Bab 22

Romance Completed 159812

Cahaya matahari pagi masuk melalui celah-celah jendela bilik Ashraf di rumah banglo dua tingkat Ukay Heights itu.

"Aku bisa membuatmu,

Jatuh cinta kepadaku,

Meski kau tak cinta kepadaku..."

Ashraf menyanyi dengan sepenuh hati sambil menyisir rambutnya yang telah disapu gel rambut. Dia tidak jemu-jemu menyanyikan lagu Dewa19 itu kerana setiap baris lirik lagu itu adalah bisikan hatinya terhadap Lara. Dan hari ini, dia ingin memberi impresi yang sebaik mungkin supaya Lara akan jatuh cinta kepadanya!

Psst! Psstt! Psssttt!!

Ashraf menyembur minyak wangi Azzaro Chrome. Bau-bauan yang wangi dan segar naik semerbak ke udara. Di badannya sudah tersarung kemas kemeja hitam bersama jeans biru seperti yang dia beritahu Lara malam tadi.

"Beri sedikit waktu biar cinta datang

Kerna telah terbiasa..."

Ashraf sambung menyanyi. Dia membelek-belek pantulan imejnya di cermin. Rambut sebelah kiri... Rambut sebelah kanan... Okay, check!

Senyum.

"You ready...?! Oh yeah!" Ashraf mengenyitkan mata sambil jarinya mengunjuk pada pantulan imejnya. Lantas, dia mencapai kunci kereta berlogo Audi di atas katil dan bergegas keluar daripada bilik tersebut.

Pam!

Pintu bilik ditutup...

Di suatu tempat yang lain pula.

"Hidupku tanpa cintamu

Bagai malam tanpa bintang..."

Lara menyapu maskara di matanya dengan berhati-hati sambil menyanyi kecil. Lagu itu sangat istimewa. Itulah lagu pertama yang Ashraf nyanyikan buat Lara dan kerana itulah juga lagu Risalah Hati itu amat bermakna sekali buatnya.

"Cintaku tanpa sambutmu

Bagai panas tanpa hujan..."

Dia menyambung nyanyiannya sama sepertimana yang dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia Shanty yang bertindak sebagai penyanyi latar dalam rangkap terakhir lagu Dewa19 tersebut.

Lara mengerlipkan matanya seusai menyapu maskara. Dia tersenyum sendirian di hadapan cermin. Makeup done! Lantas, dia mencapai minyak wangi Oh! de Moschino kegemarannya lalu disembur ke badan...

*           *           *           *           *

Jam menunjukkan pukul 11.40 pagi ketika Ashraf tiba di restoran Dome, KLCC itu. Kedatangannya disambut ramah oleh salah seorang pelayan restoran tersebut. Ashraf memilih untuk duduk di open-air area, lantas pelayan itu membawanya ke sebuah meja di luar yang menghadap kolam air pancut KLCC. 

Sebaik sahaja Ashraf melabuhkan punggung di kerusi, tanpa melihat menu dia terus sahaja memesan segelas ice lemon tea buat dirinya sementara menunggu ketibaan Lara. 

"Miss, can I keep these menus first? Will order soon."

"Sure, sir." Kata pelayan perempuan itu sambil tersenyum dan berlalu dari situ.

Ashraf mengerling ke jam tangannya.  Ada lebih kurang lima belas minit lagi sebelum Lara tiba. 

Sepanjang hidupnya, ini bukan kali pertama dia keluar 'dating' tetapi hari ini Ashraf berasa sangat gementar seolah-olah kali pertama ber-dating!  Sebaik sahaja dia memandu keluar daripada simpang Ukay Heights tadi, perasaannya sudah mula berkocak.  Rasa gembira, gementar, cuak dan teruja saling bertukar ganti dan tenggelam timbul. Begitulah istimewanya Lara Rizman ini di mata Ashraf.

Bagi mengurangkan debaran di dada, Ashraf buka permainan video 'Call of Duty' di telefon bimbitnya. Tetapi, baru sahaja dia hendak memulakan permainan, satu notifikasi SMS menerpa masuk. Kening Ashraf mencerun. Adakah SMS daripada Lara? Ashraf cepat-cepat membukanya...

'Good luck, bro! My friend is meeting the girl of his dream! Woot woot! >,< Haha! BTW kan, aku sebenarnya dah lama terfikir benda ni. Aku nak tanya kau satu soalan... Macam mana kalau girl yang kau nak jumpa ni, bukan girl yang kau target hari tu?' - Danny ciban

Kening Ashraf makin mencerun.

'Ish, apa maksud kau? Aku tak faham...' - Ash Z

'Aku terfikir jelah... Yelah kan, mana tahu kot-kot seat number 22B tu sebenarnya bukan seat dia... Tapi seat kawan dia sebab diorang tukar tempat duduk! Maknanya, gadis yang kau aim tu bukan Lara. Hahaha!' - Danny ciban

'Damn!' Ashraf memejam mata dan meletakkan telefon bimbitnya ke atas meja. Tiba-tiba sahaja, perutnya terasa kecut dan dia rasa seram sejuk!

'Kenapalah last minute aku dah nak jumpa Lara baru dia tanya soalan tu? Macam mana aku nak validate kalau dah last minute macam ni??' Ashraf menggenggam penumbuk.

'Dan macam mana kalau andaian Danny tu betul?' Bisik hatinya lagi. Jika andaian itu betul, ini bermakna dia telah berkenalan dengan orang yang salah! Jari Ashraf menekan butang 'Reply'.

'Ish, takkan kot...'

Bunyi balasan SMS Ashraf kepada Danny. Dalam pada dia berasa tidak sedap hati, Ashraf cuba untuk kekal optimis.

'Siot punya Danny. Tak pasal-pasal last minute aku kena encounter dengan unnecessary stress!' Bisik Ashraf sendirian. 'Dah lah daripada tadi aku dok nervous. Masa aircraft defect dulu pun tak rasa seriau macam ni!' Air liur ditelan dalam-dalam. Dia cuba menenangkan diri.  Jauh di sudut hati, Ashraf yakin bahawa Lara adalah gadis yang dia lihat di kaunter pendaftaran KLIA enam bulan yang lalu.

Ashraf menghirup air ice lemon tea di hadapannya apabila satu lagi SMS menerjah masuk. Dia mengherotkan mulut. 'Apa lagi si Danny ni nak 'bancuh' aku?!' Getus Ashraf sambil menekan butang 'Read'.

'I dah sampai... Where are you?' – Beautiful specimen

ZUP!!

Terasa darahnya berderau. Ashraf sangkakan SMS yang masuk itu adalah balasan SMS si Danny! Dia segera mengangkat kepala dan memerhati sekeliling, mencari-cari bayang Lara namun tidak kelihatan. Jarinya segera menaip sesuatu...

'I duduk dekat luar, facing this fountain. Where are you?'

Demikian balasan SMS Ashraf.  Jantungnya semakin berdebar-debar tetapi dia cuba untuk berlagak cool dan bersahaja. Namun dia tidak dapat bayangkan kalau gadis yang bakal muncul itu nanti bukan gadis yang dia lihat di kaunter daftar masuk dahulu...

"Hai...!"

Tiba-tiba kedengaran suara yang sangat Ashraf kenali. Ashraf memandang ke sosok tinggi lampai yang sedang berdiri di hadapannya. Matanya dan mata bundar gadis 22B itu bertembung...
 
"Ashraf...?" Tanya Lara sambil mengangkat kening. Senyuman di bibirnya sedikit gusar.

Ashraf tersenyum lebar! Saat ini semua beban rindu terhadap Lara seolah-olah berterbangan keluar daripada sanubarinya seperti merpati-merpati putih yang sudah bebas! Ashraf berasa sungguh gembira!

"Hi Lara! Yups, I'm Ashraf." Dia bangun daripada kerusi lantas menghulurkan tangan ke arah Lara.

Saat Lara menyambut tangan Ashraf, ada sedikit getaran menyelinap di hati gadis itu. Mereka saling bertukar pandangan dan senyuman. 'Uniknya muka mamat ni...' Getus hati Lara. 'Rasanya budak modeling ni!'

"Nice to meet you, Ash..." Lara genggam erat tangan Ashraf. Senyum.

"Yeah, at last! You too..."

Entah kenapa balasan ayat 'at last' Ashraf itu sedikit sebanyak menggeletek hati Lara lantas membuatkan dia tertawa.

'Ahh...' Ashraf senyum menatap wajah gadis di hadapannya. 'This is the smile...!'

Saat itu tiupan damai yang sama Ashraf rasakan seperti di KLIA dahulu, kini sekali lagi beralun lembut di hatinya. Inilah dia pemilik senyuman yang dia cari dan tunggu sepanjang enam bulan yang lepas!

"Duduklah..." Kata Ashraf sambil telapak tangan diarahkan ke kerusi di hadapannya. Debaran di hati sedikit sebanyak membuatkan Ashraf terasa kekok.  

"Thanks! I tak lambatkan?!" Nada suara dan wajah Lara ceria. Dia menarik kerusi lalu duduk dengan selesa sekali. 

Apabila Ashraf duduk menyertai Lara, entah kenapa dadanya semakin berdebar tetapi dia cuba untuk kelihatan tenang. Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat sudah seperti telur di hujung tanduk?

"Err... Tak... Tak lambatlah. On time." Jawab Ashraf sambil pura-pura melihat jam di tangan. Padahal entah pukul berapa pun ketika itu dia tidak perasan! Matanya dan mata Lara sekali lagi bertembung.

'Mamat ni macam Melayu, tapi tak berapa Melayu...' Lara mati akal. Dia tidak tahu dari mana datangnya lelaki di hadapan ini yang tiba-tiba sahaja muncul dalam hidupnya!

"You ni orang apa?" Kening Lara mencerun.

Pertanyaan itu terus membuatkan Ashraf ketawa. Malah debaran di hatinya juga keluar bersama tawa yang berdekah.

Lara hanya memerhatikan saja lelaki berkulit sawo matang itu tergelak besar sambil mempamerkan barisan gigi yang putih dan tersusun rapi. Wajah itu sungguh menenangkan hatinya tetapi... Dari mana datangnya? Bidadara turun dari langitkah? Ya, memang lelaki ini selalu 'turun dari langit' bersama kapal terbangnya tetapi...

"Kenapa you tanya macam tu??" Pertanyaan Ashraf itu mematikan lamunan Lara. Buat sekian kali mata mereka bertembung.

"Err... Takdelah... I tanya je..." Lara buat muka 'seposen' menyebabkan Ashraf tertawa kecil.

"Hei... You ni memang kelakarlah Lara." Menu dihulurkan kepada Lara. "Anyway... Pandai you cari I, kan?" Ujar Ashraf.

Dahi Lara mula berkerut.

"Of course-lah... Kan you bagi tahu pada I, you pakai black shirt and jeans."

Bibir Ashraf tersenyum lebar apabila telinganya menangkap intonasi suara yang selalu dia dengar di telefon selama ini, kini sudah di depan mata!

"Yeah, I know. But... Orang tu pun pakai shirt hitam jugak. Ha, yang itu pun sama..." Ashraf menunjuk ke arah dua lelaki yang duduk berdekatan dengan meja mereka. Kening Lara kian berkerut.

"Ashraf...??"

"Huh?" Ashraf cepat-cepat menangkap wajah Lara apabila namanya dipanggil sebegitu. Dia meninggikan kening.

"Both of them are mat saleh, kan?" Mata Lara mengecil.  

"Oh?!" Ashraf cepat-cepat pandang ke dua-dua lelaki tadi. "Yeah, okay...! You're right!" Serentak itu, mereka berdua ketawa terbahak-bahak. Muka Ashraf merah menahan malu!

"I tahulah muka you 'macam ni'. Tapi yang tu mat saleh pekat kot...! You ni perasan mat saleh ke apa..." Sekali lagi tawa mereka berhamburan. Ashraf menyinggung perlahan menu Lara di atas meja dengan menggunakan menu di tangannya. Galak sungguh gadis itu mengenakannya!

Sejujurnya Ashraf benar-benar tidak perasan yang kedua-dua lelaki berbaju hitam itu adalah mat saleh. Entahlah, mungkin kerana gelodak perasaan yang sedang melanda bila gadis pujaan hati sudah berada di depan mata. Terasa seperti orang bodoh tetapi dia tidak kisah. Jelingan manja berserta lenggok suara Lara memanggil namanya tadi sungguh mencairkan hati lelaki Ashraf...

"So... You nak order apa?" Tanya Ashraf sebaik sahaja tawa mereka reda. Dia menyedut air ice lemon tea-nya sambil memandang Lara. Kelihatan gadis itu sedang leka membelek satu per satu menu yang tertera. Ashraf mengambil kesempatan itu untuk menatap wajah Lara sepuas hati...

"One Cranberry Cooler, one Apple Crush, one beef lasagna and spicy olio pasta." Pelayan restoran itu mengulangi pesanan mereka. 

"Yes, thanks." Balas Ashraf sambil menyerahkan menu. 

"Thank you, sir!" Serentak itu, pelayan tersebut terus berlalu meninggalkan mereka berdua.

"So..." Lara tersenyum mengangkat kening. Dia lihat Ashraf sudah seperti orang yang menyerah. Apa sahaja soalan yang diajukan Lara, Ashraf akan jawab. Itu janji Ashraf untuk pertemuan mereka pada hari itu!

"You ada buat modeling ke?" Lara mengerutkan kening.

"Hish. I kerja pilot-lah."

"I know-lah. Maksud I part time modeling ke... Freelance ke?"

"Hish, mengarut. Not my thing." Reaksi Ashraf itu membuatkan Lara tertawa.

"Habis tu macam mana you boleh kenal I...?!" Suara Lara disulam dengan gelak tawanya yang ceria. Ashraf sengih sahaja.

"So you rasa I kenal you, through some modeling events?"

"I don't know! I can't think of any other possibilities!" Ujar Lara.

Mereka saling bertukar senyuman tanpa sebarang kata. Hanya Lara memandang tepat ke wajah Ashraf sambil menantikan jawapan daripada lelaki itu. Tiba-tiba, Lara tertawa sendiri dan kelihatan tersipu-sipu. Air wajah Ashraf kehairanan.

"Hah. Kenapa, you?" Tanya Ashraf. Lara dia lihat menggeleng kepala dan tersenyum malu. Kening tebal Ashraf mencerun.

"Tak nak cakap... Malu...!" Wajah Lara kemerahan sambil kepalanya terlentok. Ashraf terus sahaja ketawa! 'Aduh, gediknya pompuan sorang ni...' Hati lelakinya sekali lagi cair!

"Apa yang malunya...?? Cakaplah!" Tanya Ashraf lagi. Nadanya sahaja yang kedengaran tegas namun jiwanya sudah melonglai dibuat Lara.

"Betul you nak tahu??"

"Of course!" Suara Ashraf penuh dengan keyakinan.

"Erm... Tiba-tiba, I teringat." Lara mula senyum nakal.

"Teringat apa?"

"Ini rupanya orang yang selalu main gitar dan nyanyikan untuk I malam-malam tu...!"

Ashraf pejam mata dan wajahnya merah padam! 'Aduh!' Dia mengetap bibir bagi menahan tawanya sambil tunduk memegang dahi. Lara pula sudah ketawa terbahak-bahak.

"Ye, Cik Lara... Sayalah orang tu." Ashraf tersenyum kelat menahan malu. Di akhir ayatnya terhambur sedikit tawa kecil, kelakar mengenang keletah diri sendiri.

"You tu pun boleh tahan... Orang nyanyi lagu Selimut Hati untuk dia, terus bantai tidur! Mentang-mentanglah tajuk lagu tu 'selimut'!" Serentak itu juga tawa mereka pecah kedengaran. Lara menekup mulutnya dengan telapak tangan dan ketawa terbahak-bahak. Kata-kata Ashraf itu benar-benar menggeletek hatinya.

"You tahu tak you mengigau malam tu?" Kali ini Ashraf pula senyum nakal! Dia lihat muka Lara pantas berubah.

"Hah?? Mengigau??"

Ashraf mendiamkan diri dan masih membuat senyuman nakalnya. Keningnya di angkat sebelah sambil memandang Lara.

"Serius ke? I ngigau ke Ash???" Lara mula panik.

"Tak, I gurau je! Haha! Pucat muka!" Waktu itu juga Ashraf lihat wajah Lara sudah menyinga!

"Mohamad Ashraf!"

"Eh...?!" Potong Ashraf sambil mereka ketawa.

"Eee... Siapa Mohamad Ashraf?? Nama I bukan Mohamad Ashraf...! Cik dah salah meja ni cik..." Kata Ashraf mengejek. Lara terus ketawa.

"Oh, nama you bukan Mohamad Ashraf ke??"

"Bukanlah! Confident je you ni!"

Ketawa lagi!

"Habis tu nama you apa?" Tanya Lara. Dia suka melihat wajah dan reaksi Ashraf sebentar tadi.

"Ashraf Zildan."

"Ashraf what?!" Lara membulatkan matanya.

"Ashraf. Zildan."

"Zildan??!"

"Hmm." Ashraf angguk kepala.

"Sedapnya nama you!" Mata Lara bersinar-sinar memandang Ashraf!

Jika selama ini hatinya tertaut pada suara dan gaya Ashraf di telefon, tetapi hari ini dia telah jatuh hati pada sosok tersebut dan juga pada nama 'Ashraf Zildan'...

Pelayan restoran meletakkan hidangan yang pertama iaitu Spicy Olio Pasta pesanan Ashraf di tengah-tengah meja mereka. Lantas Lara segera mengambilnya dan meletakkan pinggan itu di hadapan Ashraf. 

"Untuk Encik Ashraf Zildan."

Ashraf tertawa! Suka sungguh Lara menyebut nama penuhnya. Semenjak dari mula bersua tadi, Ashraf betul-betul terhibur dengan keletah si Lara ini. Dan dia rasa seolah-olah bermimpi apatah lagi bila dapat makan semeja dengan gadis seat 22B itu!

Setelah kesemua makanan dan minuman yang dipesan tersedia di atas meja, pelayan tersebut berlalu pergi.

"Okay. So, sambil kita makan ni, you cerita dekat I yea macam mana you dapat nombor telefon I." Kata Lara sambil memotong lasagna yang masih panas. Kepulan asap kecil berkepul naik dan hilang di udara. 

Ashraf tersengih lebar. Tangannya mencapai 'table salt' yang terletak di tepi meja lalu dituangkan sedikit ke dalam spaghetti.

"Hmm... Sebenarnya... I jumpa you... Masa you pergi Tawau dulu." Ashraf memulakan kata dengan debaran di dada. Dia lihat Lara segera berhenti mengunyah. Kening gadis itu mencerun tajam memandangnya.

Ashraf telan liur.

"Tawau?!" Desis Lara.

"Yups."

Ashraf harap Lara tidak akan freak out apabila mendengarkan keseluruhan ceritanya nanti. Dia juga berharap Lara tidak akan memanggilnya dengan panggilan 'psycho' seperti mana gadis itu menggelarkan ex-boyfriend Singaporean-nya!

"You jumpa I masa dekat Tawau??" Muka Lara kelihatan serius.

"Bukan! Kita tak jumpa dekat Tawau. Kita jumpa dekat airport."

"Oh? Dekat Tawau airport?"

"Bukan, bukan. Kita jumpa dekat KLIA. Masa flight nak pergi Tawau." Jelas Ashraf.

Lara ternganga! "Flight pergi Tawau?!"

"Yups."

Hati Ashraf sebenarnya seperti hendak meletup tetapi dia berlagak tenang dan relaks sahaja. Bukankah pilot memang perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat yang sudah seperti telur di hujung tanduk? Dia rasa inilah mantranya untuk hari ini.

"Maknanya... Kita satu flight...??" Lara masih terpinga-pinga. Dia mula meletakkan garpu dan pisaunya ke atas pinggan. 

'Urgh. Yelah! Tiga jam kot aku 'usha' kau...' Kata Ashraf dalam hati.

"Maknanya... I naik flight you?" Pertanyaan Lara itu membuatkan Ashraf tertawa.

"Princess... Kitakan naik MAS time tu. I kan kerja dengan SIA..."

Lara tergelak! Dia tidak tahu sama ada dia tergelak kerana mendengar si Ashraf memanggilnya 'princess' ataupun kerana dia rasa cerita Ashraf itu kedengaran semakin pelik sekarang! 

"Eh! Yelah kan! Sorry, sorry... I'm confused! Too many things to digest." Kata Lara sambil memegang dahi. Lagaknya seperti pelakon dalam cerita drama Melayu yang kehilangan ingatan. 

"Ye, mana taknya. Perut nak digest lagi, otak pun nak digest. Dah, dah... Lupakanlah semuanya. Sambung makan tu..." Mendengarkan kata-kata Ashraf itu, Lara tertawa! Si Ashraf ini tutur katanya kadang-kala kelakar tapi aksinya selamba sahaja, fikir Lara. Dia lihat Ashraf buat tak tahu dan sambung makan.

"You! Maknanya kita satu flight-lah?"

"Iye." Jawab Ashraf acuh tak acuh sambil menyuap spaghetti ke mulut.

"Habis tu, macam mana pulak you dapat nombor I??" Lara sudah tak menghiraukan makanan di hadapannya lagi. Dia hanya ingin terus mengorek cerita.

Mendengarkan pertanyaan Lara kali ini, Ashraf senyum meleret tetapi hatinya makin berdebar-debar. 'Aduh... Part ini lagi thrill...' Bisik hatinya, terus menyuap makanan.

"You, jawablah...!" Rayu Lara apabila dia lihat Ashraf seolah-olah tidak mempedulikannya. Terus sahaja Ashraf meletakkan sudu dan garpu ke bawah. Dia sering kalah dengan intonasi suara Lara yang satu itu!

Mata mereka bertaut.

"I dapat nombor you daripada kawan I..."

"Huh? Daripada kawan you?"

Ashraf menganggukkan kepala.

"You kenal Zieta dengan Khyra ke?"

"Eh... Itukan kawan you. Ini kawan I."

"Kawan you tu bukan kawan I...?"

"Tak, bukan."

"Siapa?? Siapa lagi yang pergi Tawau dengan you?? Kalau dia kawan you, macam mana pulak dia boleh ada nombor phone I...? Ish, tak fahamlah!" Omelan Lara yang panjang itu membuatkan Ashraf tersenyum dan menggelengkan kepala.

"Okay, listen up Lara. Let me tell you something, but please! Do NOT freak out." 

"Huh??" Kata-kata Ashraf itu membuatkan Lara terpempan. Dia mengamati wajah pemuda di hadapannya dengan perasaan yang sedikit gusar. Memang wajah itu menawan hatinya tetapi... Kali ini kelakuan Ashraf sudah seperti... Weirdo! Lara mula berasa resah seolah-olah dirinya sedang terancam.

"And please keep this thing as a secret because someone risked his job because of my request."

"Huh...??" Kali ini mulut Lara terlopong!

"Okay okay, I tahu you tak faham. Macam ni... Kita satu flight. I nampak you hari tu, I nak berkenalan tapi I tak tahu macam mana nak tegur you. I segan, tambah pulak depan kawan you yang dua orang tu. So, I mintak tolong daripada kawan I, Kapten Vikash. Kita naik flight dia hari tu. Remember? Yang kita dengar suara dia buat weather forecast dalam flight tu?"

"Ooh... Itu kawan you ke? Okay..." Lara mengangguk perlahan. Hatinya berasa sedikit lega sekarang.

"He's my old friend. He helped me to get your details from passenger information." 

"Huh? Passenger information?" 

Ashraf menganggukkan kepala. 

"Passenger information tu dari mana?" Tanya Lara lagi. 

"From... Anywhere and everywhere-lah. From Reservation and Ticketing department ke, dari passenger database ke, daripada passenger's account profile dengan MAS ke... Well, basically... Everywhere-lah. Carilah merata-rata!" Jawab Ashraf selamba. Dia meneliti air muka di wajah Lara. Kelihatan gadis itu terpinga-pinga buat sekian kalinya. 

"I lalu sebelah seat you masa tu, buat-buat pergi tandas. Tapi you tak perasan kot. I looked at your seat number – which was 22B. Sampai Tawau, I jumpa Vikash and sought his help on finding your personal information based on your seat number. But specifically, looking for your phone number-lah." Sambung Ashraf. 

Mata Lara hampir-hampir terbeliak. 'Gila!' Getus hati Lara. Dia menelan liur... "Err... Apa lagi personal details I yang you tahu?" Tanya Lara. Ashraf segera tersenyum.

"Good question..." Ashraf menyuap makanan ke mulutnya lalu menyambung, "Email address, mobile number, IC number... Erm... Emergency contact and emergency contact number."

Lara ternganga!

"Actually, I tahu bila birthday you. On your birthday last year, I was in Oslo, kerja. I teringin sangat nak wish 'happy birthday' pada you, tapi nanti you lagi bingung, macam mana pulak I tahu birthday you, kan? So... I tak wish." Ashraf menyengih.

Lara masih terpempan. 

"And my emergency contact person is...?" Soal Lara menduga.

"Your mother, Zuraidah."

"Harkh!" Nafas Lara tersentap. "You ni!" Desis Lara dengan air wajahnya yang ketat. 

Melihatkan air muka gadis itu berubah, wajah Ashraf juga turut berubah. Dia mula tidak sedap hati.

"Err... Kenapa...?" Tanya Ashraf dengan nada yang was-was.

"Kenapa you cakap?? You ni gila ke apa?!" Kening Lara mencerun.

Ashraf mengalihkan pandangannya sambil menarik muka. Dia dah agak!

"Lara, I know this is crazy! But I'm not crazy okay? I mintak maaf sebab korek personal data you apa semua. I tahu benda ni memang salah dari segi data protection laws tapi I tak berniat jahat..." Jawab Ashraf sambil memandang tepat ke muka Lara.

"I bukannya gunakan details you untuk rompak duit you dalam bank ke, gunakan nombor phone you untuk jual insurance ke... Tak! I simpan kertas yang I tulis details you tu elok-elok. Kalau you nak I bakar kertas tu supaya details you tak terdedah merata, I boleh bakar! Tapi I cuma nak kenal dengan you je Lara, dan I tak pernah pun buat kerja gila macam ni." Ashraf merenung ke dalam anak mata Lara penuh pengharapan.

"Inilah first time I buat benda ni dan cukuplah first time. I pun dah tak berani nak susahkan sesiapa especially kawan I tu. Dan kalau I susahkan you, I mintak maaf."

Lara terkedu. Pernahkah kehadiran lelaki itu menyusahkan dirinya? Tidak! Malah lelaki itulah yang sering menghiburkan hatinya dengan petikan gitar dan lagu-lagu yang membuai jiwa... 

Lara tunduk sambil menguis-nguis lasagna di hadapannya. Dia sebenarnya terkesima dengan tekad dan kesungguhan Ashraf dalam hal ini. Dan saat ini, perasaan Lara sudah mula berkecamuk. Hatinya terasa lirih dengan perasaan terharu dan bimbang terhadap Ashraf kerana... Ashraf tidak tahu-menahu langsung tentang Huzaimi! Perasaan serba-salah semakin menguasai diri Lara. Dia terasa seakan-akan lemas!

"Kenapa you diam je ni...?" Tanya Ashraf gusar. 

"Okay, Lara. I'm sorry if I freak you out. I ikhlas nak kenal dengan you cuma... I tak tahu macam mana cara nak get in touch dengan you! That's why I did this." Ashraf berharap kata-katanya itu dapat menenangkan sedikit perasaan Lara.  Dia sudah tidak tahu apa lagi yang harus dia katakan. Lagipun dia bukannya biasa memujuk perempuan!

"Lara, you okay tak ni? I risau."

"Yeah, yeah... I'm okay..." Lara seolah-olah tersentak dari lamunan. Dia memaksa diri untuk senyum.

"Okay ke? I tengok you macam takut je? You takut dengan I ke? Or you're afraid of my story?"

"Eh, taklah... Kenapa I nak takut pulak."

"Yes! Something is bothering you and I can see it from your face."

"Eh, ye ke? Erm... Entahlah, my face salah bagi reaction kot..." Jawapan Lara itu menyebabkan Ashraf tertawa kecil.

"Lara, listen. I'm sorry if this whole thing agitate you, okay? Dah berapa kali I mintak maaf ni. You janganlah fikir I ni psycho and stalker macam ex-boyfriend you pulak."

Mendengarkan kata-kata Ashraf itu, tawa Lara terhambur. Ashraf pantas berasa lega walaupun dia sendiri tidak pasti apa yang menggelikan hati Lara. Debaran di hati Ashraf kian surut... 

Bab 23 akan publish esok yea! ^__^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience