"Bro, nah!"
Danny menghulurkan sekeping kertas berwarna merah jambu yang telah dilipat menjadi bentuk hati.
"Aduhai... Apa pulak lagi ni bro?" Ashraf menggaru kepala saat kertas bertukar tangan.
"Peminat lu lah bro...!" Jawab Danny. Semenjak Necromancers memenangi pertandingan Battle of The Bands, Ashraf dan rakan-rakan yang lain sudah mula ada peminat!
"Peminat mana pulak yang main 'pass-pass' barang dekat kau ni?"
"Anak jiran depan rumah aku."
"Hah?! Anak jiran kau minah metal ke?" Ashraf tercengang menyebabkan Danny ketawa.
"Entah, abang dia baca ROTTW kot. Gambar lu kan terpampang dekat dalam tu, mestilah ada peminat sekarang... Haha!"Â
Ashraf mengherotkan mulut.Â
ROTTW adalah majalah muzik 'indie' dan 'underground' Malaysia yang telah membuat liputan sewaktu pertandingan Battle of The Band. Malah, hujung bulan ini juga Necromancers bersama dua band pemenang yang lain bakal ditemuramah oleh ROTTW.Â
"Habis tu, aku kena bukak kertas ni ke atau macam mana?" Kertas berbentuk hati itu Ashraf unjuk ke arah Danny tetapi rakannya itu hanya angkat bahu.
"Entah... Dah kertas macam tu, suratlah kot?"
Mereka berpandangan sesama sendiri, lantas Ashraf membuka lipatan kertas.
Haih! Keluh Ashraf perlahan. Memanglah seronok bila jadi pemenang tetapi ternyata Ashraf tidak menyukai populariti yang dikecapinya sekarang berbanding dengan rakan-rakan Necromancers yang lain.Â
"Eh, kosonglah... Mana ada surat! Dia bagi 'hati' je dekat aku." Ashraf membelek kertas tersebut manakala Danny pula ketawa!
"Alamak Dan... Macam mana aku nak lipat jadi hati balik? Dah terkoyak pulak ni ha..."
"Haha! Sampai hati lu koyakkan 'hati' dia bro!"
Ashraf tertawa kecil. "Takpelah, bro... Hati aku lagi rabak daripada ni, cari Lara tak jumpa-jumpa-"
"Haa...! Sebab itulah aku datang jumpa kau ni!" Potong Danny lalu membuatkan wajah Ashraf berkerut.Â
"Sebab apa?"Â
"Bagi aku laptop kau."
"Hah??"Â
"Bagi je lah cepat!" Gesa si Danny.
Dengan wajah yang penasaran Ashraf masuk ke dalam bilik untuk mengambil komputer ribanya...
* * * * *
Keadaan di restoran The Apartment KLCC agak tenang pada waktu makan tengahari itu. Fahd menghabiskan suapan yang terakhir dan mengelap mulut dengan napkin meja.
"You nak order dessert kegemaran you tak?" Tanya Fahd apabila dia lihat Lara hampir selesai makan. Lara hanya menggeleng.
"Aik? Selalunya you suka dessert tu."
Lara tersenyum dan mengatakan yang dia sudah kenyang. Sebenarnya Lara kena jaga badan. Memandangkan dia akan kembali naik ke pentas peragaan, dia harus turunkan sedikit berat badan sebanyak dua atau tiga kilogram lagi.
"Lara... I nak tanya you sikit."
Ayat dan nada suara Fahd itu kedengaran agak saspen bagi Lara, dia merenung lelaki itu dengan penuh tanda tanya membuatkan Fahd tertawa.
"You nak tanya apa? Kenapa you ketawa?"
Kelihatan Fahd tersengih. "Erm... You sayangkan I tak?"
Lara terus tertawa, menyembunyikan riak gugup! "Err... Hehehe! Kenapa you tanya?" Mata bertatapan seketika dan Lara meneliti wajah Fahd.
Secara jujur, Syed Al-Fahd ini boleh tahan juga orangnya. Kalau perempuan yang suka lelaki berwajah 'Chinese look' (tetapi bukan Lara!) pasti akan tertawan. Namun secara jujurnya juga, bagi Lara tiada siapapun yang dapat menandingi kekacakan Ashraf Zildan. Mana tidaknya, sekali Ashraf melangkah masuk ke Menara UiTM, terus menjadi buah mulut di kalangan pelajar-pelajar perempuan! Lara tersenyum sendirian...
"I tanya ni bukannya apa... Kitakan nak bertunang tak lama lagi. Jadi, I nak tahu apa perasaan you terhadap I."
Tiba-tiba Lara berasa gelisah. Dia sebenarnya kurang senang untuk berbicara tentang hati dan perasaan namun sedaya upaya dia cuba menyembunyikan perasaan itu.
"Ermm..." Lara menatap ke dalam anak mata lelaki itu. "I sukakan you sebenarnya-"
"I bukan tanya pasal 'suka', I tanya pasal 'sayang'." Potong Fahd.
"Sabarlah dulu...!" Lara tertawa apabila melihat wajah ketat Fahd. Satu perkara yang dia perasan, Fahd ini kadang-kala serius sungguh orangnya!
"Chill-lah, you! Bagilah I habiskan jawapan dulu!"
"You tu lembab sangat, corner sana, corner sini bila nak jawab soalan orang!" Kelihatan Fahd tersenyum kelat.
"Iye, sabarlah sayang oi...! I nak jawablah ni!"
"Cepat, pukul dua kita nak naik office."
Lara tertawa lagi lalu menyambung kata-kata... "Okay, sebenarnya sejak kita berdua chatting dekat YM dulu, I selalu happy bila tengok you online. Dan setiap kali I online, I mesti tengok status you dulu."
Fahd tersenyum.
"Sebab itulah I cakap tadi yang I memang sukakan you. I selesa bila bersama dengan you dan I rasa... You pun tahu yang kita ada chemistry, kan?"
Sekali lagi Fahd tersenyum dan mengangguk.
"Erm... Lepas tu I rasa perasaan suka I tu makin bertambah sejak I mula buat practical training dekat sini..."Â
Ops, kali ini Lara berbohong. Semenjak dia buat latihan praktikal di Petronas, dia hanya semakin merindukan Ashraf sahaja!
"Dan... I pasti sangat-sangat, rasa sayang tu ada terkandung sekali dalam perasaan suka. Tambahan pula bila you selamatkan I daripada penjahat hari tu. Seriously, I tak tahu macam mana miracle-nya keadaan tu, Fahd! You macam tahu-tahu je I ada dekat kereta you, dan you sampai pun tepat pada masanya! I rasa... Mungkin itu salah satu petanda yang you boleh lindungi I..."
Fahd tersipu-sipu dalam senyuman. Dia fikir, kalaulah Lara tahu bahawa kejadian itu dirancang, sudah pasti gadis ini mengamuk!
"Hmm... Yeah... Masa petang sebelum kejadian tu, kan kita janji tunggu di Coffee Bean? Jadi bila I sampai sana tengok you tak ada, entah macam mana I tergerak hati nak cari you dekat kereta..." Fahd mereka-reka cerita.Â
Lara melorekkan senyuman dengan perasaan kagum yang masih berbekas di hati. Dia benar-benar bersyukur dengan gerak hati Fahd itu.
Tiba-tiba, telefon bimbit Lara berbunyi dan menunjukkan satu nombor asing. Wajah Lara berkerut.Â
"Siapa tu you?" Tanya Fahd.Â
"Tak tahu..." Lantas jari Lara menekan butang menjawab panggilan. "Hello?"Â
"Hello, akak. Ini aunty Siti Durah."Â
"Oh, aunty Siti! Akak ingatkan siapa tadi..." Kali ini barulah kerutan di wajah Lara hilang berganti senyuman. Wanita itu adalah rakan sekerja ibunya.
"Akak, aunty nak bagi tahu... Ibu pengsan di sekolah tadi. Sekarang aunty ada di PPUM dengan ibu, akak boleh datang sekarang?"Â
Darah Lara serta-merta tersirap!
* * * * *
"Apa kau nak buat ni?" Tanya Ashraf. Wajah Danny diamati dengan penuh tanda tanya.Â
"Kau masih lagi hantar email pada Lara?"
Ashraf mengangguk.
"Fuh, 'dasat'... Pencinta setia kau ni!"
Lalu kedua-duanya ketawa. Waktu itu juga, Danny membuka laman sesawang 'Friendster'.Â
"Kau ada Friendster??" Ujar Ashraf.
"Iyalah!"
"Kenapa aku tak tahu?!"
"Sebab kau tak ada!" Serentak itu, mereka ketawa lagi.
Mata Ashraf tertancap pada layar skrin yang menunjukkan profil Friendster si Danny. Semuanya kelihatan asing buat Ashraf. Bukan dia tidak tahu tentang kewujudan laman 'Friendster' itu cuma Ashraf tidak berminat untuk menyertainya. Bersosial di dunia nyata pun dia tidak suka apatah lagi di dunia maya yang boleh diakses entah mana-mana manusia untuk melihat profilnya!
"Ramainya friends kau, bro." Kata-kata Ashraf itu hanya disambut dengan gurauan oleh Danny.
"Apa email si Lara tu?"
Air wajah Ashraf seolah bersinar dan tersenyum. "" Ujarnya.
Dengan pantas, Danny menaip alamat email pada kotak 'carian' di sudut atas laman sesawang tersebut.Â
Enter!Â
Serta-merta sahaja muncul sebuah profil berwarna merah jambu. Mata Ashraf tergesa-gesa membaca nama yang tertera...
'Lara Elle Rizman'
"YESSS!!!" Suara Ashraf memuncak menyebabkan bahu Danny terangkat. Terkejut!
"THAT'S HER, BRO!! OH YES!! THANK YOU, BRO!" Kegembiraan Ashraf makin memuncak dan keletahnya itu menggeletek hati Danny.
Mereka terus membelek laman Friendster itu sementara mata Ashraf bersinar-sinar menatap gambar profil Lara di tepi pantai.Â
Kelihatan Lara berkaca mata hitam dan bertopi jerami sedang meniup bebuih sabun keluar daripada gagang peniup. Akibat lantunan cahaya, buih yang berkepul-kepul itu kelihatan seperti bebola kristal yang berwarna-warni. Sungguh cantik gambar tersebut dan mempunyai nilai estetik!Â
"Inilah Lara, Dan!" Ujar Ashraf lalu Danny mengangguk.Â
"Cun awek kau, bro." Kata Danny dan serentak itu juga mereka ketawa.Â
"Rasa-rasanya, gambar ni masa dia dekat Mabul dulu..." Balas Ashraf lalu membaca status 'Shoutout' Lara...
"Just a girl growing wings."Â
Dan Ashraf ketawa besar!Â
"She definitely has a thing for wings, bro! Kau tahu tak, dia gelarkan aku 'Mr Wing Badge'...!" Lalu Ashraf menceritakan kisah di sebalik nama gelaran itu. Keadaan gamat sebentar dengan suara usikan Danny sehinggakan kedua-duanya kepenatan akibat banyak ketawa.Â
"Oh, gosh... Lara, Lara..." Kata Ashraf dalam sisa tawanya. "Yes princess, grow wings and fly high! That's ma' girl!" Ucapnya seolah-olah Lara ada di hadapan mata. Selepas itu, Danny menekan pula butang 'Profile'.Â
Gender: Female
Interested in: Men, Women
Status: Single
Interest: Fashion, Books, Music, Modeling, Party, Travels
Favourite music: Hiphop & RnB, Pop, Jazz
Favourite books: Sophie Kinsella, Cecelia Ahern
Favourite TV shows: America Next Top Model, Simple Life, Grey's Anatomy
Favourite movies: MR & MRS SMITH
Ashraf tersenyum lebar! Mr & Mrs Smith adalah filem pertama yang mereka tonton pada pertemuan kedua sewaktu Lara sedang demam! Waktu itulah juga Ashraf pertama kali memegang tangan Lara apabila gadis itu menggigil kesejukan! Mengapa Lara tidak meletakkan judul filem-filem yang lain?? Adakah kerana filem itu ada nilai sentimental buat Lara? Hati Ashraf melonjak girang dan dia terus membaca...
About me: Full time student, part time model at TMC Model Management. Professional r ;)
Ashraf tersenyum lagi. "Aw, professional r sounds cute!" Ujarnya.Â
"Professional r? Dia suka tidur ke?" Danny berjenaka dan serentak itu juga tawa mereka kedengaran semula di ruang tamu itu...
Apabila tawa mereka reda, Ashraf menekan pula butang 'View Photos (5)'. Terdapat lima imej gambar di situ dan saat Ashraf terpandangkan wajah Lara di skrin, bebanan rindu seolah-olah gugur! Ashraf tersenyum dan menatap satu per satu gambar Lara dengan pandangan penuh kasih sayang...Â
Gambar pertama adalah gambar Lara di belakang tabir ketika menjadi model pertunjukan fesyen. Ashraf hampir sahaja tidak mengenali Lara dengan mekap tebal ala patung dan bulu mata yang lebat! Namun gadis itu kelihatan seperti model antarabangsa! Lara bersama tiga rakan model yang lain sedang berdiri menggayakan aksi spontan dalam busana masing-masing. Sekali imbas, mereka semua nampak seperti patung hidup! Ashraf tersengih dan menggeleng kepala. Bangga!Â
Gambar kedua pula adalah gambar Lara di Pulau Mabul, sedang berbaring di atas pasir pantai yang memutih serta diapit oleh Zieta dan Khyra. Kelihatan juga mereka sedang tertawa riang dan di telinga Lara tersumbat 'earphone' berwarna putih seolah-olah sedang mendengar lagu. Gambar itu juga cantik, ceria dan 'hidup'.Â
Gambar ketiga dan keempat adalah gambar 'modelling comp card' yang diambil di studio. Lara kelihatan sungguh menawan dalam dua solekan berbeza. "Wow..." Kata Ashraf dan Danny serentak, mereka saling berpandangan.Â
Pada gambar itu juga, tertera butiran 'body statistic' Lara:
'Elle Rizman. Height: 172. Weight: 52. Bust: 34. Waist: 25. Hips: 36. Dress size: 0 – 4'
Sekali lagi Ashraf tersenyum. Barulah dia tahu, nama komersil Lara adalah 'Elle Rizman'!Â
Dalam gambar 'comp card' pertama, Lara membuat gaya seksi dengan lentukan kepala dan pandangan mata yang menggoda. Manakala bagi 'comp card' kedua pula, kelihatan gambar close-up Lara yang sedang tertawa riang. Cantik!
"Aww, look at her... My precious, dear, sweet and smart Lara!" Puja Ashraf dalam nada kekaguman terhadap gadis itu. Danny tertawa kecil melihat keletah Ashraf yang sudah gila bayang!
"Eh bro... Gambar last 'mamat' topi NY ni macam aku kenal je..." Kata Danny lalu jarinya mengetik pada gambar terakhir...Â
Terpapar gambar kandid Ashraf, Lara ambil daripada belakang sewaktu mereka duduk di sebuah bangku di Vondelpark dahulu! Hati Ashraf segera tersentuh.
Dia dan Danny saling pandang memandang. Betapa terharunya Ashraf apabila Lara dalam diam memuat naik gambarnya di laman Friendster gadis itu dan apa yang paling Ashraf suka, gambar tersebut tidak memaparkan wajah Ashraf!
"Bro... She loves you, bro..." Kata Danny dalam senyuman namun Ashraf hanya diam membisu. Kalaulah Lara ada di hadapannya sekarang, Ashraf ingin memeluk gadis itu erat-erat dan menyatakan kata cinta buat Lara. Ashraf mengeluh perlahan.
Bagi Danny pula, kini dia mengerti kenapa Ashraf tergila-gilakan Lara. Ternyata gadis itu mempunyai semua kualiti yang Ashraf impikan dan melalui cerita-cerita Ashraf, Danny dapat merasakan wujudnya keserasian persefahaman antara Ashraf dan Lara...
* * * * *
Lara melihat tubuh ibunya melalui dinding kaca wad ICU Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Kata-kata doktor sebentar tadi terngiang-ngiang di telinga Lara. Zuraidah diserang hipertensi akibat stres yang melampau dan hampir saja diserang strok. Lara tahu, sejak menerima surat saman daripada ayahnya, emosi ibunya di kebelakangan ini sungguh terganggu dan Najmi juga berkata ibu selalu risau.
Selain daripada itu, hasil pemerhatian doktor juga apabila melihat kepada rekod dan sejarah kesihatan Zuraidah, Lara diberitahu bahawa ibunya berpotensi tinggi untuk mendapat masalah jantung yang serius. Maka, doktor sarankan kepada Lara agar ibunya mengurus stres dengan baik dan mengamalkan diet dan cara hidup yang sihat.
Hmmph, mengurus stres dengan baik? Dengan keadaan keluarga yang seperti ini? Hati Lara diresapi oleh perasaan marah yang membara mengenangkan ayahnya dan Dhafi. Sekarang pasti ayahnya dan Kesuma puas hati bukan?! Malah mungkin Dhafi juga! Mata Lara tidak lepas-lepas daripada melihat tubuh ibunya yang sedang terbaring lena.
"Fahd..."
Fahd yang sedang duduk di bangku berhampiran situ segera datang mendekati Lara apabila namanya dipanggil.
"Boleh tak I nak you berpakat dengan I?"
Mata saling memandang.
"Pakat apa?"
"Macam ni... Kalau ibu dah okay nanti, I akan cakap semua kos peguam untuk saman ke atas I tu, you yang tanggung. I tak nak ibu risau dan sedih kalau dia tahu I berhabis duit untuk ambik lawyer. Lagipun, dia tak tahu I ada duit simpanan... I tak nak dia fikir lebih-lebih, I nak dia tenang-tenang je mulai daripada sekarang."
Fahd mengetap bibir seketika lalu mengangguk perlahan tanda setuju...
* * * * *
"Itulah dia cinta hati aku, Dan." Kata Ashraf sambil menutup komputer riba. Tamat sudah dia dan Danny menjadi 'stalker' di laman Friendster Lara. Kelihatan Danny mengamati wajah Ashraf, cuba mendalami perasaan sahabatnya ketika ini.
"Itulah budak perempuan yang buat aku jadi separuh gila masa first time aku nampak dia dekat KLIA dulu..." Ashraf tertawa sinis sambil menarik nafas dalam-dalam. Betapa indahnya kenangan itu...
"Aku tak tahulah, Dan... Bukan aku tak cuba untuk lupakan dia dulu. Kau pun tahukan, sampai ke Hawaii aku bawak diri, tapi aku tak boleh...! Aku tak boleh nak lepaskan dia." Ashraf meraup muka dengan telapak tangan lalu menyambung, "Dan aku tak sangka pun yang aku akan kehilangan dia macam sekarang..."
Danny hanya membatukan diri namun sedang menjadi pendengar yang baik.Â
"Aku tahu dia ada boyfriend. But I've been always fighting for her... You know it, right? But now? Look at things right now! I don't even know where the heck she is..."Â
Danny mengetap bibir dan mula berasa kasihan terhadap sahabatnya. Keadaan menjadi sepi seketika.
"Hmm... Takpelah Ash, macam ni... Nanti aku cuba hantar mesej dekat Lara dalam Friendster. Aku bagi nombor telefon kau dan suruh dia contact kau. Tapi, macam yang aku cakap tadilah... Notification dekat profile dia tunjuk dah dua ratus tiga puluh lapan hari dia tak online. Lama tu... Jadi, chances untuk dia baca mesej aku tu pun tipis. Tapi takpe, kita cuba je mesej dia. Mana tahu kot-kot sehari dua ni dia tergerak hati nak online pulak. Kau doa je lah banyak-banyak."Â
Saat ini, mata Ashraf tertancap tepat pada wajah Danny.
"Doa...?" Tanya Ashraf.Â
"Yups! Pray hard, bro. Dah macam-macam usaha aku tengok 'kawan aku' ni buat untuk cari cinta hati dia balik. Takut kalau tak jumpa jugak awek tu, tak kahwin 'dia' nanti." Gurauan itu membuatkan Ashraf tertawa kecil. Dia menumbuk perlahan bahu Danny bersama senyuman di bibir.
'Hmm... Doa...' Bisik Ashraf lalu mengangguk perlahan. Perkataan itu sungguh berbekas di lubuk hatinya kerana... Dia tidak pernah berdoa.
Sedikit renungan: Kadang-kala rasa keinsafan itu hadir melalui bermacam-macam cara :)
Share this novel
rindu yang tak terhitung.. moga asy dan Lara bertemu kembali