Bab 54

Romance Completed 159812

Bunyi ombak menderu.

Lara membuka pintu gelangsar di balkoni biliknya di Avani Sepang Goldcoast Resort. Semalaman dia bersendirian di resort atas air tersebut. Pemandangan pada pagi itu sungguh indah dan damai. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup sungguh nyaman, menenangkan fikiran.

Lara duduk di balkoni bersama secawan kopi panas dan komputer riba. Saat dia masuk ke akaun Yahoo! untuk memeriksa email daripada agensi peragaannya, tiba-tiba sahaja dia terperasankan mesej 'offline' di Yahoo! Messenger yang telah ditinggalkan oleh si Evo^7 atau Syed Al-Fahd. Kali terakhir mereka bersembang adalah beberapa bulan yang lepas mengenai penempatan latihan praktikal di Petronas.

Evo^7: Hi you, ada rupanya budak-budak universiti lain yang buat praktikal dekat Petronas! Haha! I baru tahu... Maklumlah, selama ni I kerja dekat laut je, tak ambik tahu pun hal-hal pejabat...

Evo^7: Kalau you nak try apply untuk practical dekat sini, email je resume you... I boleh hantar straight ke HR! Gerenti you dapat punyalah, I ngam dengan semua manager HR tau :D

Evo^7: Lepas tu letak passport photo dekat resume you tu yang cun-cun sikit ye...

Evo^7: Hehe... Kidding... Jangan marah! :P

Lara tertawa sendirian. Dia tahu dalam pada bergurau, si Fahd sebenarnya memang hendak melihat fotonya. Ini kerana gambar profil Lara di Yahoo! Messenger itu adalah gambar bunga dan lelaki itu pernah berbasa-basi untuk meminta fotonya beberapa kali tetapi tidak dilayan.

Dengan senyuman di bibir, Lara membalas mesej tersebut walaupun status Evo^7 itu tidak aktif...

Lara_Croft: Hi Fahd! Thanks sebab you sudi recommend untuk practical placement dekat Petronas :)

Lara_Croft: Oh my god, I rasa Petronas tu macam tempat praktikal idaman setiap student! Ahaks!

Lara_Croft: I kena update resume dulu... Nanti kalau dah settle semua (termasuklah ambik gambar passport yang cun melecun ;P LOL!) I email dekat you yea...

Lara_Croft: But no rush sebab I punya practical tahun depan, lama lagi...

Lara_Croft: Okay-lah, I got to go... Hopefully dapat chat dengan you bila-bila nanti... Take care, Fahd!

Lalu, Lara menekan butang 'Sign Out' yang terdapat di halaman web tersebut. 

Lara tersenyum lebar. Kalaulah dia dapat menjalani latihan praktikal di Petronas, semakin cantiklah resume-nya nanti. Sudahlah CGPA tinggi, dapat pula pengalaman praktikal di syarikat gah. Hati Lara berasa sungguh girang.

Dia terus membuka email daripada TMC Model Management untuk melihat jadual penggambaran kempen Roxy di Pulau Boracay, Filipina pada minggu hadapan.

*          *          *          *          *

"Opss...!" Jerit Natasha apabila hampir-hampir sahaja berlanggar dengan seseorang di lorong antara dinding galley dan kabin kelas perniagaan. Terasa sosok tubuh itu tinggi dan tegap dan saat itu juga, matanya segera menangkap wajah Ashraf. Mereka berpandangan buat seketika di dalam pesawat yang telah kosong. Tiada kata yang keluar, hanya wajah lelaki itu tanpa perasaan memberikan laluan buatnya.

Lantas, Natasha terus mencelah dan berlalu pergi. Fikirannya terbayangkan dada bidang tadi bersama tubuh sasa si Ashraf yang menjadi igauan setiap gadis. Dalam keadaan yang sungguh rapat seperti tadi, Natasha membayangkan jika dia terus memaut lengannya pada tengkuk Ashraf dan memberikan satu ciuman hangat buat lelaki itu. Serta-merta dia teringatkan Lara Rizman dan jeritan Ashraf di Biltmore Hotel beberapa minggu yang lepas. Tak pasal-pasal pula dia berasa sakit hati. Cemburu!

Natasha dan kru-kru kabin yang lain berjalan seiringan keluar daripada pintu ketibaan antarabangsa, Changi Airport sambil menarik bagasi. Nun jauh di hadapan, dia lihat Ashraf mengorak langkah seorang diri selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Kapten Lim serta dua juruterbang yang lain...

"Hai, Ash!"

Kening Ashraf mencerun apabila seorang gadis tersenyum dan menyapanya dengan mesra sekali selepas dia melepasi pintu ketibaan antarabangsa tersebut.

"Eh...! Noree??" Mata Ashraf membulat tetapi apa yang lebih memeranjatkan ialah gadis itu terus sahaja memeluknya, membuatkan dia terkaku seketika!

"Err... You buat apa dekat sini? You bukan sepatutnya dekat Melbourne ke?" Sambung Ashraf sebaik sahaja Noree melepaskan pelukan. 

"Hehe! Saya balik sekejap, baru sampai semalam. Aunty Zee suruh saya ambik awak sebab dia tengah busy sekarang." Noree buat senyum comel sambil menayang kunci kereta berlambang Mercedes-Benz ke udara. Ashraf pula terpempan seolah-olah keliru dengan situasi tersebut.

"Jom awak! Besok kita ada celebration untuk birthday Martin tau, saya nak buat kek malam ni dekat rumah awak." Dengan mood yang ceria, Noree memautkan tangannya di lengan Ashraf dengan erat. Kening Ashraf mencerun dan pandangannya dihalakan ke tangan Noree. 

"Sekejap. Lepaskan I."

"Ala, awak ni! Kenapa?" Lengan Ashraf semakin dipeluk erat tanda protes.

"Noree, you berdiri dekat sini, orang tak kenal you tau walaupun you anak Kapten Idris. Orang tak ambik 'port' pun pasal you. Tapi I dalam uniform ni, semua orang airport dan orang airlines kenal I dan ayah I. I tak nak ada gosip, jadi tolong belajar hormat orang sikit." Ashraf sengaja memberi alasan dengan nada suara yang tegas. 

"Awak ni garanglah!" Noree tarik muncung sedepa lantas melepaskan lengan Ashraf. 

"Kalau you rasa I ni garang, itu sebab you yang tak betul." 

Ashraf lihat Noree menjelingnya. 

"Hei, nak pergi mana sekarang ni? You parking dekat mana?" 

"Eh, alamak! Cepat, cepat!" Serta-merta Noree menarik tangan Ashraf. Mereka tergopoh-gopoh berjalan menuju ke pintu gerbang di aras ketibaan tersebut. Ashraf yang tidak tahu apa-apa hanya menurut sahaja sambil menarik bagasi. 

"You parking mana?" Tanya Ashraf dalam keadaan terkocoh-kocoh.

"Dekat tepi jalan depan entrance ni."

"What?! Mana boleh parking dekat situ?!" 

"Ala, jauhlah kalau nak parking dekat basement!"

"Huh?!" Wajah Ashraf berkerut seribu, tidak memahami logik akal si Noree. 

Sebaik sahaja mereka tiba di luar bangunan, kelihatan tayar kereta Mercedes-Benz yang dibawa Noree sudah dikunci oleh pengawal keselamatan yang menjaga trafik di situ. 

"WHAT?!" Gadis itu berteriak.

"Hmmph! What do you expect?" Kelihatan Ashraf tersenyum sinis. 

"Saya ingatkan, saya tinggalkan sekejap aje nak ambik awak!" 

"Hei Noree, mana pernah dibuat orang tinggalkan kereta dekat depan ni? Yang tunggu dalam kereta pun kena halau! You ni pernah ambik orang dekat sini ke tak sebelum ni?"

"Hey, uncle!" Noree menjerit ke arah seorang pengawal keselamatan di situ lalu dia bergegas ke arah lelaki tersebut. Mata Ashraf terbeliak!

"Oh, shit... What a spoiled brat she is... Damn it!" Ujar Ashraf perlahan. Ini lebih teruk daripada kesemua bekas teman wanitanya dahulu! Wajah Ashraf merah menahan malu apabila orang sekeliling memandang Noree yang sedang berjalan menghampiri pengawal keselamatan sambil terpekik melempiaskan amarahnya! 

"Oh... Gosh!" Ashraf menghela nafas dan mengurut dahi. Sudahlah dia penat pulang daripada penerbangannya! Dia memerhatikan sahaja kedua-dua orang itu bertengkar dari jauh. Rasa malu hendak masuk campur tapi secara tak langsung dia juga sudah terbabit sama! Lantas Ashraf berjalan menuju ke arah mereka.

"Uncle, uncle... Stop please. How much should I pay for the fine? Let me pay it now." 

"Please-lah mister! Bring your girlfriend somewhere and teach her some manners-lah!"

"No no no! This is not my girl-"

"HEI, old man-"  Noree memintas.

"Noree, shut up! I'll pay for that and please shut your bloody mouth up!" Suara Ashraf perlahan tetapi kedengaran keras. 

"Think-lah wei, lady! Where got people-"

"Uncle, please. Enough. How much is that?"

"Hundred dollar! No, you can't pay here... Go to management office at Basement 1. After you get the receipt then show me... I'll open that thing for you." 

"Okay, thanks uncle. Noree, cepat!" 

"Hmmph!" Bentak Noree terhadap pengawal keselamatan itu dan terus berlalu membuntuti Ashraf yang sudah ke hadapan. 

*          *          *          *          *

Ding dong! 

Lara yang masih menghadap komputer ribanya di atas katil bergegas bangun untuk membuka pintu bilik hotel. Dia rasa dia tahu siapa...

Klik! Pemegang pintu ditarik dan ketika itu juga, 

"RAAA...!!"

Kedengaran suara Zieta dan Lara tertawa dan berpelukan gembira di muka pintu. 

"Jom masuk!" Jemput Lara lalu mengambil beg baju daripada tangan Zieta.

"Wah...! Best-nya resort ni, Ra! Whoooh!!" Teriak Zieta lalu berlari dan menghempaskan badannya ke katil! Mereka berdua tertawa gembira. 

"Ha! Sebab kau takde masa aku jumpa Khyra dekat LA hari tu kan, so aku belanja kau tidur dekat resort yang best ni, okay?!" 

"Thank you, Ra...! Kaulah kawan paling best sekali dalam hidup aku!" Zieta memeluk Lara dan serentak itu juga mereka ketawa. 

"Uish! Berapa harga satu malam ni, Ra? Mesti mahal!" Mata Zieta memerhatikan hiasan dalaman bilik tersebut. Sungguh cantik... Kemudian, dia berjalan untuk melihat pemandangan di balkoni pula. 

"Don't worry about that-lah! Duit hotel yang sepatutnya aku bayar dekat LA hari tu tak berusik. Ashraf tak nak aku bayar. So, aku belanjalah kau!" Lara tersenyum. 

"Ha! Speaking of Ashraf... Macam mana korang dekat LA hari tu? Kau dah 'main' dengan dia tak?" 

"Dah WHAT?!" Tawa mereka meletus. Memang mulut Zieta ini lancang, Lara tak hairan tetapi soalan maut itu kedengaran sungguh selamba! 

"Hei, kau ni Zie! Mana ada!" 

"Alalalalalaaaaaa...." Ejek Zieta sambil jari telunjuknya menunjal-nunjal pipi Lara dan sekali lagi mereka ketawa.

"Tak adalah! Sumpah! Kitorang tak buat apa-apa-"

"Habis tu kalau takde buat apa-apa kenapa muka kau merah?!" Ketawa lagi. 

"Aku tak tahulah kenapa muka aku merah, tapi memang kitorang takde buat apa-apa!" 

"Serious...??" Mata Zieta bulat. 

"Iya!" 

"Eh, aku tak percayalah! Takkan lah takde buat apa-apa? Sikit pun tak ada??" 

"Ish, kau ni! Tak adalah!" Lara menjeling Zieta. Ada-ada saja perempuan ni tau!

"Ye ke? Erm... Dia takde try nak buat apa-apa dekat kau?" 

Lara geleng kepala. 

"Eh, dia tu gay ke apa?!" Dan... Mereka ketawa lagi!

"Mulut kau ni kan, Zie! Hahahah!" Lara sudah tergolek-golek di atas katil. 

"Hoi... Satu bilik dengan bikini model pun dia takde rasa apa-apa...? Ish, fishy betullah!"

"Oi! First, aku bukan satu bilik dengan dia; connecting room, okay? Second, aku bukannya pakai bra dengan spender je dalam bilik! Takde kena-mengena pun dengan bikini model-lah!" 

Zieta tersenyum sinis dan menjeling Lara. Dia menyertai Lara yang sudah berbaring di katil.

"Erm... Actually kan, Zie... Kadang-kadang tu... Aku tengok... Adalah jugak dia macam nak try goda aku... Rasanya lah kot."

"Ha, kan aku dah cakap!" Suara Zieta meninggi dan mereka tertawa.

"Tapi bukanlah beria-ia...! Just a hint of it-lah." Lara senyum tersipu-sipu.

"Contohnya?"

"Erm... Contohnya... Bila satu pagi tu, dia datang dekat aku pakai tuala je. Lepas tu dia berdiri betul-betul depan aku, suruh aku tengok badan dia-"

"Oh my goodness! Kenapa dia buat macam tu?!" Suara Zieta kedengaran teruja!

"Aku cubit dia sebelum tu... Lepas tu lebam, dia nak tunjuklah bekas lebam tu pada aku. Tapi sebab masa tu dia baru habis mandi so dia pakai tuala je."

"Mak oi... Bertuala je?! Seksi tak badan dia babe?" Mata Zieta bulat.

"Haih... Dah lah Zie, jangan fikirlah!" Keluh Lara dan serentak itu mereka ketawa semula.

"Kau steady je eh? Hebat jugak kawan aku ni melawan nafsu-"

"KAH KAHH!" Mereka berguling di atas katil. 

"Kau ni kan! Ayat-ayat kau semua tak boleh blah, lah Zie! Sakit perut aku!" Ujar Lara dalam tawanya. 

"Hahaha! Okay, sekarang ni aku rasa fishy dekat kau pulak! Kau ni lesbian ke apa tak tergoda dengan lelaki macam tu?! Ish! Takut pulak aku nak baring sebelah kau! Hahaha!" 

"Lesbian kepala hotak kau! Waktu tu kalau ikutkan hati, aku nak terkam je dia! Tapi... Ish, jangan cari pasallah. Kesian Huz." 

Mendengarkan sahaja nama Huzaimi disebut, wajah Zieta berubah. 

"Hmm... Bertuah Huz dapat girlfriend macam kau. Kalau aku atau perempuan lain, memang dah kena 'ratah' dah si Ashraf tu-"

"Untung kau kata?! Kalau untung, aku tak pergilah ke LA dengan jantan lain! Sekarang ni pulak, aku tengah tipu Huz lagi ni... Aku cakap pada dia, aku dah dekat Phillipines untuk photoshoot. Padahal benda tu next week-"

"Hah?! Kenapa pulak kau tipu dia?!" Potong Zieta dengan dahi yang berkerut. Wajah Lara ditenung dalam-dalam.

"Erm... Huz ajak aku jumpa parents dia esok... Tapi... Lepas aku balik daripada LA, aku tak ready-lah untuk proceed dengan Huz..." Wajah Lara terus muram.

"Oh. My. God... Dia nak jumpakan kau dengan parents dia?! Habis tu macam mana sekarang ni, Ra...?!" Zieta lihat Lara mengeluh panjang. Lantas mata Lara menatap wajahnya sambil menggeleng kepala. 

"Aku tak tau..." Lara tunduk. Fikirannya tiba-tiba sahaja rasa serabut. 

"Kau putus je lah dengan Huz kalau kau dah cintakan Ashraf. Daripada dulu lagi aku cakap, kau memang sukakan Ashraf, kan?!"

"Zie, it's not that simple-lah. Ibu memang tak bagi aku putus dengan Huz... Dia kata restu dia cuma buat Huz je sebab dia tak nampak pun cacat cela pada Huz. Dia kata aku yang naik mua."

"So kau nak ikut cakap ibu?"

"Kalau bukan dengar cakap ibu, nak kena dengar cakap siapa lagi?"

Pandangan mereka bertembung.

"Dengar cakap hati kau sendiri?"

"Walaupun tak dapat restu? Dan walaupun aku terpaksa lukakan hati ibu?"

Zieta terdiam. Kali terakhir mereka bercakap tentang perkara ini, ia berakhir dengan pergaduhan sewaktu di Starbucks Bukit Bintang dahulu. Zieta tidak mahu merosakkan mood mereka terutama apabila berada di resort yang indah ini, maka dia hanya mendiamkan diri sambil mengeluh perlahan.

"Zie, aku nak share dengan kau... Dilema aku yang paling dalam sekali..." 

"Apa dia?" Wajah Lara ditenung dalam-dalam. 

"Aku happy sangat dengan Ash. I feel like I'm on top of the world whenever I'm with him." 

"Okay..." 

"Tapi macam mana kalau disebabkan aku lawan cakap ibu, atau tak dapat restu daripada dia, in  future nanti hidup aku akan merana disebabkan Ashraf?" 

Diam. Mereka pandang-memandang seketika. Zieta mencebik bibir dan mengangkat bahu. Tiba-tiba sahaja dia lihat wajah Lara berkerut dan menangis. 

"Itulah yang aku takut, Zie... I'm speechless over life now..." 

Zieta terus memeluk Lara dan mengerlus lembut bahu rakannya itu.

"Aku faham, Ra... Aku faham..."

Zieta terus menenangkan Lara di dalam bilik hotel yang serba indah itu... 

*          *          *          *          *

"You tell her...!" 

Sebaik sahaja Ashraf dan Noree tersembul di pintu rumah banglo tersebut, Zelda lihat Ashraf berkata sedemikian dengan nada suara yang sungguh tegas sambil jari telunjuk Ashraf dihalakan ke arahnya. Zelda terkejut. 

"Hei. Kenapa ni?" Tanya Zelda cuba mengukirkan senyuman. Dia memandang Ashraf dan Noree bergilir-gilir. 

"Ala, awak ni! Yang sudah tu, sudahlah!"

"I'm tired. I wanna go rest." 

"Ashraf??"

"Mama, please. After a hard day's ride at work and some dramas she made at the airport, I'm going to rest now, okay? I badly need it right now. You nak tahu apa-apa, you tanya dia." Kali ini jari telunjuk Ashraf dihalakan ke Noree pula.

"Hei, Ashraf..." Belum sempat Zelda menahan anak lelakinya itu, Ashraf sudah pun berlalu memanjat tangga ke tingkat atas. Kini dia terpinga-pinga memandang Noree pula dan kelihatan gadis itu buat muka sedih...

Ashraf menghempas sedikit pintu biliknya. 

"Hhah..." 

Dia menarik nafas panjang sambil membuka pakaian seragamnya. Penat! Dan dia rasa hari ini hari yang sungguh gila! Ashraf mengeluarkan telefon bimbit lantas menaip sesuatu.

'Pa, are you there? I just wanna ask... Did you tell mama about Lara?' 

Butang 'Send' ditekan dan kemudian dia mencampakkan telefon tersebut ke atas tilam. Fikirannya masih lagi berlegar-legar memikirkan perkara yang ditanya kepada papanya itu. Dalam pada masa yang sama, dia masih agak terkejut dengan kedatangan Noree yang secara mengejut pada hari ini. 

Tidak mahu menunggu balasan ayahnya, Ashraf terus meluru ke bilik mandi untuk membersihkan diri...

Sepuluh minit kemudian, sebaik sahaja Ashraf melangkah keluar daripada bilik mandi, dia terus sahaja mendapatkan telefon bimbitnya. Terdapat satu SMS tertera di skrin telefon. 

'No, I didn't. Coz if you would, she might have known long time ago, right?' - Papa

Ashraf tersenyum dan berasa lega, lalu membalas... 

'Thanks pa, I appreciate it. Yes, exactly, I need some time before I tell mama. I'm working on something at the moment. Some situations that me and Lara need to deal with first...' - Ashraf Zildan

'Yeah, I knew it. That was why she cried in the lift, right?' - Papa

Sekali lagi Ashraf tersenyum. Oleh kerana hubungan mereka selalu dingin, inilah pertama kali dia merasakan perbualan di antara anak lelaki dan seorang ayah. 

Lantas Ashraf terfikir, apa agaknya nasihat yang akan diberikan papanya sekiranya mengetahui yang Lara itu girlfriend orang? Adakah ayahnya akan menyuruhnya meninggalkan Lara? Atau best-man-wins approach? 

Ya, Ashraf sedar. Kalau dahulu sebelum berjumpa Lara, dia menyuruh Haris merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan mamanya kerana dia sendiri tidak pasti tentang keserasian dia dan Lara pada waktu itu. Tetapi kini, soal Lara yang masih bersama lelaki CEO itu pula yang menjadi hal.

Dan seperkara lagi... Adakah Lara benar-benar mencintainya? Empat hari mereka bersama di Los Angeles, berulang kali Ashraf melafazkan kata cinta tetapi belum pernah Lara membalas. 

Adakah gadis itu mencintainya seperti yang dikatakan Fara? Atau sekadar bertingkah manis untuk menjaga hati dan perasaannya?

Ashraf penasaran.

Sesiapa yang lupa dengan watak Evo^7 a.k.a Syed Al-Fahd, boleh refer Bab 19 :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience