Bab 45

Romance Completed 159812

"Natasha."

Langkah Natasha terkaku saat mendengarkan suara itu. Dia memandang ke belakang dan melihat Ashraf melangkah masuk ke dalam pesawat. Penerbangan mereka singgah di Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Kai-shek, Taiwan dan sebentar lagi akan meneruskan perjalanan ke Los Angeles.

"You tengah tunggu panggilan daripada HR pasal kes hari tu kan?" Soal Ashraf.

"Hmm." Natasha hanya mengangguk dan melarikan pandangan matanya. 

"Sebenarnya I suruh Fara drop the case. Jadi, you terselamat kali ni." 

Mata Natasha bulat menangkap wajah Ashraf. Dia penasaran tetapi lidahnya kelu untuk bertanya. 

"And I want to invite you for a dinner. Kita sampai LAX pagi, so malam nanti I jumpa you dekat Cognac Room." 

Cognac Room & Gallery Bar adalah salah satu restoran ala bar di Biltmore Hotel, tempat penginapan kru-kru Singapore Airlines. Ashraf lihat wajah Natasha sungguh ceria dengan pelawaan tersebut. 

"Glad to say yes. I'll see you there." Ujar Natasha sambil tersenyum penuh helah. Dia tidak tahu apa yang telah terjadi pada lelaki ini dan dia tak perlu tahu. Yang pasti, dinner date dengan Ashraf sudah dipersetujui. Dia tidak sabar untuk berkongsi berita ini dengan Debbie dan rakan-rakan yang lain!

Ashraf terus berlalu masuk ke dalam kokpit...

*          *          *          *          *

"I penatlah sayang... Tak tahulah sampai bila ayah nak buat macam ni pada kami..." Lara teresak-esak di telefon setelah menceritakan semua yang berlaku kepada Huzaimi. Air matanya diseka dengan tisu yang sudah lerai. 

"Ye, dear... I faham perasaan you..." Huzaimi menyambut kata-kata Lara dengan lembut. Jauh di sudut hati, dia berasa kasihan. Terfikir satu penyelesaian yang sedang berlegar-legar di fikirannya ketika ini. Huzaimi berdecip. 

"Highly dysfunctional betul famili you ni... I risau kalau-kalau perkara ni nanti affect pelajaran you dan hidup you... You're the best student, you bijak, cantik... You ada masa hadapan yang cerah." 

Dalam pujian yang menggunung itu, telinga Lara hanya menangkap perkataan 'dysfunctional family' atau institusi kekeluargaan yang tidak berfungsi. Ya betullah tu, itulah keadaan keluarganya, fikir Lara. Dia terasa hati tetapi bukankah itu hakikatnya?

"Sebenarnya... I telefon you siang tadi sebab nak bagi tahu... I nak jumpakan you dengan my parents." 

Lara terpempan.

"Oh..." Getusnya. Air liur ditelan tetapi rasa tersangkut di batang leher. Fikirannya terus teringatkan Ashraf!

Jika sebelum kehadiran Ashraf dahulu, Lara pasti dia sudah melompat girang dengan berita ini. Tetapi kini hatinya resah memikirkan Ashraf. Kedengaran Huzaimi meneruskan kata-kata tetapi Lara sedang larut dalam fikirannya sendiri...

*          *          *          *          *

Keadaan di Cognac Room & Gallery Bar itu sungguh romantis dengan cahaya lampu kekuningan. Di suatu sudut, kelihatan Ashraf dan Natasha duduk semeja sambil menantikan pesanan makanan tiba. 

"I suruh Fara gugurkan laporan tu sebab I nak discuss something dengan you, in a diplomatic way. Dan malam ni, I nak bincang elok-elok untuk capai kata sepakat dengan you." Kata Ashraf. 

"Kata sepakat apa?" Kening Natasha mencerun. Semenjak mula-mula dia duduk di hadapan Ashraf sebentar tadi, hatinya berbunga-bunga menatap wajah tampan itu. 

"I nak kita sama-sama setuju yang antara kita, cuma kawan sekerja. I nak you terima hakikat ni. Selain daripada tu, I jugak nak you hormati hak privasi I dan you kena berjanji, you tak kan buat apa-apa lagi yang boleh menceroboh ruang privasi I; macam yang you buat pada I hari tu. Kita berdamai dan I tak kan bersikap sinis lagi pada you. We respect each other as coworkers. Deal?"

Hati Natasha seolah-olah terhempas pecah. Dia sangkakan undangan makan malam ini akan berlangsung dalam suasana yang intim (dan dia boleh 'singgah' di bilik Ashraf selepas ini!) tetapi apa yang terjadi sekarang adalah di sebaliknya pula. Natasha menelan liur. Wajahnya masam.

"It's quite hard for me. Sebenarnya I cintakan you." 

Ashraf tersenyum sinis. "You nak I masuk dalam perangkap you je sebenarnya kan?"

"What do you mean?" Potong Natasha. Ashraf dia lihat tertawa.

"I ni memanglah tak bergaul sangat dengan orang-orang SQ ni, Natasha. Tapi I tahu semuanya. I tahu cerita pasal korang bertaruh untuk you pikat I, sampailah I sanggup bawak you ke tempat tidur, kan?"

Natasha segera memandang Ashraf dengan wajah yang kaget. Dia tidak tahu bagaimana Ashraf boleh tahu tentang hal itu dan siapa pula yang menjadi informer kepada Ashraf?? Mungkinkah Fara? Tetapi bagaimana pula Fara tahu tentang ini?

"Initially memang macam tu, but after awhile... I just realized that I really love you." 

Natasha cuba berbohong. Perkara sebenar yang berlaku adalah sebaliknya. Pada awalnya, dia menyukai Ashraf dalam diam sehinggalah rakan-rakannya tahu akan hal tersebut. Setelah itu barulah mereka bertaruh untuk Natasha 'hanyutkan' Ashraf hingga ke bilik tidur. Dan apabila pelbagai percubaan mendekati Ashraf gagal, rasa cinta tadi berganti dengan rasa dendam dan sakit hati! 

"Well... Actually I ada girlfriend. So..." 

"Hmph, girlfriend?? Fara, eh?" Wajah Natasha sinis menyampuk dan serentak itu juga Ashraf ketawa.

"Fara?! Haih, kelakar... You fikir I couple dengan Fara, yang I pulak fikir dia couple dengan abang I... Nope, of course not Fara!" Kening Ashraf mencerun sambil meneguk air bir yang dipesan tadi. 

"Habis tu kalau bukan Fara, siapa?" Natasha segera mencelah. 

Ashraf tersenyum.

"Girlfriend I tu bukan crew."

"I tak percaya...! You tipu. You sengaja reka cerita to get your way out, kan?"

Ashraf senyum lagi. "Apa faedah yang I dapat kalau I tipu you?"

"Supaya I give up-lah... Supaya I berhenti tackle you, kan?" 

"Hei, you ingat takde perempuan nak dekat I ke?"

"Tak boleh harapkan muka je! Perangai selfish dan poyo macam you ni, perempuan nak jatuh hati pun terus tak jadi!"

"Selfish?? You kenal I sebagai orang luar. Of course I'm not 'like this' when I'm with her-"

"Ashraf, I tahu you cuma nak sakitkan hati I je, kan?! Cubalah buktikan...! Tunjukkan pada I satu SMS yang you tulis 'I love you' pada girlfriend you tu dan lepas tu satu SMS yang dia balas 'I love you too'! Baru I percaya cakap you."

"Eh, I'm not going to show you my SMS to her, that's my privacy! Baru je kejap ni cakap pasal I nak you respect my privacy-"

"Yes, okay fine! Kalau you tak nak tunjuk, then I tak kan percaya yang you ada girlfriend. Enough...!" Natasha segera bangun dan beredar meninggalkan Ashraf keseorangan. Ashraf menyengetkan mulut.

"So what? Kau tak percaya, that's not my problem." Bisik Ashraf perlahan sambil meneguk lagi minumannya tetapi jauh dalam hati, dia terfikir alangkah bagusnya jika dia ada balasan SMS cinta sebegitu daripada Lara.

Sosok tubuh Natasha akhirnya hilang di balik dinding... 

*          *          *          *          *

"I'm sure you mesti happy dapat berjumpa dengan parents I nanti, kan..."

Kata-kata Huzaimi sewaktu mereka 'bergayut' masih terngiang-ngiang. Lara menangis lagi. Tetapi kali ini bukan kerana ayah atau Dhafi, tetapi kerana Ashraf. Teringat kata-kata restu daripada ibunya siang tadi sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan kini, Huzaimi pula tiba-tiba ingin menemukan dia dengan kedua orang tuanya. Semenjak itu, fikiran Lara sesak dengan Ashraf. Urgh, serabut!

Sedang Lara menangis, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi dan nama Ashraf muncul di skrin telefon. 

"Hello..." Suara Lara lemah dan wajahnya sugul. 

"Princess? You menangis?" 

"Hmm... Yeah, but it's okay. I'm okay... Ash, you call I daripada LAX ni, nanti bil telefon you tinggi." 

"Don't worry, tak habis pun gaji I bayar bil tu nanti." Kedengaran Ashraf seakan tertawa tetapi dia tidak mendengar sebarang reaksi daripada Lara. "Ermm..." Sambungnya lagi. Dia sangkakan Lara akan ikut ketawa sekali tetapi ternyata gadis itu sedang bad mood.

"I tak tahu sama ada okay ke tak kalau I suruh you share cerita pasal famili you siang tadi... Tapi kalau you tak nak, it's okay, I tak paksa. I takut you rasa lagi congested."

"Yeah, I tak nak cerita buat masa ni boleh tak? I penat... Fikiran I serabut..."

"Okay, okay... Sure." Potong Ashraf. Dia tahu Lara sedang tertekan. 

Keadaan sepi seketika dan tidak lama selepas itu kedengaran Lara mengeluh.

"Ash... Kalau bolehkan... I nak lari jauh-jauh bawak diri, boleh tak...? I dah tak laratlah. I penat dengan everything."

Ashraf terkedu. "You nak pergi mana?" 

"Mars... Boleh?" Serentak itu, mereka berdua tertawa. 

"Kalau memang boleh ke sana dah tentu I bawakkan you, macam lagu Search-" Lantas Ashraf menyanyikan lagu Fantasia Bulan Madu, "Demi cintaku padamu... Ke mana pun kau kan kubawa... Ke hujung dunia ke bintang kejora... Ha, see! Bintang kejora, you-lah tu! Polaris!" Sekali lagi mereka tertawa.

"Ala... I tak nak you nyanyi! I nak you bawak I betul-betul pergi sana... Please-lah, you kan pilot...!" 

Ashraf berasa lega sedikit mendengarkan Lara yang sudah mula tertawa dan entah bagaimana, dia mendapat satu akal! Namun hatinya gusar, takut ideanya tidak diterima Lara.  

"Betul you nak lari jauh-jauh?" 

"Betul!" Lara tersenyum lebar. 

"I serius ni. Kalau you nak lari jauh, I boleh bawakkan." 

"You nak bawak I ke mana?" 

"I nak bawak you during my flight." Sengih.

"WHAT?!" Mata Lara terbeliak! 

"Yeah, I'm serious. You nak? Tiket, hotel, makan minum you semua, you jangan bimbang, I will provide."

"WHAT?!!" Ujar Lara lagi lantas mereka tertawa. 

"Tapi... You kena tolong I satu benda." Ujar Ashraf.

"Apa dia?" 

"Tolong berlakon jadi girlfriend I sepanjang tempoh you ikut I tu." 

"Whaaaatttt?! Kenapa?!" Mereka tertawa lagi.

Ashraf rasa serba-salah untuk bercerita tentang Natasha tetapi dia tahu, Lara berhak tahu sebab di sebaliknya.

"Erm... Ada seorang stewardess ni... Dia confessed pada I yang dia cintakan I... Tapi I nak remain professional dengan dia, so I cakap, I dah ada girlfriend... Tapi dia tak percaya."

"Ramai ke stewardess yang minat dekat you? Mesti ramai, kan?" Soalan Lara itu berbaur cemburu.

"Erm... Tapi dia ni... Kritikal sikitlah, kalau stewardess lain yang minat I tu I tak kisah."

Hati Lara seakan dicubit. 'Kritikal??'

"Kalau you nak ikut, soal tiket, hotel semua tu you jangan risau. Semua I tanggung!"

"Eh! Janganlah macam tu."

"Takpe, tiket you tu biar I yang purchase sebab boleh beli under my staff discount."

"Okay, so kalau macam tu, hotel I bayar sendiri."

"Eh... Hotel nak buat apa bayar?? I kan duduk hotel."

"You nak I duduk satu bilik dengan you ke?!" 

"Tak boleh ke?"

"NO WAY! Ashraf??!" Lara meninggikan suara tetapi Ashraf ketawa terbahak-bahak. 

"Kita tak tidur sekatillah! I tidurlah dekat sofa ke, atas lantai ke... I okay je." 

"No way, Ashraf! Tak boleh! Bahayalah!"

"Apa yang bahayanya??"

"You tanya apa yang bahaya?! I'm sure you tahu kenapa bahaya."

"Apa?? You takut kita terlanjur?" Mereka berdua ketawa dan muka Lara sudah merah padam!

"Okay, macam ni lah. Kalau you tak nak satu bilik dengan I, I cuba ambik connecting room untuk you. Tapi, kru-kru I semua tak boleh tahu pasal connecting room ni dan you pun kalau nak masuk bilik, kena masuk ikut pintu bilik I. Okay?"

Lara terdiam. 

"Okay ke?" Tanya Ashraf sekali lagi. 

"Erm... Entahlah. I tak beranilah... Connecting room pun... Takut jadi apa-apa nanti..." 

"Tak akan jadi apa-apa! You nak datang dekat bilik I, goda I ke?"

"Ish, tak lah!"

"Ha, kalau you tak goda, then tak jadilah apa-apa."

Sekali lagi Lara terdiam. 

"Princess, you tak percayakan I ke? I ni kalau nak buat apa-apa pada you, dah banyak kali I boleh buat... Time I mabuk dulu, time kita tengok bintang dekat Genting hari tu... Itupun I yang cepat-cepat drive off dari tempat gelap tu, kan? You masih tak percayakan I lagi?"

"Itu dalam kereta! Ini dah ada katil depan mata...!"

"Aik? Tengok katil je you dah goyang ke?" Serentak itu juga tawa mereka meletus.

"Ashraf!!" Jerit Lara dalam tawanya. Mereka sambung ketawa.

"Princess... Orang kalau nak 'buat', dekat mana-mana pun boleh 'buat', dalam tandas pun boleh-"

"Amboi! Pernah ke 'buat' dalam tandas?!" Suara Lara menggelegak dengan sakit hati dan rasa cemburu.

"I bagi contoh je! Hei, I teruna lagilah...!" Dan sekali lagi, tawa mereka berderai. Lara gelak sambil menekup muka ke bantal.

"Bengonglah you ni, Ash! Stop it! Too much info-lah!!"

Mereka terus ketawa sehingga lelah!

"Okay-lah, princess... I rasa macam I ni desak you pulak. I tak paksa you pun, just a random thought bila you cakap you nak lari jauh tadi. But if you change your mind, just let me know."

"Hmm..." Lara tersenyum.

"Tapi you jangan risau, niat I bukannya nak buat benda yang tak senonoh dengan you dekat sana... Kita enjoy, jalan-jalan tengok negara orang... Itu je."

Sekali lagi Lara tersenyum.

"I sayangkan you princess, tak kan lah I nak 'rosakkan' you... Tapi kalau you goda I...... I jerit nanti!" Ashraf memimik suara Lara pada malam mereka di Genting Sempah. Saat itu juga, bunyi ketawa berderai lagi.

"ASHRAF! Berhenti ejek I, boleh tak?!" Suara Lara meninggi sakit hati, diselangi dengan tawa Ashraf yang berdekah...

"I serius ni. Kalau you nak lari jauh, I boleh bawakkan." 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience