"Hoi!! Kau ni nak buat aku jadi gila ke?!!"Â
Lara mengerlingkan mata ke atas di saat suara Fahd berdentum bagai guruh di corong telefon.Â
"Kalau you tak nak I buat you jadi gila, jawab call I." Ujar Lara selamba dengan suara yang mendatar.Â
"Aku kerjalah bodoh! Yang kau dok telefon aku sampai tujuh puluh kali missed call ni kenapa?!"Â
Lara tahan ketawa. Memang dia menelefon Fahd tanpa henti sepanjang satu jam yang lepas tetapi tak sangka pula sampai tujuh puluh kali!Â
"I call you daripada malam tadi Fahd... I tahu you sengaja tak nak angkat, sebab tu I dail tak henti-henti."Â
"Dengar sini Lara, kalau you nak telefon untuk mintak putus tunang, I tak nak dengar-"Â
"Okay, bukan. Bukan nak mintak putus tunang. I cuma nak discuss ke mana hala tuju kita sekarang."Â
"Hala tuju apa?!"
Lara tarik nafas panjang. "I'm not happy with our situation nowadays Fahd. Kita asyik gaduh-"
"Dah, dah! Aku takde masa sekarang! Aku kerjalah!!"Â
Saat itu juga talian diputuskan.Â
Lara berdecip dan mengeluh perlahan. Tak guna! Telefon bimbit digenggam kuat.
Nampaknya Fahd langsung tidak mahu berbincang semenjak Lara meminta untuk putuskan tali pertunangan.
Pertengkaran mereka sewaktu makan malam minggu lalu terulang semula di ingatan, diikuti dengan pertemuan tanpa sengaja dengan Huzaimi bersama isterinya... Perempuan psiko yang menyeramkan! Macam manalah Huzaimi boleh hidup sebumbung dengan perempuan seperti itu?
Saat ini Lara terimbas kembali seepisod kisah yang paling menakutkan dalam hidupnya sewaktu berada di bawah cengkaman Sharina. Perasaan Lara terusik.
Terasa kerdil sungguh diri ini diperlakukan oleh orang-orang kaya. Tanpa duit, tiada siapa yang boleh berkuasa. Tetapi dengan duit, nyawa pun boleh dijual beli. Jelas sekali dunia ini bukanlah tempat penentu keadilan.
Lamunan Lara terhenti apabila satu SMS menerjah masuk. Dia menekan butang 'Read'...
'Wohoo! My flight pergi Narita hari ni cancel! :D Yessss!' - MWB
Lara tersenyum. Walaupun hanya membaca mesej sahaja tetapi keletah Ashraf seakan terbayang di depan mata. Tangan Lara laju menekan papan kekunci...
'Oh... So kalau Narita cancel, you fly ke mana pulak?' - My Princess
'Tak kerja sampai my next flight.' - MWB
'Wow... Seronoknya... Jealous I dengar!' - My Princess
'Hehe! Jom princess, kita gamble pergi mana-mana nak? ;) ' - MWB
Perasaan Lara terus melonjak. Kalau macam ini dia pun tumpang 'wohoo' sekali! Lara tertawa gelihati sambil membalas SMS...
'You nak pergi mana?' - My Princess
'Up to you. You ada nak pergi mana-mana ke?' - MWB
Lara ketap bibir seolah-olah berfikir. Lantas dia menaip lagi...
'Erm... Dulu you kata you nak pergi Genting waktu siang sebab nak naik kereta kabel, kan? Bolehlah kot... Kita masuk theme park sekali nak?' - My Princess
'Sure, boleh princess... Your wish is my command :-*' - MWB
Lara segera melompat riang!
Enam jam selepas itu...
Cuaca sejuk akibat hujan gerimis mencengkam kulit. Tubuh Lara tiba-tiba dipeluk daripada belakang sebaik sahaja melangkah keluar daripada kereta kabel.Â
"Tak gayatkan?" Terdengar suara Ashraf di telinga sambil mereka perlahan-lahan menyelusuri orang ramai untuk keluar daripada stesen kereta kabel tersebut.Â
"Tak... Tapi kalau kereta kabel dekat Langkawi tu, I rasa I gayat... Ergh!"Â Â
"You pernah naik yang tu?" Lantas Ashraf melepaskan pelukan dan berjalan di sebelah Lara.Â
"Tak pernah. I tak pernah lagi sampai Langkawi." Sengih.
"What?!" Wajah Ashraf berkerut memandang Lara dan mereka tertawa bersama. "Amsterdam dah sampai, Los Angeles pun dah sampai... Tapi dalam negara sendiri belum habis round!" Sengaja Ashraf mengejek Lara dan satu jelingan tajam bersama senyuman sinis ditusukkan ke wajahnya.Â
"Hmm, kenapalah kita tak terfikir nak pergi ke Langkawi tadi kan?"
"Hish, you ni mengarutlah!" Potong Lara.Â
"Ala, kita naik flight-lah. Tiga puluh minit je daripada KLIA. Esokkan you kata cuti hari wesak."Â
Lara senyum senget. Kalau tahu dek Fahd dia ke Langkawi bersama Ashraf, mampus dia!Â
Sebaik sahaja mereka ke luar bangunan untuk ke taman tema luar, hujan sudah turun dengan lebat sekali dan operasi taman tema luar itu juga dihentikan buat sementara waktu.
"Ala... Hujan?!"
Mereka saling berpandangan.Â
"You nak masuk jugak ke? Kalau nak masuk, kita beli tiket dulu tapi tak tahulah sampai bila hujan ni..."Â
Lara mencebik bibir.Â
"Hmm... Takpelah sayang. Kita pergi main dekat indoor park je lah." Ujar Lara lantas mereka berdua berpimpin tangan masuk ke dalam bangunan semula...Â
Lara dan Ashraf meneroka ke setiap permainan, kedai-kedai dan tempat tarikan pengunjung seperti 'Ripley's Believe It or Not' di dalam bangunan tersebut. Sekejap mereka tertawa, sekejap berpelukan dan sekejapan pula Lara dilihat menjeling apabila disakat Ashraf. Kelihatan sungguh mesra dan gembira sekali.
"Sayang, jom masuk rumah hantu?!" Lara tersenyum lebar.
Ashraf mencebik dan menggeleng kepala membuatkan Lara ketawa gelihati.
"You takut ke?!"
"Tak, bukan takut. I risau kalau I terperanjat nanti I tertumbuk hantu tu..."Â
"What?!" Lantas mereka tertawa. "Ashraf, you ni ganaslah!" Teriak Lara dan mereka sambung ketawa.
"EH?!!"
Tiba-tiba seorang remaja lelaki berhampiran mereka terbeliak memandang Ashraf. Ashraf dan Lara terpempan kaku.
"Eh bro! Bro ni Zildan Necromancers, kan?!"
Ashraf segera senyum dan menganggukkan kepala. Saat itu juga wajah remaja lelaki itu bersinar lantas dia menghulurkan tangan.
"Woi! Ajib! Kerol! Bro Zildan Necromancers-lah!" Jerit lelaki itu kepada rakan-rakannya yang tidak jauh daripada situ.
Keadaan kecoh seketika dengan keterujaan mereka bersembang dan mengambil gambar bersama Ashraf.
Lara tersenyum meleret dengan perasaan bangga. Tak sangka Necromancers sudah ada peminat, fikir Lara. Sesekali, remaja-remaja lelaki itu memandang Lara sepintas lalu dan menegur ringkas dan mesra...
Tepat pukul sebelas malam, Ashraf dan Lara mengorak langkah menuju ke stesen kereta kabel untuk kembali ke Awana Skyway, iaitu tempat Ashraf memarkir kereta. Selepas itu mereka akan bergerak pulang ke Kuala Lumpur.
Oleh kerana Ashraf kehilangan tiket, mereka terpaksa beratur semula untuk membelinya. Keadaan agak sesak dan hingar-bingar. Mungkin kerana perkhidmatan kereta kabel akan berakhir pada pukul 11.45 malam nanti, fikir mereka.
"Bang, abang kalau nak ke Awana boleh, tapi jalan nak turun KL kena tutup malam ni tau. Hujan lebat tadi ada pokok tumbang dekat area Gohtong Jaya." Kata budak lelaki di kaunter tiket.Â
"Hah? Jalan tutup?" Ashraf ternganga seraya memandang Lara di sebelahnya...
12.05 tengah malam.Â
Klik!Â
Pintu bilik hotel Genting Grand terbuka. Lara melangkah masuk ke dalam diikuti dengan Ashraf.
Mata Lara memandang ke segenap sudut bilik. Boleh tahan juga cantik, tidak seperti bilik di First World Hotel, fikirnya.
"You rasa esok jalan dah bukak tak?" Tanya Lara sambil meletakkan plastik berisi makanan ringan dan minuman ke atas meja.
"Should be open I guess." Jawab Ashraf. Dia mencari alat kawalan jauh televisyen lalu menghidupkannya. Kelihatan berita 'Nightline' di TV3 sedang ke udara.
"Erm... I nak mandi, tapi takde baju salin."
"Itulah. Nak pergi beli pun kedai dah tutup." Mata Ashraf terarah pada skrin televisyen.
Waktu itu Lara datang menghampiri Ashraf lalu memeluk pinggang dan merenung wajah Ashraf.
"Kita pakai bathrobes je lah malam ni sayang."
Renungan Lara menggoda dan wajah mereka saling bertatapan, agak rapat.
"Ada ke bathrobe?"
"Mestilah ada."
"Hmm." Ashraf mencebik. "Hotel ni macam dodgy je-"
"Kenapa pulak?!" Lara terus ketawa. Teringat karenah cerewet Ashraf semasa mencari hotel tadi. First World Hotel dia tidak mahu kerana tak selesa dan kecil katanya. Mentang-mentanglah selalu duduk di hotel lima bintang, fikir Lara. Nasib baiklah Hotel Genting Grand ini tampak setanding dengan hotel yang gah. Inipun masih dipanggil 'dodgy' atau tidak boleh dipercayai!
Lara tersenyum dan menyandarkan dahinya pada dahi Ashraf. Dia mencium perlahan bibir lelaki itu namun tiba-tiba sahaja kedengaran telefon bimbit Ashraf berbunyi.
Ashraf menyeluk poket tanpa melepaskan bibir Lara tetapi saat dia mengerling ke skrin telefon, perasaannya bagaikan tersentak!
"Hmmpkt!"
"Siapa?" Lara tercengang.
"My mom."
Jawapan Ashraf itu membuatkan Lara tertawa.
"Syhh..." Ashraf meletakkan jari telunjuk di mulut lalu menjawab panggilan.
"Hello ma."
Lara memandang dan memasang telinga. Oleh kerana dia berdiri rapat dengan Ashraf, suara wanita di corong telefon itu sayup-sayup kedengaran. Serta-merta wajah jelita seperti yang dilihat pada gambar di rumah Ukay Heights dahulu terbayang di fikiran Lara. Wajah yang seakan-akan dengan lelaki cinta hatinya di hadapan ini.
"Oh... Kalau esok tak dapatlah ma, orang takde dekat Bedok ni... Orang dekat Genting Highland."
"Dekat mana...?!"
Kedengaran suara mama Ashraf dalam telefon meninggi dan Ashraf mula ketawa.
"Genting Highland." Ulang Ashraf.
"You ni asyik merayau je kebelakangan ni!"
Ashraf sengih dan gigit lidah sambil memandang Lara manakala Lara pula menekup mulut, gugup!
"Ala, relax-lah ma." Sengih.
Dan kemudian wanita itu Lara dengar terus membebel. Tetapi tak ada pula ditanya dengan siapa anaknya bersama. Huh, anak lelaki. Kalau dia disoal ibu, habis daripada A sampai ke Z ditanya itu ini, fikir Lara.
Oleh kerana perbualan Ashraf dan mamanya agak lama, Lara terus berlalu ke bilik mandi untuk membersihkan diri...
Sebaik melangkah keluar daripada bilik mandi, Lara lihat Ashraf baring dengan kepalanya tersandar di katil, menonton televisyen.
"Wow... Ye lah, ada bathrobe..." Nada suara Ashraf seakan kagum apabila melihat jubah mandi tersarung di tubuh Lara.
"Ashraf, of course! Ini hotel mahallah!" Lara tertawa sambil duduk di katil mengelap rambut.
"Apa benda yang tak mahal dekat atas bukit ni, hun? Kedai mamak pun mahal."
Lantas mereka tertawa. Teringat papan menu restoran mamak berhampiran The Pavilion yang memaparkan harga teh tarik RM6 segelas!
"Eleh, First World Hotel tadi you cakap murah!" Cebik Lara dalam sisa tawanya.
Ashraf hanya tersenyum dan kembali menumpukan perhatian kepada filem yang sedang ditontonnya.
Selesai mengeringkan rambut, Lara menyidai tuala dan datang duduk di birai katil, menghadap Ashraf.
"Ash..."
Pinggang Ashraf dipeluk dan badan ditundukkan sedikit agar wajahnya berada separas dengan wajah Ashraf. Jubah mandi yang menutupi bahagian dada terenggang sedikit apabila Lara menunduk.
Melihatkan perangai Lara yang umpama ulat bulu naik daun, Ashraf tersenyum senget. Sedikit pun dia tidak mengintai ke dada Lara. Untuk beberapa ketika, mereka bertentang mata tanpa sepatah kata. Lara mula buat senyuman nakal.
"Sayang, cuba you teka... You rasa I ada pakai apa-apa tak dekat dalam?"
"Ho my god, Lara!" Darah Ashraf berderau mendengarkan pertanyaan nakal daripada suara seksi itu lantas dia bingkas bangun daripada katil.
"Ashraf...!" Lara tertawa tetapi dia lihat wajah Ashraf agak serius.
"You tidurlah, I nak mandi."
"You nak I join sekali?"
"Lara! You dah mandi, stop it."
"Well, I don't mind getting wet... Again..."
"Aduh! Lara!" Hati Ashraf cair! Dia lihat Lara ketawa lalu datang menghampirinya.
"Sayang... Come, I bukakan baju you-"
"Lara, don't!" Ashraf menepis perlahan tetapi gadis itu segera memeluk pinggangnya.
"Sayang... Kenapa ni?" Rengek Lara sambil melekapkan kepala pada dada Ashraf. Ashraf telan liur dan kata-katanya bagaikan tersekat di kerongkong!
"Sayang, you ingat tak you pernah cakap 'orang kalau nak buat, dekat toilet pun boleh buat'?"
"Hah?! I ada cakap macam tu ke?"
"Adalah! Sebelum I ikut you pergi LAX dulu!" Gelak.
"Oh..." Getus Ashraf. Betullah kata orang, orang perempuan ni apa saja yang kita ucapkan mereka boleh ingat sampai bila-bila!
"Sayang, kalau dekat toilet pun orang boleh buat... Why not us in this room..." Lara memegang pipi Ashraf lalu mencium bibir lelaki itu.
"Lara... Urgh!"
"Syhh..." Ciuman diteruskan buat beberapa ketika sebelum Lara menyambung, "Ke you nak buat dekat dalam toilet...?"
Wajah Ashraf di tenung dengan senyuman yang nakal dan selepas itu Lara memautkan semula bibirnya.
Antara mahu dan tidak, Ashraf membalas ciuman yang hangat. Fikiran warasnya menegah keras tetapi nafsunya sudah menjalar.
Tanpa melepaskan bibir Ashraf, Lara bergerak perlahan-lahan menyandarkan tubuh Ashraf ke dinding bilik. Dia cuba membuka baju Ashraf tetapi dalam suasana yang hangat seperti itupun tangan kasar Ashraf masih menepis.
Ini membuatkan Lara mengambil langkah yang lebih drastik lagi. Tangannya mula menyentuh bahagian kelelakian Ashraf namun Ashraf dengan pantas sekali merenggut kedua-dua tangan lalu dibawa ke belakang badan Lara.
Kini Lara seolah-olah diikat. Dia terkedu memandang wajah Ashraf yang dingin.
"Sayang??" Wajah Lara kehairanan.
Dia cuba meronta tetapi semakin kuat meronta, genggaman Ashraf semakin kuat. Terasa kudrat lelaki Ashraf tidak mampu dia tewaskan.
"Sayang... Kenapa ni...?"
Panahan mata Ashraf tajam bagaikan helang. Saat ini Lara dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
"Sayang...??" Rengek Lara.
"Lara, if you really want 'this', why don't you be mine?"
Getar suara itu seperti busur panah, tepat menusuk ke hati Lara!
"Hmm? Tell me!"
Lara terpempan, tidak tahu apa yang harus dia balas.
"Jawablah! Kalau you betul-betul hendakkan I, kenapa you tak nak jadi milik I?" Kali ini suara Ashraf bergetar bersama amarah yang sedang dikawal.
Lara mengendurkan kudrat lalu Ashraf melepaskan tangan Lara.
"I betul-betul cintakan you dan I dah tunggu you lama, Lara! Dua tahun lebih, you tak sedar ke?!"
Lara tertunduk sepi. Perasaan bersalah menjalar dalam hati terhadap apa yang telah dia lakukan kepada Ashraf selama ini. Terasa diri sendiri kejam.
"I boleh bagi jiwa raga I kalau itu yang you nak! Tapi dekat mana kedudukan I dalam hidup you, Lara?!"
Hati Lara terasa hiba dengan kata-kata Ashraf lalu setitis air mata jatuh daripada takungan mata.
"I bukan skandal you dan I tak nak 'sebat' girlfriend orang, Lara! I bukan lelaki yang macam tu...!"
Lara segera berlalu dan duduk menangis di sofa. Kata-kata itu terasa sungguh pedih tetapi hakikatnya situasi ini pasti lebih pedih buat Ashraf. Lara seolah-olah tersedar.
Ashraf datang menghampiri, berdiri di tepi sofa.
"Kalau you tulus cintakan I, I tak kisah pun kalau kita terlanjur sebab I memang nak kahwin dengan you. I bukan main-main atau suka-suka, Lara! Tapi macam yang I kata tadi, letakkan I pada tempat yang sepatutnya!"
Tangisan Lara sudah teresak-esak tetapi kali ini tidak seperti selalu, Ashraf langsung tidak memujuknya malah lelaki itu terus berlalu ke bilik mandi! Tinggallah Lara menangis sendirian.
Dalam esak tangis itu hatinya kecewa. Kecewa dengan diri sendiri tetapi ada juga rasa kecewa dengan Ashraf kerana tidak mempedulikannya. Selama ini Ashraf tidak pernah begini! Adakah ini menunjukkan cinta Ashraf sudah mula berkurangan? Adakah kejadian ini menyebabkan hati Ashraf berubah? Air mata jatuh semakin deras...
"Princess..."
Kedengaran suara Ashraf memanggil perlahan.
Lara buka mata yang bengkak. Sampai tertidur dia menangis di sofa! Dia tidak pasti sudah berapa lama dia terlelap di situ tetapi dalam pada mamai, Lara terperasan Ashraf sudah berjubah mandi.
"Jom tidur dekat katil."
Ah, tadi biarkan orang! Getus hati Lara yang membengkak.
"Tak nak." Pendek saja jawabnya lalu dia terus berbaring di sofa.
"Kenapa tak nak pulak?" Ashraf terkedu seketika memerhatikan Lara. "Okay, takpe. Biar I tidur sini, you pergi tidur dekat katil-"
"Tak nak!"
"Kenapa?"
"Tak naklah!"
"Yelah, kenapa?"
Diam sebentar.
"You yang bayar bilik ni, you tidurlah atas katil!"
"Hah?" Ashraf tercengang dan keningnya mencerun. "Laa, dah kenapa pulak ni?" Sambungnya. Dia garu kepala, tidak faham. Bukankah dia yang sepatutnya merajuk?! Aduh...!
Mata Lara dipejam rapat-rapat. Siapa suruh biarkan dia menangis seorangan tadi! Lara sengaja buat perangai. Hendak tengok juga macam mana Ashraf naik angin. Asyik tengok Fahd saja!
"Princess??"
Terasa lengan Lara digerak-gerakkan tetapi Lara buat bodoh.
"Hei..."
Diam lagi. Kemudian terdengar Ashraf mengeluh.
"Okay, fine... Suka hati you-lah."
Ashraf terus berlalu ke katil membuatkan Lara tambah sakit hati. Apatah lagi dia tidak suka mendengar perkataan 'suka hati' itu! Air mata mula mengalir daripada mata yang terpejam dan waktu itu juga, terdengar bunyi suis lampu ditutup Ashraf.
Suasana makin gelap. Dengan hati dan perasaan yang membengkak, Lara pejam mata kuat-kuat...
Entahkan pukul berapa, dalam keadaan separuh sedar Lara terasa dirinya melayang. Tetapi oleh kerana terlalu penat dan mengantuk, dia tidak larat membuka mata.
Ashraf meletakkan tubuh Lara yang dikendong di atas katil lalu berbaring di sebelah. Bantal dan selimut Lara dibetulkan agar gadis itu selesa.
Rambut Lara diusap. Ada perasaan marah yang masih berbekas sedikit di hati tetapi inilah cinta yang mengatasi segalanya.
Ashraf cium pipi Lara dan menyambung tidurnya semula...
Mengada-ngada kan si Lara tu... Kesian Ash tak kena pujuk :)) Tapi betul ke Lara tak pujuk langsung? ;)
Share this novel
bilalah ash n lara brsatuB-)