Bab 42

Romance Completed 159812

Natasha sedang memeriksa troli makanan yang baru sahaja dibawa masuk oleh petugas lapangan terbang ke dalam galley pesawat. Dia memeriksa menu itu satu demi satu dengan padanan nama penumpang yang tertera pada kertas di tangannya. Ketika dia mengalihkan pandangan, dia terasa cara pramugari di hadapannya itu memandangnya lain macam.

"Kenapa kau pandang aku macam tu, perempuan??" Kening Natasha berkerut.

"Eh, apa hal kau ni?" Gadis yang memakai tanda nama 'Ratna' itu membalas.

"Yang kau pandang-pandang slack dekat aku ni kenapa?!" Tanya Natasha lagi. Kali ini nadanya makin kasar.

"Eh, apa masalah kau ni?!"

"Kau pandang aku macam tu sebab kau dengar gosip pasal aku tu, kan?!"

Seminggu telah berlalu sejak insiden Natasha 'mengganggu' si Ashraf dan khabar angin sudah mula tersebar di kalangan mereka. Natasha pula sedang menanti panggilan atau email daripada badan displin jabatan Sumber Manusia tetapi setakat ini masih tiada apa-apa perkembangan.

"Natasha, semua orang tak hairanlah dengan gosip murahan kau tu! Selama ni orang dok bercerita pasal kau sleep around dengan jantan sana sini, kau tak kisah pulak?! Kenapa kali ni kau terasa lebih-lebih? Sebab FO Poyo tu reject kau kan?!" Ratna tertawa sinis dan terus berlalu.

Amarah Natasha seakan membara. Kalau bukan kerana baju seragam yang tersarung di tubuhnya itu, mahu saja dia bertarik rambut dengan si Ratna. Perkataan 'reject' itu betul-betul membuatkan dia rasa terhina. Hei, ini Natashalah! Belum pernah lagi dia tewas dalam percaturan nafsu dengan lelaki sasarannya. Dia tekad tidak akan sekali-kali mengalah dengan si Ashraf Zildan!

Debbie, salah seorang rakan baik Natasha yang kebetulan dapat bertugas sekali dalam penerbangan ke Hong Kong pada hari itu segera menghampiri rakannya.

"Kenapa dengan kau ni, babe?" Pertanyaan Debbie itu hanya dibalas dengan dengusan daripada Natasha.

Mereka ingin berbual panjang tetapi oleh kerana sedang sibuk dengan tugasan, niat mereka terpaksa ditangguhkan sehinggalah mereka tiba di Hong Kong nanti. Namun hari ini Natasha berasa sedikit lega kerana Ashraf dan Fara tiada dalam penerbangan tersebut...

* * * * *

Ashraf duduk sendirian di beranda open air Coffee Bean Subang Parade pada pagi yang tenang itu. Dia sengaja memilih meja yang paling terceruk sekali di hujung beranda. Lebih privasi untuk bersembang dengan Lara nanti.

Hot Americano yang dibelinya tadi dihirup perlahan. Ashraf melihat jam di tangan... Ada dua puluh minit lagi ke pukul sebelas iaitu sebelum Lara tiba. Sambil minum, Ashraf menghisap rokok untuk menghilangkan stres. Dia menyedut rokok tersebut dalam-dalam lalu menghembuskan segerombolan asap keluar...

Senang sahaja rupanya mencari bangunan Subang Parade ini, fikir Ashraf. Bangunan yang biasa dia lihat setiap kali lalu di Lebuhraya Persekutuan sewaktu menghantar Lara pulang ke UiTM Shah Alam dahulu.

'Dahulu'.

Hatinya bagaikan dicubit. Dahulu, sebelum dia mengetahui kewujudan lelaki lain dalam hidup Lara semuanya terasa indah. Tetapi sekarang, segalanya perit. Kadang-kala Ashraf terbayangkan Lara bersama teman lelaki CEO-nya itu dan setiap kali Lara lambat membalas SMS, pelbagai soalan akan menerjah di fikiran: Adakah Lara sedang dating dengan lelaki itu?

Adakah mereka sedang jalan berpimpin tangan?

Pernahkah lelaki itu berbuat apa-apa pada batang tubuh Lara?

Adakah Lara lebih bahagia bersama lelaki itu berbanding dengan dirinya?

Semua persoalan timbul bagai tusukan pisau namun dibenamnya rasa sakit dan cemburu itu dalam-dalam.

Dan hari ini Ashraf tetap gembira berjumpa dengan si cinta hati walaupun gadis itu menolak pelawaan Ashraf untuk menjemputnya di rumah sewanya di Seksyen 9. Rumah yang didiami Lara sejak dia menangguhkan semester pembelajarannya. Ashraf hairan mengapa Lara tidak mahu dijemput seperti selalu dan penolakan itu sedikit sebanyak mengguris hati Ashraf. Dia terasa diperlakukan seperti orang asing. Asing sangatkah dirinya setelah apa yang mereka jalinkan selama ini? Ashraf mengeluh perlahan...

Air minumannya dihirup lagi diselangi dengan rokok yang masih berbaki. Mata Ashraf menyorot ke arah pintu masuk utama Subang Parade yang terletak sejajar dengan kafe Coffee Bean tersebut. Kelihatan pengunjung-pengunjung semakin ramai keluar masuk sementelah jam sudah hampir menunjukkan pukul 11 pagi.

Tiba-tiba, Ashraf melihat sebuah kereta Mercedes Benz S320 berwarna biru gelap berhenti di hadapan pintu masuk utama dan sebaik sahaja pintu penumpang belakang dibuka, kelihatan bayang Lara keluar daripada perut kereta berkenaan!

Ashraf terpempan dan keadaan sekelilingnya bagaikan terhenti.

'Oh...' Desis hatinya.

Patutlah Lara tidak mahu dijemput. Rupanya dia dihantar oleh Mr CEO. Ashraf ketap bibir, hatinya renyuk...

Lara dilihat menundukkan badannya dan berkata sesuatu kepada si pemandu kereta. Ashraf cuba menjenguk untuk melihat rupa lelaki itu tetapi tidak kelihatan kerana terlindung di sebalik tubuh Lara. Selepas mengangguk beberapa kali, Lara menutup pintu kereta dan mengorak langkah bersama senyuman yang masih tersisa. Manakala kereta mewah itu pula terus beredar. Hati Ashraf ditikam-tikam oleh perasaan cemburu dan kecewa yang menggila.

Ashraf terus memerhatikan Lara berjalan masuk ke dalam mall sambil dia mengagumi kecantikan gadis itu dari jauh. T-shirt putih polos yang dipadankan bersama seluar jeans lusuh itu tersarung kemas di tubuh yang lampai sementara rambut Lara pula disanggul tinggi seperti pertama kali yang Ashraf lihat sewaktu di KLIA dahulu.

Cantik. Sungguh cantik.

Alangkah indahnya hidup ini jika gadis itu menjadi miliknya, fikir Ashraf...

Tritt!

Kedengaran notifikasi SMS masuk ke telefon bimbit.

'I baru sampai, now otw to Coffee Bean. You dah sampai ke?' - Princess

Ashraf tersenyum senget. Ternyata gadis itu tidak tahu yang balkoni Coffee Bean itu boleh diakses melalui tempat yang dia turun sebentar tadi.

Ashraf membalas sesuatu dan sebaik sahaja menekan butang 'Send', dia cepat-cepat bangun untuk mengalihkan bekas abu rokok ke meja sebelah. Dia tidak mahu Lara tahu yang dia merokok pada hari itu.

Ashraf kembali ke meja dan terus meneguk minumannya buat menyejukkan hati yang panas dan perasaan cemburu yang membara.

"Hai!"

Akhirnya suara yang dia rindui kedengaran. Ashraf tersenyum memandang Lara dengan hati yang sudah rabak.

"Hi princess. Kenapa you tak masuk ikut situ je tadi?" Ashraf memuncungkan bibirnya ke arah laluan yang menghubungkan balkoni Coffee Bean itu dengan pintu masuk utama di belakang Lara.

Lara terpinga-pinga menoleh, melihat apa yang dimaksudkan oleh Ashraf.

"Oh... So, you nampak I tadi?" Soal Lara. Dia duduk di hadapan Ashraf dengan perasaan serba-salah kerana Ashraf pasti nampak akan kereta Huzaimi.

"Yups. Nampak." Ashraf buat 'cool' sahaja walaupun hatinya sudah lumat!

"I rasa nanti I pun nak tukar kereta besar 'menjalar' macam tulah." Kata-kata itu bagaikan tersembur dari mulut Ashraf. 

Lara berasa kaget tetapi dia cepat-cepat menyembunyikan reaksi itu dalam tawanya.

"Kenapa pulak nak tukar kereta...? Kan cantik kereta sport merah you tu." Kata-kata itu sedikit pun tidak melegakan hati Ashraf tetapi dia paksa dirinya untuk senyum.

"Erm... I nak pergi beli drinks kejap dekat dalam." Kata Lara sambil mencari dompetnya di dalam beg tangan.

"Eh, kejap. I bagi you duit."

"Tak payah, I ada."

"Janganlah macam tu. I yang ajak you keluar, so biarlah I yang belanja." Potong Ashraf.

"Takpe, tak payah-"

"Fine, let's go. Jom kita pergi order sama-sama." Ashraf bingkas bangun daripada kerusi dan Lara akhirnya kalah dengan kedegilan Ashraf...

"How are you? Kenapa nampak makin kurus?" Tanya Ashraf sebaik sahaja mereka kembali ke meja selepas membeli minuman. Wajah Lara yang sedang menyedut air Caramel Ice Blended itu ditatap.

"Hmm... I kena jaga badan. And watch my weight. Photoshoot untuk my biggest project tu dah nak start minggu depan." Ujar Lara tetapi dia tidak beritahu Ashraf yang photoshoot itu sebenarnya untuk jenama terkenal Roxy.

Ashraf tersenyum bangga. Tak sangka gadis yang dia puja itu seorang model. Walaupun bukan model ternama tetapi kecantikan Lara pada mata Ashraf boleh menandingi model-model ternama yang sedia ada.

"Eh, you pun nampak kuruslah, Ash!" Mata Lara meneroka ke setiap inci badan Ashraf dan wajah lelaki itu dilihat redup sahaja.

"Hmm. Penat kerja." Jawab Ashraf tetapi kata Bobby dan Danny, Ashraf kurus kerana makan hati. 

"So... Itulah boyfriend you? Yang hantar you tadi?" Ashraf menukar topik dan pertanyaannya itu jelas mengundang rasa kurang selesa buat Lara.

"Erm... Tak lah. Hehe..." Lara paksa dirinya untuk senyum. Dia lihat kening Ashraf berkerut.

"Bukan boyfriend you? Habis tu, tadi tu siapa?"

Lara menggaru kening. Dia rasa serba-salah hendak menjawab. Panahan mata Ashraf menusuk ke dalam matanya dan jelas sekali lelaki itu masih menanti akan jawabannya.

"Err... Tadi tu... Pak Samad."

"Pak Samad? Siapa tu?"

Lara telan liur dan tersenyum. "Erm..." Dia semakin serba salah! "Pak Samad tu... Pakcik yang kerja dengan my boyfriend. His driver."

Saat itu Ashraf terasa seolah-olah bumbung beranda itu jatuh menghempapnya!

"Oh, yeah...! Sebab tu lah you keluar daripada pintu belakang, kan?! Hmm... I didn't expect that." Ashraf tertawa dalam pilu lantas menyambung, "Hmmph! Driver... Macam I-lah. I pun driver jugak."

"Ala, you driver lain...!" Lara menjeling dan menyedut minumannya.

"Whoa... Siap ada personal chauffeur. Patutlah you sayang sangat dekat boyfriend you tu. Kalau dengan I, memang tak mampulah I nak bagi semua tu." Kata Ashraf lagi. Dia lihat Lara buat senyum paksa. Dia tahu, Lara tidak selesa dengan tingkah katanya.

Mereka terdiam buat seketika. Ashraf sudah tidak tahu apa lagi yang hendak dia sembangkan bersama Lara kerana mood-nya telah hancur teruk!

"So... Dua bulan you menghilang hari tu... You dah ada girlfriend ke?" Lara tersengih sambil serkap jarang. Dia bertanyakan soalan itu kerana teringatkan mimpinya tentang Ashraf berkahwin tetapi pertanyaannya itu dibalas dengan renungan tajam lantas membuatkan hati Lara berasa kecut.

"Kalau I dah ada girlfriend, takdelah I nak jumpa you hari ni."

'Ouch...' Lara telan liur bersama tawa yang dibuat-buat. "Janganlah marah, I tanya je. Yelah, muka 'jambu' macam you ni tak kan lah susah nak cari girlfriend, kan."

Tiba-tiba sahaja Ashraf tertawa. "You know what... Masuk ni dah dekat sepuluh kali I dengar ayat yang sama."

"Wow... Sepuluh kali. So, memang ramailah yang cakap you ni 'jambu'?"

"Hehe! Taklah, sepuluh kali tu daripada satu orang yang sama je." Akhirnya tawa mereka berderai.

Lara menekup mulut. Jawapan Ashraf itu betul-betul menggeletek hatinya dan ketika ini barulah Lara dapat merasakan aura kemesraan mereka seperti dahulu.

"Siapa yang cakap macam tu? Perempuan eh...?" Usik Lara.

"Taklah! My best friend-lah, Danny." 

"Oh... So dua bulan you menghilang tu you buat apa? Mati-mati I ingatkan you dah ada girlfriend-"

"I hidup macam biasa je, princess...!" Potong Ashraf dengan nada yang tegas. Telinganya panas setiap kali mendengar Lara menyebut perkataan 'girlfriend'. 

"I hidup macam sebelum I jumpa you dulu. Fly, jamming, game, surfing! You ingat senang ke I nak cari girlfriend?? You ingat hati I ni ada undo button?? Ha?? Boleh 'undo' semua perasaan I pada you? Kalau ada 'undo button', I 'undo' je masa mula-mula I nampak you dekat airport dulu. Senang."

Kata-kata Ashraf itu benar-benar menyentap hati Lara. Wajahnya berubah.

"Apa maksud you? Maknanya kalau boleh pilih, you tak nak jumpa I? Macam tu??" Wajah Lara berkerut memandang Ashraf.

"Entahlah. I rasa, kalaulah I tahu jadi macam sekarang ni, lagi bagus kita tak jumpa kot. Sakitlah-"

"Habis tu, kenapa you nak jumpa I hari ni?!" Pintas Lara. Air wajah dan nada suaranya mula berubah.

"Because there's no undo button and I'm still lov-"

"You dah bencikan I ke??"

"Eh?? Kenapa ke situ pulak perginya?? I said I'm still loving you...!" Pandangan mata tajam mereka bertembung. 

Suasana tegang itu menjadi sepi buat seketika sehinggalah satu SMS masuk ke dalam telefon bimbit Ashraf. Selalunya, Ashraf tidak suka membelek telefon ketika dia sedang bersama Lara tetapi hari ini dia perlu alihkan ketegangan ini buat seketika. Ashraf tekan butang 'Read'.

'Here's Noree's number for you +. Jangan buat pekasam!' - Mama

'Urgh!' Ashraf mendengus dalam hati tetapi dia segera memandang ke wajah Lara.

"You ni nak sangat ke I ada girlfriend??" 

Pandangan tajam Lara menusuk ke matanya.

"Entahlah. Suka hati you-lah, Ashraf."

"Kenapa suka hati I pulak?? I tanya you."

"Kenapa pulak you kena tanya I?? You nak ada girlfriend, you pasang je lah! Apa kena-mengena dengan I...!"

"Takde kena mengena dengan you?!" Kening Ashraf mencerun, suaranya bergetar menahan kecewa. Ya tuhan... Terasa hatinya direnyuk-renyuk! 

"I ni memang tak pernah ada apa-apa erti dalam hidup you ke, Lara?!"

Sekali lagi suara Ashraf bergetar menahan segala beban perasaan yang menimpa-nimpa semenjak daripada tadi. Dia lihat wajah Lara sudah merah dan masam mencuka. 

Tiba-tiba sahaja Lara menekup muka dengan telapak tangan dan menangis teresak-esak membuatkan Ashraf terpempan.

Ashraf kelihatan serba-salah. "Lara, I'm sorry..." Dia panik! 

Ashraf menggapai tangan Lara merentasi meja kafe yang kecil itu tetapi Lara mengelak. Gadis itu terus menangis, lantas Ashraf segera bangun dan merapatkan kerusinya ke sebelah Lara.

"Syhh... Princess, I didn't mean to make you cry..." Tangan kanan Ashraf memegang pergelangan tangan Lara yang sedang menekup muka manakala tangan kiri Ashraf pula menggosok-gosok belakang badan Lara. Dada Ashraf berombak, cemas melihat Lara yang masih teresak-esak. Tidak pernah seumur hidupnya membuat mama atau kakaknya menangis tetapi hari ini dia telah melukakan hati gadis yang dia cinta sehingga Lara mengeluarkan air mata. Ashraf rasa sangat bersalah.

"Kenapa you buat I macam ni...?"

Ashraf terpempan sekali lagi apabila mendengarkan kata-kata Lara. Dia rasa dia yang banyak menjeruk rasa semenjak tadi tetapi kini seolah-olah dia pula yang bersalah!

"Okay, I'm sorry... I tak suka tengok you menangis macam ni. Stop it, baby. Please..." Ashraf malas hendak berbalah lagi. Biarlah! Biarlah dia tanggung semua. 

"Another thing, Ashraf... Can you please stop talking or asking about my boyfriend? And stop comparing yourself with him. You ingat I couple dengan dia sebab dia CEO ke? You ingat I ni mata duitan sangat ke nak 'sauk' lelaki kaya macam tu?? You tak tahu macam mana seksanya I dulu dengan si Reza! Bukan setakat kena tipu pasal duit, siap kena tipu pasal dia 'main' dengan perempuan lain dekat belakang I lagi! You tak tahu semua tu kan?? You tahu nak hentam I je!" Kata Lara lagi sambil teresak-esak. 

Ashraf telan liur. Dia tidak menyangka ada cerita luka di sebalik wajah dan keletah Lara yang ceria itu. Dia mengeluh panjang.

"I'm so sorry, princess. I know I said harsh things to you just now and went overboard... I made up my mind after the two months hiatus, to get in touch with you again... Just simply because I love you." Ashraf terhenti dan menelan liurnya yang dirasakan bagai tersangkut di batang lehernya.

"And I really miss you... I nak jumpa you hari ni pun sebab I rindu sangat dekat you. Bukan sebab I nak sakitkan hati you... Sorry-lah, my behaviour sometimes contradicts with my feelings. Sometimes I'm just an asshole like that."

Ashraf lihat Lara mengambil serviette Coffee Bean di atas meja lalu mengelap mata bundarnya yang basah...

* * * * *

Ashraf memandu keretanya keluar daripada Sri Mahligai Condominium di Seksyen 9 selepas dia menghantar Lara pulang. Dia menyelitkan gajet bluetooth ke telinga dan terus mendail nombor Danny. 

"Yo, brah!" Kedengaran Danny menjawab panggilannya.

"Kau bagi tahu aku sekarang, kenapa bila hati aku ni yang kena belasah teruk tengok minah tu keluar daripada kereta mewah boyfriend dia, lepas tu dia buat aku jealous gila babi, dia hancurkan hati aku dengan kata-kata tajam dia tu, tapi at last bila aku sound dia sikittt je, dia terus menangis! AND YOU KNOW WHAT, I'M THE ONE WHO APOLOGIZED FOR EVERYTHING!" Ashraf menjerkah.

Kedengaran Danny pula ketawa berdekah-dekah. Hati Ashraf lega sedikit bila dapat meluahkan apa yang terbuku di dada.

"Welcome to a strange world called, 'relationship mastery', bro! Hahaha!" 

Ashraf turut ketawa bersama Danny. Dia terus melempiaskan segala yang terbuku dan apa yang terjadi sepanjang dia berjumpa Lara tadi sambil dia memandu pulang ke UK Heights...

* * * * *

Jam menunjukkan pukul 8 malam ketika Lara keluar daripada bilik mandi. Rambutnya berbungkus dengan tuala. Badan terasa segar setelah dapat berendam di dalam 'bath tub'. Lara mencapai telefon bimbit lalu membaca setiap SMS yang masuk. Dia membalas SMS daripada Huzaimi dan juga ibunya dan apabila Lara membuka SMS yang ketiga, dahinya berkerut...

'Princess, do you have any plan tonight? Are you tired?' - Ashraf SIA

Lantas Lara terus membalas...

'Plan takde... Tang penat tu... Not really. I baru je habis mandi, so far okay je. Kenapa?' - Princess

'Are you tired of me?' - Ashraf SIA

Lara tertawa! Mungkin kerana pertemuan siang tadi yang sangat beremosi menyebabkan Ashraf bertanyakan soalan tersebut. Lantas Lara membalas lagi...

'Hehe... Nope. Why?!' - Princess

'Coz I wanna bring you out tonight. Can I?' - Ashraf SIA

'Oh... Okay, can. Tapi pergi mana?' - Princess

'Okay, I'll be there in an hour. Pakai something comfortable tapi jangan singkat-singkat. Bring jacket as well. See you.' - Ashraf SIA

"Hah??" Lara tercengang. 'Jangan singkat-singkat?? Ke mana pulak mamat ni nak bawak aku?' Fikir Lara...

Satu jam kemudian, Lara turun ke lobi dan kelihatan kereta Ashraf sudah menanti. Sebaik sahaja melihat Lara berjalan keluar daripada lift, Ashraf keluar daripada kereta menyambut Lara. 

"Hai." Lara senyum sambil menghampiri Ashraf.

"I wanna redo." Kata Ashraf. Mata mereka bertembung.

"Redo? Redo what?" Kening Lara berkerut. 

"Redo our dating. I wanna start again. I tak nak kita jumpa gaduh-gaduh macam pagi tadi. I wanna do it again."

Lara tersenyum senget menatap wajah Ashraf. 

"Because you cannot undo, so now you wanna redo?" Tanya Lara dan dia lihat Ashraf tertawa. Teringat mereka bergaduh siang tadi kerana perkataan 'undo' itu. 

"Yes. Shall we?" 

"Okay. Tapi kita nak pergi mana?" 

"Kita pergi grab dinner dulu... Lepas tu kita gerak."

"Iyelah, tapi ke mana??" Lara semakin hairan. 

"You percayakan I?" 

"Percaya!"

"So just sit and relax, okay? I bawak you."

"Ashraf! Kita nak pergi mana??" Lara mendesak dalam tawanya.

"Tempat yang I tak pernah pergi." Ashraf terus membuka pintu kereta untuk Lara dan menggesa Lara masuk ke dalam.

"Iyelah, tapi ke mana?? Ashraf!" 

Ashraf tidak menjawab malah terus menutup pintu kereta dan masuk ke tempat pemandu... 

Ke mana Ashraf nak bawak Lara tu...?? ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience