Bab 26

Romance Completed 159812

'Sayang, siapa sebenarnya I ni pada you?'

Butang 'Send' ditekan dengan raut wajah yang mencuka.

Lara menghabiskan baki air kosong di dalam gelas. Sampul-sampul ubat yang berterabur di atas meja belajar itu dikutip lalu dimasukkan kembali ke dalam plastik. Teringat siang tadi Ashraf yang memberikan dia makan ubat. Kini lelaki itu sudah pulang ke Johor Bahru.

'Ashraf Zildan...' Lara membisikkan nama itu bersama helaan nafas yang panjang. Hangat tangan Ashraf ketika menggenggam dan membelai tangannya siang tadi masih terasa.

Lama juga Lara menunggu balasan si Huzaimi. Dia hanya duduk termenung sendirian menghadap tingkap yang terbuka daripada biliknya di tingkat lapan. Suasana malam bercahaya dengan lampu-lampu jalan di bawah sana. Wajah Huzaimi tenggelam timbul di fikiran. Kenapa lelaki itu tidak membalas SMS-nya? Meeting? Atau masih di pejabat? Sepanjang hari ini Huzaimi hanya senyap membisu sehinggakan Lara sendiri tidak tahu bagaimana jadual seharian lelaki tersebut. Lara tekad, kalau Huzaimi tidak balas sehingga pukul 10, Lara akan menelefon lelaki itu.

Tiba-tiba telinga Lara menangkap bunyi pintu bilik dibuka.

"Hai Lara!"

Lara menoleh ke belakang lantas tersenyum memandang rakan sebiliknya.

"Hai kak Nor!" Balas Lara ceria menyembunyikan segunung kegusaran di hati. Semakin lama dia dapat merasakan yang 'skil' itu telah diasah dengan semakin baik. Bukan senang tetapi kadang-kala itulah tuntutan hidup.

Kelihatan gadis yang dipanggil kak Nor itu terburu-buru mengambil pakaian dan beberapa buah buku teks.

Begitulah fiil rakan sebilik Lara. Gadis itu sering 'skoteng' di bilik rakan-rakannya di Kolej Seroja. Skoteng adalah satu terma bagi pelajar-pelajar UiTM Shah Alam pada waktu itu yang membawa maksud tinggal di bilik pelajar lain dalam jangkamasa yang panjang tanpa pengetahuan pihak kolej. Ataupun 'setinggan'.

"Sorry-lah akak selalu muncul kejap-kejap je dekat bilik ni." Gadis itu tersengih memandang Lara.

"Eh, takpe kak. Biasalah tu, dulu masa diploma pun saya selalu skoteng." Lara turut tersengih. Ketika itu satu SMS masuk ke telefonnya. Lara pasti SMS itu daripada Huzaimi.

"Okay, Lara... Akak pergi dulu tau. Kalau Lara nak ajak kawan-kawan tidur atau lepak sini, bawaklah. Tidur je dekat katil akak, takpe."

"Oh, okay... Baiklah." Lara tersenyum lebar. Yang sebenarnya dia masih lagi tiada kawan! Lara hanya memerhatikan sahaja kak Nor yang sudah memakai kasut.

"Akak pergi dulu ye! Bye! Assalamualaikum!"

"Waalaikumsalam kak... Bye!" Jawab Lara lantas pintu bilik itu ditutup kak Nor.

Lara cepat-cepat membuka SMS. Sebenarnya, sejak kebelakangan ini dia lebih suka tinggal sendirian. Senang dia hendak bergayut dengan Ashraf tanpa ada orang lain yang mendengar perbualannya. Ataupun pada waktu-waktu sakit hati begini, senang dia nak menangis dan melalak sakan tanpa diketahui kak Nor!

'Sorry dear, I solat Isyak tadi. Kenapa ni? Lain macam je... Ni kalau mood you tengah swing ni mesti you tengah period, kan? ;)' - Abg Huzaimi

Amarah Lara melonjak naik! Dia menekan-nekan kasar papan kekunci telefonnya.

'I bukan tengah period, I tengah demam teruk! Siang tadi nak bangun pun tak larat sampai pergi klinik pun kawan I yang bawak! Dah lah dia duduk jauh! I text you bagi tahu I demam, you boleh senyap je sepanjang hari?! Not even a TLC message for me, at least?? Sikitpun you tak pedulikan I! I ni siapa, yang langsung you tak pedulikan sampai ke malam?! I penatlah rasa terbuang macam ni! You tak tahu pasal I bergaduh dengan ayah I! I tak pernah share dengan you sebab I tak nak you pening kepala dengar masalah family I...! Dan akibat pergaduhan tu my dad sekarang dah buang I! But that's okay I'll handle that! Tapi hari ni you pulak buat I rasa macam terbuang! I fedup lah!!'

'Message sent'.

Puas hati Lara bila dapat memuntahkan segala yang terbuku semenjak siang tadi! Namun matanya sudah menggugurkan beberapa titisan jernih saat dia menyebut tentang ayah. Kini hatinya terasa perit pula.

Tidak lama kemudian, balasan SMS Huzaimi masuk ke dalam telefon.

'Ya Allah, sayang... I AM SO SORRY! I sebenarnya dah balas SMS you pagi tadi tapi lepas tu secretary I masuk bawak documents dengan cheque kena sign, I ingatkan I tekan send rupanya I tekan button save! So sorry love, I know it's my fault...' - Abg Huzaimi

Lara menjelingkan matanya ke atas. Ada je alasan! Lantas dia menekan lagi butang 'Reply'...

'I sedihlah! Kebelakangan ni I rasa jauh sangat daripada you. I rasa we're drifting away... I don't know where this relationship heading to! You asyik dengan hal you je! I ni terkontang-kanting dekat sini. I rasa kita dah macam buat hal masing-masing! Dah rasa macam stranger dah! Sedihlah!!' - Lara

'Kenapa ni sayang...? Kenapa you fikir macam tu pulak? Kan kita masing-masing busy? You sibuk dengan belajar you, I pulak lagilah... I baru je siang tadi discuss dengan Tuan Haji dan board of directors yang lain pasal nak JV dengan developer dan architect firm di Jakarta... Company kita nak tembus masuk Indonesia sebab tu semua orang tengah tak menang tangan sekarang. I tak lupakan you-lah sayang, cuma I memang busy...' - Abg Huzaimi

Lara terkedu.

'Company kita??' Perkataan itu buat Lara tersentak. Terasa seolah-olah Huzaimi telah menjadikan diri Lara sebahagian daripada perca hidup dan masa hadapan Lara juga seolah-olah sudah ada bersama lelaki itu. Perasaan yang memberat tadi kini bagai tergalas sedikit.

Sedang Lara memikirkan balasan untuk SMS Huzaimi itu, satu lagi SMS masuk lalu Lara terus membukanya.

'Hey princess :) Guess what... I've got a new friend! You nak tengok tak?' - Ashraf SIA

Dahi Lara berkerut. 'New friend??' Bisik Lara dalam hati sambil menaip...

'Huh? New friend? Tengok??'

Lara tekan butang 'Send' dan cepat-cepat kembali menaip mesej kepada Huzaimi tadi...

'Habis tu just because you're busy, I pun busy, kita nak terus jadi strangers? Sayang, I nak tanya you... Pernah tak kita ada bonding session?? Session where we learn and explore more about each other?? Pernah tak?? Tak pernah, kan? You know what... Biarlah hari ni I terus terang dengan you... Memang kita ada jumpa, lunch atau dinner sama-sama... Tapi semua tu I rasa macam lunch or dinner appointment je dengan you! Lepas tu, you terburu-buru nak balik office atau pergi meeting! Pernah you share dengan I pasal family you?? Pernah you share pasal hidup you?? Tak pernah, kan? Even nama emak you pun I tak pernah tahu! Sayang, I faham you sibuk tapi I nak you sebagai boyfriend I, bukan sebagai CEO Anjakan Paradigma!'

Lara terus menghantar SMS tersebut. Terasa dadanya semakin lapang dapat melepaskan semua isi hati dan selang beberapa minit selepas itu, satu lagi SMS Huzaimi diterimanya.

'Baiklah sayang... Macam ni lah. Sabtu ni let's free up our schedule. I nak bawak you somewhere. Make sure you make yourself available the whole day, okay. Takpelah, this week I bagi priority pada you.' - Abg Huzaimi

"Eleh! Suruh orang free-kan schedule pulak!  Schedule dia tu sebenarnya yang penuh!" Omel Lara sendirian. Pantas jarinya menaip sesuatu lalu dihantar terus kepada Huzaimi.

Dalam pada masa yang sama, Lara terperasan ada satu MMS yang dia terima daripada nombor Ashraf. Pasti gambar 'kawan baru' yang Ashraf katakan tadi. Siapa agaknya? Perempuankah? Atau lelaki?? Artiskah? Pelakon? Penyanyi?? Lara cepat-cepat membukanya dengan hati yang tertanya-tanya...

"Hah?? Anjing?!!"

Lara tercengang dan tepuk dahi!

Kelihatan gambar seekor anak anjing berwarna hitam sedang terperuk di lantai kereta Ashraf.

"Ya Allah ya tuhanku... Kau ni biar betul Ashraf Zildan?!" Wajah Lara masih tercengang. Gambar anak anjing yang bermata sayu itu ditatap lagi. Memang nampak kesian, tetapi kenapa mesti anjing?! Bukankah... Ah, Lara sudah kehilangan kata!

"Arghh! Peninglah aku dengan perangai jantan-jantan ni!" Teriak Lara sambil menghempaskan badan ke atas katil. Fikirannya berserabut dan dia sudah tidak larat untuk memikirkan apa-apa lagi...

*          *          *          *          *

'Uuuu... Uuu...'

Suara anak anjing itu kedengaran sayu. Mungkin kerana menanggung kesakitan yang amat sangat.

"Hey buddy... Hang on okay. Kita dah nak sampai dekat vet dah..." Ujar Ashraf. Matanya melilau-lilau melihat tempat yang agak asing di Bandar Pulai Jaya tersebut. Mengikut carian di Google tadi, terdapat satu klinik haiwan berhampiran pasaraya Econsave di situ. Klinik haiwan yang paling 'dekat' daripada Lebuhraya PLUS tadi.

Ashraf memandu dengan perlahan-lahan menyelusuri deretan rumah kedai. Dia harap dia masih tidak terlambat kerana waktu belum menunjukkan pukul 10 malam dan dia yakin klinik haiwan itu masih buka. 

"Alright, because I've been calling you 'buddy' since like... forty five minutes ago or so... So, that will be your name okay? Buddy!" Kata Ashraf kepada anak anjing itu. Matanya memerhatikan satu demi satu kedai yang keretanya lalui.

"Buddy, Buddy, Buddy!" Ashraf menyebut berulang-kali seolah-olah ingin membiasakan nama Buddy itu kepada anjing tersebut. 

"Hmm... Macam tak best je nama 'Buddy'..." Bibirnya mencebik. "Ish, mana pulak klinik vet ni? Kata tadi dekat area sini??" Ashraf terus bercakap sendirian. Atau mungkin dia sedang bercakap dengan Buddy.

Entah bagaimana fikirannya terlintas sesuatu.

"Zeus!" Wajah Ashraf ceria memandang anak anjing tersebut sekilas lalu.

"Zildan and Zeus! Haha! How cool is that?!"

'Auf!' Tiba-tiba sahaja anak anjing itu menyalak kecil seolah-olah mengiyakan kata-kata Ashraf menyebabkan Ashraf tertawa terus.

"Yeah, I know!! It's cool right?! Zeus!" Kata Ashraf lagi dan di saat itu juga, klinik veterinar yang dia cari sudah berada tidak jauh di hadapannya...

*          *          *          *          *

Bunyi cengkerik di halaman rumah banglo itu seakan menyanyi-nyanyi memecah kesepian malam. Zelda buat muka tatkala dia terjenguk-jenguk ke dalam kereta sport Ashraf.

"No." Ujar Zelda tegas.

"What?! Ma?!" Wajah Ashraf kaget mendengarkan respon daripada ibunya. Kelihatan kaki anak anjing berwarna hitam itu sudah berbalut kemas.

"No!" Ulang Zelda sekali lagi dengan wajah yang ketat.

"Ma... Come on! He needs our help!"

"Our help?? Not me... I'm not part of this!"

Ashraf terus tergelak mendengarkan jawapan ibunya.

"Ma... Please-lah...! Kesian Zeus!"

"Kesian what?!! You named him??!"

"He's my friend now!" Ashraf bertentang mata dengan ibunya lalu terus menyambung, "Zildan and Zeus, cool kan ma??" Sengih. Dia lihat dahi mamanya kian berkerut.

"Do you think your dad will approve this, Zildan?"

"Why not?!"

"Because this is his house and you just bring in another creature to live within his house compound! And who's gonna take care of him when you're not around??"

Ashraf mengeluh panjang.

"Ma... Kesiankanlah dia...! The vet told me he was there, lying on the road for almost ten hours based on his dehydration level!"

Zelda buat muka sambil merenung tajam ke dalam anak mata Ashraf.

"Ma, animals suffer as much as we do. Just because they are animals and cannot voice out their feelings, doesn't mean they don't have any. Just imagine if someone involved in an accident, terbaring sepuluh jam atas jalanraya dengan cuaca panas terik, takde siapa berhenti nak tolong... Dengan sakit lagi, haus dahaga lagi... Dengan lapar lagi. Seksa kan ma?? Tak kesian ke?? And here, just because Zeus is a dog, doesn't mean his life has no value or less important than us human. Kalau orang tak ambik dia tadi, sampai matilah dia dekat tepi jalan tu."

Zelda mengherotkan mulutnya.Wajah Ashraf yang sedang memberi 'syarahan' itu masih ditatap.

"Ma, remember once you said that I'm a cold creature? Now this tiny creature in front of us really makes my heart warms, ma!"

'And Lara.' Bisik hati Ashraf lalu tersenyum simpul. Sudah pasti ibunya tidak tahu rahsia di sebalik senyuman itu!

"Martin ada cage arnab dia dulu dekat dalam garaj-"

"No no no, we can't cage him. Nanti dia anxiety."

"Huh?? Anxiety?!"

"Dogs have a lot of energy to disperse and being confined will not help him any better. They need to be running around and play, otherwise they'll have behavioural problems."

"What?! Mana you tahu semua ni??"

Ashraf tersenyum sinis sambil mengeluarkan Zeus daripada kereta. "Orang tahulah, I learnt about this before. I bukan setakat baca manual kapal terbang je."

"Oh, great. Takdelah pathetic sangat life you ni rupanya."

Tawa Ashraf terhambur tetapi kata-kata Zelda itu membuatkan telinga Ashraf berdesing!

"You know what, ma... Some people hate me because they said I've got a sharp tongue. And now I know where I got that from." Sengih.

"Good gracious, Zildan! You're an adult. Stop blaming me for your own fault." Zelda berlalu sambil menjeling tajam lantas membuatkan Ashraf ketawa terbahak-bahak.

"Jom, Zeus. I'll show you your new place..."

Dalam kegelapan malam itu Ashraf berjalan menuju ke garaj kereta yang luas dan telah diubah menjadi ruang stor untuk menempatkan kawan barunya di situ...

PENGUMUMAN: Kepada semua readers MWB yg Mis hormati & sayangi, sempena hari raya haji yg bakal kita sambut pd 20 July nie, Mis akan terbitkan di NovelPlus nie 'Cerpen Raya MWB'. Cerpen nie ada 3 episod bermula hari Ahad 18 July (3 hari sebelum raya), episod kedua hari Isnin 19 July dan episod terakhir pada Selasa 20 July (hari raya haji - feeling skit, konon sambut raya sama2 dgn family Kapten Zamani ;P hehehe).. Semoga terhibur yea! Salam sayang dr Miss Tery :)

Share this novel

Haila Mat
2022-01-06 23:35:34 

mse ni dh blh google ke


NovelPlus Premium

The best ads free experience