Bab 9

Romance Completed 159812

SUASANA di Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat pada petang itu sangat lengang dan terasa sungguh kelam. Begitulah keadaannya di setiap fakulti apabila menjelang musim peperiksaan pada setiap semester.

Lara dan rakan-rakannya berjalan dengan langkah yang lesu untuk menghadiri taklimat terakhir subjek Human Resource Management sebelum mereka menduduki peperiksaan pada hari Jumaat minggu hadapan. Selain mendengar taklimat, mereka juga ingin melihat 'carry marks' masing-masing yang akan diberitahu oleh pensyarah mereka di akhir taklimat nanti.

"Weh korang... Aku rasa aku tengah suffer post travel syndrome-lah." Kata Khyra dengan wajah yang muram. Zieta dan Lara tertawa.

"Dah seminggu lebih kita balik dari Mabul, Khyra oi! Tak habis-habis lagi ke post travel syndrome kau tu?" Ujar Zieta. Kata-katanya itu mengundang gelak tawa mereka bertiga.

"Betullah wei... Aku macam terasa-rasa lagi kita dekat resort tu... Pagi tadi aku bangun je dari tidur, aku stress sebab aku dekat kolej! Aku harap kita masih dekat Mabul..." Khyra buat-buat menangis. Zieta dan Khyra sambung ketawa.

"Eleh... Dia tu yang malas nak pergi kelas... Salahkan post travel syndrome pulak!" Kata Lara sambil mengejek rakannya. Khyra ikut gelak sambil jarinya mencubit lengan Lara menyebabkan gadis itu mengaduh kuat.

Suasana di dalam kelas pada petang itu riuh seperti biasa. Kedengaran suara pelajar-pelajar bersembang dan ketawa sesama sendiri. Ada juga di antara mereka yang sibuk membincangkan sesuatu tentang subjek HRM tersebut. Lara dan dua orang rakannya mengambil tempat duduk di tengah-tengah kelas. Tidak lama selepas itu, pensyarah mereka melangkah masuk sambil memberi salam dan tanpa membuang masa, taklimat dan perbincangan mereka dimulakan dengan segera.

"For chapter five, you can skip that... That has already covered in your last test, so it won't be appearing in your final..." Kata pensyarah perempuan tersebut sambil menulis sesuatu di papan putih. Lara membuat tanda 'X' pada muka surat yang tertulis 'Chapter 5' di buku teksnya itu. Dia berasa agak lega apabila bab lima tersebut tidak termasuk dalam silibus peperiksaan akhir minggu hadapan. Jadi tidak perlulah dia mengulangkaji semula topik 'Personnel Planning and Recruiting' itu lagi.

Sedang Lara tekun mendengar penjelasan tentang tips dan format jawapan daripada pensyarah di hadapan kelas, tiba-tiba dia terasa mejanya bergetar. Lara pasti getaran itu disebabkan oleh SMS ataupun missed call yang menujah masuk ke telefonnya yang telah disetkan ke 'Silent Mode'. Lantas, dia menyeluk tangannya ke dalam laci bawah meja untuk mengeluarkan telefon bimbit daripada tote bag Roxy yang comel berwarna-warni itu. Sejak balik dari Pulau Mabul minggu lepas, Lara masih lagi menggunakan beg Roxy tersebut. Beg yang dia sering pakai untuk percutian ke pantai dan laut.

1 New Message. 

Lara menekan butang 'Show'.

'Hi Lara. I hope I don't disturb you. You tengah buat apa tu? Care to chat?' 

Kening Lara berkerut. Dia mengamati nombor si penghantar mesej tersebut...

012 22747 400

'Eh? Siapa pulak ni?' Desisnya dalam hati. Nombor itu kelihatan sangat asing. Lalu, Lara menekan butang 'Reply'.

'Sorry, I dalam kelas ni. Siapa ni? SMS or call malam nanti boleh?'

Setelah itu, Lara tekan butang 'Send'. Dia segera memasukkan telefon bimbitnya itu ke dalam laci bawah meja. Keningnya masih berkerut.

'Siapa pulak yang tiba-tiba nak ber-chat dengan aku ni?' Lara tertanya-tanya sendiri. Tumpuannya mula terganggu sedikit. Namun, Lara paksa juga dirinya untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap puan pensyarah di hadapan kelas.

Selang beberapa minit kemudian, mejanya bergetar semula. Lara yakin, sudah tentu getaran itu adalah balasan SMS daripada nombor misteri tadi. Lantas, Lara menjenguk ke telefon bimbitnya semula.

'Sure. Malam nanti I call, okay. Thanks! :)' – 012 22747 400

'Huh? Itu je? Orang tanya siapa, tak jawab pulak!' Lara merungut sendirian. Lalu, dia cepat-cepat memasukkan semula telefon bimbitnya ke dalam beg. Dia tidak mahu 'kantoi' dengan pensyarahnya kerana bermain telefon sewaktu pembelajaran sedang berjalan. Sekali lagi, Lara memaksa diri untuk memberikan sepenuh tumpuannya terhadap kelas HRM tersebut walaupun SMS yang diterimanya sebentar tadi mengasak-asak ruang fikirannya...

Tepat jam 4:30 petang, kelas mereka pun tamat. Suasana di dalam kelas menjadi riuh kembali. Lara tersenyum sendirian. Carry marks yang dia perolehi sudah cukup untuk melayakkan dia lulus subjek tersebut. Jika dia boleh skor untuk kertas ini pada hari peperiksaan nanti, sudah pasti gred A akan berada dalam genggamannya. 

"Korang, korang balik bilik dulu yea... Aku nak pergi makan aiskrim sekejap dengan Huz." Kata Lara kepada dua rakannya itu. "Wah... Aiskrim?! Ha, jangan lupa bawa balik sikit untuk kitorang ye!" Khyra tersengih lebar.

"Eh, macam mana bawa balik! Aiskrim nanti cairlah! Okay, aku beli jajan dengan coklat untuk korang, boleh?"

"Haa boleh, boleh...! Thank you, Ra! Kaulah sahabat kitorang dunia akhirat!"

"Oh, sahabat akhirat yea... Sahabat perut korang je sebenarnya, kan?!" Potong Lara bergurau. Kemudian mereka bertiga ketawa sesama sendiri sambil berjalan keluar daripada kelas tersebut...

Cuaca pada petang itu sangat baik dan sedikit redup. Lara berjalan daripada bangunan Menara UiTM itu menuruni 'tangga tonggek' yang mempunyai beratus anak tangga untuk tembus keluar di hadapan perhentian bas Kolej Seroja. Kata Huzaimi dalam SMS-nya tadi, Pak Samad akan tunggu di situ.

Sebaik sahaja Lara menuruni anak bukit yang curam berhadapan dengan Kolej Seroja, matanya sudah dapat menangkap kereta Mercedes Huzaimi di tempat yang dijanjikan. Lara mempercepatkan langkah dan terus melintas jalan menuju ke perhentian bas tersebut.

"Assalamualaikum... Ini Pak Samad ye?" Ujar Lara sebaik sahaja dia membuka pintu penumpang hadapan. Mereka bertentang mata. 

 "Waalaikumsalam. Ye... Betul, betul. Cik Lara ye?" Lara rasa lelaki yang dipanggil Pak Samad itu lebih tua daripada ibu dan ayahnya.

"Betul pakcik. Saya Lara." Kata Lara sambil tersenyum dan masuk ke dalam kereta.

"Eh... Cik Lara duduk belakanglah..." Air muka Pak Samad terpinga-pinga.

"Er... Takpelah, saya duduk depan je."

"Cik Lara duduklah belakang. Kalau saya bawa Encik Huz pun memang dia duduk di belakang." Jawapan lelaki itu membuatkan Lara terasa kekok.

"Erm... Tapi saya bukan– "

"Cik Larakan 'kawan' Encik Huz. Cik Lara pergi duduk belakang."

Lara serba-salah!

"Tapi saya tak biasa–"

"Takpe, lama-lama nanti biasa." Potong Pak Samad. Lara sudah termati kata.

Akur dengan arahan Pak Samad, Lara keluar dari kereta tersebut seraya membuka pintu penumpang belakang. Beberapa orang pelajar yang ada di sekitar situ memerhatikan saja gelagat Lara dan sebaik sahaja pintu ditutup, kereta mewah itu pun perlahan-lahan bergerak meninggalkan kawasan perhentian bas berkenaan. Dalam hati Lara, dia sudah tak sabar-sabar lagi untuk berjumpa dengan Huzaimi kesayangannya!


*     *     *     *      *

Hujan renyai-renyai pada malam itu baru sahaja berhenti. Suasana di Kolej Kediaman Teratai itu agak suram. Ini kerana, rata-rata penghuni di situ mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman sempena minggu 'study week'. Manakala pelajar-pelajar yang masih ada di situ pula semuanya sedang pulun study! Semuanya sedang bertungkus-lumus membuat persediaan rapi sebelum menduduki peperiksaan akhir semester. Pada ketika inilah keadaan di kolej kediaman tersebut akan menjadi sangat lengang dan hambar. Tiada lagi kedengaran muzik atau radio yang dipasang kuat, tiada juga bunyi pelajar ketawa berdekah-dekah atau terjerit-pekik. Semuanya menyepi bagi menghormati jiran-tetangga lain yang sedang mengulangkaji pelajaran tanpa mengira waktu malam atau siang.

Lara melipat telekung lalu meletakkannya di bucu katil. Dia mencapai tuala untuk membungkus rambutnya yang basah selepas mandi tadi. Pyjama yang berwarna merah jambu itu kelihatan tersarung kemas di tubuhnya yang langsing. Lara tersengih-sengih sendirian mengingatkan pertemuannya dengan Huzaimi petang tadi. Hampir dua jam mereka meluangkan masa bersama sambil makan aiskrim, Lara rasa waktu yang sangat berharga apatah lagi pujaan hatinya itu selalu sibuk tak kenal masa.

Mata Lara mencuri pandang ke arah Zieta dan Khyra. Kelihatan kedua-duanya khusyuk menelaah sambil mengunyah Twisties yang dia belikan tadi. Selain itu, terdapat juga satu tin Pringles, dua bar besar coklat Cadbury's dan buku teks bersama kertas-kertas nota Human Resource Management berterabur di atas meja.

"Korang nak air? Kalau nak, aku buatkan sekali." Tanya Lara.

Khyra hanya menggelengkan kepala sambil matanya tak lepas-lepas membaca nota di tangan. Lalu, pandangan Lara dialihkan pula ke arah Zieta.

"Kau?" Soal Lara.

"Tak nak. Ni air aku ada lagi. Kalau aku nak nanti aku ambil air panas kau sikit, ye?" Jawab Zieta. Lara hanya menganggukkan kepala.

Memang begitulah kebiasaannya apabila mereka ingin berjaga malam. Air Nescafe 'kaw' dan pekat akan sentiasa menjadi peneman setia hingga ke dinihari.

Ketika Lara sedang mengacau-ngacau air Nescafe-nya itu, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dia terus meletakkan mug ke atas meja dan bergegas mendapatkan telefonnya.

Calling...

'Oh, penghantar SMS siang tadi!' Getus hatinya. Dia cepat-cepat menekan butang 'Answer'.

"Hello?" Kata Lara. Tetapi talian itu senyap...

Di hujung talian pula, Ashraf sudah terpempan dan terbenam di sofa yang empuk. Dia seolah-olah tidak percaya gadis yang berada di talian itu sekarang adalah perempuan witch kegilaannya! Ashraf terasa seakan-akan ingin melompat kegembiraan. Dadanya berdebar laju. Dia terperangkap antara perasaan gembira dan gemuruh!

Kening Lara mencerun. Dia cepat-cepat memandang skrin telefonnya.

'Line coverage ada.... Tapi kenapa senyap?' Bisik hati Lara.

Lantas, dia bergegas keluar daripada biliknya menuju ke kaki lima blok Teratai tersebut. Kebiasaannya, rangkaian telefon di situ lebih baik berbanding di dalam bilik.

"Hello??" Kata Lara untuk kali kedua.

"Yeah, hello! Err... Lara ke?"

Lara tersentak dan matanya membulat. 'Mak oi, garaunya suara!' Bisik hatinya.

"Err, ye. Lara ni. Who's this?" Lara mengerutkan kening. Suara tersebut kedengaran sangat asing sekali!

"Hehehe... Hai Lara! Erm... Ehem! Ini... Ashraf."

Mendengarkan kata-kata itu, sekali lagi kening Lara mencerun.

"Ashraf??" Ujarnya. Otaknya berfikir laju kalau-kalau dia sebenarnya kenal akan lelaki yang bernama Ashraf itu.

Ashraf mana?? Budak clubbing? Bukan, dia tidak pernah lagi memberikan nombor telefonnya kepada lelaki-lelaki yang dia jumpa di kelab malam! Budak modelling? Tak juga kerana setakat ini Lara hanya pernah memberikan nombornya kepada Naim. Itupun kerana isu pengangkutan pada kali terakhir dia catwalk dua bulan yang lepas. Atau adakah lelaki ini budak MiRC? Budak 'chatting'. Tapi... Mana ada kawan chatting-nya yang bernama Ashraf?! Lara runsing!

"Ashraf mana ni? I tak ada pulak kawan nama Ashraf..."

"Oh..." Ashraf tertawa kecil walaupun hatinya sudah gelisah. Dia tidak tahu bagaimana hendak menjawab pertanyaan tersebut!

"Um, sorry kalau I kacau you. You tengah buat apa–"

"Kejap...! You tak jawab soalan I lagi." Potong Lara.

Ashraf telan liur.

'Adoi mak... Perempuan ni... Tegasnya! Hari tu nampak macam friendly je!' Getus hati kecil Ashraf. Dia sudah mengurut dahi.

"I tak fikir I kenal you. Sebab... I tak pernah kenal lelaki nama Ashraf." Suara Lara kedengaran mencerun.

Ashraf menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"A'ah. Sebenarnya, you memang tak kenal I. Sebab... I dapat nombor you ni pun... Daripada kawan I..." Ashraf tergagap-gagap. 'Betullah, dapat dari kawan. Si Vikash yang bagi, so daripada kawanlah kan?' Kata Ashraf dalam hati sambil buat muka.

"Kawan yang bagi? Siapa kawan– "

"Eh, I kacau you tak ni? Petang tadi you kata you dalam kelas, kan? You student ke? Study dekat mana?" Ashraf memotong pertanyaan Lara dengan soalan yang bertubi-tubi. Dia sedaya-upaya cuba mengubah topik!

"A'ah, I study lagi. Dekat UiTM Shah Alam." Lara menjawab.

"Oh... Patutlah dalam kelas..."

"You pulak student mana? Student sini jugak ke?" Tanya Lara pula. Dia menyandarkan badannya di tembok dinding.

"Err, bukan. I bukan student. I dah kerja."

"Oh! I see..." Kening Lara terangkat.

'Kalau mamat ni dah kerja maknanya, sama ada dia lebih tua dari aku, ataupun dia tak sambung belajar lepas SPM...' Lara berkira-kira dalam hati.

"So... You kerja dekat mana?" Tanya Lara lagi. Kedengaran Ashraf tertawa kecil di hujung talian sebaik sahaja mendengarkan pertanyaan tersebut.

"I kerja dengan SIA."

"SIA?!" Mata Lara membulat. Suaranya kedengaran seperti terkejut.

"Yups."

"Singapore Airlines?!"

"Yups! Ha... Pandai!" Ashraf tersenyum lebar dengan hati yang berbunga-bunga.

'Singapore Airlines tempat kerja ayah si Reza!!' Getus hati Lara. 'Ini tak boleh jadi ni!' Mata Lara mula mencerun!

"You nie sebenarnya siapa?? Apa yang you nak daripada I?? Patutlah you cakap kawan you yang bagi nombor I ni, memang ada orang kasi rupanya, kan??" Tona suara Lara mula berubah. Dia pasti, ini mesti ada kaitannya dengan si Reza!

Wajah Ashraf terus bertukar pucat sebaik sahaja mendengar nada suara Lara yang seperti singa baru bangkit tidur itu! Dia tidak tahu mengapa mood gadis itu tiba-tiba sahaja berubah!

"Huiyo, garangnya you... Relax ye, cik Lara... Relax..." Ashraf sebenarnya sudah panik tapi dia cuba untuk kedengaran tenang. Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat sudah seperti telur di hujung tanduk?? Ashraf telan liur.

"Kenapa ni...? Are you okay, Lara? Apa salah I? Kenapa you tiba-tiba marah I ni?" Tanya Ashraf lembut. Dia cuma risau kalau-kalau gadis itu memutuskan talian telefon sahaja!

"I bukan marah, I cuma rasa curious je."

'Bukan marah??! Ya Allah... Kalau dia marah macam mana pulak rupanya?!' Ashraf tekup muka dengan sebelah tangan!

"I hairan. Macam mana orang Singapore Airlines boleh dapat nombor telefon I ni?? Siapa pass nombor I pada you?? You ada berpakat dengan someone eh?? Korang jangan ingat I bodoh tau!" Nada Lara makin tegas.

'Alamak, bodoh?? Berpakat?! Mana pulak si witch ni tahu aku berpakat dengan Vikash?! Dasar witch betullah! Nak bagi tahu sekarang ke?? Tapi dah agreed dengan Danny, jangan bagi tahu dulu! Apa aku nak buat ni??' Hati Ashraf semakin gelisah dan jantungnya semakin berdebar-debar. Otaknya berfikir laju umpama pemacu komputer yang sedang memproses data!

"Err... You macam sensitif je bila I sebut Singapore Airlines. Kenapa? You pernah dapat bad service masa naik SQ ye? Ke... Ada apa-apa yang tak kena dengan Singapore Airlines?" Buat sekian kalinya, Ashraf cuba mengubah topik. Saat itu juga, dia terdengar gadis itu mengeluh di hujung talian.

"Hmm... Adalah kena-mengena sikit dengan my ex-boyfriend."

Ashraf terkedu!

"Ex-boyfriend you kerja dengan Singapore Airlines?! Pilot ke?!" Soalan itu terus terhambur dari mulut Ashraf. Matanya membulat. What a small world! Fikir Ashraf.

"Oh, bukan... My ex tak kerja dengan SIA pun." Lara tersenyum kecil.

"I see... Habis tu? Kenapa SIA ada kena-mengena dengan ex you pulak? Well, if you don't mind telling me..."

"Nope, I don't want! Too soon to share." Jawab Lara tetapi dalam hatinya, dia mengesyaki jika si Ashraf ini adalah tali barut Reza, sudah pasti lelaki itu tahu sendiri maksud Lara!

"Oh..." Ashraf tersenyum nipis lalu dia menyambung, "Okay, sure. But I just want to be clear to you – I've got NOTHING to do with your ex-boyfriend, okay? Trust me!" Suara Ashraf kedengaran sangat meyakinkan. Sengaja dia menekankan sedikit tona suaranya pada perkataan 'nothing' tersebut untuk meraih keyakinan Lara.

Lara mengerlingkan mata. Hatinya terasa geram sekali dengan lakonan suci lelaki tersebut. Walaupun suara garau itu kedengaran ikhlas, tetapi Lara tidak pasti sama ada lelaki itu boleh dipercayai ataupun tidak.

Pada saat itu juga hati Lara berkata, mungkin dia patut layankan sahaja si Ashraf sehinggalah lelaki itu sendiri membuktikan tentang segala keraguan yang bersarang di hati Lara. Dan waktu itu, jika benarlah si Ashraf ini merupakan tali barut si biawak hidup itu, tahulah Lara untuk 'mengerjakan' mereka berdua nanti! Cuma buat sementara ini, Lara tahu yang dia perlu berhati-hati...

Jam sudah menunjukkan pukul 9:00 malam. Ini bermakna sudah hampir tiga puluh minit Lara dan Ashraf 'bergayut' di telefon. Seronok juga bersembang dengan lelaki ini, fikir Lara. Dia sudah berasa sedikit gelisah apabila teringatkan janjinya kepada Zieta dan Khyra untuk mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Sekali-sekala, Lara mencuri pandang ke skrin telefonnya untuk melihat jam...

"You're so funny-lah, Lara!" Suara garau itu kedengaran sedang tertawa di corong telefon. Lara tertanya-tanya bagaimanalah agaknya rupa pemilik suara tersebut?

Lara hairan sungguh kerana si Ashraf ini senang betul ketawa! Sejak dari tadi, Lara rasa dia hanya buat lawak bodoh sekali-sekala tetapi lelaki di telefon itu akan ketawa beriya, seperti orang yang sedang gembira sekali.

"Okay, okay... Sorry if I sound weird. Bagi I rephrase balik soalan I tu!" Lara tersenyum lebar dan sekali lagi, dia terdengar Ashraf tertawa kecil.

"Haa, rephrase-lah. Silakan." Ashraf tersenyum manis. Kalaulah Lara dapat melihat senyumannya itu, sudah tentu gadis itu cair.

"Erm... You kerja steward ke dekat SIA tu?"

"Steward...??" Dahi Ashraf berkerut. "Kenapa steward pulak? Nope, I'm not steward!" Jawab Ashraf sambil tertawa kecil.

"Oh, really? I betul-betul ingatkan you ni steward!" Kening Lara terangkat apabila mendengarkan jawapan dari Ashraf.

"Bukanlah! I bukan mamat 'jambu'. I rock star!" Ashraf tersenyum lebar dan serentak itu juga kedengaran suara Lara tertawa di hujung talian.

"What?! Rock star?! Kenapa rock star pulak? 'Jambu' dengan rock star takde kena-mengenalah!" Suara Lara kedengaran mencuit hati menyebabkan Ashraf ketawa lagi. Tiga puluh minit berbual dengan Lara, Ashraf rasa dia boleh 'click' dengan gadis tersebut dengan mudah walaupun pada awalnya tadi gadis itu umpama rimau kelaparan mangsa! Dan bagi Ashraf, belum pernah lagi dia 'bergayut' selama itu tanpa rasa bosan!

"Well, I ingatkan you steward sebab... I rasa cara you ni macam steward." Jawab Lara dalam senyumannya.

"Hurm... Sebab your ex-boyfriend tu steward ke?" Ashraf cuba serkap jarang!

"Hei, taklah! Dia tak kerja airlines pun."

"Oh, okay... Sorry." Ashraf tersengih lebar.

"So?"

"Apa yang 'so'?" Tanya Ashraf kehairanan.

"So, kalau bukan steward, you kerja apa dekat Singapore Airlines tu?"

"Oh...!" Ashraf tersentak sedikit sambil tertawa kecil lalu menyambung, "I kerja... Technical crew..." Jawapan itu membuatkan kening Lara berkerut. "Technical crew??" Soal Lara. Belum pernah lagi dia mendengar pekerjaan tersebut.

"Yups."

"I see..." Lara menganggukkan kepala perlahan-lahan tetapi hatinya mula tertanya-tanya... 'Apa benda technical crew tu...?'

"Hoi...!"

Lara tersentak. Kelihatan Zieta dan Khyra sudah tercegat tidak jauh daripada situ sambil kedua-duanya tersengih nakal. Lara terus ketawa apabila melihat gelagat rakan-rakannya itu dan menyebabkan Ashraf di talian terpaku sendirian, tidak tahu apa yang sedang berlaku di hujung sana.

"Huz! Dahlah tu! Bagilah Lara pada kita orang balik! Kita orang nak study together-gather-lah!" Ujar Zieta dalam gaya menyakat. Lara cepat-cepat menekup telefonnya dengan telapak tangan manakala si Khyra pula sudah ketawa beriya.

"Syhh...! Bukan Huz...!" Bisik Lara dengan muka yang cemas!

"Eh alamak, bukan Huz ke?! Malunya! Hahaha! Sorry, Ra! My bad!" Ujar Zieta dan serentak itu juga, kedua-dua gadis itu terkocoh-kocoh masuk ke dalam bilik sambil ketawa bersama.

Ashraf hanya membeku di hujung talian tanpa memahami apa yang sedang berlaku.

"Err... Sorry, Ashraf. Roommate I dua orang ni kacau." Kata Lara sebaik sahaja Zieta dan Khyra menghilang. Ashraf segera teringatkan dua gadis yang mendampingi Lara seperti yang dia lihat di KLIA minggu lepas.

"Oh, takpe. Korang memang rapat ye?" Soal Ashraf sambil tersenyum.

"Yups, kitorang kawan baik semenjak mula masuk UiTM lagi."

"Oh, I see... Kenapa diorang kacau you?"

"Kitorang sebenarnya dah janji nak study sama-sama malam ni. Agaknya diorang tengok I lama sangat bergayut... So diorang sajalah mengacau tu!" Lara tertawa sendiri mengenangkan keletah nakal rakan-rakannya.

"I see..."

"Okay-lah, Ashraf..."

"Ash. You panggil I 'Ash' je." Potong Ashraf.

"Ash?"

"Yups. My family called me Ash." Ashraf senyum.

"Oh. Okay Ash. Kita sembang lagi next time ye? Kesian pulak kawan-kawan I dah tunggu tu..." Kata Lara tetapi bagi Ashraf, kalau boleh dia ingin berbual dengan lebih lama lagi. Dia masih belum puas!

"Hmm. Okay-lah, kalau you dah cakap macam tu." Bibir Ashraf cuba menguntum senyum. Walaupun hatinya berat tetapi dia tetap berasa sangat gembira!

"Okay, night Ash..."

"Good night. Save my number okay?" Kata-kata Ashraf itu membuatkan Lara tertawa kecil.

"Okay, I'll save it. Bye, Ash!"

"Bye."

Ashraf membiarkan sahaja gadis itu memutuskan talian. Bibirnya menguntumkan senyum dan bayangan Lara ketika di KLIA minggu lalu muncul di kotak fikirannya...

"YEARGHHH! WOOHOO!!!" Ashraf menjerit sambil melompat kegembiraan dan melayangkan genggaman penumbuknya ke udara!

"Hoi!!"

Haris tiba-tiba muncul di pintu bilik yang berhadapan dengan ruang tamu kondo tersebut. Dia baru sahaja tiba di Kota Singa itu petang tadi daripada Kuala Lumpur. Wajah peranakan yang iras-iras Ashraf itu kelihatan mencuka sambil matanya merenung tajam ke arah abangnya. Ashraf terpinga-pinga memandang Haris bersama senyuman yang masih mekar di bibir.

"Kau ni tersampuk setan ke apa? Terkejutlah aku!" Kata-kata Haris itu membuatkan Ashraf ketawa.

"Yess!! Betul!! Aku dah tersampuk setan black metal yang terbesar sekali! Hahaha! Night, Yis!" Ashraf berkata dengan gembira sambil berlalu masuk ke dalam kamar tidurnya.

"Gila!" Getus Haris lantas menutup kembali pintu bilik tersebut. Dia perlu berehat dan tidur awal pada malam ini kerana penerbangannya ke Sydney daripada Changi Airport esok akan berlepas pada pukul enam pagi. Trip liburan yang wajib bagi Haris setiap tahun untuk menghabiskan cutinya...

"I hairan. Macam mana orang Singapore Airlines boleh dapat nombor telefon I ni?? Siapa pass nombor I pada you?? You ada berpakat dengan someone eh?? Korang jangan ingat I bodoh tau!" Nada Lara makin tegas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience