Bab 74

Romance Completed 159812

Tiga minggu.

Berlalu dengan sekelip mata namun bagi Lara, satu tempoh yang sangat panjang tanpa Ashraf. 

Sebaik sahaja menekan butang 'Print', Lara berlari anak menuju ke ruang mesin fotokopi pejabat.

Rata-rata semua pekerja di jabatan Pembangunan Perniagaan sudah keluar makan tengahari dan waktu inilah Lara menjalankan 'projeknya'.

Tangannya mengambil beberapa helai kertas yang keluar daripada mesin tersebut lalu dibawa ke meja...

Di situ, Lara memotong dan menampal sesuatu pada buku nota yang comel berwarna merah jambu, warna kegemarannya. Setelah habis menampal, Lara mengambil pen dan menulis sesuatu...

I love you. Like the spacious sky above... I miss you. Like the thousand stars at night...
I need you. Like the only moon we have...

Ashraf Zildan.

Never been away from my heart. Never been too far from my thought ;(

Titik.

Kala itu tekaknya terasa perit menahan duka yang membuak-buak di dada.

Isk... Isk...

Lara membiarkan saja air mata jatuh ke pipi. Puisi itu dia tulis di sebelah gambar Ashraf yang telah dicetak sebentar tadi, digunting lalu ditampal pada helaian buku untuk melepaskan rindu. Lara tersenyum menatap gambar kandid Ashraf sewaktu di Amsterdam dahulu. Lalu dia menulis lagi...

'Ash,

Dah hampir tiga minggu I practical training dekat Petronas :) I miss you... Setiap kali ada kesempatan, I akan lalu dekat depan Dome, tempat pertama kali kita jumpa... Kalaulah I dapat undurkan waktu... I nak tengok you dekat meja yang kita duduk dulu... Dapat tengok daripada jauh pun jadilah! I miss you so much Ash ;((('

Dia berhenti menulis lalu mencapai tisu yang terletak di hujung meja tatkala pandangan matanya kian kabur dan berkaca. Dilipatnya helai tisu tersebut dan bucunya ditekapkan ke sudut mata supaya dapat menyerap takungan air dan tidak merosakkan solekan. Kelihatan air matanya berwarna hitam bercampur maskara.

Waktu itu juga kedengaran tapak kaki menghampiri, Lara cepat-cepat menutup buku nota dan membersihkan sisa air mata. Tergesa-gesa.

"Hai, you! Ready for lunch?"

Kelihatan bayang Syed Al-Fahd tersembul di balik kubikel meja. Lara menghadiahkan senyuman lebar bagi menyembunyikan perasaan duka yang melanda.

"Yes, I am. Jom!" Lara segera melarikan anak mata dengan mencari dompet di dalam beg tangan.

"Sorry-lah you, meeting kitorang habis lambat. You tahu ajelah kalau Project Director dah joined meeting, banyaklah cengkadaknya..."

"Hehe! It's okay, no worries." Ujar Lara lantas mereka berdua jalan beriringan keluar daripada pejabat tersebut...

Keadaan di Rasa Food Court di tingkat empat bangunan berkembar itu sesak seperti biasa.

Lara dan Fahd duduk makan berdua. Sekali-sekala mereka bersembang hal-hal pejabat dan waktu itu juga mata Lara terpandangkan seorang lelaki sedang memerhatikannya dengan pandangan mata yang tajam. Namun tatkala mata bertembung, lelaki berjaket hitam itu melarikan pandangan.

Berkali-kali Lara memandang lelaki tersebut dan adakalanya mata mereka bertatapan. Dia mula tidak sedap hati.

"You? Kenapa muka you macam ni?"

Pertanyaan Fahd tidak berjawab. Lara hanyut dalam lamunan sendiri.

"You...!"

Fahd menyentuh tangan Lara menyebabkan dia terpinga-pinga.

"Kenapa muka you berkerut semacam je ni?"

Suara Fahd tenggelam timbul dalam keriuhan di food court tersebut. Lara buat senyum paksa.

"Kalau I cakap ni, you jangan pandang tau."

"Hah?" Dahi Fahd berkerut.

"You jangan terus pandang, nanti nampak obvious sangat. Ada sorang mamat pakai jaket hitam dekat belakang, sebelah kiri you... Dia asyik pandang-pandang I..." Ujar Lara sambil tunduk menguis makanan. Dia terus buat-buat ceria bersembang dengan Fahd dan seketika kemudian, Fahd menoleh ke belakang.

"Lelaki mana? Takde pun yang pakai jaket hitam?" Kata Fahd.

Lara mengangkat kepala dan segera melihat ke tempat lelaki asing itu tadi. 

Benar, lelaki itu sudah pergi.

"Eh?" Wajah Lara tercengang lalu membuatkan Fahd ketawa. Comel sungguh dia lihat gelagat Lara.

"Tadi ada! Dia dah pergi!" Sambung Lara. Wajahnya masih tercengang.

"Biarlah dia pergi. Kalau dia 'usha' you lama-lama, lagi susah I nanti."

Lara senyum kelat melihat Fahd yang tersengih macam kerang busuk!

"Gadis cantik macam you, tak hairanlah kalau semua lelaki nak 'usha'..."

"You ni tak habis-habis!" Lara tersenyum lalu menjeling. Tidak. Bukan 'usha' begitu. Lelaki tadi memandangnya dengan pandangan yang agak menakutkan namun Lara hanya pendam saja dalam hati. Tidak mahu kalau Fahd fikir dia yang melebih-lebih.

Sebaik sahaja habis makan tengahari, Fahd dan Lara naik semula ke pejabat. Oleh kerana pejabat Fahd di tingkat 60, dia singgah menghantar Lara dahulu di tingkat 58.

"Thanks Fahd sebab belanja I lunch... Asyik you je belanja, next time I pulak belanja you okay?"

Fahd tertawa kecil. "Tak payahlah belanja I. You tu buat praktikal je dekat sini, bukannya kerja lagi. Berapa Petronas bayar you? Ada dalam lima ratus ringgit?"

"Tak, tiga ratus setengah je!" Gelak.

"What?! Diorang bayar tiga ratus setengah je pada you?! Hey, ini dah tahun 2000 lah, bukannya zaman 90-an lagi!"

Lara ketawa lagi lalu menyambut, "Tiga ratus setengah tu consider tinggilah...! Kawan-kawan I dekat company lain dapat dua ratus ringgit je tau. Masa practical training untuk diploma, tahun 2003, I dapat seratus setengah je tapi yang itu syarikat kecik je lah."

Syarikat Huzaimi!

Mereka berdua bertukar senyuman.

"Okay-lah you. I nak sambung mesyuarat tadi, tak habis lagi. Jumpa you pukul enam nanti, okay? I hantar you balik ke Kolej Mawar macam biasa."

"Erk... Again?! Eh, tak payahlah, I boleh je balik sendiri naik tren."

"Ala, biarlah I hantar! Takde masalah pun... You nak balik ke Shah Alam, I pulak nak balik ke Klang. Bukannya jauh pun."

"Erk..."

"Don't worry, jalan kita sehalalah. Lagipun sementara I ada dekat office KL ni, I naklah spend time dengan you. Next week I dah balik Paka, nanti kita dah tak boleh jumpa. Rindulah I nak tengok wajah you yang comel ni..."

Erk! Lara terkedu tetapi masih mengukir senyuman. "Eheheh... You ni ada-ada je!" Terasa janggal sekali dengan ayat Fahd. "Hmm... Kalau you nak tumpangkan I lagi hari ni, okay-lah... Thanks." Sambungnya.

"Haih, kenapalah lima bulan je you praktikal dekat sini... I rasa macam I nak mintak transfer ke office sinilah-"

"Eh, kenapa pulak?"

"Sebab kalau I dekat sini, bolehlah jumpa you selalu... Kenapa? Tak boleh ke kalau I nak transfer sini?" Terasa hampa sedikit melihatkan reaksi Lara yang langsung tidak teruja.

"Hehe... Takdelah... Takkan lah sebab I sorang, you nak tinggalkan office Paka dan Kerteh pulak..."

Aduh! Lara cuba menyorokkan reaksi yang kurang selesa di sebalik senyumannya.

"You... I ni kalau dalam jawatan dah senior tau. Senior Marine Engineer. Dulu I kena post dekat sana pun sebab I junior... Sekarang dah ada budak-budak junior, boleh je kalau I nak balik semula ke office KL. Lagipun, semua meeting I dekat sini. I cuma arahkan budak-budak dekat sana je..." Fahd meneliti wajah Lara yang sedang tersenyum lalu menyambung,  "Lagipun... Kalau boleh I nak selalu ada dengan you..."

Berderau darah Lara mendengarnya!

"Haha! Fahd! Mengada betul tau! Jangan buat lawaklah!" Lara pura-pura tertawa walaupun hatinya sudah tidak keruan.

Syed Al-Fahd turut tertawa tetapi dalam diam dia sedikit kecewa mendengarkan balasan Lara. Disangkakan hubungan persahabatan mereka boleh menjadi lebih serius dan intim kerana semenjak mereka 'chatting' di Yahoo Messenger lagi, Fahd dapat merasakan keserasian antara dia dan Lara. Tetapi sekarang dengan reaksi Lara, dia sendiri pun tidak pasti.

"Lara... Sebenarnya, daripada dulu lagi I nak tanya... Err, you dah ada boyfriend ke?"

Sekali lagi darah Lara berderau namun waktu itu juga, kedengaran bunyi telefon bimbit dan Fahd segera meraba kocek seluarnya.

"Hello, boss. Yes, I'm at 58. Coming now, you guys start first. Give me five minutes, I'll be there."

Lara menjerit kelegaan dalam hati!

"Alamak you, I kena pergi sekaranglah, meeting dah start. I jumpa you masa balik nanti, okay? Tunggu dekat tempat biasa tau."

"Okay, okay! Bye!" Lara melambaikan tangan lantas Fahd tergesa-gesa berjalan menuju ke lobi lif.

Bayang lelaki itu hilang di sebalik dinding-dinding kaca...

*          *          *          *          *

Krik... Krik... Krik...

Bunyi cengkerik kedengaran.

"Ish!"

Pap!

Ashraf memukul nyamuk yang hinggap di lengannya, mungkin kerana rooftop kereta yang terbuka. Semakin lama semakin banyak pula nyamuk di pintu pagar Kolej Melati, kolej kediaman yang selalu dia datang untuk menjemput Lara satu ketika dahulu! Dia meletakkan kereta di tepi pintu masuk kolej. Ada sedikit ruang yang luas bersama tulisan 'Selamat Datang ke Kolej Melati' pada cerun bukit yang kecil.

Ini adalah kali kedua dia datang ke Shah Alam untuk menjejak Lara. Sebaik sahaja pulang daripada Vienna, Ashraf berehat dahulu sebelum bertolak ke Shah Alam. Bingit telinga mendengarkan bebelan mamanya tetapi Ashraf buat tak tahu. Seperti biasa nanti dia akan singgah ke butik-butik jenama mewah di KLCC untuk membeli sesuatu buat mamanya, dan selepas itu pasti semua bebelan akan surut.

"Hhah..." Ashraf mengeluh panjang sambil matanya menyorot ke arah pintu pagar di hadapan.

Sudah setengah hari dia menunggu Lara di situ. Daripada pukul 8 pagi sehinggalah sekarang, pukul 8 malam! Sepanjang hari ini, Ashraf benar-benar berharap agar dia dapat bertemu Lara namun jauh di sudut hati, dia sendiri tidak pasti sama ada Lara masih menghuni di situ selepas berpindah daripada Sri Mahligai Condominium!

Mata Ashraf memandang refleksi Kolej Mawar daripada cermin pandang belakang. Kedua-dua kolej ini dipisahkan oleh sebuah dataran yang besar di tengah-tengah. Kolej Mawar juga adalah penempatan untuk pelajar perempuan. Mungkinkah Lara di situ?

Lalu matanya memandang pula ke bangunan Kolej Teratai yang terletak tidak jauh daripada Kolej Mawar. Juga penempatan untuk pelajar perempuan. Lantas bagaimana jika Lara sebenarnya tidak menghuni di kolej kediaman yang sedang dia tunggu sekarang? Urgh!! 

Seperkara lagi, Ashraf dapati bahawa kesemua kolej ini ada satu lagi pintu pagar kecil di sebelah belakang yang lebih kerap digunakan oleh penghuninya. Berkali-kali hati Ashraf berkata, bagaimana jika Lara menggunakan laluan itu untuk keluar dan masuk? Ah, sesungguhnya Ashraf hanya bersandarkan pada nasib sahaja menunggu Lara di sini! Sekali lagi dia menghembuskan nafas yang panjang...

"Princess... Where are you...? Are you here, baby?" Ujarnya perlahan lalu termenung.

Beberapa minit kemudian, Ashraf menyeluk poket seluar. Telefon bimbit dikeluarkan lantas dia membuat panggilan...

"Yo, brah! Where you at?" Kedengaran suara Danny di hujung talian.

"Kolej Melati."

"Still?!" Mata Danny membulat.

"Hmm... Yeah. Tunggu dia daripada pagi sebab aku fikir kalau dia nak pergi kelas, mestilah lalu ikut sini kan? Tapi... Sebenarnya ada another small gate at the back of this building. Each building has one, in fact. Hmm... Tak tahulah pulak kalau-kalau dia ikut gate kecik tu ke... Hah, I don't know, Dan..." Keluh Ashraf sambil menyandarkan badan.

"Alamak bro... Setiamu menanti di situ. Fuh, terus aku dapat lirik baru!"

Mereka berdua tertawa.

"Habis tu Ash, kau makan semua macam mana?"

"Ada dataran dekat sini, jual makanan macam-macam. Tapi aku pergi jalan kaki, bro... Tinggalkan kereta dekat sini sebab manalah tahu kot-kot Lara lalu. Boleh dia nampak kereta aku."

"Aww, bro... Hatiku tersentuh dengan kecekalanmu..."

"Knock it off-lah setan...!" Potong Ashraf lantas sekali lagi mereka tertawa.

"Habis tu kau nak tunggu dekat situ berapa lama, bro?"

"I don't know... Dah alang-alang hari pun dah malam, sampai pukul sepuluh atau sebelaslah kot, sebelum main entrance tutup."

"Aku rasa tak adalah tu, bro... Kalau Lara ada dekat situ, gerenti awal-awal kau dah jumpa dia."

"Hmm, bukan apa... Aku terfikir kalau-kalau dia pergi kelas daripada rumah ibu dia ke... Lepas tu balik sini malam sikit... Who knows, right? Who knows she would just pop out right after I leave? That's why I'm still waiting-"

"Ah, mengarutlah! Kau baliklah dulu! Esok kau gerak sini, kita fikir plan lain..."

"Hmm..." Ashraf mengangguk. "Okay, bro." Nadanya sedikit muram.

"Come on...! Bunyi macam putus asa je ni!"

"Tak, aku tak putus asa... Aku cuma..."

Diam.

"Cuma apa?" Wajah Danny berkerut.

"Aku rindu gila dekat dia, siot..." Ashraf tersengih dan saat itu juga terasa wajahnya kebas menahan malu!

"Sabar, sabar... Ada tu, mesti ada cara lain. Kita kena fikir je! Kau relax dulu!"

Perlahan-lahan Ashraf mengangguk, macamlah Danny boleh nampak.

"Dan, kau rasa Lara cari aku jugak tak?"

"Eh, mestilah!"

"Kau yakin?"

"Yakinlah!"

"Hmm, okay-"

"Kenapa kau tanya macam tu?" Danny cepat menyampuk tetapi Ashraf terdiam sebentar. Rasa serba-salah untuk melontarkan isi hati.

"Bukan apa... Aku cuma terfikir, kalau-kalau dia tak jadi putus dengan CEO tu sebab kitorang dah lost contact."

"Ish! Tak kot... Aku rasa dia pun cari kaulah!"

"Ye ke, Dan?"

"Iyelah!" Yakin sungguh suara si Danny namun dalam hati, dia sebenarnya berasa fifty-fifty! Dia cuma tidak mahu Ashraf risau sahaja dan hakikatnya, hanya Ashraf sahaja yang lebih tahu sejauh mana seriusnya Lara mencintai Ashraf.

Lalu jika Ashraf sendiri berasa sangsi, adakah benar yang Lara akan kekal bersama lelaki CEO itu? Fikir Danny. Saat ini bukan sahaja Ashraf, malah dia juga ikut penasaran sama!

'Lara oh Lara... Dimanakah dikau...?' Danny berbisik dalam hati.

"Ash... Kau baliklah sini esok. Nanti kita fikir plan lain." Kata-kata Danny itu disambut baik oleh Ashraf.

Lalu mereka memutuskan talian dan tanpa membuang masa, Ashraf menghidupkan enjin kereta dan beredar daripada Kolej Melati tersebut...

Happy New Year buat semua pembaca MWB :) Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya, aamiin... <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience