Lara termenung panjang di katil wad 7A. Perasaannya hiba, mengingatkan sesi kaunseling pagi tadi. Hasil kupasan perbualan hati ke hati dengan Dr Ainin menyingkap satu per satu kedukaan yang dialaminya semenjak kecil sehinggalah kemuncak penderitaannya pada minggu lalu.
"I don't want this doc! Sometimes I don't want this life anymore! I tak boleh tidur mengenangkan apa yang si celaka tu buat pada I waktu I tak sedar! I wish I could fight! At least I dapat pertahankan diri I! I sanggup mati untuk pertahankan maruah diri I, doc! Huu huu..." Tangisan dan perbualannya bersama pakar kaunseling pagi tadi terimbas semula di ingatan.
Kadangkala Lara rasa dia sudah tewas pada arus kehidupan ini, tiada apa lagi yang tinggal.
'Tiada apa lagi yang tinggal'.
Tetapi bukankah Ashraf Zildan masih ada?
Itulah salah satu pelengkap hidupnya sekarang. Lelaki yang sentiasa ada bersamanya pada waktu suka dan duka. Tak dapat dia bayangkan jika Ashraf tiada.
Tiba-tiba lamunan Lara terhenti apabila terdengar notifikasi telefon bimbit.
'Princess, I rasa I dah tahu siapa DJ tu.' - Sayang MWB
Lara tersenyum nipis. Hati tercuit dengan keletah si Ashraf. Terlihat seolah-olah jambangan bunga yang diterima daripada penghantar misteri membelengu si Ashraf. Comel. Ah, lelaki ini tidak pernah gagal buat dia tersenyum! Serta-merta rasa rindu membuak-buak di dada.
'Ha? Siapa?' - Princess
'Doctor J.' - Sayang MWB
'Doctor J? Siapa tu?' - Princess
'I tak tau siapa tapi I syak doktor dekat hospital tu yang nama dia start daripada huruf J.' - Sayang MWB
'Hish, you ni mengarutlah sayang :)))' - Princess
'Trust me! It's Doctor J, hun. Mesti dia minat dekat you tapi sebab work etiquette, tak kan lah dia nak mengayat you depan-depan, kan? So dia hantarlah bunga untuk you, to give hints! Grr! >:-(' - Sayang MWB
Lara tertawa gelihati tetapi mungkin ada juga benarnya!
'Pandai-pandai je you ni...' - Princess
'But it makes sense, kan?' - Sayang MWB
'Yelah, sayang... :)) Betullah tu... Tapi kalau dia minat I pun, biarlah dia...' - Princess
'Yeah, tapi I nak tanya you. Antara doktor dengan pilot, mana yang lagi cool? Mana yang you lagi suka?' - Sayang MWB
Lara kerut dahi dan tersenyum. 'Ah, sudah. Cemburu pulak ke mamat ni?' Lalu dia membalas lagi.
'Mestilah I lagi suka pilot ;)' - Princess
'Ye ke? Sebab?' - Sayang MWB
'Sebab you-lah.' - Princess
'Kalau I doktor? You suka pilot ke doktor?' - Sayang MWB
'Sayang, kalau you drebar bas ke, drebar teksi ke, I suka je dekat you! Janji it's you, I tak nak orang lain!' - Princess
Lara tergelak sendiri. Teringat kisah yang pernah Ashraf ceritakan kepadanya dahulu tentang makcik di bazar Ramadhan yang menyangkakan Ashraf seorang pemandu bas ekspres kerana baju kerjanya!
'Heh ;D Ye ke... Mwah! Love you, princess.' - Sayang MWB
Saat terbacakan balasan SMS Ashraf yang itu, mulut Lara menyenget. Boleh tahan mengada-ngada rupanya mamat ni! Hati jadi semakin rindu. Lara senyum meleret.
Namun apabila mengenangkan 'kekurangan' dirinya sekarang, dia terfikir; adakah Ashraf sanggup menerima dia seadanya?
Patutkah dia berterus-terang?
Tetapi jika dia berterus-terang, bagaimana jika Ashraf meninggalkannya? Dia sudah tiada harapan lain lagi selain Ashraf!
Betulkah Ashraf sanggup meninggalkannya dek kerana 'kekurangan' yang satu itu?
Perasaan Lara terus merudum. Dia bingkas baring dan menekup mukanya dengan selimut. Mata ditutup rapat-rapat tatkala air mata mula melimpah keluar...
Gelap.
Ya, sebenarnya Lara kini lebih selesa pada 'dunia' yang gelap dan kosong begini. Terasa ingin lari atau menyorok daripada semuanya.
Airmata semakin deras mengalir membasahi kain selimut yang agak tebal. Dia merekotkan badan di atas katil besi itu. Perasaannya jadi kebas, hati sungguh hiba dan keresahan mula menghantuinya semula.
Inilah pergelutan hidupnya sekarang...
Petang itu, keadaan jalanraya di sekitar Hospital Klang sungguh sesak. Zuraidah rasa pening tetapi dia sudah janji untuk bermalam bersama Lara. Tambahan pula esok anaknya itu akan mendaftar keluar daripada hospital.
Dalam kesesakan kenderaan yang merangkak-rangkak itu, fikiran Zuraidah melayang. Perbualannya bersama Najmi di rumah sebentar tadi terimbas kembali...
"Mi suka ke dengan abang Ashraf tu?"
Waktu itu Najmi sedang makan tengahari. Kelihatan anaknya itu mengangguk.
"Suka. Dia macam cool je." Jawab remaja lelaki itu sambil mengunyah.
"Cool macam mana? Dah bergaduh sampai bertumbuk-tumbuk tu Mi kata cool ke? Macam panas baran je ibu tengok." Dia cuba menyelami air wajah Najmi.
"Cool-lah sebab dia ada 'band', lepas tu dia pilot!"
"Hish, ke situ pulak perginya! Tak payah pandanglah band-band semua tu! Ibu tengah risaukan kelakuan dia tu. Sampai bertumbuk-tumbuk... Ibu risau! Takut nanti akak kau tu pulak di tangannya nanti."
"Ish, tak lah bu..." Potong Najmi. Zuraidah menjeling. "Dia pukul abang Fahd tu sebab dia sayangkan akak. Abang Fahd carutkan akak, maki akak... Jadi dia marahlah."
Diam. Mata dua beranak itu bertembung.
"Ke sebab dia panas baran?"
Najmi terdiam. Tak tahu apa lagi harus dia kata.
"Ibu tak marah ke abang Fahd maki akak macam-macam?"
Zuraidah rasa terperangkap pula dengan soalan itu.
"Memanglah marah! Tapi kalau sampai bertumbuk tu... Risaulah juga. Sebab ayah kau tu dulu jenis yang naik tangan juga! Ibu risaulah, kot kifarah ayah tu mendapat pulak dekat anak perempuan dia!"
Najmi terkedu. Lagilah dia tidak tahu hendak kata apa lagi.
Bunyi hon kenderaan mematikan lamunan Zuraidah. Cepat-cepat dia menggerakkan keretanya masuk ke simpang hospital...
Wad 7A
Hospital Klang
Zuraidah berjalan melenggang daripada surau masuk ke Wad 7A. Sebaik sahaja kakinya melangkah, terlihat katil Lara kosong. Dia pasti anak gadisnya itu sedang berada di bilik mandi.
"Tak nampak pun anak menantu awak sehari dua ni..."
Tegur pesakit wanita yang sudah agak berumur berhadapan dengan katil Lara.
Menantu?! Telinga Zuraidah menangkap perkataan itu bagaikan halilintar. Dia segera memandang ke wanita tersebut.
"Oh, dia balik ke Johor sekejap. Esok dia datang katanya sebab anak saya dah nak discharge." Senyum.
"Oh... Orang Johor ke menantu tu?"
Zuraidah paksa senyum.
"Bukan menantu. Bakal..."
"Ooo, tunang?" Bulat mata wanita itu sambil perbualan mereka berdua diperhatikan oleh pesakit-pesakit yang lain serta penjaga mereka.
Zuraidah hanya mengangguk perlahan dan tersenyum. Iyakan sajalah untuk tutupkan mulut orang. Padahal berjumpa dengan Ashraf pun tak sampai lima kali!
"Saya suka tengok dia melayan anak awak... Uii, sayang betul! Nangis sikit disapunya air mata, sekejap dipujuk, cakap lembut-lembut... Kalau nangis lagi diusap kepala, dipeluknya... Penyayang!"
Peluk?! Amboi, amboi kau Ashraf...! Zuraidah ketap bibir.
"Eh betul Kak Jah cakap! Saya dekat sebelah katil ni, selalu je dengar, 'princess, princess'... Sikit-sikit tanya, princess okay? Princess, how are you? Aduh, bertuahlah anak awak dapat lelaki macam tu..."
"Apa 'prinses' tu?" Tanya wanita di hadapan katil Lara yang dipanggil Kak Jah tadi.
"Princess tu maksudnya 'tuan puteri' dalam bahasa orang putih!"
"Ooo... Memang dilayan macam tuan puteri sungguhlah...! Orangnya pun tengok macam orang putih, segak je..."
"Betul...! Mula-mula saya tengok dia, saya ingatkan kot artis mana pulak yang datang ke wad Hospital Klang ni!"
Lantas mereka semua ketawa.
Sedikit sebanyak cerita tentang tingkah laku si Ashraf memberi sedikit kelegaan di hati Zuraidah dengan dilema yang membelenggu hatinya sepanjang hari ini...
*Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *
'Beb, kau dekat mana?' - SQ Fara
'JB.' - FO Ashraf
'Aku dengar kau cuti. Kau memang apply cuti ke atau dicutikan?' - SQ Fara
'Apa hal dicutikan pulak?! Aku memang ambik cuti sebab Lara tak sihat tapi dah nak habis dah, Sabtu aku kerja.' - FO Ashraf
'Oh, okay. Janganlah marah, bro. Aku tanya je sebab dengar budak-budak cakap kau kena gantung kerja tapi last week aku fly dengan Azril, dia kata kau cuti.' - SQ Fara
'Ah, pergi mampuslah dengan cakap-cakap diorang tu.' - FO Ashraf
'Okay beb, kalau ALPA-S nak testimoni daripada rakan-rakan sekerja, aku boleh bagi. Aku percayakan kau, beb.' - SQ Fara
'Thx.' - FO Ashraf
*Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *
Wad 7A
Hospital Klang
Lara menghabiskan sisa-sisa makan malamnya. Bukan main selera lagi dia menikmati nasi goreng kampung yang ibunya beli di kafeteria hospital. Esok dia akan keluar daripada sini dan inilah satu-satunya benda yang dia akan rindu. Nasi goreng kampung yang enak!
Mata Zuraidah sekali-sekala menangkap wajah Lara. Dalam hatinya ingin memulakan topik perbualan namun dia harus berhati-hati, takut menyinggung perasaan Lara yang baru hendak pulih.
"Ashraf dah sampai KL ke?" Zuraidah mula membuka mulut namun Lara menjawab hanya dengan anggukan kepala.
"Makcik-makcik dekat sini ingatkan Ashraf tu artis."
Lantas dia dan Lara tertawa.
"Ashraf tu kacuk dengan mat saleh ye?" Zuraidah memandang Lara dari hujung mata. Strategi hendak memulakan perbualan.
"Erm... Dia tu darah campur banyak sangat tapi ye, ada darah mat saleh."
Bekas polisterin yang sudah kosong ditutup lalu Lara mencampak masuk ke dalam bakul sampah.
"Mesti akak suka dekat dia sebab dia handsome, kan?" Nada suara Zuraidah bagai mengusik penuh helah dan sekali lagi mereka tertawa.
"Ish, taklah bu! Akak dah suka dia sebelum kitorang jumpa lagi. Masa tu akak dengan Huzaimi tapi akak kawan-kawan je dengan Ash dalam telefon."
"Ha? Korang kenal melalui telefon? Macam mana tu?"
Lalu, Lara menceritakan detik manis pertama kali berkenalan dengan Ashraf Zildan dan selesai sahaja bercerita, wajah Zuraidah tercengang.
"Sampai macam tu sekali dia cari nombor akak?!"
Dan Lara terus tertawa. Zuraidah dapat lihat sinar wajah anaknya yang berkemilau setiap kali bercakap tentang pemuda tersebut. Jelas sekali anaknya dilamun cinta.
"Itulah bu... Ash memang daripada mula bersungguh-sungguh sangat pada akak, sebab tu akak suka dengan cara dia. Padahal masa awal-awal dulu, akak, Zieta dan Khyra syak dia tu playboy. Tapi sekarang dah nak masuk tiga tahun kenal, tak nampak pun dia ada sikap playboy. Akak rasa, akak boleh percayakan dia."
Lara senyum nipis sementara ingatannya tertumpu pada Ashraf. Namun di sudut hati kecil Zuraidah pula dia mengambil kata-kata itu sebagai lima puluh-lima puluh. Ah, tak duduk serumah lagi mana nak tahu perangai yang sebenar?
"Erm... Sepanjang dua ke tiga tahun korang kenal... Tak ada ke korang salah faham atau gaduh-gaduh?"
"Ada." Senyum.
"Macam mana sikap dia bila dia marah? Baran tak?"
Soalan cepu emas sudah dilontar keluar! Namun wajah Lara dia lihat semakin berseri.
"Ibu tahu tak, pertama kali kitorang gaduh, Ash marah akak sambil panggil akak 'princess'! Akak terkejut sebab biasanya kita kalau marah mana nak guna nama-nama manja ni! Tapi Ash memang macam tu."
"Sampai sekarang?"
"Ye, sampai sekarang. Itu yang buat akak lagi sukakan dia."
Zuraidah terkedu, kehilangan kata-kata. Hatinya berasa sungguh lega tetapi persoalan tentang pergaduhan antara Ashraf dan Syed Al-Fahd masih berbekas di hati.
Ataupun lelaki ini pandai berlakon di hadapan Lara? Harap-harap tidak.
"Erm..." Zuraidah mencari kata. "Ibu bukan apa... Ibu harap, kali ni Allah temukan akak dengan lelaki yang baik."
Dia terdiam seketika, tidak tahu sama ada bait katanya menyinggung hati Lara atau tidak. Namun anak gadisnya itu hanya tersenyum nipis.
"Ibu harap kalau Ashraflah orangnya, dia boleh jaga akak dengan baik..."
Waktu itu juga airmata Lara seakan bergenang, mengundang sedikit cemas di hati Zuraidah. Dia sudah tidak berani untuk berkata apa-apa!
Lara menyeka matanya yang bundar.
"Err, akak janganlah salah faham pulak. Ibu cuma-"
"No, it's okay bu." Potong Lara tetapi hati Zuraidah tetap gusar.
"Akak tahu menantu yang macam mana ibu nak. Dan akak tahu, Ashraf tak ada ciri-ciri menantu yang ibu nak..."
Mereka terdiam seketika.
"Tapi percayalah, daripada si Reza, Huzaimi dan yang dekat Terengganu tu... Ashraf yang paling caring pada akak, bu... Ashraflah yang paling ambil berat dan ambil kisah tentang kebajikan akak."
Mata mereka bertembung. Jauh di sudut hati Zuraidah, dia memang akui, kata-kata Lara itu semua telah terbukti di depan matanya sendiri.
"Akak tahu Ashraf lelaki yang terbaik, bu. Trust me, and trust him."
Zuraidah tarik nafas panjang dan mengangguk perlahan...
* * * * *
Pada keesokan harinya, sedang Zuraidah dan Lara berkemas untuk mendaftar keluar daripada hospital tersebut, sosok tubuh lelaki tinggi lampai muncul di pintu wad.
"Ha, tu Ashraf dah sampai." Ujar Zuraidah.
Lara cepat-cepat memandang ke arah Ashraf dan menghadiahkan sebuah senyuman.
"Hai." Tegur Ashraf apabila tiba di sisi Lara. "Hi, aunty."
"Hi." Zuraidah membalas sambil sibuk melipat selimut dan tuala yang terdampar di atas katil.
Ini kali pertama mereka semua bersua serentak.
"You good?" Tanya Ashraf sambil tersenyum memandang Lara.
Lara membalas senyuman Ashraf dan mengangguk. Terasa kekok pula dia apabila ibu ada bersama. Selalunya asal berjumpa sahaja pasti mereka berpeluk sakan!
"Lepas ni dah takdelah artis melawat wad kita, kak Jah."
Kedengaran wanita di sebelah katil Lara berkata lalu mengundang tawa semua orang kecuali si Ashraf. Dia hanya terkebil-kebil memandang Lara dan Zuraidah, tidak memahami apa-apa. Namun dia perasan semua mata tertumpu ke arahnya.
"Makcik-makcik ni kata you artis." Beritahu Lara lantas mata Ashraf terbeliak dan dia ketawa gelihati. Daripada artis hingga ke pemandu teksi, macam-macam telahan orang terhadapnya. Ashraf geleng kepala dengan sisa tawa di bibir...
Setelah siap semua barang-barang Lara dikemas, Ashraf mengangkat beg-beg yang berbagai rupa dan warna. Macam sebulan tinggal di hospital!
Zuraidah dan Lara pula bersembang kecil buat kali yang terakhir dengan wanita yang di panggil Kak Jah serta wanita di sebelah katil Lara. Sekali-sekala mereka mengusik Lara dan Ashraf menyebabkan kedua-duanya tersipu malu dan dalam pada keriuhan itu, kelihatan sepasang mata memerhatikan mereka semua dari kejauhan. Terutama sekali pada sosok tubuh Lara.
'Jibreel'.
Tertera tag nama yang terselit pada baju kod doktor berwarna putih...
Terima kasih semua sebab sudi tunggu miss update chapter nie selepas 2 minggu beraya :) Harap2 korang semua terhibur <3
Share this novel
tqvm update harap2 boleh update tiap2 hari best sngat2 cerita ni.