Peluh sebutir-sebutir membasahi dahi Zelda. Dia memegang dada lalu terus duduk di atas lantai sambil memeluk lutut.
Hhah... Hahh... Hhahh...
Nafas kedengaran laju. Dadanya berombak.
"Ma...? Are you okay...?"
Kedengaran suara kecil yang sungguh lunak.
Lantas tubuh kecil itu ditarik oleh Zelda masuk ke dalam pelukan yang erat. Suara esak tangisnya kedengaran sayup-sayup di dalam bilik tidur itu dan terasa tangan kecil berjari halus menyeka air mata di pipi...
*Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â
Prang!
Periuk di tangan terlepas. Entah bagaimana dada Zelda terasa sempit dan keadaan sekeliling seakan berpusing. Pening! Cepat-cepat dia berpaut pada permukaan kabinet dapur.Â
"Ma...??"
Dia terdengar suara dan langkah kaki yang agak laju. Seketika kemudian, terasa lengannya dipaut dan perlahan-lahan dia dipapah ke kerusi.
Zelda memegang dada dan cuba bernafas dengan teratur. Terasa sesak dan sempit sekali tetapi dia cuba melawan perasaan itu dengan tegar hati.
Daripada kerutan matanya, bayang Ashraf yang berbadan kurus itu sedang tergesa-gesa menuang air dan mencari sesuatu di dalam laci kabinet. Sejurus kemudian, anaknya menyuakan gelas air bersama sebiji ubat tablet berwarna putih.Â
Zelda menyambut dengan tangan yang terketar-ketar. Ashraf tidak berkata apa, hanya melihat sahaja gelagat si ibu memakan ubat. Dia sudah biasa dengan keadaan ini, malah sejak dari kecil lagi.
"Thanks baby..." Bisik Zelda selepas memakan ubat. Dia memeluk Ashraf dan mencium kepala anaknya. Dada yang kencang tadi sudah reda sedikit dan nafas juga sudah stabil.Â
"Why is he doing this to you?"Â
Zelda tersentak. "What do you mean?"Â Â
Mata kedua-dua beranak itu bertaut.Â
"I know, ma. You will get very sick every time after he leaves the house when he is not flying." Ashraf yang ketika itu berada di bangku sekolah memandang wajah ibunya. "Where is he? Why he's not home?"Â
Zelda paksa diri untuk senyum tatkala mendengar soalan-soalan itu. Semakin lama dia lihat Ashraf semakin berani membuka mulut dan bertanya itu ini.
"Have you finished your homework, Zildan?" Akhirnya, itulah salah satu cara yang paling senang untuk dia mengelak daripada disoal oleh si anak.
"I'm doing it."Â
"Then, go... Finish it. Let me rest for awhile."Â
Zelda perlahan-lahan bangun dan berlalu pergi. Ashraf hanya mematungkan diri dan memandang sahaja ibunya hingga wanita itu hilang di sebalik dinding namun sebenarnya, sedikit sebanyak dia sudah tahu konflik yang melanda antara ibu dan ayahnya...
Kejadian-kejadian lama itu bagaikan terulang kembali di fikiran Ashraf yang saat ini sedang leka memandu. Keningnya mencerun, memikirkan sesuatu. Semua gejala yang Lara tunjukkan di lapangan terbang tadi betul-betul sama seperti yang dialami oleh mama satu ketika dahulu... Adakah Lara juga menghidapi masalah kesihatan yang sama? Ashraf ketap bibir bersama wajah yang masih berkerut.
Dalam suasana yang agak gelap di lebuhraya PLUS menghala ke utara, kelihatan kereta Mazda RX-8 merah itu melepasi papan tanda bertulis 'Pagoh'.Â
Fikiran Ashraf terus melayang. Jika Lara menghidapi penyakit yang sama, bagaimana gadis ini mendapatnya? Adakah Lara menghadapi tekanan perasaan seperti mama di suatu ketika dahulu? Sebab apa? Apa puncanya? Dan sejak bila?
Tetapi Ashraf yakin bahawa Lara mendapat penyakit itu ketika tempoh mereka terpisah kerana dia tidak pernah melihat Lara sebegitu sebelum ini! Tak kan lah pula Lara mengalami tekanan perasaan hanya kerana perpisahan mereka? Fikiran Ashraf terus diasak dengan pelbagai persoalan dan andaian.Â
Sebenarnya... Waktu bertemu Lara di Griffith Observatory tempoh hari, Ashraf ada terperasankan sesuatu pada diri Lara. Badannya susut lain macam dan kurusnya seperti orang sakit. Ekspresi wajah Lara juga seakan murung dan senyuman yang Ashraf puja dahulu kini sudah tiada. Sinaran wajah ceria itu sudah padam dan Ashraf rasa gelak tawa Lara sekarang umpama dari hati yang kosong... Tiada jiwa.
Dalam pada memandu, Ashraf cuba mengira-ngira persamaan antara Lara dengan mamanya sewaktu konflik keluarga mereka sedang memuncak. Entah bagaimana, kotak dan tablet putih milik Zelda dahulu terbayang semula di kotak fikiran...
'Xanax'.
Adakah Lara mengambil ubat yang sama? Ataupun, adakah Lara tahu yang situasi itu sebenarnya memerlukan ubat?
Terus-terang, sampai sekarang pun Ashraf tidak pasti nama dan penyebab penyakit itu. Dia pernah bertanya sewaktu kecil dahulu tetapi kata mama, ubat itu adalah ubat untuk sesak nafas. Mungkin kerana masih naif, Ashraf hanya menerima sahaja jawapan tersebut tanpa bertanya lebih lanjut. Namun apa yang dia tahu, setiap kali ibubapanya bertengkar atau setiap kali papa keluar rumah tanpa berpakaian seragam, mama akan sakit.
Lamunan Ashraf terhenti apabila dia terasa tangan Lara diletakkan pada pehanya. Dia memandang Lara yang sedang berbaring tempat duduk sebelah dengan sepintas lalu. Tangan itu digenggam erat.Â
"You feel better now?" Tanyanya dengan lembut.
"Yes... Better. You nak singgah rehat tak?"
"Hmm... No need. I'm still okay, tak mengantuk lagi. You tidurlah. Rehat." Dia mengusap tangan Lara.
"Ash, I rasa you kena tidur jugak. I takut you microsleep. You baru balik daripada LAX tengahari tadi, sayang."
Ashraf tersenyum. Akhirnya dia bersetuju untuk singgah berehat di perhentian R&R Ayer Keroh sebentar lagi...
*Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *
Angin petang bertiup damai tetapi agak dingin sedikit di bandar Melbourne itu. Suasana di taman Birrarung Marr agak meriah dengan para pengunjung. Kelihatan Natasha dan dua orang rakannya duduk di sebuah kafe berhadapan dengan Sungai Yarra.
"Patutlah masa keluar kapal tu aku terdengar Chloe mengomel pasal dia!" Getus Debbie.
"Eh, ayah dia punyalah baik...! Tengok-tengok anak dia perangai macam haram!" Tambah Linda pula.
"Capt manjakan sangat anak dia tu. Sebab tu jadi macam tu!" Natasha menyampuk.
"Kau tahu tak, minah tu punyalah lembab nak decide menu, lepas tu bila dah dapat dia kata salmon dia tak fresh-lah, broccoli dia terbakarlah! Dia siap mintak tukar meal lagi!"
"Ha, itu tak masuk lagi dia bising-bising complaint kata tandas basah! Aku ingatkan ada pax buat cebok air sampai lantai basah ke, rupanya ada sprinkle kecik je dekat toilet bowl! Urgh, naik darah aku!"
Natasha mencebik. Ah, dia dah biasa dengan perangai mengada-ngada si Noree.
Ashraf dan Noree. Kedua-duanya sering menyakitkan hati, fikir Natasha dan itu membangkitkan semula amarah yang telah lama terpadam.
Air latte panas dihirup, sama seperti hatinya yang panas.
Slurp...
Hmm... Panas tapi sedap!
Entah bagaimana hati Natasha terdetik. Mungkin dia panas hati sekarang tetapi kalau dendamnya terhadap Noree terbalas, tentu rasanya jadi sedap seperti air latte ini! Satu senyuman sinis terbit di bibir.
"Sekarang, barulah aku tahu..." Suara Natasha sedingin angin petang yang bertiup menyebabkan Debbie dan Linda memandangnya. Lantas dia menyambung, "Aku ingatkan si FO Poyo tu in love sangat dekat si perempuan senget tu. Rupa-rupanya minah tu setakat skandal si Ashraf je!"
"Perempuan senget? Siapa? Lara ye?"
"Hmmph, ye lah!" Natasha tertawa sinis dengan pertanyaan Debbie.
"Eh, aku dengar perempuan tu hot. Betul ke?" Sampuk Linda.
"Hot-lah, sebab tu jantan tu tergoda. Tapi... Keadaan sekarang ni betul-betul mengubah perspektif aku terhadap Ashraf." Sekali lagi Natasha meneguk air latte.
"Perspektif? Perspektif apa pulak?" Debbie dan Linda yang semakin hairan meneliti wajah Natasha.
"Ashraf ni sebenarnya jenis yang 'pandai makan pandai simpan'. Depan kita bukan main lagi nampak macam 'clean' je rekod dia tapi dekat belakang... Hmmph, playboy rupanya! Entah-entah lagi teruk daripada abang dia. Selalunya orang yang pendiam dan nampak baik ni, macam ni lah!"
Kelihatan Debbie dan Linda mengangguk tanda setuju.
"Tapi aku suka dia berskandal sakan di belakang Noree... Padan muka perempuan tu! Mampuslah kau dapat jantan macam tu dalam hidup kau!" Suara Natasha menunjukkan betapa panasnya hati ketika ini. "Korang rasa... Ramai tak skandal si Ashraf?" Wajah kedua-dua rakannya ditatap.
"Erm... Aku rasa tak ramai. Pada pendapat akulah, mungkin Lara sorang je. Sebab itu rekod Ashraf nampak 'clean' je selama ni."
Natasha mengangguk perlahan. "Kau pulak Deb?"
"Hmm... Kalau aku pulak... Aku rasa dia ada a few scandals lah tapi sebab semuanya bukan budak-budak SQ, so kita nampak dia macam baik je lah..."
Natasha tertawa mendengar satu per satu andaian.
"Korang tahukan, dulu aku selalu pancing si Ashraf?"
"Hmm... Siapa yang tak tahu. Sampaikan tuan punya diri yang nak dipancing pun tahu!" Potong Debbie dan serentak itu juga derai tawa mereka kedengaran.
"Haa... Kali ni, aku akan guna cara kotor. Aku nak buat sampai si Noree ni menangis keluar air mata darah pasal Ashraf! Dia tak kenal lagi aku..."
Mata Debbie dan Linda terbeliak. "WHAT?! Kau nak buat apa?!"
Natasha hanya tergelak sendirian apabila melihatkan reaksi rakan-rakannya tetapi yang dua orang itu terus memandang dengan mata yang tidak berkelip!
"Well... Hmm... Buat masa ni aku tak tahulah macam mana caranya. Tapi kalau dulu, I used to hunt Ashraf... Yes, it's true but now I'm hunting for the opportunity! Dulu, aku bagi umpan pada Ashraf, dia tak nak 'ngap'. Tapi sekarang, dia pulak yang jadi umpan. So... I'm waiting for the right opportunity to come!" Suara kedengaran ceria.
Debbie dan Linda pandang-memandang dan serta-merta sahaja mereka melorekkan sebuah senyuman yang lebar.
"Wow..." Kata Linda teruja.
"Nampaknya lebih menarik 'game' kali ni..." Ujar Debbie pula!
"Yups, menarik sangat! Ala, jantan playboy macam Ashraf tu... Ego besar tapi kalau peluang dah ada depan mata, mesti dia tak lepaskan. Betul tak?"
Dan kata-kata Natasha itu disambut dengan derai tawa mereka semua...
* * * * *
"Baby..."
Lara buka mata memandang wajah Ashraf. Enjin kereta yang mengaum telah dimatikan. Mereka baru sahaja tiba di perhentian R&R Ayer Keroh di Melaka. Ramai juga pengunjung yang singgah berehat di situ. Rata-rata kereta bernombor plat M dan W memenuhi kawasan parkir.
"I nak pergi tandas. You nak pergi jugak?"
Lara bangun sambil geleng kepala.
"You nak air atau apa-apa tak?" Tanya Ashraf lagi. Kelihatan Lara seperti merenung deretan kedai daripada jauh seolah-olah berfikir.
"Erm... Tolong belikan air mineral dengan air Milo kotak untuk I?" Pinta Lara lalu Ashraf senyum dan mengangguk.
Sebaik sahaja bayang Ashraf sudah menjauh, Lara segera mengeluarkan telefon bimbit dan mendail nombor seseorang.
"Hello."
Kedengaran suara Fahd menjawab telefon. Mereka pada awalnya berbual-bual kecil sehinggalah lelaki itu menanyakan tentang keberadaan Lara.
"I dekat luar nak pergi klinik. Erm... Tak berapa sihat. Bila you datang balik ke office KLCC?" Lara memasang perangkap.
"Next week. I ada meeting dengan boss you."
"Oh, okay..." Jawab Lara. Ini bermakna jika Ashraf berada di Kuala Lumpur dalam beberapa hari ini tidaklah menjadi masalah buat Lara.
"Erm... Fahd... Bila you ada dekat sini nanti, I ingat I nak ajak you dinner."
"Ajak I dinner? Eh, kitakan selalu je lunch, dinner, breakfast semua sama-sama?"
Lara telan liur!
"Err... Memanglah... Tapi dinner yang ini... Ermm... I ingat I nak bincang something dengan you."
Kata-kata itu terus membuatkan kening Fahd mencerun tajam. "Bincang something? Pasal apa?"
"Ermm..."
Dari kejauhan, Lara boleh nampak sosok tubuh Ashraf keluar daripada lorong pejalan kaki tandas menghala ke deretan kedai untuk membeli minuman yang dipesan. Lara tahu yang dia perlu menamatkan perbualan sekarang!
"Erm... Pasal kita." Jawab Lara. Dalam hati dia terasa gugup.
"Pasal kita? Pasal apa?"
Aduh, mamat ni! Keluh Lara dalam hati. "Err, nantilah dulu. Kita cerita kemudianlah..."
"Kenapa nak cerita kemudian? Tak boleh cakap sekarang?"
"Tak."
"Kenapa?"
"Fahd, I tak sihat ni... Kan I nak pergi klinik...!"
Kedengaran Fahd tertawa kecil dan Ashraf pula Lara lihat sudah menjinjing plastik dan berjalan menuju ke kereta.
"You tiba-tiba tak sihat ni kenapa?"
'Shit! Banyak tanyalah pulak mamat ni!'
"I demam sikit... Lepas tu macam pening... Okay-lah, I nak masuk klinik ni."
"You pergi klinik dengan siapa?"
Bayang Ashraf semakin menghampiri tetapi Lara tahu, dia tidak boleh tergesa-gesa. Jika tidak, pasti Fahd mengesyaki sesuatu.
"Dengan Zieta."
"Oh, Zieta... I ingatkan you balik rumah your mom."
Saat ini Lara terus buat-buat ketawa untuk menyembunyikan rasa tergesa. "Fahd...! You sengaja nak hold I kan? Okay-lah, I letak phone dulu, orang nak masuk kliniklah...!" Suaranya sengaja dibuat-buat riang bagaikan tiada apa.
"Hehe! Saja je kacau you. Okay sayang. Take care."
"You too, sayang... Bye!" Butang merah ditekan dan kini dia berasa sungguh lega!
Sekejapan kemudian, pintu kereta dibuka dan Ashraf terus melabuhkan punggung di tempat duduk kereta.
"Ash...!" Lara terus memeluk Ashraf menyebabkan Ashraf terpempan.
Terasa plastik di tangan Ashraf dilepaskan dan lelaki itu perlahan-lahan membalas pelukan Lara.
"Princess...? Are you okay?" Wajah Ashraf masih terpinga-pinga.
"Yes... I'm okay..." Lara pejam mata kuat-kuat. Rasa bersalah datang berbondong-bondong. Dia penat sebenarnya. Penat berpura-pura di hadapan Ashraf dan penat berlakon mencintai Fahd. Penat dengan kehidupan ini? Jangan cakaplah...
"Ash... I cintakan you. I sayang sangat pada you... Cinta sangat...!" Suaranya bergetar seakan mahu menangis.
"Hei, hei... Kenapa ni?" Ashraf terus melepaskan pelukan dan memegang wajah Lara.
"I... I..." Air mata mengalir!
"Syhh... Kenapa dengan princess I malam ni? Easy okay, calm down... You relax je buat masa sekarang ni, jangan fikir apa-apa. Jangan takut, I ada." Dia mencium dahi Lara lantas memeluk semula gadis itu. Lara sudah mula menangis.
"Princess, relax... Don't make yourself panic, nanti you kena lagi macam tadi... I risau tengok you macam tu." Ashraf cuba menenangkan Lara namun perkataan 'panik' itu tiba-tiba berbekas di hati.
Panik...
Adakah keadaan Lara seperti di lapangan terbang tadi dipanggil 'panic attack'? Dan adakah benda yang sama juga pernah dihidapi oleh ibunya dahulu? Persoalan itu timbul dibenaknya dalam sekelip mata...
Nota: Don't worry, take your time. One step at a time. :)
Share this novel