‘Nombor yang anda dail, tidak dapat di hubungi. Sila cuba sebentar lagi.’
Ashraf mematikan talian sebaik sahaja terdengar suara operator. Dia menggenggam kuat telefon bimbitnya sambil melangkah keluar daripada perut pesawat gergasi dua tingkat itu.
Cuaca di luar sungguh panas. Keadaan di Changi Airport pada tengahari itu sibuk seperti biasa. Sebaik sahaja mendarat sebentar tadi, Ashraf terus menghidupkan telefon bimbit dan cuba mendail nombor Lara namun hasilnya tetap sama; suara operator yang menjawab.
‘Urgh! Apa sebenarnya yang jadi ni?! Princess?!’ Hati meronta-ronta ingin tahu. Dia berdecip.
Sewaktu Ashraf keluar daripada bangunan Terminal 3, matanya menangkap bayang kereta Range Rover hitam di celah-celah kenderaan lain di lorong menurunkan penumpang. Ashraf mempercepatkan langkah sementelah bahang matahari kian terasa.
Pintu tempat duduk belakang dibuka. Ashraf menanggalkan blazer dan memasukkan bagasi. Ketika itulah dia lihat wajah Haris terpacul di tempat duduk pemandu. Lapang sedikit hatinya apabila melihatkan bayang si adik.
“Yes! Bagus kau yang ambik aku hari ni!” Ashraf duduk di sebelah Haris sambil mengenakan tali pinggang keselamatan.
“Hah? Kenapa?” Kening Haris berkerut sambil dia menyalakan signal. Perlahan-lahan, kereta mewah pacuan empat roda itu mula meninggalkan lapangan terbang yang penuh sesak...
“Aku nak tanya kau. Kalau kita dapat notification pasal undelivered SMS dan bila kita call nombor tu pun operator cakap tak dapat dihubungi, itu maknanya apa?” Ashraf bertanya sambil memandang Haris. Tangannya menanggalkan kedua-dua epaulet di bahu kiri dan kanan, lantas memasukkan benda tersebut ke dalam poket kemeja.
“Undelivered SMS?” Sekali lagi, kening Haris berkerut.
“Yups.”
“Maknanya SMS tu tak dihantarlah.”
“Yelah, tapi kau rasa kenapa??” Soal Ashraf lagi.
“Erm… Mungkin sebab recipient tu off handphone?”
Ashraf terdiam. “Selain daripada tu?” Dia terus mengasak soalan.
“Erm… Tak tahu. Line dia kena bar-lah kot?” Jawab Haris selamba. Ashraf rasa tertarik dengan jawapan tersebut.
"Line kena bar ek…” Nada suara Ashraf seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
Hmm... Tak mungkin. Nombor Lara nombor prabayar kerana Ashraf masih ingat, Lara pernah berkata yang dia kehabisan kredit. Bibir diketap sambil menggeleng perlahan.
Tiba-tiba lampu trafik bertukar merah. Haris memberhentikan kereta lalu memandang ke wajah Ashraf. Seperti ada sesuatu yang sedang mengganggu fikiran abangnya.
“Kenapa kau tiba-tiba tanya ni?” Tanya Haris.
Ashraf terus sahaja menceritakan segala yang berlaku dan pada akhirnya, mata mereka bertembung.
“Dah berapa hari kau cuba contact dia?” Haris mula menekan minyak apabila lampu trafik berubah warna.
“Aku dekat London tiga hari. Masuk flight hari ni, empat harilah.”
Haris terdiam.
“Kenapa dia tiba-tiba tutup handphone?” Pertanyaan Haris itu membuatkan Ashraf ketawa.
“Mana aku tahu!” Suara Ashraf meninggi.
“Kau gaduh dengan dia ke?”
“Ish, tak lah!”
“Betul ke ni…?”
“Betul!”
Kali ini Haris pula ketawa!
“Sebelum ni ada gaduh tak?” Tanya Haris lagi seolah-olah tidak berpuas hati.
“Bro… Kalau ada pun, benda tu dah settle dah! Takdelah! Ini bukan sebab gaduh…!”
Haris mengangkat sebelah keningnya. Ini bermakna, abangnya dan Lara PERNAH bergaduh sebelum gadis itu bertindak untuk mendiamkan diri sekarang. Hati Haris mula mengesyaki sesuatu…
“Entah-entah... Korang gaduh, lepas tu dia saja buat-buat okay tapi sebenarnya dia memendam rasa. Sampai masa je, dia terus chow lari tinggalkan kau."
“Hish! Kenapa pulak dia nak lari daripada aku? Kalau ada yang tak kena dia boleh cakap terus-terang pada aku kan?”
“Perempuan ni kadang-kadang complicated sikit. Unpredictable.”
“No lah… Not Lara! Lara tak macam tu-"
"Itu pada kau! Pada dia? Kalau dia sebenarnya pendam perasaan dia, who knows?" Potong Haris.
"Tak lah! Dia tak kan tinggalkan aku terkontang-kanting macam ni lah!"
"Mana kau tahu?! Kau ni kadang-kadang lurus bendul!" Haris ketawa beria melihat wajah Ashraf yang senyum tersipu-sipu.
"Tak, Yis! Kitorang tengah okay sebelum dia hilang. Kau tengok mesej last yang dia hantar dekat aku…” Ujar Ashraf sambil mengeluarkan telefon bimbit. Lantas, dia membuka lembaran terakhir mesej Lara sebelum Ashraf terbang ke awan biru, empat hari yang lalu. Dia membaca dengan kuat…
“Kau dengar ye. ‘Take care, Ash! Ingat I bila sampai London tau…’ Lepas tu dia siap bagi emoticon kenyit mata lagi dekat aku…!”
Jari Ashraf membuka mesej Lara yang sebelumnya.
“Ha, ini lagi satu… ‘Wah! London...? Best-nya, London pun one of my favourite city! Seludup I sekarang dalam luggage please! Haha!’ Ini second last SMS dia. Apa yang dia nak larikan diri daripada aku pulak…?” Ashraf memandang Haris.
“Hmm… Okay.”
“Takde apa-apa pun yang tak kena dalam mesej dia ni kan?”
“Yups.” Jawab Haris pendek.
Kedua-dua beradik itu terdiam. Haris terus menumpukan perhatian terhadap pemanduannya. Tidak lama lagi, mereka akan tiba di ‘immigration checkpoint’ Singapura untuk masuk ke Johor Bharu.
“Yis, bagi aku drive. Aku tengah kusut ni, rimaslah stuck lama-lama dekat checkpoint ni. Bagi aku bawaklah, kau ni bukannya reti mencelah.” Kata-kata Ashraf ini membuatkan Haris ketawa.
“Typical Johorean driver! Bawak kereta macam pelesit!” Kutuk si Haris.
“Aku nak menyelit je, bukannya reckless driving.” Ashraf menjeling.
Lalu Haris perlahan-lahan memberhentikan kereta di bahu jalan dan mereka bertukar tempat duduk.
“Yis, macam mana dengan Lara ni? Apa sebenarnya yang jadi hah? Aku tak puas hatilah.” Kata Ashraf sebaik sahaja dia mula mengemudi kereta.
Pertanyaan itu tidak disambut. Ashraf lihat Haris juga buntu sepertinya. Mereka terdiam, masing-masing seperti berfikir panjang…
“Hah! Aku tahu!” Haris tiba-tiba menjerit, menyebabkan Ashraf memandangnya sekilas lalu. “Aku rasalah kan… Handphone Lara hilang!”
“Oh... Hilang!” Wajah Ashraf seolah terpempan.
“Yups, aku rasa handphone dia hilang, lepas tu dia terpaksa beli handphone baru dan nombor baru!”
Telinga Ashraf segera menangkap perkataan ‘nombor baru’.
“Sebab tu dia terus senyap. Nombor baru, sim card baru, handphone baru. Maknanya, nombor kau dah tak ada pada dia. Kalau dia tak ada simpan nombor kau dekat tempat lain, I’m sorry to break this to you, bro. But she totally has lost your number.” Sambung Haris.
“Hmm. Brilliant.” Ashraf bersetuju dengan teori si Haris.
“So… Macam mana kitorang nak contact balik?” Perasaannya mula berasa tidak enak. Haris juga mendiamkan diri seolah-olah tiada jawapan.
“Shit…” Bisik Ashraf.
“Kau tahu rumah dia dekat mana?” Haris menangkap wajah abangnya yang redup. Pandangan mata Ashraf tertancap pada cermin hadapan kereta tetapi Haris dapat membacanya. Pandangan mata yang resah. Nampak sungguh yang abangnya ini benar-benar dilamun cinta. Namun Haris tidak pasti sejauh manakah seriusnya cinta Lara terhadap Ashraf. Sebagai adik, Haris tahu inilah cinta yang sebenar-benar cinta buat Ashraf.
“Erm... Aku cuma tahu kondo dia je. Tapi tingkat berapa, unit number, semua aku tak tahu... Tak kan aku nak jerit nama dia macam orang gila pulak.” Sambung Ashraf lagi.
“Jerit je lah. Kau kan memang gilakan dia.”
“Tapi aku tak gilalah, bingai!” Potong Ashraf lantas menyebabkan Haris tertawa.
Ashraf mengeluh panjang. Kini semakin difikir, semakin berat pula perasaannya!
“Hmm… How about mutual friends? Acquaintance?” Tanya Haris tetapi dia lihat Ashraf menggeleng kepala. Serta-merta kening Haris berkerut.
“Kejap, aku hairan. Kalau korang tak ada mutual friends, macam mana korang kenal? Korang ni completely strangers ke?”
Pertanyaan Haris itu membuatkan Ashraf ketawa besar. Teringat saat indah ketika dia melihat Lara di KLIA serta pertemuan pertama di KLCC. Dan seterusnya... Ke LA dan Amsterdam diikuti dengan ciuman pertama mereka yang sentiasa dirasakan hangat oleh Ashraf. Completely strangers become lovers! Ashraf tergelak sehingga merah mukanya.
“Eh, blushing pulak macam perempuan! Geli aku dapat abang macam ni!” Sambung Haris lalu kepalanya disebat Ashraf.
“Aku tak blushing-lah bodoh!”
“Kepala otak kau tak blushing! Look at yourself! Nah!” Haris menolak cermin pandang belakang itu menghala ke muka Ashraf lantas Ashraf tertawa lagi.
Ketika itu mereka telahpun tiba di checkpoint imigresen Singapura. Ashraf memperlahankan kereta dan menyertai barisan kenderaan yang panjang dalam cuaca yang panas terik. Dia mula berasa rimas. Sudahlah hatinya tidak keruan memikirkan Lara!
“Urgh…” Kepala disandarkan pada headrest kereta. Stereng digenggam erat. Tiga buah kereta di hadapan sudah bersimpang-siur dan himpit-menghimpit. Masing-masing tidak mahu mengalah.
Lantas Ashraf terus menyalakan signal untuk menukar lorong yang kebetulan kosong di sebelah kanannya. Rimas dia melihat keadaan kucar-kacir begitu. Haih, kalaulah Range Rover ini boleh terbang! Fikir Ashraf.
Ketika hendak masuk ke lorong sebelah kanan, sebuah kereta Hyundai berplat Singapura membunyikan hon sekuat hati sambil menghimpit. Pemandu itu memandang Ashraf dengan pandangan yang tajam.
“Eh, apa masalah mamat ni? Tadi dia yang tak nak ke depan…” Kata Ashraf.
“Dia marahlah tu kita potong dia.”
“Tak boleh potong kenapa? Jalan nenek dia ke?" Bengang pula Ashraf rasa. Sudahlah dia pening memikirkan Lara!
Ketika itu, pemandu kereta itu menurunkan tingkap sambil berkata sesuatu.
"Ha?!" Ashraf juga cepat-cepat menurunkan tingkapnya untuk mendengar apa yang dikatakan oleh pemuda tersebut.
“Hoi ‘brader’! Gua pun bayar road tax jugak ‘brader’!!”
Kedua-dua beradik itu terkedu tetapi Ashraf terus tersenyum mengangkat tangan.
“Sorry bro…!" Senyum lagi. "Road tax gua lagi mahal!”
Serentak itu juga pedal minyak ditekan dan Ashraf mencelah masuk di hadapan kereta terbabit. Haris di sebelah sudah ketawa berdekah-dekah tetapi Ashraf hanya buat bodoh dengan wajah yang ketat.
“Aku dah agak dah kau cakap ‘sorry’ tu tak ikhlas... Siot betul kau ni!” Kata Haris lantas menyambung tawanya...
* * * * *
“Assalamualaikum…!”
Lara pulang ke rumah ibunya pada petang Sabtu itu.
Bayang Zuraidah muncul daripada dapur menjawab salam. Dia mengambil segugus kunci di atas meja makan lalu membuka pintu buat Lara.
Mata wanita yang sudah sedikit berkedut itu sempat menatap sekilas lalu kereta berwarna hitam yang baru saja beredar. Zuraidah pasti kereta itu yang membawa Lara pulang dan Zuraidah tahu, itu bukan kereta Huzaimi.
Sudah hampir seminggu Lara menjalani latihan praktikal tetapi hari ini dia dan beberapa staf Petronas yang lain diminta untuk turun padang menolong galeri Petrosains memandangkan jumlah pengunjung pada musim cuti sekolah ini tersangat ramai!
“Hah, siapa yang hantar kau balik tu, kak?” Zuraidah mengunci semula pintu gril dan terus bergegas ke dapur menyambung masak.
“Kawan, bu. Ala, yang recommend-kan akak dekat Petronas tu.” Jawab Lara. Dia membuntuti ibunya ke dapur.
"Kawan?" Sambut Zuraidah tetapi Lara hanya membatukan diri.
"Ibu masak untuk makan malam ye?" Lara sengaja tukar topik. Dia tak ada mood untuk bercerita tentang si Fahd. Hatinya sedang sarat rindukan Ashraf dan sudah seminggu juga dia menangis dalam tidur!
“Kak... Ibu tahu... Akak dah putus dengan Huzaimi, kan?” Mata Zuraidah mengerling ke wajah Lara sepintas lalu. Sebuah senyum paksa terbit di wajah Lara.
“Sebenarnya... Ibu dah tahu. Huzaimi called ibu semalam, dia dah cerita semuanya pada ibu. "
Wajah Lara berkerut. "Apa yang dia cerita?" Tanya Lara.
"Dah seminggu akak tukar nombor phone, tapi akak tak nak contact dia. Jadi dia kata pada ibu, dia rasa dia tahu kenapa."
"Hmm, kenapa?"
"Dia dah kahwin, kan?"
Lara tertawa sinis!
“Oh, jadi dia dah bagi tahulah pada ibu…?! Hmm, baguslah kalau macam tu.” Nada Lara sedikit mencerun tetapi dia tidak menyangka yang Huzaimi berani berterus-terang kepada ibunya!
“Itulah… Dah berkali-kali ibu pesan suruh akak contact Huzaimi tapi ibu tengok akak tak contact pun dia. Jadi, ibu tak berani nak bagi nombor akak sesuka hati. Ibu fikir, kalau akak nak bagi, mestilah Huzaimi antara orang yang pertama dapat nombor akak, kan?”
Lara hanya tersenyum nipis sambil mengangguk. Bagus juga ibu, fikir Lara. Masih menjaga privasi walaupun Huzaimi itu bakal menantu kesayangan.
“Jadi masa dia called ibu tu, kami bersembang panjang... Masa tu lah dia bagi tahu yang dia sebenarnya dah kahwin. Terkejut ibu waktu tu!”
Lara tertawa sinis.
"Wah, licik! Cerdik sungguh dia, ye...? Dia tahu dia dah buat silap, dia mengakulah awal-awal pada ibu. Nak cover diri sendirilah tu!" Nada Lara berbaur geram.
Zuraidah hanya tersenyum melihat gelagat anaknya seraya menyambung, “Lepas tu, Huzaimi kata… Kalau boleh, dia nak discuss perkara ni baik-baik dengan akak."
Mata mereka bertembung. Lara tampak tenang sahaja namun hatinya sedang membara!
“Huzaimi kata lagi, dia betul-betul sayangkan akak, sebab tu dia nak perbetulkan balik keadaan… Dan dia betul-betul berharap. Akak try ajelah contact dia, dengar dulu apa yang dia nak cakap..." Pili air dibuka lalu Zuraidah membasuh sayur-sayuran yang telah dia potong.
Lara hanya memerhatikan sahaja. Satu senyuman kelat terukir di bibirnya dan dia menggeleng kepala. Kalaulah Huzaimi ada di depan matanya sekarang, mahu dia tampar saja lelaki itu!
“Ibu suka ke akak berkawan dengan laki orang?” Akhirnya Lara bersuara.
Kelihatan Zuraidah tersenyum sambil mula menggoreng sayuran tadi. Kepulan asap naik mencanak-canak ke udara. Lara hanya sabar menantikan bait kata ibunya.
“Ibu tak suka sebab kita faham perasaan sesama perempuan, kan. Tapi kadang-kadang dalam hidup ni ada bermacam-macam jenis manusia. Ada je isteri yang memang izinkan suami dia berkahwin lain, walaupun itu satu dalam seribu. Kalau isteri Huzaimi macam tu, it’s up to you-lah. Ibu tak menghalang sebab kita tahu, Huzaimi tu lebih daripada mampu.”
“Bini dia tak kisah ke?” Kening Lara berkerut.
“Yang itu ibu tak tahu dan tak tanya. Bab itu akak kena discuss sendiri dengan Huzaimi. Tapi pendirian ibu dalam hal ni, asalkan Huzaimi tu bertanggungjawab dan adil, beriman, dan boleh tanggung makan minum korang anak beranak nanti, itu dah cukup. Jangan macam si Reza tu dulu.” Suara Zuraidah berubah apabila menyebut nama Reza.
Lara hanya tersenyum sinis sambil mengherotkan mulut. Suasana menjadi sepi seketika.
“Akak tak naklah, bu! Akak tak mahu dengan suami orang. Kalau wife dia tak kisah pun, akak kisah sebab akak ni kuat jealous.” Lara akhirnya bersuara.
Zuraidah yang sedang mengacau sayuran dalam kuali hanya tersenyum.
“Terpulanglah... Bila ada tiga pihak macam ni, memang rumit. Apa sajalah yang akak fikir terbaik untuk akak."
Aroma yang datang dari kuali itu naik semerbak. Lara mengangguk perlahan.
“Hmm... Thanks, bu. Nantilah, malam nanti akak mesej Huzaimi. Erm... Maknanya ibu tahu jugalah yang Huzaimi ada anak?” Lara lihat kening ibunya berkerut sambil memandangnya.
"Anak?!"
"Ye, bu! Dia ada anak sorang, umur setahun lebih!"
"Ya Allah ya tuhanku...! Lelaki ke perempuan anaknya tu?"
Lara terus ketawa melihat reaksi ibunya.
"Entah, malas akak nak ambil tahu! Buat sakit hati je."
"Haih... Huzaimi, Huzaimi! Bertuah punya budak!" Zuraidah mengherotkan bibir dan menggeleng kepala. Sambil mengacau, sudip diketuk berkali-kali pada kuali. Kalau dapat diketuk pada kepala Huzaimi pun bagus juga, fikir Zuraidah.
"Habis tu, budak yang hantar akak tadi siapa?"
Mendengarkan pertanyaan ibunya, Lara mengeluh perlahan. Kalau boleh dia cuma ingin ibunya bertanyakan hal si Ashraf sahaja. Tetapi bagaimana? Ashraf masih hilang dan Lara sendiri tidak tahu sampai bila keadaan ini akan berlanjutan. Hati terasa sungguh pilu...
“Erm... Yang tadi tu namanya Fahd... Dia engineer dekat Petronas Kerteh tapi dia selalu jugak turun office sini, meeting dan jumpa vendor. Rumah family dia di Klang, so kalau dia datang sini, dia ulang-alik kerja daripada Klang.” Cerita Lara dengan panjang lebar.
“Oh…” Zuraidah mengangguk sambil tangannya memasukkan garam ke dalam sayuran.
Dia terfikir, boleh tahan juga lelaki-lelaki yang berdamping dengan anaknya selepas si Reza. Lalu entah bagaimana, hati Zuraidah menaruh sedikit harapan agar pemuda yang bernama Fahd ini dapat manjadi pengganti Huzaimi dan mengubati kekecewaan Lara...
* * * * *
Ashraf mengeluarkan beg bagasinya daripada tempat duduk penumpang belakang. Dia dan Haris akhirnya tiba di Taman Serene selepas menempuh kesesakan trafik.
"Yis."
Haris yang baru hendak berjalan masuk ke dalam rumah terhenti dan memalingkan badannya ke arah Ashraf.
"Kau balik KL bila?"
"Esoklah, Isnin nak kerja."
Ashraf mengangguk. "Aku gerak KL dengan kau esok. Lepas tu aku nak pergi Shah Alam."
"Oh, okay..." Jawab Haris, lalu mereka jalan beriringan menuju ke pintu masuk rumah.
"Eh, bang... Baru aku teringat. Lara pernah datang ke rumah kita, kan?"
Ashraf segera memandang Haris.
"Oh, ye lah! Rumah Ukay Heights!"
"Hmm... Harap-harap, dia datanglah cari kau nanti."
Ashraf mengangguk. "Yeah... Aku rasa dia akan datang. Kalau dia ingat, dia mesti datang!"
Wajah Ashraf serius tetapi Haris pula seakan senyum mengejek.
"Kau confirm ke dia akan cari kau?"
"Of course-lah!" Kening Ashraf mencerun.
"Entah-entah kau je yang beria cari dia!"
"Dia akan cari aku jugak, okay?"
"Mana kau tahu?"
"Aku tahulah! Dia betul-betul cintakan akulah!"
Haris ketawa! "Okay-lah kalau macam tu. Jangan kau frust je nanti, sudahlah."
Lalu Haris membuka pintu dan memberi salam. Ashraf yang masih di luar melepaskan satu keluhan yang panjang.
"I love you... No matter what."
Ayat dan suara Lara terngiang-ngiang di telinga dan fikiran Ashraf...
“Sorry bro…! Road tax gua lagi mahal!”
Share this novel
Really Johorean...so bingai
Hahaha..