Bab 5

Romance Completed 159812

"TUAN-TUAN dan puan-puan, selamat datang ke Lapangan Terbang Tawau. Waktu tempatan ketika ini adalah pukul lima dua puluh lima minit petang. Bagi tujuan keselamatan tuan-tuan dan puan-puan dinasihatkan agar terus berada di tempat duduk masing-masing dan tidak membuka tali pinggang keselamatan sehinggalah lampu isyarat tersebut dipadamkan. Sila pastikan semua barangan milik anda ada dibawa bersama dan jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila maklumkan kepada krew-krew kami yang bertugas. Bagi pihak Kapten Vikash dan Malaysia Airlines, kami mengucapkan terima kasih dan sehingga berjumpa lagi pada penerbangan yang akan datang. Terima kasih."


Kedengaran intercom dimatikan. Kapal terbang yang baru sahaja mendarat sebentar tadi masih melakukan 'taxiing' menuju ke petak parkir. Ashraf hanya duduk termenung sambil memerhatikan pemandangan bukit-bukau di luar dengan perasaan yang membungkam. Akhirnya, tempoh tiga jam penerbangan ke Tawau sudahpun tamat!


Ashraf tunduk sambil membuka cebisan kertas di tangannya. Ya, kertas yang bertulis nombor telefonnya itu masih lagi ada padanya! Kini dalam masa lebih kurang lima belas minit lagi, Ashraf dan gadis 22B itu akan berpisah. Namun begitu, Ashraf sebenarnya sudah ada back up plan yang terakhir. Sanggup atau tidak, itu sahaja satu-satunya strategi yang tinggal. Jika Ashraf tidak menggunakannya, lima belas minit ini adalah kali yang terakhir dia melihat gadis 22B itu!


Enjin pesawat terus sahaja dimatikan sebaik sahaja ia masuk ke petak parkir. Penumpang-penumpang semua sudah hiruk-pikuk bangun sambil membuka ruang atas tempat simpanan beg untuk mengambil barangan masing-masing. Ashraf hanya membatukan diri di tempat duduk, malas untuk berebut dan bersesak-sesak keluar dengan yang lain. Lagipun, Ashraf sebenarnya hendak berjumpa dengan rakannya, Kapten Vikash.


Apabila keadaan sudah reda sedikit, Ashraf mula bangun daripada tempat duduknya dan terus meluru ke ruang hadapan pesawat. Ketika itu, Ashraf dapati ada seorang pramugari dan pramugara yang menjahanamkan rancangannya sebentar tadi sedang berdiri berhampiran pintu pesawat sambil mengucapkan terima kasih kepada penumpang yang keluar.


"Can I see Captain Vikash for a sec?" Kata Ashraf kepada dua krew kapal tersebut. Dia menganjak sedikit ke tepi bagi memberi laluan kepada penumpang-penumpang di belakangnya.


Mendengarkan kata-kata Ashraf, kedua-dua krew kapal itu seperti tercengang tetapi mereka cepat-cepat menganggukkan kepala. Pramugari yang memakai tag nama 'Vernessa' itu cepat-cepat masuk ke dalam kokpit dan seketika kemudian dia keluar bersama kaptennya. Saat itu juga, kelihatan gadis 22B melintas di hadapan mereka semua membuatkan Ashraf terpaku.


"Bye miss! Have a nice day! See you again!" Ujar pramugara yang berdiri di sebelah Ashraf. Gadis 22B itu Ashraf lihat terus tersenyum memandang pramugara tersebut sambil berkata, "Thank you, dear! See you too!"


'Aww... Dear...?!' Jerit Ashraf dalam hati. Hatinya melebur cair! "Dia stewardess Malaysia Airlines ke?? Siapa nama dia? You all tahu tak??" Kalau turutkan hati Ashraf, mahu saja dia bertanya begitu pada semua orang disekelilingnya, tetapi malangnya situasi itu hanya dapat Ashraf bayangkan dalam kotak fikirannya sahaja. Ashraf menyeluk tangannya ke dalam poket seluar dan dia boleh rasa cebisan kertas kecil yang tertulis nombor telefonnya tadi...


"Bro, okay tak aku landing tadi?" Suara Vikash mematikan lamunan Ashraf. Kini, pesawat tersebut telahpun kosong. Kesemua penumpang sudah keluar dan hanya tinggal Ashraf sahaja penumpang yang terakhir di situ.


Mendengarkan pertanyaan juruterbang tersebut, Ashraf hanya tersenyum. "Pilot Malaysia Airlines memang semua hebat-hebat bro, aku tahu!" Bahu Vikash ditepuk perlahan. Vernessa dan rakan sejawatnya Fiq bertukar-tukar pandangan seraya beredar dari situ.


"Hei, Fiq... Dia cakap BM-lah!" Bisik Vernessa manakala Fiq hanya menganggukkan kepala. "Yelah. Aku rasa dia Melayulah." Kata Fiq pula. Mereka cepat-cepat ke ruangan galley di belakang untuk membuat persiapan keluar pesawat. Selain itu, mereka juga ingin bergosip tentang 'pax handsome' tersebut bersama Lisa dan rakan-rakan yang lain!


"Vik, aku jumpa kau dekat arrival gate kejap lagi boleh?" Mata Ashraf menatap tepat ke dalam anak mata rakannya itu. Vikash mengerutkan dahi. "I thought you wanna say goodbye to me!" Mereka berdua tertawa kecil.


"Iye, tapi kejap lagilah, bro. I need to talk to you. Aku tunggu kau dekat luar okay? You settle everything in your cockpit first."


"Okay okay, boleh... Untuk kau boleh saja bro." Vikash tersenyum sambil menyarungkan topi pilot-nya ke kepala. Ashraf membalas senyuman rakannya itu, lalu dia bergerak melangkah keluar dari perut pesawat...


Setelah lebih kurang sepuluh minit Ashraf menunggu di pintu balai ketibaan tersebut, Vikash akhirnya muncul sambil mengheret beg bagasinya yang sederhana besar.

"Yo, what's up...!" Kata juruterbang itu sambil menghampiri Ashraf.

"Bro... I need your help..."


Terus sahaja ayat itu terpacul keluar dari mulut Ashraf. Vikash mengerutkan keningnya. Dia mengamati wajah Ashraf yang kelihatan seperti orang yang sedang serba salah.

"Huh? What kind of help? Macam serius je ni..."

"Takdelah serius sangat. Tapi bagi aku seriuslah!" Ashraf sengih.

"Okay.... Apa dia? Kau tak sengaja rosakkan pintu tandas kapal ke?"


"What?!" Kali ini, Ashraf pula mengerutkan kening sambil mengecilkan matanya. Vikash tertawa besar dan menyambung, "Pernah bro, ada seorang pax ni rosakkan pintu tandas masa flight pergi China bulan lepas! Menggelabah mamat tu!" Ashraf turut tertawa mendengarkan cerita rakannya itu.

"Bukan rosakkan pintu tandaslah!" Potong Ashraf.

"Habis tu? Are you in trouble?"


"Nope... I'm in love!" Ashraf berkata sambil ketawa diikuti dengan tawa Vikash! "Ho! There you are!" Suara Vikash meninggi sedikit. Perlahan-lahan, mereka mula mengorak langkah meninggalkan balai ketibaan tersebut.


"Fuh bro! Kau berkenan dengan stewardess aku ye? Yang mana satu? Ada seorang je yang dah kahwin tadi. I hope not that one!" Suara Vikash kedengaran teruja tetapi Ashraf sudah ketawa terbahak-bahak. Namun di sebalik tawanya, hati Ashraf dilanda gusar.


"Erm... Itulah masalahnya sekarang ni, bro. Bukan dengan krew stewardess kau." Jawab Ashraf acuh tak acuh. Kening Vikash mencerun. Dia mula tidak faham dengan kata-kata Ashraf.

"Huh? Habis tu dengan siapa?"


Langkah mereka terhenti. Pemuda India itu merenung mata Ashraf dalam-dalam manakala Ashraf pula sudah tersengih seperti kerang busuk. "Kau jangan cakap kau fell in love dengan aku pulak!" Tawa mereka terus terhambur! Ashraf gelak sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Geli! Dan gelihati!


"Kenapa pulak aku nak jatuh cinta dengan kau, giler?!" Sekali lagi mereka ketawa berdekah-dekah. Vikash mula menyapu air yang terbit dari matanya akibat banyak ketawa.


"Habis tu dengan siapa, setan?! Kalau bukan dengan stewardess aku, kenapa kau nak jumpa aku pulak?!" Gelak tawa Vikash masih lagi belum reda. Ashraf sambung tawa sambil menggeleng kepala dan menepuk dahi.


"Oh, gosh!" Tiba-tiba tawa Vikash terhenti dan mukanya berubah sambil memandang Ashraf lalu menyambung, "Aku tahu siapa! Aku tahu! Kau suka steward aku ye?! Bro, I thought you're straight!" Mulut Vikash ternganga manakala Ashraf pula buat muka bengang sambil mengetap bibirnya.


"Bukanlah bro! Muka aku ni muka gay ke?! Let me explain to you. Boleh tak kita duduk minum sekejap? Tu, sana ada kedai minum. Please??" Ujar Ashraf kepada rakannya itu. Vikash hanya mengangguk dan mereka terus berjalan menuju ke arah kafe tersebut...


"What?! Oh, my god!" Mata Vikash terbeliak setelah mendengar cerita dan permintaan Ashraf. Kopi yang ingin diminum itu diletakkan semula ke atas meja. "Syhh...! Tone it down." Kata Ashraf pula seperti berbisik. "You're crazy, man!" Sambung Vikash lagi. Kali ini, suaranya juga turut berbisik. Ashraf tertawa kecil. "Oh... Come on, Vikash. Kau tolonglah aku!" Ujar Ashraf sambil membuat muka kesian.


"Bro, that is crazy, man! I don't think I can do this! Those are all P&C information about passengers! They won't leak it! Trust me, THEY WON'T!" Suara Vikash kedengaran serius.


"Vik, please-lah Vik... There must be a reason why we're all here today! Dia, kau, aku... Dalam satu flight! I believe there must be something you could do to help... Please?"

"You're one crazy fella, buddy..."


"Yeah, I know I'm crazy and whatever shit! But please-lah Vikash! Please! Kau seorang je yang boleh tolong aku dalam hal ni!" Ashraf mengeraskan suaranya tetapi dalam nada yang perlahan. Dia merayu kepada Vikash supaya Vikash boleh dapatkan semua informasi mengenai gadis 22B itu termasuklah nombor telefon gadis tersebut daripada Ticketing Officer! Atau daripada Reservation Office... Atau daripada mana-mana sumber sahaja asalkan ada terkandung nombor telefon gadis berkenaan. Dan ternyata Vikash enggan bersubahat!


"Kejap, kejap... Ni girl yang mana ni? Cuba kau cerita balik pada aku, tadi aku macam tak concentrate sangat. Girl yang keluar last sekali dari kapal?" Vikash mengerutkan kening. Perlahan-lahan, dia menghirup air kopinya yang sudah sejuk. Otaknya memutarkan kembali situasi dia keluar dari kokpit untuk berjumpa dengan Ashraf sebentar tadi. Tetapi... Vikash langsung tidak ada apa-apa ingatan mengenai gadis yang Ashraf maksudkan itu!


"Ala, kalau kau tak perasankan dia masa kau keluar dari kokpit tadi maknanya kau memang tak nampak dialah. Unless krewlah. Diorang je yang handle pax." Kata Ashraf. Air wajahnya redup seperti kecewa kerana Vikash enggan menolongnya. Vikash jadi serba-salah.


"Ha, macam ni lah. Kalau kau syak minah tu MAS stewardess, biar aku tanya dulu pada krew-krew aku. Manalah tahu kalau-kalau diorang kenal girl tu. Selalunya diorang kenal sesama diorang." Vikash memberi cadangan manakala Ashraf pula hanya menganggukkan kepala tanda setuju.


"Kalau diorang tak kenal macam mana?" Tanya Ashraf. Hatinya bagai dicarik-carik apabila melontarkan soalan tersebut. Vikash dia lihat hanya tersenyum lebar.


"Kalau diorang tak kenal... Erm..." Ayat Vikash tergantung di situ dan waktu itu juga, dia lihat Ashraf sudah seperti cacing kepanasan. Vikash terus ketawa besar!

"Eh bro, aku tak pernahlah tengok kau macam ni." Ujar Vikash dalam tawanya.


"Ye, aku sendiri pun tak pernah jadi macam ni!" Ashraf menjawab dengan mukanya yang serius. Vikash meneguk lagi air kopinya sambil tersengih lebar.


Ashraf yang merupakan bekas rakan sekolahnya itu memang seorang yang degil dan sukar untuk mengalah. Lima tahun Vikash bersekolah dengan Ashraf dulu di Johor Bahru. Mereka satu tingkatan tetapi Ashraf berada di dalam kelas yang pertama, manakala dia pula di kelas yang kedua. Mereka mula menjadi rapat apabila sering study group bersama-sama sewaktu membuat persiapan peperiksaan SPM. Kerana itu, Vikash sangat kenal dengan sikap keras kepala Ashraf. Malah, Ashraflah yang memberi inspirasi kepadanya untuk menjadi juruterbang!


"Bro, listen okay... Aku bukan tak try nak tegur minah tu tadi. Tapi masa aku tengah semangat nak approached dia, datang pulak steward kau tu kacau daun! Lepas tu aku terus jadi kecut perut balik bro! Kau pun kenal aku sejak dari sekolah dulu macam mana, kan? Aku bukan reti sangat nak menyembang-nyembang ni bro! Nak berkenalan lagilah! Aku rasa seriau sampai nak termuntah tadi, bro!" Mendengarkan kata-kata Ashraf itu, Vikash ketawa.


"Jangan ketawa, dengar lagi aku nak cakap ni." Ashraf menyeluk poket seluarnya. Lalu, dia mengeluarkan kertas kecil tersebut.


"Nah, tengok ni. Ini pun aku ingat nak suruh krew kau pass dekat dia tadi. Tapi aku risau, macam mana kalau girl tu buat bodoh je dekat kertas ni nanti? Macam mana kalau girl tu tak contact aku lepas dia dapat note aku ni?? Nanti sia-sia je aku tunggu sampai berjanggut, bro! Lagi teruk, macam mana kalau dia ingat aku ni lelaki psiko yang stalk dia sampai ke Sabah?! Malu bro! Hancur maruah aku!"


Vikash tertawa sambil dia mengambil kertas di tangan Ashraf. Lalu, dia membuka lipatan kertas itu seraya membacanya...


"Laa... Ini je yang kau tulis??" Lelaki itu tersentak dan terus memandang ke wajah Ashraf. Dia menghadapkan kertas kecil tersebut ke muka Ashraf menyebabkan Ashraf terpinga-pinga lalu membaca kembali tulisannya.

"Habis tu... Aku nak tulis apa lagi??" Dahi Ashraf berkerut manakala Vikash pula sudah menepuk dahi!

"Aku tak tahulah bro! I didn't know the guidelines-"

"Takde guidelines-lah! Lu ingat semua benda ada manual macam kapal terbang ke?" Potong Vikash dalam tawanya.

"Habis tu...?" Muka Ashraf blur.


Vikash terus ketawa sambil menggelengkan kepalanya. Lalu Ashraf menyambung, "Bro, kalau kau nak tengok aku ni kahwin, kau tolonglah aku kali ni bro!" Kata-kata Ashraf itu membuatkan Vikash tercengang. "Wow! Seriuslah? Sampai macam tu sekali ke?"


Ashraf hanya tersengih lantas berkata, "Okay, I'm just kidding. Tapi aku betul-betul serius nak pursue minah ni bro! Kau tolonglah aku!" Vikash hanya tersenyum.


Ashraf menyambung lagi, "Bro, listen here. If I only have one thing to ask for and one person to beg to; for the rest of my life, this is the only thing I would beg for and it's only from you!"


Saat menuturkan kata-kata itu, Ashraf merenung tajam ke wajah Vikash membuatkan lelaki itu kehilangan kata. Vikash menarik nafas panjang dan mereka saling pandang-memandang buat seketika.


"You beg for me or for her?" Vikash dengan wajah selambanya buat lawak. Serentak itu juga mereka terus ketawa bersama...

"Aku tak tahulah bro! I didn't know the guidelines-" "Takde guidelines-lah! Lu ingat semua benda ada manual macam kapal terbang ke?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience