Bab 63

Romance Completed 160523

Ashraf buka mata.

Perkara pertama yang terbit di fikirannya pagi ini ialah penerbangan pulang ke Singapura tengahari nanti. 

Pfft! Hati terasa berat.

Ketika dia meraup muka, ada sehelai kertas kecil Post It Note berwarna kuning terlekat pada pergelangan tangannya ditampal dengan menggunakan pita Selofan.

'Huh??' Wajahnya berkerut hairan dan dia membelek kertas tersebut.

'Morning sayang! ;)'

Bunyi nota itu dalam tulisan tangan. Dalam pada masih mamai Ashraf terus ketawa. Siapa lagi punya kerja!

"Hun!" Ashraf bingkas bangun daripada katil dan menuju ke pintu penghubung bilik yang tertutup rapat. Namun matanya menangkap sesuatu pula di pintu.

Satu lagi kertas Post It Note!

'Nope! Don't open this door yet. Go to the bathroom instead ;)'

Senyum Ashraf semakin lebar.

"Hun! Apa ni...?!" Suara ditinggikan supaya Lara yang berada di dalam bilik tersebut dapat mendengar namun hanya sepi sahaja. Ashraf terus menuju ke bilik mandi seperti yang diarahkan.

Tap!

Lampu dibuka dan kelihatan sehelai lagi kertas Post It Note tertampal di cermin.

'Gosok gigi dulu! Basuh muka & lap guna FACE TOWEL. :D'

"What...?! Dia nak suruh aku kiss dia ke apa pagi-pagi ni sampai kena gosok gigi dulu??" Ashraf mengomel sendirian dan waktu itu dia terbayang saat indah di Vondelpark tengah malam tadi. Mukanya merah hingga ke telinga dan untuk kesekian kali bibirnya mengukirkan senyuman.

'Aduh... Head over heels aku dibuatnya dengan minah ni...' Bisik hati Ashraf sambil menggosok gigi. Sengih lagi. 

Setelah selesai membasuh muka, Ashraf terbongkok-bongkok mencari tuala muka di laci bilik mandi seperti yang diarahkan dan apabila menjumpai tuala kecil tersebut, terdapat sekeping lagi Post It Note terselit di situ. 

'Bukak wardrobe, check salah satu poket bathrobe ;)'

Senyum dan geleng kepala. 

Tak sangka. Begini rupanya keletah nakal dan 'playful' Lara selepas meluahkan rasa cintanya kepada Ashraf. 'Haih!' Gelojak perasaan Ashraf bagaikan tertujah hingga ke langit!

Sambil mengelap muka Ashraf berjalan menuju ke almari. Terdapat dua pasang jubah mandi di dalamnya, Ashraf menyelukkan tangan ke salah satu poket jubah tersebut yang agak besar.

Terasa sesuatu - leper dan keras, lalu ia ditarik keluar.

Kelihatan sebungkus stroopwafel berbentuk hati dan di plastik pembalut itu tertulis perkataan 'For you' bersama sekeping Post It Note yang berbunyi:

'Good job, sayang! ;) Now ketuk pintu bilik I... 5 kali!'

Ashraf ketawa gelihati. 'Dah macam main treasure hunt pulak pagi-pagi macam ni!' Getusnya dan terus bergegas menuju ke pintu penghubung bilik...

Tok, tok, tok, tok, tok!

Diam.

"Password please!" Kedengaran suara riang Lara daripada bilik sebelah menyebabkan Ashraf tertawa.

"Huh? Password??.... Mana ada??" Balas Ashraf sambil membelek-belek kertas Post It Note dan plastik stroopwafel berbentuk hati. Kedengaran Lara ketawa di balik pintu.

"Takde password I tak nak bukak pintu!" Ujar Lara lagi dan kali ini Ashraf pula ketawa. 

"Err..." Ashraf membaca tulisan yang ditulis dengan pen marker hitam yang tertera pada plastik pembalut. "'For you'?!" Ashraf mencuba nasib apabila terlihat perkataan tersebut.

"Nope!"

"For me?!"

"Nope!"

Ashraf ketap bibir. Otaknya berfikir laju.

"I love you no matter what."

Diam.

"Dalam Dutch?" 

"Ik hou van je wat er ook gebeurt."

Dan serentak itu mereka ketawa bersama. 

Klik! 

Tiba-tiba Lara membuka pintu dan di tangannya terdapat mug berisi kopi panas yang berasap tetapi dia masih ketawa terbahak-bahak.

"Susahnya bunyi 'I love you no matter what' in Dutch!" Ujar Lara. "You tak faham memanglah rasa susah nak sebut. Kalau you belajar dan faham tak susah pun..." Sambut Ashraf pula. Dia lihat Lara melintas di hadapannya, membawa air kopi panas itu ke meja tulis biliknya. Tatkala itu, terasa cintanya begitu dalam buat gadis ini. 

"I dah buat coffee. Jom makan dengan stroopwafel. You dah jumpa stroopwafel 'love' untuk you, kan? Hari ni last I makan benda ni dekat Amsterdam..." Kata Lara dengan nada yang dibuat-buat sedih tetapi Ashraf dilihat tersenyum lebar.

"Best gila I main treasure hunt pagi ni." Ashraf merenung wajah Lara lalu menyambung, "Betul pulak I teka password tu? Dekat mana sebenarnya hints dia?" 

"Takde password pun. Kalau I rasa I suka dengan jawapan you, I bukak je lah pintu."

"What?! Ada pulak macam tu?!" Pintas Ashraf lantas mereka berdua tertawa...

*          *          *          *          *

Suasana jalanraya di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur pada tengahari itu penuh sesak. Sudahlah sesak, panas pula tu! 

Huzaimi cuba melelapkan mata sebentar. Kononnya hendak 'power nap' sebelum tiba di Wisma Selangor Dredging untuk mesyuarat dengan beberapa syarikat konsultan tetapi perasaannya kacau. 

Mata tertutup tetapi fikirannya melilau. 

Sementara itu di tempat duduk pemandu pula, kelihatan Pak Samad sedang perlahan-lahan mengemudi kereta mewah itu membelah trafik yang tersangkut-sangkut. Sesekali matanya mengerling ke jam digital yang tertera di dashboard. Takut majikannya lambat sampai ke destinasi. 

"Che Mat..."

Pak Samad memandang Huzaimi melalui cermin pandang belakang.

"Malam ni Che Mat tak payah hantar saya ke Shangri-La untuk appointment tu." 

"Encik pergi sendiri?" 

"Ye. Saya pergi dengan Sharina je nanti." 

Pak Samad mengangguk.

"Tapi saya nak minta tolong Che Mat boleh tak?"

"Boleh. Tolong apa, encik?" Mata dihalakan lagi ke arah majikannya menerusi cermin kecil itu tetapi kali ini kelihatan Huzaimi melontarkan pandangan ke luar. 

"Che Mat tolong pergi ke KLIA. Penerbangan MAS daripada Amsterdam mendarat pukul 9.45 malam ni." Kata-kata Huzaimi terhenti sebentar.

"Che Mat tolong tengok-tengokkan di arrival gate, Lara keluar dengan kawan pramugari dia tu ke? Lepas tu, siapa lagi yang ada dengan mereka." Kini mata Huzaimi dan pemandu peribadinya bertembung di cermin tersebut.

"Oh." Getus Pak Samad. "Maknanya, tak perlu jemput cik Laralah ye? Perhatikan dia daripada jauh saja?" 

"Hmm... Ye. Betul." 

Pak Samad mengangguk kecil. "Baiklah. Saya faham." Sambungnya lagi... 

*          *          *          *          *

Ashraf berdiri di bawah sayap kapal terbang yang besar dan lebar sambil mendongak, memerhatikan petugas lapangan terbang mengisi minyak di tangki yang terletak di situ. Buat walk-around. Tetapi bibirnya tersenyum lebar sendirian.

"Hoi. Kalau dah kena jackpot pun janganlah tersengih sorang-sorang macam ni. Risau aku siak!"

Dengan segera Ashraf menoleh memandang rakan sejawatnya, First Officer Razwil. 

"Diorang ni... Buat lawak. Aku tumpang sengih je." Tipu Ashraf. 

"Kau faham ke bahasa diorang."

"Faham. Aku memang boleh communicate dalam bahasa Belanda." 

"Whoa... Gerek seh! Kagum aku!" Kata Razwil sambil menepuk-nepuk bahu Ashraf dan terus berlalu daripada situ. Mata Ashraf menyorot langkah kaki lelaki itu sehingga Razwil menjauh. 

Ashraf tertawa dalam hati. Sebenarnya dia tersengih kerana mengingatkan momen terakhir pagi tadi di dalam bilik hotel ketika bersarapan pagi bersama Lara...

"Waktu bila you buat projek Post It Notes you ni?" Tanya Ashraf kepada Lara.

"Malam tadilah lepas you tidur!"

Terbayang lagi di mata Ashraf bagaimana Lara menjawab soalannya sambil bibir mungil gadis itu menggigit stroopwafel di tangan. Aduh... Sungguh menggoda! Kini Ashraf tahu betapa lembut dan hangatnya bibir itu. 

Senyum. 

"I bergerak tak masa you tampal Selotep dekat wrist I?" 

"Gerak! Tapi I cepat-cepat baring atas lantai supaya you tak nampak I kalau you bukak mata." Lantas dia dan Lara ketawa. 

'Nakal!' Ashraf tersenyum sendirian lagi. 

Kemudian dia terbayang pula ketika Lara menyematkan lencana sayap besi di dadanya sebelum mereka meninggalkan bilik 229 itu. 

"Baby... I suka kalau you yang pakaikan badge ni untuk I." Kata Ashraf. Dia lihat Lara tersenyum sambil mengenakan lencana itu pada kemejanya. 

"Kenapa?" 

"Double the pride." 

Senyum Lara makin lebar. 

"I harap satu hari nanti you boleh tolong pakaikan setiap kali I nak pergi kerja ye?" Tanya Ashraf. Pandangan mata bertaut agak lama sebelum Lara menganggukkan kepala. 

"Ashraf."

"Hmm?"

"I minta maaf."

Keningnya berkerut.

"Sebab apa?"

"Sebab... Erm... Atas apa yang you rasa selama ni. Atas apa saja yang I dah buat pada perasaan you selama ni. I tahu I pernah lukakan perasaan you, I dah berkali-kali buat you jealous, I tahu selama ni ada masanya you sakit hati dengan situasi I dan 'dia'... Tapi sekarang, dua puluh empat jam I rasa apa yang you rasa, I cannot contain of my jealousy. I rasa macam perempuan psiko."

Ashraf tertawa!

Lantas Lara menyambung, "But on a serious note, I don't know how you did it... Tapi I rasa you banyak sabar, bukan macam I, cepat melenting. I really appreciate it, sayang. Sebab tu I minta maaf dari you."

"Aww, honey..." Ashraf cepat-cepat memeluk tubuh gadis itu. Hati lelakinya tersentuh dengan kata-kata tersebut.

"I love you, Ashraf. No matter what." Terdengar suara Lara dari belakang telinganya.

"I love you too, hun. You never know how much I love you..."

"Hey. Are you fine?"

Suara Kapten Chee mematikan lamunan Ashraf.

"Yes. Thanks, capt."

"You are NOT under any influence during working hours, are you?" Pandangan tajam mata kaptennya itu dibalas dengan gelak tawa oleh Ashraf.

"Under influence? Of course not!"

"You've been smiling all the way like you're on something from the coffeeshop!"

"Ourgh, capt! COME ON!" Balas Ashraf sambil kedua-dua mereka ketawa.

Huh! Nasib baik mereka berbual di parkir kapal terbang, fikir Ashraf. Kalau di lounge dan didengari oleh penumpang-penumpang lain, tak pasal-pasal dia kena buat ujian air kencing! Ini kerana pernah terjadi di Frankfurt dahulu seorang juruterbang digesa membuat ujian alkohol hanya kerana beliau melawak tentang dirinya mabuk sebelum penerbangan.

'Will be flying under the influence of love. Ewah!' Ashraf melawak sendirian dan untuk kesekian kalinya dia tersenyum lagi...

"Lara."

Lara yang sedang membelek majalah SilverKris sementara menunggu kapal terbang itu bergerak, menoleh ke suara tersebut. Kelihatan Fara yang berkebaya merah sudah berdiri di sebelahnya.

"Hai Fara." Senyum.

"You ambik semua barang you, I bawak you naik atas." Ujar Fara.

"Hah? Naik atas? Pergi mana? Kenapa?"

Fara tertawa kecil melihat reaksi Lara.

"Naik ke business class. Ashraf upgrade seat you."

"Hah? Business class?"

"Come." Senyuman yang manis terserlah di bibir Fara.

Lara bangun daripada tempat duduknya dan terus membuntuti Fara naik ke anak tangga di ruang hadapan pesawat.

Wow. Sudah lama Lara teringin untuk tahu apa yang ada di ruang atas pesawat gergasi ini.

Sampai sahaja di atas, Fara menunjukkan satu kubikel tempat duduk yang tampak mewah di tepi tingkap.

"Ini seat you. You tak drink alcohol, kan? We serve welcome drinks for business class passengers, so can I get an apple juice for you?"

'Wow.' Detik hati Lara. Matanya segera menangkap gelas tirus berkaki yang berisi air warna keemasan di kubikel hadapan sebelah kanannya. Champagne.

"Yes sure, thanks Fara." Ujar Lara lantas Fara terus berlalu.

'Wow...' Hatinya tak henti-henti berasa kagum melihat segala yang ada di kabin kelas perniagaan tersebut. Segalanya tampak selesa dan mewah. Kalau ini pun sudah mewah, bagaimanalah agaknya kabin suite yang Ashraf ceritakan itu nanti?

Oh! Sebaik sahaja teringatkan Ashraf, barulah Lara tersedar sesuatu. Adakah ini bermakna yang dia akan bersendirian di sini tanpa Ashraf?!

"Here's your welcome drinks!" Kata-kata Fara itu mematikan lamunannya.

"Err, Fara. Kalau you nampak Ashraf nanti, tolong bagi tahu dia yang I nak jumpa dia sekejap, boleh?"

"Boleh... You tunggu sekejap." Balas Fara ramah dan terus berlalu.

Belum pun air apple juice-nya diminum separuh, Lara terasa bahunya ditepuk perlahan. Dia segera menoleh.

"You cari I?" Ashraf menatap wajahnya.

"Sayang, kenapa tiba-tiba I duduk sini?"

Ashraf tertawa kecil dan membuat isyarat seolah-olah menyuruh Lara mengikutnya. Mereka berjalan menuju ke ruang galley yang terletak di sebelah tangga di belakang kabin tersebut.

"I upgrade you sebab hari ni ada seat kosong dekat business. Lagipun ini kan trip birthday you, special-lah sikit." Ujar Ashraf. Lara kelihatan terpaku.

"Tapi..." Kata-kata Lara bagaikan tersangkut di kerongkong.

"Kenapa?"

"Erm, maknanya you tak boleh duduk dengan I lah?"

Ashraf tertawa!

"Tak bolehlah, I nak duduk mana?" Ashraf merenung wajah Lara yang sudah mencebik.

"Tapi I nak duduk dengan you..."

Sekali lagi Ashraf tertawa.

"Baby, kalau nak duduk sama kena dekat ekonomilah." Wajah Lara yang redup ditatap. Comel sungguh keletah Lara. Kalau bukan kerana pakaian seragam yang tersarung di tubuhnya ingin saja Ashraf memeluk gadis ini.

"Then, I duduk dekat ekonomi je lah-"

"Are you sure, princess? Seat you sekarang ni best gila! You boleh baring tau."

"Tapi I nak spend time dengan you..."

"Aww..." Ashraf tersenyum dan mata mereka bertaut seketika.

"Okay. Kita duduk ekonomi sampai I masuk shift, then kita datang sini balik."

"Kita??"

"I masuk depan sana. You duduklah tempat you." Ashraf memuncungkan bibir, menghalakan ke arah bahagian hadapan kapal.

"Oh. Depan tu kokpit ke?" Suara Lara kedengaran teruja.

"Yups."

"Wah! Nanti I dekat dengan you masa you tengah kerja!"

Ashraf tertawa. Sudahlah manja. Clingy pulak tu, fikir Ashraf. Wajah jelita itu dipandang dengan penuh kasih sayang.

Dia telah lama jatuh cinta pada gadis ini. Tetapi semenjak ucapan cinta terzahir di bibir Lara, Ashraf dapat melihat sisi Lara yang lain. Yang tidak pernah terlihat selama ini.

Manja. Nakal. Mengada-ngada. Dan clingy.

Dan setelah terlihat akan sisi tersebut, Ashraf kini jatuh cinta sekali lagi pada sosok ini.

Dia tekad.

Inilah gadis yang ingin dia curahkan segala cinta. Tidak akan tertoleh hatinya buat yang lain...

"I love you, Ashraf. No matter what." "I love you too, hun. You never know how much I love you..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience