Bab 84

Romance Completed 159812

Tok, tok, tok!

Tumpuan Huzaimi yang sedang menaip email terganggu. Rasanya dia tahu siapa di luar bilik pejabat. Dua puluh minit yang lalu, Sharina ada menghantar SMS mengatakan dia harus segera berjumpa dengannya.

"Yes, come in!" Ujar Huzaimi dan serentak itu juga, tombol pintu dipulas.

"Hai yang!" Sharina muncul daripada balik pintu menyembunyikan riak wajah gembira. Dalam hati, dia sudah tidak sabar lagi untuk berkongsi berita bersama suaminya.

Muka dimonyokkan dan langkah diatur perlahan untuk membangkitkan 'mood' orang yang sedang bersedih. Wah, handal sungguh dirinya berlakon, fikir Sharina.

"Hai! Cepat you sampai? Tak jammed ke?" Huzaimi bertanya sambil menaip. Sedikit pun dia tidak perasan keletah isterinya pada pagi itu.

"Abang ni... Mana ada traffic jam waktu-waktu macam ni." Sharina buat-buat sedih lalu melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Eh? Kenapa  you monyok je ni?"

Apabila melihat raut wajah si isteri, barulah Huzaimi berhenti melakukan kerja lalu menumpukan sepenuh perhatian kepada Sharina. Hati dapat mengagak, pasti ada sesuatu yang tidak kena.

"Hmm..." Sharina gigit bibir. "Ayang tak tahulah macam mana nak cakap pada abang." Mukanya berkerut.

"Cakap je lah."

Mata mereka bertembung.

Tali beg tangan Chanel yang panjang itu dipintal-pintal Sharina.

"Tadi lepas habis meeting, ayang terdengar budak-budak engineer tu bersembang. Ada sorang engineer Petronas yang selalu datang meeting dekat office tu... Rupa-rupanya nak bertunang tau bang." Sekali lagi Sharina pura-pura sedih.

"Hah, habis tu? Kalau budak tu nak bertunang, yang you sedih sangat ni kenapa pulak? You minat dekat budak engineer tu ke?"

"Hei, abang ni! Ke situ pulak!"

Huzaimi terus ketawa berdekah.

"Abang tahu tak engineer tu siapa? Dia nak bertunang dengan Lara Rizman!" Getus Sharina dan serentak itu juga, Huzaimi terhenti ketawa dan wajahnya berubah.

"Betul ke ni?"

"Eh, betullah. Tak kan saya nak tipu pulak." Jawab Sharina. Dia lihat Huzaimi tersandar di kerusi pejabat sambil meraup muka.

Agak lama juga mereka menyepi.

"Macam ni lah bang. Kalau abang setuju, saya dengan mak boleh pergi ke rumah keluarga Lara. Kita cuba 'counter offer'."

"Hah? Counter offer? You ingat perkara ni macam mintak kerja ke?" Ujar Huzaimi dengan wajah yang berkerut. Kadang-kadang dia rasa pelik pula terhadap isterinya ini.

"Memanglah bukan macam mintak kerja tapi kita boleh tackle situasi ni kan? Berapa sahaja wang hantaran yang budak engineer tu nak bagi pada Lara, kita offer-lah double."

Pandangan Huzaimi bagaikan tidak percaya.

"Kenapa you beriya sangat nak I kahwin ni?"

"Eh! Abang ni! Janganlah suspect yang bukan-bukan pulak!"

"I tak suspect apa-apa pun, I cuma hairan je."

Sharina menjeling Huzaimi sambil mengeluh.

"Bang... Sebagai isteri, saya cuma nak jadi isteri yang terbaik je buat abang. Saya nak buktikan yang kebahagiaan abanglah yang paling penting buat saya. Itu je..."

Dalam pada rawan hatinya, Huzaimi tersenyum nipis meneliti wajah isterinya. Dia berasa kagum dan sangat terharu dengan kesungguhan dan keikhlasan Sharina sejak kebelakangan ini...

* * * * *

Malam sungguh sepi, yang kedengaran hanyalah bunyi gitar dipetik perlahan oleh Ashraf.

Alunan muzik sungguh merdu dan mendamaikan suasana malam.

Baru sebentar tadi, Ashraf menghantar email yang entah ke berapa buat Lara. Itulah sahaja caranya untuk dia melepaskan rindu yang tiada berpenghujung. Dia terus memetik gitar melayan perasaan...

"Bila kekasih, mengundang aku pulang...
Mahligai menanti, penuh gemilang..."

Greng!

"Bila kekasih, menyingkap tabir cinta...
Tiada terbatas, dengan kata-kata..."

Ashraf menyanyikan lagu 'Penghujung Rindu' nyanyian Jamal Abdillah itu dengan suara yang agak perlahan tetapi penuh perasaan. Bak kata rakan-rakan Necromancers, inilah tanda-tanda hati yang jiwang! Ashraf tersenyum sendirian sambil terus mendendangkan lagu...

* * * * *

Keadaan di Kolej Mawar pada malam itu sibuk seperti biasa. Pelajar-pelajar lalu-lalang di sekitar kawasan tempat letak kereta di dalam kolej tersebut dan kelihatan salah sebuah kereta yang ada di situ adalah kereta Mitsubishi Evo berwarna hitam.

Di dalam kereta, Lara sedang menangis teresak-esak sambil menekapkan tisu ke mata.

"Syhh..." Fahd menepuk-nepuk peha Lara untuk menenangkan bakal tunangnya tetapi tidak berhasil. Sedikit pun pujukan itu tidak menghentikan esakan Lara.

"Janganlah menangis... You dah tengok sendiri surat mahkamah tu?"

Lara hanya menggelengkan kepala sebagai balasan kepada soalan itu. Kening Fahd berkerut dan dia mengetap bibir.

"Erm... I rasa, mak you salah baca kot. Tak kan lah ayah you sanggup nak saman anak sendiri?"

Namun kata-kata itu membuatkan Lara semakin sedih.

"Ye, Fahd... It's possible. Ayah I memang macam tu dan I tak hairan pun kalau dia nak saman I sebab dia sendiri pernah seret I ke mahkamah dulu. You tak tahu lagi family I macam mana." Ujar Lara dalam tangisan.

Kali ini bukan setakat kening Fahd saja berkerut, tetapi matanya juga terbeliak. 'Gilalah!' Getusnya dalam hati.

"Err... Kenapa dia seret you ke mahkamah dulu?" Fahd memandang wajah Lara dalam-dalam mencari kepastian.

"Pasal duit nafkah... Waktu tu dia tak nak tanggung I. Jadi, lawyer dia panggil I masuk ke dalam kandang mahkamah untuk soal siasat tentang I punya perbelanjaan harian. Merasa jugaklah kena 'tiaw' dengan lawyer dia tu..."

"Oh..." Fahd terpempan. Kini barulah dia mendapat gambaran sebenar tentang keluarga Lara. "Erm, habis tu... Kali ni dia nak saman you sebab apa pulak?"

Titis air mata Lara jatuh semakin laju seolah-olah pertanyaan itu menghidupkan kembali konflik yang sedang melanda. Satu keluhan kedengaran dan Fahd terus sabar menunggu jawapan daripada Lara.

"Sebenarnya.. " Lalu Lara terus menceritakan apa yang terjadi kepada dia dan ibu sewaktu mereka singgah berjumpa Dhafi di rumah ayah pada minggu lalu.

Oleh kerana Fahd adalah bakal tunangnya, maka Lara tanpa segan-silu menceritakan segala yang terjadi dan dia juga tidak teragak-agak untuk melempiaskan perasaan sedihnya kepada lelaki itu.

"Hah?! You tumbuk muka adik you?!" Fahd terlopong, wajahnya seakan tidak percaya.

"Hmm, ye... Waktu tu I bengang sangat sebab Dhafi kurang ajar dengan ibu! Kalau dia kurang ajar dengan I, I tak kisah. Tapi kalau dengan ibu, sorry-lah. I tak boleh tahan." Suara Lara mencerun.

"Hmmph! Yang you gangster sangat datang ke rumah orang kenapa? Padanlah kena saman! Salah you-lah, siapa suruh tumbuk adik you. Kan dah susah sekarang..."

Balasan Fahd itu sungguh mengejutkan Lara! Dia terkedu dan hatinya seolah disentap.

"Oh? Maknanya kalau adik you melawan atau kurang ajar pada emak you, you tak marah?"

Pertanyaan Lara itu disambut dengan ketawa sinis oleh si Fahd. "Entah! Family I tak pernah jadi benda-benda macam tu."

Ouch! Dan Lara makin tidak puas hati!

"Memanglah family you tak macam tu. I tahu, family I ni memang lain daripada yang lain. Tapi bayangkan kalau dalam perselisihan biasa, you marah tak kalau adik you kurang ajar pada emak you?" Tanya Lara lagi namun dia mendapat jawapan hampir sama dengan yang tadi;

"Entahlah, adik-adik I tak pernah pulak kurang ajar dengan emak I."

Lalu mereka terus terdiam.

"Okay..." Balas Lara. Itu sahaja yang mampu dia katakan. Jauh dalam hati, dia merindui Ashraf. Hanya lelaki itu sahaja yang tahu bagaimana untuk meredakan kesedihan ini.

Namun pada masa yang sama, Lara terfikir alangkah bagusnya keluarga Fahd. Benarkah apa yang Fahd katakan itu? Atau keluarganya sahaja yang tunggang-langgang dan bergaduh sesama sendiri? Hati Lara semakin pilu...

* * * * *

"Tiada jarak pemisah lagi, tiada tabir sempadan budi,
Aku terima dan jua memberi seikhlas hati..."

"Seribu tahun dan sejuta langkah, Seribu tahun bersinar cinta,
Kita bertemu di penghujung rindu..."

"Kita bertemu di penghujung... Rindu..."

Greng greng...!

Ashraf tarik nafas panjang sebaik sahaja lagu itu berakhir lalu termenung sebentar...

Penghujung rindu.

Bilakah agaknya penghujung rindunya terhadap Lara?

Adakah Lara masih merindukannya? Atau gadis itu sudah mengalah dengan takdir?

Adakah perpisahan ini merapatkan semula Lara dengan si Mr CEO? Ashraf tiba-tiba berasa gusar namun dia terus teringat akan kata-kata Lara.

"I love you... No matter what."

Dia berdecip. Itulah ayat yang selalu dia pegang saat hampir berputus asa. Dan dia akan sentiasa pegang kata-kata itu.

Greng...! Ting ting ting ting...

Jari memetik tali gitar dan memainkan kod muzik secara spontan. 'She loves me no matter what...' Bisik hatinya. Kini Ashraf hanya dapat berharap agar Lara masih berpegang pada janji, sama seperti dirinya.

"Baby... I'm tired of missing you but I can never stop..." Bisik Ashraf perlahan. Wajah Lara muncul di fikiran menerbitkan sakit rasa rindu. Benar, kadang-kala dia penat merindukan Lara tetapi jika dia mengalah kerinduan itu terus menerus membaham jiwa. Mahu tidak mahu, Ashraf akan terus bertahan dan berusaha menjejaki cintanya kerana di penghujung rindu itulah luluh hati ini akan terubat.

"I love you, my princess..."

* * * * *

"Eh you, kejap..." Kata Fahd ketika Lara hendak keluar daripada kereta.

Lara merapatkan kembali pintu kereta seraya menoleh ke arah Fahd.

"I ada belikan you skirt panjang." Lalu Fahd mencapai beg kertas Armani Exchange dan BCBGMaxazria di tempat duduk belakang.

"Ha? Skirt panjang? You beli untuk I??" Kelihatan wajah Lara terpinga-pinga.

"Ye, untuk you... Nah." Lalu kedua-dua beg kertas itu diletakkan di pangkuan Lara.

"Oh! Thanks... Wow, ini mahal ni..." Lara hampir saja ternganga. Walaupun dia seorang model, tetapi dia tidak pernah membeli pakaian yang berjenama mahal seperti ini. Dia tidak mahu boros dalam perbelanjaannya. Kerana nanti jika dia kesempitan wang, tiada siapa yang boleh menolong. Zieta? Ah, dia tidak mahu menyusahkan sahabatnya itu.

"You're welcome... Nanti you pakai tau. Sudahlah, tak payah pakai dah skirt yang pendek-pendek, seksi-seksi semua tu. You tengok, tak pasal-pasal je hari tu you hampir kena rogol." Ujar Fahd walaupun dia tahu kejadian hitam itu berlaku kerana arahan Sharina dan bukannya berpunca daripada Lara.

"Eh, tapi hari tu... I pakai seluar kerja panjang. Tak seksi pun-"

"Ha, tengok! Menjawab! Menjawab!" Fahd buat-buat ketawa dan menyambung, "You tahu tak, pasal you all semua orang perempuan ni lah yang selalu buat iman orang lelaki bergoncang. Lepas tu bila dah 'kena', mulalah play victim padahal diri sendiri yang salah."

Saat ini, Lara rasa hendak baling saja kedua-dua skirt itu ke muka Fahd!

'Habis tu apa gunanya pulak dengan ayat Quran yang menyuruh lelaki tundukkan pandangan?!!'

Kalau ikutkan hati, mahu saja Lara jeritkan kata-kata itu ke muka Fahd tetapi dia hanya mampu menjerit dalam hati. Aduh... Kenapalah hari ini semuanya bagaikan serba tak kena?! Namun Lara segera memujuk diri. Mungkin kerana fikirannya sedang kusut dan serabut memikirkan surat saman daripada ayahnya siang tadi.

"Oh, ye Fahd. Erm, pasal saman daripada ayah I tu kan... I rasa I nak 'pasang lawyer'." Kata Lara.

"Hah, 'pasang lawyer'? You nak pasang lawyer? Maknanya... You nak cari lawyer sendiri?" Kelihatan wajah Fahd sedikit terperanjat.

"Yups." Ujar Lara selamba.

"Err... You tahu tak nak 'pasang lawyer' tu mahal?"

Lara ketap bibir lalu mengangguk perlahan. "Tau."

"Erm... You ada duit banyak tu ke?" Kini Fahd jadi penasaran. Sudahlah nafkah perbelanjaan pun sangkut, ada hati pula hendak 'pasang lawyer' sendiri, fikirnya. Atau... Patutkah dia menawarkan diri untuk membiayai segala perbelanjaan dan fi guaman tersebut? Alamak! Belanja besar ni! Memanglah dia sukakan Lara tetapi... Aduh! Membazir saja rasanya. Lebih baik belanjakan untuk persiapan kahwin.

"Erm... Ada. Adalah sikit duit simpanan I tu."

"Sikit? You tahu tak kalau kes tu panjang, boleh makan bertahun tau. Dan lawyer fees tu pun kadang-kadang boleh mencecah sampai berbelas atau berpuluh ribu ringgit."

Lara telan liur. Ya, dia tahu. Maka sekarang dia nekad untuk aktif semula dalam peragaan demi membiayai kos guaman tersebut. Apa yang penting sekarang, Lara tidak mahu maruahnya dipijak sesuka hati dan dia juga tidak mahu menyerah kalah sebelum berjuang!

"Ye, I tahu kos dia mahal tapi I bukannya nak ambik peguam ternama pun. Boleh kot I nak bayar kos peguam tu nanti..." Ujar Lara. Dia lihat Fahd mengangguk perlahan.

"Okay-lah kalau macam tu... Well, erm... Kalau you perlukan pertolongan I, just let me know, okay?"

Lara cuba menguntumkan senyum dan mengangguk.

"Thanks Fahd."

"Welcome. Okay-lah, I gerak balik dulu. Good night... Have a good rest okay. Jangan fikir macam-macam, mata you tu dah bengkak dah sebab menangis.

Sekali lagi Lara tersenyum. "Yeah, okay."

Perlahan-lahan, dia keluar daripada kereta sambil menjinjing dua beg kertas tadi.

Saat melihat kereta Fahd berlalu pergi, hati Lara mula merindukan Ashraf...

Sedikit renungan: "Tiada jarak memisah lagi, tiada tabir sempadan budi, aku terima dan jua memberi seiklhlas hati... Seribu tahun dan sejuta langkah, seribu tahun bersinar cinta. Kita bertemu di penghujung rindu..." - Penghujung Rindu, Jamal Abdillah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience