Muka Ashraf monyok menarik beg bagasi masuk ke dalam bilik hotel. Pintu di tutup dan dia mencampakkan topi pilot-nya ke sofa.
Bam!
Badannya jatuh ke katil. Matanya terpejam. Fikiran melayang jauh mengenangkan kali terakhir penerbangannya bersama Lara hampir dua minggu yang lalu.
Ah, rindunya saat itu... Dan kini, dia kembali bekerja sendirian semula.
Ashraf seluk poket dan mengeluarkan telefon bimbit seraya membaca SMS yang masuk semenjak dia tiba di lapangan terbang tadi.
'Hi Ash! Awak fly hari ni kan? Daddy fly ke New York. Awak dengan daddy ke tu?' - Nori Uncle Eid
'Haih. Tahu pulak dia aku fly hari ni.'
Tangannya membuka mesej yang lain.
'Yo Ash! Ty sama Steve mau datang surfing bareng. Lo mau ngikutin gak?' - Bobby B.
Ashraf tersenyum membaca mesej Bobby lalu membalasnya. Dan selepas itu dia memeriksa lagi SMS yang lain...
'No, I don't want anything.' - Mama
Ashraf gigit bibir. 'Merajuklah tu.'
Sebelum dia berlepas semalam, dia ada bertanya kalau-kalau mamanya itu hendak memesan apa-apa daripada Milan. Tetapi balasan SMS itu sungguh dingin. Serta-merta perbualan dia dan mamanya minggu lalu tentang Noree terimbas di fikiran.
"Ma, ma tolong jangan masuk campur, ma. Orang tahulah nak cari girlfriend ke, nak cari bini ke... Don't worry, orang boleh cari sendiri." Nada Ashraf lembut sahaja tetapi berbanding pula dengan penerimaan Zelda, kata-kata itu menusuk tajam ke telinganya.
"Dah berapa orang you cari lepas tu tak jadi?"
"Tiga orang."
"Ha! Habis tu, kali keempat ni biarlah mama recommend kan..."
Ashraf menghela nafas sambil tersenyum tawar.
"Ma... Sebenarnya Uncle Eid ke mama yang nak satukan kitorang ni? Nampak macam plan mama je-"
"At first it was Uncle Eid's. Then I quite liked the idea and I know Noree since she was a kid. Family kita pun rapat, jadi kenapa tak boleh rapatkan lagi?"
"Okey-lah kalau mama nak rapatkan lagi tapi janganlah babitkan orang."
"Habis tu nak babitkan siapa lagi?!" Suara ibunya seakan membentak membuatkan Ashraf terpempan seketika tetapi selepas itu dia tertawa.
"Mama 'kenenkan' lah dengan Aril pulak ke, dengan Haris ke..." Ujar Ashraf dalam sisa tawanya. Tak sangka betul, beria-ia sungguh mamanya itu hendak menyatukan dia dan Noree.
Waktu itu Ashraf lihat Zelda tarik muncung. Dalam empat orang adik-beradik, dialah satu-satunya anak yang tidak pernah berkasar atau membentak ibunya. Tidak pernah walaupun sekali! Tetapi itulah yang menyebabkan dia selalu menjadi sasaran untuk menuruti setiap kemahuan Zelda. Kadang-kala terasa juga seperti 'pak turut' tetapi jika hal-hal berkaitan dengan jodoh, Ashraf tekad untuk mengambil keputusan sendiri.
Ashraf mengeluh perlahan. Masih terbayang di mata, mamanya itu terus bangun dan membiarkan dia keseorangan di meja makan. Merajuk. Dan hari ini, setelah hampir lima hari perkara itu berlalu, mamanya masih lagi dingin. Aduh!
Ashraf memeriksa SMS yang lain tetapi dia dapati tiada satu pun daripada Lara. Lantas dia membuka lembaran mesej baru dan jarinya tangkas menaip.
'Princess, tengah buat apa?'
'Message Sent'.
Telefon itu diletakkan ke tepi lalu matanya dipejam. 'Ada fashion show ke hari ni? Rasanya macam minggu depan. Photoshoot kot?' Hati Ashraf berkira-kira sendiri.
Dia membuka tali leher yang dipakainya dan selepas itu, butang baju kemeja pula dilepaskan satu per satu.
Kring kring... Kring kring...
Kening Ashraf mencerun apabila terdengar telefon bilik hotelnya berbunyi.
"Hello?"
"Ashraf, jom turun lounge dekat bawah sekejap. Kita nak toast for Joey, dia nak kahwin minggu depan." Kedengaran suara First Officer Hafiz di corong telefon.
"Urgh, aku baru nak mandi!"
"Tak payah mandi dululah, kita turun bawah dulu. Capt ajak semua kru lelaki. Jom!"
"Hmm... Okey."
"Oii, jangan lambat-lambat! Cepat turun sebelum happy hours habis."
Ashraf tertawa. "What a cheapskate bastard! Orang kalau nak toast bukak wine atau champagne beribu-ribu-"
"Oi... Ini suka-suka je lah! Kau nak kahwin nanti, kau open. Dah lah, jom! Aku tunggu kau dekat bawah."
"Okey... Aku tukar baju kejap."
Lantas gagang telefon diletak.
*Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *
Suasana eksklusif di The Library, The Ritz-Carlton Kuala Lumpur sungguh tenang bersama alunan muzik jazz yang beralun indah pada malam itu. Tiupan saksofon bersama petikan piano kedengaran menghiasi di segenap ruang lobi restoran mewah tersebut. Kelihatan Lara dan Huzaimi bersama beberapa pasangan kekasih yang lain sedang menari berpelukan, sungguh asyik.
Di sebuah meja makan yang berhias indah, telefon bimbit Lara kelihatan bercahaya apabila satu SMS menerjah masuk. Ia telah disetkan ke dalam mod 'Silent' oleh Lara sejak dari awal lagi sebelum mereka tiba di hotel mewah itu.
Irama lagu 'Sway' beralun rancak. Sambil menari, Lara memautkan tangannya pada bahu Huzaimi manakala lelaki itu pula memeluk pinggangnya dengan erat.
Sesekali Lara memejam mata. Walaupun dia bersama Huzaimi tetapi fikirannya teringatkan kehangatan tubuh Ashraf waktu berdakapan di Los Angeles. Masih adakah cintanya buat Huzaimi? Itulah persoalan yang sering timbul di benak Lara.
Lalu dia memeluk Huzaimi dengan lebih erat dan menumpukan perasaannya pada sosok tubuh itu, seolah-olah mencari jawapan. Agak lama juga Lara berbuat begitu. Dia cuba merasai bahang cintanya terhadap Huzaimi dan ternyata rasa cinta itu sudah tidak sehangat dahulu... Masih ada, tapi hanya bersaki-baki.
"Rindu ke?" Kedengaran suara Huzaimi berbisik di telinganya. Mungkin kerana merasakan dakapan Lara yang erat.
Lara perlahan-lahan mengangguk, mengiyakan saja walaupun dicengkam rasa bersalah. Apa yang harus dia katakan lagi? Memang sebelum dia berangkat ke Los Angeles, mereka sudah hampir sebulan tidak berjumpa. Kadang-kala, berhari-hari juga Lara tidak mendengar khabar lelaki itu. Rindu memang rindu tetapi mungkin dia sudah terbiasa dengan kesibukan Huzaimi. Berbanding dengan Ashraf yang hampir setiap jam ber-SMS kecuali ketika lelaki itu di atas awan.
Selepas tamat sahaja lagu 'Sway' tersebut, Lara dan Huzaimi jalan beriringan ke meja mereka. Wajah kedua-duanya terlihat ceria dan sebaik sahaja melabuhkan punggung, Huzaimi segera mengambil gelas minumannya lalu disuakan ke Lara.
"For my new business venture..."
Lara hampir tercengang memandang Huzaimi tetapi satu senyuman lebar terukir di bibirnya.
"Sayang? Business apa lagi you buat ni?" Tanya Lara sambil mengangkat gelas minumannya juga.
"Well... Umm... Quite a small scale compared to Anjakan Paradigma. Sebenarnya ini business adik I, si Bazli. I cuma one of the shareholders je."
"Ah, I see..."
"For Quest Synergy Sdn Bhd."
"Wow... Quest Synergy." Kata Lara lalu gelas minuman dilagakan. "Congrats, sayang. All the best to Bazli and team." Minuman tanpa alkohol itu diteguk oleh kedua-duanya tetapi saat itu juga, ada satu perkara terlintas di fikiran Lara menyebabkan dia terus melontarkan soalan.
"Sayang... Seumur hidup you, you pernah 'minum' tak?"
Lara lihat Huzaimi tertawa kecil.
"Kenapa you tanya?" Tanya lelaki itu.Â
"Saja nak tahu... Kita pernah toast for PT Anjakan Paradigma Indonesia dulu dan malam ni untuk Quest Synergy pulak. You macam dah biasa je?" Lara dengan selambanya bertanya.
Huzaimi menghela nafas dan tersenyum.
"Ye, I pernah 'minum'. Masa zaman-zaman umur I dua puluhan dulu. Masa tu Anjakan Paradigma baru nak naik dan I berjumpa ramai orang. Jumpa kontraktorlah, entertained clients-lah... So, memang I 'minum' masa tu." Jelas Huzaimi.
"Oh..." Lara mengangguk perlahan. Tak adalah 'baik' sangat seperti yang ibunya sangkakan, fikir Lara. "Yeah, no surprise. I tahu, memang kebiasaannya ramai je businessman yang 'minum'. Tapi baguslah you dah berhenti. I really appreciate that." Sambungnya lagi.
"Ye... Itu cerita dulu. Sekarang ni I memang tak 'minum' dah. Dekat lima tahun I tak sentuh benda-benda tu."
Kali ini Lara pula mengangguk. "Masa tu parents you tahu ke you 'minum'?"Â
"Mak tak tahu tapi bapak tahu. I kena tazkirah panjang lebar. Itulah salah satu punca I berhenti. Yelah, orang tua. Depalah yang menegur kita." Ada tawa kecil di hujung ayatnya.
Sekali lagi Lara mengangguk dan tersenyum.
"Eh, speaking of them... Bila I nak bawak you jumpa parents I ni? You bila free?"
Pertanyaan Huzaimi itu membuatkan darah Lara berderau!Â
"Oh... Pasal tu ye... Erm..." Lara cuba sembunyikan kegusarannya. Dia memang tidak bersedia untuk bertemu dengan kedua-dua orang tua Huzaimi setelah cintanya kepada Ashraf kian menebal. Hatinya mula resah.Â
"Erm, maknanya... You nak bawak I ke rumah parents you di Damansaralah ye?" Tanya Lara, melengahkan jawapan supaya otaknya dapat memikirkan sesuatu.
"Oh, tak. I rasa lebih baik kita lunch sama-sama di Mandarin Oriental atau Shangri-La. I boleh ambik private dining room."
"Oh... I ingatkan jumpa parents you dekat rumah..."
"Hmm... Mula-mula I pun fikir macam tu tapi my mom teringin nak makan dim sum pulak. So, dah alang-alang nak jumpakan dengan you, baik kita pergi makan sama-sama sekali, kan?"Â
"Ah, okay... Erm... Sebenarnya sayang... I dah nak fly ke Philippines hujung minggu ni." Lara berbohong. Dia sepatutnya ke Filipina pada minggu yang satu lagi.
"Philippines? Nak buat apa pulak ke Philippines? Kan you baru je balik dari Los Angeles?"
"Ish, sayang ni. Los Angeles tu kan I saja nak berjalan... Yang trip ke Philippines ni sebab I ada photoshoot... I told you before, kan!" Lara tarik muka sementara Huzaimi pula sudah tertawa!
"Ala, janganlah marah, dear... I ni schedule sendiri pun I tak ingat, semua PA yang uruskan... Nak ingat schedule you lagilah fail!" Mereka tertawa bersama.
"Baiklah, kalau macam tu... Kita tunggu you balik daripada Philippines, okay?"
"Yup, that's the best." Ujar Lara dan dia berharap apabila dia pulang daripada Filipina nanti, Huzaimi pula akan terbang ke Jakarta, atau... Lelaki itu terus terlupa akan hal tersebut.
Tetapi... Sampai bila dia harus 'lari' daripada keadaan ini? Lara mengeluh dalam hati. Buat masa ini, dia tiada jawapan untuk persoalan itu...
*Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *
"To Joey, who will 'retire' from the bachelor's club and may all your ups and downs come only in the bedroom!"
Kesemua kru-kru lelaki yang berkumpul di hotel lounge tersebut ketawa sakan saat mendengarkan ucapan yang dibuat oleh Kapten Lim. Bunyi gelas dilagakan kedengaran bersama gelak tawa dan gurauan ceria terhadap Joey, pramugara Singapore Airlines yang bakal melangsungkan perkahwinan pada minggu hadapan.
Ashraf meletakkan gelasnya ke meja. Air bir itu sudah separuh diminum. Dalam kemeriahan suasana di situ, hatinya terasa sepi seolah-olah ada sesuatu yang dia rasakan kurang atau tidak lengkap...
Klik!
Pintu bilik hotel dibuka. Kesunyian semakin terasa mencengkam dan fikiran Ashraf terus teringatkan Lara.
'Huh. Mengada-ngada betul. Padahal selama ni elok je duduk sorang-sorang dalam bilik.' Ujarnya pada diri sendiri.Â
Ashraf melangkah ke bilik mandi dan membuka pili air di tab mandi. Dia ingin berehat dan berendam sebentar sebelum masuk tidur.
Telefon bimbitnya masih sepi, sesepi hatinya. Lara masih belum membalas SMS. Mengapa agaknya? Adakah Lara sedang bersama lelaki itu? Hatinya membengkak bila memikirkan perkara tersebut.
Ashraf terus mengambil jubah mandi di dalam almari dan kembali ke bilik mandi. Dia tidak mahu memikirkan lagi dengan siapa Lara bersama sekarang. Lebih baik dia berehat di dalam tab mandi dan masuk tidur selepas itu...
*Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *
"Hello, assalamualaikum." Ucap Zelda sambil tersenyum dan mengepit telefon bimbit di antara telinga dan bahunya. Pintu rumah dibuka lalu dia dan Martin melangkah masuk.
"Hai, aunty! Waalaikum salam."
"Noree tengah buat apa tu? You free to talk?" Suara Zelda kedengaran sungguh mesra.
"Yes, okay je. Baru lepas dinner dengan housemate."
"Oh, I see..."
"Aunty! Ash tak balas pun mesej Noree...! Aunty kata dia fly semalam kan? Sampai hari ni dia senyap. Noree tanya dia, dia fly dengan daddy ke. Pun dia tak jawab..." Gadis itu terus mengadu domba. Kelihatan dia memuncungkan bibir seolah-olah merajuk.
"Oh, ye ke? Bertuah punya budak... Memang dia fly, aunty yang hantar dia ke airport kelmarin. Hmm... So far, macam mana dia dengan Noree? Korang dah mula bersembang-sembang ke?"
"Belumlah, aunty. Ash tu macam biasalah, kita tanya satu, dia jawab satu. Macam mana nak bersembang kalau macam tu." Bibir dimuncungkan lagi.
"Iye. Itu memang sikap semulajadi dia, tak banyak cakap. Dekat rumah ni pun kalau time makan tu, dia makan je lah. Bila aunty mula bersembang, barulah dia nak bercakap. Noree tak usah bimbang pasal tu, dia memang jenis berat mulut."
"Hmm... Tapi, kitorang tak pernah bersembang mulut pun aunty."
"Oh, habis tu? Bersembang macam mana?"
"Setakat ni bersembang dekat SMS je lah..." Suara Noree seakan hampa.
"Laa, ye ke... Hari tu aunty ada pujuk-pujuk dia, suruh dia call Noree... Dia kata okeylah."
"Hmm... Tak ada pun."
"Haih! Ash ni kan... Takpe, nanti bila dia balik dari flight, aunty suruh dia call Noree, okay."
Saat itu, Zelda terdengar satu keluhan dilepaskan oleh gadis itu di hujung talian.
"Erm, actually kan aunty... I don't have a good feeling on how he has been responding to my messages lah..."Â Noree berdecip.
"What do you mean?" Tanya Zelda.
"I mean... Erm, Noree rasa... Ash tak nak berkawan dengan Noreelah, aunty... Frustrating betullah kalau tengok cara dia layan Noree. Noree dah tak tahu nak buat macam mana."
"Ala, janganlah cakap macam tu... Kan you all baru lagi, masih awal lagi nak give up." Pujuk Zelda dengan lembut.
Noree terdiam sambil mengetap bibir. Memang dia betul-betul mengharapkan yang Ashraf dapat menerima kehadirannya tetapi reaksi dingin Ashraf sering membuatkan dia berasa putus asa.
"Noree, Ashraf tu anak aunty. Aunty tahulah pe'el dia macam mana. Dia memang berat mulut, tak pandai nak bersembang, tak mesra dengan orang luar. Tapi sebenarnya dia penyayang... Kita cuma kena pandai adjust dengan cara dia je. Memang itu yang ambil masa sikit, tapi Noree jangan bimbang. Aunty kan ada?" Zelda tersenyum.
"Hmm... Yeah."
"Memang in his past relationship with his ex-girlfriends, semua tak lama. Tapi aunty yakin Noree ada kelebihan sebab both of you dah kenal sejak kecil lagi. Jadi aunty rasa, mesti senang nak bonding bila korang dah mula berkawan. Permulaan ni je yang susah sikit."
Kata-kata Zelda itu melegakan hati Noree lantas dia tersenyum.
"Tapi nak bonding macam mana kalau SMS Noree pun dia tak nak balas?"
Zelda tertawa!
"Ha... Family kita ni kan orang-orang airlines. Masa ni lah kita nak gunakan kelebihan kita." Jawab Zelda. Kata-kata itu membuatkan dahi Noree berkerut.
"Apa maksud aunty?"
"I have a plan! Are you ready for it?"
Noree tertawa riang! "Yes!" Jawabnya. Lantas kedengaran tawa mereka berdua di corong telefon.
Zelda mula berkongsi segala perancangannya kepada Noree manakala gadis itu pula dilihat sungguh teruja mendengar setiap butir kata wanita yang bakal menjadi ibu mentuanya...
Tetapi... Sampai bila dia harus 'lari' daripada keadaan ini? Lara mengeluh dalam hati. Buat masa ini, dia tiada jawapan untuk persoalan itu...
Share this novel