Bab 16

Romance Completed 159812

Keadaan di bilik T05-11 Kolej Teratai pada hari itu sungguh berlainan sekali. Cahaya matahari yang masuk melalui kaca tingkap yang berlapis-lapis kelihatan terang-benderang lantaran tiada lagi langsir atau bidai yang menghalang. Semuanya sudah ditanggalkan. Bilik itu juga sudah kosong, yang tinggal hanyalah kotak-kotak berisi barangan milik Lara, Zieta dan Khyra di satu sudut.

Isk... Isk... Isk...

Kedengaran suara tangisan memenuhi ruang bilik.

"Korang janganlah menangis! Aku tak bolehlah tengok orang menangis!" Lara berkata dalam tawanya sambil mengesat takungan air di mata. Kedengaran lantunan suara Lara bergema di dalam bilik kecil yang telah kosong.

"Tak sangkakan, kita dah habis study dekat UiTM ni..." Khyra berkata dalam senyuman yang dipaksa-paksa. Wajah mereka semua kelihatan sugul.

Hari ini merupakan hari terakhir mereka berada di Kolej Teratai. Separuh daripada bilik-bilik di bangunan itu telah kosong. Semua pelajar yang sudah habis menduduki peperiksaan akhir semester telah berpindah keluar, pulang ke rumah atau ke kampung masing-masing. Yang tinggal hanyalah pelajar yang masih bergelumang dengan peperiksaan. Dan hari ini, giliran Lara dan rakan-rakannya pula meninggalkan kolej kediaman tersebut.

"Erm... Aku mintak maaf kalau-kalau sepanjang tiga tahun kita tinggal bersama ni aku ada buat korang terasa hati..." Sambung Khyra lagi dan saat itu juga airmata mereka bertiga sudah berjuraian!

"Aku pun sama, Kay... Tiga tahun kita makan, minum, tidur sebantal... Isk, iskk! Kalau aku ada buat salah... Atau buat korang terasa hati... Aku mintak maaf ye..." Habis sahaja kata-kata Lara itu, ketiga-tiga mereka terus berpelukan sesama sendiri.

Perpisahan mereka kali ini tidak sama dengan semester-semester yang lepas. Jika sebelum ini mereka cuma berpisah untuk beberapa bulan ketika cuti semester tetapi hari ini, inilah momen terakhir mereka sebagai pelajar diploma di UiTM Shah Alam.

"Korang halalkan makan minum aku ye... Nanti aku mesti rindu waktu kita sarapan sama-sama, lunch dekat fakulti sama-sama..." Ujar Zieta sambil mengesat pipinya.

"Tapi 'sushi session' kita tak boleh miss tau! Sebulan atau dua bulan sekali kita kena catch-up okay!" Zieta cuba tersenyum dalam esakannya manakala Lara dan Khyra pula hanya menganggukkan kepala.

Tiga tahun mereka tinggal sebilik. Walaupun sebenarnya ada beberapa semester yang mereka sepatutnya terpisah apabila mendapat bilik yang berlainan, tetapi mereka akan cuba juga sedaya-upaya untuk tukar suka sama suka dengan rakan bilik masing-masing sehinggalah mereka bertiga dapat tinggal bersama! Begitulah eratnya persahabatan mereka...

Lara menolong Zieta memasukkan kotak barang yang terakhir ke dalam trak pikap yang di pandu oleh ayah Zieta. Dia lihat separuh daripada ruang trak tersebut sudah padat diisi. Senang sungguh kalau ada kenderaan besar seperti ini, tidak seperti dirinya, fikir Lara. Dia dan ibunya seringkali terpaksa membuat beberapa trip kerana kereta Kancil mereka tidak dapat membawa kesemua barang-barang Lara sekaligus! Malah, ayah Khyra sebentar tadi pun datang dengan membawa MPV. Kalau tidak silap Lara, model MPV tersebut sama dengan MPV ayahnya. Tetapi, itulah... Ayahnya itu bukan seperti ayah Khyra atau ayah Zieta. Dulu mungkin ya, tetapi sekarang? Lara tersenyum pahit sendirian.

"Ra...!" Panggilan Zieta itu mematikan lamunan Lara. Kelihatan gadis itu mendepakan tangannya seolah-olah minta dipeluk untuk kali yang terakhir sebelum mereka berpisah. Lara terus menyambutnya dan buat kesekian kali, mereka menangis lagi...

Lara duduk termenung seorang diri di dalam bilik T05-11 itu. Dia menunggu ibunya yang masih lagi dalam perjalanan ke Shah Alam.

Mata Lara memerhatikan keadaan di luar Kolej Teratai melalui tingkap yang dinganga luas. Dari kejauhan, dewan makan yang berhadapan dengan biliknya itu kosong tiada orang, tidak seperti ketika waktu di pertengahan semester dahulu. Entah kenapa perasaan Lara tiba-tiba jadi hiba. Matanya terus merenung ke luar jendela...

Sunyi.

Ya, mungkin keadaan yang sunyi sepi itu telah menambahkan lagi perasaan sedih berpisah dengan rakan-rakannya sebentar tadi.

Tidak mahu terus melayan perasaan, Lara lantas mengeluarkan telefon bimbit dan membuka aplikasi SMS untuk mengalihkan tumpuannya.

Ashraf SIA
Ashraf SIA
Ashraf SIA
Ashraf SIA
Abg Huzaimi
Ashraf SIA
Abg Huzaimi
Ashraf SIA
Ashraf SIA
Ashraf SIA
Abg Huzaimi
Ibu
Ashraf SIA
Ashraf SIA

Deretan senarai SMS yang tersimpan dalam telefon bimbitnya itu membuatkan Lara tersenyum tawar. Semenjak kehadiran Ashraf, ruangan SMS-nya semakin penuh dengan mesej-mesej daripada lelaki itu. Jari Lara membuka SMS Ashraf yang paling atas iaitu tiga hari yang lepas, betul-betul sebelum lelaki itu terbang ke awan biru...

'Yeah, they're my uni buddies. Teringin nak kenalkan diorang pada you coz they're all funny and gila-gila! Haha! Okay-lah you, I dah nak pushback.'

Lara tersenyum lagi. Kini dia sudah faham dengan maksud 'pushback' sejak berkawan dengan sang pilot. "Pushback tu macam you nak undurkan kereta waktu keluar dari parking." Kata Ashraf ketika mereka 'bergayut' pada satu malam. Dan ayat terakhir dalam SMS Ashraf itu membuatkan senyuman Lara makin lebar:

'I'll be thinking of you throughout my flight ;) Take care.' - Ashraf SIA

Lara geleng kepala, masih lagi tersenyum. Inilah agaknya yang Zieta katakan 'mengayat sampai meleleh-leleh'. Entah apalah agaknya yang Ashraf hendak 'thinking'-kan sangat tentang dirinya ini. Sudahlah tak pernah berjumpa! Aneh sungguh, fikir Lara.

Jari Lara membuka satu lagi SMS Ashraf di bawah SMS yang pertama tadi.

'Malaysia ada satu je tempat yang sesuai untuk surfing, dekat Cherating tapi wave dia tak best-lah. Selalunya I surf di Bali atau Gold Coast je, dekat. Most of my surfer best friends are in US. Dulu masa zaman I dekat flying school di Arizona, kitorang selalu pergi surf dekat California atau Hawaii.' - Ashraf SIA

Bibir Lara mencebik sambil tersenyum. Bergaya sungguh lifestyle lelaki yang seorang ini! Sebenarnya Lara sangat suka mendengar cerita tentang gaya hidup Ashraf. Kerja fly sana-sini, pandai bermain alat muzik, suka berenang di kondo abangnya setiap kali dia offday, dan sekali-sekala pergi bercuti untuk surfing bersama rakan-rakan mat salehnya. 'Huh, class!' Lara tersenyum lagi. Dia cuba membayangkan rupa dan sosok si Ashraf itu walaupun dalam samar-samar imaginasinya.

Lamunan Lara terhenti apabila telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. Kelihatan nama 'Ayah' tertera di skrin. Air wajah Lara berkerut dan dia berasa sedikit pelik kerana ia bukanlah suatu perkara yang normal apatah lagi semenjak kemuncak konflik mereka berdua.

"Hello?"

"Hello, akak. Ayah ada dekat bawah. Akak turun."

"Oh!" Lara tercengang. "Ayah ada dekat bawah?? Okay, okay... Akak turun sekarang." Kata Lara sambil mematikan talian. Dia bergegas bangun lalu menutup pintu bilik dan berjalan menuju ke anak tangga yang tidak jauh daripada biliknya.

Ketika menuruni tangga, fikirannya diasak dengan pelbagai persoalan. Kenapa ibu tak beritahu yang ayah juga datang menjemputnya hari ini? Adakah kedatangan ayahnya itu bersempena hari terakhir Lara di UiTM? Ah, baru saja dia teringatkan ayahnya tadi, rupa-rupanya dapat juga dia mengangkut barang-barangnya dengan menaiki MPV seperti Khyra. Tak perlulah lagi berulang-alik ke Shah Alam sampai dua tiga kali! Tapi, kenapa ayahnya tak beritahu dia awal-awal? 'Takkan lah sebab nak buat surprise, kot?' Lara berbisik sendirian dalam hati.

Sebaik sahaja tiba di foyer, Lara lihat ayahnya itu sudah sedia menanti. Lara jeling ke arah MPV berwarna putih tersebut. Tiada langsung kelibat ibu tirinya di dalam kenderaan itu dan serta-merta hati Lara berasa lapang.

"Ayah..." Kata Lara baru hendak menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Tetapi, tiba-tiba sahaja satu tamparan yang kuat hinggap di pipinya!

Telinga Lara berdengung. Dia terkaku sambil memegang pipi. Otaknya segera menangkap bait-bait pergaduhan dia dan ibu tirinya di telefon dua minggu yang lalu.

"Kau caci-maki dia, kau herdik dia dengan perkataan yang bukan-bukan, kau buat dia sampai dia tertekan! Sekarang, disebabkan mulut celupar kau tu, kandungan dia betul-betul dah gugur! Puas hati kau?! Memang itu yang kau nak, kan?!" Wajah Rizman merah menyala.

"Gugur??" Air muka Lara berubah. Tetapi hatinya sedikit pun tidak berasa simpati.

"Puas hati kau sekarang?! Kau memang nak bayi kami tu mati, kan?!"

"Apa ayah ni tiba-tiba nak kaitkan dengan akak pulak?!" Suara Lara kedengaran seperti tidak puas hati.

"Hei, kenapa ni??"

Zuraidah yang baru sahaja tiba di kolej kediaman itu tiba-tiba mencelah. Dia lihat pipi anaknya merah.

"Ibu, tengoklah! Apa kena ayah ni?!"

"Jangan pura-pura innocent, Lara!"

"Akak memang tak faham apa yang ayah cakap-"

"Hari tu masa kau bergaduh dengan mak tiri kau, kau panggil dia 'sial'! Lepas tu kau cakap kau nak tengok bayi dalam perut dia tu mati, kan?!"

"Hah?!" Mata Lara membulat dan keningnya mencerun tajam. "Tak! Akak tak cakap macam tu!"

"Jangan menipu!" Bentak Rizman.

"Akak tak tipu! Mana ada akak cakap macam tu! Dia yang tipu ayah!"

"Kau ingat aku nak percayakan kau?!" Saat itu, mata Rizman dan mata Lara bertaut dengan pandangan yang tegang.

"Sekarang ni dia ada dekat Hospital Tawakal. Aku nak kau datang jumpa dia, minta maaf!" Akhirnya lelaki itu mula mengorak langkah untuk masuk ke dalam kereta. Lara segera membuntuti langkah kaki ayahnya.

"Ayah!"

Panggilan Lara itu menyebabkan Rizman membekukan diri setelah dia menarik pemegang pintu kereta.

"Akak ingatkan ayah datang sini sebab akak dah habis belajar! I thought you were being thoughtful to me! Kawan-kawan akak hari ni semuanya ayah diorang jemput elok-elok, yah! Akak teringat pada ayah tadi dan akak tak sangka ayah betul-betul datang. Tapi ayah datang sini semata-mata untuk nak tampar akak?!" Ucapan kata-kata Lara itu mendayu-dayu dalam tangisnya.

"Memang akak ada cakap perkataan sial, tapi demi Allah sikitpun akak tak ada sentuh pasal kandungan dia malam tu! Jadi, akak takkan minta maaf! Akak memang tak buat dan akak tak akan minta maaf untuk perkara yang akak tak buat!" Ujar Lara tegas tetapi teresak-esak.

Rizman menggelengkan kepala dan masuk ke dalam kereta. "Ayah ada dekat rumah maklong sampai aunty discharge. Lepas tu kami akan balik ke Penang. Ingat! Selagi akak tak datang minta maaf pada aunty, ayah takkan mengaku akak anak ayah...!" Pintu kereta ditutup.

Hati Lara bagaikan ditoreh-toreh. Dia menangis sambil menahan suara sehinggakan bahunya bergoncang. Zuraidah cepat-cepat mendapatkan anaknya dan kereta MPV itu terus berlalu pergi...

* * * * *

"Haih. Aku tak sabar nak sampai Singapore hari ni. Esok aku start cuti sepuluh hari. Dah lama tak spend quality time dengan famili aku."

Sebaik sahaja selesai melaporkan kedudukan altitud penerbangan SQ 361 pada tengahari itu, Kapten Kamarul memulakan perbualannya bersama Ashraf.

"Ha, you pergi bercuti ke mana capt?" Tanya Ashraf. Kini mereka sudah boleh berehat seketika apabila kapal yang mereka kendalikan itu berada dalam mod 'cruising'.

"Sebenarnya kitorang satu famili nak ke KL je! Ada kenduri kahwin. Tapi lepas tu bini aku nak ber-shopping pulak dekat KLCC, so maybe kitorang stay dekat Mandarin Oriental dalam tiga malam." Kapten Kamarul tergelak kecil. Tangannya menekan suis membuka pintu kokpit apabila seorang kru kabin seperti yang dia lihat di skrin CCTV menekan buzzer untuk masuk ke dalam.

"Okay-lah tu, capt... Asyik bercuti jauh-jauh je, sekali-sekala bercutilah seberang laut!" Ujar Ashraf juga turut tertawa.

"Hello! I'm here to take your order!" Kedengaran suara ceria Natasha masuk ke kokpit mereka.

'Oh yes, such 'get the hell out of here'...' Ashraf menjawab dalam hati sambil memandang sekilas lalu. Dia menyambut huluran kad menu daripada Natasha.

"Your menu, capt?" Gadis itu bertanya dengan senyuman yang manis.

"Hah, Ashraf. Kau nak makan apa? Aku tengok menu steak ni macam best je." Kata Kapten Kamarul. Itu adalah standard prosedur bagi setiap syarikat penerbangan di mana kedua-dua juruterbang tidak boleh mengambil menu yang sama.

"Erm... It's okay, capt. I'll take what's left, no worries." Ashraf memandang ke arah kaptennya tanpa mengendahkan pandangan mata Natasha yang sedang merenungnya.

"Okay-lah, I ambik steak. Dengan air mineral ye." Kapten Kamarul tersenyum memandang Natasha.

"Yups, I want mineral too." Celah Ashraf.

"Okay. So capt ambik steak, and you... Seafood?"

Kata-kata Natasha itu tidak diendahkan oleh Ashraf. Dia pura-pura membelek skrin kokpit dan memeriksa beberapa skrin yang lain. Natasha yang perasan Ashraf tidak melayan soalannya itu hanya menjeling tajam sambil berlalu pergi.

Sekembalinya Natasha ke kokpit, dia membawa makanan dan minuman yang dipesan oleh kedua-dua juruterbang tadi. Tangannya menghulurkan bekas makanan aluminium foil yang agak besar bersama tisu serviette yang berlipat kemas. Selain itu, dia juga memberi set sudu dan garpu beserta air mineral buat Ashraf dan juga Kapten Kamarul.

"Enjoy your meal!" Kata Natasha sambil berlalu pergi.

Bekas makanan dan air mineral itu Ashraf letakkan di atas folding tray kerusinya. Dia menyuruh kaptennya itu makan dahulu kerana salah seorang daripada mereka harus menyelia kokpit. Kapten Kamarul hanya menurut. Dia sememangnya sangat lapar kerana tidak sempat bersarapan sewaktu di hotel tadi.

Saat Ashraf mengenepikan bekas makanannya, tisu serviette yang berlipat itu terselak lalu terpampanglah kesan lipstik yang sama seperti di serviette yang ayahnya bebelkan dua minggu yang lalu! Mulut Ashraf mengherot. Sebenarnya dia memang sudah dapat mengagak yang perbuatan itu adalah kerja Natasha.

Ashraf ketap bibir buat seketika. Sedikit sebanyak, dia terasa egonya dicabar kerana gadis itu seolah-olah tidak menghormati permintaannya untuk mereka berdua kekal profesional sebagai rakan sekerja.

"No Ashraf, that lipstick stain means flirting. It's not about saying hello at all... Don't be so naive!" Kata-kata ibunya terngiang-ngiang di fikiran. Bagaimana agaknya untuk dia patahkan 'flirting move' si Natasha ini? Mata Ashraf melilau untuk memplot sesuatu...

Entah bagaimana, bekas makanan Kapten Kamarul yang masih belum diusik itu menarik perhatian Ashraf. Kelihatan garpu yang terletak di atas bekas itu terjulur separuh. Dia mendapat satu akal!

'Vectors and unbalanced force!' Fikiran Ashraf mentafsirkan situasi tersebut dalam konteks teori penerbangan tetapi percubaan ini hanya untuk sekali sahaja dan Ashraf tahu dia tidak boleh gagal!

Dengan kecekapannya sebagai juruterbang, Ashraf sepantas kilat membaca sudut 'bearing' juluran garpu tersebut bersama dengan pergerakan badan dan siku kaptennya JIKA lelaki itu bergerak pada 'X' darjah radius ke sebelah kiri, belakang. Setelah mencongak nilai 'X' tersebut, matanya mula memilih salah satu objek di belakang Kapten Kamarul yang jaraknya paling sesuai dan tepat sekali untuk dijadikan 'umpan'. Dalam masa lima saat sahaja, semua pengiraan selesai dan bibir Ashraf tersenyum penuh sinis!

"Capt, tolong pass buku manual dekat belakang you tu sekejap. Nak check something."

"Manual?! Eh, orang nak makan baca doa makan, kau baca manual pulak!" Gurauan Kapten Kamarul itu membuatkan mereka berdua tertawa besar.

Lelaki itu menolehkan badannya ke sebelah kiri belakang untuk mencapai buku manual. Tetapi oleh kerana jarak buku tersebut agak jauh sedikit ke belakang, dia menujahkan sedikit badannya lalu menyebabkan siku kanannya meregang dan tersinggung pada garpu yang terjulur tadi. Maka... Garpu itu berputar dan jatuh ke lantai kokpit!

"Opss..." Ashraf berkata dengan nada yang dibuat-buat. Dia berasa gembira kerana perancangannya sudah mula berhasil!

Kapten Kamarul segera menghulurkan buku manual di tangan dan selepas itu dia mengutip pula garpu tersebut.

"Eh capt, jangan gunalah benda yang dah jatuh tu. Karang kot tak bersih, you sakit perut pulak. Flight kita ada sembilan jam lagi ni." Ujar Ashraf serius sambil melihat kepada pelan penerbangan mereka pada hari itu.

Ashraf lihat kaptennya itu mengangguk kepala dan bangun menuju ke pintu kokpit. Dia pergi ke galley yang terletak bersebelahan saja dengan kokpit mereka bagi mendapatkan garpu yang baru.

Dengan sepantas kilat, Ashraf gunakan waktu itu untuk menukar tisu serviette-nya yang mempunyai 'cop mohor' tadi dengan tisu serviette Kapten Kamarul!

Sekembalinya Kapten Kamarul ke kokpit, Ashraf buat selamba sambil matanya mengerling ke arah serviette yang telah ditukar.

"Jemput makan, Ashraf."

"Sila capt, sila... Lepas ni my turn pulak." Ashraf sengih! Dia buat-buat sibuk membelek buku manual yang dimintanya tadi.

Beberapa minit telah berlalu sehinggalah Ashraf terperasan yang kaptennya itu membuka serviette di atas folding tray tersebut untuk mengelap bibir. Tiba-tiba, lelaki itu seolah-olah hampir tersedak dan berdehem kecil. Ashraf pura-pura tidak mendengar, buat-buat leka membaca manual.

"Hai? Kau yang dah tahap 'al-hafiz' dengan manual tu pun muka berkerut lagi ke, Ashraf?" Tanya Kapten Kamarul sambil membalikkan tisu serviette di tangannya. Lalu, bahagian yang 'bersih' itu dilapkan ke bibir.

"What?! Al-hafiz?! Hehehe... Taklah! Mana ada al-hafiz, capt..." Bibir Ashraf tersengih lebar.

"Ala, sudahlah kau! Dulu Azril cerita pada aku masa kitorang satu flight pergi Narita. Dia cakap dia pernah cross checked dengan kau semua chapter dalam manual. Semua benda dekat hujung jari kau je!" Serentak itu, mereka berdua ketawa.

"Otak kau memang boleh store macam-macam information ye? Aku tahu memang ada orang jenis macam kau ni. Dulu masa dekat flying school aku dulu pun, ada sorang budak macam ni. Tapi dia Australian."

"Hehe! Takdelah, capt... I memang suka baca manual. Bukannya sekali baca semua terus masuk!" Mereka tertawa lagi sambil terus bersembang.

Setengah jam kemudian, Natasha kembali ke kokpit untuk mengutip bekas makanan mereka berdua. Waktu itu, giliran Ashraf pula menikmati makan tengaharinya tetapi Ashraf sengaja melambat-lambatkan makan.

"I haven't finished yet. You kutip capt punya dulu." Ujar Ashraf sambil menguis-nguis makanannya.

Natasha hanya mengangguk walaupun dia tahu Ashraf tidak nampak akan anggukannya. Ketika gadis itu mengambil bekas aluminium foil Kapten Kamarul yang telah kosong, matanya terbeliak apabila melihat tisu yang ada tanda lipstiknya tadi berada di dalam bekas makanan kaptennya! Kelihatan serviette itu seolah-olah sengaja dilipat betul-betul pada tacapan lipstiknya. Wajah Natasha bertukar panik.

Pelik! Adakah dia tertukar serviette sewaktu memberi makanan tadi??

Air mukanya pucat. Dia risau kalau-kalau Kapten Kamarul akan melaporkan perkara itu kepada pihak pengurusan atau Sumber Manusia!

Dalam debaran, Natasha memberikan sebuah senyuman paksa kepada kaptennya. Kelihatan lelaki itu mengherotkan mulut dan menggeleng perlahan seolah-olah memberi teguran dalam diam. Natasha tekad akan bersemuka dengan kaptennya itu apabila mereka tiba di Changi Airport untuk meminta maaf. Dia tidak mahu dikenakan tindakan tatatertib atas perbuatan dan kebodohannya sendiri.

Ashraf terus makan dengan selamba dan berselera sekali seolah-olah tidak tahu-menahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya...

"Hai? Kau yang dah tahap 'al-hafiz' dengan manual tu pun muka berkerut lagi ke, Ashraf?" Tanya Kapten Kamarul sambil membalikkan tisu serviette di tangannya. Lalu, bahagian yang 'bersih' itu dilapkan ke bibir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience