Bab 48

Romance Completed 159812

"Honey...!"

Kedengaran suara Ashraf memanggil daripada bilik sebelah. Waktu itu Lara sedang mengeringkan rambut dengan tuala di dalam bilik mandi. Di badannya sudah tersarung dress comel yang dia beli semata-mata untuk tripnya ke Los Angeles. 

"Hun, where are you?"

Tatkala Lara melangkah keluar daripada bilik mandi yang berkuap wangi itu, dia terkaku melihat Ashraf yang sedang berdiri di pintu penghubung dengan hanya bertuala!

"Hei...? Pergilah pakai baju!"

Ashraf ketawa. "Pakai baju? Mana ada lelaki yang pakai baju masa dalam bilik?" Dia mula melangkah masuk ke dalam bilik Lara.

"Ashraf...! Kita nak pergi breakfast, kan...?!" Suara Lara tegas tetapi dia lihat Ashraf berjalan menghampirinya.

"Sabarlah darling, I nak tunjuk you something-"

Lara ketawa! 'Setan mana pulak yang merasuk pakcik ni?' Fikir Lara tetapi dek kerana percayakan Ashraf, Lara langsung tidak berasa bimbang dengan keletah nakal lelaki itu.

"Apa you ni?! You sengaja je kan?!" Lara tarik muka bersama sisa tawanya.

"Sengaja apa?"

"Sengaja nak goda I!" Lantas mereka ketawa.

Mata mereka bertaut dan Ashraf dia lihat semakin hampir.

"Ashraf, pergi! Cepatlah siap-siap, kita nak sarapan!" Lara terus ketawa mengekek. Cara Ashraf melangkah dan memandangnya sangat seksi tetapi dia rasa kelakar! Tergoda? Tidak, dia rasa gelihati!

Saat ini Ashraf sudahpun berdiri di hadapan Lara. Mata mereka terus bertaut. 

"You tengok badan I."

"Nak buat apa??"

"Tengoklah apa yang lain atau ganjil pada badan I-"

"Ashraf, ini first time I tengok badan you, manalah I tau apa benda yang lain-"

"You tak tengok badan I lagi... Cuba you tengok dan cari something yang ganjil."

Lara mengeluh panjang. Sudahlah tengah lapar, banyak songeh pula lelaki seorang ni.

Perlahan-lahan, mata Lara mula meneroka ke leher Ashraf dan kemudian terus turun ke dada... Dan ke perut... Ah, mengarut! Dia kembali menatap wajah Ashraf.

"Apa dia-"

"You pandang tengah-tengah je kenapa? You tau tak badan I ni ada belah kiri dan belah kanan? Gatallah you ni!" Kata-kata Ashraf membuatkan tawa mereka meletus!

"You tu yang gatal suruh I tengok badan you!" Dan waktu itu juga, entah bagaimana pandangan Lara tertancap pada satu kesan lebam yang berwarna biru keunguan di lengan sebelah kanan Ashraf!

"Harkh!" Mata Lara membulat dan tawanya serta-merta terhenti. 

"Ha, nampak pun..." Ashraf tertawa. "Siapa punya kerja tu??" Tanyanya lagi.

"Erk... Ini yang I cubit semalam masa dekat Walk of Fame tu ke?"

"Ye lah!"

"Oh, gosh... Teruknya! Sorry... I rasa I cubit sikit je, tak sangka pulak sampai macam ni sekali..." Wajah Lara kaget. Melihat kesan biru itu pun dia sudah terasa sakit!

"Ha, tau pun. Sakit tau. Kalau you kahwin dengan I nanti, setiap kali badan I berbekas macam ni sebab you cubit, I buat love bite dekat leher you. Biar semua orang nampak!"

Kata-kata itu terasa menyengat perasaan dan menyebabkan Lara secara spontan mencubit lagi.

"ARGHH! LARA!!"

Ashraf menjerit kuat kerana rasa pedihnya kali ini berganda disebabkan tiada kain atau baju yang melapik kulit. Dan waktu itu juga, rupa-rupanya Natasha dan Debbie sedang melintas
di luar bilik untuk turun bersarapan. Mereka pandang memandang apabila terdengar jeritan Ashraf.

"SSSTT!! URGHH!"

Kedengaran sekali lagi suara Ashraf mengerang dan kemudian suara perempuan sedang tertawa dan berkata sesuatu yang tidak jelas. Wajah Natasha berubah tetapi Debbie pula terus menekup mulut dan ketawa!

"Shut up, Deb."

Natasha tarik muncung sedepa. Menyakitkan hati sungguh gelagat monyet dua ekor yang bercinta ini! Fikirnya. Mereka berdua terus berjalan ke arah tempat menunggu lif...

Downtown Los Angeles
Starbucks Cafe

"Kay!!"

"Ra..!!"

Lara berlari menerkam rakan baiknya dan mereka berpelukan seperti orang jejak kasih di hadapan kafe Starbucks di W 5th Street pada pagi itu. Suara kedengaran riang dengan gelak tawa dan kata-kata rindu.

Ashraf yang tertinggal di belakang hanya tersenyum. Kata Lara kepadanya tadi, Khyra yang bekerja dengan Malaysia Airlines bermati-matian membuat flight swap untuk mendapatkan jadual kerja ke LAX demi untuk bertemu Lara di sini. Ashraf berjalan perlahan-lahan menghampiri kedua-dua gadis tersebut. 

"Kay!! Tak sangka jumpa jugak kita dekat sini! Bila kau sampai sini?"

Kedengaran mereka ketawa sekali lagi.

"Ye lah, Ra! Aku rasa macam mimpi! Aku sampai pukul dua pagi tadi! Kau sampai bila?"

"Kitorang sampai pukul enam petang kelmarin..." Kata-kata Lara terhenti apabila terpandangkan Ashraf yang baru tiba di sisinya. "Ah, sayang! Ini Khy-"

Lara lihat mulut Khyra terlopong saat Lara memanggil Ashraf 'sayang'!

"Oh, wait! We have so many things to catch up! Sabar dulu!" Lara ketawa diikuti dengan Khyra lantas menyambung, "This is Ashraf... Ash, this is Khyra."

Mata Khyra melihat satu senyuman nipis di bibir Ashraf.

"Hei. Ashraf."

"Khyra." Khyra juga membalas dengan senyuman.

"Okay, hun. I gerak balik bilik dulu, kejap lagi I datang ambik you, okay?"

"Okay..." Lara tersenyum manis. 

"Ingat, tunggu sampai I datang! Jangan pandai-pandai balik sendiri. Kita terus gerak ke Santa Monica Pier daripada sini, okay? Khyra, please stay with her until I arrived ya."

"No worries. See you soon."

"Yeah, thanks. Bye!"

Lara dan Khyra melihat Ashraf melangkah pergi.

"Oh my God... Itu ke Ashraf? Handsome-nya, Ra! Patutlah kau cair!" Ujar Khyra apabila Ashraf dilihat semakin menjauh. Dia memandang Lara yang sedang ketawa terbahak-bahak. 

"Eh! So kau ikut dia ni, kau satu bilik dengan dia ke? Kau dengan Huz apa cerita?? Dah putus eh? Kau panggil dia 'sayang' tadi, kan? Dia pun panggil kau 'hun' kan? Bila korang couple ni? Kenapa aku tak tau?!"

Lara ketawa mendengar soalan Khyra yang bertalu-talu. Lantas dia terus memulakan cerita sambil mereka berjalan ke arah kaunter untuk membeli minuman...

Ashraf buka pintu bilik.

Dia terus menanggalkan bajunya lalu dicampak ke atas katil. Setelah itu, dia berjalan masuk pula ke bilik Lara dan menghempas badannya di katil.

Mata ditutup. Terasa bilik hotel itu benar-benar sunyi tanpa Lara. Tangannya mencapai bantal yang sudah dua malam digunakan oleh gadis itu lantas dipeluk kemas. 

'Wanginya!' Bau perfume Sexy Graffiti by Escada yang dipakai Lara melekat pada bantal tersebut. 

Hati Ashraf terasa kembang kuncup ditiup oleh rasa cinta yang membara. Saat ini perasaan cintanya betul-betul mekar buat Lara. Kalau turutkan hati, mahu saja dia mengajak Lara kahwin sebaik sahaja mereka tiba di Singapura nanti. Hah, kalaulah hidup ini semudah itu...

Ashraf mengeluarkan telefon bimbitnya dan menaip sesuatu.

'Hun, 10 minutes away from you and I'm already missing you :('

'Sent'.

Ashraf campak telefon ke tepi dan memejam mata semula. Dia menarik nafas panjang. Bantal dipeluk lagi, membayangkan seolah-olah dia memeluk tubuh Lara.

Tipulah kalau perasaannya tidak pernah dijentik sepanjang Lara ada di sini. Setiap malam sebelum dia terlena, fikirannya sering memikirkan Lara yang berseorangan di bilik sebelah. Tetapi Ashraf tahu, kalau dia merempuh 'garisan' itu, keadaan tidak akan boleh diundur semula. Dia tidak mahu merampas Lara dengan cara kotor, walaupun direlakan oleh Lara sendiri. Dan, walaupun Danny juga menyuruh dia 'menenggelamkan' Lara ke dalam lautan asmara!

"Ah, peduli apa dengan CEO tu... Inilah masanya kau nak rampas Lara dari dia. Rembat je, bro! Kau goda Lara cukup-cukup, kau layan dia sampai dia tak boleh lupakan kau."

"Hish... Anak orang tu, bro... Tak naklah. Lagipun aku nak Lara datang sendiri pada aku sebab dia cintakan aku. Bukan sebab nafsu satu malam atau sebab dia terlanjur dengan aku. Aku tak nak dia rasa tersepit... Tak kekal kalau ada perasaan terdesak macam tu, bro. Aku nak dia kekal dengan aku, so biarlah. Biar cinta tu datang sendiri dalam diri dia."

Perbualan dia dan Danny tempoh hari terngiang-ngiang tetapi bunyi SMS masuk ke telefon bimbitnya mematikan lamunan. 

'Sabarlah, yang... Kejap je I catch up dengan Khyra, okay? I tak sabar nak pergi Santa Monica and Griffith semula dengan you ;)' - Princess

Ashraf hanya tersenyum membacanya... 

Santa Monica Pier
Santa Monica, CA

Sebaik sahaja Ashraf menjemput Lara, mereka terus menuju ke Santa Monica Pier yang terletak lebih kurang 25 minit daripada kafe Starbucks tadi. Suasana di situ sungguh meriah dan kelihatan seperti tapak karnival di tepi pantai! Terdapat pelbagai permainan dan 'rides' di situ tetapi Lara dan Ashraf hanya memilih untuk bermain permainan arked. 

PUKK!

Lara dan Ashraf ketawa berdekah apabila 'bean bag' sekecil tapak tangan yang dibaling Ashraf mengenai rak papan yang memisahkan belon-belon yang sepatutnya diletupkan. Mereka bergilir-gilir membuat balingan dan apabila balingan itu tidak mengenai belon tersebut, mereka mula ejek-mengejek sambil bergelak ketawa. 

"Damn, man! At first I thought, how hard this can be! But this is really tough actually." Kata Ashraf dan mereka ketawa berdekah lagi. Budak mat saleh yang menjaga permainan itu juga tersengih seperti kerang busuk bila mendengarkan kata-kata Ashraf.

"Ah, kalau macam tu baik I baling tutup mata je!" Kata Ashraf spontan lantas menutup mata dan membuat balingan dan tiba-tiba sahaja-

POPP!!

Satu belon berwarna merah meletup apabila balingan Ashraf mengenainya!

"Yeahh!!" Ashraf dan Lara bersorak dan memberikan high five.

Mereka terus membuat balingan dalam bermacam-macam gaya yang melucukan dan akhirnya, enam daripada sepuluh balingan mereka berjaya memecahkan belon-belon tersebut. Budak penjaga permainan itu memberikan satu voucher aiskrim sebagai hadiah dan Lara terus sahaja mengajak Ashraf ke kedai aiskrim tersebut untuk menebusnya. 

"Hun, betul you tak nak naik apa-apa rides...?" Tanya Ashraf. Dia lihat Lara menggeleng sambil memakan aiskrim yang dipegangnya. 

"Tak nak... I takut nanti I pening, sakit kepala... Nanti terus hilang mood. I nak study pasal bintang dekat Griffith malam ni." Sengih. 

Ashraf hanya senyum dan mengangguk. Mereka berjalan-jalan sambil melihat gelagat pengunjung bermain permainan-permainan di dalam arked tersebut dan kadang-kala ikut tertawa sekali...

"Ash..." 

Ashraf memandang Lara yang sedang menikmati makan tengahari 'Fish & Chips' di salah sebuah restoran makanan laut di situ. 

"Siapa stewardess yang minat dekat you tu?" 

Telinga Ashraf seolah-olah berdesing mendengarkan pertanyaan tersebut. Dia tersenyum lebar. 

"Kenapa you tanya?" Matanya dan mata Lara bertembung. 

"Sajalah I nak tahu, takkan tak boleh...? Nak jugak tengok yang mana satu orangnya." Kata-kata Lara itu membuatkan Ashraf ketawa. 

"Hmm... Cubalah you teka..." Ashraf berkata sambil mengunyah chips. 

"Bukan Fara, kan?" 

"Hish! Mengarutlah you ni." 

Lara segera ketawa! "Tapi I tengok you rapat kan dengan Fara tu? Dengan cabin crew lain you tak bercakap pun."

Ashraf tersenyum.

"Fara tu kawan baik abang I tapi bila dia fly sekali dengan I, okay-lah... Boleh sekepala dengan I." Ashraf lihat Lara mengangguk. 

"I rasa... Mungkin stewardess yang suka you tu... One of the girl yang duduk sebelah meja kita semalam masa breakfast." 

Ashraf terus ketawa. 

"Betul eh?!" 

"Kenapa you fikir diorang?"

"Sebab mulut you lancang sangat cakap pasal whipped cream-lah, Devonshire cream-lah! There must be something!" Lara tarik muka sambil melihat Ashraf tertawa besar. 

"Hmm... Yeah, Natasha." Jawab Ashraf mengangguk. "Oh..." Lara tersentak. Patutlah kadang-kala dia terperasan cara Natasha memandangnya agak lain sedikit. 

"Habis tu apa yang you maksudkan 'kritikal' hari tu? You cakap, dia minat you agak kritikal sikit, kan? Kritikal macam mana?" 

'Aduh...' Ashraf telan liur. Bukan dia tidak mahu berterus-terang tetapi dia tidak mahu Lara memandang serong cara dan etika kerja mereka apatah lagi mereka kerap menginap di hotel merata dunia!

"Erm... Dia flirting-flirting dengan I je." 

"Flirting macam mana?" Pintas Lara.

Ashraf merenung ke dalam anak mata Lara. 

"Well, um... Macam... Ada sekali tu, dia selitkan serviette yang ada lipstick stain sekali dengan my meals dalam kokpit..."

"WHAT?!" 

Ashraf terpempan apabila Lara meninggikan suara. Dahi Lara berkerut dan dia lihat pandangan mata Lara seolah-olah ingin menelannya. Atau menelan Natasha.

'Aduh... Ini dia belum tahu lagi pasal budak-budak tu betting sampai nak masuk ke bilik tidur!' Getus hati Ashraf tetapi dia segera menenangkan Lara, "Don't worry-lah, honey... I won't fall for that..." Dia meneliti riak wajah Lara tetapi kemudian Lara terus sambung makan dengan wajah yang masam mencuka. 

"Are you okay, hun?" 

"Okay je... Tapi kalau I tahu dia daring macam tu, I tambah-tambah je bab 'whipped cream' semalam! Eii!" 

Serentak itu juga Ashraf ketawa berdekah manakala Lara yang sedang tarik muka dan muncung sedepa perlahan-lahan tersenyum kelat. 

"Boleh je. You kiss je lah I depan dia nanti."

"Amboi, amboi...! Ambik kesempatan sungguh, nampak?! You nak kena cubit dengan I lagi ke Ashraf Zildan?!" Suara Lara kedengaran tegas tetapi dia lihat Ashraf menggigit lidah sambil buat muka... 

Griffith Observatory
Mount Hollywood, LA

Saat Lara melangkah masuk ke dalam balai cerap tersebut, dia melihat sebuah lohong yang seakan-akan perigi besar terletak di pintu masuk utama bangunan tersebut. Apabila kepala dijengukkan ke bawah, Lara hampir terpana melihat sebuah bandul gergasi sedang berhayun perlahan hampir mencecah lantai. 

Tali kabel yang memegang bandul tersebut kelihatan bersambung dengan bumbung bangunan dan terdapat ilustrasi mural di situ yang menceritakan bagaimana alam semesta ini dikaitkan dengan ketuhanan Greek seperti Zeus, Hera, Hercules, dan lain-lain. 

Ashraf menerangkan kepada Lara bagaimana bandul tersebut membuktikan bahawa bumi ini berputar pada paksinya dan hayunan bandul tersebut sebenarnya berputar 360 darjah dalam sehari. Bagi membuktikan perkara ini, terdapat susunan pasak-pasak besi sekecil batang pensel yang didirikan dalam bentuk separuh bulatan. Maka, bandul yang berhayun itu akan melanggar dan menjatuhkan satu demi satu pasak besi tersebut dengan aturan yang tersusun. 

"Hun..." Panggil Ashraf apabila mereka tiba di satu ruangan yang dinamakan 'The Gunther Depths Of Space'. Di situlah terdapatnya pameran-pameran tentang bintang, kedudukan planet dalam sistem solar, galaksi dan sebagainya. 

Ashraf menarik tangan Lara. 

"You know what, hun... Hari tu you mintak I bawakan you ke Mars, kan? Well, maybe I tak dapat bawakan you ke sana, tapi..." Ashraf tersenyum memandang Lara dan terus melangkah ke satu sudut. "I boleh bagi you pegang batu meteorite daripada Mars. Nah..." 

Ashraf meletakkan telapak tangan Lara pada satu papan informasi yang bertulis:

'Touch a Piece of Mars and the Moon'

Di papan informasi tersebut terdapat dua 'display case' terbuka yang mengandungi batu meteorite daripada planet Marikh dan juga bulan.  

"Oh God...! Ashraf!" Lara berteriak ceria dan matanya seolah-olah bersinar! "So, batu ni daripada Mars?"

"Aha." Ashraf tersenyum.

Perlahan-lahan, Lara menyentuh dan merasa tekstur serpihan meteorite tersebut. 

"Well, umm... Ini je yang mampu I 'bawakan' untuk you. Kalau nak bawak ke Mars betul-betul memang tak dapatlah, but at least still got something from Mars here, right honey?" 

"No, sayang...! It's not like 'ini je' yang mampu you bawak! This is awesome and beyond my expectation! You really bring me to the Mars!" Lara berkata sambil masih memegang batu meteorite yang berlekuk-lekuk itu. Lantas dia mengambil tangan Ashraf dan meletakkan sekali tangan kasar itu pada batu tersebut. 

"Yay, kita berdua dah sampai Mars!" Ujar Lara dan mereka berdua tertawa.

"Thanks, sayang... This means a lot to me..." Ujar Lara sambil menatap wajah Ashraf. Jari-jemari mereka berselang antara satu sama lain di atas batu daripada planet merah tersebut.

"We're in Mars. Kiss me."

"Ashraf?! No! Tunggu betul-betul dekat Mars!"

Dan mereka ketawa lagi bersama...

"We're in Mars. Kiss me."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience