"You, what...?!"
Kening Zieta berkerut memandang Lara. Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Wajah Lara dia lihat sugul.
"So dah berapa lama dia tak text kau??"
"Sejak last kitorang jumpa Ahad, the next day after Zouk tu lah."
"Sebulan?!" Zieta pantas memotong.
"Hmm... Sebulanlah kot. Entah, aku tak kira pulak berapa hari." Kata Lara tetapi dalam hati, dia hampir tidak percaya yang sebulan telah berlalu tanpa ada sebarang berita daripada Ashraf!
Zieta mengherotkan bibir dan menggelengkan kepala. Dia lihat Lara hanya memandangnya tanpa ada secalit perasaan pun pada air wajah gadis itu. Tetapi mata bundar itu redup.
"Ra, kau terburu-buru sangatlah respon pada Ashraf!"
"Dia dah confessed dengan aku, aku nak buat macam mana lagi? So aku bagi tahu je lah perkara sebenar!"
"Kau boleh je cakap 'nanti I fikir dulu' ke, 'bagi I masa fikir pasal kita' ke... Yang kau terus reject dia kenapa?!"
Hati Lara seolah-olah terkoyak mendengarkan idea-idea si Zieta! Kenapalah dia tidak terfikir dengan jawapan-jawapan seperti itu?! Lara berdecip.
Sebulan... Sudah sebulan rupanya dia berkomunikasi dengan Ashraf satu hala. Jika sehari satu SMS, sebulan sudah tiga puluh SMS tetapi kebiasaannya Lara akan menghantar dua atau tiga SMS dalam sehari; ini bermakna sudah tujuh puluh ke hampir seratus SMS dia hantar untuk melembutkan hati Ashraf! Namun Ashraf tidak pernah sekali membalas. Sesak dada Lara. Kini barulah dia sedar yang lelaki itu bukan sekadar merajuk tetapi betul-betul hendak menjauhkan diri daripadanya. Mungkin dia perlu berhenti mengejar Ashraf. Segalanya telah jelas yang lelaki itu sudah tidak mahu lagi berhubungan dengannya.
Dengan perasaan yang berat, Lara mengambil telefon bimbitnya dan membuka aplikasi SMS tanpa mengendahkan Zieta yang sedang berleter di hadapannya. Dia menaip sesuatu kepada Ashraf dengan perasaan yang sarat di dada...
* * * * *
Ding ding dingg...
'Perhatian, panggilan terakhir pesawat penerbangan Garuda Indonesia dengan nomor penerbangan GA delapan tujuh delapan, tujuan Incheon, dipersilakan segera naik ke pesawat udara melalui Pintu 2B. Terima kasih.'
Selepas itu pengumuman bahasa Indonesia itu dialih bahasa pula ke bahasa Inggeris.
Ashraf yang sedang duduk sendirian di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta meraba poket seluarnya apabila terasa getaran daripada telefon bimbitnya. Ada satu SMS masuk dan dia rasa SMS itu pasti daripada Bobby.
'Ash........ ;(((((' - Princess
Ashraf tersentak.
Kenapa banyak sungguh tanda 'bibir sedih' itu? Adakah Lara betul-betul sedang menangis? Kenapa? Adakah kerana dia dibuli oleh rakan sekelasnya lagi?? Atau adiknya hilang sekali lagi?? Atau adakah sesuatu yang buruk telah berlaku??
Ashraf ketap bibir dan pejam mata, mencari kekuatan dalam diri. Selepas itu dia cepat-cepat menekan butang 'Reply' lantas menaip laju...
'Hey babygirl... What's wrong? Are you really crying right now? Tell me, I have fourty minutes before departure. Go on, tell me.'
Setelah itu, jari Ashraf menekan butang 'Save' lantas mesej itu terus masuk ke dalam ruangan 'Outbox'! Kekuatan yang dikumpul tadi bukanlah untuk dia membalas SMS gadis tersebut, tetapi untuk menegah dirinya daripada berhubung dengan Lara!
Ashraf ketap bibir sekali lagi sambil matanya melihat mesej yang berderet-deret tersimpan di situ. Dia membuka salah satu mesej dalam senarai tersebut...
'Morning Ash! :) Have a good day!' - Princess
'Morning princess! :) You too and take care!'
Ashraf berdecip. Semakin sakit dia rasakan rindu ini. Jarinya menekan satu lagi mesej yang dihantar Lara pada satu tarikh yang lain...
'Ash... You marah dekat I lagi yea...? :(' - Princess
'YE I MARAH!! I rasa tertipu dengan perbuatan you selama ni, tau tak?!! Tapi I hairan kenapa I tak boleh nak kikis rasa cinta I pada you! Tell me why, Lara?! WHY?!'
Ashraf mengherotkan bibir. Emo betul dirinya waktu menaip mesej tersebut. Kelakar pun ada bila baca semula ketika mood tengah stabil macam sekarang. Dia membuka satu lagi mesej...
'Ash... Kenapa you tak pernah reply mesej I...? You dah benci I ke? :( Please at least say a word.' - Princess
'Princess, I tak reply bukan sebab benci tapi sebab I tersangat sayang pada you dan apa yang berlaku hari tu buat I betul-betul terseksa. And now I just have to protect my heart and feelings... You gadis pertama yang kenalkan erti cinta pada I, mana mungkin I bencikan you, Lara... I miss everything about you. God knows how much I miss you and I love you."
Ashraf menarik nafas panjang. Dia benar-benar ingin mesej itu sampai kepada Lara tetapi tidak ada gunanya. Gadis itu tetap memilih untuk bersama si CEO keparat itu, bukan? Jika tidak, mengapa Lara masih belum mengucapkan kata cinta kepadanya?? Dengan tidak semena-mena Ashraf jadi panas hati, namun jarinya membuka satu lagi mesej yang tersimpan di dalam 'Outbox' tersebut...
'Ash, you know what... I tak dapat pun locate Big Dipper... :( I don't know how you do it...' - Princess
'Hehe... Okay first, you kena tau dulu dekat mana arah utara dari tempat you berdiri. From there, you scan through about one third of the way to the sky above you... 'Zenith'. We called the sky above us as 'zenith'... Urgh, you know what, forget Big Dipper already. Apa kata you tengok bulan je malam ni, lagi senangkan? And I will do the same, kita tengok bulan sama-sama, nak? I akan bisikkan pada bulan semua rahsia hati I di situ. Kalau you nak tahu, you tanyalah bulan ;) Hehe! I miss you, princess...'
Ashraf mengeluh sambil menjeling. Jiwang pulak! Tak padan dengan black metal, fikir Ashraf.
Kesemua mesej-mesej itu Ashraf tekan butang 'Reply' tetapi tidak ditekan 'Send'. Dengan cara itu sahajalah dia melepaskan rindunya untuk ber-SMS dengan Lara seperti sebelumnya...
"Yo, masbro!"
Tiba-tiba bahu Ashraf ditepuk oleh seorang pemuda yang berbadan kurus dan tinggi lampai. Gayanya sederhana sahaja dan warna kulitnya kecoklatan seperti terbakar matahari dek kerana sering bermain papan luncur di tengah panas.
"Yo, Bobby ma' man...!! You lookin' good man!" Ashraf menegur dengan wajah yang riang. Mereka saling memberi 'high five' lalu berjabat tangan. Telefon bimbit Ashraf terus dimasukkan ke dalam poket.
"How's business?" Tanya Ashraf. Rakannya itu hanya mengusahakan kelas belajar papan luncur di Bali tetapi pemuda itu sebenarnya adalah anak usahawan nombor dua terkaya di Jakarta!
"All good, bro! Kayak gitulah!" Jawab Bobby sambil matanya menyoroti tubuh Ashraf dari atas hingga ke bawah.
"Eh, Ash... Lo kenapa kok kurus banget sih?"
"Kurus?? Oh, patutlah aku rasa seluar aku dah banyak yang longgar." Ashraf sengih tetapi dia lihat wajah Bobby berkerut.
"Apa lo sakit? Atau lo lagi gak ada nafsu makan??"
"Haih, entahlah bro... Gua sekarang segala macam nafsu tengah tak ada! Jom!" Kata-kata Ashraf itu disambut oleh gelak ketawa lantas mereka terus berlalu ke kaunter daftar masuk Kelas Perniagaan Garuda Indonesia sambil membawa papan luncur masing-masing.
* * * * *
Lara menyedut air mocha frappuccino dengan wajah yang muram. Mereka masih lagi berceritakan hal si Ashraf di kafe Starbucks itu.
"Kau tau tak, masa dekat Zouk hari tu, aku tengok si Ashraf tu betul-betul cintakan kau, Ra...! Pandangan mata dia pada kau, nampak macam in love sangat! Sanggup kau tolak dia macam tu jer?!"
Lara sudah tidak tahu berapa kali hatinya tersiat-siat dengan kata-kata Zieta.
"Hmm... Korie cakap apa pasal si Ashraf?" Tanya Lara. Matanya dan mata Zieta bertembung.
"Korie cakap dia susah nak korek bab-bab playboy tu dengan Ashraf. Mamat tu macam... Tak banyak cakap. Dan dia bukan jenis yang nak open up sangat, personaliti dia jenis tertutup. Susah orang nak tembus."
Sekali lagi mata kedua-dua gadis itu bertembung. Lara tak tahu adakah itu sesuatu yang baik atau buruk.
"Tapi kata Korie lagi, vibes playboy tu tak ada pada Ashraf... Cuma..." Kata-kata Zieta terhenti di situ.
"Cuma apa??"
"Mamat tu poyo sikit. Erm, bukan sikitlah kata Korie, poyo banyaklah jugak." Zieta ketawa dan Lara dia lihat tersenyum lebar.
"Kenapa Korie cakap macam tu?"
"Malam tu, diorang bersembang pasal aircraft. Lepas tu Korie tanya dia, kalau tiba-tiba ada emergency macam mana selalunya pilot handle? Mesti stres, kan? Lepas tu Ash jawab, 'No-lah, just be cool. Stress is only known by inefficient pilots.'" Lantas suara gelak tawa mereka riuh kedengaran.
"Poyo, kan?!" Tanya Zieta dalam tawanya tetapi Lara tidak menjawab. Mereka terus sambung ketawa.
Dalam pada masa yang sama, hati Lara kembang kuncup mendengarnya. Terasa bangga pun ada. Adakah Ashraf benar-benar sehebat itu? Dia tidak tahu malah kebarangkalian untuk dia tahu juga sudah semakin pudar jika melihatkan situasi dia bersama Ashraf sekarang.
* * * * *
"You know Bob, for a long time in my life, it's just been my mom and families and my boys. That's what I'm counted on. And then she came along and I fell for her charm... I can say that life was different and beautiful with her around..." Ashraf bercerita dengan penuh perasaan dan Bobby yang mendengarnya juga nampak penuh asyik.
Ketika itu pesawat sudah setengah jam berlepas menuju ke Los Angeles. Ashraf dan Bobby duduk sebelah menyebelah di ruangan Kelas Perniagaan yang tampak sangat eksklusif. Bobby menongkat dagu dengan lengannya yang diletakkan pada panel pembahagi tempat duduk antara dia dan Ashraf. Dia terus leka mendengar cerita Ashraf.
"Now I'm trying to count on myself again and yeah I'm alright, man... But without her, nothing good feels as good... It's like I'm missing something happy part of me." Ashraf tertawa kecil sambil menggeleng. Kini dia tahu bagaimana rasanya bila cinta ditolak mentah-mentah oleh si cinta hati.
Bobby melepaskan tangan di dagu lalu mengangguk tanda memahami perasaan Ashraf.
"My eyes are only for her, bro... It's fated..." Sambung Ashraf dan serentak itu, mata mereka bertembung.
"Lo kayaknya udah berubah ya?"
"Apa yang berubah?" Ashraf tersengih kerana dia tahu apa yang bakal keluar dari mulut Bobby. Dia bertanya kerana hanya inginkan kepastian sahaja.
"Lo sekarang udah jadi sosok yang romantis banget deh, bahkan terkesan bucin!"
"Apa pulak 'bucin' kau nih??" Suara Ashraf mencerun dan dahinya berkerut memandang rakannya.
"Bucin itu artinya BUdak CINta lho!" Jawab Bobby tersengih tetapi Ashraf buat muka pelik dengan istilah tersebut.
"Apa pulak suka-suka hati pakai shortform macam tu?? Habis tu kalau 'tacing' apa?" Tanya Ashraf.
"Touching? Maksud lo touching?" Jari Bobby menunjal-nunjal lengan Ashraf.
"Bukan touching sentuh! T.A.C.I.N.G. Tacing!"
"Lho! Mana ada istilah kayak gitu-"
"Kalau ada, apa?!" Potong Ashraf dengan kening yang terangkat.
"Gak tau gue..."
"Taik kucing-"
"PHKKTTTT..!!" Mereka berdua cepat-cepat menahan tawa daripada terhambur keluar dan kemudian terus gelak dalam suara yang perlahan. Mereka tidak mahu membuat bising dan mengganggu penumpang-penumpang lain di situ.
"Dasar goblok...!" Bisik Bobby dalam tawanya yang perlahan. Dia lihat muka Ashraf merah sambil menahan ketawa dengan telapak tangan yang ditekup ke mulut...
* * * * *
"Habis tu kalau Ashraf tak balas SMS, kau call je lah dia."
"Ish, tak naklah!"
"Kenapa?!" Zieta cepat memotong.
"Kalau SMS aku pun dia tak mahu balas, apatah lagi nak dengar suara aku."
"Ra?! Kau ni bukannya baru-baru bercinta! Takkan lah kau tak tahu macam mana nak pujuk lelaki?? Habis tu selama ni kau pujuk Huz macam mana??"
"Huz tu lain, dia boyfriend aku!"
"Ash pun layak jadi boyfriend kau jugak, apa?"
"Tapi dia takkan jadi boyfriend aku. So kenapa aku nak layan dia macam boyfriend aku??"
Suasana terdiam seketika.
"Ra, aku rasa lebih baik Ashraf je jadi boyfriend kau. Aku lagi suka kau dengan si Ashraf ni. Kau nampak bahagia dengan dia, Ra. Cuba kau fikir dulu betul-betul, selidik hati kau tu. Aku rasa, kau cinta pada Ashraf sebenarnya."
"Aku tak naklah... Aku still nak Huz-"
"Kenapa eh?? Aku tak faham, apa kurangnya Ashraf?? Sebab dia tak kaya macam Huz??"
Hati Lara terhiris!
"Aku tak tahulah pasal siapa lagi kaya, tapi Ashraf tu aku tengok berduitlah jugak." Ujar Lara.
"Habis tu, apa kurangnya Ashraf??"
Lara mengeluh panjang sebelum membalas. "Dia consume alcohol-lah! Aku tak suka-"
"Sebab tu je??!"
Sekali lagi suasana terdiam.
"Okay..." Kata Lara lantas menyambung, "First, dia minum. Second, dengan famili-famili dia minum! Third, dia bela anjing. Fourth, rupa-rupanya tahajud pun dia tak tahu apa benda! Kau nampak tak apa yang aku nampak?? Sorry to say-lah, aku bukan nak judge orang, tapi aku rasa dia bukanlah jenis suami yang boleh membimbing kalau aku kahwin dengan dia nanti."
"Habis tu kalau dia tak boleh bimbing kau, kaulah bimbing dia."
"Kalau dia nak dibimbing... Kalau dia tak nak?!" Lara menjeling.
"Orang boleh berubah, Ra. Jahil boleh belajar-"
"Tapi berapa ramai orang yang nak berubah?! Yang nak belajar??" Potong Lara.
"Jap, jap... Aku rasa kau ni overthinking sangatlah... Yang kau sampai fikir macam-macam ni kenapa?? Kelakarlah kau ni!"
"Zie, kau cakap dalam tempat kau, memanglah senang. Cuba kau letakkan diri kau pada tempat aku sekarang ni. Kau nak lepaskan lelaki macam Huz yang serba-serbi elok, dan terima lelaki macam Ashraf. Mungkinlah, Huz tu tak loving macam Ashraf. Tapi hal-hal yang lain dia jauh lebih bagus. So kalau kau dekat tempat aku, kau pilih siapa?"
"Apa yang kau takut sangat lelaki macam Ashraf tu?? Aku rasa dia boleh beru-"
"Sebab ayah aku...!!" Suara Lara pantas memotong disertai dengan getaran tangisannya. Zieta terpempan!
"Aku tak nak dapat suami yang macam ayah aku, Zie! Kau tengok apa jadi pada famili aku?!! Kau nampak sebenarnya, tapi kau tak fahamkan?! Sebab famili kau bahagia! Ayah kau baik! Kau tak pernah rasa apa yang aku rasa, Zie! Kau tak pernah faham aku rupanya...! Huu huuu..." Tangisan Lara terus menderu lantas Zieta menggenggam tangan Lara dan mengerlus perlahan.
"Kau tak pernah rasa terbuang dengan ayah sendiri macam aku kena, Zie! Kau tak pernah kena seret masuk ke dalam kandang mahkamah! Your dad will never go against you though law proceedings and lawyers, kan?! Tapi aku alami tu Zie!! Sampai sesak dada aku kena asak dengan peguam ayah sendiri, kau tau kan?!"
"Ra... Aku-"
"Kau tahu apa yang aku takut pasal Ashraf?? Kau tahu apa salah satu konflik antara mak dengan ayah aku dulu?! Pasal hal-hal agama, Zie! Bila cakap pasal solat, bergaduh! Pasal puasa pun bergaduh...! Benda-benda lain apatah lagi, semuanya nak bergaduh! At last, bercerai! Lepas tu, siapa yang kena tempias?! Aku...! Yang tersepit sekarang siapa?! Aku jugak!"
"Ra... Tapi Ash dan ayah kau dua orang yang berbeza, tak mungkin perangai diorang pun sama... Mungkin Ash lebih lembut daripada ayah kau-"
"Zie!" Potong Lara sekali lagi dan waktu itu wajahnya sudah merah. "Aku tak sangka. Tiga tahun kita hidup sama-sama dekat UiTM, aku ingatkan kau faham dengan diri aku. Aku yakin kau nampak macam mana sengsaranya aku dan aku jugak yakin yang kau tahu ketakutan aku pasal hal-hal masa depan macam ni... Tapi kau sengaja pilih untuk tak nak faham, kan?! Kau bolehlah tutup sebelah mata sebab kau tak pernah rasa nasib hidup macam aku kan?! Fine, Zie!!"
Lara terus bangun dan berjalan laju meninggalkan Zieta. Dia terdengar suara rakannya itu memanggilnya berkali-kali tetapi Lara buat bodoh. Dia terus melangkah dengan tergesa-gesa. Fikirannya kusut dan perasaannya tidak stabil sekarang ini. Dia hanya ingin menyendiri sahaja...
Sesiapa yg nak tengok trip Ashraf & gang pergi surfing, boleh check dekat insta story atau FB story miss yea :) Instagram miss: misstery_author dan FB miss: MissTery Novelist yea.. See yah! ;)
Share this novel
❤️❤️