'Langkah ini, terasa terhenti-henti,
Depan kelabu, pedih memilu,
Masa bukan lagi temanku...'
Kedengaran lagu 'Istana Menanti' nyanyian Rahim Maarof berkumandang kuat di dalam bas ekspres pada malam itu.
Lara akhirnya pulang ke Kuala Lumpur menaiki bas ekspres. Sepanjang hari, dia hanya terlantar saja di dalam bilik hotel sehingga terlepas penerbangannya pada tengahari tadi. Lara membiarkan waktu berlalu, masih sukar untuk memproses peristiwa hitam semalam.
'Masih jua, aku mengharap cahaya...
Biar pun terus meredah belukar,
Pecahan kaca, menusuk tubuh berdarah...
Sakitnya tiada terkira...'
Sebaik saja terdengar bait lirik tersebut, Lara menggumpal pashmina yang menyelubungi bahunya lalu ditekap ke mulut dan hidung kuat-kuat.
"Hmmphh...!! Tsstt! Tsst! Hmmmphh...!!"
Esak tangis Lara umpama meraung dalam diam. Dia tidak mahu penumpang-penumpang lain yang sedang nyenyak tidur terdengar akan tangisannya. Mujurlah bunyi enjin bas juga turut sama menenggelamkan raungan sepinya. Mata dipejam sekuat yang boleh namun tidak menghalang airmata berjuraian dengan deras.
'Pecahan kaca menusuk tubuh berdarah... Sakitnya tiada terkira.'
Lirik ini sungguh mencengkam hati kerana begitulah yang Lara rasa sebaik sahaja talian perbualannya bersama Syed Al-Fahd diputuskan sekitar pukul 3.30 pagi tadi. Hatinya selama ini sudah biasa ditoreh tetapi torehan kali ini adalah yang paling sakit sehinggakan ia seolah-olah terasa pada legap tubuh badannya. Dunia ini seakan sudah tiba di penghujung dan hidup Lara kini umpama mimpi ngeri, tidak ada daya dan asanya untuk diteruskan lagi...
"Sayang... Apa yang you nak risaukan sangat ni...? I kan bakal husband you..."
Suara lembut Fahd terngiang-ngiang.
"You jangan risau... I akan jaga you sebaik mungkin, okay? I akan jadi suami yang baik untuk you, sayang."
Hatinya sakit tidak tertanggung!
"Stop it!! I benci you, Fahd!! I benci you!! Kenapa you buat I macam ni, hah?!! Kenapa?!! Huuu huuu...!" Raungan Lara pada waktu itu menggila namun Fahd memujuknya dengan tenang. Manakan tidak, pucuk yang dicita telah dapat diratah maka tersenyumlah lelaki itu hingga ke telinga.
"Lara... You cantik sangat, sayang..."
Nada suara Fahd kedengaran seperti orang yang sedang tersenyum, Lara rasa sungguh jijik sekali! Dia tidak sanggup membayangkan perbuatan Fahd ke atas dirinya sewaktu dia tidak sedarkan diri. Dadanya sungguh berat menggalas emosi, nafas terasa sesak dan bergelora. Lara menangis sehingga tubuhnya terasa lembik dan lemah tidak bermaya...
* * * * *
Ashraf mengunci pintu rumah di Taman Serene lalu menyeret bagasi untuk naik ke bilik tidurnya di tingkat atas.
Trrrrr...
Kedengaran bunyi roda bergeser dengan lantai marmar pada tengah malam itu namun tiba-tiba sahaja terhenti.
Pandangan mata Ashraf tertancap pada wajah Kapten Zamani yang sedang tegak berdiri tidak jauh di hadapannya. Renungan ayahnya tajam menikam tetapi di sebaliknya pula, wajah Ashraf tiada ekspresi. Mereka berpandangan buat seketika.
Sesaat.
Dua saat.
Tiga saat.
Empat saat.
Masuk saat yang kelima, Ashraf mula mengorak langkah.
"Do you have anything to say, Zildan?"
Suara Kapten Zamani menyebabkan langkah Ashraf terhenti lalu dia memandang ayahnya semula.
"I'm going to bring the case to ALPA-S." Ujar Ashraf.
Air Line Pilots Association of Singapore, atau ALPA-S.
Badan kesatuan juruterbang di Singapura yang berfungsi untuk menjaga dan melindungi kebajikan anggota-anggotanya.
Ekspresi wajah Kapten Zamani yang tegang sebentar tadi tiba-tiba mengendur apabila terdengar perkataan ALPA-S disebut. Dia telah menerima laporan tentang salah laku Ashraf di Oslo tetapi jika Ashraf hendak membawa perkara tersebut ke badan kesatuan juruterbang, pasti anaknya itu mahukan pembelaan dan perbicaraan yang adil buat dirinya. Dan pasti laporan tentang salah laku itu ada yang tidak benar.Â
"What exactly happened in Oslo if you don't mind to-"
"Not now, pa. I had a rough trip and day at work. Give me a break!"
Potong Ashraf dengan tegas sambil berlalu pergi.
Kapten Zamani hanya mengherotkan mulut dan melepaskan satu keluhan. Matanya memerhatikan sahaja sosok tubuh Ashraf hilang di sebalik dinding...
* * * * *
"Ra...?!" Zieta meninggikan suara daripada meja makan yang terletak betul-betul berhadapan dengan pintu bilik Lara di rumah sewa baru mereka, iaitu teres satu tingkat di Seksyen Dua, Shah Alam.
"Ra...! Dah empat hari kau terperuk dalam bilik! Meh lah sini, makan dengan aku!" Sambungnya lagi.
Diam. Lara sedikit pun tidak menyahut.
Sejak kepulangan rakannya itu daripada Terengganu, Zieta berasa aneh sekali. Dia tahu pasti Lara bergaduh besar dengan Fahd tetapi kali ini tidak seperti selalu, Lara hanya memerap sahaja di dalam bilik.
"Ra, janganlah macam ni... Kau makan apa sepanjang kau balik daripada KT? Aku tengok setiap hari makanan tak berusik pun dekat atas meja ni..."
Zieta buat suara sedih namun tiada sahutan daripada Lara.
"Meh lah teman aku makan... Kejap lagi aku nak balik rumah family aku tau... Kalau kau ada apa-apa nak share, meh lah sini share dengan aku... Tak baik pendam perasaan sorang-sorang!" Sambil memujuk, Zieta memakan nugget ayam yang baru sahaja digoreng sebentar tadi. Dicicahnya nugget tersebut pada sos cili di atas piring kecil lalu makan dengan penuh selera.
"Kenapa Ra? Selalunya kau akan share perangai-perangai lahanat Fahd tu dengan aku... Tapi kali nie, kenapa kau tak nak share? Aku risaulah-"
Pak!
Tiba-tiba sahaja pintu bilik Lara terbuka lantas mata Zieta buntang memandang sosok tubuh rakannya.
"Haa...! Keluar pun!" Tatkala wajah Zieta girang, namun sebaik sahaja terpandangkan wajah cengkung Lara, mata Zieta terbeliak.
"Oh my god, Ra... Look at you!"
Dia lihat Lara meluru ke arahnya dan memeluknya dengan erat. Pada sangkaan Zieta, Lara minta dipeluk kerana hendak menghamburkan tangisnya seperti selalu tetapi ternyata andaian itu meleset sama sekali. Lara hanya membisu dan lesu dalam pelukan.
"Ra... Kau okay tak ni?"
Zieta meleraikan pelukan dan wajah murung Lara ditenung.
"Nah, makan ni... Aku goreng nugget. Kau ni seminggu aku tak jumpa kau, dah macam tengkorak hidup dah aku tengok! Tu lah, tak makan lagi! Kena makan-"
"Tak nak, aku tak nak makan." Potong Lara sambil menggeleng.
"Hei, kau tak lapar ke?"
"Takpe, sekejap lagi aku nak keluar jumpa Ash. Aku makan dengan dia je lah."
"Oh, okay. Kau gaduh dengan Fahd ke atau gaduh dengan Ash ni?"
"Aku okay je dengan Ash... Dia datang KL ada hal, lepas tu ajak jumpa."
"Oh, okay... So, Fahdlah yang buat kau miserable sangat macam ni?"
Lara tidak menjawab pertanyaan itu malah mengeluh panjang. Wajahnya makin redup.Â
"Kau nak balik PJ kejap lagikan? Take care okay, I love you."
Lara memeluk Zieta sekali lagi dan terus melangkah masuk ke bilik tidurnya semula.
Zieta terpinga-pinga dan wajahnya berkerut. Walaupun diasak dengan perasaan ingin tahu tetapi Lara dia lihat sungguh tidak bermaya, maka dia tidak mahu memaksa. Dia ingin memberi ruang buat rakannya itu sebelum berkongsi cerita.
* * * * *
Tepat pukul 2.30 petang, kereta Mazda RX-8 Ashraf tiba di hadapan rumah sewa Lara. Ashraf segera menelefon Lara dan selang beberapa minit kemudian, bayang Lara pun muncul.
"Hi baby." Senyuman Ashraf nipis sahaja memerhatikan Lara yang melabuhkan punggung di tempat duduk di sebelah.Â
Mata mereka bertatapan dan waktu itu, Ashraf perasan akan kelainan pada Lara. Dia pasti ada sesuatu yang tidak kena namun belum sempat bertanya, gadis itu terus memeluknya.  Â
"Ash..."
"Yes princess... Oh I really miss you, so much...!" Bisik Ashraf sambil memeluk erat tubuh Lara. Dia membiarkan saja Lara memeluknya selama mana yang gadis itu mahu tetapi... Agak lama juga.Â
"Are you okay?" Tanya Ashraf.Â
Dia terasa gerakan kepala Lara tetapi tidak pasti sama ada gadis itu mengangguk ataupun menggeleng.Â
Diam.
"Baby, I'm so sorry for being a stone cold asshole towards you since we were back from Genting... But I did that not because I hate you, but because I love you, hun. I wanna be yours." Sambung Ashraf apabila kesunyian mula mencengkam. Namun Lara masih memeluknya tidak lepas-lepas! Ashraf berasa sedikit hairan...
Dulang makanan Ashraf letakkan di atas meja. Keadaan restoran McDonald's Seksyen 3 riuh seperti selalu apatah lagi di tingkas atas. Suara anak-anak kecil yang bermain gelongsor di satu sudut menggamatkan lagi suasana di situ.Â
Lara meminta Ashraf membawanya makan 'McFlurry Special Request by Ashraf Zildan' pada petang itu dan Ashraf hanya akur sahaja dengan permintaan Lara.Â
"You makan aiskrim je ke?" Tanya Ashraf sambil mengunyah kentang goreng. Di hadapannya terdapat burger BigMac berbalut kemas belum dibuka.Â
"You tak lapar ke?" Tanya Ashraf lagi sambil menyuap sebatang kentang goreng ke mulut Lara. Lara memakannya sambil menggeleng.
Saat itu, hati Ashraf makin tidak enak. Melihatkan keadaan diri Lara seperti ini, pasti ada sesuatu yang tidak kena.Â
"The fact that you are hiding the truth sounds absolutely scary to me! I really hate that! Please-lah Ashraf! Jangan sembunyikan apa-apa daripada I, boleh tak...? I nak tahu setiap apa yang terjadi antara kita!"Â
Kata-kata Lara sewaktu di Lapangan Terbang Senai Johor Bahru beberapa bulan lepas tiba-tiba terngiang di telinga Ashraf. Dia ingin memberitahu Lara sesuatu tetapi... Wajah redup yang sedang menyuap aiskrim itu ditenung lagi.
Ashraf yakin ada sesuatu yang tidak kena.
Lara seakan dalam keadaan yang tertekan dan memendam sesuatu. Saat ini, gerak hati Ashraf kuat mengatakan ia mengenai teman lelaki CEO Lara. Apa agaknya yang terjadi antara mereka berdua?Â
"I need to say something to you. But before that, do you have anything to share with me? I know you're not okay, princess." Ujar Ashraf. Â
Lara berhenti menyuap.
Ashraf lihat mata Lara seperti berkaca namun gadis itu menelan liur sedalam-dalamnya. Ashraf mula memasang telinga.
"Ash... Erm... Kalau I takde, you sedih tak?"Â
Ashraf rasa tertampar dengan soalan tersebut!
Dia sudah mengagak! Pasti kesugulan Lara itu ada kena mengena dengan lelaki CEO itu dan sekarang apa pula?! Lara hendak meninggalkan dirinya untuk bersama lelaki itu?! Jadi dialah yang akhirnya menjadi korban dalan kemelut cinta tiga segi mereka?!Â
Ashraf mengetap rahang dengan kuat. Putus selera hendak makan! Matanya tajam menatap wajah Lara yang sedang menunggu jawapan. Burger BigMac yang baru dijamah ditolak perlahan ke tepi.
"Yeah, sedih. Mestilah sedih! You tahu macam mana I cintakan you, kan? But then... Life must go on right? Hmmph!" Ashraf tersenyum sinis. Dadanya seolah-olah ditusuk pisau, sakit sekali! Namun dia hanya berlagak selamba, tidak mahu memperlihatkan kelemahannya sebagai lelaki.
Inilah gadis yang telah mempermainkan cinta dan perasaannya dengan sungguh dahsyat sekali. Ashraf memalingkan pandangan, tidak sanggup menatap wajah dan renungan mata Lara lagi. ARGH! Apalah nasib hingga jadi begini, ratap Ashraf dalam hati.
"So maknanya kalau I takde... You tak kisahlah?"Â
"Habis tu kalau you dah tak nak, I nak buat mcm mana?! Bukan I yang tinggalkan you! So I'll just carry on with my life ajelah...!"
Nada suara Ashraf tegas dengan panahan mata membara.Â
Lara hanya menundukkan kepala, tidak berani hendak memandang. Dadanya sungguh berat seperti ditindih batu namun keadaan itu sebenarnya sudah sebati dengan dirinya sejak beberapa hari yang lalu. Airmata pun sudah tidak mengalir walaupun dia terasa seakan ingin meraung. Entahlah, mungkin naluri dan perasaannya sudah mati.
Lara membuka aplikasi nota dalam telefon bimbit. Ada sesuatu yang dia ingin luahkan sendirian. Lantas dia menaip sesuatu...
'What is the saddest part about the death of a star? Not particularly because it's no longer burning and shiny. But because its emptiness becomes heavier. And collapse.
And turns into a black hole...' -LR
Ya, lohong hitam. Begitulah yang dia rasakan di kebelakangan ini. Depresi. Kadangkala Lara terasa seperti terperangkap dalam lohong hitam ini. Tiada jalan keluar lagi...
Lara tekan butang 'Save' lalu keluar daripada aplikasi tersebut dan meletakkan telefon ke tepi. Dia memandang lelaki yang dicintainya itu membatukan diri.
Ashraf menyilangkan tangan di atas meja. Fikiran yang sudah sedia kusut semenjak pulang daripada Oslo semakin bertambah kusut dengan pertanyaan-pertanyaan Lara!
Kini Ashraf mempersiapkan diri menunggu masa untuk Lara mengucapkan kata putus. Entahlah tetapi gerak hatinya meneka bahawa gadis itu sudah hendak bertunang atau berkahwin dengan lelaki CEO itu. Jika benar, baiklah. Ashraf akui yang dia sudah kalah dalam perebutan ini.
"Kenapa senyap?! Cakaplah lagi! Apa lagi yang you nak cakap?! I dah ready!" Desak Ashraf namun dia lihat Lara hanya menunduk dan menggeleng perlahan...
Setengah jam kemudian, bayang kereta Ashraf muncul semula di hadapan rumah sewa Lara.Â
Tidak ada hari yang lebih memberatkan daripada hari ini buat Ashraf. Nalurinya kuat mengatakan yang Lara hendak memutuskan hubungan namun semenjak daripada tadi, gadis itu hanya diam membisu.Â
"Bila sayang balik JB?"Â
Urgh! Dia tidak mahu balik ke JB selagi Lara tidak mahu menjadi miliknya! Itulah perasaan Ashraf sekarang.
"Esok kot." Balas Ashraf dingin. Selamba.Â
Mata mereka bertatapan seketika.Â
"Janganlah balik hari ni... Baliklah petang esok."Â
Ashraf tarik nafas panjang. Kalau turutkan hati, sekarang pun dia masih belum mahu pulang! Tetapi hatinya sudah remuk, tak sanggup untuk terus bertahan dalam situasi ini. Ashraf melarikan pandangan mata.Â
Tiba-tiba Lara sekali lagi memeluknya dengan erat tetapi kali ini Ashraf membalas pelukan itu dengan longlai. Dia lemas dan tewas hari ini dalam gelora cinta mereka selepas dua tahun mencipta memori bersama.
"Ash, I love you... You special sangat. I tak pernah cintakan lelaki lain macam mana I cintakan you..."Â
'ARGHHH!!!!' Ashraf hanya menjerit dalam hati! Stres dan kecewa!
Sebaik sahaja lampu trafik bertukar warna merah di hadapan bangunan PKNS Shah Alam, Ashraf memberhentikan kereta seraya mengeluarkan telefon bimbitnya.Â
'I know you have something building up in your chest but you refuse to say it out loud. Why princess?"Â
Dia menghantar SMS tersebut dan termenung sebentar sementara menunggu lampu hijau trafik.
Ah, tak puas hati! Lalu dia membuka lembaran baru dan menaip lagi...Â
'Kalau you nak putus dengan I, you cakap je lah! Kenapa buat I tertanya-tanya macam ni?!'Â
'Message sent'.Â
Huh. Lega sedikit dapat meluahkan apa yang terpendam. Tak sabar dia hendak membaca balasan daripada Lara namun hanya sepi sahaja dia menunggu.Â
'Princess?!'Â
Ketika itu juga, lampu trafik berubah warna. Ashraf segera meletakkan telefon bimbit di tempat duduk sebelah dan waktu itu, dia terlihat dompet Lara tertinggal di situ.
Entah bagaimana Ashraf rasa senang hati untuk berpatah balik. Dia sebenarnya masih ingin bersama Lara tetapi tekanan keadaan antara mereka sebentar tadi terlalu menghimpit dan kini mungkin peluang kedua untuk mereka bersemuka dan bercerita dari hati ke hati.Â
Ashraf segera membelok ke simpang sebelah kiri untuk kembali ke Seksyen Dua sambil mendail nombor Lara untuk memberitahu tentang dompet yang tertinggal...
Ashraf memberhentikan kereta di hadapan rumah teres itu. Dia masih mendail nombor Lara tetapi tidak berangkat. Lalu dia memutuskan talian, mengambil dompet dan segera keluar daripada kereta.Â
"Assalamualaikum...!" Ashraf memberi salam di pintu pagar. Rasa lega sedikit kerana pintu rumah Lara terkuak, tidak berkunci.Â
"Lara...?! Assalamualaikum...!"Â
Diam.Â
Lantas Ashraf menyelak kunci pintu pagar dan masuk ke halaman rumah.
"Lara...?!"Â Teriak Ashraf lagi namun masih juga tiada sahutan.
Dengan perlahan-lahan Ashraf menguak pintu seluas-luasnya dan melangkah masuk ke dalam rumah. Dia hairan, tidak ada sesiapakah di dalam rumah ini? Jika tidak, mengapa pintu tidak berkunci? Ashraf penasaran tetapi saat itu juga, matanya menangkap bayang kaki yang terlantar di atas lantai di sebalik kerusi dan meja makan. Kening Ashraf mencerun tajam!
"LARA?!"Â
Nota: Memang senang menyuruh orang bersabar tapi bila kita yang perlu bersabar, bolehkah kita sabar? ;)
Share this novel