Bab 61

Romance Completed 159812

Ashraf meletakkan dulang yang berisi dua gelas kopi panas dan dua bungkus stroopwafel di atas meja di hadapan Lara. Mereka minum pagi di sebuah kafe canal house yang agak kecil tetapi comel reka hias dalamannya. Cuaca pagi itu agak dingin. 

Lara meneliti wajah Ashraf yang kelihatan segar. Rambut lelaki itu tersisir rapi tetapi masih basah. Terbayang aksi Ashraf semalam ketika mereka 'hanyut' bersama. Perasaannya bergetar apabila teringatkan bibir Ashraf yang memaut lembut pada bibirnya dan desah nafas lelaki itu... Satu situasi yang tidak pernah Lara alami sebelum ini. Fikirannya terus menerawang sehinggakan detak jantungnya deras.  'Aduh! Jangan nak menggatal, Lara!!' Jeritnya dalam hati. Jangan cari pasal!

"You tahu tak salah satu cara makan stroopwafel ni?" 

Suara Ashraf mematikan lamunan liarnya. Lelaki itu tersenyum sambil tangannya membuka plastik salah satu stroopwafel tersebut. 

"Kalau yang bukan freshly baked ni, you bukak stroopwafel ni dulu, lepas tu... Put it on top and cover your hot drink with it, just like this..." Ashraf memandang Lara dan mereka berbalas senyuman. 

"So nanti dia panas dan karamel tu cair?" Tanya Lara. 

"Yups. Kita biarkan beberapa minit dulu..." Kali ini, plastik stroopwafel Lara pula dibuka dan Ashraf melakukan perkara yang sama pada gelas kopi Lara. 

Keadaan menjadi sepi seketika tatkala menunggu stroopwafel itu memanas. Ashraf dan Lara melontarkan pandangan ke arah lorong kecil di luar sana yang kelihatan mendung dan muram. Masih tidak ramai orang lagi yang lalu lalang di situ.

Setelah itu, pandangan mata mereka bertembung. 

"Princess..." Ashraf mencapai tangan Lara. "I minta maaf sebab I buat 'macam tu' pada you semalam." Tangan Lara digenggam kemas.

Lara terkedu, tidak tahu bagaimana hendak mereaksi. 

"I rasa bersalah. Sepatutnya... I yang kena jaga you dan keselamatan you. Shouldn't let that thing happened in the first place and I feel really bad about it. Should have protected you from myself." 

Lara ketap bibir. Tidakkah lelaki ini memahami bahasa tubuhnya semalam? Tidak perlu pun untuk meminta maaf sebenarnya. Ashraf ini dah macam naif pula, fikir Lara.

"Sebab tu I cepat-cepat keluar semalam." Sambung Ashraf. 

Mata mereka bertembung.

'Oh...! Yeah... Naive.' Bisik hati Lara. Muka handsome, gaya cukup macho. Tapi naive rupanya. Comel. Jadi, dialah si 'budak nakal' sekarang? Lara tertawa dalam diam.

'You patut minta maaf sebab berhenti half way semalam!'

Eh, bukan!

"You pergi mana balik lambat semalam?" Lara melontarkan suara. Sampai tertidur dia menunggu Ashraf pulang.

Soalan itu menerbitkan satu senyuman yang agak lebar di bibir Ashraf. Rasa macam kena soal selidik dengan bini pula.

"I dekat lounge lah. I SMS you ajak keluar dinner, you tak nak. Kebetulan pulak tak lama lepas tu budak-budak crew turun sana. So I join-lah diorang lepak sekali." 

Lara menjeling seraya melontarkan pandangan ke luar kafe.

"I masih tak boleh terima bila fikir ada perempuan yang boleh sesuka hati nak peluk you! I tahu, I tak boleh jealous kan-"

"I tak cakap you tak boleh jealous." Senyum.

"Yeah, I tak boleh jealous sebab I ni bukan girlfriend you, kan?? I sedar. Tapi sekurang-kurangnya you sendiri nak I jadi girlfriend you. Dia siapa?? Nak peluk you tanpa consent-"

"Consent?!" Ashraf sudah ketawa terbahak-bahak.

"Yeah, laugh it all you want Ashraf, but it's true! I know, it's not like literally asking for consent or permission but try to think about it! Tak bolehlah suka-suka hati nak peluk orang! Our body is our personal space, okay? It belongs to us! No one can breach it unless it is mutual! Sebab tu perbuatan mencabul tu salah! And this girl... Dia fikir dia siapa??"

"Hun, I do agree with you. Tapi you ni sekejap macam astronomer, sekejap dah macam lawyer." Sengih.

"Yeah, lawyer! Then how do you think I stood up for myself in that kandang mahkamah when my dad went against me last time?! I'm a cold ass shit like this, you know! And I don't care!"

"Aww, baby..." Tangan Lara dicapai semula.

Mereka terdiam. Wajah Lara dilihat merah dan mencuka.

"Okay okay, we better stop. Nanti you lagi sedih. Lagipun tak baik marah-marah depan makanan..." Ashraf tersenyum dan mengerlus lembut tangan Lara untuk meredakan api kemarahan yang dilihat semakin membara. Namun begitu Ashraf bahagia kerana segalanya telah jelas bahawa gadis ini mencintai dirinya.

"Eh, princess! Stroopwafel kita ni dah lama! Entah-entah dah lembik...!" Ashraf cepat-cepat mengangkat stroopwafel itu daripada gelas kertas tersebut dan ia terus terpatah dua.

"Ourgh, man!" Getus Ashraf dan mereka ketawa.

"I'm gonna get another one after this. I tak suka dia lembik macam ni!" Ashraf menyambung, lantas mereka terus makan bersama-sama... 

Gerabak tren yang kelihatan seperti KTM komuter itu sekali-sekala bergegar sedikit apabila melalui sesetengah kawasan. Lara menghalakan pandangannya ke luar tingkap. Kelihatan pemandangan padang rumput yang luas saling bertukar ganti dengan kawasan perumahan dan bangunan-bangunan di sepanjang jalan.

Kalau di Malaysia, asalkan ada kawasan tanah lapang sedikit je habis dinaikkan bangunan, bisik Lara sendirian. Dia terus leka menikmati pemandangan tersebut.

Pagi tadi, awal-awal lagi Ashraf sudah mengajaknya ke Zaanse Schans untuk melihat kincir angin di pinggir kota. Persinggahan penerbangan Ashraf kali ini lebih pendek jangkamasanya daripada penerbangan ke Los Angeles dahulu. Mereka semua harus berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol pada tengahari esok.

Tiba-tiba Lara terasa tangan Ashraf menggapai tangannya.

"Princess, you marah lagi pasal perempuan tu peluk I?" 

Lara tarik muka dan memandang ke wajah Ashraf. 

"Itu satu hal. Satu lagi I terfikir. Kenapa you biarkan dia peluk you? You suka ke? Mula-mula tu dia peluk you, lepas tu dia peluk lengan you pulak, kan?"

Ashraf tertawa.

"Uish... Detail betul reporter tu cerita pada you. Tapi kenapa dia tak cerita sampai habis? Sebab dia sengaja nak 'bakar' you? Dan dia jugak sebenarnya tak tahu apa yang terjadi. Dia tak dengar perbualan I dengan perempuan tu. Lagi satu, dia tahu tak apa yang jadi dekat luar airport?"

Pandangan mata mereka bertaut.

"Kenapa? Apa yang jadi?" Pertanyaan Lara itu membuatkan Ashraf tertawa.

"First, masa minah tu pegang lengan I, I suruh dia lepaskan. Reporter you tak bagi tahu ke yang tu? Okay-lah, maybe it's not obvious from afar. Tapi masa dekat luar airport, perempuan tu bergaduh dengan pak guard. I cuba leraikan dan I marah perempuan tu. Lepas tu, sepanjang perjalanan kitorang ke parking management office pun I marah dan berleter lagi pada dia. Yang tu reporter you tak bagi tahu, kan?" Soal Ashraf.

Lara terdiam. Keningnya mencerun dan dia menoleh ke luar tingkap semula. Hatinya sedikit sebanyak termakan kata-kata dan penjelasan si Ashraf. 

"Lara." Ashraf menarik lembut lengan Lara lantas memeluknya.

"Pertama sekali, I betul-betul cintakan you. I've been fighting for you, Lara and that's the most obvious part, right? Kedua, I takde perasaan pun dekat minah tu. Ketiga, I tak nak perempuan yang perangai macam tu. She literally shouted at that pak guard, that is so rude! I tak nak ada bini macam tu! Jadi sebenarnya, you tak perlu bimbang apa-apa pun pasal I dengan dia."

Lara terdiam seolah-olah berfikir sesuatu. Namun Ashraf membiarkan saja Lara larut dalam lamunannya. Dia yakin, gadis itu sedang memproses apa yang telah dikatakannya...

Saat Lara dan Ashraf melangkah keluar daripada kincir angin yang memproses mustard itu, angin sedang bertiup nyaman dan cuaca sungguh indah sekali.

Itu adalah kincir angin yang kedua mereka lawati dan kincir angin pertama tadi adalah tempat menghasilkan serbuk pewarna. Terdapat lapan buah kincir angin berusia ratusan tahun di sepanjang sungai Zaan tersebut dan kelihatan kawasan sekitarnya dilingkari oleh tali air yang berpetak-petak. Para pelancong dilihat semakin ramai membanjiri kawasan tersebut.

"Cantik cuaca hari ni."

Lara mengangguk sambil menyelak rambutnya yang ditiup angin. Dia lihat kaki langit membiru dan air sungai di hadapan mereka pula membiaskan warna biru tersebut. Kincir-kincir angin yang melatari pemandangan di situ menjadikan suasana nampak sungguh tenang.

"Sayang, jom kita duduk sekejap dekat bangku menghadap sungai sana nak? Penatlah berjalan."

Ashraf terus bersetuju. 

Ketika mereka melabuhkan punggung, mata Lara menangkap sederet kawasan perumahan yang sungguh cantik di tebing sungai. 

"Oh my God, sayang... Tengok rumah-rumah tu. Cantiknya, sayang!" Lara menghalakan jari telunjuknya dan Ashraf mengangguk.

Agak lama Lara terpegun dan meneliti rumah-rumah yang berdinding kelabu terang dan berbumbung tinggi. Seumur hidupnya, dia tidak pernah melihat rumah dan kawasan halaman yang lebih cantik daripada ini, seolah-olah umpama syurga dunia. Bukan saja binaan dan halamannya cantik tetapi kawasan sekitarnya juga tersangat indah. Kawasan 'backyard' rumah-rumah itu menghadap sungai Zaan dan kincir-kincir angin. Alangkah tenangnya hidup kalau dapat tinggal di situ!

"Sayang."

Ashraf memandang Lara.

"Kalau salah seorang daripada pemilik rumah tu suka dekat I, I rela tinggalkan you semata-mata nak hidup dekat situ." Lara sengaja menyakat dan Ashraf serta-merta tertawa besar.

"Serius?!" Tanya Ashraf dalam tawanya.

"Serius!"

Lantas mereka tertawa bersama.

"Okay... Takpe. Nanti you tengoklah, siapa jadi jiran you nanti." Tambah Ashraf. 

"You??"

"Erm... I... Skyler dengan my wife. Oh, mungkin masa tu dah ada sorang lagi baby kot. Stellar. Abang dia Sky, adik dia pulak nama bintang sebab masa second honeymoon tu, I dengan my wife-"

PAP!!

"Aduh!"

"Tak nak dengaaaaaarrrrr..." Sebaik memukul bahu Ashraf, Lara terus menekup telinganya dan berkata sedemikian bagi menenggelamkan suara Ashraf. Jealous! Sekali lagi tawa mereka berderai.

Lara terus memeluk Ashraf dan dia terasa Ashraf mencium kepalanya sambil membalas pelukan.

Lara pejam mata... Inilah lelaki yang paling sabar. Sabar kerana selepas mengetahui kewujudan Huzaimi, lelaki ini masih lagi ingin memenangi hatinya. Sabar kerana lelaki ini tidak pernah tarik muka ketika Lara harus membalas SMS Huzaimi sewaktu mereka keluar bersama. Sabar kerana setelah Lara sendiri berada di tempat Ashraf, apabila mengetahui kewujudan gadis lain dalam hidup Ashraf, barulah Lara tahu betapa lelaki ini sudah banyak bersabar. Pelukan dieratkan.

Tetapi... Lara rasa yang paling ego juga. "I know you love me." Air wajah Ashraf dan nada suaranya semalam sungguh ego, lebih tinggi daripada lonjakan nafsu mereka ketika itu. Walaupun kata Ashraf yang dia meninggalkan Lara kerana ingin mengelak sesuatu daripada terjadi, tetapi ekspresi wajah dan suara lelaki itu semalam sarat dengan ego. Tetapi... Entahlah. Inilah lelaki yang telah menjadi pujaan hatinya.

"You never know how much I love you, hun."

Suara Ashraf itu mematikan lamunannya. Lara buka mata dan melepaskan pelukan.

"Ash..."

Mata mereka bertaut. 

Lara telan liur dan cuba menyusun baris kata yang ingin diucap.

"I tak tahu macam mana nak explain pada you... Tentang situasi yang I tengah hadapi sekarang."

Kening Ashraf berkerut. "Situasi apa?"

Lara menghembuskan nafas panjang.

"Situasi tentang... Keadaan relationship I secara keseluruhan."

Sekali lagi mata mereka bertembung.

"Maksud you, relationship you dengan boyfriend CEO you tu?" Terasa kelat untuk Ashraf tuturkan ayat tersebut tetapi dia lihat Lara mengangguk dan itu membuatkan dia semakin tertanya-tanya.

"Erm... I tak selesa nak kongsi hal ni dengan you sebab benda-benda macam ni I cuma kongsi dengan Zieta dan Khyra je..." Lara telan liur dan menyambung lagi, "Tapi... I nak you tahu yang... Kalau I nak putus dengan dia, bukan mudah macam putuskan benang. Sebelum I betul-betul jadi milik you, ada benda yang I kena settle-kan dulu..."

Ashraf senyum sambil kepalanya tertunduk. Dia mengangguk perlahan.

"Maknanya you memang cintakan I lah kan?"

"Ashraf, kenapa you tak habis-habis tanya pasal tu-"

"Sebab I hairan, kenapa you tak nak mengaku atau berterus-terang tentang perasaan you pada I??"

"Ashraf, kalau I nak ucapkan 'I love you' pada you, I tak nak ada apa-apa halangan antara kita! Kalau I ucapkan sekarang pun, what's the point? I masih dengan dia."

"No, baby. Point tu dah tak penting sekarang. I cuma nak tahu je, apa perasaan sebenar you terhadap I. Terus-terang dengan I."

Mereka pandang-memandang. 

"You dah tahu sekarang, kan?"

"Say it, Lara!"

Lara tertawa sementelah Ashraf merenungnya.

"Kalau I sebut, you jangan kiss eh."

"Kenapa kena kiss?!" Serentak itu tawa mereka berderai.

"Sebab dalam movie lepas cakap 'I love you', diorang mesti kiss!"

"La, sebab tu ke you tak nak cakap selama ni??"

"Takkk!" Potong Lara lantas mereka ketawa lagi.

"Eee... You ni banyak tengok movie-lah, hun!" Ejek Ashraf dalam tawanya yang semakin berdekah.

"Syhhh..." Lara meletakkan jari telunjuknya di bibir Ashraf. "I love you."

"I love you too!" Ketawa gembira.

"No matter what." Sambung Lara.

"Ah, yang tu buat I rasa nak kiss you. That is so sweet, honey!"

"No! I'm not honey, I'm caramel! Like those in the stroopwafel." Dan ketawa lagi.

"That's even better...! I know you have a thing for caramel, baby..." Ashraf buat senyum nakal dan terus,

"OUCH!!"

Jari Lara sudah mencubit lengan Ashraf!

"Lara!" Suara garau Ashraf meninggi membuatkan Lara melarikan diri.

Ashraf terus mengejar tetapi tidak lama. Dia dapat menangkap jaket yang dipakai Lara dan mereka berdua jatuh terbaring di atas padang rumput yang luas menghijau.

Sedang mereka tercungap dan ketawa, entah bagaimana tiba-tiba datang seorang kanak-kanak lelaki mat saleh yang sangat comel dalam lingkungan dua tahun ikut berbaring sama sambil ketawa! Selamba sahaja!

"Hah?!!"

Ashraf dan Lara bingkas bangun dan ternganga! Dari mana datangnya ni?!! Kelihatan kanak-kanak itu tertawa apabila melihatkan reaksi mereka. Sungguh comel dan peramah!

"Skyler!"

"WHAT?!" Makin besar nganga mulut si Ashraf dan Lara. Mata mereka melihat seorang wanita minah saleh barlari anak mendapatkan kanak-kanak tersebut.

"I am so sorry! He seems to be very excited to see people running around, he thinks he gets to play catch together!"

"Aww... It's okay! He's so cute, I just can't! Look at how cheerful he is!" Jawab Lara sambil berbalas senyuman dengan wanita tersebut.

"He's name is Skyler?" Tanya Lara.

"Yes." Balas wanita itu dan terus berkata sesuatu dalam bahasa asing. Lagaknya seperti sedang memujuk anaknya bangun.

"Apa dia cakap sayang?"

"Tak tahu. Dia bukan cakap Dutch."

"Oh." Balas Lara dan kemudian menyambung, "Oh my God, nama dia Skyler, sayang!" Wajah Lara berseri-seri manakala Ashraf hanya tersenyum dan mengangguk sedikit. Kelihatan wanita itu seperti penasaran memandang mereka berdua.

"Well, umm... Actually... We both really love that name! Skyler. Like, really!" Kata Lara.

"Oh, that's a common name for us Danish."

"Ah I see... Danish! So you're from Denmark?"

"Yes, we are." Balas wanita tersebut kepada Lara dan saat itu juga Skyler sudah bangun dan memegang tangan ibunya.

"Have a good day!" Ucap wanita tersebut sambil berlalu.

"Yeah, you too! Bye Skyler!" Ujar Lara sambil dia dan Ashraf melambai ke arah kanak-kanak comel itu. Kelihatan Skyler membalas sambil terkedek-kedek berlalu membuatkan Ashraf dan Lara tertawa. 

"Oh my God, sayang! Macam mana Skyler boleh datang dekat kita?!"

"Of course-lah! See, it's a sign!" Balas Ashraf sambil mengenyitkan mata. Namun Lara hanya tersenyum dan menjeling.

"Sebenarnya I tak suka nama Skyler sebab mat saleh sangatlah! I nak nama Melayu je macam nama you!"

"Takpelah, I nak continue tradisi nama Z dekat belakang. So nanti nama Z tu you letaklah nama Melayu, okay? Macam Martin. Nama dia Martin Zahriy. So, kalau Skyler... Kita letaklah... Skyler... Zafril ke..."

Lara ketawa!

"Sayang, kalau muka dia ada ala-ala mat saleh macam you takpelah nama Skyler. Tapi kalau nama Skyler, muka Melayu... Macam try hard je-"

"Hahahaha!" Mereka ketawa serentak!

"Don't worry-lah, hun... Dia mesti comel! Dia ada genes Melayu, Dutch, Aceh dan Punjabi daripada I dan Melayu-Pakistan daripada you. Entah-entah dapat inherit rambut merah macam nenek you atau mata hijau! Sure comel punya! Emak dia pun dah cantik giler!"

"Eee... Confident je you ni!" Sekali lagi, tawa mereka kedengaran bersama angin yang menderu...

Syhh... I love you no matter what ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience