Bab 68

Romance Completed 159812

"What?! You ni dah gila ke?"

Huzaimi ketawa.

"Sampai hati you cakap I gila." Kaki dinaikkan ke atas meja, bersilang. Badan disandar 45 darjah condong di kerusi pejabat yang kusyennya diperbuat daripada kulit.

"Mana tidaknya...! Ada ke you suruh I jadi director dekat company you lepas I tamat belajar?! Memang gila!"

"My dear, you jangan pandang rendah pada diri sendiri. Jangan memperkecilkan kebolehan you sendiri. I yakin, you boleh! I tahu cara critical thinking you, I tahu cara you buat keputusan dan I tahu, you boleh! You cuma perlu belajar selok-belok company kita dan selok-belok business as you go along the way. You boleh, dear!"

Lara tarik nafas panjang. 'Apa ni...?!!' Jeritnya dalam hati. Adakah ini bermakna dia tidak boleh 'lari' daripada Huzaimi? Adakah ini bermakna yang dia juga tidak boleh putus dengan lelaki ini?? Oh, tidakkk!

"I dah dapat placement untuk latihan praktikal I lah!"

"Ala..."

"Serius! I dah dapat dekat Petronas!"

Sebenarnya tidak. Fahd masih menunggu keputusan Pengurus Bahagian Latihan di jabatan Sumber Manusia untuk mengambil Lara membuat latihan praktikal di situ. Tetapi bak kata Fahd, dia gerenti Lara akan dapat.

Lagipun itu sahaja cara untuk Lara mengelak daripada membuat latihan praktikal di Quest Synergy, salah satu syarikat Huzaimi.

"Sampai hati you let me down." Kedengaran suara Huzaimi macam merajuk. Lara mengerling mata ke atas dan urut dahi!

'Let you down? Time aku mintak putus hari tu tak 'down' ke?!' Bisiknya dalam hati.

"Sayang, listen." Ujar Lara lalu menyambung, "Let's put aside about me being a Quest's director. Kita cakap pasal latihan praktikal dulu."

Huzaimi diam memasang telinga. Inilah cara pemikiran Lara yang dia katakan tadi. Gadis ini tahu untuk merungkaikan keadaan satu demi satu dan memfokuskan satu keadaan untuk satu solusi. Dia tahu kalau Lara diasah dengan baik, Lara akan menjadi seorang strategist dan pemain industri yang hebat. Tetapi sayang, gadis ini tidak bersetuju!

Sebenarnya tawaran ini bukanlah dibuat semata-mata untuk memancing Lara supaya tidak memutuskan hubungan cinta mereka. Huzaimi memang betul-betul ingin menjadikan Lara sebagai isteri, atau lebih tepat lagi sebagai 'trophy wife'. Cantik, muda, bergaya dan bijak. Tetapi... Tak semudah itu.

"I nak cantikkan resume I, sayang! Insya Allah, I mungkin akan naik lagi sebagai best student. So, kalau I buat practical training dekat Petronas, resume I nampak strong tau. Banyak added value dekat situ."

"Dear, added value tu kalau you keluar sebagai graduan biasa! Yang kena terhegeh-hegeh apply kerja sana-sini. Turun naik tangga pergi interview. Tapi you different, Lara! You dah ada company dan jawatan besar yang menunggu you. You tak perlukan apa-apa added value pun untuk resume you sebab Quest akan shape you jadi seorang director!"

Aduh...! Dalam pada Lara menolak, hatinya cair juga mendengarkan kata-kata Huzaimi. Gadis yang hidup sederhana sepertinya tiba-tiba dibentangkan masa hadapan yang gilang-gemilang. Siapa yang tak mahu? Alangkah indahnya hidup. Tetapi Lara tekadkan hati demi seorang lelaki bernama Ashraf Zildan!

Kini Lara terfikir pula... Bayangkan jika makcik-makcik dan sepupu sepapat sebelah ayah yang mempersendakannya sewaktu kenduri tempoh hari mengetahui bahawa dia menjadi salah seorang ahli lembaga pengarah di sebuah syarikat! Fuh! Pasti mereka semua terkedu. Satu kepuasan buat Lara. Tetapi hakikatnya... Semua peluang itu dia akan lepaskan semata-mata kerana cintanya terhadap Ashraf Zildan Zamani.

Bagaimana JIKA Ashraf mensia-siakan dirinya? Sudahlah semua peluang seumur hidup Lara lepaskan! Lara telan liur dan otaknya menerawang lagi.

Bagaimana jika dia menolak segala yang ada di depan mata, lantas terjadi pula perkara yang tidak diingini antara dia dan Ashraf?

Lara tahu, Ashraf sangat mencintai dirinya. Tetapi bagaimana KALAU... Terjadi sesuatu di masa hadapan? Lara ketap bibir, hatinya entah kenapa terasa sayu dan kacau-bilau mengenangkan semua ini.

Inilah hakikat kehidupan. Ke kanan atau ke kiri, tiada siapa yang tahu bagaimana simpang siurnya dan apa yang ada di hujung jalan. Lantas, hala yang mana akan kau pilih? Satu keluhan dilepaskan Lara.

"Dear, I bagi you fikir lagi. You ada masa lagi sebelum masuk semester baru, kan? Takpe, you fikir balik betul-betul dalam sehari dua ni, okay? I tahu Petronas tu memang company yang hebat. Tapi you akan terus bekerja dengan Quest sebaik sahaja you tamat belajar. You lebih perlukan pendedahan daripada Quest. It's okay, I let you think through, okay?"

Kata-kata Huzaimi mematikan lamunan. Lara berdecip. Lelaki yang seorang ini memang keras kepala betul!

Sementara itu, di luar bilik Huzaimi pula kelihatan Khairul sedang sibuk memunggah kertas-kertas flyers di dalam kotak lalu diletakkan di atas mejanya.

"Ehem ehem! Amboi kamu ni, Rul... Bukan main sibuk lagi sampai tak nampak acik tercegat depan kamu ni..." Pak Samad tersengih memandang gelagat anak muda yang berkaca mata itu.

Khairul yang sedang mengira flyers terhenti.

"Hehe! Mestilah sibuk, Che Mat... Inikan persiapan penting... Tinggal berapa hari je lagi ni... Plan kena smooth, Che Mat... Kalau tak naya kita nanti...!" Suara Khairul berbisik perlahan. Dia lihat Pak Samad mengherotkan bibir.

"Persiapan apa yang kamu buat ni? Kemain siap dengan flyers bagai...?! Kamu nak jumpa 'budak perempuan' tu ke atau nak ikut team pemasaran pergi home expo? Lain macam je Che Mat tengok persiapan kamu ni."

Khairul tertawa perlahan. 

"Ish... Apa sampai libatkan orang marketing pulak! Ini untuk nak jumpa... 'Ehem ehem' tu lah... Berduka LARA." Kepala dijenguk ke arah pintu bilik bosnya yang tertutup rapat, takut pula kalau bosnya tiba-tiba keluar. Dan selepas itu Khairul menyambung, "Ini nama dia, strategi back up plan." Muka bangga.

"Apa benda tu?"

"Haa... Itulah Che Mat tak tau! Kalau si ehem ehem tu tak tanya pada saya lebih lanjut pasal ehem ehem ehem ehem ehem, saya keluarkanlah flyers ni supaya ehem ehem boleh ehem ehem-"

"Hish! Kamu ni cakap ehem ehem ehem! Sekali acik pelangkung kepala kamu dengan mesin binding ni nanti, tahulah nasib kamu!"

Khairul terus ketawa terbahak-bahak gelihati melihat gelagat Che Matnya.

"Syhh... Tak boleh cakap sebaranganlah dekat sini, Che Mat! Kena hati-hati! Nanti orang dengar... Naya!"

"Ah, sudahlah! 'Maleh' (malas) acik nak layan kamu! Baik acik pergi lap kereta dekat bawah, lagi ada 'pekdah' (faedah). Kejap lagi acik dengan bos nak ke Putrajaya."

Pak Samad terus berlalu dengan wajah yang ketat manakala Khairul sambung ketawa seorang diri...

*          *          *          *          *

Lara tutup pintu teksi dan terus melangkah masuk ke Hotel Concorde Shah Alam. Seorang butler membuka pintu hotel untuknya sambil menyapa mesra. Lara hanya senyum dan mengangguk.

'Patut ke aku bagi tahu Ash eh?' Bisik Lara dalam hati. Bibir diketap sambil dia berjalan ke arah Melting Pot Cafe pada lewat tengahari itu. Fikirannya berputar laju.

'Hmm... Ah, tak payahlah kot bagi tahu Ash. Bukannya suami aku pun. Kalau suami iyelah nak kena mintak izin apa bagai.' Bisiknya lagi. Saat itu juga, Lara sudah tiba di sebuah meja di satu sudut dalam kafe tersebut.

"Hai."

Tegur Lara. Dia memberikan sebuah senyuman buat Syed Al-Fahd. Kelihatan lelaki itu mendongak kepala daripada melihat menu dan waktu itu juga, Fahd seakan terpegun memandang wajah Lara dengan mata yang tidak berkelip buat beberapa ketika!

"Fahd...?"

"Eh, yes! Hi!"

Pemuda yang lebih mesra dipanggil Fahd itu segera tersedar dan bangun daripada kerusi. Mereka bersalaman dan Fahd seolah-olah termalu sendiri dengan reaksi spontannya sebentar tadi.

"Sorry, I... Terleka sekejap tengok you. Jemput duduk..." Ujar lelaki itu lantas Lara menarik kerusi di hadapannya.

Pagi tadi, sebaik sahaja Lara memutuskan talian telefon bersama Huzaimi, dia membaca mesej Fahd yang sedang dalam perjalanan ke Shah Alam. Kata lelaki itu, dia ada mesyuarat dengan salah sebuah syarikat vendor dan mengajak Lara berjumpa selepas mesyuarat itu selesai.

Pada mulanya Lara rasa serba salah untuk pergi tetapi bila difikirkan semula... Apa salahnya bukan? Lagipun... Haih. Dia dah terhutang budi. Jadi terpaksalah menurut saja. Tak senang hati pula Lara kalau menolak.

"You ni cantik betullah."

Kata-kata Fahd itu membuatkan Lara tertawa. 'Selambanya!' Getus Lara dalam hati.

"Hmm... Ye lah tu.. Thanks."

"Iye, betul! You tak nak jadi artis ke?"

Sekali lagi Lara tertawa.

"Fahd...?! You ni mengarutlah!"

"Eh, betullah I cakap ni. Muka you komersial gila. Tengok passport photo you, lawa. Selalunya orang lain kalau passport photo tu muka 'selenga' je."

Lara tertawa lagi mendengarkan perkataan 'selenga' itu. "You ni tak baiklah cakap orang macam tu!" Lara jeling sambil menggeleng. 'Tak cover langsung mamat ni.' Bisiknya lagi...

Setelah memesan minuman, mereka mula berbual dengan rancak sekali. Sama seperti kebiasaan mereka bersembang di Yahoo Messenger sebelum ini. Lara tahu, dia dan Fahd memang ngam jika dilayan bersembang. Cuma satu perkara yang Lara perhatikan, pandangan mata Fahd kadang-kala seakan hanyut menatap wajahnya.

Setelah sekian lama mereka berbual sakan, tiba-tiba satu SMS masuk ke dalam telefon bimbit Lara. Oleh kerana Lara menyangkakan SMS itu daripada Ashraf, dia segera membacanya. Awal pagi tadi lelaki itu terbang daripada Milan pulang ke Singapura.

'Ra! Kay dapat join gathering OM kita nanti! YES!!! Haha!!" - Zieta 016

Lara tersenyum lalu cepat-cepat membalas kepada Zieta.

'Wah, seriously?! Yayy!! Best-nya!! :D Mana kau tahu ni? Kay bagi tahu kau ke?'

Butang 'Send' ditekan. Senyum.

Ketika dia meletakkan telefon ke tepi, kelihatan Fahd juga tersenyum memandangnya. Sekali pandang rupa lelaki ini seperti pelakon Aqasha, fikir Lara.

"Haa... Senyum-senyum ni mesti boyfriend!" Ujar Fahd lantas Lara mencebik bibir.

"My best friend lah! Dia bagi tahu, sorang lagi best friend kitorang dapat join gathering. Kawan kitorang tu pulak pramugari, jadi susahlah nak cuti. But apparently she could join us. Tu yang kitorang happy semacam ni." Jawab Lara. 'Ish, sibuk je mamat ni nak tahu! Nak serkap jaranglah tu, tanya pasal boyfriend!' Lara merengus dalam hati.

"Oh, I see... So kalau you dah grad nanti, you nak jadi pramugari jugak ke macam best friend you tu? Selalunya korang mesti ikut geng kan?"

Mata mereka bertembung. 

"Erm... Entahlah. Tak kot..." Lara mengacau-ngacau air minuman dengan straw di tangan.

"Ha, baguslah kalau macam tu. Tak payahlah jadi pramugari, banyak lagi kerja lain boleh buat."

Kening Lara berkerut.

"Kenapa you cakap macam tu?" Matanya merenung tepat ke wajah Fahd.

"You tengoklah. Diorang dok serve wine-lah, champagne-lah dalam penerbangan. Tak payahlah you... Tak berkat. Dengan baju kebaya ketatnya, lepas tu pakai kain terselak-selak. Hish! Tak berkenan I."

Wah, macam pak lebai! Tetapi Lara terkedu apabila mendengarkan bab alkohol itu. Sama pula dengan kata-kata ibu dahulu! Dia terpempan memandang Fahd.

"Eh, kenapa you pandang I macam tu?"

"Oh! Haha! Takde apa!" Balas Lara. Kali ini dia pula termalu sendiri.

"Jawablah you... I ni handsome ke sampai you pandang I macam tu?" Fahd sengaja mengusik dan menyambung, "Macam tu lah I terpegun tengok you tadi, kan?"

Lara hanya tertawa dan menggeleng, tidak tahu apa yang harus dia balas dengan jenaka lelaki itu.

"Cepatlah you, bagi tahulah kenapa you pandang I macam tu!" Fahd terus mendesak.

"Takde apa, cuma... Jawapan you tu... Erm... Sama macam jawapan my mom."

"Eh? Ye ke?!"

Mata bertembung.

"Iye. Dia pernah cakap pada I macam tu dulu."

"Wah! Maknanya, I boleh jadi menantu your mom-lah ni?"

"Hei! You ni!" Lara tersenyum dan menjeling. Dia lihat Fahd ketawa riang dan saat itu juga, Lara mendapat satu idea! Mungkin dia boleh gunakan nama Fahd sebagai alasan untuk dia putus dengan Huzaimi!

Lara tersenyum, otak semakin laju berfikir...

Okay, begini!

Waktu menjalani latihan praktikal di Petronas nanti, Lara akan beritahu kepada Huzaimi bahawa dia telah jatuh cinta dengan seorang jurutera Petronas tetapi Fahd tidak akan tahu apa-apa tentang perkara ini.

Kemudian, Lara beritahu pula kepada ibu tentang perpisahannya dengan Huzaimi dan juga tentang Fahd.

Selepas beberapa bulan, Lara katakan saja kepada ibu bahawa dia dan Fahd sudah putus namun hakikat sebenar, Lara telahpun bersama Ashraf sebaik sahaja putus dengan Huzaimi. Dan selepas itu, perlahan-lahan barulah Lara akan kenalkan Ashraf kepada ibu.

Hurm... Lara rasa dengan cara ini Ashraf tidak akan dianggap sebagai punca perpisahan antara dia dan Huzaimi. Jadi dalam situasi ini, Ashraf akan nampak 'innocent', itu yang paling penting. Tambahan pula, ibu sejak dari awal lagi tidak berkenan dengan si Ashraf! Kalau Ashraf boleh melindungi Lara sewaktu di kenduri tempoh hari, mengapa tidak kali ini dia pula yang melindungi Ashraf? Fikirnya.

Bibir diketap sambil Lara tersenyum mendengar Syed Al-Fahd berceloteh di hadapannya...

*          *          *          *          *

Langit malam di luar sana sangat gelap.

Ashraf memeriksa beberapa panel skrin di kokpitnya untuk memastikan semua parameter berada dalam keadaan yang sepatutnya. Kemudian, dia menyambung semula perbualannya dengan Kapten Idris. Malam itu dia dan bapa Noree bertugas bersama untuk penerbangan daripada Milan pulang ke Singapura.

"Huish...!" Kata Ashraf tiba-tiba.

Matanya tertancap pada cermin hadapan kokpit. Kapten Idris yang melihat Ashraf sedang tergamam segera memandang ke arah yang sama di luar sana dan saat itu, mereka berdua melihat berpuluh-puluh juraian cahaya daripada kejauhan.

'Meteor shower' tetapi lebih besar. 

"Wow... I've never seen anything like this before." Ujar Kapten Idris. 

"Me either." Balas Ashraf lalu dia terus menghubungi menara kawalan di ruang udara yang sedang mereka lalui sekarang.

"Karachi Tower, you see that meteor?" 

"Who's calling?" Kedengaran satu suara dengan slanga yang sungguh pekat. 

Opss. Akibat terlalu teruja Ashraf terlupa untuk memberi call sign pesawatnya. 

"Karachi Tower, Qatari 20." Tiba-tiba masuk pula perbualan radio daripada Qatar Airways yang juga berada di sekitar situ.

"Qatari 20, go ahead." Sambut menara kawalan.  

"To the south there's a meteor coming across the sky... Pretty interesting. Qatari 20." 

"Qatari 20... Umm, oh yes. Thanks for the heads-up on that!" 

Ashraf menyorot pandangannya ke arah Kapten Idris dan kemudian lelaki itu berkata kepadanya, "We're all looking at it now and... It's getting huge." 

Ashraf mengangguk. "Guess we need a new vector?"

"Better be safe." 

Sekali lagi Ashraf mengangguk lalu menekan satu butang di panel kokpit untuk masuk semula ke dalam perbualan radio tadi. 

"Karachi Tower, this is Singaporean 376. We umm... Can we get a vector to the east to avoid going underneath whatever this is... Breaking up? We're at our 11 moving to 12 o'clock, Singaporean 376..."

"Singaporean 376, roger, you said 11-12 o'clock. Can you tell how far?" Petugas ATC yang mempunyai slanga ala India itu memberi balas kepada Ashraf. 

"Around 50,000 feet, moving off our 11, Singaporean 376."

"Singaporean 376, roger." 

Beberapa ketika kemudian, menara kawalan Karachi itu memberikan informasi vektor yang baru bagi membolehkan pesawat Singapore Airlines itu membuat sedikit lencongan. Ini kerana dikhuatiri kalau-kalau terdapat serpihan yang tersesat daripada kumpulan meteor shower tersebut.

Ashraf dan kaptennya memasukkan informasi vektor yang mereka terima ke dalam sistem.  

Saat itu juga, Ashraf teringat kepada cinta hatinya. Apabila mendarat nanti, pasti dia akan berkongsi dengan Lara tentang fenomena meteor shower yang agak berlainan sedikit daripada kebiasaan.

"I wish for you, sayang..." 

Entah bagaimana, sepintas lalu otak Ashraf memutarkan momen dia dan Lara di Vondelpark. Bisikan suara itu masih terdengar jelas di telinga diikuti dengan kucupan hangat mereka pada malam yang dingin. 

Ashraf senyum lebar dan tersipu-sipu sendirian. Pipi terasa kebas! Tetapi saat dia mengalihkan pandangan ke arah Kapten Idris, kelihatan kaptennya itu sedang memerhatikan gelagatnya dengan raut wajah yang penuh penasaran...

Inilah hakikat kehidupan. Ke kanan atau ke kiri, tiada siapa yang tahu bagaimana simpang siurnya dan apa yang ada di hujung jalan. Lantas, hala yang mana akan kau pilih?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience