Mata Lara berkerut dalam pejam.
Terasa cahaya matahari pagi menyuluh muka. Saat dia membuka mata, pancaran itu tepat menusuk pandangan.
Urgh! Langsir bilik hotelnya terenggang!
Lara bergolek di atas katil king size bagi mengelak daripada sinaran tersebut dan setelah itu barulah mata dibuka perlahan-lahan...
Sebuah senyuman terukir saat mengingatkan yang dia telah tiba di bumi asing, Los Angeles! Hatinya tak sabar-sabar untuk mengembara melihat negara yang digelar 'free country' itu. Lara segera bangkit terduduk di atas katil.
Keadaan biliknya sungguh sepi.
Dia menyorot ke arah daun pintu di dalam bilik yang terkuak separuh.
Di sebelah sana... Adalah bilik Ashraf.
Bilik Ashraf juga sunyi, adakah lelaki itu masih tidur?
Semalam, sebaik sahaja Lara dan kru-kru Singapore Airlines tiba di Biltmore Hotel tersebut, dia dan Ashraf terus membersihkan diri di bilik masing-masing dan masuk tidur. Terasa keletihan yang amat sangat selepas 16 jam penerbangan dan jetlagged akibat pertukaran zon masa.
Lara lantas bangun dan menuju ke pintu yang terkuak. Perlahan-lahan kepala dijengukkan ke katil Ashraf yang terletak sederet dengan pintu yang menghubungkan bilik mereka...
Gulp! Air liur ditelan keras.
Nun di atas katil sana, kelihatan Ashraf sedang tidur terlentang tanpa berbaju dan hanya dilitupi selimut separas pinggang. Jelas terbentuk otot-otot pada badan sasa itu daripada jauh.
'Mak oi... Ini siapa yang nak goda siapa ni?' Bisiknya dalam hati sambil terseringai. Ah, sebenarnya Lara sudah biasa. Dia sering sahaja melihat tubuh sasa seperti ini di kalangan rakan-rakan model lelaki apatah lagi bila berada di bilik persalinan sewaktu catwalk! Tetapi getaran hatinya pada pemilik tubuh di depan mata ini lain sedikit daripada lelaki lain.
"Ash..." Panggil Lara lembut daripada balik pintu. Hanya kepalanya saja yang terjenguk.
Senyap. Sedikit pun lelaki itu tak bergerak. 'Urgh! Tidur mati ke apa ni?!'
"Ash!" Suara Lara ditinggikan sedikit menyebabkan Ashraf menggaru kepala lalu memalingkan badan membelakangkan Lara.
Oleh kerana itu Lara terus menginjak masuk ke dalam bilik tersebut. Lantaklah! Dia bukannya hendak berbuat apa pun, cuma hendak menggerakkan Ashraf bangun saja.
Sewaktu berjalan menghampiri katil, Lara terpandang barang-barang kepunyaan Ashraf di atas meja hotel. Dompet lelaki itu, jam tangannya, beberapa keping kertas daripada pihak hotel sewaktu mendaftar masuk semalam, sepasang epaulet dan... Lencana sayap besi.
Lara tersenyum lantas mengambil lencana tersebut dan menelitinya...
'Wing badge!' Getus hatinya.
Kelihatan logo Singapore Airlines berwarna emas itu diapit oleh sepasang sayap juga berwarna emas. Terlihat sungguh gah. Adakah perasaan Ashraf juga begitu apabila memakainya? Satu senyuman manis terukir di bibir Lara...
"Ash..."
Lara melutut di tepi katil. Matanya memerhatikan tubuh sasa Ashraf yang sedang terbaring dalam keadaan mengiring dan selepas itu, Ashraf dilihat perlahan-lahan membuka mata dan pandangan mereka bertaut.
"Hey, honey..."
Bisik Ashraf dalam keadaan mamai. Dia menghulurkan tangan bersama senyuman di bibir. Lara yang terpinga-pinga hanya menyambut sahaja huluran tersebut dan pada saat itu juga, Ashraf mencium tangannya.
"Thanks for waking me up... Nice to see your face the first thing in the morning." Senyuman Ashraf makin melebar manakala Lara ketap bibir sambil tersenyum. Hendak marah kerana suka-suka hati saja si Ashraf mencium tangannya tetapi dalam pada masa yang sama hati berbunga-bunga melihatkan wajah mamai yang seksi itu di depan mata.
"Bangunlah...!" Ujar Lara.
"Bangun nak pergi mana?" Suara masih lagi serak-serak basah.
"What?! You janji nak bawak I pergi jalan-jalan, kan...?!" Lara menagih janji seperti budak kecil lalu membuat Ashraf tertawa.
Lara lihat Ashraf yang masih terbaring menekan-nekan pipinya dengan jari telunjuk.
"Apa??" Lara sengaja bertanya padahal dia sudah dapat mengagak.
"Kiss."
"No. I tak nak goda you!" Jawab Lara sambil berlalu ke arah biliknya. Kedengaran tawa Ashraf berdekah dari belakang...
Rendezvous Court Cafe
Biltmore Hotel
Hati Natasha panas. Selama ini Ashraf Zildan amat jarang sekali hendak makan beramai-ramai bersama kru tetapi pagi ini bukan setakat itu sahaja, lelaki itu juga seolah-olah sengaja duduk berdekatan dengan mejanya! Mengenali keletah Ashraf yang suka menyakitkan hati, Natasha yakin yang Ashraf sengaja hendak menayang girlfriend kepadanya.
Mata liar Natasha memandang tajam ke arah gadis yang sedang mengambil sarapan yang dihidangkan secara buffet. Blouse putih yang dipakai gadis itu mendedahkan sebahagian besar bahu yang berwarna keperangan. Tubuh itu kurus dan lampai, nampak seperti model.
Seksi? Hmm... Bolehlah! Tetapi apa kurangnya dia di luar waktu kerja.
Cantik? Ah, Natasha membiarkan pertanyaan itu tanpa berjawab... Nak cakap cantik pun jadi menyampah!
"Hun, you should try this." Ashraf yang baru sahaja mengambil makanannya terus duduk di hadapan Lara dan dengan semangatnya menyapukan Devonshire cream ke atas skon kranberi yang sangat dia gemari.
"Apa tu, sayang?"
Natasha yang duduk sebaris dengan Ashraf di meja sebelah mencebik dalam hati!
'Aku daripada sini pun boleh nampak scone-lah bodoh! Kau ni duduk dalam gua mana tak tahu scone?!' Bisiknya sendirian. Tetapi dia buat-buat bersembang dengan Debbie di hadapannya.
"This is my all time favourite in this hotel, cranberry scone with Devonshire cream. Krim dia sedap tau, cuba you rasa..." Ashraf segera memotong skon yang telah disapu krim lantas menyuap Lara.
"Hmm... Sedap!" Suara Lara ceria sambil dia mengangguk.
"Sedap, kan? I feel like asking them for the whole tub... Nak bawak masuk bilik." Ashraf tertawa kecil tetapi Lara terpinga-pinga tidak mengerti.
"Bawak masuk bilik??" Kening Lara mencerun tetapi Ashraf dia lihat tersengih-sengih memandangnya sambil mengenyit mata lantas berkata, "Yeah. Like how we always 'do' with the whipped cream. Tapi gantikan dengan yang ni-"
"Eww, TMI..." Getus Debbie yang duduk sederet dengan Lara. Mukanya seolah-olah meluat. TMI yang dia maksudkan adalah 'too much information'. Masakan tidak, hal-hal di dalam bilik hendak diperkatakan di meja makan!
"Opss, sorry guys..." Ashraf tertawa.
Lara juga buat-buat ketawa tetapi wajahnya sudah merah menyala, terasa seperti mahu menyorok saja di bawah meja! 'What the hell with whipped cream we do in the room?! Ashraf Zildaaann!!' Hatinya menjerit geram tetapi dia berasa hairan dengan kelancangan Ashraf di hadapan dua orang kru ini.
"Behave sayang, behave!" Kata Lara konon menokok tambah dan menjeling manja.
"Eh, I always behave when you are not around. Betul tak Debbie?" Pandangan tajam Ashraf menusuk ke mata Debbie. Dia tahu Debbie adalah salah seorang yang bertaruh untuk Natasha menidurinya.
"Oh... Yeah." Debbie paksa senyum dan menjawab acuh tak acuh.
Kini hati Lara kuat mengatakan yang mungkin 'peminat' Ashraf itu adalah salah seorang daripada mereka tetapi... Apa agaknya yang Ashraf maksudkan dengan perkataan 'kritikal' pada minggu lalu? Lara benar-benar penasaran.
Sambil makan Natasha memandang Lara sekilas lalu. Gadis itu bermata bulat seperti anak patung dengan hidung terpatuk runcing. Sekali pandang macam Aishwarya Rai pun ada tetapi dia benci. Benci melihat perempuan ini apatah lagi memikirkan tentang adengan asmara 'whipped cream' seperti yang dikatakan Ashraf tadi! 'Cilaka betul lelaki seorang ni!' Bisik Natasha dalam hati.
Hollywood Walk of Fame
Vine Street
Wajah Lara ceria sambil melihat satu demi satu bintang berwarna merah yang tertera di atas lantai terazo sepanjang jalan.
"Wah, sayang! Marilyn Monroe!"
"Wah, Michael Jackson!"
"Eh?! Kermit the Frog pun ada?!" Gelak.
Ashraf tersenyum lebar melihat keterujaan Lara. Air wajah gadis itu bersinar-sinar ceria sejak melangkah keluar daripada hotel tadi.
"Oh my God, this is my favourite star! Johnny Depp!"
Ashraf tertawa lagi. Baru saja melihat nama di atas lantai, bagaimana kalau tiba-tiba Johnny Depp muncul di depan mata sekarang? Mau pengsan agaknya!
"Sayang, who's your favourite artiste here?" Tanya Lara sambil berjalan dan membaca nama-nama yang tertera. Banyak juga nama-nama asing yang langsung dia tidak pernah dengar.
"Hmm... Jimmy Hendrix." Jawab Ashraf.
"Siapa tu?"
"A rockstar. Lepas dia mati, orang jumpa nota pasal satu poem atau lagu yang dia tengah karang... Dia tulis, “The story of life is quicker than the wink of an eye/The story of love is hello and goodbye, until we meet again.”
"Aww... Sedihnya!" Wajah Lara berkerut memandang Ashraf menyebabkan Ashraf tertawa.
"Yeah, but this is bizarre right? When to honour these people, you give them so called a 'star' on a side walk, so everyone can comeby and step on their names or spit on it."
Lara ketawa mendengar kata-kata Ashraf itu tetapi betul juga, fikirnya.
"That's why Muhammad Ali's not here."
"Muhammad Ali?? Boxer tu?"
"Yups. Dia punya star tampal dekat dinding bangunan Kodak Theatre. Kejap lagi kita sampai dekat situ." Ujar Ashraf.
"Oh. Bolehlah rupanya kalau tak nak letak dekat atas jalan ni?"
"Bolehlah kot. Muhammad Ali kata nama dia ada nama 'Muhammad', our Prophet. So dia tak mahu orang pijak nama tu."
"Awww...! Bagusnya!!" Kali ini air wajah Lara penuh terharu pula.
"Yeah. Jom kita tengok Muhammad Ali punya star." Lantas Ashraf menggenggam tangan Lara dan mereka mempercepatkan sedikit langkah.
Sedang mereka berjalan, kedengaran Ashraf tiba-tiba membisikkan sesuatu.
"I love you, sweetheart."
Lara tersenyum tetapi serentak itu juga, "Eh, kejap!" Dia berhenti melangkah serta melepaskan tangannya daripada genggaman Ashraf. Lara mengundur beberapa langkah dan memandang nama yang tertera di atas lantai.
"Kenapa?" Soal Ashraf.
"I nak tengok you cakap 'I love you' tadi dekat artis yang mana." Serentak itu, mereka berdua ketawa.
"Ha, siapa?" Tanya Ashraf yang berdiri empat langkah di depan Lara.
"Erm... Neil Diamond?? Entah, tak pernah dengar pun!" Bibir Lara mencebik lantas dia mendapatkan Ashraf semula.
"Hmm, Neil Diamond... Not bad." Ujar Ashraf. Mereka meneruskan langkah.
"Kenapa not bad pulak? Siapa Neil Diamond tu?"
"I pun tak tahu. Tapi sebab nama dia ada 'Diamond', so mungkin satu hari nanti I kena ucap 'I love you' dengan cincin diamond sekali untuk you." Ashraf tertawa tetapi sekejapan itu juga Lara mencubit lengannya.
"OUCH!! Hun, you kalau cubit I lebam tau..!" Wajah Ashraf ketat dan mencebik seolah-olah merajuk menyebabkan Lara tertawa. Comel pula dia lihat Ashraf berwajah ketat begitu. Kelihatan Lara cepat-cepat memeluk pinggang Ashraf dan berkata sesuatu seolah-olah memujuk...
Griffith Observatory
Mount Hollywood
"Darling, dalam banyak-banyak tempat dekat LA, sinilah tempat yang paling I nak bawak you." Kata Ashraf sebaik sahaja mereka tiba di perkarangan halaman Balai Cerap Griffith atau Griffith Observatory. Waktu itu hari sudah menginjak senja dan cahaya matahari sudah bertukar jingga. Ashraf dan Lara menikmati suasana dan pemandangan seluruh bandaraya LA di situ.
Bangunan tiga blok yang berbumbung 'dome' itu terletak di cerun gunung Hollywood. Kelihatan papan tanda HOLLYWOOD juga jelas terlihat daripada tempat mereka berdiri. Balai cerap yang dibuka pada tahun 1935 itu merupakan salah satu tarikan pelancong di Los Angeles kerana mempunyai tiga teleskop gergasi di setiap bumbung 'dome' tersebut.
Ashraf dan Lara menghabiskan seluruh waktu senja dengan melihat matahari terbenam di situ. Rupa-rupanya Ashraf suka melihat sunset! Dalam hati, Lara bercadang untuk melihat sunset lagi bersama Ashraf bila di Malaysia nanti.
Matahari makin tenggelam di ufuk barat. Lara dan Ashraf hanyut dalam perbualan dari hati ke hati. Mereka juga bercerita tentang keluarga masing-masing dengan lebih mendalam dan akhirnya, cerita tentang Lara diseret ke mahkamah, difitnah oleh ibu tirinya yang ketika itu sedang keguguran dan terbaru sekali, dihalau daripada banglo ayahnya juga turut terkeluar sama.
Saat mendengarkan itu, air wajah Ashraf berubah tegang menatap wajah Lara di sebelah. Dia sungguh tidak menyangka sesukar ini rupanya perjalanan hidup Lara. Mengapa tegar sekali hati seorang ayah melakukan semua ini? Dan bagaimana pula gadis ini mampu menghadapi semuanya dan dalam pada masa yang sama masih mampu menyembunyikan luka di sebalik senyuman yang paling menawan?
"So... You buat modeling ni sebab nak tolong ibu you?"
"Part of it, yes. Sejak I buat modeling secara serius selepas tamat diploma hari tu, duit belanja yang I dapat daripada ayah, I bagi my mom. Ayah memang catu wang belanja kami walaupun dah ada arahan daripada mahkamah. Dia tak peduli. Kalau ibu nak saman dia sebab langgar perintah mahkamah pun, dia boleh bayar."
Hati Ashraf terobek.
"Just now you said 'part of it'. What's the other part?" Tanya Ashraf lagi. Kali ini dia lihat Lara tersenyum.
"Erm... Another reason is... I nak buktikan pada diri sendiri yang I ni cantik." Sengih.
Air wajah Ashraf seolah-olah terperanjat.
"Baby...?! What are you talking about? You're beautiful! You nak cantik macam mana lagi...?" Ashraf kedengaran serius tetapi Lara hanya ketawa.
"Yeah... Ramai orang cakap macam tu tapi deep down in me, I selalu rasa rendah diri sebab masa kecik-kecik dulu I selalu kena ejek, orang kata I tak lawa."
"Siapa yang kata?"
"Keluarga my dad, my nenek and aunties... Dulu diorang selalu nyanyi lagu 'Sepuluh Budak Hitam' bila I ada. Lepas habis lagu tu, diorang ketawa... Masa tu I budak-budak, rasa sedih tapi tak reti nak melawan."
"Laa... Baby..." Ashraf memeluk Lara daripada belakang menghadap matahari tenggelam. Sekali lagi dia tidak menyangka gadis yang sering tampak berkeyakinan itu rupanya dilanda dilema! Aduh, kenapa satu demi satu cerita si cinta hatinya ini menyesakkan dada? Fikir Ashraf.
"Listen here, baby... This is a true story tau." Kata Ashraf sambil memperkemaskan pelukan lalu Lara mengangguk.
"Masa first time I tengok you dekat KLIA dulu, mata I melekat pada you macam magnet. You tahu tak apa yang membuatkan I attracted pada you?"
Kening Lara berkerut. "Apa dia?"
"The skin color of your shoulder, and your smile... You nampak cantik sangat hari tu, honey." Ujar Ashraf. Lara hanya terdiam dan mengetap bibir.
"Okay, let me tell you this. Sorry-lah kalau dengar macam gatal, tapi sebenarnya I memang suka tengok perempuan yang kulit sun-kissed. Entahlah, pada I, nampak seksi dan eksotik. And that is my fetish. I developed benda ni sejak I start surfing dulu. Bila tengok perempuan-perempuan yang kulit terbakar dekat pantai tu, nampak menarik sangat."
"Pantai?! Oh, satu lagi sebab diorang pakai bikini, kan?! Gatallah you ni, Ashraf! Eii!" Lara memukul-mukul lengan Ashraf menyebabkan Ashraf ketawa.
"Tak lah! You ingat semua dekat tepi pantai tu macam bikini model ke?!" Kata-kata Ashraf yang sedang ketawa itu menangkap di telinga Lara bagaikan halilintar.
"Ash... Erm...You bagi tak girlfriend you pakai bikini?"
"You ke?" Mereka lantas tertawa tetapi hati Lara terasa cuak mendengarnya.
"Tak kisahlah, asalkan girlfriend you."
"Kalau body dia cantik, pakai je lah."
"Eii, buaya betul you ni!" Sekali lagi mereka tertawa tetapi kali ini Lara berasa lega sedikit.
"I cakap betullah, kalau nampak cantik pakai je lah. I bukan buaya, okay?! My ex-girlfriend dulu ada je yang biasa-biasa... I bukannya memilih sangat pun, janji dia boleh ngam dengan I dan I rasa selesa dengan dia. Itu yang paling penting sekali tapi masalahnya, itulah yang susah nak cari."
Kata-kata itu menarik perhatian Lara.
"Oh? So you suka I sebab apa?" Lara tersenyum sinis memandang Ashraf di belakangnya.
"You tanya sebab apa?" Ashraf turut senyum. Dia melepaskan pelukan dan memusingkan badan Lara ke arahnya.
Mata Lara ditenung dalam-dalam.
"Princess... You know what? You-lah satu-satunya perempuan yang paling special. You cinta pandang pertama I, dan umpama cinta yang pertama jugak sebab... I tak pernah rasa perasaan macam ni sebelum ni. You're my love at the first sight and love for the first time."
Lara senyum tersipu-sipu sambil menjeling ke tepi. Pipinya terasa kebas!
"Memang betul, kali pertama tengok you, I jatuh cinta pada fizikal you. Tapi I tak letak harapan tinggi pun untuk kita ada chemistry. Waktu pertama kali telefon you, I dah bersedia untuk rasa turn off kalau kita ni tak serasi sebab... Susah sebenarnya nak cari perempuan yang boleh 'click' dengan I.. Tapi rupa-rupanya, seronok kita bersembang malam tu kan? Waktu tu I rasa macam dalam fairytale." Mereka lantas ketawa!
Lara mengambil tangan Ashraf dan menggenggam erat. Lalu Ashraf menarik Lara masuk ke dalam dakapan.
"Lara... I'm so proud of you. You bukan setakat cantik tapi you bijak, pandai dan... Kuat. I tak sangka, macam-macam konflik rupanya berlaku dalam hidup you. There's no word for what happened to you and no kid should have to endure what you went through, sweetheart..."
Kata-kata itu menyebabkan air mata Lara terus luruh! Dia memeluk tubuh Ashraf dengan lebih erat dan menangis teresak-esak. Terasa Ashraf mengelus lembut rambutnya.
"And I can't even begin to know how must you feel right now... No wonder you said you were 'tired' that day. You're so brave, baby. I wish I was half as brave as you..." Sambung Ashraf lagi. Dia terus menenangkan Lara yang sedang sarat dengan emosi.
"Lara..." Pelukan dilepaskan dan tangan Lara dipegang. Mata mereka bertaut dan Ashraf menyapu pipi yang basah dengan air mata.
"If you want to know the reason why do I love you, I can pick thousand of them, but I choose to love you just as you are. Seadanya. Kalau ada peluang tu nanti, I akan cintakan you bersama kelebihan dan kekurangan you, okay?" Ashraf mencium tangan Lara dan selepas itu, kelihatan gadis itu menangis semula dan memeluk tubuh Ashraf kembali. Mereka berdakapan lagi buat beberapa ketika sebelum Ashraf memujuk Lara dengan berkata sesuatu yang menyebabkan Lara tertawa! Waktu itu cahaya bulan sudah mula bersinar...
Oleh kerana Ashraf suka melihat matahari terbenam, mereka memutuskan untuk datang semula ke Griffith Observatory ini pada keesokan hari dan masuk ke dalam balai cerap selepas matahari tenggelam esok. Tambahan pula hari ini mereka sudah penat berjalan seharian ke sana-sini.
Ashraf mengajak Lara untuk makan malam di sebuah restoran Itali yang sering dia kunjungi bersama kaptennya setiap kali penerbangan mereka ke LAX.
Lantas mereka berdua jalan berpegangan tangan turun daripada pusat cerap tersebut dengan tawa dan gurau senda...
Sorry miss busy sikit kebelakangan ni tp miss buat pjg skit chapter nie :) Harap terhibur!
Share this novel