Pada pagi Rabu itu, Lara sedang membuat kerja di pejabat apabila nama Zieta muncul di skrin telefon bimbit.
"Ra, sorry kacau kau buat kerja. Aku nak cakap something ni..." Suara Zieta kedengaran sedikit teruja.
"Apa dia?" Telefon bimbit dikepit antara telinga dan bahu sambil tangan Lara laju menaip email.
"Aku rasa Ashraf datang UiTM minggu lepas."
Lara terlopong!
"Hah?! Mana kau tahu?!" Lara berhenti menaip dan telefonnya terus dipegang erat. Email di hadapan sudah tidak dipedulikan lagi.
"Erm... Aku lepak dengan kawan aku tadi, budak MassComm. Dia kata, sekarang ni semua student tengah sibuk bercerita pasal kemunculan mamat handsome dekat Kafe Menara minggu lepas."
Kening Lara serta-merta mencerun.
"Mamat handsome dekat kafe? Itu je? So, macam mana pulak kau boleh fikir itu Ashraf?"
"Ha! Pertama, sebab ciri-ciri fizikal dia macam Ashraf. Handsome, lepas tu diorang kata mamat tu tinggi gila dan badan tough. Muka macam mixed blood..."
"Hmm, okay..."
"Dan yang kedua... Mamat tu drive kereta sport warna merah!"
"Oh my god! Really?!"
"Yes...! Kau tahu tak? Ada budak sampai ikut mamat tu sebab nak tahu dia budak fakulti mana. Tapi at last diorang nampak mamat tu 'blah' naik kereta sport merah. Sampai macam tu sekali! Gila, kan?! Haha!"
Perasaan Lara terus melonjak sehingga tembus ke tingkat 88 menara berkembar tersebut! Bibir diketap kuat sambil tersenyum, rasa bagai nak terkeluar air mata.
"Zie, tu Ashraf kan?"
"Yeah, of course! Bukan semua mamat handsome ada kereta sport warna merah. Lagipun... Aku fikir mamat tu mesti orang luar sebab kalau dia student UiTM, dah lama dia famous. So kalau orang luar, mestilah Ashraf." Balas Zieta.
Lara tertawa dengan perasaan yang masih teruja. "Bencilah!" Katanya.
"Kenapa?!"
"Ash sekali muncul dekat Menara je dah boleh famous satu UiTM, aku yang dah bertahun-tahun ni tak famous pun!" Lara sengaja bergurau tetapi dia sebenarnya tidak selesa dengan perhatian yang diberikan oleh pelajar-pelajar perempuan terhadap Ashraf!
"Hei, kau ni! Kau kalau nak famous, kau bagi tahulah pada HEP yang kau ni bikini model. Sure famous!"
Lantas mereka berdua ketawa.
"Zie... Ash datang cari aku kan?" Tanya Lara apabila tawa mereka reda. Hati terasa hiba apabila mengetahui jejak Ashraf tetapi tidak dapat mengesan keberadaan lelaki itu.
"Yes! He's trying to find you. So, don't worry, I guess you guys will see each other soon." Zieta tersenyum.
"Insya Allah, harap-harap macam tu lah... Thanks Zie. Oh by the way, aku nak keluar lunch dengan Huzaimi kejap lagi. Aku ada plan something untuk hentikan dia cari aku. Wish me luck, okay."
"Oh... Plan apa?"
Lara tertawa kecil lantas menyambung, "Bagi aku jumpa dia dulu. Malam nanti aku cerita dekat kau."
"Hmm, okay-lah. Good luck! If you have anything just text me."
"Yup! Thanks, Zie!"
Serentak itu juga mereka memutuskan talian.
Lara menyelak buku notanya yang berwarna merah jambu. Di samping nota mengenai kerja, terselit juga gambar-gambar Ashraf yang telah Lara cetak dan catitan luahan rindu terhadap lelaki itu di beberapa mukasurat.
Lara mengambil pen lantas menulis sesuatu.
'Dear Ash... You ke yang datang UiTM minggu lepas? :( '
Tulisan itu dicatit bersebelahan dengan gambar dia dan Ashraf yang tersenyum memandang lensa kamera. Memori indah di Amsterdam dahulu terulang semula di ingatan Lara...
"Pfft! Ashraf! You senyumlah jugak, janganlah bagi I nampak excited sorang-sorang! Jom kita ambik gambar sekali lagi."
Dia tersenyum sendirian...
* * * * *
Fikiran Fahd sungguh serabut pada tengahari itu. Keadaan trafik yang sesak menambahkan kusut di kepala. Dia baru sahaja habis mesyuarat di luar dan dalam perjalanan pulang ke KLCC apabila Sharina menelefonnya sebentar tadi.
Ternyata wanita itu marah dan mengamuk sakan. Sharina mengatakan yang Fahd lambat bertindak dan mendesak agar Fahd segera melamar Lara. Aduh! Secepat ini?! Itu yang membuatkan fikirannya makin serabut.
Bibir diketap sambil berfikir panjang.
Memang dia betul-betul menyukai Lara dan sedang menyucuk 'jarum' serta memikat Lara dengan pelbagai cara. Tetapi buat masa ini belum nampak lagi tanda-tanda jelas yang menunjukkan Lara menyukainya.
Takkan hendak paksa pula? Fikir Fahd.
Satu keluhan dilepaskan.
Tiga ratus ribu ringgit... Bersama gadis idaman.
Sudah tentu Fahd inginkan kedua-duanya sekali tetapi dia tidak sangka pula Sharina terburu-buru tentang perkara ini. Namun... Kata-kata terakhir Sharina sebelum memutuskan talian tadi kedengaran sedikit aneh.
"Kalau you lembab sangat macam ni, I'll make you pushed. You siap sedia je petang ni, lepas habis kerja."
Kening Fahd berkerut. Siap sedia untuk apa? Lepas habis kerja? Ada apa?!
Semakin difikir, kepalanya makin serabut...
Restoran Mosaic
Mandarin Oriental Hotel
"Huzaimi, terus terang I katakan... I sebenarnya dah ada boyfriend sekarang."
Mata Lara dan Huzaimi bertaut.
Lantas Lara menyambung, "Erm... Kitorang dah lama berkawan. Daripada mula lagi, I rasa dia macam suka pada I... Dan I pun sebenarnya ada perasaan pada dia... Cuma, baru-baru ni dia confessed pada I. So.. Kitorang couple."
Mata Huzaimi tajam memandang Lara.
"Dan sebenarnya... I sibuk sangat nak buat practical training dekat Petronas ni pun sebab dia. Dia engineer." Sambung Lara lagi.
Keadaan terdiam seketika.
Wajah Huzaimi berubah dan kelihatan sedikit kecewa. Lara berdebar-debar menantikan bait kata yang bakal keluar...
* * * * *
Jam sudah menunjukkan pukul tujuh malam tetapi Lara masih lagi duduk di The Coffee Bean & Tea Leaf yang terletak di tingkat dua KLCC. Di tangannya terdapat sebuah novel yang sedang dia baca manakala air Caramel Ice Blended yang dibelinya tadi sudah hampir habis. Seperti biasa, asalkan Fahd ada di sini Lara pasti akan pulang bersama lelaki itu namun, hari ini mesyuarat Fahd habis lambat sedikit.
Tidak lama selepas itu, sedang Lara leka membaca novel tiba-tiba telefon bimbit berbunyi menandakan ada SMS masuk. Lara terus membukanya.
'Lara, Fahd ni. Handphone I mati bateri, I pakai nombor my staff. You dekat mana? I dah habis meeting, nak balik sekarang. I jumpa you dekat kereta, okay.' - 013 4567 7654
Lalu Lara tekan butang untuk membalas mesej dan terus beredar daripada kafe tersebut...
Sementara itu pula, di jabatan Operasi Marin tingkat 60 menara berkembar itu, gelak tawa Fahd dan rakan-rakan yang lain kuat kedengaran. Mereka semua berjalan keluar daripada bilik mesyuarat menuju ke meja masing-masing dan waktu itu juga, Fahd menerima panggilan telefon daripada nombor asing. Keningnya berkerut sambil menekan butang menjawab panggilan.
"Hello?" Ujarnya.
"Hei, dengar sini baik-baik! Kalau kau nak Lara Rizman selamat, kau datang ke kereta kau sekarang! Atau, kau akan menyesal!"
Klik!
Suara lelaki yang tidak dikenali itu terus terputus. Wajah Fahd berkerut seribu. Dia segera mencapai kunci kereta dan bergegas meninggalkan pejabat. Terdengar suara rakan-rakannya memanggil di belakang tetapi Fahd terus melangkah laju...
* * * * *
"Princes...?!"
"Ash!!"
Suara jeritan Lara kedengaran sungguh nyaring tetapi Ashraf tidak dapat bergerak. Kakinya terasa seolah-olah berlari tetapi langkahnya berat sekali.
"Ash!! Ash!!"
Di depan mata, Ashraf menyaksikan sebuah kereta melanggar dan mengheret tubuh Lara. Darah Ashraf tersirap dan degup jantungnya menjadi deras.
"Lara!!"
Ashraf cuba berlari selaju mungkin untuk mengejar kereta tersebut dan menyelamatkan Lara namun kakinya seolah-olah sungguh berat. Hatinya hancur melihat Lara masih terseret dan saat ini nyawa Ashraf bagai hendak terputus dari badan! Namun dia masih cuba berlari walaupun dia tahu keadaan Lara pasti parah.
"Lara! Lara!!" Air mata merembes dan pandangannya terus menjadi gelap. Bayang kereta dan tubuh Lara yang diseret sebentar tadi telah hilang.
"Lara!!" Saat itu juga dia bangun dan terduduk di atas katil. Dada masih berdebar kencang dan wajahnya dibasahi peluh.
Keadaan sekeliling kelihatan malap...
"Oh, god! Mimpi...! Hah, selamat...!" Ashraf mengelap peluh di muka lantas mencapai botol mineral berlambang Hilton di meja sebelah katil.
Tergesa-gesa Ashraf meneguknya.
"Hahh...! Hah..!" Dia mengatur nafas. Bayang tubuh Lara yang tersepit di tayar kereta dan diseret jauh terbayang semula.
"Oh, shit... That was so... Fucking scary..." Nafasnya masih turun naik.
03.15 AM
Dia melihat jam tangan dan termenung. Perasaannya terus sahaja menjadi kurang enak...
* * * * *
Eeeekkk!
Bunyi tayar kenderaan bergeser dengan lantai parkir kedengaran sayup-sayup ketika Lara sedang berjalan sendirian di kawasan tempat letak kereta itu.
Tidak jauh di hadapannya, kereta Mitsubishi Evo Fahd yang berwarna hitam sudah kelihatan. Lara rasa Fahd sudah berada di dalam kereta.
Tatkala dia melintas lalu di sebuah tembok, tiba-tiba sahaja Lara terasa tangannya direntap kasar dan mulutnya ditekup!
"HHMMPKTTT!! HHMMKPTT!!"
Lara meronta-ronta cuba melepaskan diri namun kudrat lelaki itu sungguh kuat.
"AAMMPHHHTT!! PHHMMKK!!!"
"Diam! Diam aku kata!! Kalau kau nak selamat, kau diam!"
Lara terus diseret ke arah kereta Fahd dan dibaringkan di situ.
"ARGHH!!! TOLONGGG!! HMMPKTT!!"
Sekali lagi mulut Lara ditekup namun kali ini Lara sempat bergelut untuk lari menyelamatkan diri. Fahd yang disangkakan ada di dalam kereta tidak keluar-keluar membuatkan Lara semakin takut.
"Arrhh!!! Jangan!!! Lepaskan aku!!! Tolong!!" Lara cepat-cepat merangkak apabila berjaya menumbuk wajah lelaki itu namun sepantas kilat juga kakinya ditarik dan lelaki itu seolah-olah ingin membuka zip seluar kerja Lara!
"TOLONGGG!!! JANGAN!! ARGH!!" Kaki Lara menendang sekuat hati dan dia menggelupur untuk melepaskan diri.
"ASH!!!!!"
Serentak nama itu dipanggil juga, Lara lihat lelaki di atasnya itu telah dipukul dan tercampak ke tepi.
"ARGHHH!!! ASHH!!! ASHH!!!!" Tangisan Lara bagaikan histeria. Dia terus merangkak dan menyandarkan tubuh pada dinding sambil menekup muka dan menangis. Dia tidak tahu siapa yang sedang bergelut dengan penjahat itu, dia hanya terus menjerit dan memanggil nama Ashraf seperti orang kerasukan...
* * * * *
Tap!
Lampu tandas dibuka dan Ashraf terus membuka pili air untuk membasuh muka. Terasa suhu air yang sejuk menyentuh kulit.
Aduh... Kenapa perasaannya semakin berdebar-debar?
Ashraf mengangkat muka dan membelek wajah di cermin.
Bibir diketap...
Bukankah itu cuma mimpi? Tetapi hatinya berasa tidak enak.
Urgh!
* * * * *
Buk!
Sekali lagi tumbukan Fahd mengenai pipi lelaki yang bertopeng menyebabkan lelaki itu jatuh ke lantai semula. Tetapi kali ini penjahat itu lintang pukang melarikan diri.
"Lara!"
Fahd berlari ke arah Lara yang sedang menangis bagaikan histeria.
"Lara, ni Fahd!"
"Ash!! I takut!!" Dengan sepantas kilat, Lara memeluk Fahd dengan tubuh yang menggeletar.
"Shhh! Shh! Dia dah lari! Don't worry! You dah selamat! Shh! You dah selamat!"
"I takut, Fahd! I takut!!!" Lara meraung.
"Ye, ye...! I know! But it's okay! It's okay my dear! Shhh... You dah selamat... Trust me..." Fahd mengusap belakang badan Lara berkali-kali. Dia mula berasa tidak sedap hati. Dia pasti kejadian ini memang angkara Sharina. Tetapi kenapa sekejam ini?! Dadanya mula berdebar malah lebih berdebar daripada tadi.
"Fahd... I takut..."
Lara menangis dan nafasnya tercungap-cungap. Peluh sebutir-sebutir terbit di dahi. Tangannya menggeletar. Fahd tahu, gadis ini diserang panik!
Namun kini bukan setakat Lara, dia pun berasa panik juga. Siapakah gerangan si Sharina ini sehinggakan sanggup berbuat perkara yang kejam terhadap Lara?
Pasti ada sesuatu yang dia tidak tahu!
Fahd membuka pintu kereta lalu mengangkat Lara masuk. Air mineral yang terdapat di dalam kereta diberikan kepada Lara. Gadis itu masih menangis dengan tubuhnya yang menggeletar.
Berkali-kali Fahd memujuk sehinggalah Lara menjadi tenang sendiri...
Sorry, miss busy sikit dengan kerja & family dua tiga hari nie.. :) Tak sempat balas komen2 yang lepas. Insya Allah nanti miss balas yea <3 Semoga terhibur :)
Share this novel