Bab 58

Romance Completed 159812

Hati Lara berbunga riang tatkala menjejakkan kaki di Changi Airport buat kali kedua. Setelah dia mendaftar masuk dan melepasi pintu Perlepasan Antarabangsa di Terminal 3, mata Lara melilau mencari papan tanda 'UOB Currency Exchange'.

Kasut but kulit separas buku lali yang dipakai itu berderap bunyinya tatkala kaki melangkah.

Mata Lara mencari bayang Ashraf. Kata lelaki itu dalam hantaran SMS-nya tadi, dia sudah masuk ke perlepasan antarabangsa dan oleh kerana ingin menukar wang, Ashraf menyuruh Lara datang ke pengurup wang UOB dan berjumpa di situ sahaja.

Lara mempercepatkan langkah apabila melihat sosok tubuh Ashraf dari belakang yang lengkap berpakaian seragam. Kelihatan lelaki itu sedang berdiri di kaunter pertukaran wang asing, membuat penukaran wang Singapore Dollar ke Euro...

Di celah-celah keramaian manusia, sepasang mata sedang memerhatikan kemesraan antara Lara dan si FO Poyo. Kelihatan gadis itu menerkam daripada belakang sambil menutup mata Ashraf dan entah apa yang Ashraf buat lawak, mereka berdua ketawa dengan girang sekali dan kemudian berpelukan buat seketika. Kelihatan sungguh bahagia.

Natasha tersenyum sinis. Kini barulah dia mengerti kata-kata Ashraf kepadanya dahulu; "Of course I'm not like this when I'm with her."

Ya. Terlihat sisi lain lelaki itu apabila bersama Lara. Ashraf tampak lebih ceria, penyayang dan romantis bukan seperti First Officer Ashraf Zildan yang selalu dilihat boring dan beku. Malah saat ini air wajah Ashraf juga nampak berseri-seri. Pendek kata, diri Ashraf seolah-olah 'hidup' apabila Lara ada di sisi.

Namun hari ini Natasha berasa gembira melihat Lara menyertai penerbangan mereka ke Amsterdam. Dia tidak sabar untuk berbual-bual dengan Lara seorang dan harus mencari peluang tersebut sewaktu mereka di Amsterdam nanti. Bibir Natasha melorekkan sebuah senyuman sinis...

Setengah jam sudah berlalu selepas pesawat gergasi Boeing 747 itu berlepas ke udara. Keadaan di dalam kabin ekonomi sedikit hingar dengan suara para penumpang bersembang sesama sendiri ketika waktu makan malam dan suara kru-kru kabin yang bertugas menanyakan tentang menu setiap orang.

Ashraf bertugas pada separuh masa kedua malam ini. Ini bermakna dia boleh menemani Lara dahulu di kabin penumpang sebelum masuk bekerja pada tujuh jam berikutnya bagi penerbangan SQ 324 berkenaan.

"Hi Ashraf... Nice to see you here." Kata seorang pramugara dengan tanda nama 'Sean' bersama trolinya.

"Hey, Sean." Tegur Ashraf ringkas.

Sean menghulurkan Lara makanan yang telah dipra-tempah bersama senyuman mesra di wajah.

"Thanks. Can I have Pepsi Light please." Ujar Lara sebelum sempat Sean bertanya.

"Yes, of course." Sean membalas sambil dia menuang air berkarbonat yang diminta Lara ke dalam sebiji gelas. "Here you are." Gelas itu bertukar tangan.

"Yours are crew meal ya, Ashraf?"

"Yups."

"Okay, hang on. I'll come back later." Sean terus berlalu bersama troli makanan dan minuman itu ke penumpang di baris belakang.

"You nak tukar dengan meal I tak?"

Pertanyaan Ashraf itu membuatkan wajah Lara ceria. "Wah! Kalau you kasi, boleh je." Sengih.

"Yeah, bila lagi you nak merasa makan makanan pilot, kan."

"Meal set korang lain ke?"

"Ashraf, here's your meal."

Sean tiba semula di sebelah Ashraf sambil menghulur dulang makanan yang lebih besar. Kelihatan ia lebih menarik dan mempunyai pelbagai jenis makanan!

"Thanks." Kata Ashraf lantas dulang itu bertukar tangan.

"Wow..." Mata Lara membulat. Dia lihat Ashraf mengangkat dulang makanannya dan meletakkan hidangan 'crew meal' itu di atas meja pelipat tempat duduknya.

"Nah. Enjoy your meal." Ashraf lihat Lara meneliti satu per satu hidangan makanan tersebut.

"Oh, kali ni coklat dia bagi Milky Way. Takde Mars!" Coklat bersaiz mini itu ditunjukkan ke arah Ashraf.

"Hmm... Yeah. But technically, Mars ada dekat dalam tu."

Mata mereka bertembung. Lara cuba menghadamkan kata-kata Ashraf itu dengan mengaitkan situasi planet Mars dan galaksi Milky Way di alam nyata. Ya, planet Marikh atau Mars terletak di dalam galaksi Bima Sakti atau Milky Way. Lara tertawa diikuti Ashraf.

"Oh, yes...! Technically, you're right." Ujar Lara dalam tawanya. Mereka berdua terus menikmati hidangan makan malam bersama...

Apabila lampu kabin dimatikan selepas makan malam, barulah suasana di dalam kabin itu senyap. Ashraf menjenguk wajah Lara yang sedang mengiring membelakangkannya, menghadap ke tingkap pesawat.

"Oh, you tak tidur lagi?" Bisik Ashraf lalu baring dan mendekatkan tubuhnya dengan tubuh Lara.

"Belum." Balas Lara pendek.

Ashraf meninggikan sedikit tempat duduknya supaya dia juga boleh melihat keadaan langit malam yang disuluh cahaya bulan.

"What are you thinking?" Tanya Ashraf. Jauh pandangan mata Lara memandang ke luar tingkap tadi.

"Hmm... I don't know... But basically about... Life."

Ashraf tersenyum apabila mendengarkan jawapan tersebut.

"That's why you're smart. Orang yang selalu berfikir tentang kehidupan adalah orang yang bijak."

Lara ikut senyum. "Quote daripada siapa tu?"

"Ashraf Zildan."

Lantas mereka berdua tertawa kecil dan selepas itu, suasana terdiam sebentar.

"Baby, I nak share something dengan you boleh?" Kedengaran suara Ashraf berbisik di belakangnya.

"Hmm... Share-lah. Apa dia?"

"Hari tu I, abang dengan papa sembang-sembang. Papa bagi tahu dalam masa lima tahun nanti, ada kapal baru yang akan gantikan 747 ni. Dan salah satu features yang paling best dalam kapal tu, first class cabin dia macam suite. Jadi kalau couple travelers yang ambik double suite, kita boleh convert dua suite tu jadi bilik dan cantumkan katil jadi double bed. Lebih kurang macam hotel room in the sky."

"Whaaat...?!" Suara Lara teruja dalam bisikannya yang perlahan. Dia memandang ke wajah Ashraf bagaikan tidak percaya.

"Yeah. Cool, right?" Ashraf mengukirkan senyuman. "I terfikir, time tu kalau kita kahwin I nak hadiahkan suite tu sebagai honeymoon gift untuk you."

Lara terus terkedu! Aduh...

Apa agaknya yang akan berlaku dalam tempoh lima tahun yang akan datang?

"Apa tiba-tiba cakap pasal honeymoon ni? I cubit you karang..." Mata Lara menjeling ke wajah Ashraf.

"Eh, I seriuslah. Tak buat lawak. Well, I mean... Memang I berniat nak hadiahkan untuk isteri I. Tapi I harap... You-lah orangnya."

Lara tersenyum nipis. Dia mengalihkan pandangannya kembali ke tingkap pesawat. Dalam diam dia berasa cemburu terhadap 'isteri Ashraf'.

Lima tahun... Lara sendiri tidak tahu apakah pengakhiran semua ini nanti. Hatinya terasa hiba.

Tiba-tiba dia terdengar suara Ashraf menyambung dari belakang telinganya, "Nanti kalau you conceive, kita boleh letak nama baby tu Skyler... Sebab asal-usul kejadian dia dekat 'sky'-"

"Pkkhh!!" Lara dan Ashraf terus menekup mulut masing-masing agar tidak terkeluar dekah tawa yang boleh mengganggu penumpang lain. Mereka terus tertawa dalam diam.

"You jangan berangan lebih-lebih eh. Entah-entah waktu tu kita dah ada anak sorang..." Bisik Lara lagi dalam tawanya.

"Eh, takde masalah. Honeymoon tak semestinya untuk orang baru kahwin. Kalau waktu tu dah ada anak sorang, kita pergilah second honeymoon untuk second baby. Yang first pilot, second you nak astronomer, kan?" Ashraf berkata dalam senyuman dan suara yang perlahan.

"Maksud I, kalau dah ada anak berkepit nanti, nak honeymoon dalam suite macam mana?"

"Takpe, nanti I suruh Fara tolong jagakan anak kita sekejap-"

"Pkkhhh!" Sekali lagi mereka menahan tawa.

"Tapi kita kena pergi honeymoon ikut roster Faralah." Tambah Ashraf lagi apabila tawanya reda.

"Kesian Fara, tak pasal-pasal dia jadi mangsa..." Ujar Lara perlahan sambil memandang Ashraf. Matanya sudah berair dek kerana menahan tawa tanpa henti...

*          *          *          *          *

"Jadi Che Mat memang nampak kawan stewardess dia tunggu dia di pintu masuk?"

"Ye, encik. Masa saya turunkan Cik Lara dekat situ, dari jauh lagi dah nampak budak tu melambai. Manis budaknya dalam kebaya MAS tu... Kenapa encik tanya?" Wajah Huzaimi dipandang melalui cermin pandang belakang.

"Takde apa... Kebelakangan ni sakan betul dia travel ke sana-sini. Ke Philippines lah, ke LA lah, ini dah ke Amsterdam pulak..." Ujar Huzaimi sambil memerhatikan pemandangan di luar kereta.

"Oh... Pasal tu ke. Takpelah, encik... Bagilah dia enjoy sementara masih single ni. Nanti kalau dah kahwin dengan encik, tak kan lah pula dia nak bebas macam tu..." Ujar Pak Samad dengan nada yang lembut. Dia memang sentiasa mengatakan perkara yang baik-baik sahaja tentang Lara kerana selama ini, gadis itu sering melayannya dengan baik. Setiap kali dia mengambil Lara pulang daripada mana-mana tempat, pasti Lara membelikan makanan atau minuman yang sedap-sedap buatnya.

Daripada Lara juga dia belajar minum air kopi daripada kafe yang mahal-mahal. Entah apa namanya, Pak Samad sendiri tidak tahu kerana tidak pernah masuk! Apa yang pasti, baginya gadis itu memang berbudi pekerti. Kerana itulah dia sudah menganggap Lara seperti anak-anak saudaranya sendiri.

Kata-kata Pak Samad tadi membuatkan Huzaimi tersenyum sendirian. Tetapi entah kenapa ada sedikit perasaan yang tidak enak bersarang di hatinya mengenai Lara...

*          *          *          *          *

"Baby..."

Lara terjaga daripada lena apabila terdengar suara Ashraf memanggil lembut. Waktu itu lampu kabin sudah dibuka. Kedengaran suara penumpang bercakap-cakap dan sesekali terdengar tawa dan tangis anak kecil.

"Hmm...?" Mata Lara menangkap pandangan mata Ashraf. Dia kemudian meraup wajah dan menggosok-gosok mata.

"Lagi setengah jam I kena pergi, okay?"

"Aww..." Lara mencebik. Perlahan-lahan dia bangkit dan menegakkan tempat duduknya selaras dengan tempat duduk Ashraf.

"Can you not going, sayang...?" Sengaja dia buat fiil mengada tetapi hatinya memang berat. Dia rasa dia lebih suka duduk bersendirian pada separuh masa pertama daripada ditinggalkan pada separuh masa kedua.

"Of course I cannot, baby." Ashraf tertawa kecil sambil menyelak rambut Lara yang menutupi sebahagian muka. "Nanti takde siapa yang nak buat smooth landing ala FO Ashraf Zildan."

"What...? Apa tu?" Lara tampak kehairanan lalu mereka tertawa.

"Okay, biar I bagi tahu you. Selalunya, I yang akan buat landing. Kapten suka bagi I buat."

"Sebab?"

"Sebab diorang tahu nak senang je. Hehe! Joking. Sebab my skill. I selalu buat smooth landing. Dulu masa I landed dekat Milan, penumpang semua sampai tepuk tangan."

Lara ketawa mendengar gurauan Ashraf tadi dan menyambung, "Serius ke penumpang tepuk tangan masa landing dekat Milan?"

"Yeah. I'll let you experience that smooth landing today, okay honey?"

Mereka berpandangan dan tersenyum.

"Okay... I can't wait."

"That's my girl. Gimme a hug, I'll be going in thirty minutes."

Lantas, Lara terus memeluk Ashraf.

Daripada kejauhan, Natasha memandang adengan tersebut dengan rasa meluat. Namun, ada juga tercalit sedikit iri di hati...

"Cabin crew, be seated for landing."

Tujuh jam selepas pemergian Ashraf, suara lelaki itu bergema di corong intercom lalu membuatkan Lara tersenyum lebar. Matanya memandang ke arah bumi Belanda yang semakin lama semakin jelas di bawah sana.

Lara perhatikan pemandangan bentuk muka bumi di situ agak berair dan berpetak-petak kehijauan seperti ladang yang luas. Selain daripada sebatang sungai yang sangat lebar mereka lewati tadi, kebanyakan tempat yang dia lihat di bawah sana memang mempunyai banyak takungan dan saliran air.

Seketika kemudian barulah panorama bandar Amsterdam muncul. Namun di celah-celah deretan bangunan, masih terdapat saliran air yang melingkari di sekitar kotaraya tersebut. Sungguh unik!

Pesawat gergasi itu akhirnya terbang masuk ke kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol. Lara segera teringatkan kata-kata Ashraf tentang smooth landing yang bakal lelaki itu seliakan pada bila-bila masa sahaja sekarang.

Perlahan-lahan, pesawat semakin merendah dan entah bila masa ia mencecah tanah, Lara serta penumpang-penumpang lain pun tidak sedar. Tiada sebarang hentakan berlaku seolah-olah Ashraf melakukan pendaratan di atas span yang besar dan lembut pada landasan tersebut!

"Whooh...!" Kedengaran suara seorang penumpang lelaki muda bergema di dalam kabin dan diikuti dengan beberapa tepukan tangan tetapi tidak lama. Bibir mungil Lara terus mengukirkan senyuman dengan perasaan kagum yang memekar.

'Aduh... Bagaimanalah untuk tidak jatuh cinta terhadap lelaki yang seorang ini?'

Bisik hatinya. Lara tersenyum bangga.

Pengumuman ketibaan yang dibuat oleh Fara selaku Ketua Pramugari sudah tidak didengari Lara. Fikirannya hanya tertumpu pada Ashraf Zildan sahaja yang sedang berada di dalam kokpit pada ketika ini...

*          *          *          *          *

Zelda menjengah kepalanya ke pintu pagar rumah. Kelihatan seorang lelaki memakai baju seragam pos sedang berdiri bersama sebuah bungkusan di tangan.

Zelda membuat isyarat 'tunggu' dengan telapak tangan dan kemudian dia keluar melalui pintu garaj kereta bersama Zeus. 'Bodyguard' rasmi rumah itu sekarang. Semenjak adanya Zeus, dia berasa lebih selamat terutama sekali jika ada individu asing datang ke rumahnya.

"Auff! Auff!" Zeus menyalak ke arah lelaki tersebut.

"Syhh!! Zeus, quiet!" Kata Zelda tegas dan waktu itu juga anjing hitam itu terdiam. Namun wajah lelaki di pintu pagar rumah itu ditenung lama seolah-olah ia bakal menyerang jika lelaki itu melakukan sesuatu yang merbahaya terhadap tuannya.

Sebaik sahaja menandatangani bungkusan sederhana besar itu, Zelda mengucapkan terima kasih lalu masuk ke dalam rumah. Zeus pula terus berlari-lari riang di halaman. Dia tahu, dia tidak dibenarkan masuk ke dalam.

Bibir Zelda menguntum senyum apabila terlihat nama pengirim 'Noree Idris' dan perkataan 'Melbourne' tertera pada slip kertas yang terlekat di kotak bungkusan.

Dia terus membuka kotak berkenaan. Barang yang dikirim Noree itu berbalut kemas bersama 'bubble wrap' yang sangat tebal dan akhirnya, setelah dibuka terdapat sebuah bekas bunga kristal berukiran halus yang sangat cantik membuatkan Zelda tersenyum girang!

Zelda segera mengambil telefon bimbit lantas menaip sesuatu...

'Assalamualaikum. Aunty just received your surprise parcel. Thank you so much! It's so beautiful!' - Aunty Zee

'Waalaikumsalam. Yays! At last! :D I know you love crystals! Been looking at your collection in the cornered cabinet at the living hall. Last week masa shopping Noree tengok je vase tu terus teringat aunty. Miss you, aunty. Hope you loved it!' - Noree

'Of course I do! You're such my little sweet girl. Kalau balik S'pore nanti datanglah JB, jumpa Ashraf.' - Aunty Zee

Noree tersenyum puas membaca balasan mesej tersebut. Sejak dia mendapat tahu yang Ashraf sedang berkenalan dengan seseorang, dia mula memasang strategi. Selain daripada memenangi hati Ashraf, dia juga harus beli jiwa mama si Ashraf supaya wanita itu tetap memilihnya sebagai menantu dan apa sahaja masalahnya berkenaan Ashraf nanti dia boleh adukan kepada Aunty Zee!

Dalam fikiran Noree sekarang ini dia membayangkan dirinya bersama Ashraf sebagai pasangan suami isteri yang bahagia satu masa nanti.

'Noree dan Ashraf'.

Hmm... Sesuai sangat padanan nama mereka. Noree terus melamun...

Sementara itu di rumah banglo Taman Serene pula, Zelda masih tersenyum seorang diri sambil meletakkan pasu kristal itu di sebelah koleksi hiasan kristalnya yang lain. Sekejap dia letakkan di sudut kanan dan sekejap dialih ke sudut kiri pula, melihat kesesuaian susunan tersebut.

"Hai, Ashraf, Ashraf... Dah dapat perempuan yang sweet macam ni pun you masih banyak songeh lagi..." Zelda mengomel sendirian.

Matanya memandang ke arah koleksi perhiasan kristalnya.

"Perfect!"

Ujarnya lalu tersenyum sekali lagi...

"I terfikir, time tu kalau kita kahwin I nak hadiahkan suite tu sebagai honeymoon gift untuk you."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience