Bab 105

Romance Completed 159812

"Bu... Mi dah tahu dah kenapa abang Ash pukul abang Fahd."

Zuraidah yang sedang melipat kain pada petang Ahad itu terhenti. Segera dia menjenguk ke pintu bilik Lara.

"Syhh, jangan cakap kuat-kuat...! Akak kau sekarang ni, nama orang tu pun dia dah tak nak sebut dah. Jangan cakap apa-apa pasal abang Fahd bila depan akak tau!" Bisik Zuraidah. Jauh sekali tidak menyangka bahawa Syed Al-Fahd telah meragut kesucian anak gadisnya!

"Hah, sebab apa abang Ash pukul abang Fahd?" Sambung Zuraidah lagi.

"Hurm... Mi rasa, mula-mula abang Ash sound je kot pada abang Fahd. Tapi sebab mulut abang Fahd tu suka maki hamun orang, dia maki abang Ash. Jadi abang Ash bengang, diorang pun bergaduhlah sampai bertumbuk semua tu."

Zuraidah terus mengherotkan mulut.

"Hmmph, ini kau punya andaian sendiri je lah? Bukan abang Ash yang bagi tahu kau?"

Najmi mengangguk.

'Ceh!' Getus hati Zuraidah. Ingatkan tadi si Ashraf yang bercerita.

"Bila abang Ash nak datang lagi, bu?"

"Manalah ibu tau! Kau tanyalah akak, boyfriend dia, dia tahulah bila boyfriend dia nak datang." Mata menjeling si Najmi yang tersengih macam kerang busuk.

"Suka sangat dengan abang Ash tu... Ibu tengok dia tu macam sombong je dengan orang. Masa dekat hospital hari tu, tak menegur orang keliling langsung...!"

"Abang Ash tu pendiamlah, bu."

"Hmm, ye ke?"

"Iyelah. Tengok style pun dah tahu."

Zuraidah mencebik. Tengok style konon! Macamlah dah banyak sangat 'makan garam'!

"Ibu ni, semua benda tak kena. Ibu nak lelaki yang macam mana lagi untuk akak?"

Berdesing telinga Zuraidah mendengarkan bait kata itu daripada mulut anak bongsunya. Tetapi si Najmi ini memang terkenal dengan 'mulut lepas' antara ketiga-tiga anaknya.

"Ibu sebenarnya sukakan abang Huzaimi kau dulu. Matang, berbudi bahasa..."

"Bukan sebab dia kaya?"

"Hish, takde maknanya!" Bulat mata Zuraidah menjegil ke Najmi. "Si Ashraf tu tak cukup kaya ke? Dengan kerja dia yang gah dekat atas awan tu, kereta sport merah dia tu! Kayalah tu!"

Najmi hanya tersengih.

"Kalau Mi... Mi tak suka abang Huzaimi tu."

"Kenapa pulak? Sebab dia suami orang?"

"Bukan... Ada sekali masa dia tolong bawak balik barang-barang akak masa cuti semester, akak terkial-kial angkat komputer sorang-sorang daripada kereta masuk ke dalam rumah. Abang Huzaimi tengok je, tak tolong akak. Tak gentleman langsung."

Saat ini perasaan Zuraidah bagaikan disentap. Dia tidak menyangka dalam usia yang masih muda, pengamatan Najmi terhadap tingkah laku orang sekeliling sangat tajam. Mungkin sebab itulah juga mulutnya pun celupar! Zuraidah hanya mendiamkan diri.

"Ala, akak tu pun... Kalau Mi, Mi tak pilih perempuan macam akak-"

"Kenapa pulak?!" Jegil mata lagi sekali.

"Akak tu tak reti masak."

Zuraidah ketawa besar diikuti dengan Najmi.

"Akak kau tu pemalaslah, bukan tak reti masak!"

"Sebab pemalaslah Mi tak nak... Mentang-mentanglah dia model!"

Sekali lagi Zuraidah ketawa sambil mengibas perlahan sehelai baju ke arah Najmi. Kalau dengar dek Lara, pasti bertekak dua beradik itu.

"Ala, dah kahwin nanti pandailah dia nak masakkan untuk laki dia. Kalau dia tak nak masak pun, laki dia gaji besar! Nanti dia ambiklah orang gaji." Sengaja Zuraidah membela Lara dan dia lihat Najmi tersenyum sambil mencebik bibir...

* * * * *

Pada hari Ahad yang berikutnya, kelihatan kereta Mazda RX-8 keluar daripada kawasan perumahan kuaters pangsapuri penjawat awam tersebut.

Ashraf baru sahaja menjemput Lara untuk keluar 'dating' tetapi mulai daripada hari ini dia tidak akan membawa Lara ke KLCC. Bimbang kalau-kalau tempat itu mengingatkan Lara kepada Syed Al-Fahd, melainkan jika Lara sendiri yang minta.

"Sayang...!"

Lara tiba-tiba memeluk Ashraf yang sedang memandu sebaik sahaja kereta memasuki jalan besar.

"Eee, rindulah dekat sayang...!" Pipi Ashraf dicium kuat-kuat, melepaskan rasa rindu yang terkumpul di dada.

"Yeah, me too." Balas Ashraf lalu dia menoleh ke arah teman wanitanya dan mereka mencium bibir sepintas lalu.

Lara tersenyum dan duduk kembali di tempatnya namun kepala disandarkan pada bahu tegap Ashraf menyebabkan badannya mencondong. Mereka mula berbual kecil diselangi dengan gelak tawa.

"Sayang, sebenarnya kan... I ada nak plan something tau." Kata Lara sebaik sahaja lampu trafik bertukar merah.

Ashraf memandang ke wajah Lara sambil mengambil tangan gadis itu dan meletakkan di atas peha.

"Plan apa? Sounds like a big plan." Tangan halus itu diusap lembut.

Lara hanya tersengih. Sudah berapa hari perkara itu berlegar-legar di fikirannya.

"Erm... Sebenarnya, I terfikir nak bawak ibu dengan Najmi naik flight you. Boleh tak sayang?"

Lara lihat Ashraf tercengang memandangnya dan air wajah yang berseri-seri.

"You serious?"

"Yes. Tapi flight tickets dengan hotel biar I bayar."

"Why?! I don't mind buying-"

"No...! Sayang, dengar sini. I ada banyak duit lebih lepas ayah tarik balik saman dia tu tau."

"Wah wah, orang kaya rupanya princess I ni."

Serentak itu juga tawa mereka berderai.

"Ashraf!" Teriak Lara, terasa malu disakat seperti itu. Orang kaya apanya?! Duit Ashraf lagilah berkepuk-kepuk jika hendak dibandingkan dengannya. "Sayang, dengarlah ni...! I nak gunakan duit I tu untuk bawak ibu dengan Najmi jalan-jalan, sebab tu I nak bear all the costs!"

"Okay, macam ni. I'll bear the cost for flight tickets and hotel macam biasa, cuma kali ni, no connecting room."

Dan sekali lagi tawa mereka meletus.

"Sayang nak kena tampar ke buat lawak macam tu?"

Ashraf ketawa sehingga matanya berair. Nada suara Lara sungguh lembut dalam ayat yang agak kasar, menggeletek hati Ashraf.

"Princess, you guna duit you tu untuk belanja ibu shopping je lah masa vacation nanti. Bawak diorang makan-makan, merayau sana-sini..." Ujar Ashraf menyambung kata dalam sisa tawanya.

"Shopping?" Kening Lara mencerun. Jauh disudut hati, ibunya bukanlah 'kaki shopping' seperti wanita lain kerana keadaan hidup mereka yang sederhana. Pasti mama Ashraf 'kaki shopping' sakan, fikir Lara.

"You nak bawak your mom shopping dekat mana? Milan? Paris?"

"Oh my god, no! Mahallah expenses dekat sana. Lagipun currency exchange dia tinggi sangatlah, sayang."

"Takpe, I boleh tambah duit shopping-"

"No, tak nak!" Potong Lara lalu menyambung, "I rasa macam I ni kaki kikis pulak."

"Hah, I don't use that words..." Ashraf senyum sambil mengemudi kereta.

"Tak naklah, sayang. I don't feel right to accept your money. I bukannya nak pergi percutian yang lavish dan habiskan duit untuk shopping. I cuma nak spend my own sweat money for ibu and my brother, jalan-jalan tengok tempat orang sebab diorang tak pernah pergi luar negara."

"Tapi diorangkan bakal mak mentua dengan bakal adik ipar I? Apa salahnya kalau I bagi you duit belanja untuk diorang jugak."

"Ashraf sayang, no! I nak bawak diorang ke tempat dan negara yang belanjanya tak berapa mahal, ada sightseeing yang menarik dan bab makan pun senang. My mom ni kalau pasal makanan halal memang cerewet sikit."

"Oh... Okay-lah kalau macam tu. So you nak bawak diorang pergi ke mana?"

Lara tersenyum lebar sambil mengangkat kening beberapa kali...

* * * * *

Ding ding ding...

"Announcing the arrival of flight SQ 8582, flight SQ 8582 from Kuala Lumpur. Customer service representative please report to gate C42."

Tidak lama selepas pengumuman tersebut, Lara, Zuraidah dan Najmi melangkah keluar daripada pintu C42.

Najmi berjalan sambil pandang ke kiri dan kanan. Pertama kali dia melihat bermacam-macam orang dan ragam manusia di situ. Selama ini menghantar orang ke lapangan terbang pun dia tidak pernah.

Semakin mereka melangkah masuk, suasana menjadi semakin sibuk dan padat dengan manusia di dalam Lapangan Terbang Changi, Singapura. Dalam beberapa jam lagi mereka semua akan berangkat ke Sharjah, Emiriah Arab Bersatu pula!

Lara terkial-kial menghidupkan telefon bimbit manakala Zuraidah dan Najmi hanya mengikut sahaja langkah kaki si Lara.

"Hello, sayang. Where are you? Dah... Baru keluar gate... Lounge? Dekat mana? Oh, okay... Hmm... Okay, keluar ni, naik escalator, lepas escalator sebelah kanan? Oh, okay... See you!"

Lalu talian diputuskan.

Wah! Plaza Premium Lounge?! Lara sendiri pun tidak pernah merasa masuk lounge sebelum ini. Setahu Lara, hanya penumpang kelas perniagaan dan kelas pertama saja yang lepak di sana. Bukan main lagi si Ashraf hendak 'beli jiwa' mak mentua! Lara senyum senget.

Ya, sebenarnya inilah agenda tersembunyi Lara untuk membawa ibu menyertai penerbangan Ashraf. Dia tahu Zuraidah tidak berapa gembira dengan perhubungannya bersama si Ashraf. Ini membuatkan Lara tertanya-tanya, adakah Ashraf tahu atau perasan akan hal ini?

Lara tahu, ibunya terpaksa menerima Ashraf kerana terhutang budi menyelamatkan nyawa Lara. Dan Lara juga tahu yang Ashraf itu tidaklah seberapa 'mesra alam' bak kata orang. Namun Lara yakin, sikap ambil berat yang ada dalam diri Ashraf lebih mudah menonjol daripada manis mulutnya apabila lelaki itu bersama orang lain. Itulah sikap Ashraf yang Lara ingin ibunya lihat, yang mungkin tidak dapat dilihat pada mata kasar.

Tiga hari jadual kerja Ashraf di Sharjah selama tiga hari, manakala Lara, Zuraidah dan Najmi pula akan tinggal di sana selama seminggu. Lara rasa tiga hari sudah cukup untuk dia mengadakan sesi 'bonding' antara ibunya dan Ashraf!

"Wow...!"

Terdengar suara Najmi seolah dalam kekaguman ketika eskalator yang mereka naiki hampir sampai ke penghujung tingkat.

Nun dihujung sana, bayang Ashraf dalam baju seragam lengkap sedang menunggu mereka. Mata Najmi dan Zuraidah tidak berkelip memandang, seakan terpesona dengan kesegakan Ashraf.

Lara hanya tersenyum bangga. Sudah lama dia tidak melihat Ashraf dalam pakaian ini.

"Hai aunty! Hai Najmi! Flight tadi okay?" Tegur Ashraf. Mereka terus bersalaman sebaik sahaja melangkah daripada eskalator.

"Okay! Sekejap je flight tu." Jawab Najmi lalu mereka semua melangkah menuju ke pintu masuk Plaza Premium Lounge.

"Aunty okay? Tak penat atau takde travel sickness?"

'Ah, yes.' Getus hati Lara. Inilah sikap ambil berat Ashraf yang dia pertaruhkan untuk percutian ini!

"Oh takde, aunty okay je. Besar juga ye Changi Airport ni!" Balas Zuraidah dengan suara yang ceria. Mana tidaknya, pertama kali dia merasa ke negara orang.

"Takdelah sebesar KLIA, aunty. Airport kita lagi besar, hehe! Takpe, aunty, Najmi dengan Lara rehat-rehat dulu dekat lounge ni sementara nak tunggu tiga jam panggilan masuk flight Sharjah. Dekat sini ada makan, minum, lepas tu kalau nak doze off pun boleh. Nak mandi pun boleh, ada bilik mandi dekat belakang ni." Ujar Ashraf.

Waktu itu mereka sudah memasuki ke kawasan eksklusif yang lebih tenang daripada kesibukan di luar tadi.

Lara meninjau-ninjau sekeliling. Seronok betul rasanya dapat menikmati kemudahan yang agak mewah sebegini. Matanya menangkap pelbagai jenis makanan 'finger food' dan pencuci mulut yang tersedia di satu sudut. Sebentar lagi dia hendak mencubanya!

"Princess, you okay?"

Ashraf dan Lara berpandangan. Terasa seperti ada pancaran rindu yang cuba mereka sembunyikan melalui pandangan mata yang bertaut.

"Yups, I'm great. Best-lah dekat sini. Thanks sayang sebab bagi tempat untuk kitorang rehat." Senyum.

"I bagi special untuk ibu sebab tak mahu dia penat nak jalan jauh. Kalau kita tiga orang je, I deralah you dengan Najmi lepak dekat lounge gate bawah tu." Ashraf berkata seakan berseloroh lalu disambut dengan tawa mereka.

Dalam diam Lara berasa cukup puas hati mendengarnya! Zuraidah pula tersipu-sipu dengan senyuman. Terasa Ashraf memberikan keutamaan buatnya walaupun sebenarnya dia tidak kisah pun menunggu lama di tengah-tengah kesibukan tadi. Sudah dapat tiket penerbangan dan hotel free pun dia sudah rasa bersyukur!

Tidak lama selepas itu, Ashraf meminta diri untuk ke Pejabat Penerbangan. Dia berjanji akan berjumpa semula sewaktu berada di dalam pesawat nanti...

Keadaan dalam pesawat Boeing 747 itu semakin lama semakin sesak dengan penumpang. Lara bersama adik dan ibunya sudah pun duduk di tempat masing-masing. Si Najmi jangan katalah, teruja lain macam hendak terbang ke awan apatah lagi yang membawa kapal terbang itu adalah bakal abang iparnya!

"Hei." Ashraf mencuit bahu Lara sambil tersenyum dan berdiri di laluan sebelah Lara. Lara membalasnya dengan senyuman yang penuh girang. Kalau turutkan hati mahu saja dia memeluk lelaki ini.

"Aunty okay duduk dekat sini? Tak pening ke? Kalau pening duduk dekat sebelah window sebab selalunya kalau boleh pandang ke luar, kurang sikit rasa pening."

"Takpe, aunty okay je. Biar si Najmi duduk dekat window, dia nak tengok pemandangan."

Ashraf senyum dan mengangguk.

"Err... Maggie." Panggil Ashraf kepada seorang perempuan yang berbaju kebaya tidak jauh daripada tempat duduk mereka. Perempuan tersebut tergesa-gesa datang apabila dipanggil.

"Yes?" Tertera nama Maggie Chan di tag namanya.

"Erm, this is my family." Ujar Ashraf lalu perempuan itu terus menyapa mereka semua dengan mesra sekali.

"And this is Puan Zuraidah. If she needs anything, please attend to her needs and make sure she's comfortable during the whole journey. And this gentleman here is Najmi, first time onboard and fly with us. And this is Lara. Please help to take care of them for me."

"Sure, no worries. They'll be in good hands." Maggie senyum dan mengangguk.

"Thanks. Really appreciate that."

Mendengarkan kata-kata Ashraf yang meminta Maggie 'menjaga' mereka semua di sepanjang penerbangan, hati Zuraidah tersentuh dan dia rasa sungguh berbesar hati. Terasa seperti mendapat perhatian bak VIP. Mungkin kerana inilah anak gadisnya 'head over heels' terhadap lelaki ini...

Nota: Muncul pelangi selepas hujan ;)

Share this novel

Nur Azlina
2022-05-21 00:08:05 

layanan yg istimewa sweet sangat si Ash ni ahh cemburunya....hihihi.

TiaZ
2022-05-20 23:01:26 

Ohhh...love it!!


NovelPlus Premium

The best ads free experience