(Be aware of explicit content)
Cahaya bulan penuh kelihatan sungguh indah. Deruan ombak bersama bunyi cengkerik menjadi alunan terapi yang mendamaikan jiwa. Malam itu sungguh menyeronokkan buat Ashraf dan rakan-rakan. Bukan sahaja mereka membuat unggun api dan BBQ untuk makan malam di pantai, malah mereka juga akan bermalam di situ berbumbungkan bintang dan langit yang indah.Â
Aroma makanan laut yang dipanggang tajam menusuk hidung. Setelah seharian suntuk meluncur, keempat-empat pemuda itu makan dengan berselera sekali ditambah pula dengan alunan angin malam yang membelai.
"Look like a prince but eat like a dog." Tiba-tiba sahaja kedengaran Tyresse berkata sendirian.
Ashraf hanya tersenyum sinis. Siapa lagi yang Tyresse maksudkan kalau bukan dirinya?Â
"I'm a dog person, have one at home." Ujar Ashraf selamba sambil tekun mengupas kulit udang yang segar.Â
Bobby dan Steve melirik ke arah kedua-duanya lalu bertukar pandangan dan menggelengkan kepala. Tak habis-habis bertelingkah!
Dalam samar-samar cahaya unggun api, kelihatan bengkak di pipi Ashraf akibat ditumbuk beberapa hari lalu sudah surut, begitu juga dengan pipi Tyresse! Sebaik sahaja Ashraf bangkit daripada pitamnya hari itu, dia terus bergelut dengan Tyresse dan akibatnya, pasti semua orang boleh mengagak...
*Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *
"For you."
Huzaimi berkata lantas kotak baldu yang panjang itu bertukar ke tangan Lara. Saat gadis itu membuka kotak tersebut, kelihatan seutas rantai emas yang sungguh cantik membuatkan Lara tersenyum lebar.Â
"Cantiknya!" Mata Lara menangkap wajah Huzaimi. Lelaki itu terus bangun daripada kerusi dan memakaikan rantai itu di leher Lara. Â
"I beli ni masa dekat Jakarta hari tu. Projek JV tu dah jalan. Lepas ni tiap-tiap bulan I akan travel ke sana. Kalau you nak kirim apa-apa, bagi tahulah I." Kata Huzaimi sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di kerusi.
"Okay. Thanks, sayang." Lara tersenyum lagi dan waktu itu juga pesanan makan tengahari mereka pun tiba. Lara mengambil kain napkin yang berlogo Sheraton Hotel lantas meletakkannya di atas riba.Â
"For PT. Anjakan Paradigma Indonesia." Huzaimi tiba-tiba menganggkat minumannya ke hadapan Lara. Itulah nama syarikatnya di Jakarta. Lara tertawa kecil lalu mengambil gelasnya dan dilagakan perlahan dengan gelas Huzaimi. Hatinya berasa sungguh bangga dengan pencapaian Huzaimi menerajui syarikat hartanah yang semakin berkembang itu...Â
Sedang mereka leka menikmati makanan masing-masing, Lara mencuri pandang ke arah Huzaimi. Dalam hatinya, dia berkata inilah sosok lelaki yang dia pilih dan mengetepikan seorang yang lain. Tetapi betulkah pilihan yang dibuatnya? Jika betul, kenapa pula hatinya masih terasa sayu setiap kali mengenangkan Ashraf? Ya, secara jujurnya memang Lara merindukan kehadiran Ashraf. SMS terakhir buat lelaki itu telahpun dia hantar kelmarin dan Lara rasa itulah yang paling akhir.
'Ya Allah, hanya Engkaulah yang mengetahui segalanya... Sekiranya aku memilih untuk bersama dengan lelaki di hadapanku ini, apa yang akan terbentang buatku di hadapan nanti? Dan sekiranya aku memilih yang seorang lagi, apa pula yang bakal aku lalui?' Hati kecil Lara berbisik sayu dan kenangan dia bersama Ashraf seolah-olah terimbas di ingatannya...
*Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *
"Ey bro, ain't sleepin' yet?" Tiba-tiba sahaja Bobby datang menegur Ashraf yang sedang berbaring di pasir pantai. Dia menyertai Ashraf manakala Tyresse dan Steve pula sedang minum-minum sambil bermain gitar di belakang mereka.Â
"Hmm..." Jawab Ashraf ringkas. Pandangannya masih tertancap di kaki langit. Kerdipan bintang pada malam itu memang membangkitkan rasa tetapi Ashraf tidak mahu melayan perasaan.Â
"Counting stars instead of sheep?" Bobby memandang Ashraf sambil tersengih. Dia mengalas kepalanya dengan telapak tangan juga seperti yang dibuat Ashraf.Â
"More like admiring it..." Balas Ashraf.
"From afar? Like you and her?" Sengih lagi.Â
Kata-kata Bobby itu menyebabkan Ashraf menjeling dengan wajah yang tidak puas hati. 'Aku cepuk jugak si Indon ni karang...' Bisik hati Ashraf. Suasana terdiam sebentar.
"Ey bro, gue mau kasi satu riddle sama lo." Bobby sengaja ingin menghiburkan hati Ashraf yang dilihat seharian ini seperti ada yang tidak kena.
Kedengaran Ashraf tertawa kecil. "Okay, shoot." Ujarnya.Â
"Kenapa biri-biri itu jalannya lambat?"
Ashraf kerut kening. "Sebab dia LAMBert." Serentak itu, tawa mereka meletus.Â
"Apaan sih lo! Yang gue nanyain ini 'sheep', bukannya 'lamb' bro!"Â
Ashraf sambung ketawa sambil pandangannya masih tertancap di dada langit. "Erm, because they have a thick fur? Heavy?" Teka Ashraf.
"Nope, salah juga." Bobby mencebik dan menggeleng.Â
"Habis tu apa?" Wajah Ashraf berkerut memandang Bobby di sebelahnya. Dengan senyuman yang melebar, Bobby menjawab, "Karna kalo yang jalan pantas itu namanya buru-buru."
"Babi!" Sampuk Ashraf lantas tawa mereka berderai sekali lagi. Kelihatan Ashraf ketawa sehingga tubuhnya mengiring dan perutnya terasa kejang. Lapang sekali hatinya dapat bergelak ketawa begitu.
"Okay, sekarang aku pulak bagi riddle dekat kau!" Ujar Ashraf setelah tawanya reda.
"Sip! Apa dia?"
"Kenapa babi itu sifatnya gendut?" Ashraf bertanya dalam dialek Indonesia dan meniru gaya intonasi Bobby sebentar tadi. Mereka ketawa lagi.
"Ah, gue tahu itu...!" Suara Bobby kedengaran girang. "Itu pasti karna sifatnya pemakan. Namanya juga babi, semua aja dimakanin!" Sambungnya.
"Nope, salah!" Ashraf tertawa dan saat itu dia lihat kening Bobby mencerun. "Terus apa? Karna tiada leher?"
"Nope!"Â
"Ya udah, gue gak mau tebakan lagi. Nah, jawapannya apa?"
Ashraf tersengih nakal memandang Bobby. "Kerana, kalau yang kurus itu namanya Bobbi!"
"Brengsek!! Dasar ugal-ugalan lo!!"
"Kah kahh!!" Ashraf ketawa dengan kuatnya sehinggakan Tyresse dan Steve pandang- memandang sesama sendiri. Mereka lihat wajah Bobby berang memarahi Ashraf dalam bahasa yang sangat asing manakala Ashraf pula terus ketawa hingga tidak cukup nafas...
Waktu sudah menunjukkan hampir ke tengah malam tetapi keempat-empat pemuda itu masih lagi belum tidur. Semuanya berbaring di atas pasir pantai sambil melayani perasaan masing-masing.Â
Di antara dua jari Ashraf terdapat sebatang rokok yang menyala. Dia menyedut rokok itu dalam-dalam sehingga matanya mengecil. Entah bagaimana wajah Lara yang dia tatap ketika gadis itu merokok di Zouk terlintas di kotak fikiran lalu meninggalkan bekas di hatinya.
Betapa dia rindu pada gadis itu... Walaupun setelah dia tinggalkan 'hati' Lara di lautan, tetapi hatinya sendiri masih belum putus rindu.Â
"Bob... Macam mana kalau aku pergi kutip semula cangkerang siput tu hari?" Pertanyaan Ashraf itu membuatkan Bobby ketawa.Â
"Hey Ty!" Kata Bobby.Â
"Uhuh?"
"He wants to pick that shit up back from the ocean!" Bobby sengaja ingin melihat reaksi Tyresse.
Tyresselah yang beria-ia memarahi Ashraf tempoh hari kerana menyelam di tengah-tengah ombak besar dan kini Ashraf kata dia mahu kutip benda di dasar laut itu semula pula! Pergelutan Ashraf dan Tyresse seakan terulang semula di fikiran Bobby. "I don't care if you're dead, man! I just don't wanna ruin this trip for your funeral!" Kata-kata Tyresse selepas bertumbuk dengan Ashraf juga terngiang-ngiang. Kejam sungguh bunyinya tetapi bila diingatkan semula, terasa lucu pula Bobby rasa.Â
"What shit??"Â Kedengaran Tyresse bertanya sambil mengangkat sedikit kepalanya untuk melihat wajah Bobby yang berbaring di sebelah Steve.
"Whatever shit he went in for that day." Kata Bobby lagi lantas membuatkan hati Ashraf panas! "You don't call that thing as 'shit'! You know exactly what was that, don't you?! I told you the other day!" Suara Ashraf tegas dan matanya tajam memandang Bobby. Sampai hati rakannya itu memanggil cangkerang siput tersebut sebagai 'shit' sedangkan Bobby tahu yang cangkerang itu telah diumpamakan seperti hati Lara!Â
"Okay, okay, sorry bro!" Bobby sengih.
"Hey, Ash! You know what...? You're full of shit, man... Can't you smell that ass from down the street?" Kata Tyresse. Selepas insiden Ashraf menyelam atau yang Tyresse panggil sebagai 'suicide act', kesemua rakan-rakan Ashraf tahu yang dia sedang 'frust menonggeng'!
"What are you talkin about-"
"What do you mean 'what'?" Steve memotong kata-kata Ashraf lantas menyambung, "C'mon 'what', man! You know exactly what are we talkin' about!"Â
"She got a boyfriend, man! And that's enough!" Kata Bobby pula seolah-olah menjelaskan maksud Steve itu.Â
"Yeah! She's got hard dick in her right now and she's screaming somebody else's name, and the last thing she's doing is thinking about your small ass! Leave it alone man!" Seperti biasa komentar daripada Tyresse pasti yang paling pedas dan panas tetapi setelah itu tawa mereka bertiga meletus sementelah wajah Ashraf pula sudah merah padam!
"Fuck off! I was just clowning (joking) dog! But now IÂ can't believe y'all comin' at me with this crazy junks!"Â
"Ash, listen." Kata Steve dalam sisa tawanya. "We know you weren't clowning. Who are you kidding? I've known you for seven years, man! But let me tell ya somethin', she's not your girl and she has another man! So just stop thinking about her!"Â
"To hell with that man-"
"Stop being a pussy and face the fact, man! You're the man! Bring your dick elsewhere!"
"It's not about that, Bobby!" Suara Ashraf bergetar dengan amarah.
"Ash, let me tell you, bro... Puncak tertinggi mencintai adalah mengikhlaskan..."Â
Ashraf terdiam sebentar. "Maksud kau?" Wajah Bobby dipandang dalam-dalam.
"Mencintai tetapi tidak dicintai adalah puncak cinta yang tulus, bro... Jadi pasti perasaan kamu terhadap cewek itu tulus. But sometimes, you have to forget what you feel and remember what you deserve. Just move on, bro!"
"Yup, you're the man, Bobby! Well, I didn't understand the earlier sentence, but completely agreed with the last bit." Celah Steve dan kemudian dia dan Bobby membuat 'high five' bersama.Â
Ashraf terdiam dan mengeluh panjang. Hatinya panas. Dia menjentik puntung rokoknya masuk ke unggun api dan terus berlalu daripada situ.Â
"Ey yo?!! Where you goin', man?!"Â
Ashraf tidak menjawab. Dia meneruskan langkahnya, berjalan masuk ke kawasan resort untuk pulang ke bilik. Kedengaran suara rakan-rakannya memanggil dan mengejeknya tetapi Ashraf buat bodoh. Dia rasa fikirannya kusut sekarang dan dia ingin bersendirian sebentar...
Ashraf menghempaskan badannya di atas katil. Matanya ditutup rapat dan agak lama.Â
'Is there a manual to grieve?' Air wajahnya kelam dan suram.
Ashraf membuka mata semula lantas mengeluarkan telefon bimbitnya yang kebelakangan ini sepi tidak berbunyi. Mesej terakhir Lara tiga hari yang lalu dibuka...
'Ash, good night... I'm always thinking of you... Take care.' - Princess
Ya, sekarang barulah Ashraf perasan yang mesej itu memang bermaksud untuk dihantar buat kali yang terakhir. Sebelum ini Ashraf hanya membacanya sebagai mesej biasa ucapan selamat malam. Dan kini, hari-harinya sepi tanpa SMS daripada Lara lagi. Lara sudah meninggalkan dirinya.
Hati Ashraf terasa sungguh berat dan dadanya bagaikan dihempas oleh ombak yang ganas di pantai, seperti di luar sana. Malam ini, sekali lagi dia lemas dalam hirupan udara dan dadanya seolah-olah terbenam seperti di dalam laut tempoh hari.
Bukan dia tidak cuba untuk melupakan gadis itu tetapi dia tidak berdaya. Dia sendiri tidak tahu yang mana satu lebih menyakitkan; melihat Lara jatuh ke tangan lelaki lain atau memadam terus gadis itu daripada hidupnya tetapi ternyata kehilangan Lara ini lebih berat dan sukar untuk dia terima. Ashraf tutup mata sekali lagi dengan wajah yang berkerut.
Dia hanya mahu gadis itu. Dia hanya mahu gadis itu kembali...Â
'Is there a manual to grieve?'
Share this novel