Bab 33

Romance Completed 159812

Pintu bilik hotel Shangri-La's Rasa Sentosa Resort & Spa yang terletak di Pulau Sentosa, Singapura itu terkuak luas.

Ashraf melangkah masuk lalu menutup pintu dan mencampakkan beg Quicksilver hitamnya ke katil. Dia bergegas ke bilik air.

"Ulppp!"

Ashraf menunduk di sinki.

"Ulpp..wekk! Ulpp! Uwekkk!"

Dia seperti hendak termuntah tetapi tiada apa yang keluar melainkan ada segumpal rasa sebesar penumbuknya di hulu hati bagaikan ingin terkeluar melalui tekaknya. Sepanjang perjalanan daripada Shah Alam tadi, dua kali dia berhenti kerana hendak termuntah!

"Urghh..." Dia membasuh mukanya lantas melihat relfeksi bayangnya di cermin. Nafasnya laju.

'Gastrik.' Bisik hatinya.

Akibat terlalu stres dengan apa yang berlaku hari ini Ashraf diserang gastrik. Ini kali pertama dia mendapat serangan gastrik tetapi Ashraf pernah lihat ibunya mengalami benda yang sama suatu ketika dahulu. Ketika itu dia masih di bangku sekolah. Seepisod kisah luka dalam hidup ibunya dan sejarah keluarga mereka...

Hulu hati Ashraf terasa pedih. Tetapi tidak sepedih kejadian hari ini. Fikiran Ashraf terus teringatkan Lara. Momen terakhir dia bersama Lara di foyer Kolej Melati lebih kurang tiga jam yang lalu bermain di ruang fikirannya... Mungkinkah itu kali terakhir dia berjumpa gadis itu? Ashraf tidak tahu. Kini harapannya telah musnah dan dia tidak tahu apa yang ada buatnya dan Lara di masa hadapan.

Sambil berjalan keluar daripada bilik air, imej Lara yang sedang berdiri di luar keretanya tadi masih jelas terbayang. Ketika itu, mata mereka bertembung sayu. Renungan mata gadis itu membuatkan hati lelaki Ashraf berasa hiba.

"Ash, text me when you reach home yea?"

"I don't know, Lara. I don't think we'll ever be the same again... Tapi takpelah, sampai nanti I'll text you, okay. Untuk you, kan? Boleh je." Dan Ashraf menyaksikan raut wajah pujaan hatinya itu berubah sebaik sahaja mendengar kata-katanya...

Ashraf terus melayangkan tubuhnya ke atas tilam yang empuk. Dia menarik nafas panjang sambil mata terpejam rapat. Gelapnya dunia ini dia rasakan sekarang seolah-olah tiada tona hitam yang dapat menandingi kegelapan ini. Hulu hatinya mencucuk-cucuk makin pedih.

Tangan Ashraf meraba poket seluar lantas mengeluarkan telefon bimbit.

'I dah sampai Singapore.'

'Message sent'.

Ringkas sahaja bunyi SMS Ashraf, tidak seperti selalu dan perasaannya yang menaip juga tidak seperti selalu. Sebelum ini dia menaip mesej-mesej buat Lara penuh dengan perasaan kasih-sayang tetapi hari ini dia menaip seolah-olah langit telah runtuh menghempapnya.

Tidak mahu terus melayan perasaan, Ashraf bingkas bangun dan membuka pintu gelangsar bilik untuk keluar ke bahagian balkoni. Angin laut Selat Singapura menderu-deru bertiup menerjah ke wajah Ashraf. Dia melontarkan pandangannya ke tengah laut. Ketika dia memecut laju keretanya meninggalkan bandaraya Shah Alam sebentar tadi, tiba-tiba sahaja Ashraf terfikir untuk 'lari' sebentar ke mana-mana tempat peranginan bagi menenangkan perasaannya. Lantas, dia teringatkan Pulau Sentosa ini dan Ashraf memutuskan untuk bermalam di sini buat beberapa hari sebelum penerbangannya nanti.

Mata Ashraf memandang ke arah deruan ombak kecil di pantai. Kalaulah ombak di sini bergulung ganas, bolehlah juga dia bermain papan luncur untuk melepaskan tension, fikir Ashraf.

'Hmm... Surfing. Dah lama jugak aku tak surf. Surfing board yang beli dekat Tawau hari tu pun belum rasmi lagi...' Bisik hatinya namun tiba-tiba...

'Tawau?!'

Hati Ashraf menjerit. Wajahnya berkerut sambil dia meraup muka dengan telapak tangan. Hatinya terhiris bila mengingatkan trip ke Tawau itulah permulaan kisah antara dia dan Lara dan kerana papan luncur yang satu itulah juga menjadi punca dia bertemu Lara di KLIA.

"Damn...!" Ashraf menggenggam penumbuk kuat-kuat sehinggakan urat di lengannya timbul. Tiba-tiba, telinga Ashraf menangkap bunyi notifikasi SMS dari dalam bilik. Ashraf yakin itu adalah balasan SMS si Lara.

Perasaannya terusik lagi. Jika dulu, setiap kali menerima SMS Lara hati Ashraf akan berbunga-bunga. Tetapi hari ini segalanya berubah dalam sekelip mata! Ashraf mengeluh panjang sebelum masuk ke dalam bilik untuk mengambil telefonnya dan kemudian duduk semula di balkoni. Jarinya membuka SMS tersebut...

'Huh? Singapore?? I thought you balik UK Heights tadi... Cepatnya you sampai... Janganlah bawak kereta laju-laju sangat." - Princess

Dan kini rasa pedih semakin berganda dengan pedih gastriknya.

Lama Ashraf merenung mesej itu. Terasa rindu untuk berbalas-balas SMS seperti biasa tetapi apalah ertinya semua ini jika dia bukan berada di tempat yang teristimewa di hati Lara? Ashraf tekan satu butang untuk keluar daripada perisian SMS itu. Tidak, mulai daripada hari ini, dia sudah tidak mahu berkomunikasi dengan Lara lagi!

Kepalanya direbahkan pada kerusi 'sun lounger' di balkoni itu buat seketika. Mata terpejam rapat tetapi berbagai-bagai benda bermain di fikiran Ashraf ketika ini.

Tiba-tiba, Ashraf membuka kembali applikasi SMS dan lantas menaip sesuatu...

'S'up Bobby! How's it goin?'

Jarinya terus menekan butang 'Send' dan selepas itu dia memejamkan mata semula. Bayangan wajah Lara entah bagaimana muncul dalam pejaman matanya. Ashraf rindu pada gadis itu padahal baru sahaja empat jam mereka berpisah. Jadi bagaimana dia harus menempuh hari-hari yang mendatang tanpa Lara?! Hati Ashraf terbarai memikirkan persoalan itu...

Lamunannya terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi lagi. Lantas dia menekan butang 'Read'.

'Yo piloto! My bradah! Been better bro! Kapan mau ke sini? It's been a long time brooo!' - Bobby B.

'Haha! Yeah, I know right. Sebab tu lah aku text kau ni. Plan to catch some waves, you up?' - Ash Piloto

'Anytime, bro! Bilangin aja, gue emang ada di sini...' - Bobby B.

'Erm... Tapi aku bukan nak main di Bali bro.' - Ash Piloto

'Cih! Kepongahan kamu! Kalau nggak di Bali terus ke mana? Gold Coast??' - Bobby B.

'Haha! Nope! Gua nak main dekat States la bro! Jom?!' - Ash Piloto

'Lo serius, Ash? Jangan bercanda deh, gue ngeplak pala lo biar beneran dikit!' - Bobby B.

'Aku serious, bro! Jom lah teman aku! It's been awhile since NorCal bro...! Haha!' - Ash Piloto
*NorCal: North California

'Bentar, bentar! Lo ngapaan sih tiba-tiba aja mau ke NorCal? Penasaran nih!' - Bobby B.

'Hehe! Aku tengah patah hatilah, bro...' - Ash Piloto

'Patah hati?!! Ya ampun... Ash! Gila! Siapa sih yang nggak mau temenan sama cowok ganteng kayak lo?!' - Bobby B.

'Panjang ceritalah, bro... Nantilah aku share dengan kau masa kita jumpa nanti. Okay, sekarang macam ni. I'm planning to go Cali but let me ask Steve first. He might wanna go Hawaii. The whole plan is still fluid but please expect 10 to 14 days including traveling time, sometime around next month. You okay with that?' - Ash Piloto

'I'm all up broooo...! Yeehawww!' - Bobby B.

Ashraf membaca mesej tersebut bersama senyuman di bibir. Itulah salah seorang rakan baik surfer-nya, Bobby B. yang berada Bali...

Ashraf tersentak dan matanya terbuka luas. Keadaan sekitarnya malap. Dia rupa-rupanya tertidur di atas kerusi 'sun lounger' tersebut! Oleh kerana lampu di dalam biliknya pun tidak dibuka, keadaan di situ bertambah gelap dan dia hanya bertemankan cahaya bulan. Ashraf menekan butang telefon bimbit untuk melihat jam.

11.37PM

Hampir lima jam dia tertidur di situ!

"Hhah...!" Keluh Ashraf.

Dia memejamkan mata sebentar tetapi apabila matanya celik semula, dia terlihat akan kilauan bintang-bintang di kaki langit lalu membuatkan hatinya hancur dan lumat.

Memori melihat bintang malam semalam bersama Lara terulang semula di kotak fikirannya.

"Ash, next time you cerita pasal bintang lagi boleh? Please?"

Suara lunak itu terdengar-dengar di telinga Ashraf. "Hmmph!" Ashraf tertawa sinis, kelakar mengenang nasib sendiri. Kini segalanya sudah hancur, bisik hati Ashraf. Dia lantas bangun dan berlalu masuk ke dalam bilik dengan hati yang berat.

Saat lampu bilik dibuka, perut Ashraf terasa sungguh lapar namun dia bernasib baik kerana rasa pedih gastriknya siang tadi telah hilang. Ashraf terus menelefon room service lalu memesan set Burger & Fries dan selepas itu, dia pergi mandi membersihkan diri...

Rancangan berita BBC sedang disiarkan di kaca televisyen di bilik Ashraf. Dia duduk menyandar di katil sambil memeriksa SMS sementara menunggu makanannya sampai. Terdapat lima SMS yang diterimanya ketika dia tertidur di balkoni tadi.

Satu daripada Bobby, satu lagi daripada mama, dan tiga daripada Lara. Hatinya berdetik.

'Ash, I'm sorry... I feel so bad about today. Seumur hidup I, hari ni lah hari yang paling menyesal buat I... ;( I sedih sangat... I tahu I dah buat silap besar pada you.. I minta maaf... Demi Allah kalau boleh I tak nak buat you terluka... I tak berniat pun nak lukakan hati you.' - Princess

"Hmmph!" Desis Ashraf sambil buat muka. Dia buka pula SMS yang kedua.

'Ash... :'( Kenapa you senyap je ni?' - Princess

"Apa you nak lagi?! You dah ada CEO tu kan?! Apa gunanya lagi I ni pada you?! Hah?! Scandal??! Part time lover?! Apa Lara?! Cuba you bagi tahu I, apa?!" Bentak Ashraf seorang diri seolah-olah sedang berkata dengan Lara. Hatinya sudah sakit diperlakukan Lara dan kini gadis itu merayu-rayu padanya pula! Untuk apa?!

Ashraf terus mencampakkan telefon bimbitnya ke tepi tanpa membaca SMS Lara yang ketiga...

* * * * *

"Isk... Isk... Iskk..."

Suasana bilik di Kolej Melati itu kelam. Hanya lampu meja belajar sahaja yang terbuka menerangi segenap ruang. Lara terbaring sambil menekup muka dengan bantal.

Bantal yang mengalas kepalanya basah dan bantal yang menekup mukanya juga basah.

Fikirannya sekarang hanya tertumpu pada Ashraf seorang. Selepas SMS terakhir Ashraf mengatakan yang dia telah tiba di Singapura, lelaki itu terus senyap. Tiga SMS yang dihantarnya siang tadi masih tidak berbalas. Lara tahu, Ashraf masih berperang dingin dengannya. Tetapi... Sampai bila? Adakah untuk selama-lamanya? Hati Lara sebal memikirkannya.

Lara harap esok-esok nanti dia akan mendengar semula khabar daripada Ashraf...

* * * * *

Ashraf menghabiskan cebisan terakhir makanannya. Pinggan yang berisi burger bersama kentang goreng tadi telah licin. Yang tinggal hanyalah sepotong bawang yang tidak dimakan Ashraf serta lebihan garam-garam halus daripada kentang goreng tadi. Ashraf terus mengunyah sambil tangannya membuka botol air mineral.

Entah bagaimana ketika dia sedang meneguk air, perutnya terasa seolah-olah menendang keluar makanan yang baru sahaja masuk. Sakit gastrik yang dirasakan di hulu hati siang tadi kembali menyerang dengan cara yang lain pula. Ashraf cepat-cepat berlari ke bilik air lalu melutut di depan mangkuk tandas dan terus memuntahkan segala isi perutnya sehinggakan perutnya kembali kosong!

"Argh!" Tekak Ashraf terasa perit. Dia menarik tuil pam tandas dan badannya saat ini terasa lemah sekali. Ashraf terus terbaring di atas lantai bilik air dengan perasaan yang sungguh sengsara...

Gelapnya dunia ini dia rasakan sekarang seolah-olah tiada tona hitam yang dapat menandingi kegelapan ini...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience