Bab 8

Romance Completed 159812

DARI kejauhan, mata Ashraf menangkap jambatan besi Golden Gate Bridge daripada cermin kokpitnya pada tengahari itu. Jambatan gantung sepanjang 2,737 meter itu merupakan simbol utama kota San Francisco selain daripada senibinanya yang ikonik.

"Good afternoon, Singapore 34 heavy approaching 11000 feet information Charlie." Suara garau Ashraf mula melaporkan kedudukan pesawat mereka melalui batang mikrofon daripada headset yang dipakainya. Jambatan besi yang Ashraf dan kaptennya lihat itu menandakan penerbangan mereka daripada Singapura sudah hampir tiba ke destinasi. Dan kini, Ashraf harus melaporkan ketibaan mereka kepada menara kawalan Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco.

Setelah mendapat balasan dan beberapa informasi daripada menara kawalan tersebut, Ashraf dan kaptennya membuat bacaan semak semula bersama-sama. Kapten Chia memusing-musingkan satu tuil untuk memasukkan angka-angka yang baru sahaja mereka terima sebentar tadi bagi tujuan navigasi. Selepas selesai, mereka berdua mula memasangkan tali pinggang keledar keselamatan.

Ketika pesawat mereka merentasi di sebelah jambatan Golden Gate tadi, Kapten Chia segera mengangkat gagang telefon yang terletak di 'cockpit center panel' sebelah kanannya, iaitu di tengah-tengah antara dia dan Ashraf. Ini bermaksud, kapten itu ingin membuat pengumuman kepada semua penumpang dalam penerbangan tersebut.

"Ladies and gentleman, as you can see on the left side of our plane is the world's famous Golden Gate Bridge, Alcatraz and downtown San Francisco... What a great view and let's be thankful for the clear skies today... Such a lovely day for a perfect and smooth landing by our FO Zildan shortly!" Selepas itu, gagang tersebut diletakkan semula di tempat asalnya.

"Hoho! You're overconfident capt!" Kata Ashraf dalam tawanya.

"Oh, come on! It means I trust you and I never doubt your skills and ability!" Lelaki Cina yang berusia sekitar empat puluhan itu tersenyum lebar. Siapa yang tidak kenal dengan 'The Z's Trio' di Singapore Airlines?! Zamani, Zubeen dan Zildan! Rata-rata, juruterbang di Singapore Airlines semuanya tahu dan kenal dengan kehebatan trio tersebut apatah lagi dengan 'First Officer' Ashraf Zildan yang merupakan kadet juruterbang terbaik suatu ketika dahulu.  The best of the best!

"Singapore 34 heavy, reduce speed two one zero knot descent and maintain six thousand feet." Kedengaran suara daripada menara kawalan memberi arahan melalui komunikasi radio.

"Singapore 34 reducing speed two one zero descent and maintain six thousand." Sambut Ashraf. Saat itu, Kapten Chia sekali lagi memusing tuil di hadapannya untuk memasukkan maklumat yang baru. Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco itu sudah samar-samar kelihatan dari jauh tetapi mata Ashraf segera menoleh ke arah San Andreas Lake yang terletak di sebelah kanannya. Setiap kali dia melakukan pendaratan di San Francisco pada siang hari, Ashraf pasti tidak akan lepaskan peluang untuk mengintai pemandangan indah tasik tersebut. Air tasik itu kelihatan sungguh cantik sekali berwarna turquoise apabila dilihat daripada atas!

Kelajuan pesawat yang dikemudikan oleh Kapten Chia dan Ashraf itu semakin lama semakin berkurangan. Ketinggiannya juga semakin menurun. Ashraf mula mengaktifkan dua daripada empat 'flaps' di bahagian sayap kapal terbang sebagai persediaan untuk mereka mendarat. Silicon Valley yang berada lebih kurang seribu kaki di hadapan mereka juga sudah mula kelihatan.

"Singapore 34 heavy, turn left zero four zero."

"Singapore 34 heading zero four zero." Sambut Ashraf. Matanya terus memerhatikan kapten di sebelah kirinya itu memusingkan tuil ke nombor 040 sebagai semakan semula. Begitulah keadaan mereka bekerja di dalam kokpit. Setiap satu butang atau tuil yang ingin disentuh perlu disemak oleh seorang lagi krew penerbangan bagi mengelakkan sebarang kesilapan atau kecuaian. Jika tidak, empat ratus nyawa bila-bila sahaja boleh melayang dalam sekelip mata!

Kini, ketinggian pesawat mereka sudah berada di bawah lima ribu kaki. Beberapa tempat menarik seperti Pusat Pelindungan Hidupan Liar Don Edwards, Tasik Garam Teluk San Francisco yang mempunyai batas petak-petak air berbagai warna serta South Bay Wreck USS Thompson iaitu bangkai kapal perang laut yang terbiar tidak jauh daripada persisiran Pantai Baker sudahpun mereka tempuhi. Ketiga-tiga tempat ini mempunyai pemandangan yang sangat menarik untuk dilihat daripada kokpit tetapi bagi kedua-dua juruterbang itu, ia juga menandakan yang mereka sudah perlu membuat beberapa persediaan terakhir sebelum pesawat mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco.

Waktu itu, Ashraf dan Kapten Chia juga sudah mula memperolehi maklumat-maklumat pesawat yang sedang melakukan perlepasan dan pendaratan daripada komunikasi radio di kokpit tersebut. Mereka boleh andaikan bahawa keadaan di landasan lapangan terbang itu kedengaran sesak seperti selalu. Beberapa buah pesawat daripada berbagai-bagai syarikat penerbangan serata dunia sedang turun dan naik sambil menara kawalan berkomunikasi dengan mereka semua.  

'Two thousand five hundred.'

Kedengaran sistem pesawat tersebut sudah mula memberi isyarat ketinggian altitud dalam suara robot lelaki.

"Gear down." Ujar Kapten Chia.

"Gear down, checked." Sambut Ashraf lantas menarik satu tuil panjang yang terletak di panel kokpit. Dari kejauhan, kelihatan tayar kapal terbang sudah dikeluar daripada perut pesawat dan selepas itu, Ashraf dan kaptennya itu mengesahkan pengaktifan 'flaps' ketiga dan keempat di sayap pesawat berkenaan.

"Landing checklist?" Kapten Chia mula memegang gear tujahan enjin di tengah-tengah 'control panel' tersebut. Lantas, Ashraf membalas sambil matanya memerhatikan semua data yang tertera di skrin komputer kokpitnya, "Landing checklist all green, flaps full, okay." Mereka meneruskan komunikasi radio bersama menara kawalan dalam minit-minit terakhir sebelum tiba di lapangan terbang tersebut. Dalam fikiran Ashraf, dia sudah menyasarkan untuk melakukan pendaratan yang paling sempurna sepertimana yang kaptennya itu janjikan kepada para penumpang sebentar tadi!

"Singapore 34 heavy, cleared to land two eight zero wind one five knot." Ashraf mengumumkan ketibaannya kepada menara kawalan dan selepas itu, dia menerima informasi mengenai kedudukan landasan yang perlu dia ambil ketika membuat pendaratan.

'One thousand.'

"Checked." Ashraf memberi respon kepada sistem suara robot lelaki berkenaan. Saat itu, landasan Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco sudah terbentang di depan mata.

"Runway is clear."

Ashraf hanya mengangguk kepala apabila mendengarkan kata-kata kapten di sebelahnya. Lantas, tangannya mula mengemudi stereng pesawat yang berwarna hitam. Dia menggerak-gerakkan alat tersebut perlahan-lahan mengikut tujahan angin dan pergerakan kapal. 'Trust your instinct, that's the most important'. Mesej SMS mamanya ketika dia berada di Tawau tempoh hari tiba-tiba melintas di fikiran. Ya, selain daripada menggunakan skil, Ashraf juga menggunakan gerak nalurinya untuk 'membaca' corak pendaratan kapal tersebut pada ketika ini... Masa untuk beraksi!

'Two hundred. Minimum!' Kedengaran sistem suara itu memberi isyarat altitud minimum.

"Continue." Ujar Kapten Chia apabila dia lihat semuanya kelihatan teratur dan selamat.

"Clear to land...." Ashraf sekali lagi mengangguk perlahan sambil menumpukan seratus dua puluh peratus perhatiannya terhadap pengemudiannya.

'Fifty... Fourty... Thirty... Twenty... Retard! Retard! Ten... Five...'

Selepas kiraan 'lima' diisytiharkan oleh sistem suara itu, tayar pesawat yang dikemudikan Ashraf terus menyentuh tanah tanpa ada sedikit pun hentakan!  Lantas, pesawat itu meluncur laju dan lancar di landasan tersebut... 

"Wow..." Kata Kapten Chia.

Ashraf cuba 'cover macho' sambil tersenyum nipis! Matanya masih lagi dihalakan ke arah landasan yang terbentang luas di hadapan mata.

"Definitely 'buttered that bread', buddy! You know it's a smooth landing when you hear the five callouts." Ujar lelaki Cina itu sambil memandang ke wajah Ashraf. Memang benar, hanya pendaratan yang 'cantik' sahaja sistem pesawat akan diteruskan sehingga ke kiraan 'lima'. Jika tidak, ia akan terhenti pada kiraan dua puluh diikuti dengan arahan 'retard' yang bermaksud arahan untuk mengurangi posisi pendikit untuk enjin kapal terbang.

"Yeah. But this motherfucker still called me a retard!" Serentak dengan gurauan Ashraf itu, tawa mereka berdua pecah kedengaran di dalam ruang kokpit.

"Well, thanks to the weather too." Sambung Ashraf tersenyum, cuba merendah diri.

"I told ya! You nailed it!" Sambut Kapten Chia. Kedua-dua juruterbang itu tertawa kecil. Ashraf terus mengemudi pesawatnya sambil melakukan komunikasi radio dan melakukan 'taxiing' menuju ke petak parkir...

Selepas membuat semakan checklist untuk meninggalkan pesawat dan menghantar laporan untuk penerbangan mereka pada hari itu, Ashraf keluar dari perut pesawat bersama Kapten Chia dan dua juruterbang yang lain.

"Got a few passengers saying congrats and thanked you for the smooth landing." Seorang pramugara tiba-tiba berkata kepada Ashraf sambil jalan mencelah di antara dia dan Kapten Chia. Lantas, pramugara tinggi lampai itu mempercepatkan langkahnya untuk mendapatkan rakan-rakan kru kabin yang sedang berjalan jauh di hadapan.

"Oh, define 'a few'?!" Ashraf menyoal sambil memerhatikan kru tersebut di hadapan. Kelihatan lelaki itu memalingkan mukanya ke Ashraf sambil berjalan dan seolah-olah berfikir. "Hmm... Fifteen to twenty...?"

"That's a lot, man!" Sampuk dua orang lagi pilot yang turut serta dalam penerbangan mereka. Mereka menepuk-nepuk bahu Ashraf sambil Ashraf tersipu malu tetapi bagi Ashraf itu semua biasa sahaja. Ini kerana dia pernah "dihadiahkan" dengan satu tepukan gemuruh daripada semua penumpang di saat dia menyempurnakan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Milan tahun lalu!

Kelihatan pramugara tadi membuat isyarat 'bagus' dengan ibu jari ke arah Ashraf. Kapten Chia hanya tersenyum. Sesungguhnya hasil pendaratan Ashraf tadi memang wajar mendapat pujian. Mereka semua terus berjalan merentasi 'boarding tube' yang menyambungkan pintu pesawat dengan lapangan terbang tersebut.

Seperti biasa, sebaik sahaja Ashraf masuk ke dalam lapangan terbang di setiap destinasinya, dia akan menghidupkan telefon bimbit dan membuka rangkaian perantauan antarabangsa. Beberapa SMS masuk bertalu-talu ke dalam telefon tersebut tetapi ada satu SMS yang benar-benar menarik perhatian Ashraf...

'MAS Vikash'

Dahi Ashraf berkerut sambil bibirnya menguntumkan senyum. Dadanya tiba-tiba sahaja berdebar kencang kerana dia tidak tahu apakah yang terkandung dalam SMS Vikash itu.  Adakah berita baik?  Atau khabar buruk?? Ashraf mengetap bibir. Dia merasakan yang dia sedang berada dipersimpangan takdir antara tertulis ataupun tidak kisah dia dan si gadis 22B!

'Ah, relax-lah! Bukan ke pilot mesti sentiasa tenang walaupun keadaan pesawat dah macam telur di hujung tanduk...!' Bisik hatinya.

Ashraf menarik nafas dalam-dalam di saat jarinya menekan butang 'Open' untuk SMS tersebut...

Ashraf mengetap bibir. Dia merasakan yang dia sedang berada dipersimpangan takdir antara tertulis ataupun tidak kisah dia dan si gadis 22B! 'Ah, relax-lah! Bukan ke pilot mesti sentiasa tenang walaupun keadaan pesawat dah macam telur di hujung tanduk...!' Bisik hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience