Bab 39

Romance Completed 159812

Malam itu, Ashraf mengenakan kasut hitam kerjanya yang berkilat. Penerbangan yang pertama setelah dua minggu bercuti. Kelihatan wajahnya masih lagi sunburn teruk dan warna kulitnya keperangan.

Setelah memakai kasut, Ashraf menarik beg bagasi masuk ke dalam kereta. Di telinganya terselit gajet Bluetooth yang sedang digunakan. Dia dan Danny sedang bersembang di telefon dan hari ini Ashraf memandu sendirian ke Changi Airport.

"Aku memang setuju sangat dengan budak-budak surfers tu, bro. Kalau kau betul-betul cintakan Lara, kau fight aje!" Kedengaran suara Danny di hujung talian. Ashraf menghenyakkan punggung ke tempat duduk pemandu lantas menghidupkan enjin kereta.

"Itulah... Kalau turutkan hati, memang aku nak fight."

"Hah! Habis tu, tunggu apa lagi? Fight je lah!"

"Cuma... Aku tak biasalah nak berebut-rebut perempuan ni, bro. Lagipun aku tengok dia sayang gila dekat boyfriend dia tu! Kalau tak, mesti dia dah tinggalkan CEO tu masa aku proposed dia.”

Kedengaran Danny tertawa. “Itulah silap kau. Memanglah dia takkan tinggalkan boyfriend dia on the dot! Kau tu yang give up awal sangat. Sepatutnya kau terus jalankan jarum kau, tinggal sikit jer lagi minah tu nak jatuh ke tangan kau! Kau je tak sedar!” Sambung Danny.

“Hah...? Kenapa pulak kau cakap macam tu?” Kening lebat Ashraf mencerun sambil dia mengemudi stereng kereta.

“Bro, you see. Macam mana ayat yang dia cakap dekat kau masa petang tu? Dia kata, tipulah kalau dia takde perasaan pada kau, kan? Hah, kau tengok! Sebenarnya dia dah jatuh hati dekat kau! Kau tu je yang melatah cepat sangat! Ego lu tu bro, buat lu terburu-buru, tau tak?”

“Bukan egolah, aku rasa tertipu je time tu! Dekat setahun– ”

“Listen, listen! Aku rasa dia bukan nak tipu kau. Dia cuma keliru je.” Potong Danny.

Ashraf seolah-olah terpaku. Jauh dalam hati, dia bersetuju dengan perkataan 'keliru' tersebut. Masih terbayang lagi bagaimana Lara tertunduk pilu dan kesal. Ashraf nampak dengan jelas kekeliruan pada wajah Lara tetapi waktu itu dia tidak dapat menafsir dengan jelas dek kerana rasa kecewa di hati. Ashraf tarik nafas panjang.

“Bro, kalau dia nak tipu kau, dia boleh je terima kau. Engkau dekat sini, dia dekat sana. Kalau selama ni kau tak dapat kesan yang dia tu girlfriend orang, dia boleh pasang dua, bro. Dan kau pun takkan dapat find out punya!” Kata-kata Danny itu terasa seperti halilintar menyambar ke telinga Ashraf. Mind-blowing!

“Erm... Betul jugak. So, maknanya... Aku kena start text dia baliklah, kan?” Tanya Ashraf. 

“Tak kisahlah kau nak text dia ke, nak call ke... Kalau kau betul-betul sayang, go on je! Peduli apa dengan girlfriend orang. Baru girlfriend, bukannya bini orang! Tunang pun belum, bro! Lawanlah!” Danny melontarkan suaranya yang berapi-api membuatkan Ashraf tertawa dan menggelengkan kepala. 

“Aku tak tahulah macam mana nak compete dengan CEO 'mangkuk' tu...”

“Alahai, apa kurangnya lu?! Lu pilot-lah, cilanat!”

“Aku ni pilot je, Dan! I fly CEOs to their destination like I’m their driver! Macam sial, kan?! Kalau ikutkan hati, flight malam ni aku nak filter je semua pax! Siapa CEO, aku offload! Pergi naik flight lain, aku menyampah!”

“Kah kah kah!!” Gelak Danny bergema di corong Bluetooth menyebabkan Ashraf juga ikut tertawa sama...

Changi Airport
Airlines Office

Sementara menunggu rakan-rakan juruterbang yang lain tiba untuk taklimat penerbangan malam itu, Ashraf mengeluarkan telefon bimbitnya.

'Hey Lara :) How have you been?'

'Boleh ke buat ayat macam ni eh?' Ashraf ketap bibir. Hatinya sudah teruja untuk memulakan perbualan walaupun tembok keegoannya bakal runtuh dalam sekelip mata.

Ketika dia hendak menekan butang 'Send', tiba-tiba sahaja tiga orang juruterbang sepasukannya tiba.

Ashraf tidak jadi menghantar SMS tersebut. Dia fikir biarlah dia menghantar SMS ketika dia betul-betul boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap Lara. Lagipun mereka sudah lama tidak bersembang. Lantas, Ashraf menekan butang 'Save' dan seperti biasa, mesej itu masuk ke dalam 'Outbox'. Taklimat penerbangan dimulakan pada saat itu juga...

Tepat pukul satu pagi, penerbangan SQ32 ke San Francisco yang dikendalikan oleh Ashraf dan Kapten Luth mula melakukan taxiing di landasan lapangan terbang Changi.

Ashraf ketap bibir. Semenjak enjin pesawat dihidupkan, ada sesuatu yang tidak enak mengganggu benak Ashraf.

"Capt... Bunyi enjin kita malam ni macam pelik sikit."

"What??" Kapten Luth segera memandang Ashraf. "Pelik macam mana??" Tanya lelaki itu sambil memasang telinga tetapi tidak lama kerana arahan daripada menara kawalan masuk ke dalam kokpit.

Ashraf menggumam. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak menerangkan bunyi tersebut kerana ia tidaklah begitu ketara. Tetapi dia yakin ada sedikit kelainan daripada biasa.

"Climb flight level 150, cleared direct to Rinba, cleared for takeoff runway 21, Singapore 32." Kapten Luth berkata kepada menara kawalan dan selepas itu, dia memasang telinga kembali terhadap bunyi enjin yang Ashraf katakan tadi.

"Takde... Takde dengar apa-apa yang pelik pun." Ujar Kapten Luth lagi.

"Okay. It's okay then, maybe it just me." Balas Ashraf pula. Mereka terus menumpukan perhatian terhadap perlepasan pesawat yang akan disempurnakan pada bila-bila masa sahaja...

“100 knot.” Kata Ashraf.

Pesawat gergasi itu bergerak semakin laju. 

“Checked.”

“V1…”

“Go.”

“Rotate.” Balas Ashraf dan serentak itu, kapal terbang tersebut terpisah daripada bumi dan naik ke udara tepat pada pukul 1.05 pagi...

Tiga puluh minit terasa berlalu dengan pantas apabila mengendalikan pesawat dalam keadaan cuaca yang mencabar. Ketika pesawat gergasi itu mencecah ketinggian 30,000 kaki, mata Ashraf menangkap sesuatu yang agak aneh di salah satu skrin panel kokpit yang dipanggil EICAS.

Keningnya berkerut. Gerak hati mengenai bunyi enjin sebelum mereka berlepas tadi kini semakin terbukti.

"Capt... Look at the oil quantity right here." Jari Ashraf menunjuk ke arah skrin EICAS tersebut. Parameter kuantiti unit minyak pada enjin ketiga yang terletak di sayap kanan, pada belah Ashraf sangat rendah berbanding dengan tiga enjin yang lain.

Dahi Kapten Luth berkerut saat matanya menangkap perkataan 'OIL QTY: 4 LO' di mana nombor empat itu menunjukkan jumlah unit minyak dan LO itu bermaksud 'Low'. Jumlah unit untuk tiga enjin yang lain adalah 22, 23, 23.

"Don't you think there's a leakage?" Soal Ashraf. Dahi Kapten Luth dia lihat makin berkerut.

"Not possible... The oil pressure and temperature are still within normal operating range..." Kata lelaki itu lantas membuatkan Ashraf tersenyum senget.

"Yeah... It says 'normal', but enough to keep us 'entertain' all night." Selamba sahaja Ashraf berkata dalam tawa kecilnya.

"Cuba you check dalam manual, anything about low engine oil quantity or imbalance oil parameters at EICAS... Or something like that."

Ashraf segera menoleh ke arah kaptennya. Mata mereka bertembung dan Ashraf menggeleng serta-merta.

"What??" Soal Kapten Luth.

"There's nothing as such, capt."

"But you haven't checked the manual yet." Pandangan mata Kapten Luth tajam menusuk ke dalam anak mata Ashraf.

"I've never seen and read about that before-"

"Ashraf, just check!" Nada lelaki yang berusia empat puluhan itu kedengaran tegas. Ashraf mengangkat bahu lantas menurut apa yang disuruh. Dia faham, bukan semua orang boleh percaya yang dia telah menghafal keseluruhan isi manual tersebut!

Selepas beberapa minit menyemak, Ashraf menggeleng sendirian.  "Memang tak ada, capt." Ujarnya lalu meletakkan manual tersebut ke tempat asal.

Kapten Luth mengarahkan Ashraf untuk menyelia perjalanan pesawat dan membuat pemerhatian lanjut sementara lelaki itu menghubungi 'Engineering Control Centre' atau ECC untuk bantuan.

Ashraf segera menurut dan waktu itu, otaknya sudah mula 'mengimbas' segala informasi manual pesawat yang dihafalnya itu untuk diguna pakai dalam situasi mereka. Lalu, dia mula membuat analisis dan sedikit pengiraan. Masing-masing kelihatan sibuk dengan tugas sendiri.

Panggilan yang dibuat oleh Kapten Luth menerusi satelit komunikasi SATCOM itu berakhir dengan rekomendasi daripada jurutera agar juruterbang memantau parameter minyak enjin sementara jurutera itu berbincang dengan 'Technical Service Centre'. Kapten Luth bersetuju dengan cadangan tersebut lantas memutuskan talian.

"Capt, after comparing totalizer for planned versus remaining, we actually have 650 KG more fuel than expected. Less likely for a leakage with this kind of consumption pattern."

Kapten Luth memerhatikan skrin yang ditunjuk oleh Ashraf. Dia menganggukkan kepala tanda bersetuju.

"Hmm... Sebab tu lah oil pressure and temperature are still within normal."

"Yes." Jawab Ashraf. Mereka berpandangan tetapi di fikiran masing-masing tertanya... Jadi, apa yang menyebabkan indikasi unit minyak itu menurun jika bukan kebocoran?

Tiba-tiba, kedua-dua juruterbang itu menerima mesej daripada Engineering Control Centre di skrin ACARS pada panel kokpit.

'TSC recommend for RTB. Contact ECC ASAP.'

Ashraf berpuas hati membaca perkataan RTB yang membawa maksud 'return to base' iaitu membawa pesawat tersebut pulang ke Changi Airport semula. Kapten Luth terus membuat panggilan ke Engineering Control Centre seperti yang diarahkan manakala Ashraf pula menyelia pesawat seperti tadi.

Kali ini, panggilan tersebut disertai oleh pasukan teknikal juga. Kapten Luth memberitahu tentang keputusan analisa yang dibuat Ashraf sebentar tadi dan daripada situ mereka semua merumuskan bahawa terdapat masalah dengan sistem EICAS tersebut. Maka, Kapten Luth bersama-sama kumpulan jurutera dan teknikal itu mencapai kata sepakat untuk meneruskan perjalanan. Wajah Ashraf segera berubah!

"What?? Obviously there's a faulty with the system and it could affect other parameters and reading as well. So why are we continuing the journey??" Tanya Ashraf dengan wajah yang ketat namun pertanyaannya itu dibalas dengan pelbagai rumusan situasi dan andaian daripada ketiga-tiga pihak.

Tiga lawan satu, sudah tentu keputusan berpihak kepada yang tiga. Ashraf menyengetkan bibir, sudah tidak tahu untuk berkata apa. Dia terpaksa akur sahaja dengan keputusan mereka semua. Lantas, Kapten Luth menamatkan panggilan tersebut. 

Namun begitu, tidak lama selepas panggilan ditamatkan, tiba-tiba sahaja Ashraf dan Kapten Luth terasa sedikit getaran pada panel dan lantai kokpit. Ashraf tersengih sinis. Dia serta-merta teringat kepada sebuah 'aviation quote' yang berbunyi:

'If a pilot screws up, the pilot dies. If the ATC (Air Traffic Controller) screws up, the pilot also dies.'

Tetapi bagi situasi mereka sekarang, Ashraf fikir bukan setakat itu sahaja tetapi, 'If engineers screw up, or technical team screw up, or that petrol guy or any assholes who mess with the aircraft screw up, the pilot eventually dies!' Ashraf merungut dalam hati.

"Hmmph! Such an interesting night." Kata Ashraf. Dia tidak pasti sama ada Kapten Luth mendengarnya atau tidak.

Waktu itu, mereka bersetuju untuk menukar setting kuasa enjin menjadi lebih tinggi bagi menghilangkan getaran dan kaedah tersebut walaupun bukan satu perkara yang digalakkan, tetapi trick itu menjadi. Getaran telah berkurangan lantas Kapten Luth menghubungi semula 'Engineering Control Centre' untuk melaporkan situasi terbaru itu.

Perbincangan berlangsung selama dua puluh minit. Mereka semua akhirnya sepakat untuk berpatah balik. Arahan daripada jurutera untuk tidak mematikan enjin nombor tiga yang bermasalah itu dipatuhi lantas Ashraf menekan satu butang untuk menetapkan ia di dalam mod 'idle'.

Ketika Ashraf menghubungi menara kawalan untuk meminta maklumat berpatah balik, Kapten Luth segera memanggil Ketua Kru Kabin masuk ke dalam kokpit.

"Please inform pax, we are returning to Singapore due to some technical issues." Ujar lelaki itu lantas gadis yang memakai tanda nama 'Chloe' itu mengangguk dan segera berlalu.

Sedang Ashraf dan Kapten Luth sibuk mengendalikan keadaan, mereka terdengar 'buzzer' pintu kokpit berbunyi dan apabila dibuka, Chloe memberitahu bahawa terdapat bau asap yang agak kuat di kabin kelas perniagaan. Ashraf dan Kapten Luth berpandangan sesama sendiri. Dalam fikiran Ashraf, dia sudah terbayangkan beberapa senario yang sedang berlaku di dalam enjin dan sayap di sebelah kanan. Kebocoran, pengewapan, pergeseran, kebakaran, dan segala macam kemungkinan boleh berlaku pada saat ini. Namun sedikit pun perkara-perkara itu tidak menakutkan Ashraf kerana dia tahu, dia pasti dapat mengawal keadaan dengan baik.

"Chloe, give them wet towel to breathe through it. We'll do something about the smoke." Pesan Ashraf dalam nada yang tenang. Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat sudah seperti telur di hujung tanduk?

Kelihatan gadis itu mengangguk dan terus menghala ke galley untuk mengambil tisu basah. Sambil itu, Chloe mempersiapkan diri untuk menghadapi karenah-karenah penumpang yang sudah mula panik di dalam kabin kelas perniagaan tersebut...

Satu jam selepas mereka berpatah balik, ketika mereka merentasi ruang udara Malaysia, komunikasi radio Ashraf dialihkan ke menara kawalan Subang Airport. Ashraf memberitahu kepada ATC bahawa pesawatnya ketika ini perlu terbang dalam ketinggian 17,000 kaki dan menara kawalan Subang segera memberi pengesahan untuk perkara tersebut.

'Subang.' Getus hati Ashraf.

Dia segera teringatkan Lara kerana setahu Ashraf, Subang terletak bersebelahan dengan Shah Alam. Dia sering terbaca papan tanda 'Subang Jaya' setiap kali sebelum tiba di Shah Alam. Ini bermakna, secara harafiah Ashraf sekarang sedang terbang di atas Lara dan pada ketinggian 17,000 kaki ini, pasti Lara boleh melihat pesawatnya di langit! Dalam pada situasi yang serba tidak kena itu, Ashraf tiba-tiba mengukir senyuman sendirian. Dia terasa betapa hebatnya penangan cinta, di saat genting seperti ini pun hati masih boleh berbunga-bunga. Ashraf tekad untuk menghantar SMS di dalam 'Outbox' tadi sebaik sahaja dia turun daripada pesawat nanti. Lagi 300 batu kedudukannya daripada Changi Airport sekarang.

Tit... Tit... Tit...

'FUEL DISAGREE'.

Skrin EICAS tadi tiba-tiba memberi notifikasi sewaktu Ashraf baru sahaja hendak menghubungi menara kawalan untuk membuat prosedur membuang minyak. Wajahnya dan wajah Kapten Luth berkerut.

'Apa pulak ni?' Getus hati Ashraf. Inilah yang dia maksudkan ketika pasukan jurutera dan teknikal bersama kaptennya tadi tidak mahu berpatah balik. Bermula daripada indikasi kuantiti minyak pesawat sehinggalah ke gegaran, bau terbakar dalam kabin penumpang dan kini dengan situasi terbaru yang belum dirungkai pula, permasalahan demi permasalahan terus datang menyusul. Bayangkan kalau pesawat mereka tidak berpatah balik?

"Fuel disagree checklist first, please. Lepas tu baru kita contact tower untuk fuel dumping."

"Okay, capt." Kata Ashraf lantas mereka berdua terus membuat senarai semak bersama-sama...

"Singaporean 32, do you require any assistance upon landing?" Kedengaran menara kawalan Changi sudah masuk ke dalam komunikasi radio mereka ketika prosedur membuang minyak sedang dijalankan. Ashraf dan kaptennya memandang sesama sendiri sambil kedua-duanya menggeleng kepala.

"Changi tower, negative. Other than we need to fly at the lower attitude of 17,000 there's no assistance needed. All other operations are normal, Singaporean 32, thank you." Ujar Ashraf...

Setelah mengharungi pelbagai cabaran dan situasi, akhirnya penerbangan SQ32 itu semakin menghampiri Changi Airport. Landasan sudah kelihatan di hadapan mata dan pesawat gergasi itu sudah bersedia untuk mendarat. Ashraf mengaktifkan gear pendaratan manakala Kapten Luth pula memerhatikan keadaan landasan itu selamat untuk digunakan.

"All clear." Kata Kapten Luth. Ashraf hanya mengangguk.

'One hundred.' Kedengaran sistem pesawat yang bersuara seperti robot itu mula memberi notifikasi ketinggian.

Fifty... Fourty... Thirty... Retard! Retard! Ten... Five...

Akhirnya pesawat Boeing 747 itu berjaya didaratkan oleh Ashraf pada pukul 7.10 pagi. Namun begitu, sekejapan kemudian Ashraf dan Kapten Luth terdengar bunyi dentuman yang kuat diikuti dengan debakan berkali-kali daripada enjin di luar.

"Singaporean 32, your right engine is on fire. Stop the aircraft immediately."

Arahan daripada menara kawalan itu sungguh mengejutkan Ashraf dan Kapten Luth kerana mereka tidak menerima sebarang amaran kebakaran daripada penggera api di dalam kokpit!

"Tower, do you see smoke or fire?" Tanya Ashraf.

"Yes, fire off the right wing."

"Okay, send out the trucks." Kata Ashraf dengan nada yang tenang.

"Sending them."

Mereka memperlahankan pesawat sehinggalah ia berhenti sepenuhnya. Daripada kejauhan terdapat beberapa buah kenderaan bomba sedang bergegas mengerumuni 'burung besi' yang sedang dikerumuni asap!

"Tower, is it bad? We did not receive fire warning at all in the cockpit..." Kata Kapten Luth.

"Erm... Pretty bad!" Jawab ATC itu.

"Cuba kau bukak dan intai dekat escape window kau tu... Teruk ke? Kenapa tak trigger dekat sistem??" Kata Kapten Luth kepada Ashraf.

"Jangan, takut asap masuk. Erm..." Ashraf berfikir sesuatu, lantas jarinya segera menekan satu butang diikuti dengan butang yang lain.

"What are you doing??" Tanya Kapten Luth.

"Camera... At wing stabilizer... And taxiing camera... So that we can view what's happening outside..." Jari Ashraf terus menghidupkan satu demi satu.

"Ah, okay. Brilliant." Ujar Kapten Luth. Dia pun tidak terfikir akan hal tersebut di saat-saat genting seperti ini!

Kelihatan skrin camera yang terletak di 'horizontal stabilizer' sayap kanan pesawat sudah hitam pekat akibat asap!

"Urgh, that's bad!" Kata mereka hampir serentak tetapi melalui skrin kamera untuk taxiing pula mereka dapat melihat dari jarak jauh api yang sungguh marak sedang 'memakan' enjin nombor tiga tersebut!

"Singaporean 32, standby, standby!"

Kedengaran suara daripada bomba masuk ke dalam kokpit. Waktu itu keadaan sudah hingar-bingar dengan segala bunyi api yang marak dan pancutan cecair daripada hos bomba.

"Okay, standby for your instruction. Singaporean 32 standby for your instruction." Balas Kapten Luth.

Tidak lama kemudian, bomba mengarahkan mereka dan semua penumpang keluar daripada pesawat melalui tangga mudah alih yang disediakan oleh pihak bomba. Ashraf dan Kapten Luth mula memeriksa kesemua sistem kokpit berada dalam keadaan yang sepatutnya sebelum meninggalkan 'burung besi' itu.

Ketika mereka melangkah keluar daripada kokpit, keadaan di kabin sudah kosong tetapi Ashraf dan Kapten Luth tidak segera beredar. Mereka bergegas memeriksa setiap ruang di kabin supaya tidak ada satu orang pun yang tertinggal. Ashraf memeriksa kabin atas manakala Kapten Luth pula memeriksa kabin bawah.

"Everything's cleared??" Tanya Kapten Luth ketika Ashraf turun daripada tangga.

"Yes, capt." Jawab Ashraf. Dahinya sudah berpeluh akibat bahang api yang terasa! Setelah itu, barulah mereka keluar. Begitulah tanggungjawab mereka sebagai juruterbang, menjadi individu yang terakhir keluar daripada pesawat dan mendahulukan penumpang serta kru-kru yang lain...

Ashraf tarik nafas panjang ketika dia melabuhkan punggung di dalam 'apron bus', iaitu bas yang disediakan di dalam lapangan terbang. Bas itu mengambil mereka yang terdampar di tepi landasan tadi untuk dibawa ke dalam bangunan lapangan terbang. Kini barulah Ashraf dapat menarik nafas lega dan terasa badan sudah keletihan. Ini adalah insiden yang paling teruk sekali dia alami sepanjang bergelar juruterbang.

'SMS Lara.' Getus hati Ashraf. Lantas, dia menghidupkan telefon bimbit dan beberapa SMS menerjah masuk tetapi SMS yang tertulis nama 'Papa' itu menarik perhatian Ashraf. Dia tekan butang 'Read'.

'Such a long night, huh?' - Papa

SMS tersebut dihantar setengah jam yang lepas. Lalu Ashraf membalas...

'Yeah, you got the news already? That's quite fast.' - Ashraf Zildan

'Of course they informed me. Who do you think I am?" - Papa

Ashraf tersenyum senget. Ayahnya Pengarah Operasi Penerbangan, sudah tentu menjadi antara orang yang terawal mendapat berita tentang nasib pesawat mereka.

Ashraf masuk ke dalam fail 'Outbox' lantas menekan butang 'Send' buat SMS Lara. Bibirnya tersenyum lebar!

Kurang daripada lima minit, satu SMS masuk ke telefon Ashraf. Hatinya semakin berbunga walaupun di hujung bunga-bunga itu terselit sedikit pilu mengenangkan cinta hatinya itu bukan miliknya.

'Oh, hi Ash...! I'm good.... What a surprise to hear from you. How are you?' - Princess

'Hi, yeah. I feel so great today!' - Ashraf SIA

'Oh wow... Bersemangatnya... :)' - Princess

'Of course, I ought to. I had my engine on fire, baru keluar daripada kapal. Tengah terbakar lagi tu, bomba tengah padam. Hehe.' - Ashraf SIA

'What?!! You bergurau ke apa ni?' - Princess

'Of course I'm not! You ingat I berani ke nak main-main benda macam ni.' - Ashraf SIA

'Oh my god! :-O So how's everything??' - Princess

'Under control. And totally fine, of course. Kalau tak you dah tak dengarlah khabar daripada I sekarang, maybe you dengar nama I keluar dalam suratkhabar je esok. Hehe!' - Ashraf SIA

'Hish, you ni! Janganlah cakap macam tu.' - Princess

Ashraf tersenyum lebar lantas menaip lagi... 'You know what, Lara... Tak kisahlah macam mana teruk sekali pun keadaan, I think I always feel better when you're around. Thanks for still replying my message. I miss you.'

Ashraf tersenyum dan melontarkan pandangannya ke luar tingkap. Apa yang terbuku di hati sudah dia luahkan. Rasa lega.

Nun di hadapan, pintu Terminal 3 sudah kelihatan. Mereka semua akan turun di situ untuk masuk ke dalam bangunan terminal dan sedikit taklimat untuk kru dan penumpang SQ32 akan diadakan sebentar lagi.

Telefon bimbit Ashraf terasa bergetar lagi dan Ashraf terus membuka SMS tersebut...

'You ni playboy eh??' - Princess

"What?!" Ashraf tersentak dan matanya membulat! Lantas dia ketawa sendirian geli hati...

'If a pilot screws up, the pilot dies. If the ATC (Air Traffic Controller) screws up, the pilot also dies.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience