Pagi itu bunyi ombak menghempas pantai menjadi halwa telinga yang mendamaikan jiwa. Tetapi semua keindahan itu tidak bermakna buat Lara. Hatinya gundah gelana, tidak pasti sama ada tunangnya akan menunaikan janji untuk pertemuan mereka pada pagi itu atau hanya sekadar mainan kata. Maklumlah, sudah seminggu lelaki itu hilang dari radar.
Lara duduk bersandar pada kerusi jemur di atas pasir yang memutih di persisiran pantai Tanjong Jara Resort. Jarinya mengetuk batang rokok yang baru dihisap suku.
Jauh dalam lubuk fikirannya, dia berharap hari ini segala konflik akan selesai dan kepulangan dia ke Kuala Lumpur nanti adalah sebagai bekas tunangan orang... Ibu? Ah, pandai-pandailah dia menguruskannya kemudian nanti.
Apabila batang rokok sudah tinggal separuh, sosok tubuh lelaki tiba-tiba muncul di sisi Lara dan saat Lara menghalakan pandangan, tusukan mata Syed Al-Fahd tajam menikam.Â
"Hai! Datang pun!" Tegur Lara setelah menghembus asap rokok. Senyum. Dia tahu makna di sebalik pandangan tajam itu.Â
Fahd tidak membalas sapaan tetapi terus duduk di kerusi jemur yang berhampiran. Matanya merenung wajah Lara yang selamba sambil rambut panjang itu berjuraian ditiup angin.Â
"Sejak bila you merokok?"
Lara tertawa.
"Oh...! You tak tahu I merokok ye?"
"Bila aku tanya, kau jawablah soalan aku! Sejak bila kau merokok ni?!" Wajah Fahd menyinga. Dia memerhatikan Lara menyedut batang rokok sehingga matanya mengecil.
Phuhh...
Asap rokok berkepul-kepul keluar daripada mulut Lara lalu hilang ditelan udara.
"Hmm... Mungkin sebab kita ni cepat sangat bertunang, you tak sempat nak kenal diri I betul-betul."
"Hmmph!" Fahd tertawa sinis dan menjeling. "So? Apa lagi yang aku tak tahu pasal kau?"
Dia lihat Lara tersenyum.
"Erm... I kaki clubbing."
Sekali lagi Fahd tertawa sinis. "Ah, kalau perangai pun dah macam jalang, tak hairanlah pergi ke club."
Kata-kata itu walaupun tajam menghiris telinga dan menusuk jiwa, namun Lara hanya tersenyum. Alah tegal bisa biasa! Dia sudah masak dengan ketajaman mulut Fahd.
"So... You rasa you bertunang dengan perempuan jalang ke?" Batang rokok diketuk pada bekas abu rokok.
"Apa motif kau buat perangai tak senonoh macam ni? Jijiklah!"
"Ha, jijik!" Suara Lara berteriak girang sambil menghalakan kedudukan badannya ke arah Syed Al-Fahd. Â
"Kalau jijik, buat apa you nak simpan I lagi? You lepaskan ajelah! Kan senang...? Kita tak payah bergaduh setiap hari, you pun tak sakit hati, I pun tak payah-"Â
"Aku sayangkan kau Lara! Tapi kau yang tak sayangkan diri kau sendiri!" Fahd tiba-tiba bertempik menyebabkan Lara terpinga-pinga.
"Kenapa pulak I tak sayangkan diri sendiri?"
"Sebab kau tak jaga maruah kau sebagai seorang perempuan! Kau jual diri kau macam tu, kau dah takde perasaan malu ke?! Aku kecewalah dengan kau, Lara!"
"Oh! I tak jaga maruah?! Habis tu, yang you tu pulak dok mintak dan rayu macam-macam nak buat benda tak senonoh pada I, itu apa?! You pun tak reti jaga maruah tunang sendiri!"Â
"Aku ni tunang kau! Bakal suami kau! Tapi kau pergi jual diri kau sampai semua orang boleh tengok batang tubuh kau-"
"Bakal suami dah ada lesen ke nak 'romen-romen'?! Hey, listen! I tak jual diri I, okay?! And why are we focusing on this matter?! I don't want to talk about me! I want to talk about us!"Â
"Because you ruined everything!"Â
"No, I don't, Syed Al-Fahd! You started it first! You yang tak boleh terima diri I seadanya!"
"Seadanya apa?! Kau tu orang Islamlah, lahanat! Kau tak sedar ke?! Kau jual gambar separuh bogel kau merata-rata, kau tahu tak duit tu datang daripada sumber yang haram?! Kau tak malu ke?! Sebab tu aku cakap, kau tak jaga maruah kau!"
Mata mereka bertembung dan lantas Fahd menyambung, "Sudahlah tak pakai tudung! Masa praktikal dulu pun pakai skirt masuk office! Dengan baju ketatnya, seluar pun ketat! Kau ni memang-"
"Okay, fine!" Sampuk Lara dengan suara teriakan yang agak tinggi. "Kalau semua benda you nak ungkit, macam ni lah Fahd... Orang kata lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Jadi maknanya, perempuan jijik dan tak ada maruah macam I ni... Adalah lelaki yang sepadan, kan? Dan you pun... Deserve someone better, right?"
Keadaan terdiam seketika. Lara telan liur dengan keras.
Baiklah. Kali ini Lara setuju, dia menjual maruah. Kata-kata Fahd sebentar tadi walaupun kasar tetapi sedikit sebanyak mungkin ada kebenarannya.
Ya, betul. Dia bukan perempuan yang baik. Tetapi jika lelaki yang sepadan dengan perempuan yang tidak baik ini adalah lelaki seperti Ashraf... It's not that bad at all!Â
Dahulu Lara pun pernah mempersoalkan tentang tabiat alkohol si Ashraf dan ya... Mungkin juga benar, perempuan yang tidak baik sepertinya adalah untuk lelaki yang tidak baik juga seperti Ashraf. Namun begitu, Lara fikir lebih baik bersama lelaki seperti Ashraf daripada terus dicengkam oleh lelaki 'baik' seperti Fahd...
"Oh? Lelaki yang sepadan ye...? Kau ni sebenarnya dah ada jantan lain, kan?" Fahd meneliti wajah Lara. Dia lihat gadis itu tersenyum memandangnya menyebabkan hati lelakinya terasa panas!
"Jawab soalan aku! Kau sebenarnya ada jantan lain, kan?!"
"Tadi you kata I ni perempuan jalang. So, faham-faham sendirilah-"
"Aku tanya betul-betul, kau pun jawablah betul-betul, babi! Kau ada lelaki lain kan?!"
"Ye, ada! Ramai dekat belakang you, Fahd! Puas hati?!"
Pandangan mata Fahd tajam seakan helang menusuk ke wajah Lara. Dadanya tiba-tiba terasa sesak mendengarkan jawapan tersebut. Kini dia keliru sama ada jawapan itu benar atau Lara cuba membangkitkan amarahnya saja.
"Kau ni memang cilakalah!! Tak guna!! Kau nak buat aku jadi gila ke?!"
"Hei, you jangan terjerit pekik boleh tak? Malulah, orang tengok!"Â
"Oh, tahu malu?!! Yang kau separuh bogel menggedik depan kamera tu kau tak malu pulak?!! Hah?!! Perangai macam jalang, kau tak malu?! Layan lelaki ramai-ramai tu, kau tak tahu malu?!!"Â
"Fahd...!" Lara mengeraskan nada suaranya sambil menoleh ke sekeliling. Kelihatan beberapa orang pekerja dan pengunjung hotel yang berada berdekatan sedang memandang ke arah mereka. Wajah Lara merah padam dan pada masa yang sama, Lara juga perasan yang seorang pengawal keselamatan berjalan menghampiri mereka berdua. Dia semakin tidak sedap hati.
"Hei perempuan, dengar sini! Aku tahu kau sengaja nak cari marah aku supaya aku putuskan pertunangan ni kan?!"Â
"Encik, tolong bawa bertenang ye. Encik ni dah mengganggu ketenteraman awam dekat resort ni..."
"Kau diam! Kau tahu apa?! Ini antara aku dengan dia!"Â
"Maaflah encik, saya bukan nak masuk campur urusan encik. Tapi kalau encik nak buat bising juga, encik kena keluar daripada premis kami. Encik dah dikira melanggar undang-undang resort ni. Maaf encik, sila beredar sekarang."
Fahd memandang wajah lelaki pengawal keselamatan itu dengan pandangan yang membara.
* * * * *
Kring... Kring...
Kring... Kring...
Ashraf tersentak. Perlahan-lahan dia membuka mata. Deringan telefon di bilik hotel terus berbunyi menyebabkan dia bangun dan menginjakkan badannya rapat ke meja kecil sebelah katil.Â
"Hello..." Suaranya serak.
"Wei, kau tidur lagi?" Kedengaran suara rakan sejawatnya berkata di corong telefon.Â
"Hmm... Kau nak pergi makan ke?"Â
"Yups. Kau nak join tak?"Â
Ashraf terdiam. Dia tidaklah lapar sangat malah tekaknya pun kurang berselera untuk makan tetapi dia teringatkan sesuatu. Dia hendak membeli ubat selsema.Â
"Bolehlah aku join sekali. Siapa lagi yang pergi?" Tanya Ashraf.Â
"Takde siapa, kita dua orang dengan Capt Liew je. Capt Ali pun tidur lagi."
"Hmm, okay. Bagi aku sepuluh minit... Nanti aku jumpa kau dekat lobi."Â
"Okay, bro. See yah!"Â
Lalu talian diputuskan.Â
Ashraf menyembamkan muka ke bantal. Dalam pejaman mata yang gelap itu, wajah Lara muncul dalam fikirannya. Â
Dia segera bangun mencapai telefon bimbitnya lalu menaip sesuatu.
'You tengah buat apa? Weekend ni I nak pergi KL, you nak jumpa I tak?'Â
Jarinya menekan butang 'Send' dan dia terus bergegas ke bilik mandi...Â
Usai mandi, Ashraf melangkah keluar sambil mengelap rambut dengan tuala. Dia mendapatkan telefon bimbitnya untuk memeriksa balasan mesej si Lara.Â
2 New Message.
SMS pertama dibuka.
'Takde buat apa. Yes, mestilah I nak jumpa sayang. Kenapa sayang datang KL?' - My Princess
'I ada hal. Okay then we'll meet.' - MWB
Ashraf senyum senget. Mana ada hal pun, cuma dia rindu saja! Kalau bukan kerana ego dan sisa marahnya terhadap Lara sudah tentu dia akan berterus-terang. Tetapi Ashraf fikir tak mengapa kerana hari minggu nanti dia memang hendak menamatkan perang dinginnya dengan Lara. Malah Ashraf sudah tidak sabar lagi hendak memanjakan Lara seperti selalu. Semakin dia marah dan berlagak dingin, semakin membuak-buak pula rindunya terhadap gadis itu. Sesuatu yang baru dia alami semenjak bersama Lara! Gila sungguh penangan cinta, fikirnya.
Jari Ashraf membuka pula SMS yang kedua.Â
'Ma, ada apa-apa nak kirim tak daripada sini?' - Ayis
Kening Ashraf berkerut. Ke mana pulaklah mamat ni pergi, fikir Ashraf. Lalu jarinya menari laju pada papan kekunci telefon.
'Sejak bila pulak aku jadi mak kau? Ha, dah alang-alang tanya tu, belikanlah jugak untuk aku apa-apanya :P 'Â
Ashraf tertawa kecil seraya melempar perlahan telefon ke atas katil. Kemudian dia tergesa-gesa menyarung baju dan bersiap untuk keluar.
* * * * *
Syed Al-Fahd memecut laju keretanya meninggalkan kawasan Tanjong Jara Resort. Api kemarahannya menjulang tinggi akibat dihalau keluar daripada resort tersebut. Saat itu juga, kedengaran telefon bimbitnya berbunyi.
"Hmmph." Jawabnya acuh tak acuh.
"Kita belum habis bincang, Fahd." Kedengaran suara Lara di talian.
"Aku tahulah!"
"Lain kali jangan terjerit pekik macam orang gila!"
"Diamlah! Aku nak pergi kerja dulu!"
"Fahd, I tak kira. Esok I dah nak balik. By hook or by crook, I nak settle-kan semuanya hari ni!"
"Hish, itu aku tahulah! Petang nanti aku datanglah balik! Semaklah kau ni!"
Fahd terus memutuskan talian. Dia berasa panas hati dan sungguh serabut namun fikirannya terus diasak oleh sesuatu.
Sambil mengemudi kereta, jarinya membuka lembaran SMS yang baru. Dia mula menaip dan selepas menghantar mesej tersebut, kelihatan notifikasi mengatakan bahawa SMS telah berjaya dihantar ke nombor yang disimpan sebagai '?'.
Terdesak. Fahd rasa keadaannya sekarang ini sudah terdesak...
* * * * *
Bam.
Pintu bilik hotel ditutup rapat lantas Ashraf melangkah deras ke arah lobi lif di dalam bangunan hotel Radisson Oslo. Pasti Kapten Liew dan First Officer Ramzan sudah menunggunya di bawah.
Dalam keadaan tergesa-gesa Ashraf menyelitkan kad akses biliknya ke dalam poket seluar di belakang namun tanpa dia sedari, kad akses itu tidak masuk ke dalam poket tetapi melurut jatuh ke atas lantai karpet.
Langkah kaki Ashraf yang deras terus menjauh dan saat itu juga, kelihatan jari-jemari halus berkuku merah mengutip kad akses tersebut...Â
* * * * *Â
Cuaca pada petang itu agak redup. Kelihatan kereta Mitsubishi Evo hitam meluncur laju meninggalkan Pelabuhan Kerteh.
Fahd memecut kereta macam orang gila dan wajahnya kelihatan kusut. Dua puluh minit selepas itu, dia tiba semula di Tanjong Jara Resort.
Tidak seperti pagi tadi, kedatangannya kali ini ditunggu oleh Lara tidak jauh daripada lobi hotel. Sebaik sahaja gadis itu terlihatkan kereta Fahd, dia mula bangun daripada kerusi kayu jati dan mula mengorak langkah.
Hati Fahd terasa sebal melihat sosok tubuh itu. Teringat kata-kata Lara pagi tadi sebelum dia meninggalkan resort ini. Kata-kata tajam yang mencalar maruahnya sebagai lelaki.
"Fahd, you ni lemah sebagai lelaki. You langsung tak boleh control diri you, kemarahan you, dan kata-kata you. I kesal tak dapat detect perkara ni sebelum I ambik keputusan untuk bertunang dengan you. I kesal sangat, Fahd!"Â
Mengingatkan semula kata-kata itu, maruahnya tercalar buat kesekian kali. Terasa seperti satu penghinaan yang amat hebat. Huh! Perempuan ini walaupun tidak beraku-engkau dan tidak memaki hamun, namun kata-katanya lebih tajam daripada bilah pisau, fikir Fahd.
Pintu kereta dibuka lantas Lara masuk ke dalam. Fahd sudah tidak mahu menjejakkan kaki ke dalam resort mewah itu semenjak dihalau pagi tadi. Maka, dia membawa Lara keluar untuk menyelesaikan segala hal yang tertangguh antara mereka...
"I dah fikir habis-habis masa kerja tadi... I tak nak putus dengan you. Tolong bagi I peluang, I nak berubah untuk you."
Kata-kata Fahd di dalam restoran Secret Recipe di Bandar Dungun itu seolah-olah menyambar telinga Lara. Dinding kaca di sebelahnya menjadi tempat untuk dia melarikan pandangan saat mata Fahd merenungnya dengan pandangan yang belas kasihan. Hati Lara mula resah namun dia cuba untuk bertenang.
"You nak berubah? Untuk I? Buat apa?"
Saat ini mata mereka bertembung buat seketika. Minuman yang dipesan langsung tidak berusik.
"Sebab I cintakan you, Lara-"
"Tak...! I tak cintakan you." Sampuk Lara. "Semasa I ambik keputusan untuk bertunang dengan you, memang tak ada perasaan cinta. Tapi waktu tu I rasa you seorang lelaki yang boleh melindungi, dan perasaan sayang dan cinta tu boleh develop kemudian." Sambung Lara.
Ya, pada waktu itu dia pun sedang kehilangan Ashraf. Jika dia tidak bertemu semula dengan Ashraf, memang dia akan menyiapkan diri untuk membuka hatinya buat Fahd.
"Lara, dengar sini, sayang."
Urgh, Lara rasa geli! Setelah dia biasa mendengar panggilan kau-aku serta makian daripada mulut Fahd, perkataan 'sayang' itu sudah luntur dari kebiasaan.
"Tak ada manusia yang sempurna, Lara. Begitu jugak you dan I. Tapi kita boleh perbaiki, kan?"
Lara tersenyum sinis dengan kata-kata Fahd lalu mengangguk kepala.
"Betul." Ujarnya dan saat ini dia lihat Fahd tersenyum nipis.
"Tapi... I tak percaya yang manusia boleh berubah seratus peratus." Sambung Lara sambil merenung wajah lelaki di hadapannya.
Keadaan terdiam seketika.
"Dan untuk berubah, kita memerlukan proses. Betul tak?" Lara merenung lagi ke wajah Fahd yang kelihatan terkaku.
"Betul tak??"
Diam. Tiada jawapan langsung daripada lelaki itu.
"Dan untuk melalui proses berubah menjadi lebih baik tu, kita perlukan masa dan kesabaran... Betul?"
Masih lagi diam namun kali ini keadaan terasa tegang.
"Malangnya, Fahd... I takde kesabaran untuk tu. Untuk perangai macam you ni, I tak boleh terima."
"Maknanya you nak lelaki yang perfect-lah? Yang serba-serbi lengkap, tak ada kekurangan? Macam dalam novel atau drama tu?" Sindir Fahd.
Lara hanya tersenyum sambil mengaduk minumannya dengan penyedut minuman.
"Tak..." Jawab Lara. "I tahu tak ada orang yang perfect dalam dunia ni, Fahd. Tapi I rasa, pengajaran yang I dapat daripada situasi kita ni..." Lara telan liur lantas menyambung, "Carilah pasangan yang kita boleh bertolak-ansur dengan kelemahan mereka. Sebab, bila kita boleh tolak-ansur dengan kelemahan tu, bila mereka nak berubah, sepanjang proses tu nanti mereka tidak akan terlalu menyakiti kita."
Fahd rasa tertampar! Namun dia menguatkan benteng kesabarannya.
"Fahd... I tak boleh bertolak ansur dengan your abusive behaviour. I tak boleh terima tingkah laku kesat you sama ada dari segi perbuatan mahupun percakapan. Walaupun you sekadar memaki hamun, tak 'angkat tangan', tapi itu pun salah satu bentuk penderaan, Fahd... Penderaan secara lisan."
Lara perhatikan wajah lelaki di hadapannya ini bagaikan tiada perasaan. Kaku dan dingin.
"I tak boleh tahan, Fahd... I tahu you tak kan boleh berubah dalam masa sehari. Atau sebulan... Malah, setahun pun belum pasti. Proses membaiki diri ni adalah proses seumur hidup, Fahd. Dan I tak nak harungi seumur hidup I untuk mengadap proses you tu. I tak tahan, ia terlampau menyakitkan. Sorry."
Fahd menundukkan kepala sambil mengeluh. Pada waktu ini, Lara seakan hendak bertepuk tangan! Dia pasti yang dia telah berjaya membuka mata hati Syed Al-Fahd.
Namun begitu daripada kejauhan, sepasang mata sedang ralit memerhatikan gelagat mereka berdua di sebalik dinding kaca...
"Lara... I... I tak tahu macam mana nak cakap. I tahu I dah buat kesalahan besar dan I tak tahu macam mana untuk perbaiki kesilapan I-"
"You boleh perbaiki kesilapan tu, Fahd. Perbaiki kelemahan diri you, you boleh. Tapi bukan dengan I-"
"Itulah maksud I...! Masalahnya sekarang ni, I nak you! I nak orang tu you, Lara!"
"No, I am so sorry-"
"Please-lah, Lara! Tak kan I nak merayu pada you-"
"Oh wow, tak nak merayu?? Dah buat salah besar, tak nak merayu?? Ego, kan? See! Baru tadi kata nak berubah, tapi tak sanggup merayu! Bukannya kena melutut pun!" Lara berkata sambil tertawa sinis lalu menyambung kata, "Inilah benda yang I dah tak nak deal dengan you untuk seumur hidup I! Ego you tu...! I tak bolehlah, Fahd."
Dada Syed Al-Fahd bagai hendak meletup! Tetapi saat itu juga kedengaran telefon bimbit Lara yang terletak di atas meja berbunyi dan daripada tempat dia duduk, Fahd terlihat nama 'Ibu' muncul di skrin telefon.
"Sekejap, I nak jawab call daripada ibu..." Kata Lara lantas dia bangun dan melangkah keluar daripada restoran itu sambil menjawab panggilan...
* * * * *
Gelap.
Dunia seolah-olah seperti kotak yang gelap.
Namun dalam kegelapan 'kotak' itu, Lara seolah-olah di tendang keluar saat dia membuka mata.
Mukanya berkerut apabila cahaya lampu menyinari pandangan. Empuk tilam katil di bilik hotel Serambi Room itu terasa sungguh selesa bersama helai gebar yang agak tebal. Perlahan-lahan, Lara bangkit daripada pembaringan.
Auch. Kepalanya terasa pening! Dia berdecip lalu bangun untuk mengambil air mineral di kaunter pantry bilik hotelnya.
Namun ketika Lara berdiri tegak, dia dapati blouse di tubuhnya terbuka dan dia sudah separuh bogel!
Terus sahaja matanya liar memandang ke sekeliling dan kemudiaan, dia terlihatkan seluar jeans miliknya yang sudah terdampar di lantai sebelah katil!Â
Wajahnya berkerut seribu. Kenapa keadaan ini terlihat sungguh aneh sekali? Apa yang telah terjadi?
Lara cuba mengingati semula sisa-sisa ingatannya namun dia berasa seolah-olah seperti orang hilang ingatan.
Adakah... Adakah... Aduh, dia masih tidak dapat mengingati apa-apa!
Air mineral direntap lalu diteguk laju bersama hela nafas yang semakin bergelora. Fikiran terus berputar...
Fahd!!
Ya, betul! Imej Fahd tiba-tiba tergambar di kotak ingatan. Fahd... Minuman... Secret Recipe... Perbincangan mereka...
Hah!! Dadanya berderau.
Dengan sepantas kilat, Lara tergesa-gesa mencari telefon bimbit di dalam beg tangannya.
* * * * *
Angin malam menyapa lembut ke wajah Ashraf sebaik sahaja dia melangkah keluar daripada bangunan berwarna kelabu.
LHL Skyehuset Gardermoen.
Perkataan itu besar-besar tertera pada pintu masuk bangunan tersebut.
Langkah kaki Ashraf agak perlahan. Asap berkepul-kepul keluar daripada mulut dan hidungnya saat dia menghembus nafas.
Fikiran terasa kabur saat kaki terus mengorak langkah.Â
Bermacam-macam sedang bermain di fikirannya namun bunyi SMS menerjah masuk mematikan segala lamunan.Â
'Wei, kau dekat mana sekarang?' - SQ Fara
'Baru gerak dari hospital.' - FO Ashraf
'Kau okay tak ni? Kau nak gerak ke mana tu? Balik ke hotel ke?' - SQ Fara
'Yups.' - FO Ashraf
'Oh, okay... Erm, kalau ada apa-apa bagi tahulah aku. Aku ada.' - SQ Fara
'Nope. Thanks.' - FO Ashraf.
Sebaik sahaja menghantar mesej tersebut, Ashraf terus sahaja menahan sebuah teksi untuk pulang ke hotel...
* * * * *
"FAHD!!"
Kedengaran suara teriakan Lara pada awal pagi itu diikuti dengan tangisan yang bergema. Kelihatan telefon bimbit digenggam erat di telinga.
"Sayang... Kenapa ni? Sudahlah, jangan nangis okay? I love you..." Suara lelaki itu di corong telefon sungguh lembut dan romantik tetapi hanya membuatkan perasaan Lara meronta-ronta.
Lara terus menangis sekuat hati. Dia sudah tidak mendengar segala pujukan yang keluar daripada mulut Syed Al-Fahd. Semua kata-kata itu sudah tidak bererti lagi baginya.
"Kenapa you buat I macam ni Fahd?! You dah hancurkan hidup I!! Kenapa, Fahd?!! Huuu huuu... Kenapa?!!"
Fahd terus memujuk dengan tenang sekali sehinggalah Lara mengugutnya.
"Dengar sini, lelaki sial! Aku akan report benda ni dekat polis! Lepas tu aku akan pergi ke rumah family kau dekat Klang dan tunjuk report tu pada diorang! Biar diorang tahu betapa jijiknya kau ni!!"
"Hei!"
"Kau kata aku jijik tapi sebenarnya kau lebih jijik daripada aku!! Kaulah manusia yang paling jijik dalam hidup aku!"
"Hei! Dengar sini Lara!!"
Suara Fadh meninggi di corong telefon itu bagai hendak pecah.
"Kau nak buat report polis untuk apa?! Aku ni tunang kaulah! Kau yang datang sini! Kau yang datang jumpa aku! Aku boleh kata kau yang serahkan diri pada aku! Kau ingat orang nak percaya cakap kau?!!"
Saat ini perasaan Lara hancur lebur sehingga dia jatuh terduduk. Suara tangisannya sungguh memilukan hati.
"Dengar lagi aku nak cakap ni! Kalau kau bawak perkara ni ke family aku, aku pun tak kan teragak-agak untuk pecahkan rahsia kau pada mak kau. Pertama, aku akan bagi tahu pasal bikini modelling kau tu dan kedua... Kalau kau report polis, aku boleh kata yang kau datang sini untuk 'melayan' tunang kau supaya aku boleh bagi duit untuk perbicaraan kes kau dengan ayah kau di mahkamah."
Lara mendengar kata-kata itu bersama juraian airmata yang deras mengalir.
"Ingat, Lara. Ingat keadaan kesihatan mak kau waktu dia masuk ke hospital dulu... Jangan sampai putus pulak nyawa dia kali ni... Hmmph..." Fahd tertawa sinis.
Tubuh Lara longlai.
Gelap... Hancur... Lebur...
Dunia dan seluruh isinya seolah-olah sudah hancur pada saat ini.......
Sedikit nota: Hai semua! Terima kasih sbb sudi menunggu update MWB :) Maaf, miss bercuti agak lama. Mungkin bab kali nie ramai yang hampa dgn kejadian yg menimpa Lara. Tapi di sebalik kehampaan tu, ambillah mesej yg terselit di situ. Kepada adik2 yg tgh sibuk cari 'boifren', ingatlah kata-kata Lara: Carilah pasangan yg kita boleh bertolak ansur dgn kekurangan mereka. Jgn harapkan manusia berubah. Kalau seumur hidup dia dah pe'el mcm yg kita tak suka tu, tanyalah pd hati. Bolehkah kita hidup dgn pe'el tu setiap hari, sepjg hidup kita? Kalau kita sanggup, teruskan. Tetapi yg penting sekali, utamakanlah nilai diri kita dahulu sebelum menerima kekurangan tersebut. Kalau jenis yg tak menghargai kita, lempar jer masuk Sungai Klang! Cari je lelaki yg lebih baik! >:( Ah gitteww :))) ~~ Semoga peringatan ini memberi manfaat. Dan selamat berpuasa miss ucapkan kepada readers MWB yg beragama Islam! <3
Share this novel