'Ash, you jangan terkejut pulak tengok I kejap lagi.' - Princess
'Ha? Kenapa?' - My MWB
'I main panas masa dekat Boracay. Kalau dulu my skin macam teh tarik pekat, sekarang dah macam kopi susu Vietnam! LOL :)))' - Princess
Ashraf yang baru sahaja hendak memulakan pemanduannya ketawa berdekah. Dia faham maksud Lara yang gadis itu semakin gelap! Lantas jarinya laju membalas.
'Both sound yummy ;)' - My MWB
Apabila membaca balasan Ashraf itu, kali ini tawa Lara pula berdekah.
'Hei! Jangan nak menggatal eh! :)) See you soon!'
Balasnya lantas menghantar mesej tersebut. Bibir masih menguntum senyum.
Sebenarnya bukan kerana main panas tetapi di saat akhir pihak Roxy meminta Lara dan beberapa orang model lagi berjemur untuk mendapatkan tona warna kulit yang mereka inginkan untuk segmen bikini. Oleh kerana di Boracay tidak terdapat 'tanning salon', maka terpaksalah mereka semua berjemur atau 'sun bathed'. Mujurlah kerana sudah memiliki kulit sawo matang, Lara hanya perlu berjemur selama dua jam sahaja.
Almari baju dibuka lantas Lara mula mengimbas satu per satu pakaian yang ingin dipakai. Kata Ashraf, dia hendak 'menculik' Lara petang ini sehinggalah ke malam dan Lara rasa mungkin Ashraf hendak pergi ke Genting Highlands lagi. Maka, Lara terus menarik keluar pakaian yang bersesuaian.
* * * * *
"Kenapa tiba-tiba birthday Martin sambut dekat sini?" Tanya Kapten Zamani sewaktu dia dan isterinya sedang minum petang.
"Takde apa-apa. Sajalah, dah lama tak buat dekat rumah kita." Jawab Zelda selamba.
Kelihatan Kapten Zamani mengangguk.
"Kenapa macam last minute? Bukan ke selalunya you dengan Sofie akan sibuk plan awal-awal?" Tanyanya lagi.
"Ala, itu kalau buat di rumah Sofie. Dia tu banyak songeh kalau buat dekat Greenwood. Deco nak macam itulah, macam inilah. Kalau buat dekat sini, takdelah dia nak beria sangat bab tu." Zelda memberi alasan.
Sebenarnya hari Ahad lepas sahajalah hari yang Ashraf tidak bekerja dan Noree boleh pulang sebentar ke sini tanpa mengganggu jadual kelasnya di Melbourne. Maklumlah, ahli keluarga kakitangan syarikat penerbangan, tiket boleh dibeli dengan harga diskaun dan kalau setakat SGD1000 tu apalah sangat bagi mereka.
Waktu itu, Zelda lihat suaminya mengangguk lagi sambil mula membaca suratkhabar.
* * * * *
Kelihatan kereta Mazda RX8 merah itu meninggalkan lorong Drive-Thru McDonald's Seksyen 3 dan masuk ke jalan besar.
Lara menyuap aiskrim 'McFlurry Special Request' ciptaan Ashraf itu ke mulutnya. McFlurry Oreo + Strawberry sundae + Chocolate sundae. Ah, nikmat betul!
"Nak...?" Tanya Lara sambil menghalakan sudu aiskrim tersebut ke mulut Ashraf yang sedang memandu.
"You tahu ke kita nak ke mana?" Ashraf memakan aiskrim tersebut lalu tersenyum.
"Tau." Ujar Lara ringkas. Dia turut tersenyum.
"Pergi mana?"
"Genting!"
Mereka berdua tertawa.
"Betul tak?" Lara meneliti wajah Ashraf.
"Erm... Okay. Kali ni, I tak nak main surprise-surprise dengan you. Penatlah asyik nak buat surprise je." Kata Ashraf.
Namun, ayat itu membuatkan Lara sedikit terasa hati. 'Amboi, belum lagi aku jadi girlfriend kau dah penat?! Ceh!' Bisiknya. Tetapi dia sedar, Ashraflah yang banyak menggembirakannya selama ini, maka Lara tidak mahu ambil hati.
"Okay, no surprise! So tell me, kita nak ke mana sekarang?" Tanyanya.
"Alright. Mula-mula sekali, I nak bagi tahu you... Kita keluar ni sebab nak celebrate birthday you tau. Early celebration. I kerja masa birthday you nanti."
"Wah!" Lara agak terkejut lantas tertawa. "Thank you! Haha! Sambut dua hari awal, okay-lah tu!" Sambungnya lagi.
"Yeah. Jadi sekarang, kita dalam perjalanan ke Colmar Tropicale. Dekat Bukit Tinggi, Pahang. You pernah sampai sana?"
"Oh, tak! I tak pernah lagi...! Semester lepas budak-budak kelas I ada buat trip ke sana. Tapi you tahulah kan... I kan 'alien' dalam kelas tu, so I tak ikutlah diorang."
"Haa, bagus! Hari ni kita jalan-jalan dekat sana dulu, have early dinner at one of the restaurants there, lepas dinner baru kita gerak ke Genting, okay tak? Kalau you nak naik ride dekat Genting nanti, kita naik ride."
Lara ketawa. "Best-nya! Tapi kalau I tak nak naik ride? I nak lepak-lepak macam hari tu je, boleh tak?"
"Boleh je. And actually I was thinking either... Kita lepak-lepak dekat Starbucks macam hari tu atau... Kalau you nak, kita lepak tengok movie dalam kereta. I ada bawak laptop dan VCD 'The Pacifier', movie yang kita tak sempat tengok dekat cinema dulu. Kita boleh park dekat open space parking lot hari tu. Open sunroof, hot mocha and movie, tonight. How does that sound?"
"Oh my God! Sounds perfect, I love it!" Teriak Lara dalam kegembiraan lalu membuatkan Ashraf tertawa.
"I'm glad you liked it." Ashraf tersenyum riang. Dia terus memecut keretanya menghala ke Gombak...
Hampir dua jam perjalanan mereka, akhirnya kereta Mazda RX8 itu memasuki kawasan Berjaya Hills. Waktu itu jam sudah menunjukkan pukul empat petang.
Udara di atas sana sungguh nyaman. Ashraf menutup penghawa dingin kereta dan membuka sunroof supaya udara segar dapat masuk ke dalam.
"Macam mana you tahu tempat ni?" Lara bertanya sambil dia melihat pemandangan bukit-bukau di luar.
"Kapten I. Hari tu masa dalam flight dia cerita dia bawak family dia ke sini."
"Oh..." Balas Lara pendek.
Tidak lama selepas itu, bangunan Colmar Tropicale Resort yang berkonsepkan perkampungan Perancis mula kelihatan daripada kejauhan.
"Wow... Cantiknya!" Lara mula teruja. Dia tidak menyangka wujudnya binaan seperti ini di Malaysia.
Ashraf pula hanya tersenyum lebar. Dia sudah tidak hairan dengan bangunan-bangunan sebegitu kerana sudah biasa melihatnya di luar negara.
"Do you know Colmar is a town in France?"
"Oh! Really?"
"Yups, dan bangunan ni diorang replicate sama macam rumah-rumah dekat sana."
"Ah, I see..." Balas Lara sambil matanya meneliti seni binaan tersebut. Alangkah bagusnya kalau dia dapat merasai suasana Colmar yang sebenar!
Selepas memakir kereta, Ashraf dan Lara berjalan ke arah sebuah jambatan besar yang juga merupakan pintu gerbang utama resort tersebut. Pokok-pokok renek menghijau dan terdapat tembok batu yang tinggi dan berbumbung kon di kiri dan kanan jambatan tersebut. Lara terasa seperti berada di dalam kisah dongeng Disney.Â
"Wah, cantik..." Kata Lara ketika mereka merentasi jambatan tersebut. Di bawah jambatan pula terdapat sebuah kolam yang menempatkan sepasang angsa putih dan hitam. Kelihatan beberapa orang pengunjung sedang memberi angsa-angsa itu makan.
Ashraf dan Lara meneruskan langkah, masuk ke dalam perkampungan ala Perancis tersebut.
"Okay, sekarang I dah ingat! Tempat ni sebijik macam dalam perkampungan cerita Beauty and the Beast! Kampung yang Belle tinggal! Haha!" Ujar Lara dengan nada yang teruja.
"Oh, really?" Ashraf tersengih memandang Lara. Entah, dia lelaki. Mana pernah menonton kisah-kisah dongeng Disney!Â
Mereka terus berjalan dan meneroka resort tersebut. Tempat itu tidaklah besar sebenarnya, cukup sekadar dapat berjalan-jalan dan meluangkan masa bersama.
"Restoran dekat sini pun cantik-cantik!" Lara berkata sambil tangannya spontan sahaja memegang lengan Ashraf. Tetapi dia segera tersedar yang mereka bukanlah dalam 'mod lakonan' seperti di Los Angeles dulu.
"Opss..." Dia cepat-cepat melepaskan lengan Ashraf dan saat itu juga pandangan mata mereka bertembung.
"Apa 'opss'?? Cepatlah pegang!" Kata Ashraf dengan nada yang tegas lantas mereka berdua ketawa!
"Hei, marah pulak orang tak pegang dia!" Tawa Lara masih kedengaran.
"Cepatlah pegang, princess!" Ashraf menggesa. Memang dia sengaja ingin membiasakan Lara bermanja-manja dengannya. Itulah salah satu rancangan Danny untuk Ashraf menakluki hati Lara.
Dengan senyum simpul, Lara kembali memautkan tangannya di lengan Ashraf.
"Kalau nak cubit boleh?"
"Kenapa you suka sangat cubit I??" Pintas Ashraf, sekali lagi membuatkan Lara tertawa. Ashraf dilihat tersenyum tetapi air mukanya bengang.
"Ala, janganlah marah... I gurau je..." Lara mengeratkan pelukannya pada lengan yang tegap itu lalu melentokkan kepala di bahu Ashraf. Rindu!
'Inilah baru manja!' Getus Ashraf dalam hati seolah-olah merujuk kepada perbualan dia dan mamanya pada malam minggu yang lalu.
Saat itu, Ashraf terasa betapa jauhnya perbezaan personaliti antara Lara dan Noree. Dan Ashraf fikir, jika Lara tidak pernah dilayan seperti puteri daripada sosok lelaki yang bergelar ayah, dia dengan senang hatinya rela melakukan hal tersebut. Tidak salahlah dia memanggil Lara dengan gelaran 'princess' selama ini...
Matahari sudah mula melimpahkan cahaya jingganya ketika Ashraf dan Lara melangkah masuk ke dalam restoran La Cigogne, restoran yang paling eksklusif di dalam resort tersebut. Kedatangan mereka disambut ramah oleh pelayan restoran. Mereka terus duduk di satu sudut yang agak privasi dan Ashraf meminta pakej 'candle light dinner' yang mempunyai four-course meal.Â
Makan malam mereka berlangsung dalam suasana yang sangat romantis. Cahaya lilin menerangi segenap ruang di meja mereka. Segalanya indah bagi Lara kecuali... Ashraf yang meminta air wain untuk dipadankan bersama beef steak pilihannya.Â
Lara cuba mengabaikan perkara tersebut daripada terus bermain di fikiran. 'Ah, biarlah. Bukannya boyfriend aku pun...' Bisiknya dalam hati...
"Sir, I will bring the dessert shortly." Kata pelayan tersebut sambil mengangkat pinggan setelah Ashraf dan Lara selesai dengan hidangan main course mereka.
"Yes, please. Dessert and such."Â
"Sure, sir." Pelayan itu terus berlalu.Â
Ketika itu, Ashraf tersenyum memandang Lara sambil memegang tangan yang berjari halus.Â
"Lepas ni kita gerak ke Genting pulak ye?"Â
Lara membalas senyuman Ashraf dan mengangguk. "Berapa lama agaknya daripada sini ke Genting?"
"Kapten I cakap dalam satu jam je."Â
Oh, okay. Takdelah jauh sangat."Â
"Yups-"Â
"Happy birthday to you, happy birthday to you..."Â
Tiba-tiba sahaja Lara terdengar suara orang menyanyi di belakangnya! Apabila dia menoleh, kelihatan seorang pelayan restoran sedang membawa hidangan pencuci mulut bersama sebatang lilin yang telah dinyalakan manakala seorang pelayan lagi membawa sebuah jambangan bunga yang sangat besar!Â
Lara ternganga dan segera menekup mulut. Dia memandang Ashraf dan terus ketawa.
"Happy birthday to Lara... Happy birthday to you...!"Â
Lara meniup lilin dan jambangan bunga tersebut bertukar tangan.
"Happiest birthday, ma'am. Enjoy your dessert." Ujar pelayan tersebut lalu meletakkan pencuci mulut itu ke atas meja.
"Thank you!" Balas Lara sebelum kedua-duanya berlalu pergi.
Mata Lara meneliti jambangan bunga di tangan. Kesemua ros merah itu kembang semangkuk! Di celah-celah bunga tersebut, terdapat sekeping kertas yang agak besar berbentuk segi empat tepat dan bertulis tangan 'Happy birthday, princess!'. Tulisan tangan Ashraf.
"Thanks Ash! Cantiknya bunga ni!"
Ashraf tersengih. Mereka pandang-memandang seketika tetapi tiada kata yang keluar di antara kedua-duanya.
Lara meletakkan bunga tersebut di atas kerusi yang kosong, dan mereka mula menikmati hidangan pencuci mulut yang terakhir sebelum berangkat ke Genting Highlands sebentar lagi...
Setelah satu jam perjalanan daripada Colmar Tropicale Resort ke Genting Highlands, kereta sport Ashraf tiba di kawasan tempat letak kereta terbuka di hadapan Resorts World Hotel.
Mereka berdua terus mendapatkan minuman mocha panas daripada kafe Starbucks yang terdekat dan kemudian kembali ke kereta untuk menonton filem bersama.
"Pegang sekejap." Kata Ashraf sambil menghulurkan minumannya ke Lara. Kemudian, dia membuka bonet kereta dan mengeluarkan sebuah beg sandang laptop berserta... Sebuah gitar.
"Kenapa ada gitar?!" Tanya Lara.
"Nak mainlah!" Lantas mereka tertawa. "Asyik main dalam phone je, mana best." Sambung Ashraf lagi.
"Apa lagi yang ada dalam bonet you tu?"
"Bom." Ujar Ashraf selamba dan sekali lagi Lara ketawa.
Ashraf meletakkan komputer riba itu di atas compartment tengah, ruang hadapan kereta manakala dia dan Lara pula duduk di tempat duduk penumpang belakang. Setelah membuka sunroof dan memasang VCD, mereka mula menumpukan perhatian terhadap filem The Pacifier tersebut.
Sepanjang filem itu berlangsung, sesekali terdengar gelak tawa mereka berdua di dalam kereta.
"Sejuk?" Tanya Ashraf sambil tersenyum memandang Lara.
"Not really. Okay je."
Lantas Ashraf menghulurkan tangannya untuk Lara genggam. Tumpuan mereka kembali kepada filem tersebut...
*Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *
'Nombor yang anda dail telefonnya tidak aktif. Sila cuba sebentar lagi. Terima kasih.'
Bap!
Huzaimi menutup pintu kereta manakala tangannya yang sebelah lagi memutuskan talian telefon.
Keningnya berkerut.
"Che Mat ada hantar Lara ke mana-mana tak siang tadi?" Tanya Huzaimi kepada pemandunya.
"Takde, encik."
"Oh okay, takpe."
"Kenapa?"
"Takde apa, saya cuba call dia dari petang tadi tapi tak dapat."
"Oh..." Pak Samad mengangguk sambil mengemudi kereta mewah tersebut...
*Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *
Malam semakin larut dan cuaca semakin sejuk. Namun suasana di kawasan tempat letak kereta terbuka itu masih belum sepi. Sekali-sekala kereta melintas lalu, keluar dan masuk.
Di dalam kereta Ashraf, komputer ribanya telah ditutup. Filem The Pacifier itupun sudah tamat dan kini terdengar pula bunyi petikan gitar.
"Cepatlah, you nak lagu apa?" Tanya Ashraf.Â
"Ala, I tak nak pilih lagu... I kan birthday girl, you nyanyilah apa-apa untuk birthday girl."
"Hmm, okay... Lagu untuk birthday girl ye." Otak Ashraf berfikir laju.
"Tapi tak nak birthday song!" Potong Lara.
Ashraf tertawa kecil sambil mengangguk. Dia meletakkan jari-jemarinya ke kod yang diingini dan berdehem sedikit. Lara terus memasang telinga.
Grengg! Grengg!!
Senyap.
"You are the answer to my lonely prayer..."
Nyanyi Ashraf tetapi kemudian dia segera terhenti. Matanya dan mata Lara bertembung dan mereka tertawa!
"Kenapa gelak?!" Tanya Ashraf.
"Kenapa you berhenti?!" Balas Lara pula. Mereka tertawa lagi. Tetapi jauh di sudut hati Lara, dia sungguh teruja mendengar suara merdu Ashraf menuturkan bait lirik yang indah.
Dengan senyuman yang masih tersisa, Ashraf menyambung.
"You are an angel from above...
I was so lonely 'til you came to me...
With the wonder of your love..."
Sambil menyanyi, Ashraf merenung ke dalam anak mata Lara dan tersenyum nipis.
"I don't know how I ever lived before...
You are my life, my destiny...
Oh my darling, I love you so...
You mean everything to me..."
Lara dan Ashraf berbalas senyuman. Melihatkan gaya dan raut wajah Ashraf bermain gitar, Lara rasa hatinya berbunga lebih kembang daripada ros-ros yang dia terima tadi! Ah, Ashraf yang dia kenal... Dia tahu setiap bait lagu itu adalah luahan hati Ashraf terhadapnya. Aduh, seluruh perasaannya cair!
"If you should ever, ever go away,
There would be lonely tears to cry...
The sun above would never shine again,
There would be teardrops in the sky..."
Lara merenung wajah kacak Ashraf yang sedang ralit menyanyi dan melihat gerak tari jarinya di tali gitar. Wajah itu serius namun mampu membuatkan Lara larut dalam khayalan.
Lara merenung Ashraf dengan penuh rasa kasih. Terasa perasaannya buat lelaki ini semakin mendalam. Dia tahu, dia harus cuba untuk memujuk ibunya tetapi... Lara mengeluh. Bayangan air wain sewaktu makan malam tadi terlintas di fikiran.
Lara faham jika ibunya membantah. Kerana perkara itu juga sering memberi resah di hati.
"So hold me close and never let me go...
And say our love will always be...
Oh, my darling, I love you so...
You mean everything to me..."
Greng! Greng! Greng!!
Ashraf memetik kod penutup buat lagu Neil Sedaka tersebut. Matanya tertancap pada wajah Lara dan mereka berdua tersenyum.
Lalu Ashraf menghulurkan tangan dan apabila Lara menyambutnya, dia terus mencium tangan gadis itu.
"Happy birthday, princess. In advance, I know. I want to be the first person wishing you because I'll be flying on your birthday night."
Mereka bertukar senyuman.
"Thanks, Ash..." Lara menggenggam kuat tangan kasar Ashraf sambil pandangan mereka bertaut.
"Umm... Hari dah tengah malam, princess. Tapi you belum lagi bukak hadiah birthday you."
"Hah...?" Wajah Lara kehairanan dan Ashraf pula tersenyum lebar!
"Hadiah birthday I??"
"Iye."
"Mana...?"
Lantas Ashraf tertawa. "Carilah!" Katanya tetapi kali ini Lara pula ketawa!
"Dekat dalam kereta ni ke?"
"Yelah. Habis tu takkan dekat dalam theme park pulak."
Lara ketawa sekali lagi. "Manaaa...?!" Dia memandang sekelilingnya tetapi... Mana ada apa-apa??
"Carilah!" Ashraf tersenyum nakal dan mengenyit mata.Â
"Ash, you tipu je sebenarnya kan?!"
"Hish! Takkan lah I nak tipu you!"
Saat ini Lara sudah mula teruja! Dia menyuruh Ashraf keluar daripada kereta lantas memeriksa di setiap sudut dan ceruk kereta tersebut.
Lara memeriksa di ruang kaki setiap tempat duduk. Tidak ada apa-apa!
Lalu dia memeriksa pula di dalam setiap compartment tetapi masih tiada apa-apa! Jambangan rosnya dialih ke depan dan belakang supaya tidak menghalang penglihatan. Tangannya meraba pula ke celah-celah tempat duduk kereta kerana Lara sudah tidak tahu di mana lagi harus dia cari!
"Ash...!" Rengek Lara seraya membuatkan Ashraf tertawa. Mereka kembali masuk ke dalam kereta.
"Mana ada apa-apa..." Lara mula mencebik. Dia rasa Ashraf mempermain-mainkannya.
"Haih! Princess, princess... Dekat depan mata you pun tak nampak..."
"Depan mata?? Apa dia? You ke??" Lantas mereka ketawa!
"Oh yeah, it's me baby! Ha, nah! Bukaklah!" Ashraf mendabik dada ke arah Lara dan tawa mereka makin berdekah!
"Ashraf! Betul-betullah!!"
"Dekat rose bouquet you tu lah!"
"Hah?!" Dengan gelak tawa yang masih bersisa, Lara segera mengambil jambangan bunga di tempat duduk belakang!
Matanya menangkap kertas putih yang bertulis 'Happy birthday, princess!'. Barulah dia terperasan yang kertas itu sebenarnya adalah sekeping sampul surat.
Sambil Lara menarik sampul itu keluar daripada tempat pemegang, dia memandang ke wajah Ashraf. Kelihatan lelaki itu tersengih seperti kerang busuk.
Tangan Lara membuka sampul tersebut dan mengeluarkan sekeping kad. Tetapi saat kad itu dibuka, sehelai kertas jatuh ke atas riba.
Waktu itu juga, Ashraf membuka lampu di dalam kereta dan mata Lara terus terpandangkan logo Singapore Airlines pada kertas tersebut! Namanya juga turut tertera.
"Hah?! Flight ticket to Amsterdam?!! Oh my God, Ashraf!!!" Lara berteriak gembira lalu memeluk Ashraf. Matanya terasa basah dalam tawa yang panjang.
"This is the BEST birthday present ever, Ash..." Ujar Lara masih lagi memeluk Ashraf. Bau minyak wangi Azzaro Chrome mula menusuk hidung. Seketika kemudian, mereka melepaskan pelukan.
"Yeah, glad you liked it... Anything as long as you're happy, princess." Ujar Ashraf dalam senyuman.
"Patutlah hari tu you tanya I busy ke tak bulan depan! Pasal ni rupanya!" Lantas mereka tertawa.
"Yeah... Happy?" Tanya Ashraf sambil menyelak rambut Lara yang menutupi wajah. Wajah sawo matang itu sungguh jelita di bawah cahaya kekuningan lampu di dalam kereta.
"Mestilah happy. Tapi siang tadi you cakap takde surprise!" Bahu Ashraf dipukul perlahan dan Ashraf terus ketawa, memeluk Lara sekali lagi.
Lara merebahkan kepala di bahu Ashraf, terasa sungguh selesa.
'Ya Tuhan... Bagaimanalah untuk tidak jatuh cinta terhadap lelaki seperti ini...?' Bisik hati Lara dengan mata yang terpejam.
Bahagia.
Ini sahaja yang dapat dia rasakan pada saat ini...
"This is the BEST birthday present ever, Ash..." Ujar Lara masih lagi memeluk Ashraf. Bau minyak wangi Azzaro Chrome mula menusuk hidung.
Share this novel