Bab 21

Romance Completed 159812

"Uncle..."

Ashraf tersentak. Terasa bahunya digoncang lembut. Perlahan-lahan, dia membuka mata. Kelihatan Martin sudah berdiri di tepi katil sambil memandangnya.

"Ha? Kenapa?" Suara Ashraf mamai.

"Nani's calling you for breakfast."

"Haa?"

"Nani ajak breakfast..." Ulang Martin.

"Oh..." Ashraf merebahkan kepalanya semula. Barulah dia teringat yang dia dan Azril balik ke rumah Taman Serene malam tadi.

"Jomlah uncle..."

"Okay, okay... Cakap dekat nani, let me shower first yea. Then I'll go down for breakfast."

"Okay!" Sebaik sahaja mendengarkan kata-kata pakciknya itu, Martin terus berlari keluar daripada bilik tersebut.

Ashraf menekup mukanya dengan telapak tangan sambil mengingat sesuatu... Ya, hari ini dia akan ke Kuala Lumpur dan esok pula bakal menjadi hari yang bersejarah dalam hidupnya! Bayangan Lara muncul dalam kotak fikirannya yang masih mamai. Ashraf tersenyum lebar...

Ketika Ashraf tiba di ruang makan pada pagi itu, kelihatan ibu dan ayahnya baru sahaja selesai bersarapan manakala Martin pula sedang menghabiskan saki-baki bijirin sarapannya.

"Morning pa!" Suara Ashraf ceria menegur ayahnya yang sedang membaca suratkhabar.

"Good morning Mr Pilot!" Sambut Kapten Zamani tanpa memandang ke wajah Ashraf.

'Mr Pilot' adalah panggilan yang biasa digunakan oleh Kapten Zamani buat kedua-dua anaknya, Ashraf dan Azril. Lelaki itu terus menyelak helaian suratkhabar 'The News Straits Times' di tangan.

Ashraf duduk berhadapan dengan Zelda yang sedang mencedok nasi lemak buatnya ke dalam pinggan. Selain daripada ucapan selamat pagi tadi, tiada bait kata yang keluar antara Ashraf dan ayahnya. Zelda tidak hairan. Dia sudah biasa dengan keadaan itu.

Semua orang dalam keluarga mereka tahu yang Ashraf kurang hendak bercakap dengan ayahnya. Bukan baru setahun dua malah sejak Ashraf remaja lagi. Zelda tahu kenapa. Kapten Zamani juga tahu sebabnya. Dan mungkin Sofie, Azril dan Haris juga tahu kisah di sebalik hubungan dingin yang sekian lama mencengkam antara Ashraf dan Kapten Zamani.

Selain daripada hal-hal kerja dan hal apa yang perlu, kedua-dua beranak itu jarang sekali bersembang mesra. Kapten Zamani pula tidak pernah menyucuh peluang. Mungkin ego seorang ayah. Dah si anak tak nak bercakap dengan ayah, apa halnya pula si ayah hendak membuka mulut! Namun jika salah seorang daripada mereka memulakan topik tentang kapal terbang, aviasi atau berkenaan kerja, mereka boleh bersembang berjam-jam lamanya. Malah kalau bersembang pada waktu malam boleh santak hingga ke subuh! Pada pengamatan Zelda sebagai isteri dan ibu, dia rasa kedua-dua beranak itu sebenarnya boleh kamceng. Cuma ego lelaki mereka sahaja yang meleraikan mereka berdua.

Saat aroma nasi lemak mencucuh deria bau Ashraf, perutnya sudah berbunyi dan sambal nasi lemak di hadapannya kelihatan sungguh menggiurkan. Tetapi ketika Ashraf hendak memulakan suapan pertama, dia terperasan yang Azril tiada bersama mereka di situ. Dahi Ashraf berkerut.

"Aril tak bangun lagi ke ma?"

"Aril? Taklah, dia pagi-pagi tadi dah balik ke Singapore."

"Huh? Balik Singapore??" Wajah Ashraf kehairanan seperti memikirkan sesuatu.

Tiba-tiba sahaja, dengan sepantas kilat Ashraf meloncat bangun daripada kerusi lantas berlari ke ruang hadapan rumah. Bergegar meja makan kayu jati itu ditolak Ashraf dan bunyi geseren kaki kerusi di lantai membingit telinga.

"Hei! Apa kena you ni Ashraf Zildan?!!"

Suara nyaring Zelda sayup-sayup kedengaran dari belakang tetapi Ashraf tidak pedulikan. Dia terus tergesa-gesa menuju ke perkarangan halaman rumah seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.

Apabila tiba saja di luar, mata Ashraf mencari bayang kereta sport Mazda RX8-nya yang berwarna merah, tetapi kereta itu sudah tidak kelihatan. Yang ada hanyalah kereta ayahnya, kereta ibunya, dan... Kereta Azril! Dia sudah mengagak!

'Damn!' Ujar Ashraf.

Dia memandang kereta Azril dari jauh dan mengeluh panjang. Terpaksalah dia menaiki kereta abangnya untuk ke KL hari ini, fikir Ashraf sambil bercekak pinggang. Ashraf segera menghampiri kereta pacuan empat roda Audi Q7 itu apabila dia terlihat sehelai kertas bersaiz A4 terselit di wiper kereta. Lantas, tangannya menarik keluar kertas tersebut...

'Let me ride your girlfriend. Ho ho!'

Mata Ashraf membaca mesej nakal yang bertulis tangan.

'Cilaka punya Azril...' Bisiknya sambil mengonyokkan kertas tersebut. 'Aku nak test long distance drive kereta tu! Urgh!' Dia berasa sungguh bengang!

Sekembali sahaja Ashraf di meja makan, Kapten Zamani dan Martin sudah tiada lagi di situ. Hanya ibunya sahaja yang masih setia menunggu untuk menemani Ashraf makan.

"Pukul berapa you nak bertolak pergi KL?" Tanya Zelda.

"Erm... Dalam tengahari sikit." Ashraf menjawab sambil menyuap nasi.

"Hari ni hari Jumaatlah. You geraklah lepas sembahyang Jumaat."

"Oh... Okay." Dalam hati Ashraf, dia berasa janggal. Sebelum ini tiada siapapun di dalam rumah itu yang mengingatkan dia tentang solat. "Papa pergi ke?"

"Pergilah...!"

"Oh, okay." Sejujurnya, dengan keadaan waktu kerja mereka yang tidak menentu, Ashraf dan ayahnya tidak pernah menghadiri solat Jumaat bersama-sama. Malah, Ashraf pun tidak ingat bila kali terakhir dia solat Jumaat. Yang fardhu pun banyak sangat tercicir!

Ashraf terus menyuap nasi lemak di pinggannya dengan rakus. Bunyi timun Jepun yang dia gigit kedengaran rangup sekali bila dikunyah.

"You ada apa nak ke KL ni?" Kening Zelda mencerun sambil mengamati wajah anak bujangnya. Dia berasa hairan kerana anaknya itu memang jarang sekali ke Kuala Lumpur.

Pertanyaan ibunya itu dibalas dengan senyuman yang meleret oleh Ashraf. Setiap kali mengingatkan tujuannya ke Kuala Lumpur, Ashraf tidak dapat membendung senyuman di bibir. Hatinya sejak daripada semalam sudah berbunga-bunga.

"Ada hal sikit nak jumpa kawan esok." Ashraf menghabiskan suapan nasi lemak yang terakhir.

"Oh... So maknanya you tidur dekat rumah Ukay Heights-lah malam ni?"

"Yups."

"Sebelum bertolak nanti jangan lupa ambil kunci rumah sana. Mama simpan dalam drawer antique dekat depan. Takut Haris balik kerja lambat, nanti you tak dapat masuk rumah pulak."

"Oh, okay. Brilliant. Thanks ma." Satu senyuman lebar terbit dari wajah Ashraf. Dia lihat ibunya itu bangun daripada tempat duduk sambil membawa pinggan-pinggan kotor ke dapur.

Ashraf meneguk air teh O panas daripada cawan berjenama Noritake kesayangan ibunya. Kata ibunya dulu, set pinggan mangkuk hadiah ulang tahun perkahwinan daripada ayahnya itu mencecah belasan ribu ringgit! Satu perkara yang sukar Ashraf mengerti. Mata Ashraf memerhatikan jaluran-jaluran emas di sekeliling cawan tetapi fikirannya melayang jauh menembusi cawan seramik mahal di tangan...

Esok... Sekitar waktu ini pada esok hari, dia sudah berada di Kuala Lumpur, fikir Ashraf. Bagaimanalah agaknya pertemuan itu nanti? Ashraf cuba membayangkan situasi tersebut bersama senyuman di bibir.

Adakah mereka berdua akan serasi bersama sebagaimana mereka serasi berbual di telefon? Hati Ashraf penasaran. Pernah juga Ashraf mendengar pengalaman Danny tentang 'awek tiga bulan' di universiti Danny dahulu. Kata rakannya itu, jika di telefon bukan main rancak sekali mereka bersembang. Tetapi setiap kali keluar bersama, masing-masing berasa kaku dan hambar. Akhirnya selepas tiga bulan, mereka berdua memutuskan untuk kekal sebagai kawan sahaja. Ashraf risau kalau-kalau keadaan itu terjadi kepada dia dan Lara.

Tetapi Ashraf rasa gadis bernama Lara itu tak mungkin kaku. Dan tak mungkin hambar. Dia 'social butterfly', pandai menyesuaikan diri dalam apa saja keadaan dan perbualan. Bukan seperti dirinya si 'introvert freak' bak kata rakan-rakan sekolahnya dahulu. Ashraf rasa pertemuan esok akan berjalan lancar. Cuma... Dia hanya risau dengan penerimaan Lara tentang bagaimana dia 'mengorek' data peribadi tanpa keizinan semata-mata untuk mendapatkan nombor telefon gadis tersebut!

Mengenangkan hal itu, hati Ashraf dicengkam resah. Pada Ashraf, kalau dia berada di tempat Lara dia tidak kisah dengan perbuatan 'si Ashraf' ini. Tetapi kita tidak tahu hati orang, bukan? Apatah lagi dengan gadis garang macam si 'beautiful specimen' itu, fikir Ashraf. Nampak saja peramah di luar tetapi pertama kali bersembang di telefon Ashraf dah kena hambat! Aduh... Hati Ashraf resah memikirkan impresi Lara terhadap dirinya nanti!

*           *          *           *          *

Menjelang malam, Lara menghantar satu SMS kepada Huzaimi.

'Sayang, esok you meeting for the whole morning kan? Do you mind if I want to pinjam Pak Samad untuk ambik I dekat Kolej Melati dan hantarkan I ke KTM Subang Jaya? I nak pergi KLCC esok, so I ingat nak naik train dari KTM Subang Jaya. Nanti dekat sikit Pak Samad nak balik ke office... Boleh tak, sayang?'

Jarinya menekan butang 'Send'.

Dia meletakkan telefon bimbitnya di atas katil lalu menatap kembali padanan baju yang dia beli di Subang Parade semalam bersama seluar jeansnya untuk dipakai esok. Hari dia berjumpa Ashraf!

Pilihan pertama, blouse hitam simple dipadankan dengan seluar jeans biru pekat. Atau pilihan yang kedua, tank top lace berwarna merah jambu Barbie dipadankan dengan cardigan kelabu beserta seluar jeans biru terang dan lusuh. Gaya yang agak santai untuk pertemuan pertama.

Hurm... Lara berkira-kira sendiri sehinggalah dia terdengar bunyi SMS masuk ke telefonnya.

'Untuk you of course boleh my dear. You nak Pak Samad ambik pukul berapa? Let me know so that I can tell him.' - Abg Huzaimi

'If he can pick me up at 10.00am that would be great :) Thanks, sayang! Sorry yea kalau susahkan...' Balas SMS Lara.

Sebaik sahaja SMS itu dihantar, telefon bimbit Lara berdering dan kelihatan nama Ashraf muncul di skrin telefonnya. Lara cepat-cepat bergegas ke tepi tingkap bilik dan menjawab panggilan tersebut.

"Hello Ash..."

"Hi princess."

"You ni suka sangat panggil I princess!" Lara tersenyum kelat.

"Eh? Kenapa? You tak suka ke?" Sebuah senyuman lebar terbit di wajah Ashraf.

"Taklah, bukan tak suka... I saja je cakap..."

Ashraf tertawa sendiri. Gadis itu tidak tahu yang dia belum pernah melayan gadis-gadis lain seistimewa ini, fikir Ashraf.

"You dah sampai KL ke?"

"Dah... I sesat tadi masa cari rumah. Dahlah adik I belum balik kerja lagi, mencarilah I rumah ni sorang-sorang. Nampak sangat dah lama tak datang ke Ukay Heights ni."

"Laa... Ukay Heights?!" Mulut Lara terlopong. "Tak jauhlah dengan kampung my dad, Zooview Hulu Klang! Ukay Heights tu rumah siapa?" Lara bertanya sambil matanya dihalakan kembali ke arah dua-dua pasang pakaian yang sedang dipilihnya... 'Outfit kiri... Atau kanan??'

"Rumah my dad. Tapi adik I tinggal sini lepas dia balik dari UK last year..."

"Oh, I see..."

"Lara... I rasa macam tak percaya je nak jumpa you esok." Ashraf sengih lebar.

"Hmm... Itulah! I pun macam tak percaya je I ajak you keluar!" Mereka tertawa bersama. Dalam hati kedua-duanya ada sedikit debaran terasa.

"Macam mana I nak kenal you nanti?"

Pertanyaan Lara itu membuatkan Ashraf tersedar sesuatu. Hanya dia sahaja yang mengenali rupa fizikal gadis tersebut sementelah Lara pula langsung tiada clue tentang dirinya! Senyum Ashraf makin melebar.

"Erm... Esok, I akan pakai baju kemeja hitam dengan seluar jeans." Jawab Ashraf.

"Oh, okay... I pulak dari tadi asyik tenung baju dua pasang dekat depan I ni! Tak tau nak pakai yang mana satulah! Apa kata you tolong decide untuk I? Senang you nak cam I esok dekat Dome." Senyuman ceria terpamer di wajah Lara. Tiba-tiba saja dia rasa teruja pula hendak 'blind date' esok!

"I think I'll just wait until you come to me. You pakai apa pun tetap nampak cantik pada I."

Satu kerutan terpampang di wajah Lara. "Bukan pasal cantik ke tak cantiklah...! Eh, cara you cakap ni macam you dah tahu I je??" Dia mendengar suara Ashraf ketawa lantas membuatkan kerutan di wajahnya semakin bertambah.

"Princess... Sabar, ye? Esok kita cerita panjang, okay?" Jawapan Ashraf itu semakin membuatkan Lara penasaran. Dia mula berasa sedikit pelik tetapi dek kerana menuruti kata-kata Ashraf supaya menunggu hari esok, Lara menyimpan rasa peliknya itu kemas-kemas dalam hati...

Walaupun esok mereka akan bersua muka, malam itu Ashraf dan Lara tetap bersembang panjang. Tetapi apabila jam sudah hampir ke pukul sebelas malam, seperti biasa Ashraf akan mengakhiri panggilannya kerana dia tidak mahu Lara tidur lewat.

"Princess." Panggil Ashraf betul-betul sebelum dia meletakkan telefon.

"Yea?"

"I'll see you tomorrow." Kata-kata itu bagaikan ayat keramat buat Ashraf. Lara tersenyum lebar lantas menjawab, "Yes, see you tomorrow."

"Night, princess."

"Night, Ash." Lara masih tersenyum. Dan selepas itu, talian diputuskan...

"Arghh...!" Ashraf bangun daripada sofa sambil menggeliat. Tiba-tiba, dia terperasan ada satu lembaga sedang duduk di kerusi 'arm chair' di sudut bersebelahan dengan kabinet televisyen.

"MAK!!" Jeritnya.

Saat itu juga Ashraf lihat Haris ketawa hingga hampir-hampir terjatuh daripada kerusi! Dia segera meletakkan mangkuk bijirin Kellogg's Cornflake yang sedang dia makan itu ke kabinet di tepinya sebelum tertumpah.

"Hoi, bangang!! Kau masuk rumah tadi tak reti bagi salam ke?! Hah?!" Tengking Ashraf sambil menendang lutut Haris lalu membuatkan adiknya itu jatuh terjelepuk ke atas lantai! Ruang tamu itu riuh dengan gelak tawa mereka berdua...

"Sejak bila kau sampai rumah ni?" Tanya Ashraf selepas tawa mereka reda. Si Haris merangkak naik semula ke 'arm chair' yang dia duduki sebentar tadi lantas mengambil kembali mangkuk berisi makanan tadi.

"Erm... Sejak..." Kelihatan Haris tersengih seperti memikirkan sesuatu. "Sejak kau start cakap, 'I don't mind travelling all the way from JB or Singapore...' Wah!! Hahaha! Princess lagi tuu!" Terus sahaja air wajah Ashraf bertukar merah padam! "Siotlah kau ni!" Tangan Ashraf sepantas kilat menunjal kepala si Haris yang sedang ketawa dan selepas itu dia pergi ke dapur untuk mengambil minuman. Tekaknya haus.

"Pukul berapa kau sampai bang?" Tanya Haris sebaik sahaja Ashraf kembali ke ruang tamu bersama segelas air di tangan.

"Dalam pukul sembilan lebih tadi." Ashraf duduk terjelepuk di sofa berhadapan dengan Haris.

"Ini dinner kau ke?" Tanya Ashraf. Kesian pula Ashraf lihat adiknya itu hanya makan bijirin dan susu di tengah malam!

"Nope, supper. I had early dinner at office just now. Now lapar balik."

"Oh." Ashraf angguk kepala.

"Kau tak takut ke tinggal dekat rumah ni sorang-sorang?" Pertanyaan Ashraf itu membuatkan Haris ketawa.

"Kau ni nama je black metal! Tapi penakut rupanya!" Tawa mereka berhamburan lagi.

"Okay-lah, maksud aku sunyi. Bukan takut." Tambah Ashraf.

"Hehe! Takdelah, biasa je! Lagipun kawan-kawan kerja aku kadang-kadang datang lepak sini."

Sekali lagi Ashraf menganggukkan kepala.

"Bang... Kau dah ada girlfriend ek?" Haris tersengih dan memandang tepat ke raut wajah Ashraf. Dia lihat abangnya itu ketawa.

"Kau nak jumpa dia esok ek...??" Nada suara Haris seperti menyakat.

"Hei, kau ni kan... Kalau ikutkan hati aku, nak aje aku hentak tangan aku ni dekat muka kau!"

Haris ketawa berdekah. "Kau tak payah nak sorok la...! Aku dah dengar semua tadi! Esok, pukul 12.00 tengahari dekat Dome, KLCC kan??" Satu senyuman nakal terbit di wajah Haris dan waktu itu juga dia lihat sekali lagi wajah Ashraf sudah kemerahan.

"Yis... Sekali lagi kau curi-curi dengar conversation aku, kau memang cari nahaslah." Ashraf tersenyum sinis. Dia bangun untuk menghantar gelas yang telah kosong ke dapur. Tetapi langkahnya tiba-tiba terhenti.

"Eh, aku nak mintak kau satu benda." Kata Ashraf.

"Hah. Benda apa?" Kening Haris berkerut.

"Tolong jangan bagi tahu sesiapa dulu pasal aku dengan girl ni. Especially mama."

"Oh. Okay... Tapi kenapa?" Haris semakin pelik.

"This time it's different. Bagi aku handle sorang-sorang dulu. Dah ready nanti baru aku bagi tahu dekat family." Sambung Ashraf. Matanya dan mata Haris bertembung.

"Oh, okay... Sure thing." Air wajah Haris kehairanan sambil dia mengangguk perlahan. Dia hanya memerhatikan sahaja sosok tubuh abangnya itu berlalu pergi.

'Hmm... Different...?' Haris semakin tertanya-tanya siapakah gerangan gadis yang membuatkan abangnya itu berasa 'different'! Belum pernah lagi dia lihat abangnya seperti ini. Fikirannya terus menerawang memikirkan kata-kata Ashraf sebentar tadi...

Nantikan pertemuan Ashraf & Lara dalam Bab 22 dan Bab 23 hari Selasa dan Rabu nie pukul 11:11 pagi yea! ;-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience