"Morning, princess."
Lara terdengar suara itu dibisik ke telinga saat dia terpisat-pisat membuka mata. Lalu dia menoleh ke tepi dan mendapati Ashraf di sebelah sedang merenung wajahnya sambil tersenyum. Entahkan berapa lama agaknya Ashraf melihat dia tidur!
"Oh... Morning... " Suara Lara serak sedikit. Perlahan-lahan dia bangkit dan duduk di katil.Â
"I nak pergi beli breakfast dekat Cena. You nak makan apa?" Sambil bangun, Ashraf mencium pipi Lara yang sedang tergosok-gosok mata. Lantas lelaki itu berjalan ke bilik mandi untuk menggosok gigi. Cena adalah kafe vegetarian kegemaran Ashraf di bandaraya itu.Â
"Sayang, I nak ikut?" Lara meninggikan sedikit suaranya agar didengari Ashraf.
"Tak payahlah... Sekejap je I pergi dekat bangunan depan ni." Kedengaran suara Ashraf sedang menggosok gigi daripada balik dinding.Â
Lara di katil hanya mencebik namun ingatan segera tertumpu pada telefon bimbit yang tersimpan di dalam beg tangannya. Telefon itu telah Lara setkan ke mod senyap semasa di Tarboosh Middle East Kitchen malam tadi. Lara juga teringat bahawa MMS yang diminta Fahd pagi semalam masih belum dihantar. Dia mula berasa tidak sedap hati...Â
"Hun, banana chocolate muffin tak ada, so I bought chocolate muffin for you." Ashraf berkata sebaik sahaja pintu bilik dibuka. Beg kertas berwarna perang itu diletakkan di atas meja tulis lalu dia mengeluarkan isi makanan di dalamnya.Â
Lara menghampiri Ashraf lalu mendakap lelaki itu daripada belakang. Ketika Ashraf memusingkan badan, dia dapati mata Lara basah dengan air mata.Â
"Laa... Kenapa menangis ni?" Tubuh langsing itu dipeluk sambil Lara bersandar di bahunya.Â
"I nak balik Malaysia dengan you..."
Ashraf tertawa kecil. Manja! Dia mengeratkan pelukan dengan harapan boleh meredakan sedikit kesedihan Lara.Â
"Ash..."Â
"Hmm...?"Â
Tetapi Lara hanya diam membisu. Ashraf terus menanti bait kata daripada gadis itu.Â
"Kenapa?"
"Hmm... Takde apa... Penat."
Mendengarkan jawapan itu, Ashraf melepaskan pelukan dan memegang bahu Lara. "Memanglah penat, kita tidur semalam pukul berapa... Takpe, nanti dalam flight you rest lagi okay."Â
Lara mencebik.
Tidak. Bukan itu maksudnya. Bukan fizikal yang penat tetapi mental dan emosi. Airmata Lara bergenang tatkala mengingatkan SMS yang dibaca sewaktu Ashraf pergi membeli sarapan sebentar tadi.
'Hoi, kau ni sengaja nak sakitkan hati aku, kan?! Aku mintak MMS semalam, mana??'
'Kau sebenarnya pergi mana ni? Betul ke kau ikut si Khyra? Ke kau pergi jual badan dekat sana? Macamlah aku tak tau, kau ambik semua offer oversea! Itu taktik kau nak berlagak suci dekat Malaysia ni kan? Ingat aku tak tau?!'
'LARA?!! Jawab SMS aku ni!!'
'Akak... Ibu takde kredit ni nak hantar SMS ke oversea. Kenapa tak reply SMS Fahd? Akak ni janganlah buat dia macam tu, tak baik. Tu dokumen daripada lawyer dah sampai. Fahd tu dah banyak tolong dan berhabisan untuk kita pasal lawyer tu... Contact Fahd sekarang, kesian dia risaukan akak senyap seharian. Tadi masa dia called ibu, suara dia muram je. Awak tu dah bertunang, buatlah cara bertunang. Jangan ikut kepala sendiri je.'
'Akak, kalau tunang you boleh afford a lawyer for you, I'm sure he can afford your living expenses kan? Ayah nak buat rayuan semula dekat mahkamah syariah untuk yang itu."Â
"Jomlah kita breakfast, princess. Lepas tu you makan ubat, I ada beli paracetamol dekat drug store tadi..."
Kata-kata Ashraf mematikan lamunan pedihnya lalu Lara kembali memeluk Ashraf.
Di sinilah tempat yang dirasakan paling selamat; dalam pelukan Ashraf Zildan. Dunia di luar sana sungguh kejam, sering membenamkan dia ke dalam lautan emosi yang dalam dan melemaskan setiap helaan nafas. Dan dalam pelukan lelaki ini jugalah seolah-olah tempat persembunyian Lara, jauh daripada penindasan dunia...
Sebaik sahaja Lara dan Ashraf keluar daripada teksi di aras perlepasan Los Angeles International Airport, kedengaran bunyi pengumuman sayup-sayup bergema daripada dalam bangunan. Mereka terus melangkah masuk.Â
Lara hanya mengekori sahaja langkah kaki Ashraf. Kata lelaki itu tadi, dia hendak bawa Lara berjumpa dengan rakannya.
Sebaik sahaja tiba di kaunter daftar masuk Malaysia Airlines, Lara terpandangkan sosok yang dia kenali. Dia tahu lelaki itu kawan Ashraf. Ashraf telah memberitahunya sewaktu di Griffith Observatory.Â
"Hei, bro!" Tegur Ashraf sambil menghulur tangan.Â
"Hei...!" Suara Vikash sungguh girang menyambut tangan Ashraf tetapi matanya segera tertancap pada Lara.
"I tak tahu pulak you girlfriend Ashraf! Itulah, I ajak you joined semalam, tapi you girls sombong, tak nak ikut! Nasib baik jumpa dekat Griffith!" Usik Vikash dan serentak itu mereka bertiga ketawa.Â
"Anyway, hi Cik Lara Rizman! I lah yang cari details you untuk Ashraf dulu... Kesian dia, merayu pada I sampai I ingatkan dia gay. Mana taknya, dalam kapal dia kata dia nak jumpa I dekat arrival gate. Sampai dekat gate, dia kata dia dah jatuh cinta. I ingatkan dia jatuh cinta dekat one of my crew, tapi dia kata bukan. Habis tu, kau jatuh cinta dekat aku ke...?!" Suara Vikash kedengaran kelakar lantas sekali lagi mereka ketawa. Lara memandang Ashraf. Kalau ikutkan hati, dia hendak peluk Ashraf seerat-eratnya setelah mendengar cerita si Vikash.Â
"Sorry-lah bro, yesterday I only know her as Khyra's friend! Aku tak tahu pulak nama dia Lara!" Sambung Vikash.Â
"Takpe Vik, lepas ni kalau dia hilang sebab merajuk ke, apa ke, aku suruh kau buat environment check... Masuk ni dah dua kali dia dengan kau, bro." Kata-kata Ashraf itu membuatkan keadaan menjadi gamat seketika.Â
"Ish, you kata lepas ni kita tak kan hilang, kan?" Lara menjeling Ashraf tetapi dia lihat Ashraf mengenyitkan mata padanya. Sensitif betul perkataan 'hilang' itu buat Lara sekarang.
"Ye, kita tak kan hilang dah. You risau sangat sejak daripada semalam, kan? Ha, you save nombor telefon Vikash sekarang. Kalau ada apa-apa hal you boleh contact dia. He's my good friend sejak sekolah menengah."Â
Dalam pada menjeling, Lara mengeluarkan telefon bimbit. Segan pun ada untuk mengambil nombor telefon si Vikash tetapi Lara turutkan juga kerana risau pisang berbuah dua kali. Berbulan kehilangan Ashraf, Lara rasa fobia!
Sementara menunggu Lara mendaftar masuk, Ashraf dan Vikash bersembang sebentar. Masing-masing memperkatakan tentang jadual kerja mereka untuk penerbangan yang akan datang. Apabila Lara tiba di sisi Ashraf, barulah kedua-dua lelaki itu bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal.Â
"See you onboard, Lara! Bro, see you when I see you!" Ujar Vikash sebelum berlalu ke pejabat penerbangan...
Sementara menunggu panggilan masuk, Ashraf dan Lara duduk di salah sebuah bangku menghadap ke lapangan pesawat di luar sana. Mereka melihat berpuluh-puluh kapal terbang, ada yang dalam petak parkir dan ada juga yang sedang lalu-lalang melakukan 'taxiing' keluar dan masuk daripada landasan. Lara senyum sendirian. Itulah 'pejabat' si cinta hatinya. Pejabat tertinggi di dunia!Â
"Ash, apa rasa bawak kapal terbang ni?"
Pertanyaan Lara itu membuatkan Ashraf tersenyum lalu memandang sekilas ke wajah Lara.
"Rasa... Tanggungjawab besar."Â
Kening Lara berkerut. "Huh? I ingatkan you nak cakap rasa bangga... Rasa 'cool' sebab dapat terbangkan sebuah kenderaan besar dekat langit."
Lalu Ashraf tertawa. "Itu apa yang orang fikir, bukan apa yang I rasa."Â
"Well... Kalau nak cakap pasal tanggungjawab, semua kerja pun ada tanggungjawab. Makin besar jawatan, makin besarlah tanggungjawab."
Senyuman Ashraf melebar.Â
"Ye betul, princess. Tapi bukan semua kerja akan menyebabkan tiga atau empat ratus nyawa melayang bila you buat silap. Contohnya macam CEO." Pandangan Ashraf menangkap ke wajah Lara. "Apa yang besar sangat kesannya kalau CEO buat silap? Reputasi syarikat terjejas? Saham jatuh? Rugi besar? Tapi tak ada orang yang mati, kan?" Dengan cara yang amat halus, Ashraf sebenarnya sengaja memperlekehkan lelaki yang dia sangka masih teman lelaki Lara. Puas sungguh hatinya!
Lalu Ashraf menyambung lagi, "Tapi kalau pilot buat silap? Habis mati semua orang. Kadang-kadang kesilapan tu asalnya kecik je, tapi bila pilot salah interpretation atau salah tackle for the solution, habis..."Â
Lara terpaku. Kata-kata itu seakan membuka perspektif baru dan dengan serta-merta, Lara berasa sungguh kagum dengan kerjaya Ashraf!
"But still, princess... It's the greatest feeling in the world, to fly the plane with tremendous responsibilities that go with being a pilot. Pilot-kan 'cool' macam you cakap tadi." Ashraf tersengih sambil mengenyitkan mata manakala Lara pula mencebik. Lalu mereka terus tertawa.
"Jadi, selama ni... You tak pernah buat silap sepanjang you bekerja?"
Pertanyaan itu membuatkan Ashraf tersenyum dan mengingatkan kembali kepada perjalanan kerjayanya sepanjang bergelar juruterbang.
"Tipulah kalau I kata I tak pernah buat silap. Tapi sebagai pilot, our mind kena sharp. Bila ada benda trigger, kena cepat berfikir dan bertindak sebelum keadaan jadi melarat. Waktu tu, satu saat pun jadi sangat berharga, satu petikan suis pun sangat kritikal. Bila buat keputusan, kena tepat, kalau tidak keadaan bertambah buruk. Kena selalu peka dengan keadaan kapal dan sekeliling. Sixth sense pun kalau ada, kena activate jugak bila masuk kokpit. Tak semua orang ada, tapi kalau ada, selalunya ia sangat membantu." Suara Ashraf seakan hendak tertawa.Â
"Ha? Sixth sense?! Sixth sense macam mana??"Â Lara memandang Ashraf.Â
"Yeah, the sixth sense. Macam masa enjin kapal I terbakar tu, bila I hidupkan enjin je, I ada rasa lain macam dengan bunyi dia. Tapi bila check dengan kapten, dan re-check lagi dengan dua orang pilots, diorang kata tak ada apa-apa pun yang ganjil. So... It's either my hearing ability is superb or my sixth sense was activated."Â Ashraf tertawa diikuti Lara. Hati Lara kembang dan berbunga bangga.Â
"Ish, takut pulak I dengar kerja you ni, sayang." Ujar Lara dalam sisa tawanya. Dia lihat Ashraf tersenyum.Â
"Yeah, true... Sometimes quite scary. But that's what I do for a living, sweetheart. Well, it's a tough job but it pays the bills... I promise when we get married, I'll work harder so that I could provide you with nice foods on the table and the shoes, and the dresses you want to have... I will fly to the whole world to give whatever you want, okay sweetheart?"
Lara terus tersenyum dan tersipu malu! Dia menyandarkan kepala di bahu Ashraf dan memeluk lengan lelaki itu dengan erat. Kadang-kala perasaan berbunga indah ini menakutkan juga. Takut-takut kalau suatu hari nanti akan dikecewa dan Lara tidak dapat bayangkan kalau Ashraf Zildan yang mengecewakannya. Terasa seperti terbenam hingga ke perut bumi!
"Ini kapal terbang macam you bawak, kan...?" Tanya Lara, cuba mengalihkan fikiran dan rasa sangsi. Kelihatan di hadapan sana, sebuah pesawat Boeing 747 sedang perlahan-lahan bergerak melintas di landasan.Â
"Yups, Boeing 747. Orang gelarkan dia 'queen of the skies.'"
"Wow... Kenapa queen of the skies?"
"Sebab kapal yang I bawak ni saiz dia paling besar dan juga dua tingkat. You kan pernah duduk dekat tingkat atas tu. Tu yang macam hump dekat atas 'kepala' dia tu... Situlah tempat you duduk dulu." Ashraf menuding jari.Â
"Oh... Jadi kapal lain takde yang dua tingkat?"
"Tak ada. Buat masa ni dia sorang je ada."
"Wah..." Lara tersenyum kagum. Memang pesawat tersebut Lara lihat lebih besar daripada pesawat yang lain. "Hmm... You know what?" Sambung Lara.Â
"What?"
"I wonder why people called this plane as 'queen'? I tengok kapal tu nampak macho-lah! Dengan hump dia dekat atas tu, very masculine look! I lagi suka panggil dia 'The Beast' instead of 'Queen of the skies'..." Sambung Lara sambil memandang Ashraf.
"Hmm... Not bad, great observation. I would agree with you." Ashraf tersenyum dan mengangguk.Â
"Kan...? Jadi mulai sekarang, tak kisahlah kalau semua orang dalam dunia ni nak gelarkan dia 'Queen of the skies', tapi pada I, I nak panggil dia 'The Beast'. He's my 'machoman' starting from now on."Â
Serentak itu juga, senyuman Ashraf makin melebar.
"Machoman? Sebenarnya 'machoman' tu you nak refer pada orang yang bawak 'The Beast' tu kan?"Â
"Orang yang bawak 'The Beast'? You ke?"Â
"Iyalah!"Â
"Eii, perasannya dia!" Usik Lara dan serentak itu juga mereka ketawa bersama...
"Bye machoman." Ucap Lara sebelum memasuki ke pagar penerbangan antarabangsa. Ashraf ketawa lantas memeluk Lara.Â
"Bye baby girl... Jangan hilangkan lagi nombor phone I! Kalau hilang jugak, kita jumpa dekat Vondelpark pulak lepas ni, okay?"Â
"Ish, Ashraf?! Mulut you ni kan!" Bisik Lara dengan nada yang keras.Â
"Hah, kenapa dengan mulut I?" Sebuah senyuman nakal terkoyak di bibir Ashraf dan dahi mereka bersentuhan. Â
"Mulut takde insurance!"Â Kutuk Lara.Â
"Hmm, memang takde. Apa kata you tolong 'inspect' before I insured it?"Â Ashraf mendekatkan bibir.Â
"Eii... Naughty!" Lara tertawa tetapi waktu itu juga bibir Ashraf sudah bertaut di bibirnya. Mereka saling membalas ciuman tanpa menghiraukan lautan manusia yang lalu-lalang.Â
"Good afternoon ladies and gentleman, this is boarding call for passengers flight MH 95, MH 95 from Los Angeles to Kuala Lumpur... Please proceed to gate A13, gate A13 for immediate boarding. Thank you."Â
Pengumuman itu terus bergema beberapa kali di lapangan terbang tersebut...Â
Terima kasih sbb sabar menunggu MWB :) Insya Allah, next update hari Isnin depan ye <3 Thanks for your support :)
Share this novel