Bab 86

Romance Completed 159812

"Princess, I wanna ask you a weird question."

Ashraf teringat kata-katanya kepada Lara saat mereka sedang makan tengahari di sebuah kafe vegetarian di tengah-tengah bandaraya Los Angeles.

"Apa dia?"

"Ermm... I nampak telekung dekat sofa bilik you tadi... You sembahyang?"

Dia lihat Lara tersenyum.

Ya, waktu itu Ashraf tidak faham. Selama ini dia sangkakan hanya orang yang baik sahaja yang solat. 'Baik' yang bermaksud orang-orang yang tak ke kelab malam, yang pakai tudung dan tidak seksi atau yang lelaki pula menjaga hawa nafsu. Pendek kata definisi 'orang baik' ini menurut Ashraf Zildan adalah orang yang tidak sosial dan yang menjaga batas dan tertib seorang Muslim. Bukan yang moden seperti Lara. Yang selalu 'huha-huha' dan selalu berdosa. Akan diterimakah solat orang-orang yang berdosa? Dia kehairanan.

"Mana ada manusia biasa yang tak buat dosa?"

Ashraf masih ingat bagaimana dirinya terkaku saat mendengar ayat Lara itu. Betul juga... Tiada manusia biasa yang sempurna dan bebas daripada melakukan kesalahan. Dan apabila manusia melakukan kesalahan, maka di situlah terbitnya punca-punca dosa. Namun entah kenapa perkara itu tidak pernah terlintas di fikiran Ashraf untuk dia kaitkan dengan kewujudan syurga dan neraka. Tidak pernah terjangkau dek akal... 

"Ash... Syurga tu bukan untuk orang-orang yang perfect."

"Habis tu?"

Ashraf masih ingat lagi bagaimana Lara tertawa kecil sambil menatap wajahnya. Kini Ashraf sungguh merindukan renungan mata itu. 

"Sayang, mana ada manusia yang perfect? Kalau manusia perfect je yang boleh masuk syurga, alamatnya dekat dalam tu cuma ada rasul-rasul Allah dan para nabi je lah. Yang maksum, yang terpilih." 

Ashraf terpempan. Kata-kata itu seakan memberi satu perspektif baru buatnya tentang perkara yang selama ini dia ambil enteng. 

"Sayang, sepanjang hidup ni I dah belajar satu perkara... Kita semua pendosa and we sinned differently. Masing-masing ada buat dosa tak kiralah sama ada sengaja atau tak sengaja. Ada orang berdosa sebab tak tutup aurat macam I, ada orang berdosa sebab minum arak macam you. Ada orang berdosa sebab mengumpat dan ada juga yang berdosa sebab hasad dengki. Ada yang riak, melakukan perbuatan syirik, tabur fitnah pada orang... Dan macam-macam lagilah." 

"Tapi dalam pada masa yang sama, semua orang jugak ada kebaikan sendiri. Ada orang suka tolong orang, ada orang suka bersedekah, ada yang suka berzikir dan beribadat... Ada yang suka gembirakan hati orang-orang di sekeliling mereka, ada yang selalu bersyukur, yang selalu berlapang dada, ada orang yang amanah and the list goes on..." 

"Bagi I... Antara buruk dan baik manusia ni, yang paling penting kita kena selalu perbaiki diri. Sebab I percaya, pasti ada tempat di syurga untuk orang yang selalu berusaha ke arah kebaikan. Dan kalau bercakap pasal syurga, the first thing to start with, mestilah dengan solat sebab itu perkara pertama yang akan dikira nanti bila kita meninggal dunia. So... Solat je lah walaupun kita tahu diri kita masih tak sempurna. Ala, kalau nak tunggu sampai jadi perfect, semua orang tak kan perfect. So just do it step by step. Yang penting ada progress, lebih bagus daripada tak solat langsung, kan? Lagipun, kalau nak berdoa kenalah solat. Nak meminta daripada Allah tapi tak solat, macam mana?" 

Waktu itu otak Ashraf bagaikan tersumbat dengan pelbagai input yang dia dengar. Dia masih lagi keliru kaitan antara solat dan doa. Kenapa kena berdoa? Nak doa tentang apa? Nak minta apa daripada Allah? Bolehkah meminta sedangkan kita sendiri harus berusaha? Itulah antara persoalan yang berlegar di fikiran. Agak lama juga Ashraf mendiamkan diri sehingga Lara menegurnya.

"Takde apa, cuma... I rasa hairan sikit. Mungkin sebab I tak pernah tengok orang yang ada konsep macam you kot."

"Ha? Konsep macam I? Konsep yang macam mana?" 

"Erk... Err... Maksud I... You ni nampak social plus you're a model, sexy... You go to party and nightclubs and everything... Orang macam ni memang ramai tapi I tak pernah jumpa lagi orang yang sosial macam you tapi still... Sembahyang." 

Lara tertawa. "Yeah, betul... Orang yang sosial tapi masih sembahyang... Hurmm... Ada je sebenarnya cuma kita je yang tak tahu sebab selalunya kita judge orang melalui luaran, kan? Dekat belakang kita, kita tak tahu orang tu macam mana."

Ashraf rasa tertampar dengan kata-kata itu!

"Macam I ni... I kena solat, Ash... Sebab pada Dia je tempat yang paling terbaik untuk I luahkan semua masalah..."

Kening Ashraf berkerut. "Err... Pada siapa?" 

"Pada Dia, Allah!" Lara jegil mata.

"Oh, okay!" Getus Ashraf lalu mereka tertawa bersama. 

"You know what, Ash... You tahu semua problem dalam hidup I, kan? Sebelum ni Zieta dan Khyra je tempat I mengadu. Sampai satu hari, I dah rasa segan nak mengadu dengan diorang. Bukan sebab apa, sebab I sendiri pun dah naik rimas dengan masalah sendiri! I know they're such a good friend, but nothing much they can do for me other than just being a good listener and shoulders to cry on."

Ashraf mengangguk dan terus memasang telinga.

"Entah macam mana, tiba-tiba I terfikir... Kalau I boleh mengadu pada manusia, kenapa tak pada Tuhan...? He is listening all the time and the best part is, He could change the situation if He would. Manalah tahu, kan? Kun faya kun, bila Dia kata 'Jadi', maka jadilah ia... So... Sejak daripada itulah, I berjanji dengan diri sendiri, I akan cuba solat. Macam I kata tadi, kita improve sikit-sikit. Jangan leka sampai tak buat terus."

Waktu itu barulah Ashraf mula faham tentang kaitan antara manusia dan tuhan, doa dan solat serta dosa dan pahala. Tetapi kini selepas kehilangan Lara, dia bukan sahaja faham malah lebih mendalami erti berserah dan juga pengabdian diri kepada yang Maha Esa.

Ashraf menghela nafas panjang. Inilah perkara yang sering bermain-main di fikirannya sejak kebelakangan ini. Sejak si Danny 'ciban' menyuruh dia berdoa.

Dalam diam dia mentertawakan diri sendiri. Rasa kelakar pula bila seorang non-Muslim yang menyedarkan dia tentang memohon doa dan mengerjakan solat tetapi itulah hakikatnya. Kadang-kala rasa kesedaran itu Allah hadirkan melalui bermacam cara...

* * * * *

Tengahari itu, keadaan di rumah Zuraidah penuh dengan tetamu. Kanak-kanak pula sungguh riang berlari dan bermain di luar rumah sambil bergelak ketawa. 

Sedang Lara dan Zieta bersembang, tiba-tiba Zuraidah terpacul di muka pintu bilik. Sejak keluar daripada hospital, badannya susut sedikit.

"Eh akak, kenapa mata merah ni?" Tegur Zuraidah sambil menghampiri Lara yang sedang duduk di bucu katil ditemani Zieta. Anaknya itu kelihatan anggun dan manis sekali berkebaya dan berselendang merah jambu.

"Err... Contact lens ni, bu... Tadi rasa macam tak selesa." Jawab Lara gugup. Zieta di sebelah cepat-cepat mengangguk tanda mengiyakan.

"Janganlah bagi mata tu merah. Kejap lagi mak Fahd nak sarung cincin, nanti dia ingat akak menangis pulak." 

Lara hanya mengangguk.

"Akak, dengar sini ibu nak cakap."

Mata Lara segera menangkap pandangan ibunya. 

"Bila dah jadi tunangan orang, akak kena pandai jaga diri. Jaga pergaulan, jangan asyik nak keluar dengan orang sana, keluar dengan orang sini... Ibu happy akak jumpa pengganti Huzaimi dan ibu yakin, Fahd lelaki yang baik... Lepas ni kalau jadi apa-apa pada ibu, ibu dah tak risau sangat. Sekurang-kurangnya, dah ada orang yang boleh jagakan akak."

"Eh, apa ibu cakap ni? Janganlah cakap macam tu!" Wajah Lara berkerut memandang Zuraidah namun wanita itu hanya tersenyum sebelum kembali semula ke ruang tamu. 

Kedengaran suara pakcik Lara dan beberapa orang lelaki lagi sedang ketawa sambil berkata sesuatu yang kurang jelas. Sesi perbincangan antara dua keluarga itu sudah hampir sampai ke penghujung dan sebentar lagi ibu Fahd, Puan Fadilah akan masuk ke dalam bilik Lara untuk menyarung cincin. 

"Zie... Aku rasa macam nak menangis lagi... Tapi aku kena tahan, kan..." Lara berbisik sambil mencapai tangan Zieta lalu menggenggam kuat. Dada terasa sungguh berat menahan gelora perasaan. Sejak daripada tadi dia memanggil-manggil nama Ashraf sambil mengharapkan berlakunya keajaiban. Sekejap dia membayangkan Ashraf muncul di muka pintu, sekejapan pula dia membayangkan dia menerima panggilan telefon daripada si Ashraf. Namun, semua itu tidak berlaku sehinggalah saat ini. Dada semakin sebak!

"Syhh...! Kau kena tahan sekarang...! Aku rasa diorang dah habis bincang tu... Kau fikir benda-benda yang best je, okay! Kita nak pergi shopping esok, kita nak lepak dekat Tango, kita nak-"

"Tak boleh, aku asyik teringatkan Ashraf-" 

"Syhh! Diam...! Orang datang...!" Potong Zieta.

Saat itu juga, muncul bayang seorang wanita memakai baju kurung bersulam manik di bahagian dada. Tudung bawal diikat ke belakang, menampakkan rantai emas yang panjang meleret. Wanita itu muncul bersama Zuraidah dan dua orang gadis lagi iaitu adik dan kakak si Fahd. Lara hanya mengukirkan senyuman manis saat mata-mata itu memandangnya...

* * * * *

Pili dibuka. Ashraf menadah air di telapak tangan lalu membasuh muka. Kelihatan percikan air jatuh ke lantai bilik mandi dan satu demi satu organ deria di wajah langsung basah. Dia meneruskan wudhunya sehinggalah selesai sebelum melangkah keluar...

"Aduh... Ke mana pulak perginya? Rasa-rasanya dulu ada je dekat dalam almari ni..." 

Kelihatan Ashraf terbongkok-bongkok di hadapan almari pakaian. Dia tergaru-garu kepala yang tidak gatal dan matanya melilau sana-sini seperti mencari sesuatu. Sesuatu yang sudah lama tidak digunakan. Satu demi satu laci almari dipunggah sehinggalah kain baldu tebal dijumpai.

Sejadah dibentang, tubuh yang tegap itu berdiri tegak menghadap kiblat dan seketika terus mengangkat takbir. 

"Allahu akhbar..."

Suara garau itu tidaklah terlalu kuat tetapi cukup jelas untuk didengari. Ashraf mula memuji-muji Tuhan Yang Maha Esa dalam solatnya pada malam itu...

* * * * *

"Yang, I nak cakap sesuatu." 

Sharina yang sedang memotong wagyu steak di restoran mewah Hotel Shangri-La itu segera memandang Huzaimi.

"Apa dia?" Wajahnya berkerut dan dia berhenti memotong daging premium yang berharga hampir mencecah seribu ringgit. 

"Siang tadi... Lara hantar MMS pada abang." 

"Oh." Wajah Sharina hampir berubah kelat namun dia segera menyembunyikannya. "MMS apa pulak?" Sambungnya lagi. Dalam hati dia sudah bersedia hendak menghantar orang suruhannya mengerjakan Lara! Perempuan gatal!

"Gambar bertunang... Dia dah bertunang siang tadi." Suara Huzaimi kedengaran seakan kecewa.

"Oh!" Sharina tersentak dan cepat-cepat membuat air wajah yang sedih sedangkan dalam hati, dia sedang ketawa sekuat hati dan seakan ingin menari! 

"Alahai, kesiannya abang... Habis tu sekarang macam mana? Abang okay tak ni? Alaa, ayang tak sukalah tengok abang sedih-sedih macam ni... Nanti hati ayang pun jadi tak senang..." 

Huzaimi senyum paksa sambil mengangguk lemah apabila mendengar kata-kata si isteri. "I'm okay..."

"Ayang tahu, abang tak okay! Hei, sampai hati budak tu buat abang macam ni! Macam ni lah bang, apa kata-"

"Tak Rin, abang okay. Dengar sini-"

"No, dengar dulu idea ayang ni-" 

"Rin, listen...! Abang nak minta maaf...!" 

Lalu Sharina terkaku... "Mintak maaf?" Keningnya mencerun. "Kenapa mintak maaf?"

"Abang nak mintak maaf atas semua perbuatan abang terhadap Rin dan anak kita selama ni... Abang hargai kesabaran Rin untuk menerima Lara, tapi apa boleh buat... Dia dah jadi tunangan orang sekarang." 

Sharina terpinga-pinga cuba memahami maksud Huzaimi. 

"Maknanya... Abang nak lepaskan Lara?" 

Mata mereka bertatapan lalu Huzaimi mengangguk perlahan. 

"Mungkin abang ni memang dah lama tak ada dalam hati dia, Rin... Tak guna kalau kita nak paksa-paksa. Cintakan tak boleh dipaksa?" 

Huzaimi dan Sharina memandang sesama sendiri. 

"Rin... Rinlah isteri yang paling baik buat abang. Terima kasih sebab cuba untuk terima Lara tapi memang dah tertulis, takdir abang bukan bersama dia. Rin dah banyak berubah sekarang dan abang rasa bertuah sangat dapat isteri yang baik hati macam Rin... Maafkan abang jika selama ni abang banyak buat Rin terluka kerana Lara." Lalu Huzaimi mencapai tangan Sharina dan mencium perlahan.

Malam ini, Sharina berasa seolah-olah 'on top of the world'! Dia tersenyum meraikan sebuah kemenangan yang hakiki. Kini, bolehlah dia menamatkan lakonannya. Dia sudah penat berlakon dengan watak yang dibuat-buat dan sekarang bolehlah dia kembali menjadi Sharina yang 'dulu', bukan?

Sekali lagi, Sharina tersenyum puas hati...

* * * * *

Selepas memberi salam, Ashraf menadah tangan dan matanya dipejam rapat. Fikiran hanya difokuskan pada saat dan detik ini, seolah-olah membayangkan dia sedang berbicara dengan Sang Rabb... Seperti yang dibuat oleh Lara.

"Ya Allah ya Tuhanku..." Ashraf mula berdoa dalam suara yang perlahan. Terasa dilema di hati; layakkah dia untuk meminta? 

"Engkau temukanlah aku dan Lara Rizman kembali. Izinkanlah kami berjumpa semula, ya Allah. Dan tunjukkanlah cara bagaimana untuk aku mencari dia. Please show me the way... Please, ya Allah..." Rahang diketap kuat, dada menahan sebak yang melanda. 

"Ya Allah ya Tuhanku..." Ashraf telan liur. "I've exhausted all means in finding her. I am at a dead end Ya Allah, so please give me strength to make this through... Have mercy on me... Kasihanilah hamba-Mu ini, ya Allah..." Saat ini Ashraf terasa betapa kerdilnya dia di sisi Sang Pemilik Semesta.

"Ya Allah, ya Tuhanku... Permudahkanlah pencarian ini... Janganlah Engkau jauhkan dia dariku. Dan maafkanlah..." Suara Ashraf tersekat dan dia menelan liur dengan keras. "Maafkanlah atas kelalaianku terhadap-Mu selama ini, ya Allah... Please forgive me..." Ashraf mendekatkan sedikit mukanya ke telapak tangan dengan kerutan yang jelas di wajah. Dia berasa malu terhadap diri sendiri dan terhadap Tuhan yang memberi nikmat kepadanya selama ini.

"Ya Allah ya Rabbi... Sesungguhnya setiap kejadian-Mu adalah sempurna tetapi maafkanlah kami jika tidak sempurna menjadi hamba-Mu. Ampunilah aku, ibu dan ayahku, serta seluruh ahli keluargaku. Tunjukkanlah kami jalan yang benar." Wajah Ashraf sedikit berkerut dalam pejaman matanya. 

"Wasallallah hu'ala saidina Muhammad, wa'ala a'lihi wasahbihi wassalam, walhamdulillah hirabbil a'lamiin..." Ashraf menekup muka. Agak lama... Bayang wajah Lara timbul dan tenggelam bersama perasaan yang bercampur-baur.

'Lara Rizman.'

Nama itu dibisik dalam hati bersama sepi dan rindu yang menggunung tinggi...

Nota: Ashraf Zildan selalu dapat apa yg dia hendak, sampaikan dia terlupa bahawa semua itu bukan setakat hasil usaha shj tp atas keizinan yg Maha Esa :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience