir iaitu alamat email Lara. Keluhan panjang kedengaran.
Tanpa membuang masa, Ashraf terus meninggalkan perkarangan lapangan terbang tersebut. Dia hendak cepat tiba di rumah untuk menulis email kepada Lara. Rancangannya untuk pulang ke Taman Serene juga dibatalkan kerana keadaan pasti sesak di ‘checkpoint’ imigresen nanti. Ashraf mengambil keputusan untuk berpatah balik ke Aquarius by The Park. Dia menekan minyak dan memecut laju kereta Audi Q7 tersebut…
* * * * *
Lara bergegas keluar daripada jabatan Pembangunan Perniagaan itu lima belas minit awal daripada waktu makan tengahari. Lagipun, semua staf sudah tiada. Lara ingin pergi mengambil teksi di bawah bangunan menara berkembar itu untuk ke Ukay Heights. Dia tidak makan tengahari pun tak mengapa, yang penting dia tiba di Ukay Heights dulu!
Sewaktu menunggu lif tiba, perasaan Lara bercampur baur. Sejujurnya dia tidak ingat jalan ke rumah banglo tersebut. Malam itu, dia leka bersembang dengan Haris dan tidak cam langsung lorong mana yang Haris lalui. Tambahan pula, keadaan gelap. Dan keesokan harinya pula, ketika dia, Ashraf dan Haris keluar untuk makan tengahari, mereka menggunakan lorong yang lain serta Ashraf juga keluar daripada restoran tersebut menuju ke jalan besar menggunakan laluan yang berbeza! Aduh... Lara ketap bibir tetapi tidak mengapa. Dia akan cuba cari sehingga berjumpa!
Keluar saja Lara daripada bangunan gah itu, kedengaran suasana hingar-bingar kenderaan di jalanraya. Kakinya yang tersarung kasut tinggi berwarna hitam terus melangkah. Deretan teksi sudah tidak jauh di depan sana.
Tiba-tiba, sebuah kereta Bentley berwarna hitam berhenti betul-betul di sebelah kanan Lara. Dia hendak mengelak tetapi waktu itu juga, pintu kereta super mewah itu terbuka dengan kasarnya. Seorang lelaki keluar dan berdiri menghadap Lara.
Lelaki jaket hitam tempoh hari!
Darah Lara tersirap. Mata mereka bertembung dan pandangan lelaki itu masih menakutkan, sama seperti yang Lara lihat ketika di Rasa Food Court tempoh hari.
"Masuk!" Kata lelaki tersebut.
"Hah?" Wajah Lara berkerut seribu tidak memahami apa yang sedang berlaku namun saat dia ingin melangkah pergi, pergelangan tangannya direntap dan lelaki itu menolaknya dengan kasar masuk ke dalam kereta...
"Hei, hei... Korang ni! Yang boleh sayang dia si Fahd sorang je tau!"
Share this novel
pls smbg author