Bab 89

Romance Completed 159812

'Bisik ku pada bulan
Kembalikan temanku

Kekasihku, syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang biar malam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku...'

- Sepi The Movie (2008)

Tekak Lara seperti hendak termuntah dan kepalanya pening sedikit. Dia cepat-cepat mengeluarkan beg mabuk udara lalu diletakkan di atas riba. Dahi dipicit perlahan.

"Hi, miss... Are you okay? Do you want me to get you something?" Tegur seorang pramugara sambil menundukkan sedikit badan ke arah Lara.

Melihatkan keperihatinan dan sopan-santun pramugara Malaysia Airlines yang memakai tanda nama 'Aidil' itu, hilang terus rasa sakit kepala Lara!

"Oh, no... Takpe, it's okay, I'm fine." Ujar Lara tersenyum lebar.

"Do you want panadol?"

Mata mereka bertembung.

"Actually... Yes." Lantas mereka tertawa bersama.

"Okay, I'll get that for you. Tunggu sekejap ye."

Aidil berlalu pergi meninggalkan Lara di tempat duduk kabin ekonomi tersebut.

Lara masih tersenyum. Pertama kali dia menaiki penerbangan jarak jauh bersama Malaysia Airlines ke Los Angeles, Lara rasa lebih selesa. Bukan kerana hiasan dalaman kapal terbang itu atau apa, tetapi ternyata kru-kru Malaysia Airlines lebih ramah dan santai daripada Singapore Airlines!

Ya, akhirnya hari ini dia membawa diri ke bandaraya Los Angeles, mengikuti penerbangan Khyra. Memandangkan destinasi ini yang muncul terlebih dahulu dalam jadual kerja Khyra, maka Lara hanya mengikut sahaja. Lagipun seronok juga. Laluan ke Los Angeles ini akan singgah di Taipei Kaohsiung International Airport. Dapatlah Lara membeli air susu berperisa betik kesukaannya. Sebelum ini Khyra yang selalu belikan untuk dia dan Zieta setiap kali penerbangan ke Taipei.

"Here for you, miss." Suara Aidil mematikan lamunan Lara. Dia tiba dengan membawa dua biji panadol dan segelas air suam. Setelah Lara mengucapkan terima kasih, lelaki itu kembali meneruskan kerjanya.

Sedang Lara makan ubat, kedengaran suara juruterbang di corong interkom membuat pengumuman.

"Selamat petang tuan-tuan dan puan-puan. Selamat datang ke penerbangan MH94 untuk destinasi Kuala Lumpur - Los Angeles. Saya, Kapten Vikash Adityavardhan bersama Pembantu Juruterbang Fariz Amin ingin mengucapkan terima kasih kerana telah memilih Malaysia Airlines sebagai penerbangan pilihan."

'Wah, fasih sungguh kapten ni. Kalau tak sebut nama mesti aku ingat pemuda Melayu.' Bisik hati Lara. Pengumuman itu terus bergema dan menjentik memori Lara bersama Ashraf. Dia teringatkan Ashraf yang membuat pengumuman sebegitu dan kali pertama Lara mendengarnya, suara Ashraf seolah-olah sedang tahan ketawa di dalam kokpit. Lara tersenyum nipis mengenangkan betapa indah dan berharganya memori itu.

Lantas, kamera digital Ashraf dikeluarkan daripada beg tangan. Satu per satu gambar mereka di Amsterdam dahulu dibelek dan apabila tiba pada gambar Ashraf, wajah lelaki itu Lara tatap sepuas hati.

Matanya, hidungnya, rambutnya... Lara tersenyum lagi meneliti wajah yang dicintai.

'How could this happens to us, sayang? I ingatkan kita akan selalu bersama...' Bisik hatinya.

Lalu kamera itu disimpan kembali dan Lara cuba melelapkan mata. Badan terasa semakin panas. Dia berharap demam ini tidak akan melarat...

* * * * *

Ketika Lara dan kru-kru Malaysia Airlines tiba di Hotel Westin Los Angeles, waktu tempatan sudah menunjukkan hampir ke pukul 6 petang.

"Ra, kau okay tak?" Tanya Khyra sambil mereka dan beberapa orang kru kabin melangkah masuk ke dalam lif.

"Okay... Aku rasa kalau dapat tidur elok-elok malam ni mesti okay."

"You ada ubat tak?" Tanya Niza, salah seorang kru dalam kumpulan itu lalu Lara mengangguk.

"Tadi you dah makan panadol lagikan, sebelum touchdown..." Sampuk Aidil. Dia yang 'menjaga' Lara di sepanjang penerbangan apabila mengetahui yang Lara tidak sihat. Sekali lagi Lara tersenyum dan mengangguk serta menjawab 'ya'.

"You rehat betul-betul malam ni, esok mesti demam you kebah... Takpe, kalau ada apa-apa you bagi tahu Khyra. Kita semua ada..."

Hati Lara terus tersentuh. Jelas sekali sikap perihatin itu bukan semata-mata kerana kerja tetapi sememangnya nilai diri yang ada pada setiap kru dalam kumpulan itu. Lara senyum lantas mengangguk.

Ting!

Akhirnya pintu lif terbuka dan mereka semua berpecah menuju ke arah bilik masing-masing...

* * * * *

Pagi itu, sewaktu Lara membuka mata bunyi pertama sekali yang dia dengar adalah bunyi air pancuran daripada bilik mandi. Tetapi apa yang membuatkan dia terjaga adalah kerana bunyi SMS yang menerpa.

'Pukul berapa you sampai LAX? Nanti hantar MMS, gambar you dengan Khyra.' - Fahd YM

Lara mengerlingkan mata ke atas. Curigalah tu!

Dia mencampak telefon ke tepi lalu melihat jam digital yang terletak di atas meja kecil di sebelah katil. Jam di telefon Nokianya tidak boleh pakai kerana masih menunjukkan waktu Malaysia.

09:37 AM

Kalau ikutkan waktu dia bersama Ashraf dahulu, waktu ini mereka sedang makan sarapan bersama. Tetapi hari ini seleranya langsung patah, bukan kerana demam tetapi sedih mengenangkan memorinya bersama Ashraf.

Ah... Segalanya asing di Hotel Westin ini. Alangkah indahnya sewaktu di Hotel Biltmore bersama lelaki yang dia cinta.

Selimut ditarik sehingga menutupi muka dan Lara menangis dalam diam.

"Ra...! Kau nak pergi mana hari ni?"

Kedengaran suara Khyra melangkah keluar daripada bilik mandi mematikan lamunan Lara. Cepat-cepat Lara menyeka air mata dan menyelak selimut. Dia memandang ke arah sosok tubuh Khyra yang sudah berbalut dengan jubah mandi.

"Erm... Aku rasa macam nak pergi ke Santa Monica Pier. Tapi kita lalu dekat Hollywood Walk of Fame boleh?"

Jawapan itu membuatkan Khyra tersenyum.

"Aku ingat lagi... Korang pergi Santa Monica Pier lepas kita berdua jumpa dekat Starbucks tepi jalan ni kan?" Ujar Khyra lalu duduk di birai katil.

Bibir Lara melorekkan senyuman seraya mengangguk perlahan. Memori itu bagai terulang semula.

Hmm, rasa-rasanya... Dia masih ingat jalan ke Hotel Biltmore daripada kafe Starbucks. Lara tersenyum sendirian mengenangkan semua kenangan manis pada waktu itu.

"Kau tahu tak Kay... Masa dekat Biltmore kan, Ashraf pernah pakai tuala je, lepas tu suruh aku tengok badan dia."

"What?! Buat apa?!" Serentak itu mereka berdua ketawa.

"Dia suruh aku cari bekas lebam sebab aku cubit dia."

"Hah?! Sampai lebam kau cubit dia?! Kau ni pun, ganas sangat atas katil!"

"Hish! Bukan atas katillah, bodoh!" Sekali lagi tawa mereka pecah berderai.

"Eh, kau dah make love dengan Ashrafkan?"

"Hei, taklah!!"

"Serius?!"

"Ye lah!"

Wajah Khyra yang ternganga menggeletek hati Lara.

"Aku ingatkan salah satu sebab kau tak boleh lupakan Ash sebab 'tu'..."

"Hei, taklah! Kau ni ke situ pulak perginya." Lara berkata dengan senyuman di wajah. "Aku tak boleh lupakan Ash sebab dia loving sangat... Dan dia baik sangat, Kay."

Mata mereka bertembung.

"Okay, kau kata Ash baik, kan...? Sepanjang kau kenal dia, bila yang kau rasa dia paling baik, lain daripada lelaki lain?"

Lara tersenyum lagi sambil termenung. Fikirannya berputar laju...

"Hmm... Kalau ikutkan, terlampau banyak layanan baik dia terhadap aku... Tapi kalau sampai tahap yang membuatkan dia lain daripada lelaki lain tu..." Kata-kata Lara terhenti di situ dan kotak memorinya seolah-olah diselongkar.

"Masa dia confess yang dia cintakan aku, dalam kereta, on the way to Shah Alam. Tapi... Waktu tu aku dengan Huzaimi, jadi aku terus-terang dengan dia yang aku sebenarnya dah ada boyfriend..." Lara terdiam sebentar. Dadanya tiba-tiba sebak mengenangkan memori itu.

"Bila Ash dengar perkataan 'boyfriend', dia pandang sekilas ke muka aku dan cakap 'What?!'. Lepas tu muka dia jadi merah sangat Kay, sampai ke telinga! Kalau kau tengok, macam naga nak hembus api!" Lara tertawa kecil mengingatkan kembali ke detik itu.

"Masa tu aku redha je kalau dia nak 'sembur' aku, tapi... Dia diam. Sepatah perkataan pun tak keluar sampailah kitorang tiba di Melati. Dan bila dia tarik hand brake, dia pandang aku, kau tahu apa perkataan pertama dia?"

Lara lihat Khyra menggeleng.

"Why, princess?"

"Harkh! Aww... Sweet-nya!" Sedang Khyra teruja, tangis Lara pula terhambur! Lantas Khyra segera memeluk Lara bagi meredakan kesedihan sahabatnya itu.

"Kay, dalam pada dia tengah marah tu dia masih boleh lagi panggil aku 'princess'... Masa tu aku menyesal sangat sebab aku tolak cinta Ash! Aku tahu dia lelaki yang baik sebab aku percaya, diri kita yang sebenar adalah ketika kita marah... Dan sekarang, kau tengoklah macam mana reaksi Fahd bila dia dalam situasi yang sama dengan Ash! Dia panggil aku babi, celaka, anak haram! Semua maki-hamun keluar daripada mulut dia, Kay... Huuu..."

Khyra mengusap kepala Lara sambil mengangguk setuju.

"Aku dah faham, Ra... Aku faham sekarang kenapa kau sayang sangat pada Ash..." Ujar Khyra perlahan...

Sewaktu mereka sudah bersiap-siap untuk keluar ke Santa Monica Pier, waktu telah menjangkau tengahari.

"Nasib baik cuaca tak sejuk sangat... Harap-harap demam kau tu tak melaratlah Ra. Kau bawak panadol tak? Nak makan lepas lunch nanti." Tanya Khyra sewaktu mereka sedang menunggu lif.

"Ada, dalam handbag aku." Sebaik sahaja Lara menjawab, kedengaran suara seorang lelaki menegur.

"Hello, ladies."

Kedua-dua gadis itu memandang sosok yang tinggi lampai.

"Hi capt! Pergi mana? Sorang je?" Bertalu-talu soalan Khyra kepada kaptennya. Kapten Vikash Adityavardhan.

"Ha'ah, sorang je. Nak jumpa kawan sekejap. Lunch sekali dekat restaurant downtown."

"Huiyo... Nak jumpa kawan mat saleh..." Gurau Khyra dan waktu itu juga pintu lif terbuka. Mereka melangkah masuk bersama-sama sambil tertawa.

"Bukan mat salehlah. Malaysian jugak, he works for another airlines."

Waktu ini barulah Lara perasan, inilah suara yang dia dengar sewaktu inflight announcement semalam.

"You all nak pergi mana? Nak join me and my friend for lunch tak? Handsome tau kawan I tu!" Pelawa Vikash.

"Ah, tak nak. Tak mainlah makan dekat downtown! Kitorang nak pergi Santa Monica Pier, nak makan dekat restoran tepi pantai lagi tau!"

"Amboi, action-nya dia!" Ujar Vikash sambil memandang Lara dan mencebik mulut pada Khyra. Gamat sebentar keadaan di dalam lif itu dengan gelak tawa mereka bertiga. Benarlah pendapat Lara, pemuda India ini sungguh fasih berbahasa Malaysia dan lenggok nadanya juga seperti orang Melayu!

"Okay, girls! Eh, be careful tau! If you have anything, boleh contact I. Take care, okay!" Vikash berkata kepada Khyra dan Lara sebaik sahaja pintu lif terbuka. Lantas mereka saling mengucapkan selamat tinggal dan berpecah di pintu masuk Hotel Westin...

* * * * *

Griffith Observatory
Sebelum matahari tenggelam

Lara menjejakkan kaki ke dalam bangunan yang gah itu. Matanya memerhatikan setiap sudut di pintu masuk utama balai cerap tersebut. Segalanya masih sama seperti kali terakhir dia datang bersama Ashraf.

Selepas seharian suntuk Lara dan Khyra menghabiskan masa di Santa Monica Pier, akhirnya mereka berpecah. Khyra terus balik ke bilik manakala Lara pula datang bersendirian ke sini, antara tempat kenangan termanisnya bersama Ashraf.

Agak sukar juga Khyra hendak melepaskan Lara pergi kerana Lara masih demam. Pada mulanya Khyra hendak ikut sekali tetapi Lara berkeras untuk pergi seorang diri. Dia ingin masa untuk bersendirian di Griffith Observatory ini.

Lara melangkah ke ruangan 'The Gunther Depths of Space' untuk mencari batu serpihan daripada planet Mars. Bayang Ashraf memimpin tangannya ke situ seakan-akan terbayang semula di pandangan mata.

Lara berdiri di hadapan batu serpihan Mars itu lalu menyentuh batu tersebut.

"We're on Mars. Kiss me."

Terngiang-ngiang suara itu di telinga. Lara tersenyum sendirian. Walaupun Ashraf tiada di situ tetapi kenangan dia dan Ashraf berpegangan tangan dan bergelak ketawa di sini seolah-olah hidup semula di kotak ingatannya...

"Tutup mata."

Kali ini suara Ashraf kembali terngiang ketika Lara berdiri di laluan 'The Cosmic Connection'. Langkah dihayun perlahan di sepanjang lorong itu sambil melihat papan-papan informasi yang tertera di dinding. Sekali lagi Lara tersenyum.

"I cintakan you daripada sini..... Sampai sini...... Sampai sini....."

Tidak sudah-sudah!

"Sampai mana ni, Ashraf?!"

Dan waktu itu mereka tertawa riang.

"Bukak mata."

"Hah? Sampai sini je you cintakan I?"

Pada pandangan mata Lara sekarang, dia seakan-akan nampak Ashraf segera memimpin tangannya dan menunjukkan papan informasi yang memaparkan kejadian atom pertama membentuk bumi.

"I cintakan you daripada permulaan alam semesta ni sampailah... Ke 'Present Day' ataupun hari ni. So, yeah... 13.7 billion tahun, I cintakan you sebanyak tu... And counting."

Lara tersenyum mengenangkan kata-kata Ashraf sambil dia menyusur perlahan lorong '13.7 billion tahun'.

"It's jiwang plus science, honey! I punya jiwang bukan sebarang jiwang, okay?!"

Sedetik terngiang suara itu di telinga, titis air mata jatuh mengalir ke pipi Lara...

Sewaktu melangkah keluar daripada balai cerap tersebut, matahari baru sahaja tenggelam. Angin malam menyapa ke muka dan kelihatan para pengunjung lain juga sedang berlegar-legar di sekitar situ.

Lara menuju ke satu sudut di anjung tinjau yang menghadap ke papan tanda Hollywood, tempat dia bercerita tentang kisah hidupnya kepada Ashraf. Di sinilah juga tempat di mana mereka berbicara dari hati ke hati dan Ashraf melimpahkan semua kasih sayangnya kepada Lara.

Lara menghembus nafas panjang. Rindu... Dan kerana rindulah, dia di sini.

Dia memandang ke kaki langit, cuba mencari Big Dipper tetapi sudah lupa cara untuk menjejaki kumpulan bintang tersebut. Mata terus menyorot ke setiap arah mencari tiga titik bintang yang selari namun hampa.

Kehilangan Big Dipper ini samalah seperti hilangnya Ashraf Zildan, entah ke mana dan entah di mana harus dia cari. Lalu hati Lara mula berbisik...

'Big Dipper...'

'Oh Big Dipper,
Where are you my dear?
I've been searching
For you
For months
For all this while...

But where
Exactly have you been?

Oh my Big Dipper,
Let my tears drop into your ladle
Seven stars for
Seven ladles for
Seven days for
My tears and
For my heartbreaks...

Big Dipper
Oh my Big Dipper
Where are you my dear...?'

Air liur ditelan menahan tangis.

'Oh my Big Dipper...'

Spontan sahaja Lara meluahkan bisikan hati itu.

Antara Big Dipper yang tidak dapat dijejaki di kaki langit dan Ashraf Zildan yang hilang berbulan, Lara umpama pengembara yang hilang arah, tersesat hingga ke kota metropolitan ini.

Jauh... Sungguh jauh perjalanan ini mencari Ashraf dan membawa diri, bisik Lara. Matanya menatap panorama bandar yang bercahaya daripada kaki bukit itu.

"If you want to know the reason why do I love you, I can pick thousand of them, but I choose to love you as you are. Seadanya. Kalau ada peluang tu nanti, I akan cintakan you bersama kelebihan dan kekurangan you, okay?"

Lara masih ingat ucapan Ashraf ketika di anjung ini lalu menyebabkan air matanya gugur, teresak-esak.

'Ashraf...' Bisik hatinya.

"Princess...?"

Kombo 1/2! ;D Bab 90 miss akan update malam nie yea :) Masih dalam editing process <3 Thanks for waiting!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience