Bab 29

Romance Completed 159812

Keadaan di Perpustakaan Tun Abdul Razak atau PTAR di Universiti Teknologi MARA itu sepi dan tenang seperti selalu. Di sebuah meja yang besar saiznya, kelihatan buku-buku rujukan bersepah di sana-sini hanya untuk kegunaan Lara seorang. Dia dilihat duduk sendirian bersama komputer ribanya, khusyuk menaip tetapi air wajahnya jelas tertekan.

'Sorry, Lara. Sebenarnya aku dah masuk group Pijah dan Nora. Doc cakap dia okay kalau tiga orang dalam satu kumpulan.' - Siti OM221

Hantaran SMS daripada Siti, rakan sekelasnya sewaktu Lara sedang makan tengahari tadi masih memeritkan hati.

'Laa??! Habis tu sekarang aku nak partner dengan siapa?' - Lara

'Cuba kau tanya budak-budak kelas kita yang lain kot-kot diorang boleh ambik kau.' - Siti OM221

'Masalahnya esok dah nak kena hantar assignment ni. Kalau kau bagi tahu awal-awal hari tu, bolehlah aku cari group lain. Ini dah last minute macam ni, mesti semua group dah ada input untuk topik masing-masing. Takkan aku nak join lepas tu goyang kaki je?!' - Lara

Siti tidak menjawab selepas SMS terakhir itu.

Itulah yang membuatkan Lara bengang dan stres! Sepatutnya dia berpasangan dengan Siti untuk tugasan tersebut termasuklah sesi pembentangan esok. Tiga hari yang lepas, mereka telah membahagi-bahagikan tugas tetapi apabila Lara menghubungi Siti untuk mencantumkan hasil kerja mereka hari ini, gadis itu tiba-tiba sahaja mengatakan yang dia telahpun masuk ke kumpulan lain tanpa pengetahuan Lara! Kalau turutkan hati, mahu saja Lara mengamuk.

Begitulah keadaannya semenjak Lara masuk ke program degree. Dia seolah-olah dipulaukan oleh rakan-rakan sekelasnya sejak dari awal semester lagi. Sudah puas dia cuba bercampur gaul tetapi dalam pada keramahan mereka semua, dia tetap disisihkan. Lara sudah malas hendak mengadap perangai manusia yang tidak ikhlas. Paling menyakitkan hati bila melihat lirikan-lirikan mata yang memandang setiap kali dia melangkah masuk ke kelas. Ada yang memandang dari hujung mata, ada yang memandang atas bawah, entah apa yang tidak kena. Kadang-kadang, ada juga di antara mereka yang berhenti bersembang bila menyedari kehadiran Lara. 'Ah, persetankanlah!' Hati Lara membengkak bila mengingatkan itu semua.

Lara tidak berkelip-kelip memandang skrin komputer. Dahinya berkerut. Dia harus segera menyiapkan semua bahagian yang sepatutnya dibuat oleh Siti dan selepas itu akan beralih pula untuk 'presentation slide'. Lara tekad untuk membuat semua tugasan dan pembentangan seorang diri dan dia juga tekad untuk skor mata pelajaran Fundamental of Business itu four flat! Kalau tidak boleh four flat, tiga perpuluhan sembilan sembilan. Victory is the best revenge!

Sedang khusyuk menaip, telefon bimbit Lara bergetar. Kelihatan tulisan 'Ibu' muncul di skrin lantas Lara segera menekan butang menjawab panggilan.

"Hello, bu..." Suaranya seakan berbisik kerana tidak mahu buat bising di dalam perpustakaan.

"Akak, akak takde kelas?" Kedengaran suara ibunya muram dan sayu.

"Dah habis dah pagi tadi, sekarang akak dekat library tengah buat kerja." Jawab Lara namun melalui nada suara ibunya itu Lara tahu, pasti ada sesuatu yang tidak kena.

"Akak, Dhafi hilang..."

"Hah? Hilang...??" Kening Lara berkerut. "Kenapa ibu cakap dia hilang?"

"Ibu jemput dia balik sekolah macam biasa tadi, tapi dia tak muncul-muncul. Tengok-tengok, cikgu kelas dia kata dia tak datang sekolah hari ni sedangkan ibu hantar dia pagi tadi sampai ke gate sekolah! Ini ibu baru je balik daripada rumah kawan-kawan dia. Diorang semua cakap tak tahu..."

Lara ketap bibir.

"Ibu dah bagi tahu ayah?"

"Dah..."

"Ayah cakap apa?"

"Hmm... Faham-faham je lah ayah tu, bukannya nak selesaikan masalah! Dia bisinglah dekat ibu, kata ibu ni tak pandai jaga anaklah, itulah, inilah..."

Lara mengeluh panjang tetapi dia tidak hairan, itu memang sedia maklum. Hati Lara jadi geram. Geram terhadap ayahnya dan geram dengan adiknya yang nombor dua itu!

"Habis tu bu, macam mana sekarang ni?"

"Ibu tak tahu...." Kedengaran suara Zuraidah menangis. Lara kian buntu!

"Ibu dah check dekat cyber cafe yang Dhafi selalu pergi dengan kawan-kawan dia tu?"

"Dah, tapi tak ada jugak. Ibu siap tanya budak yang jaga cyber cafe tu, dia cakap tak ada."

Lara ketap bibir.

"Erm... Takpe bu, akak rasa ibu tunggu je Dhafi balik malam ni... Harap-harap dia baliklah. Nak report polis pun kena tunggu dua puluh empat jam, kan?"

"Ye..." Jawab Zuraidah dalam tangisannya.

Lara rasa dia boleh agak puncanya. Dia ada dengar desas-desus mengenai pertelingkahan ibu dan ayahnya tempoh hari dan kemudian Dhafi masuk campur memenangkan ayahnya. Kenapalah keluarganya begini?? Kini kepala Lara terasa berat.

"Okay, bu... Takpe, kita tengok dulu malam ni macam mana. Ibu janganlah risau sangat, Dhafi baru setengah hari takde. Manalah tahu kot-kot malam ni dia balik. Apa-apa nanti ibu bagi tahu akak ye?" Suara Lara lembut memujuk ibunya.

"Huuu... Baiklah, kak... Huu..." Zuraidah terus menangis membuatkan hati Lara berasa sayu!

"Okay, bu... Dah, ibu janganlah nangis macam ni... Kita doa Dhafi balik malam ni ye? Akak nak letak telefon ni tau. Kalau ada apa-apa, ibu bagi tahu akak okay?"

"Okay, kak... Assalamualaikum..."

Sebaik sahaja talian itu diputuskan, Lara cepat-cepat bangun dan melangkah keluar daripada perpustakaan itu. Dalam hayunan kakinya, terasa dada semakin memberat, sesak dengan perasaan yang hiba. Ternyata hari ini satu hari yang agak sukar buatnya.

Lara terus mendail nombor Huzaimi sebaik sahaja tiba di kaki lima perpustakaan tersebut. Dia ingin mengadu dan melempiaskan perasaan yang kian menyempit ini kepada sang kekasih hati. Semenjak pulang daripada Taiping, Lara rasa dia semakin selesa untuk berkongsi masalahnya bersama Huzaimi.

Trut... Trut...

Trut... trut....

Talian tidak berjawab. Mungkin Huzaimi sedang sibuk atau seperti biasa, dalam mesyuarat.

Selang beberapa saat, talian itu terputus dengan sendirinya. Lara mengeluh kecil lalu duduk di bangku konkrit yang berdekatan dengan perpustakaan tersebut.

Dia termenung. Otaknya ligat memikirkan keberadaan adiknya. Di mana agaknya Dhafi berada sekarang? Adakah Dhafi ada menelefon ayah? Patutkah dia sendiri menelefon ayahnya untuk-

Lamunan Lara terhenti apabila terdengar telefonnya berdering dan nama Huzaimi muncul di skrin.

"Hello, sayang..." Lara segera menjawab.

"Ha, ada apa you tiba-tiba call I ni?"

"Sayang, I stres..." Dengan tidak semena-mena Lara terus menangis!

"Laa... Awat ni, dear?" Kedengaran suara Huzaimi berlatarbelakangkan suara-suara orang sedang bercakap, lelaki dan perempuan.

"You tahu tak, I kena ditch dengan kawan sekelas I pasal assignment, lepas tu baru kejap ni ibu beritahu Dhafi pulak hilang..."

"Laa... Ye ke... Habis tu yang you menangis ni pasal apa?"

Lara rasa perasaan yang sarat tadi seolah-olah tercekik di kerongkongnya!

"Sayang, kepala I rasa macam nak meletup dah sebab tension! Dengan sakit hati sebab kena ditched lagi, dengan banyak kerja lagi, tiba-tiba adik I pulak hilang! Sebab tu lah I menangis...!" Suara Lara kedengaran seperti tidak puas hati dan semakin bertambah sebal bila terdengar Huzaimi tertawa kecil. Tangisnya serta-merta terhenti.

"Ala, you ni overthinking-lah. Takde apa-apalah... You buat je kerja you, kejap-kejap lagi baliklah adik you tu..."

Muka Lara berkerut sambil dia ketap bibir.

"You ni macam mana ni, dear... Sikit-sikit nangis, sikit-sikit nangis... Manja sangat! You tak bolehlah macam ni. You kena kuat, okay...?" Sambung Huzaimi lagi.

"Hmm, okay sayang..."

"Dah lah... Tak ada apa pun. I know you can handle everything. I believe in you."

Lara paksa diri untuk senyum. "Okay..." Jawabnya pendek.

"Hmm, I nak sambung discussion ni. You take care, okay. Bye."

"Bye sayang..."

Lantas, talian diputuskan.

Lara mengeluh kecil. Dia tidak pasti apa yang sedang dia rasakan pada saat ini lalu dia kembali termenung...

Sebenarnya, apa yang Lara harapkan hanyalah sedikit 'comforting words' daripada Huzaimi tetapi sebaliknya dia dikatakan overthinking pula. Hati Lara sekali lagi jadi sebal.

Benarkah dia yang overthinking? Kerutan dahi Lara semakin jelas sambil tangannya menaip sesuatu...

'Ash...'

'Message sent'.

Lara mengeluh panjang sambil menutup mata, cuba menenangkan diri. Sekejapan sahaja, satu SMS masuk ke telefonnya.

'Princess?' - Ashraf SIA

'You tengah buat apa? Sorry kacau you... I tengah sedihlah :(' - Princess

Kurang daripada sepuluh saat selepas mesej itu dihantar, nama Ashraf muncul pada panggilan masuk telefonnya. Lara segera menjawab.

"Hi, Ash..."

"Kenapa you sedih?" Tanpa berlengah Ashraf terus bertanya.

Pertanyaan Ashraf itu entah mengapa meruntuhkan kekuatan hati Lara. Dia terus menangis dan wajah Ashraf di hujung talian segera berubah.

"Hey, baby..." Ujar Ashraf lembut. "What's wrong...?" Suaranya kedengaran tenang tetapi dalam hatinya kalaulah ada butang 'mayday' sudah lama dia tekan!

"Iskk... Iskk.. isk..." Lara tidak berkata apa hanya terus melempiaskan segala beban di dada.

"Syhhh.... Syhh syhh syhh... Easy, okay... Easy..." Itu sahaja yang mampu Ashraf ucap walaupun dia berharap dia boleh lakukan sesuatu yang lebih lagi untuk Lara. Dia membiarkan sahaja Lara menangis buat seketika.

"Siapa buat princess I...?? Tell me..."

Lara yang sedang menangis terus tertawa bila mendengar pujukan si Ashraf. Kata-kata lelaki itu membuatkan dia terasa dirinya seperti kanak-kanak kecil yang sedang menangis dan mengadu-domba kerana kalah bermain teng-teng atau 'zero point'.

Ashraf tidak tahu kenapa Lara ketawa lantas hanya tersenyum. "Feel better now?"

"Yeah... Thanks Ash." Tangan Lara mengesat airmata di pipi. Lapang sedikit hatinya.

Setelah ditanya buat kesekian kali, Lara mula menceritakan tentang hal dia dan Siti serta kehilangan Dhafi.

"Hmm... Kalau adik you dekat JB, bolehlah jugak I tolong carikan sebab I tahu selok-belok jalan dekat sini. Tapi kalau dekat KL, I takut karang you pulak kena cari I." Lantas mereka berdua ketawa.

"But do you need any other help?"

"Eh, takde apa-apalah... I rasa better tunggu dia balik je. Tengok sampai malam ni macam mana." Jawab Lara dengan senyuman yang nipis.

"Yeah, hopefully adik you pulang ke rumah cepat-cepat... Biasalah tu, teenagers... Jiwa tengah rebellious. But if you need anything, just tell me okay. I'm just two hours away."

Lara mengeluh dalam hati mengenangkan dua reaksi yang berbeza daripada Ashraf dan Huzaimi...

"Yeah, okay." Ujar Lara lemah.

"Dah, tak nak sedih-sedih. Kalau ada apa-apa perkembangan, share dengan I. You pergi siapkan kerja dulu. Jangan susah hati sangat."

Lara tersenyum lebar. "Okay, Ash... Thanks sangat-sangat."

"No worries. Even though we are three hundred and fifty KM apart but you still have me around, okay? Kalau I dah pergi kerja je susah sikit, sebab dah out of my reach."

Hati Lara tersentuh. Kalaulah Huzaimi bersikap seperti Ashraf... Tetapi bagi Lara, dia faham akan kesibukan Huzaimi dan pada fikiran Lara, komitmen kerja Huzaimi lebih besar jika hendak dibandingkan dengan Ashraf tanpa menyedari yang komitmen kerja Ashraf melibatkan keselamatan dan nyawa manusia beratus orang!

"Okay-lah, I tak nak kacau you buat kerja. You pergi sambung assignment you okay?"

"Okay." Lara senyum.

"Bye princess."

"Eh, Ash...! Baru I teringat... Sabtu ni you kerja tak?"

Ashraf serta-merta tersenyum. Dia dapat merasakan yang Lara ada perancangan.

"Hmm... Sabtu ni... Kalau ikutkan my flight roster, I will touch down in Changi at 2am. Flight from Zurich. Hopefully flight tak delay-lah. Kenapa you tanya?"

"Oh... My friend Zieta dengan boyfriend dia yang DJ tu, ajak I pergi Zouk Sabtu ni."

"I see..." Desis Ashraf. Dia memang tahu Lara suka ke kelab malam.

"Yeah... I ingatkan nak ajak you. Tapi kalau you penat takpelah, maybe next time."

Sebenarnya, si Zieta yang beriya sangat hendak berjumpa dengan Ashraf! Dia teruja katanya untuk mengenali lelaki yang berjaya merampas 'takhta' Huzaimi. Selain itu kata Zieta lagi, Korie boleh tolong 'cungkilkan' kalau-kalau si Ashraf itu seorang 'playboy'!

"Tak penatlah. I touch down pukul dua pagi Sabtu. Sempatlah I tidur dan rehat dulu sebelum bertolak ke KL petang tu." Kata Ashraf.

Kalau ikutkan, Ashraf tidak suka ke tempat yang berasak-asak begitu. Rimas! Kali terakhir dia diajak ke kelab malam adalah Irene, bekas teman wanitanya selama tiga bulan. Waktu itu Irene sungguh-sungguh merajuk kerana kehendaknya tidak dituruti. Tetapi apabila dengan Lara, Ashraf rasa inilah salah satu tanda bahawa hatinya betul-betul sudah ditakluk cinta. Dia sanggup menuruti ke mana sahaja kehendak Lara asalkan dia dapat bersama dengan si cinta hati. 'Demi cintaku padamu, ke mana pun kau kan kubawa...' Sempat lagi hati Ashraf membisikkan nyanyian lagu Fantasia Bulan Madu oleh Search. Memang semenjak dia dilamun cinta, hatinya selalu bernyanyi.

"Oh... Betul ni you sempat rehat??" Kata-kata Lara itu menghentikan lamunan Ashraf.
 
"Betul. After that I'll fetch you in UiTM and we'll go Zouk together. Amacam?"

"Sounds great! Tapi make sure you cukup rehat sebelum drive jauh-jauh tau."

Bibir Ashraf menguntum senyum mendengarkan kata-kata Lara yang berbaur 'caring'.

"Ala, I bukan nak menari sangat pun. I lepak-lepak sambil minum je nanti. You menarilah dengan kawan-kawan you." Kata Ashraf.

"Alaa... Habis tu you tak nak menari dengan I ke?" Pertanyaan Lara itu membuatkan Ashraf tertawa.

"I menarilah dengan you sekejap... Lepas tu I lepak je lah."

"You pandai menari?" Sekali lagi pertanyaan Lara itu mengundang tawa.

"Hmm... Bolehlah, takdelah ligat sangat. Bolehlah...!" Ujar Ashraf dalam sisa tawanya.

"Hehe! Okay-lah... Kalau macam tu kita jumpa Sabtu ni, ye Ash?"

"Yes, can't wait to see you. Sekarang you pergi buat assignment dulu, nanti lambat siap. We'll talk later." Ashraf senyum.

"Yups, okay. Bye Ash..."

"Bye princess."

Lantas mereka memutuskan talian...

Next chapters nanti bab kombo yea ;) Bab 30 insya Allah miss cuba publish hari Sabtu ni dan Bab 31 pulak hari Ahad... Harap terhibur! :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience