"Hei, Kay!" Zieta menepuk bahu Khyra yang sedang duduk bersama rakan-rakan bekas pelajar OM 114 di restoran The Apartment, KLCC itu.
"Zie!!" Khyra lantas bangun dan menerkam sahabatnya. Lama sungguh mereka tidak berjumpa sejak Khyra terbang di awan biru. Lara memerhatikan sahaja gelagat kedua-dua sahabatnya dan selepas itu dia menegur rakan-rakan yang lain. Hampir lima belas orang hadir di mini gathering tersebut.
"Hi baby!" Khyra menegur Lara menyebabkan Lara tersenyum sumbing.
"Ashraf panggil kau 'baby' kan masa dekat LA hari tu." Bisik Khyra menyakat. Zieta pula ketawa besar! Lara segera mencubit perut Khyra lalu gadis itu menjerit.
Apabila Lara dan Zieta hendak duduk, mata mereka terlihatkan kad kecil di atas meja yang tertulis nama masing-masing di setiap tempat duduk dengan tulisan tangan sangat cantik!
"Wah...!" Lara ternganga. "Siap ada nama bagai dekat atas meja! 'Grand' betul gathering kita ni!" Kata-kata Lara itu disambut dan disetujui oleh rakan-rakan yang lain.
"Oit, ustad! Kau ke yang buat semua ni?! Rajin betul kau!" Tanya Lara sambil duduk di tempatnya, kebetulan di sebelah rakan yang mereka panggil 'ustad', penganjur utama gathering ini.
"Eh, tak lah. Bab-bab deco ni Ikinlah yang punya kerja... Aku tukang request je. Hehe!" Khairul tersengih melihat Lara yang sudah duduk di sebelahnya; seperti yang dia atur.
"Ikin, kau ke yang tulis kad ni??" Lara membelek kad yang tertulis namanya... Sangat berseni dan sungguh cantik!
"Iye, aku bosan duduk rumah takde buat apa... Jadi aku pun buatlah benda-benda ni... Ustadlah ni! Dia yang beriya sangat nak ada nama dekat tempat duduk! Mengada!" Jawab si Ikin sambil menjeling Khairul.
"Wei, cantik gila tulisan kau! Kau boleh buat bisneslah macam ni, Kin!"
"Bisnes apanya, Lara... Siapa yang nak kad-kad macam ni-"
"Hei, bisnes handmade card lah! Orang boleh tempah untuk buat custom made card dengan kau... Cantik ni!" Potong Lara. Saat ini dia tersedar yang fikirannya sudah seperti Huzaimi pula. Asyik fikir tentang peluang bisnes!
Seorang pelayan restoran datang menghampiri Lara dan Zieta untuk mengambil pesanan minuman. Khyra dan rakan-rakan yang lain semua telah mendapat minuman masing-masing.
"Eh, kau dah kerja ke Lara? Ke kau sambung buat degree?" Khairul mula memasang umpan sebaik sahaja pelayan restoran beredar. Padahal semua perkara tentang Lara Pak Samad sudah ceritakan kepadanya.
"Aku sambung degree. Tapi, semester ni aku extend. This coming semester baru nak masuk balik."
"Oh..." Khairul konon-konon buat tak tahu.
"Kau pulak?"
"Aku tak sambung. Aku dah kerja sekarang dekat Subang Jaya... Dengan syarikat developer." Sambung Khairul. Dia lihat Lara mengangguk dan kini dia berharap agar Lara akan bertanya lebih lanjut tentang syarikat tersebut. Kalau tidak, terpaksalah dia edarkan flyers projek residensi terbaru Anjakan Paradigma! Kononnya untuk rakan-rakan yang ingin membeli rumah tetapi mereka semua lepasan diploma. Mana mampu hendak memiliki rumah yang berharga lebih tiga ratus ribu ringgit?!
"Kau kerja sebagai apa dekat syarikat tu?"
"Oh." Sengih. "Aku PA dekat situ. PA to CEO..." Sambung Khairul lagi. Dia lihat Lara sekali lagi mengangguk perlahan.
'Cepatlah tanya nama company!' Desis Khairul dalam hati. Dia tertunggu-tunggu pertanyaan yang seterusnya.
"Bos kau lelakilah? Ke perempuan? Sebab tu dia ambik PA lelaki eh...?" Lara sengaja menyakat Khairul dan lelaki itu hanya tertawa.
"Bos aku lelakilah! Dekat je office aku tu dengan Subang Parade." Entah apa kena mengena 'bos lelaki' dengan 'Subang Parade', Khairul pun tak tahu tetapi apa yang pasti dia lihat dahi Lara mula berkerut!
"Dekat dengan Subang Parade?"
"A'ah."
"Developer company?"
"Yups." Khairul telan liur. Semakin hampir!
"Apa nama company tu?"
Lantas Khairul tersenyum. 'Goodbye flyers. I don't need you.'
"Err... Anjakan Paradigma."
"Oh!"
Wajah Lara dilihat ceria. "Kau PA to CEO?!"
Khairul tersenyum lagi. "Yups." Jawabnya pendek.
"Anjakan Paradigma tu tempat practical training aku masa diploma dulu!"
"Eh! Laa... Ye ke?!" Khairul agak terkejut. Yang ini tiada pula Che Matnya beritahu. Mungkin orang tua itupun tidak tahu.
"So kau kenallah semua department team dekat Anjakan?" Tanya Khairul.
"Kalau belum bertukar orang... Kenallah. Kak Yati ada?"
"Ada."
"Abang Bad?"
"Ha, ada!"
Mereka tertawa!
"Siapa lagi yang ada time kau practical training dekat situ?"
"Ermm... Kak Zah Finance, Abang Sawak, lepas tu abang engineer yang cute-cute tu..."
"Siapa? Fadil ke?"
"Ha, yes!" Ujar Lara dan mereka sekali lagi tertawa. Wajah lelaki cute yang bernama Fadil itu terbayang di fikiran masing-masing.
"Maknanya kau PA Huzaimi lah?"
Khairul terus senyum. "Yups."
"I see... Dulu masa tiga bulan aku practical training dekat sana, aku assist HR department. Tak pernah nampak si Huzaimi tu sebab dia selalu outstation. Dua minggu sebelum aku habis training, baru dia ada dekat office." Lara tertawa mengenangkan kembali detik pertama kali dia dan Huzaimi berjumpa. Bila dikenangkan kembali, 'sweet' juga pertemuan mereka. Tetapi kini Ashraf mencipta kenangan yang lebih manis bersamanya.
"Ha, betul. Dia memang selalu outstation. Sekarang ni lagilah, dengan projek dekat Jakarta."
"So, kalau dia outstation, kau ikut sekali ke?"
"Tak lah. Aku jaga office je. Lepas tu sebab dia selalu tak ada, kadang-kadang akulah yang kena tolong bini dia. Pergi renew road tax-lah, bawak kereta pergi servislah."
Nafas Lara bagaikan direntap dalam diam! Mata keduanya bertembung tetapi Lara segera melarikan pandangan sambil cuba mengawal perasaan. Gelora yang menghempas dada seakan hampir terkeluar daripada lohong tekaknya.Â
"Oh." Getus Lara. Bibirnya melorekkan senyuman yang dibuat-buat. "Bini dia tu dekat Anjakan jugak ke?" Saja berlakon konon-konon dia tidak tahu menahu tentang Huzaimi.Â
Saat ini, Khairul sungguh kagum dengan 'lakonan' Lara dan bagaimana gadis ini mengawal perasaan. Dia lihat Lara sungguh tenang, berbeza daripada apa yang dia jangkakan.
"Eh, tak. Bini dia business lagi kencang."
"Oh, really? Business apa?" Mata Lara membundar dengan senyuman palsu.
"Tug boat and tanker untuk oil rig. Gila babi kaya tu. Tapi aku dengar, itu family business daripada ayah dia. Pak mentua si Huzaimi."
"I see... Hebat." Lara mengangguk perlahan. "Diorang dah ada anak ke?" Selamba sahaja Lara bertanya menahan dadanya yang semakin menyempit. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa pilunya hati.
"Ada, sorang. Lebih kurang dalam setahun lebih macam tu."
"Ah, I see..." Lara mengangguk lemah.Â
"Yo, ustad! Sorry aku lambat sikit. Jalan jammed-lah!"Â
Perbualan mereka terhenti apabila seorang lagi rakan mereka tiba di 'mini gathering' tersebut. Zack berjabat tangan dengan Khairul dan berbalas sapa dengan Lara. Setelah itu, mereka mula bersembang dengan rancaknya.
Lara mengalihkan badan ke arah Khyra yang duduk di sebelah kiri. Asyik sungguh dia dan Zieta bergelak ketawa dengan beberapa rakan yang lain.
Dalam pada keriuhan di situ, Lara rasa dunia sekelilingnya tenggelam dan dia hanyut sebentar dalam khayalan sendiri. Dada rasa semakin ketat dengan amarah yang membara.
"Kay, aku nak pergi tandas dan kau mesti ikut aku. SEKARANG." Bisik Lara sambil merentap keras lengan Khyra. Wajah Khyra berubah hairan. Tak sempat dia mengajak Zieta disebelahnya, Lara sudah bangun tergesa-gesa. Lalu Khyra terus membuntuti daripada belakang.
"Ra...!" Khyra terkedek-kedek mempercepatkan langkah.
Diam.
"Hei, Ra...! Kenapa ni? Are you okay?" Khyra memandang wajah Lara yang mencuka. Mereka terus berjalan di celah-celah keramaian manusia di menara berkembar tertinggi di dunia itu...
Apabila mereka tiba di dalam tandas, Lara terus menatap wajah Khyra. Mata bertembung dan Lara mengeluh panjang. Diam. Tetapi Khyra masih menunggu bait kata yang bakal terbit.
"Huzaimi dah kahwin. I'm not okay." Wajah terus ditekup dengan telapak tangan. Lara terasa ingin menangis tetapi airmata tidak keluar!
"What?! Dia kahwin hari ni ke?"
"Bukanlah!"
"Habis tu?"
"Dia dah ada anak!"
"Hakh!" Nafas Khyra tersentap. Mata mereka bertatapan.
"Mana kau tau?"
"Ustad."
"Mana ustad tau?!"
"Dia PA Huz!"
"WHAT?!!" Mulut Khyra ternganga dan dia terkaku memandang Lara!
Sekali lagi Lara tekup muka, tetapi masih tiada tangisan walaupun dadanya terasa seperti hendak meletup!
"Ra... Sabar, Ra..." Khyra segera memeluk Lara tetapi rakannya itu hanya mendiamkan diri sambil membalas pelukan. Air wajah Khyra masih lagi terkejut.Â
"Aku tak bolehlah nak join gathering ni, Kay. My mind is scattered, everywhere! Aku nak duduk tenang-tenang dekat taman."
"Taman mana?"
"Taman KLCC lah."
"Oh... Okay, jom. Aku temankan kau." Ujar Khyra sambil dia melepaskan pelukan. Mata mereka bertembung tetapi pandangan mata Lara seolah-olah kosong...Â
"Isk... Isk... Isk..."
Zieta dan Khyra pandang memandang. Mereka lihat mata Lara sudah merah menyala!Â
Keadaan di taman KLCC pada petang itu sungguh nyaman sekali. Suara riang kanak-kanak bermain di selangi dengan bunyi deruan air pancut sayup-sayup kedengaran. Tetapi berselang-seli dengan suara esak tangis Lara juga...
"Ra... Sabar Ra..." Khyra menggosok-gosok belakang badan Lara.Â
"Aku pun terkejut Ra. Rasa macam tak percaya je Huz dah kahwin! Ada anak pulak tu!" Ujar Zieta pula.Â
"Takpelah Ra, sekurang-kurangnya ada hikmah hari ni kau jumpa ustad. Allah dah tunjukkan satu kebenaran buat kau. Kalau tak, tak tahulah sampai bila kau kena tipu dengan Huz..."Â
Esakan Lara makin kuat menyebabkan Zieta dan Khyra pandang-memandang.Â
"Kau sedih ke Ra? Ala, tak payah sedihlah... Kau kan ada Ash?"
"Aku bukan sedih! Aku menangis sebab aku geram! Aku marah! Tapi aku tak boleh buat apa-apa!! Korang faham tak perasaan dia macam mana?!"
Zieta dan Khyra cepat-cepat mengangguk.Â
"Kalau ikutkan hati aku, aku nak lumat-lumattttttkan dia! Aku marah tahu tak?! Dua tahun lebih dia tipu aku hidup-hidup?! Anak dia tu pun setahun lebih! Itu maknanya apa?! He started cheating his wife masa wife dia tengah pregnant?! Cilaka punya jantan! Dan aku... Tak pasal-pasal rupanya selama ni aku terjebak dengan suami orang?!"
Zieta dan Khyra hanya mendiamkan diri.Â
"Eeii...!! Kalau ikutkan hati aku yang tengah marah sekarang ni, sepatutnya aku goda je Ash habis-habisan hari tu! Lepas tu, aku nak cakap pada Huz, 'Sorry, I dah main dengan sorang pilot ni. Bye!' Biar dia rasa macam mana pedihnya aku rasa sekarang!"
"Ala, kalau kau nak sakitkan hati dia, kau cakap je lah macam tu. Bukannya dia tahu pun."
"Aku nak cakap dengan dia?? Hmmph! You know what...?" Lara tidak meneruskan kata-katanya. Dia terus mengeluarkan telefon bimbit daripada beg tangan dan mematikan suis telefon tersebut. Penutup bahagian belakang telefon dibuka dan kad sim TimeCel berwarna biru dikeluarkan.Â
"Erkhh!"Â
Tangan Lara mematahkan kad sim itu sehingga terpatah dua dan kemudian dia melontar jauh-jauh seakan melontar keluar semua perasaan marah dan kecewanya sekali gus!
Khyra dan Zieta hanya memerhatikan sahaja keletah Lara dengan wajah terpinga-pinga, tidak faham dengan tindakan tersebut.Â
"I don't wanna talk to that liar anymore! Dia dah tipu ibu jugak! Berani dia, kan?!! And now, he got the bloody cheek to propose me for marriage without even telling the truth?! He's a fucking liar! That fucker is a liar!"
Lara mengeluarkan rokok daripada beg tangannya lalu menyalakan api.Â
"Mulai hari ni, aku dah tak nak dengar suara dia lagi! Aku benci dia dan aku nak padam nama dia dalam hidup aku! Lelaki yang tipu bini ni tak boleh dipercayai!"
"Haa? Macam tu je?? Kau tak nak soal siasat dia dulu ke? Tak nak dengar penjelasan dari dia dulu? Tak nak confront dia?"
Mata Lara menyorot ke wajah Khyra.Â
"Kay, walau apa pun alasan Huzaimi, tetap tak mengubah hakikat yang dia tu suami orang! Walau apa pun dia explain, keadaan tak boleh diubah dan waktu takkan boleh diundur. Aku kena terima hakikat yang dia laki orang and I don't wanna be a homewrecker like Kesuma. Aku jijik dengan perempuan tu dan aku tak nak jadi macam dia!" Ujar Lara sambil menghisap rokok.Â
"Itu betul... Tapi, manalah tahu yang dia sebenarnya memang ada masalah dengan wife dia ke... Kita tak tahu cerita dari pihak dia."
"Nope, thanks! Aku tak nak tahu apa masalah dia dengan wife dia! Pokoknya sekarang, dia tipu aku hidup-hidup. Aku yang curang selama sebulan ni pun, hidup aku tak tenang, aku rasa bersalah sebab tu aku terus mintak putus. Dia boleh curang dengan bini dia dan tipu aku selama dua tahun lebih dan tak rasa bersalah apa-apa?! Wow! Aku tak boleh terima orang macam ni dalam hidup aku."
Khyra dan Zieta menganggukkan kepala tanda setuju. Betul juga, fikir mereka. Keadaan terdiam seketika bersama angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa...
"Korang, kejap lagi kita masuk KLCC boleh? Aku nak beli sim card baru." Suara Lara memecah sepi. Kedengaran nadanya sudah tenang sedikit. Zieta dan Khyra angguk kepala tanda mengiyakan.
"Kau ni Ra, asalkan tukar boyfriend je, nombor phone kau pun tukar sekali! Kadang-kadang confused aku nak dail nombor kau!" Usik Zieta. Serentak itu mereka bertiga tertawa.
"Kau tak penat ke nanti nak SMS setiap orang dalam phone book handphone kau tu?" Tanya Khyra pula.
"Ala, apa susah! SMS je lah dulu orang-orang yang ada dalam inbox tu. Itukan senarai orang yang kita selalu communicate." Lara senyum dan menjeling tetapi dia lihat kedua-dua rakannya sedang mentertawakannya...
*Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *
Sebaik sahaja Ashraf melabuhkan punggung di tempat duduk, dia menaip sesuatu pada telefon bimbitnya.
'Princess, I dah sampai London. Hari tu you tanya I pasal 'a lifetime question', kan? Sekarang I pulak nak tanya my 'lifetime question' pada you. Boleh? :)'
'Sent'.
Selepas menghantar SMS tersebut, Ashraf memalingkan pandangannya ke luar tingkap bas pengantara yang membawa krew-krew Singapore Airlines ke Copthorne Tara Hotel di Kensington, London. Cuaca di kota London pada hari itu kelihatan agak mendung dan sejuk. Di luar lapangan terbang sebentar tadi, asap keluar berkepul-kepul daripada mulutnya ketika dia bercakap dengan rakan-rakan kru.
Tiba-tiba, Ashraf terdengar bunyi notifikasi yang agak jarang dia dengar. Dia segera menjenguk telefon bimbitnya...
'Message not delivered'.
'Aik?' Kening berkerut.
Isyarat 'international roaming' yang tertera di skrin telefon lengkap empat baris.
'Jadi kenapa pulak not delivered?' Hati mula tertanya-tanya tetapi dia tidak ambil pusing. Mungkin Maxis sedang mengalami sedikit masalah dengan sistem perantauan mereka.
Telefon bimbit itu dimasukkan semula ke dalam poket kot biru gelap yang dipakainya itu...
"Mulai hari ni, aku dah tak nak dengar suara dia lagi! Aku benci dia dan aku nak padam nama dia dalam hidup aku! Lelaki yang tipu bini ni tak boleh dipercayai!"
Share this novel