Bab 55

Romance Completed 159812

Keadaan di halaman rumah banglo Taman Serene itu sungguh meriah. Di satu sudut, pelbagai jenis makanan dan pencuci mulut terhidang di atas meja banquet yang berhias indah. Sebuah kek harijadi sangat kemas buatannya, sedia untuk dipotong sebentar nanti. Kanak-kanak kecil dan sebaya Martin terjerit pekik ketawa. Mereka berlari dan bermain dengan riang sekali.

"Hi aunty! Jemput masuk!" Kedengaran Noree menyambut tetamu-tetamu yang datang dengan mesra sekali. Di satu sudut, Ashraf yang melihat gelagat Noree itu mengherotkan mulut sambil menjeling. Macam tuan rumah pula lagaknya! Lantas dia berlalu daripada situ untuk masuk ke dalam rumah. Dia hendak lepak di dalam biliknya sahaja. Keadaan bersesak-sesak begitu membuatkan Ashraf berasa rimas. Menengokkan perangai Noree lagilah dia rimas!

Zelda yang berada tidak jauh daripada situ pula tersenyum girang. Melihatkan Noree yang tidak kekok melayan tetamu bersama Sofie, dia berasa gadis itu memang sajak untuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarganya.

"Eh, Zel...! Siapa budak perempuan yang sambut tetamu tu?" Salah seorang rakan Zelda menyinggung lengannya. Kelihatan gayanya seperti mak datin.

"Oh, tu anak bongsu Kapten Idris, merangkap 'bakal' member of the family!" Zelda senyum lebar.

"Eh, bakal?! Anak you yang mana satu ni?!" Nada suara wanita itu seolah-olah teruja.

"Ashraf..."

"Oh, girlfriend Ashraf ke?! Finally!" Wajah wanita itu ceria.

"Diorang sebenarnya baru nak berkawan-kawan... Tapi daripada kecik lagi diorang dah kenal, Zam kan baik dengan Kapten Idris."

"I see..." Wanita itu mengangguk. Dia kenal dengan Kapten Idris kerana dia juga dahulu seorang pramugari, sezaman dengan Zelda.

Waktu itu juga, sebuah kereta Toyota Prius masuk ke halaman rumah.

"Eh, itu macam Kak Ros je." Kata wanita mak datin itu. "Oh, ye lah! Zu, kejap ye. I pergi sambut dia." Zelda segera mengorak langkah.

"Assalamualaikum, Kak Ros!"

"Waalaikum salam, hai! Hari ni kita datang driver yang hantar!" Seloroh wanita yang sedikit berusia daripada Zelda. Mereka berdua tertawa.

"Siapa tu?" Tanya Zelda.

"Anak bujang kita. Daripada dia tak buat apa dekat rumah, baik dia jadi driver kita-"

"Eh, jemputlah dia masuk sekali!" Suara Zelda meninggi.

"Takpe ke kita plus one?" Tanya Rosidah pula.

"Hish, akak ni mengada-ngadalah. Ini bukannya hotel! Masuk je, makanan banyak! Siapa nama anak akak?"

"Reza!"

Lantas Zelda membongkok sedikit untuk melihat pemuda tersebut di tempat duduk pemandu.

"Ha Reza, you pergi cari parking spot. Dekat luar ada kot, dalam ni dah penuh. Come and join us ya?"

Mata mereka bertembung.

"Okay, aunty." Reza senyum.

"Jangan malu-malu. Anak bujang aunty ada, Haris and Ashraf can accompany you. Pergi cari parking dulu."

Reza mengangguk lantas memandu keretanya ke luar mencari parkir...

Tok tok tok!

Ashraf yang sedang bermain gitar seorangan terhenti. "Yes?!" Suara ditinggikan.

"Uncle! Nani asks you to come down!"

Kedengaran suara Martin di balik pintu bilik.

"Urgh!" Keluh Ashraf sambil buat muka. Malasnya hendak turun ke bawah! Tapi dia tahu, dia tiada pilihan.

"Okay, coming!" Balas Ashraf. Dia segera menyarung t-shirt ke badannya dan terus keluar daripada bilik...

"Ash!"

Ashraf memandang ke arah suara ibunya yang sedang berdiri di samping seorang pemuda yang tidak dikenali. Kelihatan Danny juga ada bersama Haris yang baru tiba daripada Kuala Lumpur. Barulah Ashraf berasa gembira sedikit melihat mereka berdua.

"Hey bro, kau dah sampai? Thanks for coming." Ashraf melagakan penumbuk dengan Danny.

"Ini Reza, anak aunty Ros. Korang sembang-sembanglah ye. Ashraf, Haris, jemput diorang makan. Kejap lagi kita potong kek." Kata Zelda sambil terus berlalu.

Reza meneliti wajah Ashraf. Dia masih ingat sewaktu ibunya berleter dahulu, dia pernah mendengar tentang pilot tiga beranak ini.

"Hei, bro." Ashraf menghulurkan salam lantas disambut Reza.

"Hei, there. Reza."

Sewaktu Ashraf mendengar nama itu, ada sesuatu seolah-olah tergerak di hatinya tetapi dalam waktu keramaian begini, dia tidak ambil pusing.

"Ashraf. Jemputlah makan, be our guest. Dan, apa lagi? Macam tak biasa pulak dekat rumah ni. Serbulah!" Ashraf berkata kepada Reza dan Danny, lalu kedua-dua pemuda itu terus bergegas ke meja banquet.

"HAPPY BIRTHDAY TO MARTIN!

HAPPY BIRTHDAY TO YOUUU...!"

Kedengaran suara kanak-kanak bernyanyi riang diikuti dengan bunyi tepukan saat Martin meniup lilin.

"Awak... Ni untuk awak." Kata Noree sambil meletakkan piring berisi sepotong kek di hadapan Ashraf dan terus berlalu. Dia tahu Ashraf masih lagi panas hati semenjak insiden semalam. Namun sedikitpun Noree tidak berasa gusar kerana dia tahu mama Ashraf pasti akan menyebelahinya!

Ashraf memerhatikan kek di hadapannya. Kelihatan perkataan 'Happy' tertera pada kek tersebut. 'Hmmph!' Dia tertawa sinis sambil menangkap pandangan mata Haris.

"Aku daripada tadi nak tanya kau pasal hal ni." Kata Haris. Danny dan Reza yang sedang rancak berbual memandang mereka dua beradik tanpa memahami apa-apa.

Sekali lagi Ashraf tertawa sinis. "Haih, entahlah Yis... Peninglah kepala aku daripada semalam, tak payah tanyalah. Kalau nak kek tu, ambik."

Haris yang semakin penasaran merenung ke wajah Ashraf. Dia pasti dia sudah 'ketinggalan keretapi'. Ada sesuatu yang dia rasakan agak pelik antara Ashraf dan Noree. Selama ini, abangnya dan Noree langsung tidak pernah bercakap! Kenapa pula tiba-tiba hari ini gadis itu menghidangkan kek buat abangnya? Pasti ada sesuatu! Fikir Haris.

Waktu itu juga, suara pujian daripada para tetamu tentang kelazatan kek coklat Noree itu mula kedengaran.

"Oh, ini memang specialty adik ni." Ujar Zareen, kakak kepada Noree yang rapat dengan Sofie.

"Eh Noree, I nak resepi kek coklat ni boleh? Sedaplah, Martin dah dua round dia makan. Dia jarang suka kek." Kata Sofie.

"Boleh, boleh! Nanti lepas habis party, adik bagi resepi." Noree berkata dengan bangga dan dia yakin saat ini pasti Ashraf pun sudah terdengar pujian mengenai kek coklatnya itu.

Di satu sudut yang agak jauh pula, Zelda dan rakan-rakannya sedang tertawa.

"Wah, Zel... Untunglah you dapat bakal menantu yang pandai baking. Lepas ni kalau ada makan-makan ke, kenduri-kendara ke, tak payah beli kek dah." Ujar Rosidah lalu disambut dengan gelak tawa Zelda dan rakan-rakan yang lain. Ibu Noree yang turut berada di dalam kumpulan tersebut hanya senyum tersipu-sipu...

*          *          *          *          *

"Hang ni pasaipa...? Bawak mai lah dia dekat rumah kita, nak pi makan dekat hotellah, private dining-lah apa semua tu buat apa?" Kata Tuan Haji Ariffin. 

Huzaimi hanya menjeling dan mengherotkan bibir. "Kan mak nak makan dimsum sekali, apa salahnya jumpa sekali-"

"Ah, hang jangan dok kaitkan dengan mak pulaklah aih! Hang tu yang tak berani nak bawak dia mai sini, kan? Awat? Hang takut kena hidu ka? Hang takut Bazli tahu??"

Bazli adik bongsu si Huzaimi memang tinggal bersama-sama ibu dan ayah mereka di rumah banglo Damansara Heights tersebut.

"Eii, susahlah mak dengan pak ni! Benda kecik pun nak hingaq satu Malaysia! Orang datang sini bukan nak dengaq bising-bising macam ni! Dah lah, orang pi appointment dululah kalau macam ni!"

Dengan hati yang membara, Huzaimi terus menyambar kunci keretanya di atas meja kopi dan berlalu pergi.

"Hei, kalau hingaq satu Malaysia hang tak kahwinlah dengan budak pompuan tu, oi!" Balas Puan Hajjah Sufiah pula. Dia dan suaminya pandang-memandang sambil menggeleng kepala melihatkan Huzaimi yang telah hilang di balik dinding.

"Kepala angin sama macam paknya." Kata wanita itu.

"Eh? Awat saya pulak yang kena?" Tuan Haji Ariffin membalas sambil membaca suratkhabar...

*          *          *          *          *

"Wei, kau tak nak ke? Sedaplah kek ni." Ujar Danny kepada Ashraf. Dia sudah pun menghabiskan kek tersebut untuk kali yang kedua. Kelihatan Reza dan Haris mengiyakan sama.

Ashraf hanya buat muka dan menggeleng. "Kenyang." Jawabnya pendek. Namun tiba-tiba sahaja, Ashraf teringatkan sesuatu; Martin dan Lara berkongsi bulan kelahiran yang sama!

Satu senyuman nipis terukir di bibir lantas Ashraf mengeluarkan telefon bimbitnya.

'Princess, just a random question on my mind. Bagi you-lah kan, antara Rome dengan Amsterdam mana yang lagi best?'

Senyuman makin lebar tatkala dia selesai menaip dan menghantar SMS tersebut.

"Tersengih-sengih! Laralah tu." Kata-kata Haris itu segera tertangkap di telinga Reza.

"Hmmph! Siapa lagi..." Balas Danny pula.

Reza sedikitpun tidak mengesyaki apa-apa. Dia yakin bahawa 'Lara' yang dimaksudkan oleh Haris dan Danny itu adalah gadis yang berlainan. Tak mungkin Lara yang pernah menjadi igauannya siang dan malam. Apalah agaknya khabar gadis itu? Fikir Reza.

"Bukan kau baru balik daripada LA dengan dia ke?" Tanya Danny pula.

"Hah?! Kau pergi vacation dengan dia?!" Haris tercengang.

"Ish, vacation apanya? Aku kerjalah!" Pintas Ashraf dan waktu itu juga Reza pasti gadis tersebut adalah rakan sekerja si Ashraf. Reza hanya tertawa sinis dalam hati. 'High mile club!'

Ketika mereka sedang rancak berbual, kedengaran telefon bimbit Ashraf berbunyi.

'Rome dengan Amsterdam?! Dua-dua I suka! :) Tapi rasanya Amsterdam lagi best kot. You kan biasa fly pergi sana... Mana lagi best?' - Princess

'Erm... Entahlah, I pergi sebab kerja, bukannya sebab bercuti :) Cuma kalau dekat Rome banyak historical sites which I love but Amsterdam ni I suka city dia punya vibes, quite hip.' - My MWB

"Ooo, I see... I pernah dengar pasal satu waffle yang famous dekat Amsterdam. Tapi dia macam biskut dan ada caramel... Orang kata sedap, teringin nak rasa kalau ada yang halal :)' - Princess

'Waffle yang ada caramel?? I think I know that. Stroopwafels. Banyak je yang halal because the ingredients basically just waffle and caramel. Budak-budak kru memang suka beli tu. Tengoklah, kalau I ada flight ke AMS nanti I belikan untuk you :)' - My MWB

'OMG! Seriously you nak belikan untuk I?! Best-nya!!! Haha! :D Kalau you lupa, nanti I ingatkan you, okay!' - Princess

'Yes, please. Ingatkan I nanti :-*' - My MWB

Saat membalas SMS itu, hati Ashraf sudah berasa girang dan fikirannya sudah menerawang memikirkan sesuatu...

11.30PM

Suasana malam itu sedikit dingin. Sebaik sahaja sambutan harijadi Martin berakhir pukul 6 petang tadi, gerimis mula turun dan berlanjutan sehingga berjam-jam lamanya.

Ashraf duduk sendirian di meja makan kecil di dapur rumah. Termenung seolah-olah memikirkan sesuatu. Di tangannya terdapat segelas air kosong.

"Hei. Kenapa tak tidur lagi?" Tiba-tiba Zelda muncul dan mematikan lamunan Ashraf.

"Hmm... Nak tidurlah ni." Jawab Ashraf sambil menghabiskan saki-baki airnya. Zelda menarik kerusi dan duduk menyertai Ashraf. Di tangannya terdapat sebunjut plastik kecil lalu meletakkannya di atas meja.

"Ni ha... Noree belikan." Zelda membuka plastik tersebut dan mengeluarkan tiga buku sabun yang di bungkus di dalam kotak berwarna putih dan biru.

"Apa tu?" Kening Ashraf mencerun.

"Sabun Taharah. It's a clay soap."

"Clay soap?? Buat apa?"

"Zeus... Senang kita nak *samak."
(*sertu)

"Oh." Ashraf hanya mengangguk.

"Baguslah macam ni... Macam ni lah bakal menantu yang mama nak, she concerns about way of living. Mama pulak selama ni tak tahu pun ada benda macam clay soap ni. Very convenient, kan?" Bibir Zelda tersenyum lebar tetapi Ashraf dia lihat buat-buat senyum. Hatinya mula merasakan sesuatu.

"Ala... Sudahlah tu... Tak payahlah nak marahkan dia lagi pasal perkara dekat airport tu." Pujuk Zelda. Ya, Noree telah menceritakan semuanya malam tadi ketika mereka membuat kek harijadi Martin.

Kata-kata Zelda itu membuatkan Ashraf tertawa kecil. Dia menghela nafas panjang sambil menggeleng.

"Dia tu, Ash... Biasalah, anak bongsu. Sudahlah bongsu, perempuan pulak. Jadi, dia manja. Perangai kebudakan sikit-"

"That's not manja...! That's her being selfish and idiot." Potong Ashraf. Wajahnya mula mencuka.

"Ala, manjalah tu-"

"Selfish, ma. Dia tak nak parked kereta dekat basement sebab alasannya jauh? Urgh! Bayangkan kalau ada sepuluh orang macam dia, confirm dah jammed dekat drop off lane tu." Ashraf tertawa sinis memandang wajah Zelda seimbas lalu.

"Well, I think she will learn this time-"

"Hah! Learn?? Will she?? And I don't think she would. Ma, she's an adult, she could think! And that's actually her personality, not something that she would learn. Oh, and another thing; she's rude. You patut tengok macam mana dia bergaduh dengan pak guard semalam."

"Ash, dengar...! Dia muda lagi, baru 23 tahun. Ini memang masanya untuk dia develop her maturity!"

"Oh ma, 23 tahun?! I kenal perempuan lain yang sama umur dengan dia, tapi jauh lebih matured daripada dia...!"

"Of course-lah, setiap orang background tak sama, kan?"

Ashraf terdiam. Dia mengakui kata-kata mamanya itu. Berlainan latar belakang. Ya, sudah tentu. Latar belakang kehidupan Lara penuh dengan pancaroba dan onak duri, bukan seperti Noree yang dilayan seperti puteri raja oleh bapanya, Kapten Idris. Mungkin itulah salah satu yang menyebabkan si gadis genit itu besar kepala!

Ashraf menghela nafas.

"Ma, I cannot do this. I'm sorry." Lalu Ashraf segera bangun dan meletakkan gelasnya ke dalam sinki. Zelda memejam mata buat seketika menahan amarah dan kemudian memandang Ashraf dengan pandangan yang tajam.

"Night, ma..." Ujar Ashraf dan terus meninggalkan mamanya sendirian di situ...

'Princess, just a random question on my mind. Bagi you-lah kan, antara Rome dengan Amsterdam mana yang lagi best?' Thanks kpd readers yg tolong vote Rome vs Amsterdam di FB dan IG miss! :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience